Dec 30, 2010

play more, learn more

Tahniah kepada team Malaysia sebab menang piala AFF Suzuki (aku nak tahu, AFF tu stand for what?Melibatkan nama aku tuh.heh.)

Tapi, for sure time ni, mana pemain Malaysia yang tak berapa glamor, yang tak berapa hensem pon orang akan kenal.Heh.


Tadi tengok berita, wah kau orang, sambot meriah gila pemain Malaysia di airport.Yelah, dah menang kan.Cuba kalao kalah, peh, dalam suratkhabar tulis pedas-pedas.Kerut dahi Rajagopal.

Dulu, aku pernah jadi tulang belakang seorang pemain Malaysia.Bukan lah nak cakap dulu aku hot macam Rita Rudaini get involved dengan pemain bola.Tapi, di sebalik dunia glamor tu, banyak cerita.

Dulu masa aku sibok buat drawing di studio, aku maseh sempat dengar beliao bercerita macam-macam tentang dunia sebagai seorang pemain bola yang disanjung tapi dimaki bila terlepaskan gol lawan di gawang. Dan, tentulah satu Malaysia kutuk performance dia, kutuk team Malaysia macam sipot, juga kutuk jurulatih makan gaji buta dan macam-macam.tapi bila di lain masa menang, mereka simpan tangan.Telor tak jadi nak baling.Unfair right?

Aku hanya cakap, itu biasa as public figure.Orang mahu lihat yang cantik sahaja.Thats why dia dan mereka kene kerja kuat untuk memuaskan hati peminat mereka, at least lah.

Untuk pemain Malaysia, just keep it up.Malaysia boleh! Play more, learn more.(tetiba).

Tapi, bila teringat balik, masa itu seronok(ubah topik pulak).We support each others. Beliao selalu jadi outsider untuk kritik design aku, aku pulak akan selalu jadi Hasbullah Awang untuk setiap games dia di padang.

Now, aku sudah tidak ada masa itu.Sesekali jadi rindu jugak =P

Dec 28, 2010

Cerita 2 lelaki

Hari ni kerja, rasa kelakar.Selalu stressed disebabkan guest dari Singapore, tapi tak sangka pulak ada guest dari Singapore yang friendly dan tak fussy.I like him.Haha.
Dia datang reception aku.Dia tanya, "I can check in now, miss? "
Aku jawab, "Sorry sir, we still dont have any ready room to check in.If the room ready, i will sms straightaway to your mobile." Ayat tipikal kalao nak menjawab soalan guest yang tipikal jugak iaitu bila boleh check in.Ayo.
"Tak boleh cepat sikit ke?" Tanyanya lagi.Pandai pulak ber bahasa. Aku dengar sipi-sipi je soalan dia seterosnya tu sebab leka tengok muka Singaporean dia yang hitam manis tu.
"Er,need to wait sir.No option".
"Ala, boleh lah check in sekarang.Underwear saya dah basah ni.Nak kene tukar, tak tahan dah rasanya"
Hahahahhahaha.Jawapan dia buat semua Front Office gelak, mana yang pay attention lah.Aku time tu memang ter gelak sakan.
"I saja jeh cakap kuat-kuat bagi u ol dengar, dengan harapan akan simpati dekat i."Katanya bersahaja.Tapi selepas tu dia beredar.Faham agaknya prosedur check in hotel bagaimana.
That was a part of my day, meet many people with many attitude and character.Ada yang meninggalkan kesan dalam hati, ada yang nighmare jugak untuk aku.
These few day hari aku rasa pack sikit.Kemudian in period pain, hari rasa gloomy sikit walaopon still smooth.
Incik Zahari, aku tak expect dia boleh menjadi seseorang yang sangat understanding untuk aku sebab tempoh masa kami kenal tak sampai 3 bulan lagi, walaopon kalao diikotkan masa waiting list nya memang sudah lama.Hahahaha.Tapi, i was pampered for what he has done to me for these days.
Dia tahu, aku kalao sedang period, mood gloomy dan badan easily to weak, ditambah pulak kerja aku yang gila.Rasa sweet bila pagi, dia belikan breakfast untuk aku sebelom aku pergi kerja supaya the whole day aku akan rasa ok.Kemudian, masa balik kerja, dia sms, "I send your clothes already to laundry.Just take your rest after working.I miss u"
Kau tahu tak perasaan tu bagaimana?Growing.Kadang-kadang, perempuan ni suka hilang rasa pada lelaki especially bila dia period sebab dalam tempoh masa ni, perasaan dia sensitive.Mudah rasa jaoh hati dan so on.Tapi, dia make something different to my feelings.Bende yang unexpectly.
Bagaimana mahu sembunyi, bahawa semakin hari semakin sayang-lagu Uji rasyid.Tribute.

Dec 24, 2010

=)


Gambar hiasan.Heh.

Pukul 5 petang keluar berdating makan nasi, bukan makan walfer ok.Haha.Dia ambik lauk kari ikan kembong, dan aku ambik ayam masak merah.Juga order extra sup daging, sebab dia cakap i need a bowl of soup to generate my energy.(Actually energy reactivate selepas berjumpa dia, bukan sebab sup itu kerana 7 hari tanpa dia di sebelah, rasa seperti berjalan di padang pasir yang luas.Hari rasa panjang dan lengang.Heh).

Topik masa makan adalah kari.Tapi kondensi bertukar bila aku cakap pada dia, kari buat aku sedih sebab dulu, hari-hari masak kari mamak untuk abah sebelom aku ke hospital accompany mama di sana.Hari-hari tersebut aku takleh lupa.Aisey, mata dah hangat.

Incik Zahari just stared at me.Deeply."I wont to see u cry anymore.Im here kan?" Dia teros suap ikan kari dia dan aku tak jadi nangis.Haha.


Habis makan, pergi find out dvd Naruto kegemaran Incik Zahari.Umur dah 35 tahon, maseh menonton Naruto.Bila ditanya kenapa Naruto best,dia cakap Naruto ada sense of spirit yang boleh influence mood dia. Ah, malas nak paham. Aku tak minat karton, aku minat drama.Haha.Tapi sebenarnya aku jeles dengan Naruto sebab dia selalu menjadi orang ketiga aku dan dia.Haha.


Masa nak bayar, aku tengok dia pick up satu lagi cd.English evergreen love songs. Peh, ingat jiwa Naruto.Rupanya jiwa George Benson. Haha.Aku tengok list lagu.Unchained Melody.Righteous Brothers."This song for u".Dia malu.


Hurm.


Sekarang sudah pukul 4 pagi ketika aku tulis entry ni. Already be in KL, di rumah my darling Zabrina.Dia dah tidor tapi aku tak.Aku kalao dapat online, tak tidor satu hari pon ok, macam zaman studi dulu.Nasib laktop tak meletop.Haha.


Esok aku pulang ke hometown, naik keretapi ke utara (love this part) untuk attend family day, bagi support untuk mama.Mama masok pertandingan memasak tomorrow.Aku gembira mama semakin happy dengan daily day dia bersama kawan-kawan.Semoga senyuman itu, Tuhan tak tarik lagi.

Ok, baru rasa ngantok.Bye.


Dec 23, 2010

Petaling Street

Hari ni, baru aku ada nampak kaitan nya skop coarse yang aku ambik di UiTM dulu dengan kerjaya aku sekarang.


Tadi, ada guest dari Singapore datang ke reception aku."Good morning madam, may i help u?" tanya aku as usual lah dengan begitu courtesy.

Dia tanya aku, "Where the nearby night market that i can go from here?" Peh, soalan.Complicated untuk diulas.

"Hurm, madam.Which night market u prefer? Night market selling the local food or just selling the clothes and others stuff?

"Both" Jawabnya.


Jadi, di sini aku mengapply kan skill sketching dan pengetahuan Urban Design aku mengenai KL dan Life Between Buildingnya.


Aku pon melakar jalan start keluar dari tol Gombak hingga ke menemui Jalan Tun Tan Cheng Lock.Aku suggest dia pergi ke Petaling Street Night Market, sebab kat sana heaven. Semua benda yang kau nak, ada kat sana, termasuk video porno Thai stok yang baru.Haha.


Aku jugak provide additional information pasal surrounded area di situ.Banyak cerita pasal Central Market, Bukit Bintang, Jalan TAR, Jalan Masjid India dan Chow Kit yang jugak heaven, pada aku.


Guest kagum gila dengan information aku yang perfect.Itu nasib baik aku tak ulas dengan lanjut bagaimana KL bermula, shophouses mana yang paling awal dibina di KL, bagaimana buruh cina dihantar masuk ke KL untuk perlombongan bijih timah, apakah sumbangan awal yap Ah Loy pada pembukaan KL dan lain-lain tu.Kalao tak, for sure dia offer aku kerja sebagai Duta Malaysia di Singapore.

Supervisor dan Front Office Assistant yang lain jugak, aku dapat rasakan mereka curi-curi dengar sambil bermonolog dalam hati bahawa aku sangat hebat tentang apa yang aku given out pasal Petaling Street dan surrounded life nya.


Mereka tak tahu, that area sebenarnya aku dah study masa Final Semester dulu.Buat thesis beribu page. Mana lah aku tak superb dengan semua benda di sana.Haha.Tipah tertipu.

Dec 22, 2010

2011

2011.Cant wait for it.Sebab mahu sangat leaving behind tahon 2010 yang full of pain,full of tears.Syuh syuh kau.
Boss dah approved separate leave aku untuk tahon depan, iaitu ambik cuti berasingan setiap bulan.So, aku tak payah kerja non stop 26 hari, baru cuti.Ingat aku robot ke?So, dapatlah aku balik rumah twice times per month.Dapat temankan abah di rumah, dapat bawak Darwish Demuk ke playground, dan dapat send mama ke wad untuk kimoterapi dia.Yeay!
Untuk tahon depan, aku sedang design financial aku jugak.Dah kene start saving.Tapi bukanlah untuk ke arah gerbang perkahwinan (lambat lagi wehhhh), tapi lebih pada settlement ptptn yang banyak gila nak bayar, tumpo wehh, then saving untuk diri sendiri in case kene pindah ke Australia ke buat filem, ade lah duit dalam tangan.Haha.
Aku jugak. planning nak pergi Bandung bersama 3 gfs aku tahon depan.Tapi, bajet belom nampak (akulah yang tak cukup lagi, haha).Pergi sana bukan buat apa pon, aku nak pergi cari tshirt.dengar cerita, design tshirt kat sana superb, tengok dalam tv hari tu.Haha.
Lain-lain, tak plan lagi ah.Untuk kerjaya, of coarse mahukan performance yang lebih baik dari tahon ni, macam orang lain jugak.
Dan yang penting, untuk tahon depan, aku harap akan rasa semua nya smooth.Itu sudah lebih dari cukup.Hope so.

Dec 21, 2010

Bfs

Malam ni, maybe keluar ke Uptown Danao kota di KL bersama band boys aku di sini.Yeah, leisure time selepas bekerja.
Tapi pelik, mana-mana aku pergi, kawan-kawan yang boleh sekepala hanya lelaki.Di sini, kalao aku tidak keluar bercinta, aku akan spend masa aku dengan bands boys aku. Black, Halim dan Farid (dah rasa macam Yuna pulak, ada band boys, haha). Selalunya, kami akan hang out cari barang, observe orang or makan-makan. Chill.
Hari tu, Incik Zahari bertanya sebab ada mata-mata report pada dia cakap aku keluar dengan lelaki lain.Haha, drama sekejap.But i already explained to him that, aku, kalao berkawan, memang selesa dengan lelaki, tapi tak lebih dari itu.Dan, kalao bercinta, hanya satu.Tiada dua.Biarlah orang kata tak loyal, skandal sana-sini, tapi selagi kau hargai komitmen yang aku bagi, sampai kiamat, the love will always be there.Its me.
Then, aku nak cakap di sini, aku sangat rindu 3 bfs aku di UiTM dulu, Naha, Aiman dan Remy. Lama tak heart to heart dengan mereka di mamak sambil layan teh tarik dan roti kosong. Ya, memang aku lebih selesa all out dengan mereka. Tapi hari tu, all the way aku pulang ke KL Naha give a call, begitu jugak dengan Remy semalam yang rajin menelefon kemudian merepek bende yang kadang-kadang pointless, kadang-kadang diam ubi berisi. (Remy, kau kene tunaikan janji kau semalam untuk datang berpiknik sate di sini sambil menghayati KL view dari tanah tinggi.Kalao tak, aku merajuk, haha).Untuk Aiman, conference kami banyak di FB. Dia selalu bising aku tak datang Shah Alam belanja dia chicken Chop, heh, wait for me darling.
Last but not least, there is a special friend out there yang aku selalu rindu, yang pernah singgah di dalam hati aku dan mungkin tempatnya maseh ada.Cuma,mungkin keadaan menjarakkan kami, meletak terlalu jaoh sekarang. Aku harap dia bahagia dengan hidop dia, seperti yang dia pilih. I cant write anymore, terlalu painful.
Mmm.
Ok, mahu bersiap ke Danau Kota.Permisi.

Dec 20, 2010

Baru habis kerja, teros online sambil menghayati suasana di luar tingkap yang sedang berkabus.Rasa macam kat Victoria, Australia.Haha.

Dah dekat 4 bulan kerja di sini.Not bad, so far.Tapi kerja aku memang kejam, punca mata tak boleh pejam.Haha.

Yang tak best kerja aku sebagai Front Liner yang lebih kepada Customer Service ni, adalah kene tahan rasa bila kene maki oleh customer yang macam b***.

Tapi its good jugaklah, i learn how to improve my communication to handle these fussy guest.

Yang lain, hurm, maybe masa senggang aku tak banyak terutama weekend atao public holiday.Aku mesti be on duty.Nak hang out dengan kawan-kawan di hujung minggu sudah takde.Aku pon dah tak tahu berapa banyak majlis kawen kawan-kawan yang dah ter miss.Haiyak, so dissapointed.Tapi nak buat camne, work comes first now.

Lain-lain, aku rasa seronok bekerja di sini.Rasa glamor, tak jugak, tapi rasa dihargai bila got something daripada guest yang datang check in di hotel ni.

Hari tu, rasa touched bila one of group makcik-makcik Cina yang seusia opah aku datang check in, kemudian dia bagi aku chocolate.Walaopon nampak simple, tapi rasa dihargai service yang di provided tu.

Lain agenda, ada jugak guest yang miang.Bagi nombor telefon ajak keluar bila habis duty.Oh, kalao lah aku materialistik, lama dah aku pao guest tu macam-macam.Haha.Tapi kerja is kerja.Aku bukan artis minta di layan oleh VIP di luar masa kerja.I have already my own VIP in my heart.Haha.



Hurm, pada aku, apa sahaja kerja yang kita buat, yang penting kene rasa enjoy.Mungkin mula-mula rasa taik, tapi lama-lama akan rasa adapted.(message untuk diri sendiri)

Okeylah, chao.Mahu mandi.Maghrib already.Bye.

Dec 19, 2010

Khabir Bhatia, please drama kan cerita aku.Haha.

Suka bila aku dalam suasana dalam hati ada cinta, sebab rasa diri sangat cantik dan berseri-seri macam kuih seri muka.(haha, perasan).

Im in love with Incik Zahari, itu yang nak tulis kat sini.


**Blushing.

Aku tak tahu kenapa boleh in love lagi, sebab aku sangat choosy pasal the person yang boleh jadi soulmate aku, yes, at all.

Tapi, hal berkaitan hati ni sangat subjektif, macam seni jugak, jadi aku maseh tiada answer mengapa dan kenapa suka dia.

*Blushing.

Tapi, aku suka moment-moment bersama dia.

Ketika driving,tangan dia tak pernah lekang dari tangan aku, sambil tu menghayati lagu Keroncong Untuk Ana dari M.Nasir.Mendamaikan sampai ke dalam hati.

Lagi, dia jujur.

Dia tak suka makan di McD atao Fast Food, sebab dia kata dia too old untuk berada di sana.Dan kami akan makan di kopitiam, duduk bersembang macam-macam sambil menikmati mi kari.Old school sangat, tapi aku selesa.

Kami tidak bercinta macam budak sekolah.Ya, sangat jarang bersms, sebab kami busy dengan kerja yang sangat gila setiap hari, tapi aku akan rasa sangat touched bila sesekali dia sms after habis kerja, wrote that he feel a bit lost when im not around. I love that.

Bila pergi Watson, dia tak beli apa-apa kecuali Pringles.I asked him why bought that? Dia cakap aku selalu lapar.Kelakar, selalu rasa nak gigit dia.


Orang kata masa bercinta semuanya indah-indah belake.Kan?Ah, peduli hape.We live for present day.Lalui sahaja setiap hari yang ada, selagi panjang umur.

Seperti orang lain, aku jugak selalu berdoa di tikar sembahyang semoga masa takkan mencemburui aku dan dia, semoga masa maseh panjang untuk bersama dia.

Selebihnya, berserah pada kudrat Tuhan.




*Entry ketika menunggu Incik Zahari.Sekian.

Dec 7, 2010

Pesemboq

*Ipoh nostalgic.Pasaraya YikFoong maseh tak berubah.Haluan aku dan dia sahaja yang berubah.(monolog aku sorang-sorang tadi ketika round town Ipoh).Haha.
*Semua cucu Yang Kulup Mat Sidi memang dilahirkan dengan vokal dan showmanship yang hebat.Tapi sayang, hanya boleh di all out di karaoke Shogun Kampar.Haha.USB aku tertinggal, ada masa aku upload gambar aku dan siblings yang hot, malam semalam.
*Abang angin, bila kawan-kawan cerita sayang keluar dengan orang lain-Ini bukan ayat yang dipetik dari drama Yusuf Haslam.Ini ayat dia hari tu.Haha.Kamu nampak sweet bila cemburu =)
*Lagu kegemaran aku sekarang adalah lagu Anna Raffali dan Sohaimi Meor Hassan.Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang,duduk renggang-renggang, bertambah sayang.Heh.
*Jiwa aku, memang jiwa Azean Irdawaty.Jiwa seniman, jiwa pelakon air mata.Aku pergi ambil report di wad 1c tadi.Sambil tunggu staff nurse tu cari report, boleh pulak air mata turun tak henti-henti.Sebab aku tak boleh berada di atmosfera wad tu, banyak sangat memori hiba.Pernah aku tidor di sebelah beg darah mama.Ah, perit nak di ingat!
*Cuti kali ni rasa great.Rasa lama tapi terisi.Eh, silap.Rasa lama dan terisi.Tatabahasa kene jaga, as a great blogger.Heh.

Dec 4, 2010

Hantu halimah balik rumah

Aku selalu tanya diri aku, adakah aku melengkapi dia? Sebabnya, aku mengaku, pada hubungan yang ini, aku tak all out.

Dia selalu tanya, what i feel towards him?

Aku cakap, no answer, untuk waktu itu lah.Sebab,tentang hati dan perasaan, aku tak boleh nak nak cakap lagi.Past maseh menghantui aku macam hantu halimah balik rumah.

Aku tanya pulak dia.Soalan yang sama.

Dia cakap, aku ni macam dapat air sirap lepas habis perang.Thats mean, bila aku ada dengan dia, dia rasa sedikit lega lepas lalui satu benda yang complicated.

Aku cakap, aku tak macam perempuan lain yang mungkin dia expect sempurna banyak benda.

Dia cakap, aku jujur, menjadi diri sendiri.Itu dah memadai.



Aku sebenarnya sudah hilang kepercayaan pada sebuah hubungan tapi aku tak tahu kenapa Tuhan maseh memberi ruang untuk aku kenal orang lain lagi, kali ini lebih matang seperti Bront Palarae.


Cinta tu rasanya belom jumpa lagi, tapi tadi aku rasa strange.

Aku text dia semasa waktu kerja dia, supaya call aku.


These few days, kami less communication, sebab kerja lain masa.Aku cuba tolerate sebab rasanya dalam usia begini, tak perlu jadi budak sekolah, mahu merajuk di sebabkan keadaan.

Tapi jadi perempuan ni susah kan, sambil makan keropok maruku cap baby merangkak pon aku boleh rasa mahu menangis, jadi aku mengada-ngada mahu dia ada.

Selepas satu call, sudah ok.




Aku nak tanya, perasaan macam aku ni namanya apa?