Apr 12, 2010

cinta saya

3 April 2009, hari kami bawak haluan masing-masing. Aku cakap, "Kita separate sahaja.Sudah cukup terluka dalam masa yang panjang." Simple word. Aku memang begitu, boleh memberi peluang banyak kali, tapi sampai satu saat, aku rasa akan mati jugak kalao tak end up.So, we end semuanya di dalam keretapi malam ke Utara, pada malam itu. Dramatik cerita kami. Itu antara hari yang aku ingat kot sampai bila-bila selain hari Merdeka dan Hari Buruh.Jadi, bila April tahon ini datang lagi, aku tak dapat nak tipu diri bahawa aku takleh lupa kepada insiden dalam bulan ini.

Semalam, aku berkesempatan keseorangan di pekan Ipoh. Ipoh adalah usual point kami berdating, tapi bukannlah berdating secara poyo macam budak-budak sekolah. Jadi, untuk feel kembali zaman dating dulu, aku ambik kesempatan ini untuk view back all our place di masa muda.Kata orang jangan dikenang barang yang lepas, tapi rasanya hati aku dah cukup keras kot. Tak rasa sengal apa-apa pon kat dalam hati.So, dont worry about that. (Mungkin aku hanya rindu dia, dan hari-hari lepas.)

So, aku ambik town bus Ipoh, bayar rm1.20 dan duduk di celahan manusia yang berbilang kaom. 1 Malaysia. It makes me proud to be a part of Ipoh, actually.Kemudian, mengelilingi Pekan Lama Ipoh yang nostalgik sambil melayan MP3 lagu Estrella berulang-ulang kali.Korang rasa aku gila ke? Haha.

Bas melalui pasaraya YikFong, tempat jalan-jalan kami mencari stuff untuk sukan bola sepak dulu.Kemudian melalui juga taman tepi sungai Nashmir, tempat dia membantu aku membuat assignment untuk subjek Public Speaking ketika diploma dulu. The day is always in mind, sebab time tu dia locked aku dalam kereta kemudian buat-buat tak perasankan aku.Bodoh betol.Haha.Tapi time tu hujan, dan bila kami berlari dalam hujan rasa begitu seperti Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.Pagal.

Hurm.Banyak lagi tempat yang aku go throuh.Tapi biarlah selebihnya hak cipta terpelihara.Haha.But i tell u, dulu, hujung minggu aku memang banyak di Ipoh. Lautan api sanggop direnangi, jadi apalah sangat setakat meninggal kerja studio hanya untuk pulang ke sini menghirup udara di Ipoh bersama orang yang disayangi atao paling tepat adalah orang yang dicintai, to be honest lah.

Itulah, orang kata first love memang pegi mana sekalipon, takkan terlekang dari hati.Aku terkena tempiasnya, kadang-kadang. Tak tahulah either boleh jumpa balik ke tak cinta yang penoh warna-warni macam cinta di Ipoh ini?

So far, i dont find it yet.

Cuma yang aku pegang, selagi cinta kepadaNya tak putus dan kasih pada keluarga tetap dihati, insyaallah kita akan tetap berasa gembira seperti orang lain.

***********************************************************************************

Oh, already 3pm.I need to off to Ipoh, again. Mahu ke hospital berjumpa mama.(Today is her first kimoteraphy session.) Harap mama akan ok, itu sahaja doa setakat ini.

=)

6 comments:

  1. anyway, tempat2 yg afni g tuh ika tau..hehe..nk tau cmne nk jth cnta balik, tny ur fwen naha..die pun cmtuh gk..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe.wah, naha jadi dr.luv nampaknye skunk.dulu i yg jd his tok guru.hehe.tq eika =)

    ReplyDelete
  3. wah lyn prasaan nmpk...windu la kt afni,lme xgosip n ngis2...huhu...windunye bdk 404...

    ReplyDelete
  4. affnie oi
    ni kalau buat movie ni boleh pecah panggung ni
    tp betul ah, mana boleh lupa kenangan dulu-dulu kn?

    p/s : naha da jadi loving,caring dan sewaktu dgnnya skrg..ahaha..=D

    p/s lagi : kim slm mama ko..=)

    ReplyDelete
  5. aiman:beza gile ke naha dulu ngn skg??hahaha..

    ReplyDelete