Nov 29, 2011

Tercipta untukku.

Sedang mendengar lagu Ungu-Tercipta Untukku.




Kepala serius tengah ber serabut.Nasib baik kerja malam, got a long day untuk berehat, kemudian malam tak congested dengan people, ada masa lagi untuk ber tenang.



Semalam kerja, share my problem dengan kawan kerja yang always sudi mendengar.Thanks.Mungkin most of them already been thru apa yang aku rasa sekarang.


Its hard.Its complicated.


Banyak sangat menyimpan dalam hati, simpan sorang-sorang sampai satu masa all the lava tepu dan mahu keluar.Inilah masa nya aku rasa.



Bak kata Puan Akhmar, one of my best buddy ketika buat drawing zaman studio dulu, ketika aku chat dengan beliao di FB awal pagi tadi.


"Have deeply conversation first.Discuss all the matters yang tersekat di kerongkong selama ni.Find the solution and give him time to prove that you are his priority.Kemudian, buat lah judgement."




Dalam dilema, sungguh.I missed him a lot, but pain, still remain.





Nov 28, 2011

Sudah di tahap Sheila Majid.Bukan lagi Sheila Hamzah.

Aku senyum sendiri melihat adik-adik aku yang sedang bersekolah, yang baru masok kolej sedang hangat bercinta di FB.Tak segan silu meng express kan rasa cinta yang membuak-buak.


Orang tengah bercinta, faham.Haha.


But their journey is still still long actually.Itu lah aku cakap dalam hati, since jatoh bangon aku untuk sesuatu hubungan sudah terlalu banyak dan penat kalao nak bangkitkan satu persatu balik.


Bukan tak penat espeseli bila kau sudah kawan lama bertahon-tahon, sudah tahu buruk baik dia, tapi at last, takde apa.Dalam masa yang sama kena bekerja keras untuk bina life sendiri, cari kedudukan sama dengan orang lain.Its not easy.


Nak bercakap pasal bercinta, rasa nya sudah malas.Cuma sekarang bersyukur dengan apa yang aku ada, dengan perasaan kasih-sayang yang Tuhan masih reserve untuk aku, maseh hantarkan seseorang untuk berkongsi hari-hari dengan aku di sini.Kalao tak, aku rasa maseh sendiri, menghayati zaman single yang penoh indipendent terutama ketika aku mula sibok mencari hala tuju hidop, kerja dan uruskan pamili.



Waktu aku menangis terlalu banyak untuk sebuah hubungan rasa nya sudah berlalu.Sekarang, aku rasa lebih stabil walaopon masa depan maseh belom jadi hak mutlak.At least, past taught me to be a strong person.Mungkin kalao kecewa datang lagi, aku maseh boleh jadi rasional.Maseh boleh kerja dengan tersenyum, walao di dalam rapuh.Lain bezanya masa belajar dulu, bila kecewa, sudah tidak ada mood untuk pergi ke kelas, sudah tidak ada mood mahu sudahkan assignment.Haha.



Lain, memang lain bila kau sudah dewasa.




Bersyukur kerana aku sudah dewasa, sudah lepas melalui fasa jatoh dan bangon.

Nov 26, 2011

Maal hijrah tapi kau masih sama.Tak berubah.

Salam Maal Hijrah for all Muslims out there.


Ramai bercakap mengenai penghijrahan hari ni.Macam-macam jenis hijrah.Its up to individuals.Masing-masing punya hak mahu set apa-apa dalam perancangan hidop sendiri.


Pada aku, mungkin tak banyak perubahan yang aku fikirkan.Cuma mahu betolkan hati dan fokus diri sendiri sebelom aku menggaris panduan kan hal berkaitan dengan orang.


Aku tak mahu busy body di tempat kerja.Sibok bercakap hal orang.Selama ni memang aku rasa aku stick with kerja, just remind my self.Aku mahu fokus hal kerja.


Sebab aku belajar satu perkara.Sometime, orang yang aku cakap kan tu lah yang akan balik membantu aku.Its not fair untuk dia. I hate to be a hipokrit person.Di depan lain di belakang lain.Aku mahu membina hubungan yang sihat di tempat kerja mahu pon di luar waktu kerja.


Sound fake ke aku? Macam insaf.


Aku decide that sebab one thing berlaku dalam hidop aku hari ni.Orang yang bersama aku selama hari ni, baling taik pada aku sendiri, unexpectedly. Dan itu snagat memberi tamparan yang hebat pada aku. Juga menyedihkan. And the person yang aku rasa tak mahu attach pada mula nya, itulah yang balik ada dengan aku, in the end.


Serius, rasa malu pada diri sendiri, rasa tersilap langkah, rasa bebal, rasa guilty yang amat, rasa marah pada diri sendiri, rasa nak pukul orang yang talam dua muka tu, rasa macam-macam.But all are already happened.Just take note.Dan tidak mengulangi lagi kesilapan tu.Kita manusia, terlalu naif.


Hope that aku lebih matang dalam mengenali orang dan membina silaturrahim.


Selebih nya aku tak tahu nak tulis apa.Yang aku tahu, ada juga ramai yang tidak senang aku ber kawan with Mus.Macam-macam label keluar.Datang daripada yang jealous hubungan kami berdua yang nampak ngam dan gila-gila bersama.Mungkin juga tidak senang di atas status aku yang already in relationship tapi still mahu attach dengan orang lain.Macam-macam tanggapan.Ada kalanya aku rasa terbeban dengan pandangan dan persepsi orang sekeliling. But I can do nothing with that.Kenapa orang sibok ber cerita hal orang lain sedang kan hal sendiri amseh tak habis.Maseh tak betul.


Mulut orang perosak motivasi.Yes, right word.


Apepon, aku hanya boleh cakap, as long as aku pandai jaga diri dan level aku.Tidak memudaratkan hubungan aku with abang.Juga tidak merosakkan hati sesiapa.




Tapi apalah kudrat aku mahu menidakkan segala denyutan hati dan perasaan orang terhadap aku.Its not under my control.Itu kejadian Allah yang cukup indah.Let the feeling comes.Let the feeling go as well.Aku hanya boleh going through the days dengan hanya ber sabar.Dan stick with the way i am.




"I wont u to think too much.Pls sleep well, Miah" Message dari Mus.


.......



Abang,segeralah pulang.Void space yang abang tinggalkan beri banyak dugaan pada aku di sini.Its killing me.Cant wait for 3rd Disember.



Bye.

Nov 25, 2011

Hati yang sedang ber cengkarama.


7.33 pm.Sudah Mahgrib.Tapi aku period, so duduk di atas katil layan bun kacang merah celop hot chocolate.Di luar hujan dan kabos tebal, memang lah lapar.Aku tidor sepanjang hari since kerja malam.Bahagia betul rasa.Bangon pukul 12 tengahari tadi untuk beli lunch, bayar bil Broadband dan kemas bilik.Kemudian tidor balik sampai petang.


Sekarang tengah menulis di atas meja mini yang aku beli di IKEA bersama darling Zabrina aku last week.Comel okey this table.Boleh jugak di gunakan untuk having breakfast di atas katil.Heh.Sambil tu dengar lagu Goo Goo Dolls-Iris.Yup, this song is very meaningful.Reminds me of Mus dan Coffee Bean.So far, aku anggap dia kawan yang baik.Terlalu banyak persamaan kami espeseli genre musik dan lagu yang kami suka, juga makanan yang kami ambil.Dia seperti aku yang kedua.Sampai satu masa, aku rasa begitu takot hilang this friendship, juga our sweetness together.Aku rasa the feeling towards him comes slowly right now, tapi aku maseh freeze. Tidak membuka hati untuk sesiapa sekarang sebab aku tahu mungkin ketiadaan Incik Zahari di sini, membuatkan kekosongan itu mudah sahaja di isi jisim nya.I wont lose both.Itu yang aku tahu sekarang.


Susah menghadapi situasi ini sebenarnya.U never ever understanding if u are not in my current shoes.Haha.


Aku tak tahu nak tulis apa.Semalam aku plan mahu having vacation with incik Zahari, to refresh our relationship yang aku rasa sedikit jaoh sekarang.Mahu menghabiskan masa berdua di pantai, berbincang hati ke hati mengenai hubungan dan apa sahaja perancangan masa depan.Hope that ada ruang tu.Aku cubalah cari, dalam kesibukan kerja dan hal pamili yang ada.



Hey, hati rasa berbelah bagi ni.Kenapa?

Nov 24, 2011

I will fight to get you, Miah.


First of all, thank you untuk semua yang berada di sini, membaca tulisan-tulisan aku yang kadang-kadang nakal, kadang-kadang down, kadang-kadang happy seperti nampak pelangi, kadang-kadang blurr.Haha.Its life.Ups and down.Dont expect hidop kita akan selalu rasa seperti raja.Sometime kita kene melalui hari-hari seperti orang kebanyakan.Heh.



Hari ni kerja rasa sungguh happy.Datang kerja awal 30 minit, having nasi lemak di back office bersama team pagi yang otai.Apa yang aku selalu kongsikan dengan junior-junior about how to create a good mood when start your working day here is, wake up early, tak bersiap in rushing, take time berjalan kaki ke tempat kerja sambil meredah kabos yang menyegarkan,dan having breakfast sebelom masok kerja.Aku suka kalao aku kerja shift pagi di sini. Sebab aku boleh lihat bagaimana Kuala Lumpur memulakan hari nya.Serius, nice.


Hari ni, aku jadi tutor kepada junior yang baru nak belajar checking tour group dari Singapore.Memang tak perlu nak pandai sangat belajar everything di sini.Tapi aku selalu ingatkan budak-budak junior, bagaimana kau bekerja, itulah attitude dan personaliti kau yang kau akan bawa ke mana sahaja kau pergi selepas ni.Bila bekerja, tak perlu do something untuk get rewards dari bos, sekurang-kurangnya kau buat benda tu untuk attitude kau pada periok nasi sendiri.Banyak words attitude kan dalam tulisan aku yang kali ni.Haha.


Apapon, bila setiap hari mengajar orang mengenai Hotel Management and Service, Finance Flows, by teori dan praktikal sekaligos, buat aku rasa mahu jadi lecturer mengajar student about the hospitality, BUKAN architecture (haha).Tak tahu, aku suka berada di tempat aku sekarang.Yang paling aku suka pasal kerja aku sekarang berbanding the previous one ialah, balik kerja kau boleh shut down teros segala masalah di tempat kerja.Nothing to bring forward.


Sekarang aku di Coffee Bean again.Menulis selepas menghabiskan masa di dalam shower mandi air panas memanjakan diri dlaam kedinginan weather bulan November.Really, its very cold here.Aku keluar kene berbaju tebal benang kait dengan lilitan shawl dua tiga lapis.Perasan, memang selalu perasan duduk di Melbourne.



.....


I will fight to get you, Miah.Words given by someone here, just now.Seseorang yang maseh menunggu aku.Setia menunggu.Ini yang maseh bermain di dalam kepala ketika aku mencari-cari ayat seterosnya.



Aku percaya, Tuhan lebih ber kudrat menentukan mana yang terbaik untuk aku.Heh.


P/s: lagu-lagu kat Red fm malam ni sungguh beautiful.lah.


Nov 23, 2011

Got to go


Aku di Coffee Bean sekarang.Duduk blogging di sini selepas waktu kerja, merehatkan badan after 8 hours working sambil dengar lagu-lagu di Red fm yang ke udara.Awesome!


Tak tahu lah nak tulis apa.


Kerja tengah seronok sekarang.Tadi aku sengaja men delay kan break time aku supaya dapat open table makan nasi kukus ikan talipia ramai-ramai dengan team shift petang (hari ni aku masok shift relief- 12pm to 8pm).Walhal team petang takde Melayu langsong pon.Memang di sini all my good friends are non Malay, serius rasa macam tak duduk di Malaysia.Haha.


Aku selalu jugak ter fikir, ke mana hala tuju aku selepas ni.Mahu teros bekerja di sini atao tempat lain? Tapi, yang aku rasa sekarang mahu bina karier di sini.Mula dari bawah.Get much experience dalam hospitality especially yang related to Front Office.So far memang aku senang bekerja dengan team yang ada walaopon abah selalu cakap, kerja dengan Melayu lebih bagus.I dont think so.Banyak aku belajar dengan mereka mengenai 'attitude' semasa kerja.Benda lain, mana yang tak patot kau ambil dari mereka tak perlu bawak sekali dalam perjalanan kau.Itu sahaja.


So far abah dan mama maseh memahami jiwa aku.Mahu kerja yang gila.Tak statik.Thanks abah mama.


Aku kehilangan kata-kata malam ni.Hati gembira tiada apa terbeban di kepala so far, alhamdullilah.



Okey, aku mahu layan video Najwa Mahiaddin.Got to go.Nice lyric, nice song with nice video.Enjoy the song people!

Nov 20, 2011

Bagai dua belas purnama lamanya.


I hate weekends especially during school holiday.Kerja macam gampang sebab congested dengan people, stressed dengan benda yang nonsense.




Hari ni kerja 10 jam pulak.Plus period pain.Hohoho.Hanya itu sahaja yang boleh aku figure out kan untuk perjalanan hari ni.




Penat memang penat.Tapi kerja kan, mana ada kerja yang tak rasa this sucks feeling.Dulu mama kerja kilang shift malam pagi petang, tak cukup tidor dan rehat untuk sekolahkan aku adik-beradik, untuk beli buku-buku kami, untuk beli baju Rocky One dan Kiki Lala supaya nampak gah seperti anak orang lain, untuk bagi kami bersuap-suap nasi membesar seperti sekarang, pendek kata, bekerja pagi petang tak kisah orang untuk beri kehidupan yang sempurna, mana boleh aku rasa kerja aku ni sudah berat dan payah.Jangan pernah mengeloh tentang kehidupan, words that i always keep for my self motivation.



.....................................



Sekarang, already 1.25 am. Balik kerja pukul 11 malam tadi, aku kemas bilik kemudian bersihkan diri.Apa lagi lah yang boleh dibuat waktu ini selain merehatkan diri di atas katil dan berada di sini, spa yang terbaik untuk terapi satu badan.Menulis untuk mencari ruang.



Now im listening to Tilu's song. My current favorite list is Ku Bukan Aku. KAU PERGI AKU YANG HILANG.Aku suka barisan ayat ni. Sebab sama dengan apa yang aku rasa lately.Memang bila Incik Zahari pergi, aku yang rasa terumbang-ambing di sini, walao ada ramai di sekeliling.




Baru aku tahu apakah perasaan nya bila kami tidak bersama.Nasi aku yang selalu aku bazirkan tiada siapa mahu habiskan , cerita aku setiap hari yang sama tiada siapa mahu dengarkan, perasaan aku yang sensitif macam tenggiling (ayat favorite dia) tiada siapa mahu pujukkan, hidong aku yang kemek tiada siapa mahu tarikkan, jiwa aku yang kosong tiada siapa mahu penuhkan.




The loneliness is really killing me right now. Mahu aku text kan pada siapa?









Dia tidak sempurna pada mata orang lain.Tapi dia menyempurnakan aku. 12 days to go.Rasa 12 purnama lamanya.


Hurm.

Nov 18, 2011

Bront Palarae vs Aaron Aziz.Yang mana satu?





Kamu pernah alami situasi yang aku sedang lalui sekarang?




Selama ni, kamu selalu ternampak seseorang, dan appearance dia di ruang lingkaran kamu berada itu memang menangkap mata kamu.Sebabnya? Sebab nya memang tak pasti.Memang betol tak pasti.






Jadi cukup untuk kamu hanya merenong dari jaoh.Dan sometime, kamu dan dia secara kebetulan saling berbalas pandangan dan bertukar senyuman tanpa komunikasi 2 hala.Sumpah tidak terdetik langsong di hati rasa suka.






Until,






Until satu masa, kamu sendiri dapat tahu, silent communication antara kamu dan dia selama ini sebenarnya create something pada dia yang kamu tak duga langsong.





Dia suka kamu.






Dan kamu juga sebenarnya baru sedar yang that feeling ada jugak pada kamu cuma kamu tak pernah untuk take it seriously.You block that feeling due to you already have someone, someone that you really love.






Sekarang, dia menjadi peminat setia kamu sampai kamu sudah tidak tahu mahu cakap apa lagi.You only can do nothing.




How u act if you in such situation?



Normal kan bila setiap orang tidak terlepas untuk ada rasa suka kepada yang lain pada waktu yang sama kau cintakan seseorang.




Is it bad? tak patot? dosa?



Perasaan memang subjektif kan?



Thats why aku tak suka bercerita mengenai hati dan perasaan.Sebab bukan rigid.Bukan petak macam laws.Orang takkan boleh faham walao kau baca berkali-kali unless kau selam dan telan sendiri.




.............................




Sorry beb, aku tengah period.Tulisan macam haram jadah merepek.But its deep from my heart right now.Menjerit-jerit di dalam menyuruh aku untuk keluarkan.Haih.



Good night people.Cukup untuk malam ni.







Nov 17, 2011

perasaan turun naik.

Pagi semalam aku agak beremosi.Sebelom tidor menangis.Bangon tidor menangis.Gosok gigi menangis.Pakai baju menangis.Duduk di meja menangis.Suap nasi goreng menangis.Telan air menangis.Apatah lagi bila mahu pulang tinggalkan rumah.




Lain rasa nya bila sudah dewasa ni.Perasaan tinggalkan rumah, tinggalkan abah dan mama berdua di rumah, sudah tidak sama perasaan nya bila di compare ketika zaman sekolah berasrama dulu.Hati riang gembira mahu balik ke asrama sebab ada kawan-kawan di sekeliling, tak sabar mahu merenung secret admirer di dewan makan, tak sabar nak buat kerja gila di sekolah untuk kenangan hari tua.Kan? Sekarang, lain.Tambahan bila orang tua sudah tidak segagah dan semuda dulu.Banyak perkara yang dirisao dalam hati.Its not easy.Lebih beratkan tanggungjawab as anak.Sudah mula pinggirkan kegembiraan sendiri.




Selalu harap mama dan abah sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.Amin.






Tadi, dalam keadaan hati hasta gumpita di dalam, maseh sempat bertemu kawan baik aku, who else, Zabrina lah.She pick up me at KL Sentral after dia habes exam then kami ke IKEA, mencari barang-barang yang aku sudah design dalam kepala.Rasa sangat berpuas hati sebab yang aku list kan, semua nya sudah dibeli tadi dan budget menepati kira-kira yang di sediakan.Thank you untuk Zabrina jugak sebab banyak lead aku beli yang mana satu.




Memang tadi, we talk a lot about design.Zabrina banyak tanya pendapat aku mengenai design dan space.Dulu pernah belajar basic design, so sedikit sebanyak bolehlah share idea.Heh.Tapi dia bertanya dah macam mahu ada rumah sendiri with someone special and seems like she wanna start make some prepation for living together.Auww.Haha.Its ok.Perancangan perlu ada.Sampai masa, just realisasikan.Kan?Good luck for u dear.




Tapi serius happy balik bila dapat ber shopping barang rumah tadi.Therapy.Thanks Zabrina for bring me there.Next time, if pms, IKEA is the right place untuk get theraphy.Haha.




Selebih nya tadi, dalam kereta, waktu makan, sambil cari jalan, kami lebih banyak bersembang mengenai hal hubungan dan masa depan.Gadis 25 tahon bila berjumpa, begini lah.Lain beza waktu kami umur 13 di sekolah dulu.Hanya tahu cerita pasal sports, malas nak pergi training, mengumpat warden, gosip hal seniur, dan biasalah, excited tak habis cerita pasal secret admirer dalam kelas.Cakap banyak kat belakang, tapi tak berani langsong nak luahkan perasaan.Haha.Budak-budak sekolah zaman tu mana lah nak advance macam zaman sekarang yang mampu approach orang by FB sahaja.First step add jadi kawan, then wall to wall,kemudian buat temujanji, guna duit mak bapak date kat Starbuck, jatuh cinta sebab dia comel or hensem, then just declaire on the same day, dan bla bla bla.Haih.Semudah makan kacang.Haha.






Itulah cerita aku untuk hari 17hb November, semalam.Risaokan pamili, but lucky got a best buddy , juga good listener untuk berkongsi rasa dan moment.




Oh ya.Incik Zahari membuat panggilan juga tadi.So sweet, semalam call, hari ni maseh lagi rajin dia ke public phone masok syiling untuk call aku.At least aku boleh tidor lena setelah penat satu hari dengan perasaan yang turun naik.Maybe nak pms.Haha.






Selamat malam all my sweethearts out there ;)


Nov 16, 2011

Ipoh & semalam.

Tadi pergi Ipoh.


Ya.Ipoh still the same.Aku memang sukakan pekan Ipoh yang penoh nostalgia.Rumah-rumah dan shophouses sejak zaman kolonel, itu yang paling menangkap mata aku bila ke Ipoh selain its surrounding yang aku rasa maseh penoh traditional. Tentang kenangan aku di Ipoh dolu-dolu bersama the person yang pernah duduk lama di dalam hati, sumpah, sudah tidak attached lagi di dalam ingatan.Aku cuba untuk flashback tadi, tapi banyak yang tak datang balik.Ajaib.Yang ada di dalam rasa bila berada di Ipoh, hanyalah waktu-waktu kaget aku menunggu mama di Hospital Ipoh semasa mula-mula mama disahkan dapat Cancer tahon lepas.Its the latest thing yang mampu singgah dalam kepala aku, bila aku try to recall all the memory in IPOH. Thats all.Takde lagi yang lepas.



Its good for me.Im totally move on :)



Cuma yang aku perasan, masa pergi Ipoh tadi, sepanjang perjalanan teringat incik Zahari.Tidor semalam juga tak lena, teringat dia.Hai, sakit.Kami jarang separate.Hari-hari bersua.Begini jadi nya bila 2 bulan freeze each others.Haha.


Tapi hari ni sedikit busy, bawak mama pergi hospital Ipoh ambik darah sebab esok mama akan kimoterapi.Kemudian mama cakap nak pergi window shopping cuci mata kot-kot ada blouse yang cantik.Aku dan Along ikotkan sahaja.Bawak mama ke Jaya Jusco.Mama happy, aku dan semua akan happy.Itu yang aku selalu mahukan.


But mama kata, baju-baju kat JJ tak kena pada mata dia.Yeah! Sama dengan aku.Memang takde yang kena dengan mata kami.So lepas makan, pulang sahaja.Cuma sempat singgah ke pasar malam di Kampar, sebab aku teringin nak makan burger daging pasar malam.Haha.


Malam tadi, melayan abah pulak.Try to connect broadband yang abah baru beli sebab dah almost 3 weeks tak dapat guna.Abah tunggu aku balik untuk follow up dengan Broadband Centre.Now already ok after aku 'tengok-tengok'kan.Haha.



Dalam kesibukan aku dengan hal di rumah, tak sangka Incik Zahari make a call.Bergetar jiwa, the right word untuk figure out apa yang sedang berlangsung di dalam hati.Haha.Just tanya aku sudah makan atao belom.Habis call, he send a sms.Only one short text but very meaningful sebab aku tao, dia maksudkan apa yang dia tulis.I miss u so much.Muah!-Abang.Hurm, i miss you so.Badly.


Esok akan pulang semula ke my second hometown.Cuti 6 hari berakhir esok.Jumaat will back to work.But before pulang, mahu singgah IKEA dulu.Incik Zahari bagi sedikit elaun so mahu gunakan sebaiknya untuk prepare something to welcome his home coming, 2 minggu dari sekarang.Dah lama aku design such thing dalam kepala.Hanya tunggu esok untuk beli the stuff with my bestfriend, Zabrina.Hopefully everything akan fullfill.Insyaallah.





Goodnight people.I need to sleep early tonight.Bye!

Nov 15, 2011

Spot question.Bajet Yuna.

Tadi baca magazine.Teringin nak fill up spot answer yang di keutarakan.Haha.Budget Yuna ok.Check it out!




Sesuatu tentang diri kamu:

1.Kalao baca magazine,aku lebih suka selak dari helaian paling belakang.Tak kisah lah cover story lebih hangat dari biasa.
2.Aku jenis last minute person.Esok nak travel, esok jugaklah kemas barang.Dan selalunya ada sahaja benda yang akan tercicir tak dibawa.Mama dah already tahu bad habit aku tu, so dia yang akan prepare.Pernah dalam train, aku baru teringat charger notebook tak dimasuk dalam beg, call mama, then mama cakap, cer tengok kat pocket beg.Semua mama dah masukkan tadi.Heh.I love you, ma.
3.Usually, if aku sudah buat keputusan yang penting untuk diri aku, nobody can change it.Sebab, sebelom aku buat sesuatu keputusan, aku dah mengira menambah tolak darab dan bahagi semua expect.Muktamad.
4.Aku bukan jenis yang demanding tentang sesuatu style atao taste.Tapi aku nak apa yang aku pakai, apa yang aku pilih, orang tahu, its me! Itu lah diri aku, itulah karakter aku, itulah stroke aku.Kawan-kawan terdekat mungkin sudah tahu 'signature' aku.(bajet Yuna lagi).Haha.
5.Aku boleh pergi ke mana-mana dengan seorang diri.Bukan berlagak berani, tapi rasa nya lebih relaks jika aku ber seorangan.Aku boleh decide berapa lama mahu di luar dan tak perlu rushing.Tapi aku still need friends to cheer my day espeseli kawan-kawan yang satu kepala.



Lelaki paling seksi di mata anda:

Lelaki above 30.Haha.Tak tahu lah, mungkin lebih nampak stable dari segi appearance, emotion dan langkah dia.Aku suka the way dia bawak diri, the way dia manage something, and the way he treat a woman.Ada kelas ter sendiri.



Kerjaya yang diingini:

Dulu aku fikir, kerjaya as an architect sesuatu yang aku akan pilih untuk masa depan since dari sekolah aku sukakan sesuatu benda yang kreatif.Tapi, after 5 years aku dalam that scope, aku rasa susah untuk aku hanging with such things for the rest of my life.Pernah terfikir jugak untuk jadi seorang guru seni, tapi macam tak pandai nak mengajar di depan student.Haha.Time by time sebenarnya, buat kita lebih memahami apa yang kita nak dan apa yang sesuai dengan jiwa kita sebenarnya.Sekarang, alhamdullilah, working in hospitality line, as front liner, meet people everyday, buat aku rasa lebih 'terbuka'.


Warna kesukaan:

Red is best color for me! Aku rasa lebih confidence dengan rona merah.Selebihnya, aku prefer earth color atao warna hitam putih as basic. Warna tu buat aku nampak lebih matang, seiring usia 25.Heh.



Lifestyle kamu sekarang?

Aku rasa, untuk orang yang sudah berkerja, masa untuk bersosial mungkin sudah kurang berbanding zaman belajar di universiti dulu.Kerja aku buat aku jarang dapat keluar hang out bersama kawan-kawan.Usually, lepas habis kerja, lebih senang duduk bersendirian di bilik melepaskan penat, atao lepak membaca dan minum coffee seorang diri di Coffee Bean sambil mendengar lagu-lagu Red fm yang memang kene mood aku atao biasa nyaakan menghabiskan masa with Incik Zahari, si jantung hati, yang setia menemani di sisi dan mendengar setiap inci cerita harian yang bodoh.He is very therapeutic.Tengok muka dia sudah boleh buat aku rasa sejuk dan secure =)



Perkara yang kamu sangat rindukan sekarang?

Bermain volleyball.Lupa kali terakhir bila aku bermain volleyball dengan kawan-kawan.Rasa nya tahon 2006, semester 5 diploma ketika di UiTM.I wish boleh masok court semula dan bermain tak ingat dunia.



Kelemahan wanita hari ini, pada pendapat kamu?

Bergantung banyak pada lelaki.Kita kena belajar tahu manage diri sendiri supaya lelaki rasa respect pada kamu.




Kamu dalam masa 10 tahon akan datang?

Mungkin sudah ada keluarga kecil sendiri.Mengahwini my prince charming, ada sepasang anak yang sihat dan bijak, juga ada rumah yang selesa dengan sentuhan design aku sendiri.Dan turut happy dengan mama, abah, dan siblings, juga kerja aku juga.Its my dream.Doa yang selalu singgah pada setiap sujud terakhir.



Nov 13, 2011

i miss u badly, zahari.

I still not feeling well.Demam tak lagi, tapi badan rasa weak.Jiwa apatah lagi since Incik Zahari not around.Sungguh, ketiadaan dia dengan aku 2 bulan ni, really melemahkan sendi-sendi yang ada.Soul rasa tak terisi.Sesiapa yang datang, tak mampu mengisi kekosongan jisim yang Incik Zahari tinggalkan.



Mama tengok aku tak larat nak makan nasi, mama buatkan aku roti jala cecah dengan kuah durian.Kaseh sayang seorang emak, mana ada tandingannya.Sayang mama, aku selalu rasa takot kehilangan dia.Tuhan, bukan sekarang.Semoga mama sentiasa kuat semangat dan sihat bersama kami.



Sebenarnya not in mood untuk menulis.No story since jiwa rasa kosong yang amat.2 hari lepas pergi wedding my bestfriend di MRSM dulu.Aku tengok, nak kawen bukannya susah sangat.Simple prepation pon sudah cukup.But i dont know the actual budget lah kan.Apapon, aku mengimpikan kahwin di rumah sendiri, di kelilingi keluarga terdekat dan kawan-kawan baik dari siang sampai malam.Tak tahu lah seru nya akan sampai bila.Tapi umur begini dah shud start the prepation.Kan? Malas nak cakap banyak sebab benda-benda begini, kerja Tuhan menentukan.



Incik Zahari.Cepatlah pulang.Your sayang nak buat apa pon rasa tak berkudrat ni.I miss you, badly.

Nov 8, 2011

Menulis ketika dengar lagu Yuna.Gelora Jiwa.


Baru sampai bilik.


Habis kerja tadi singgah sekejap di Coffee Bean.Kejap tak kejap dalam 1 jam lebih jugak lah.I wont anything, tapi Mus tetap jugak mahu make me a drink.Dia tanya nak apa? Anything for you, Miah.Ayat slang british dia.Haha.Jejaka Melayu yang ada lesong pipit di pipi, tapi bila bercakap slang british dia yang poyo tu tak boleh lari.Haha.


Kami duduk having conversation.I dont know, aku senang dengan setiap topik perbualan kami.Cuma tak dapat lepak berbual panjang, customer always interrupt by the time.

Aku suka sebenarnya suasana dalam Coffee Bean.Selain aroma coffee nya, aku suka layan all the song dari Red fm yang on air.Release my feeling after 8 hours working.Aku prefer sit alone, duduk blogging di sana, dan sometime get my space untuk berfikir macam-macam yang unsettled.


Time ni, aku teringat incik Zahari. Pemergian dia ke Pulapol memang menjaohkan kami.Dia memang takde masa untuk call.Aktiviti pack.I have no one to talk about my daily activities here. Kadang-kadang, aku takot my emptiness akan diisi oleh orang lain yang memang obviously waiting aku dan tak jemu mengambil hati.Yes, i think he is already took my heart right now, tapi aku selalu cakap, please, please, berbalik pada hati kamu yang asal.


Confuseness.Berat ujian yang Allah beri pada aku sekarang ni.




Dua perasaan dalam satu jiwa.






Nov 5, 2011

Cinta tiga segi, bukan mudah.


Salam IdulAdha buat semua Muslim.


Balik kerja hari ni, aku pergi take breakfast with Mus di Oldtown White Coffee.Di luar berkabos tebal, sejuk sampai ke tulang sum sum.We just having hot coffee with spring roll and currypuff.Okey lah tu, nak makan rendang di pagi raya mana lah nak dapat.Haha.


Aku dan Mus bersembang biasa. Mus banyak minta pendapat aku mengenai konflik cinta tiga segi kawan kerja dia, yang dia rasa patot campor tangan, as friend.What the worse thing is, kawannya akan berkahwin minggu depan tapi sudah fall in love with other man.Nah, kau.Complicated.


Susah situasi nya.Bakal suami kerja jaoh.Tak selalu ada di depan mata.Hanya telefon sebagai perantaraan cinta jarak jaoh.Tapi setiap kali berbual, bukan rindu dan mesra yang ada.Hanya perselisihan faham.Kemesraan sudah makin jaoh.

Yang ada di depan mata, pandai mengambil hati.Selalu ada ber kongsi rasa susah dan senang.Sikit demi sikit, third party mula mendapat tempat di hati.People change unannounced.Its fact.Siapalah yang mampu menidakkan hati dan perasaan?


Susah nak cakap mengenai masalah begini sebab sebenarnya, kesalahan tu tak tahu mahu di letak di tempat siapa.Perasaan dan jatuh cinta something yang subjektif.Kau bina tembok setinggi mana pon untuk menghalang dari berlaku, it still happen.

Cuma, sebagai orang dewasa, perlu lah menimbang secara rasional.Itu sahaja.

Everything is already done and prepared.Pada aku, dia perlu pilih the right person yang sudah mahu membawa dia ke jinjang pelamin. Hubungan jadi sedikit hambar mungkin atas sebab faktor jarak dan lack of masa bersama.But its okey.Lepas kahwin mungkin boleh restructure bagaimana untuk duduk sebumbung dan built up back the relationship.Banyak lagi masa dan ruang untuk saling melengkapi. Just use your own creativity to make the relationship more interesting and fun.Percaya lah, it will works.


Tentang orang ketiga, its normal. Sometime, kita easily jatuh suka dan attach to the new person yang datang menguji kaseh dan sayang di dalam.Hubungan baru, mesti lah semua indah belaka. Tambah pulak ketika sedang dalam keseorangan.

Its ok. How sweet the new person yang datang, hargai sahaja lah.Cuma di sinilah, we play our part. Jaga batasan hubungan dan perlu pandai mengawal situasi.Benda takkan jadi if bertepok sebelah tangan.Kan?


Aku tak ber cakap mengikot garis panduan dalam buku motivasi di kedai.Aaku bersuara sebab aku feels the same situation sekarang ni, i tell u.

Tapi i always remind myself, take note that apa sahaja perasaan yang bermain di dalam hati sekarang, mungkin hanya mahu menguji my loyalty espeseli ketika 2 bulan incik Zahari tiada di sisi ni. No daily sms, no call, no goodnight kissing, no morning msg.All these things absence within the period, ya, bikin hati jadi kosong.The loneliness really killing me when im back from work.


On the same time pulak, hadir someone yang secara kebetulan memang kene pada mata dan perasaan. Berada dekat setiap hari.Mengambil tahu setiap rutin harian aku di sini. Kau akan rasa something di dalam, to be honest.





Whatever it is, ber balik lah pada hati kamu yang sebenar.Tak perlu tamak kaseh sayang dan perhatian luar.Itu sahaja prinsip yang jadi bench mark.Easy.





So,


Itulah kisah 360 darjah di sekeliling aku.Sometime kita menjadi matang because of surrounding, teori di dalam kelas tak akan banyak membantu sebenarnya.


Bye!






Nov 4, 2011

Ramping macam Rozita Che Wan.Aummm.


Yesterday was awesome,sebab Incik Zahari balik.Satu hari rasa lesu, tapi bila aku bersama dia, rasa macam segar-bugar balik soul di dalam.I dont know why.Maybe this is what people called inspiration.

Oh ya.Abang say thank u for the lovely handmade birthday card yang aku pos untuk dia.Heh.Rasa macam zaman dolu-dolu main pos-pos, walhal dia pergi bukannya lama (9tak lama kau cakap, hey)

Tapi kami tak dapat nak having conversation panjang-panjang, hanya sempat temankan dia makan, lapik perot sebelom pulang ke Taiping, 2 hari di sana menyambot Idul Adha.

Bercakap mengenai IdulAdha, aku tidak dapat balik meraikannya bersama pamili.Its ok, sebab aku pon prefer bekerja pada hari tersebut.Orang kata, tak dapat menyambut nya, sekurang-kurang nya konsep Qurban tu maseh meresap dalam jiwa kita.Berkorban masa bersama keluarga, mencari rezeki, pulangan nya patah balik untuk kepentingan mereka jugak.Kan?


Semoga apa sahaja dilakukan, akan diberkati.Amin.


Aku sedang membaca 2 majalah Inggeris yang Mus bagi.Dia memang rajin bagi akumajalah sebab complimentary sahaja dari Coffee Bean.Hik.

Malam semalam dia bagi keluaran terbaru magazine The Malaysian Women's Weekly, Harper's Bazaar, dan Art Malaysia since dia tahu aku suka membaca dan suka art.Dulu aku tak suka baca magazine orang puteh, sebab kalao selak pon banyak gambar tayang tetek je.Haha.

But since kerja aku full time must speak in English with customer espeseli Chinese Singaporean yang langsi, aku banyak sitting alone habiskan pembacaan English magazine. Aku tak pandai ber bahasa Inggeris, serius. Selalu nya, aku akan tanya kawan-kawan kalao aku mahu create some word dalam English- selalunya my good friend Zabrina yang akan jadi language teacher aku betolkan grammar ayat yang aku buat.Hik. Dan aku memang tak kisah if kawan-kawan lain sudi betulkan english aku di FB atao di sini.At least im learning.

But satu sebab aku suka current job yang aku pikul sekarang adalah ia raise confidence level aku untuk berkomunikas 2 hala dengan orang dalam bahasa English, sampaikan kat tempat kerja kadang-kadang rasa tak biasa ber bahasa ibunda.Haha.U know, kerja mixed up dengan Chinese dan Indian.U learn many things from them.


Hah, kan dah mengarut.

So, apa lagi nak di muntah kan di sini? Takde apa sebab perot asyik meragam je ni since makan jamu.Wah, jamu.Aku beli jamu ramping dari akak Indon tempat aku kerja.baru 2 hari aku makan.Ada lah sedikit perbezaan dari segi pencernaan.Banyak ke toilet membuang benda-benda yang tak sepatutnya, lebih kerap.Selalu nya aku memang susah nak buang air besar.Fibre tak bagos.Tapi now hari-hari dah ke toilet setiap pagi.Badan rasa ringan, a bit.

Then sekarang aku amalkan banyak minom plain water dan makan buah (siap tampal note kecik-kecik untuk remind aku minom air dan banyakkan beli buah sebab aku memang selalu lupa 2 benda ni).

Yeah, diet memang bukan satu benda yang senang untuk jenis yang kuat makan macam aku ni.Baka pon memang jenis kuat melantak.(Tengok badan lah beb!)

Jadi, untuk diet gila-gila tu tak mampu lah.Cuma aku kurangkan makan nasi.Ambil nasi untuk makan tengahari sahaja, regenerate energy.Lagipon aku ni tekak Melayu, tak boleh skip nasi satu hari.Haha.Waktu lain, tengoklah. Tapi serius mahu jaoh dari fries dan fast food yang lain.Balik kerja selalu passed by McD, itu lah punca nafsu syahwat naik terhadap these food.Haha.

Aku nak dapat kan ideal weight balik ni bukan sebab apa.Mahu dilihat lebih rasa confidence dengan penampilan diri ke mana sahaja pergi selain mahu sedap mata abang memandang.Haha.But lebih penting dari semua adalah, amalkan cara hidop yang sehat.Kan?


Wish me luck people.

Nov 3, 2011

Merepek di pagi Jumaat.

Mata, still, tak ngantuk.


Walhal the whole night aku berada di tempat kerja.


Sms abah di pagi hari, senang, sungguh senang hati bila abah cakap dia semakin ber selera makan.Alhamdullillah.Tak siapa yang tahu, betapa hati aku tinggal sekeping bila melihat abah HANYA dapat menelan air sebagai makanan ruji beliao setiap hari, dulu.Kuasa Tuhan.*air mata kenapa nak menitis pulak?



Sedang layan Coldplay-The Scientist.Ulang berjuta-juta kali.

Setiap kali dengar lagu ni, aku berasa sedih.Yeah.





Banyak sangat, lama sangat hati aku terluka.Kadang-kadang terpikir bagaimana aku go through all the sad days kelmarin?Sumpah, aku sudah lupa.

Mungkin sebab terlalu buat hati aku ber denyut parah.Sampai jadi tak ingat semua.




Untuk setiap manusia yang pernah menggilis hati aku, anyone, sesiapa sahaja, include some goodfriend yang aku ingat boleh sehidop dan semati dulu, juga somebody yang pernah mengalir dalam setiap semangat aku dulu, jangan lah menyapa aku lagi.




Untuk kau mengambil hati aku semula, untuk kau berada di tempat kau yang semalam, mungkin sudah tidak boleh.Tidak boleh lagi.




Mungkin orang kata, memaafkan senang, tapi untuk mengusir jaoh dari hati yang pernah kamu semua hiris ni, tak mungkin.Boleh kau imagine, bagaimana sukar nya aku mahu ber nafas setiap kali bangon pagi hanya sebab kau sudah lenyap kan segala kudrat yang aku ada? Never turning back, never.




Sudah banyak menulis pon, mata maseh begini.Haih.jadi aku sambong cerita lagi.




Aku ada secret admirer lagi.Tadi ber jumpa nya lagi di mamak.Oh ini bukan dari Coffee Bean.Haha.But this guy, aku tahu dia minat aku.Bukan perasan tapi itulah perasaan yang aku boleh lihat secara tangible.Aku tak tahu kenapa lately aku macam grab attention orang.Sungguh.Its not about hot stuff.Tak.Sumpah, bila kau sudah level umur aku, hot bukan yang dicari, kamu hanya mahu dilihat stable dan kualiti diri lebih menonjol dari fizikal, semata-mata. tak perlu lebih-lebih sangat. Aku meminjam ayat abang. "Sayang, tak sama macam dia.Terpaksa cantik lebih untuk menonjol dari yang lain.Sayang selalu jadi biasa sahaja" I take it as compliment.Aku tak ber bangga diri, tapi sekurang-kurang nya, kata-kata yang spontan keluar dari mulut abang semasa kami having breakfast masa hari lahir aku hari tu boleh jadi self-motivated untuk aku, untuk dilihat lebih dari orang lain.Thanks.





Hey, sudah pukul 11 pagi tapi aku still tak tidor lagi.Why? Rasa hati macam tak sedap pon ada jugak.Mungkin sebab Incik Zahari akan bergerak pulang lewat petang terutama musim raya ni.jadi a bit worried and unsettled. Lindungi perawan hati aku seorang tu, ya Allah.




Mahu lelapkan mata, cuba.Salam.


Rasional.


1.Hari ni kerja malam.Balik kerja pukul 7 pagi, mandi dan teros tidor.Tapi pukul 2.30 pm dah bangon sebab kene attend EHS (Environment, Healthy & Safety) Campaign Meeting.Aku salah seorang commitee member untuk represent Resort Hotel Front Office, datang meeting with other members dari F&B service,F&B kitchen, dan Housekeeping.Secreatary akan bercuti panjang sempena honeymoon dia, so big boss suruh aku take over secreatary place catat dan buat next minit mesyuarat.Lama weh tak buat kerja admin.Hik.


2.Aku akan bercuti 6 hari (again) start dari 12 Nov, sempena wedding salah seorang kawan baik dari MRSM iaitu Tun Noraihan.Nak pergi wedding nya sehari je, tapi bos suruh ambik cuti this month straigthaway.Tak kisah.Banyak wedding kawan-kawan tak dapat nak attend sebab memang normally kerja di hujung minggu dan public holiday (mintak maaf banyak-banyak, mesti ramai yang kecik ati), tapi yang ni alhamdullilah.So, nak pakai baju apa wedding nanti?Haha.


3. Rindu pada si kecil aku yang semakin bijak.Aku rasa Darwish minat melukis sebab masa aku di rumah hari tu, dia kusyuk tengok aku design plan rumah abah.Then dia mintak drawing pad untuk melukis jugak.Pegang pen senget tapi dah pandai melakar.Then dia asyik suruh aku melukis gambar-gamabr lori, bas, kereta untuk dia."Mami, nak car.Mami nak lori pasir, mami nak lori inyak (minyak) dan lain-lain.Nasib mami dia ni pandai melukis.Haha.I think, balik ni nak kene belikan dia drawing pad, sebab dia suka sitting alone, membebel sorang-sorang dan melakar.Comelkan my Ahmad Darwish Danial? Miss him.


4.Abang just give me a call.Aku tak tahu, balik cuti yang ni, perasaan rindu yang too much tu takde.Cuma sesekali bila aku keluar alone, or sedang kerja, bila ada benda yang mengingatkan dia, my mind shift sekejap singgah pada dia.Maybe aku dah sedikit adapt, go through my days here without him right beside me, kemudian, 3 hari dia cuti hari tu memang completely spend dengan aku.Lepas rindu yang tertangguh.Cuma tadi sedikit sedih, abang said that, he will going home for Hari Raya AidilAdha.Tak di sini bersama aku.Secara rasionalnya, memang aku mahu dia pulang menyambot raya bersama anak-anak dia, but deeply in my heart, wish that dia bersama aku.Its okeylah, i take it as my Qurban.Korban kepentingan diri, dan menghormati masa dia dan anak-anak.Sebab kalao dia be a part of my pamily later pon, aku mahu dia utamakan keluarga dan anak-anak.Smile please, sayang.


5. Yang aku perasan, bila kau dah umur lingkungan ni, mind mungkin lebih terbuka dan lebih rasional.Yup.Aku dulu pon pernah muda, childish dan tak pernah pikir panjang dan meluas, mengambil kira hal sekeliling.Tapi nowadays, apa sekali keputusan yang aku kene ambil dan accept, aku perlu consider semua benda.Selalu nya pasal kerja dan hal hubungan aku.Ada masa memang tak dapat lari dari emosional, tapi at least ber alasan uuntuk semua yang terjadi.Im proud to be myself hari ni, less dependence, pandai buat keputusan, dan lebih tenang.Itu kualiti diri aku yang semakin growing up sekarang.Seronok bila meningkat umur, aku tak faham kenapa ramai perempuan fobia dengan pertambahan bilangan lilin bila setiap hari lahir dia.


6.Aku ada approve fb seorang girlfren kepada kawan kerja abang aku.Aku approve pon sebab nak berkongsi information mengenai aktiviti abang di Pulapol.Tapi aku rasa nak muntah darah bila baca every single status updated dia di Fb.Aku kira, memang childish.Dia nak canang satu dunia yang boifren dia setia pada dia, very commited man, sangat loving sampai nak cerita dia ada passworb boifren dia, pagi-pagi dah check fb boifren dia dan nak bagitahu semua orang yang tiada 'benda mengarut' dalam account fb boifren dia.Dan actually banyak lagi, semua personal thing yang aku rasa dia patot simpan dalam kain sendiri, dia tak perlu nak updated kat Fb.Kalao nak sangat, buat own blog.Kalao orang nak menyampah pon, apa nak kisah.Its your own private area.Tapi, its ok lah.She's still young.Mind takkan boleh sama dengan semua level umur.Cuma, kalao ada masa, memang aku mahu share dengan dia bahawa bila kau bersama seseorang, berpada-padalah.Ada benda yang kita tak perlu terlalu nak cerita di Fb, mengaibkan diri sendiri dan pasangan terutama pride dia as lelaki.Itu yang kita kene jaga juga.Bab ni abang banyak nasihatkan aku.Bukan malu untuk declaire as pasangan bercinta, tapi cerita kamu berdua tak perlu semua nak announce pada dunia.Mungkin ada yang rasa sweet, tapi jangan lupa, mungkin lebih banyak yang memaki-peringatan untuk diri sendiri jugak.Sekian, terima kaseh.





Nov 1, 2011

365 hari.

Zahari Saari & Affni Rousli.365 days.

Esok, 2 hb November 2011 adalah hari ke 365 aku dan Incik Zahari bersama.Berkongsi hari-hari kami di sini, bergadoh, berselisih paham, tapi tak pernah ingin rasa jaoh dari diri masing-masing.Tak boleh, memang tak boleh.


Pertemuan kami yang pertama, pada 22hb September 2010 (again 22), dia menegur aku, meminta nombor telefon tapi hati aku freeze untuk sesiapa time tu sebab aku sedang menyelesaikan kisah cinta aku yang tak berbaloi untuk diteroskan.

Hinggalah 2hb November 2010, aku berjumpa dia kembali, dan time ni hati memang sudah terbuka untuk dia."Bagi peluang saya kenal awak dulu sebelom awak ambik keputusan nk resign dan tinggalkan Genting" Ayat dia, semasa dia call aku malam tu.Dan tak tahu, i change my mind dan alhamdullilah, rezeki aku memang di sini.Dan sehingga sekarang, kami bersama menjadi soulmate yang sangat akrab.

Takde apa nak cakap about the feeling.Setahon bukannya lama, tapi rasa sudah bertahon kenal dia.Dengan dia, aku boleh bercerita tanpa boundries, boleh menangis di bahu dia, boleh memelok dia akrab bila gembira, semua nya.I miss him, saat ni.Serius.

Semoga masa tidak mencemburui kita.Dan Tuhan, restui lah aku dan dia, kerana aku sudah tidak mahu mengenali sesiapa lagi.Dia sudah cukup terbaik untuk meng imam kan sembahyang aku nanti.



Abang, i love u.From sayang.