Salam idulfitri.
Hari ni 3 Syawal.Alhamdullillah, tahon ni dapat balik beraya bersama pamili di kampong, compare to last year, hanya dapat off duty pada raya ke-3.
Aku pulang ke kampong pada petang 27 Ramadhan, lepas off duty pukul 3 petang.Thank u so much untuk Incik Zahari sebab willing tunggu aku pulang ke Perak bersama dia even dia sudah off duty pada petang 26 Ramadhan.
28 Ramadhan, pulang ke Sekinchan Selangor, kampong tok sebelah mama.Raya di sini, heaven.Lebih ramai sanak-saudara dan sepupu-sepupu yang ada, makan sampai bulat, dan what the best part raya di sini ialah scenary di sini lebih nampak raya.Budaya baraan, saling kunjung -mengunjung still ada.Thats what we called raya.Malam raya, ramai-ramai pergi bundle Tanjong Karang.Memang tak pernah missed kalao balik ke sini.Just cari sehelai jeans lusoh dan beberapa skirt vintage yang rugged.Baru rare! Heh.
Pagi raya, the first person yang call adalah Incik Zahari.Time tu baru lepas mandi, nak sarong baju, dia call cakap baru bangon pagi.Kami ber maaf-maafan, walaopon tak tahu nak menyusun kata apa di mulut.Actually aku yang suka cari pasal dengan dia, baik directly atao indirectly.Selalu merajuk, off hp tak mahu jawab call, then nak kena abang pujuk baru nak senyum.Macam budak-budak.Its not myself actually.Bila kau sudah terlalu banyak terluka pada previous time, hati kau terlalu sensitif pada setiap perkara.Itu pokok nya.
Okey, ber balik pada raya.
After aku dan semua pamili yang ada bersiap dengan baju raya masing-masing yang ber warna-warni, kami bermaafan each others.Sesi drama ber mula.Then ramai-ramai ke kubur tok dan nenek sebelom beraya ke rumah saudara-mara.Sekinchan-Sepang-Banting-Kapar-Jeram-Kuala Selangor-Tanjong Karang-Sekinchan.Peh, lembik bila sampai rumah malam.
Hari raya ke-2, mama collapse.Betapa hati aku risao.Aku tak ke mana, just jaga mama yang tak boleh bangon.Hari untuk memasak di rumah.Duduk depan tv layan Astro sambil makan kuih raya.Satu aktiviti bila raya yang paling aku suka bila malam-malam semua baring ramai-ramai depan tv, baik yang besar, kecik, laki perempuan semua join together.Midnite show malam semalam cerita Pocong di astro prima.Satu rumah senyap.Layan cerita hantu smabil makan kacang dan air sirap.i love those moments.
Hari ni, selepas breakfast roti canai dan makan nasi lemak ramai-ramai, again, aku dan pamili bersiap untuk pulang.Haih.Ini yang malas.Tak selalu dapat reunion begini, then masa sangat mencemburui.
Dalam perjalanan pulang ke hometown di Kampar, abang just text me.Nothing to say, tapi rasa happy bila dia just inform dia busy dengan kenduri cukur anak buah, then malam dia akan call up.Abang dah enough understanding tentang aku.At least he let me know apa yang dia buat for the whole day, dari freeze tanpa msg atao call then aku mula lah akan pikir macam-macam yang tak elok.Kan?Hahaha.
Now, duduk di rumah, makan jerok yang mak long ter sayang beli dari Langkawi.Esok malam dah back to work.Masa sangat cepat berlalu, i think.
No comments:
Post a Comment