Apr 9, 2013

Abang lewat 30an

Tadi aku bersembang panjang dengan seorang lelaki yang berpangkat abang pada aku.Usia nya mungkin akhir 30an.Berstatus suami dan bapa yang penyayang.Tidak hensem tapi punya kharisma yang mampu menarik perhatian ramai gadis termasok aku.Hehe.

Aku dengan dia tidak lah rapat mana tapi aku terharu dia willing bercerita kisah rumah tangga dia kepada aku.Cerita yang berat tapi dia buka mulut meluahkan.Sungguh, aku selalu tertanya, kenapa kebanyakan orang yang tidak akrab mana dengan aku berasa selesa dan percaya untuk datang duduk bercerita dengan aku kisah hidop mereka, dari A hampir ke Z, tanpa ragu sedikitpon kepercayaan terhadap aku sebagai pendengar.Pelik.

Apa yang menarik minat aku mendengar cerita dia adalah perjalanan kisah trilogi cinta dia.Dan di sebalik cerita dia, aku sangat mengkagumi prinsip dan cara dia as a manly man.Tak banyak aku dengar lelaki berkongsi hal rumahtangga yang sangat rumit dengan aku seperti ni.Ini mungkin anatara yang terawal.Aku setia mendengar tapi sungguh, aku berdoa supaya  tidak sama sekali akan diletak dalam situasi berat seperti yang diceritakan.Kisah cinta trilogi.Antara harapan orang dan cinta terhadap isteri.Hmm.

Tapi apa yang diceritakan, secara tak langsong, banyak persamaan dengan cerita aku jugak.Daripada situ aku dapat mengutip pengajaran, yang sangat berguna untuk menjadi perempuan yang lebih dihormati dan disayangi lelaki.Baru aku faham Incik Zahari bagaimana kerana melalui apa yang dia ceritakan, itu lah yang selalu aku lalui dengan Incik Zahari.Contohnya mengenai dalam bab berkawan dengan kawan-kawan perempuan yang pernah singgah dalam hidop mereka.Remain as friend, maseh ingat dalam kepala nombor telefon mereka, maseh tak lupa tarikh lahir mereka, maseh berhubung mesra dengan mereka, tidak bermakna hati tu maseh menyinggah di sana kerana hakikanya tak boleh diubah atao dicemburui.Mereka tetap kawan.Tidak perlu kita jadi batu halangan.Itu yang incik Zahari selalu cakap pada aku.Same word yang keluar dari abang tu tadi.

Banyak juga prinsip hidop abang tu yang sangat aku adore.No wonder dia menjadi perhatian perempuan lagi walao sudah bergelar bapak dan suami orang.Aku terlalu memuja personaliti dia selain sifat romantik dia terhadap isteri.

Apapon, conversation antara abang tu dengan aku tadi tu sangat beri fikiran positif kepada aku tentang kewujudan lelaki dan sifat mereka.Insha Allah.Aku akan perbaiki kelemahan diri dalam menjaga keharmonian hubungan.



Kadang-kadang, berkawan dengan mereka yang lebih tua daripada kita memang mengajar kita untuk, at least berfikiran jaoh dari usia sebenar.


;)

No comments:

Post a Comment