Hari ni aku bangon lambat.Pukul 10 pagi.Seronok kalao tak kerja ni kan?Bangon pagi kepala kosong, tak payah nak congested dengan masalah dunia.
Atas katil tadi, aku review balik kehidupan aku untuk almost 2 year ni.Serius, baru aku perasan, since aku habis belajar di UiTM, aku sebenarnya tak pernah rest lagi.Memanglah duduk tengok tv atao bermain Facebook tu boleh dikategorikan sebagai berehat, tapi yang aku maksudkan, keadaan diri aku yang tak pernah duduk diam.Otak tu, berfikir sepanjang masa walaopon sedang tidor.
Dari final sem yang sucks, aku diuji dengan pamili matters yang maha besar bebanannya.Time tu, still remember, bekas kekaseh kahwin orang lain, Along jobless, bergadoh dengan kakak ipar, abah sakit dan jobless jugak, mama daripada jadi tulang belakang keluarga, tiba-tiba jatuh sakit, menghidap Cancer.Pidot pulak baru nak sambong pengajian di peringkat ijzah di UiTM.
Buk!
Aku rasa aku pon tersungkur sama.Time tu, pegangan aku hanya doa, doa dan doa.Dalam hati kene lebih strong dari semua.
Aku bagi semangat kepada Along untuk interview kerja baru. Kesian masa dia takde kerja, nak beli rokok sebatang pon tak mampu.Hari Along pergi interview, aku masih ingat.Satu rumah buat persediaan untuk dia.Aku check kan sijil dan resume dia, ironkan kemeja dan seluar dia. Prepare tali leher untuk dia. Dan mama masih lagi gagah pergi menemani Along pergi interview kerja. (anak mak). Dan alhamdullilah, rezeki di pihak dia.Aku tak risaukan yang lain time tu, tapi hanya risaukan anak dia yang makin nak kenal dunia.Duit kalao takde, susah.
Aku bagi semangat pada abah sebab dia terlalu risaokan mama sampai kesihatan dia jugak terganggu.Setiap hari tugas aku menjaga abah.Masak untuk abah sebelom bergegas ke hospital.Paling aku risaokan bila aku kene stay di hospital untuk beberapa hari.Aku risao abah takde selera makan sebab biasanya abah susah nak makan bila orang lain masak, kecuali aku atao mama.
Aku bagi semangat pada Pidot jugak.Dia tidak mahu sambong ijazah sebab duit takde.Bila pikirkan balik, keadaan ni macam drama.Tak sangka, happen in my real life.Selalu tengok cerekarama sahaja.Aku cakap kat Pidot, peluang takkan datang banyak kali.Take it as challenge.Tuhan takkan menguji hambaNya jika dirasanya tidak mampu.Time tu, aku bagi sahaja laktop walaopon berat hati, supaya dia senang buat assignment.Aku tahu, bagaimana susahnya nak buat kerja kalao pinjam barang orang.I have been thru before.
Artwork yang aku bagi pada Pidot, malam sebelom dia mendaftar di UiTM-diambil dari FB dia semalam.
Pada kakak ipar, aku tahu dia stress dengan keadaan pamili aku, juga keadaan diri Along yang tak stabil ketika itu.Tambah pula dengan campor tangan orang luar yang macam haram jadah, nak pecahbelahkan keluarga kami.Tapi aku bersabar, dan cakap, one day kita akan happy balik.Dan alhamdullilah, kami boleh accept each others semula.
Dan, untuk mama, adalah yang paling susah untuk aku menjadi kuat.Mama berasa sangat takot ketika tu.Aku tahu, dia takot pada Cancer, dia takot dia akan kehilangan life dia selepas ni, dia takot tiada siapa akan jaga anak-anak, cucu dan abah.Aku sendiri tak kuat, lari jaoh dari mama selalunya, sampai pernah menangis di depan pakcik india yang jual kacang puteh, di depan kedai runcit, di dalam bas town ipoh, semua tempat aku pernanh menangis.
Tapi, i have no choice.Aku banyak membaca buku tentang Cancer time tu dan beri semangat pada mama.Time tu, aku selalu pastikan, bila mama bukak mata, aku akan ada di depan mata mama dan memegang tangannya supaya mama tak rasa takot walaopon aku sendiri takot kehilangan mama.
Bila mama sudah rasa upaya sedikit, aku ambil keputusan untuk kerja di Genting.Time tu, aku melawan psikologi sendiri.Bukan senang, tambah pulak dalam masa yang sama, aku kene menepis perspektif orang luar yang bermacam-macam.Kau ada degree, tapi kerja di tempat macam tu.Belom lagi orang bercerita tentang lifestyle di sana.Aku benci manusia yang menyibok hal orang.Its ok, aku pikir kerja di sana boleh saving sebab tak perlu pikir transportation dan belanja sewa rumah dan bil lain. Duit gaji totally boleh spend untuk perbelanjaan dapur, perbelanjaan kimotheraphy mama, perbelanjaan pidot di universiti dan mungkin setakat nak menampong makan minom aku hari-hari.Cukuplah.
Bila duduk, minom kopi, dan teringat balik masa-masa susah aku, aku rasa macam hati aku freeze.Sesekali berdenyut sakit, sebab terlalu perit untuk dilalui kalao menguji lagi.
Jangan bercerita tentang susah dengan aku.Sebab aku sudah melaluinya, selalu.Mungkin one right day, aku akan menulis sebuah buku untuk perjalanan seorang gadis biasa yang bernama Noor Affni Roosli.
i love the artwork!!! ;)
ReplyDelete