Feb 28, 2010

Otak dah 521 MB

Aku rasa penyakit lupa aku semakin kronik.

Sebabnye?Dah makin banyak bende yang aku misplace dan lupa pulak letak kat mana. Kapasiti otak aku rasanya dah 521 MB jeh, dulu ade jugak mencecah 1G.

Antara barang yang aku misplace sekarang ni ialah USB dan 4 pendrive aku yang masing-masing berkapasiti 4GB.Jadi, secara overall aku rugi 16GB, selain tak dapat nak upload gambar ke blog aku.Ini mengakibatkan blog aku tiada sense of attraction.Kalao aku nak nak cerita mee rebus yang sedap giler pon takleh sebab takde bahan bukti.Haih.

Tadi Along tanya aku, mana pen drive dia yang aku pinjam untuk amek some movies dari laktop dia, aku terdiam jap.Bala datang sebab aku sendiri tak ingat aku letak mana.Mampus aku kalo hilang sebab pen drive tu 8GB.Aku msg Pidot, Pidot cakap tak bawak balik ke UiTM.Harapan aku nak blame dia tak tercapai.Kalo aku tanya mama, mama mesti cakap, mama buat karipap mana guna pen drive.At last, aku duduk diam dalam sejam.Sketching balik dalam otak segala perilaku aku 2 3 hari ni.Aku ingat balik jenis-jenis beg yang aku guna untuk hangkot laktop. Setelah aku rasa stress gle untuk recall, baru aku jumpa pen drive tuh.Gila lah, penatnya macam lari 2.4KM kat trek Bukit Jalil dulu walaopon aku hanya duduk diam atas sofa untuk proses ingat jeh.Ayo.

Itu cerita pasal pen drive.2 hari lepas aku bebel kat mama sebab aku cari hp tak jumpa.Yang aku ingat, before aku masok tidor, aku letak hp atas meja makan.Aku cakap kat mama, aku tak bawak hp tidor sebab hp takde bateri.Aku malas nak charge.Cari punya cari, aku jumpa hp kat atas katil aku.Ada bawah bantal si Demuk.Ayo.Rasanya aku tak bawak tidor malam tu.Haha.Kalao mama tao mesti kene fire balik.

Kemudian isu nak ingat program.Masok telinga kanan, keluar telinga kiri.Hari ni aku di inform ade program untuk next 2 weeks, esok aku dah tak ingat program tu nak buat bila.Pastu kantoi dalam meeting aku tak ingat program.Memang semua bende kene tulih dalam planner la, dah tak boleh dah banyak lukih katon jek dalam planner tuh. Takpon alternative len mybe leh hire sorang personal assistant untuk ingatkan aku semua bende yang aku kene buat.Haha.Dah macam YB lak. Mak over ;P

Banyak lagi bende yang aku rasa aku dah takleh ingat sebenranye.Masa aku baring-baring tengah hujan lebat tadi, aku try untuk remind back most sweet memories aku dulu-dulu.Tapi seriously, tak banyak yang aku leh ingat. Rasa sayang pulak sebab aku dah takleh ingat detail semua sekali. Huhu.

Anyway, aku harap aku dapat ingat balik aku letak katne USB dan all pendrives aku tuh.Banyak wo bende sulit dalam tuh.Orang bukak mampos aku.Haha.

Feb 25, 2010

what's your design concept?

Classmate lama aku yang sedang menghadapai final semesternya tanya aku tadi nak guna konsep apa untuk design dia di pesisir pantai Dungun.Aku pon blank sebab hari panas giler.(alasan konkrit).Tapi, aku paham condition dia sekarang yang hari-hari dibebani persoalan 'what's ur design concept?" oleh studio master. Persoalan ni terribly menghantui aku jugak dulu setiap kali bangon tidor.

Tengok keadaan ni dulu pon korang leh tao how bz aku mencari idea di studio untuk concept itu.Fuh.

Kelas bahasa Perak

Ini kelas bahasa Perak.Dituju khas buat kawan-kawan saya yang sedang bercinta dengan orang Perak.Senang nanti kalao nak balik rumah mak mertua =p

(Dituju khas juga untuk cik Akhmar yang cantik dan jelita (happy birthday to u)

Beghegek
Maksud: melawa, berhias
Contoh ayat: Beghegek sakan mike hari ni.Ape keheynye?
Maksud ayat: Berhias sakan awak hari ni.Apa pasal?

Bertohor
Maksud: bertahan dengan berjimat
Contoh ayat: Gaji teman dah habis da bayar hutang macam-macam.Terpaksele teman bertohor sampai hujung bulan.
Maksud ayat: Gaji saya da habis da bayar hutang.Terpaksala saya bertahan dengan berjimat sampai hujung bulan.

Beghansor
Maksud:Bergerak pulang
Contoh ayat: Awak beghansor dulu la ye.Hari nak hujan nampaknye.
Maksud ayat: Saya bergerak pulang dulu la ye.Hari nak hujan nampaknya.

Beghambat
Maksud: Berlari
Contoh ayat:Jangan beghambat kat atas jalan tar tu.Jatoh nanti.
Maksud ayat: Jangan berlari kat atas jalan tar tu.Jatuh nanti.

Menggelejat
Maksud: Gembira/ seronok
Contoh ayat: Ape keheynye mike menggelejat benor hari ni? Menang loteri kew?
Maksud ayat: Apa halnya awak seronok benar hari ni? Menang loteri ke?

Menyegholang
Maksud: Terang
Contoh ayat: Amboi, menyegholangnya warna baju kamu ni Senah.Kene kejor dek lembu nanti.
Maksud ayat: Amboi, terangnya warna baju kamu ni senah.Kene kejar dek lembu nanti.

Soh
Maksud: Sedih
Contoh ayat: Soh benor ghasenye bile deme semua dah balik Kolumpo.
Maksud ayat: Sedih benar rasanya bila mereka semua dah balik KL.

Sembei
Maksud: berpasir
Contoh ayat: Baru je nyapu berenda.Udah sembei balik.
Contoh ayat: Baru je sapu verandah.Sudah berpasir balik.

Hingka
Maksud: Seronok sangat
Contoh ayat: Orang tue cakap jangan hingka bebenor di dalam perjalanan.Takot apa-apa jadi nanti.
Maksud ayat: Orang tua cakap jangan seronok benar di dalam perjalanan.Takot apa-apa jadi nanti.

Feb 24, 2010

Interbiu keje

Pagi ni, keadaan di rumah sedikit clumsy sebab Along ade interbiu keje di pejabat TEKUN Kampar.Semua rasa nervous, dari abah sampaila ke budak kecik Demuk tuh.Haha.Tapi, nasib baik malam semalam aku dah buat homework sikit pasal TEKUN Nasional tuh.Jadi, pagi ni, sambil Along makan nasi lemak dia boleh prepare sikit.(aku rasa aku dah macam personal assistant Along).Oh ya.Terima kasih kepada kawan aku, EffendyDeen yang baik hati lagi hensem sebab tolong aku bagi some information pasal TEKUN Nasional.

For those yang tak tahu TEKUN itu apa, hurm, TEKUN means Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga. Actually ia adalah sebuah perkhidmatan pembiayaan secara mudah dan cepat bagi sesiapa yang mahu memulakan atao memperkembangkan lagi perniagaan.Selain menyediakan modal perniagaan, TEKUN jugak menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. (Skema tiba-tiba ayat aku).Tapi, untuk maklumat lanjut bagi sesiapa yang rasa layak untuk memohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan, boleh visit sendiri website rasmi dorang ni k.Just click here.

Okey, berbalik kepada keadaan di rumah aku tadi. For the prepation, abah tolong clean up kasot Along, Kak Intan tolong iron kemeja, mama tolong final check all dokumen yang nak kene bawak, aku pula main kuiz soal jawab ngan Along pasal all the information (just for reminding him again), dan Demuk, kesian dia, merengek-merengek sebab takde siapa layan dia.So, as usual terpaksa la bershuffle depan dia kejap.Ayo.(Lo, nasib baik ko pernah ajar aku shuffle dalam studio dulu.).Haha.Then, baru Demuk ketawa riang.

Around 9.30 pagi, Along bersiap untuk keluar. Mama pon ikot sekali. Manja sunggohla Along aku, pegi interbiu mama escort.Boooooo.Haha.Anyway, kami sekeluarga mendoakan semoga Along berjaya go thru interbiunya dengan baik =)

Feb 23, 2010

Petik gitar lagu M.Nasir

Suasana di rumah sekarang ni agak cool.Opah sedang serve ubi goreng colek gula dan teh o panas.Sepupu-sepupu sibok bermain gitar.Aku sedang bermsg.Suasana petang di kampong, aku kira, jaoh lebih damai.

Rasa berat nak tinggalkan kampong halaman dan suasana di sini.

Feb 22, 2010

Sedikit lama-lama jadi bukit.

Hari ni aku berasa gembira.Sedikitla.Dan harap esok bertambah sedikit-sedikit sampai jadi bukit.

Feb 21, 2010

Teringat baju training Adidas aku dulu

Tadi aku sempat tengok Soccer Kids di tv3.Seronok tengok telatah budak-budak yang sedang have fun dalam pada dorang struggle mengejar impian dalam sukan bola sepak. Paling best kalao terpilih dalam selection tu, then dihantar ke akademi. Dapat baju sponsor, elaun, makan pon best, dan leh travel macam-macam tempat kalao ade tournament kat sana-sini.Sapa yang taknak kan?

Condition dorang tu sama macam aku jugak dulu. Hari-hari berangan nak jadi atlit Malaysia, especially masa Malaysia sedang hot dengan Sukan Commenwealth tahon 1998 dulu.Masa tu, aku darjah 6.Perasaan nak jadi atlit Malaysia time tuh melonjak-lonjak.Hingka bebenor, kata orang Perak.Thats why masa aku pegi selection ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), aku all out. Harap terpilih, dan OMG, aku berjaya.Yeay!

Antara budak batch aku time tu yang sudah popular sekarang ni ialah Nasril Nourdin, Azlan Zainal, Shahrul Idlan dan ZulYusri yang mengukir nama dalam sukan bola sepak Malaysia.Untuk sukan hoki, Tengku Tajuddin atao Jidin.Nurul Fateha bekas gimnastik Negara jugak antara yang aku kenal.Yang lain-lain aku tak alert sangat, mungkin ada lagi =P

Masa kat SSBJ, aku berpeluang jugakla merasa life as an athelete yang aku berangan sangat tuh.Pagi-pagi dah bangon untuk morning assembly.Then berpecah ke tempat training masing-masing.Kami ,team bola tampar training di dewan bola tampar MSN, sama dewan dengan team Sepak Takraw Negara.So, time tu agak bersemangat nak pergi training sebab banyak abang hensem kat sebelah court.Haha.

Balik training teros pegi breakfast. Time ni selalu balik ngan budak-budak bola sebab dorang pon biasanya lambat habis training sama ngan kitorang. Semua makanan memang terbaikla walaopon gizi seimbang.Haha.

Aku paling suka waktu belajar di sekolah ni sebab masanya pendek.Dari around pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang je.Cikgu pulak kadang-kadang pegi tournament, jadi banyak independent study.Macam kat university pulak.Tapi, time tuh, aku still got excellent in studi walaopon kene bersaing ngan budak-budak Cina, especially.Masa tingkatan satu, aku berada di tempat ke-2 untuk keseluruhan pelajar tingkatan satu. First ranking time tu budak perempuan cina dari sukan bola keranjang.OMG jugaklah kan? Hehe.

Petang sekali lagi kene training.Biasanya lebih kepada skills in game, sebab pagi sudah lebih kepada fitness.Aku paling suka hari Rabu sebab masok gym.Tak payah nak berlari sangat.Hehe.Time tu best, sebab we ol ade advisor yang every weekend akan check out turun naik berat,tinggi, healthy dan fitness. So, kalao aku makan banyak minggu tu, ada orang yang akan advise semula diet aku. Still under control. Jadi, badan pun still cute macam Julia Ziegelr time tuh. Cuma sekarang ni, suka hati aku je nak makan.Thats why la badan dah tak solid cam dulu.Nak mengorat pon susah. Haha.

Itu antara experience yang aku takkan lupa masa di SSBJ.Seronok jadi atlit ni.Hujung minggu ada game.Badan pon sihat.Aku start retired dari sport( walaopon tak officially), since aku amek coarse Landscape Architecture di UiTM.Bukan takde peluang nak participate tapi keje-keje di studio menuntut komitmen yang tinggi.Takde masa langsong.Pernah jugak aku dan kawan baik aku, Akhmar lead team kolej main volleyball untuk Sukan Kolej-kolej UiTM. Masa tu, training pon kitorang kene buat malam sebab petang pon masih di studio settle keje construction, design lagi nak pikir, belom lagi kelas-kelas turf dan sebagainya yang nak kene ingat pulak nama-nama rumput, mintainance dan sebagianya. (budak-budak landscape architecture will understand this).After training malam, kalao budak-budak lain dah boleh tutup mata, kitorang terpaksa pegi studio lagi buat keje sampai subuh.Time nak rest memang limit. (Patot aku apply coarse sains sukan dari awal, kan?).Hehe.

Hurm, so, ur experience in sport bagaimana pulak?


Notes


Kamu tahu aku mimpi apa semalam?

Aku beli roti cheese di sebuah kiosk roti Perancis sebab lapar dan teringin sangat cheese.Tapi, masa kat kaunter, cashier tu cakap harga satu roti yang aku beli tu RM70. Gampang, gila mahal.Dalam purse aku ada RM5 je masa tuh.Pastu aku blurr.Mimpi aku sejak kebelakangan ni macam bagi hint suruh aku kerja cepat je.Cilakak.Haha.

Aku ni dari kecik suka Fairy Tales. Last year aku rasa aku macam Cinderella. Sebab aku dapat keluar dengan seseorang yang aku admire for years.We ol dating makan mee rebus.Haha.Unexpected case =P

Hubungan antara bestfriend aku percaya ada chemistry.Last 2 weeks aku menonton cerita Hindustan, Salam Naamaste.Ini cerita yang aku dan Eti, bestfriend aku masa dip kat UiTM dulu suka sangat.I miss her a lot sebab lama sangat hilang khabar berita, especially since aku bz dengan keje-keje final di studio dulu.Tapi, after one week tu, dia msg aku, she said, she miss me tew. I believe this words, if hubungan dengan seseorang sangat kuat, kalao kamu teringat dia, on sudden dia jugak akan teringat kamu, tak kira di benua mana =)

Sometime love feel strange.Dalam situasi dia memberi kamu lagu Bob Marley pon, kamu tetap rasa cinta dia walao dalam hati kamu mahu dia memberi kamu lagu-lagu sentimental Bryan Adams. I create these words for a special friend, harap maksudnya akan sampai.

Semalam, aku tengok cerekarama.Kisah sedih about one pamily yang struggle untuk hidop. Pasal cerita tu, aku lagi rasa sayang pada mama, abah, opah dan siblings. Aku advise pada remaja yang tak cukup umor yang gatal miang nak ikot boifren indon balik ke seberang tu, hentikan sajalah niat suci nak buktikan kesetiaan pada jantan keparat tu. Sunggoh cinta sekalipon, pamili jangan letak tepi.Nanti dah makan ubi kayu kat sana, baru nak teringat makan sedap-sedap kat rumah.

Hubungan adik-beradik ni pelik.Depan mata ada je bergadoh.Berebut remote tv, taknak tidor sekatil, malas nak basoh pinggan.Tapi bila kamu sudah sorang-sorang di rumah, u will miss something about them.Itu aku rasa sekarang weh. Bosan dan rindu, bercampur aduk.


Feb 20, 2010

Rooneyku



Rambot ala Wayne Rooney.Go ManU!Haha.

Feb 19, 2010

LimKokWing University


Im now bz overview towards LimKokWing University. Aku kene cover atmosphere and community di LimKokWing ni in order to persuade people to be part of this university. (Aku rasa aku betray UiTM sebab promote lebih LKW, haha). Takla, UiTM still dihatiku =)

Aku jez buat promotion detail je, its more like company profile la senang cakap. Kejenye ni pon tak habis lagi. Haiyak. Susah jugak kalo dah lama tak bikin bende-bende camni. (ceh, baru 3 bulan rasa aku), jadi idea dan creativity rasa limits pulak. Hehe, alasan nak curi tulang. Tapi i think ok la kot, kan?(Aiman, pls say ok to mine! )

Anyway, dapat la gak lepas rindu pada design masa buat keje ni =)