Mar 25, 2010

I dunno what to say.

Jiwa aku sedang keletihan sekarang.Terasa aku seorang Ultraman yang sedang berlawan dengan raksasa yang datang satu-persatu.Tapi sayangnya, aku jenis Ultraman yang takde power.Jadi, kadang-kadang, aku tak dapat bertahan.Easily touched.And fragile.

First day aku dapat tao mama ada cancer, aku rasa dunia di sekeliling macam ditutup dengan tudung saji.Gelap-gelita.Tak nampak cahaya matahari dah.Kami adik-beradik terduduk lesu.Abah tak banyak cakap.Tak macam selalu.

Kebetulan pada hari kedua, aku ada interbiu keje pulak.Aku pergi dengan kepala yang bersirat.Kalao kepala boleh di transparentkan, orang boleh nampak banyak wayar yang bersambong dalam kepala aku.No wonder sampai aku boleh lupa semua apa yang aku belajar selama 5 tahon.Soalan yang macam kacang pon tak dapat nak jawab.Mesti panel yang interbiu aku tu cakap ada je degree, tapi knowledge macam gampang. Ah, persetankan lah.

Time ni pulak aku takde satu sen pon.Jadi, aku rasa damn susah.Lainlah kalao aku ni anak menteri, atao paling tidak pon perempuan simpanan Dato' mana-mana, boleh jugak aku pao duit beribu-ribu untuk semua belanja yang makin besar bila keadaan dah jadi camni. 2 3 keje pulak aku dah terpaksa let it go, sebab keadaan sekarang tak mengizinkan aku ke mana-mana.Jadi, kalo ada yang cakap aku ni saja nak duduk goyang kaki di rumah, aku rasa mulut dorang tu memang longkang.

Untuk aku terima all these fact, memang susah.Tapi aku buat-buat tough sahaja.Sekarang aku makin banyak membaca artikel pasal hal-hal cancer ni.Dulu aku tak alert sangat, maybe sebab tak kene batang hidong sendiri kan? Cancer ni, satu jelah, perlu ada semangat untuk melawan penyakit.If down, everything can't go. Setiap hari, setiap kali nak tidor, aku sentiasa motivate mama supaya jangan takot untuk melalui hari-hari akan datang yang lagi mencabar. walao dalam hati aku pon bukannya berani sangat. Aku menceritakan pengalaman-pengalaman bekas pesakit Cancer yang kini sudah boleh hidop dalam keadaan harmoni walao pada awalnya mereka jugak terasa hilang arah.Harap mama akan kuat, dan aku yakin mama boleh laluinya sebab selama ni pon mamalah yang inspired kami untuk kuat menghadapi sebarang ujian Tuhan.

Untuk kawan-kawan yang sentiasa di sisi, terima kasih sebab always be there for me. Entah lah.Sometime bila aku duduk sorang-sorang, aku rasa tak boleh nak lalui semua ni. Di depan kedai runcit pon aku boleh menangis, apatah lagi kalao hari-hari aku di wad, melihat sendiri keadaan pesakit Cancer di sana menjalani kimoterapi dan sebagainya. Hurm. Rasa mahu pejamkan mata, dan bila bukak mata, hope everything back to normal.





5 comments:

  1. affnie, aku tumpang simpati atas keadaan mama ko. mungkin aper yg jadi sumer ni ujian dari tuhan. tuhan uji semua hambaNya dalam bermacam2 cara, mungkin ni salah satu caraNya untuk menguji ko. harap sgt ko tabah utk menempuh hari2 akan dtg. harap mama ko akan cepat sembuh.
    doa bnyk2 pd yang maha mendengar. ak dgn rakan2 lain doakn kesihatan mama ko jgk.

    ReplyDelete
  2. sem0ga Allah kurniakan kesihatan kat y0ur mama..

    ReplyDelete
  3. Affnie....... ='(

    Banyak2 bersabar k......be strong...

    ReplyDelete
  4. afni...ptut la ko masg tnya aku kt ipoh x aritu...byk2 sabar...extra sabar k..ko kena kuat..sgt kuat! aku balik 7hb nati...weekend tu nati aku dtg jmpa ko k...janji...

    aku doakan mama ko kuat hadapi semua ni..amin..

    ReplyDelete