Showing posts with label Hari semalam. Show all posts
Showing posts with label Hari semalam. Show all posts

Jul 20, 2012

Ramadhan.

Ramadhan datang lagi.

Dan tahon ni, air mata menemani malam 1 Ramadhan yang penoh rahmat.

Hati.Rasa bagai melayang di atmosfera.Kerana kenangan setiap Ramadhan aku bukan macam orang lain.Banyak jisim nya ber bekas dengan air mata.


Ramadhan 2 tahon lepas adalah Ramadhan yang terlalu kosong pada aku.Terlalu sedih.Terlalu sayu.Terlalu menghenyak hati di dalam.Sampai bila-bila, denyut nya takkan pergi.

Sehari sebelom puasa, aku meninggalkan rumah.Meninggalkan abah.Meninggalkan mama.Nekad pergi ke Genting untuk bekerja, mencari belanja raya supaya abah mama adik boleh beraya macam orang lain.Tukar langsir baru.Merasa banyak kuih di ruang tamu.Bertukar baju raya.Mahu mereka gembira walao tahon itu, buat pertama kali aku tiada di rumah untuk menyambot datangnya bulan Syawal.

Malam sebelom aku berangkat meninggalkan rumah, mama yang melipat semua pakaian untuk dibawa pergi.Tak banyak baju, sebab sudah lama tak berganti baju ketika tu, sebab duit lebih digunakan untuk perubatan mama dan abah.Sumpah, dalam hati aku cakap, apa yang aku nak pakai kat sana nanti?Tapi aku hanya leka melihat mama melipat semua kain untuk dimasuk dalam bagasi.


Hari aku pergi tu, mama menghantar aku di bus stop kampong.Dari bus stop kampong tu, aku akan ke pekan Kampar, 20 minit perjalanan,dan mengambil bus ekspres ke Kuala Lumpur.Menumpang tidor di rumah Zabrina di Setiawangsa malam nanti.


Di bus stop tu, aku memelok mama.Mama cuba meniup semangat aku yang belom sepenohnya melekat di jasad.Entah.Sungguh aku tak ingat bagaimana aku boleh senekad hari tu, bagaimana aku boleh sekuat hari tu.Bagaimana hati boleh keras sekeras hari tu.Ketika itu mama juga baru baik dari operation Cancer Ovari nya.Maseh lemah tapi mama yang nampak lebih kuat.kuat dari aku yang sehat ketika itu.Itu lah mama.Tak pernah rebah walao ujian daripada Tuhan lebih besar beban nya.

Waktu aku naik bas, yang buat aku lebih menangis di dalam bila Darwish anak Along menangis melihat aku pergi.Dia tak tahu apa-apa tapi dia tak mahu aku naik bas.Pergi hingga tak nampak.Dari tingkap bas, aku nampak mata mama berkaca menghantar aku dari jaoh.


Allah.Tak habis aku menyebot nama Nya, minta atmosfera sedih ni hanya cukup di situ.Kerana aku perlu pergi bekerja.Bukan ber suka ria macam anak muda lain yang hilang jati diri.


Dan, 1 Ramadhan, aku berbuka puasa seorang diri dalam bilik yang aku dapat di Genting.Sayu, bagai pertama kali berbuka puasa di negara orang.


Mama.Abah.Terlalu rindu.Ramadhan meniup rasa rindu dalam hati ni, tapi bagaimana mahu di keluarkan rasa ni, selain tidor dan pejam mata dan bila bangon esok sudah ke tempat kerja lupa sekejap turun naik dada yang rasa sakit setiap kali rasa kehilangan.


Salam Ramadhan untuk semua.

May 11, 2011

Perjalanan seorang biduan

Hari ni aku bangon lambat.Pukul 10 pagi.Seronok kalao tak kerja ni kan?Bangon pagi kepala kosong, tak payah nak congested dengan masalah dunia.







Atas katil tadi, aku review balik kehidupan aku untuk almost 2 year ni.Serius, baru aku perasan, since aku habis belajar di UiTM, aku sebenarnya tak pernah rest lagi.Memanglah duduk tengok tv atao bermain Facebook tu boleh dikategorikan sebagai berehat, tapi yang aku maksudkan, keadaan diri aku yang tak pernah duduk diam.Otak tu, berfikir sepanjang masa walaopon sedang tidor.







Dari final sem yang sucks, aku diuji dengan pamili matters yang maha besar bebanannya.Time tu, still remember, bekas kekaseh kahwin orang lain, Along jobless, bergadoh dengan kakak ipar, abah sakit dan jobless jugak, mama daripada jadi tulang belakang keluarga, tiba-tiba jatuh sakit, menghidap Cancer.Pidot pulak baru nak sambong pengajian di peringkat ijzah di UiTM.






Buk!








Aku rasa aku pon tersungkur sama.Time tu, pegangan aku hanya doa, doa dan doa.Dalam hati kene lebih strong dari semua.







Aku bagi semangat kepada Along untuk interview kerja baru. Kesian masa dia takde kerja, nak beli rokok sebatang pon tak mampu.Hari Along pergi interview, aku masih ingat.Satu rumah buat persediaan untuk dia.Aku check kan sijil dan resume dia, ironkan kemeja dan seluar dia. Prepare tali leher untuk dia. Dan mama masih lagi gagah pergi menemani Along pergi interview kerja. (anak mak). Dan alhamdullilah, rezeki di pihak dia.Aku tak risaukan yang lain time tu, tapi hanya risaukan anak dia yang makin nak kenal dunia.Duit kalao takde, susah.






Aku bagi semangat pada abah sebab dia terlalu risaokan mama sampai kesihatan dia jugak terganggu.Setiap hari tugas aku menjaga abah.Masak untuk abah sebelom bergegas ke hospital.Paling aku risaokan bila aku kene stay di hospital untuk beberapa hari.Aku risao abah takde selera makan sebab biasanya abah susah nak makan bila orang lain masak, kecuali aku atao mama.






Aku bagi semangat pada Pidot jugak.Dia tidak mahu sambong ijazah sebab duit takde.Bila pikirkan balik, keadaan ni macam drama.Tak sangka, happen in my real life.Selalu tengok cerekarama sahaja.Aku cakap kat Pidot, peluang takkan datang banyak kali.Take it as challenge.Tuhan takkan menguji hambaNya jika dirasanya tidak mampu.Time tu, aku bagi sahaja laktop walaopon berat hati, supaya dia senang buat assignment.Aku tahu, bagaimana susahnya nak buat kerja kalao pinjam barang orang.I have been thru before.







Artwork yang aku bagi pada Pidot, malam sebelom dia mendaftar di UiTM-diambil dari FB dia semalam.







Pada kakak ipar, aku tahu dia stress dengan keadaan pamili aku, juga keadaan diri Along yang tak stabil ketika itu.Tambah pula dengan campor tangan orang luar yang macam haram jadah, nak pecahbelahkan keluarga kami.Tapi aku bersabar, dan cakap, one day kita akan happy balik.Dan alhamdullilah, kami boleh accept each others semula.





Dan, untuk mama, adalah yang paling susah untuk aku menjadi kuat.Mama berasa sangat takot ketika tu.Aku tahu, dia takot pada Cancer, dia takot dia akan kehilangan life dia selepas ni, dia takot tiada siapa akan jaga anak-anak, cucu dan abah.Aku sendiri tak kuat, lari jaoh dari mama selalunya, sampai pernah menangis di depan pakcik india yang jual kacang puteh, di depan kedai runcit, di dalam bas town ipoh, semua tempat aku pernanh menangis.






Tapi, i have no choice.Aku banyak membaca buku tentang Cancer time tu dan beri semangat pada mama.Time tu, aku selalu pastikan, bila mama bukak mata, aku akan ada di depan mata mama dan memegang tangannya supaya mama tak rasa takot walaopon aku sendiri takot kehilangan mama.






Bila mama sudah rasa upaya sedikit, aku ambil keputusan untuk kerja di Genting.Time tu, aku melawan psikologi sendiri.Bukan senang, tambah pulak dalam masa yang sama, aku kene menepis perspektif orang luar yang bermacam-macam.Kau ada degree, tapi kerja di tempat macam tu.Belom lagi orang bercerita tentang lifestyle di sana.Aku benci manusia yang menyibok hal orang.Its ok, aku pikir kerja di sana boleh saving sebab tak perlu pikir transportation dan belanja sewa rumah dan bil lain. Duit gaji totally boleh spend untuk perbelanjaan dapur, perbelanjaan kimotheraphy mama, perbelanjaan pidot di universiti dan mungkin setakat nak menampong makan minom aku hari-hari.Cukuplah.






Bila duduk, minom kopi, dan teringat balik masa-masa susah aku, aku rasa macam hati aku freeze.Sesekali berdenyut sakit, sebab terlalu perit untuk dilalui kalao menguji lagi.









Jangan bercerita tentang susah dengan aku.Sebab aku sudah melaluinya, selalu.Mungkin one right day, aku akan menulis sebuah buku untuk perjalanan seorang gadis biasa yang bernama Noor Affni Roosli.






Jan 3, 2011

Tenda Biru

Kau kenapa ye, bila sudah menginjak 25 tahun, shopping pon ke kedai kuali dan pinggan mangkuk.Haha.Tadi aku masuk ke kedai pinggan mangkuk, menemani mama dan sis in law.Melihat barang-barang rumah.
Kemudian aku, as usual, berdiri tegak dan berangan.
*Kalao dah kawen nanti, pinggan mangkuk aku kene white color, nampak klasik dan old school, sebab konsep rumah aku nanti will be in simplicity design dan klasik.Boleh bring back the old times.Di dalam kepala sudah ada design itu semua.*
Toin toin
Tetibe ter flashback pulak kisah lama.Dah kata bring back the times.
Dulu aku pernah prepare satu set design untuk interior rumah dan konsepnya.Tapi itu lah, orang yang pernah kata mahu berkongsi hati, hidop, dan rumah dengan aku, kawen dengan orang lain ( background musik lagu Tenda Biru).
Aku ni day dreamer kan?Flashback pulak bapak jaoh.Walhal tadi, agenda nya nak memilih which pinggan yang aku suka untuk hadiahkan pada mama raya nanti.Haha.
Sebenarnya dari semalam aku sedikit emosi, sebab kisah aku yang tragis macam Sembilu dulu tu, jadi semula pada kawan baik sendiri semalam.Orang kata, cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit.Apatah lagi kau cuit dan robek hati dia.Aku rasa marah.
Perempuan ni, satu sahaja.Setia sahaja pada cinta dia, yang lain pada dia takde masalah.Tapi, once dah kau break janji dan harapan dia, its all over. No turning back, as the lover.
Sebelom ni, aku jumpa 2 lelaki yang aku sungguh heart, sungguh cinta, sungguh rindu, hari-hari aku rasa, aku mahu berkongsi hari tua bersama mereka.Mahu dia nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk aku sampai di akhir usia, mahu sama-sama naik vespa bersama dia menghantar cucu ke tadika, dan mahu juga di waktu malam duduk mesra di dalam satu selimut menonton cerekarama.
Itu semua, aku selalu berangan.
But then, semuanya hilang.Pergi.Tak sempat nak grab.
Sakitnya, Tuhan sahaja tahu.
Dear, aku paham rasa nya bagaimana kau hilang orang yang kau sayang.Denyut jantung di dalam rasa sangat perlahan, sampai kau tertanya-tanya, kau sedang bernyawa lagi atao tak?
Tapi, here i am, mahu kau teros move on sayang, banyak lagi udara yang indah untuk kita hayati sebelom dipanggil pulang abadi.
I akan ke Kuala Lumpur esok, menemani u makan karipap panas di Bangsar ok =)

Sep 1, 2010

Kad raya dia

Setiap kali aku mimpi bekas kekasih, mesti mimpi yang baik.Kami bertegur, bersembang dan ketawa.Tiada argument, macam mana how we end up dulu.

Lepas bangun tidor, aku jadi rasa rindu gila pada dia.

Bila raya datang, aku tak dapat nak tipu aku teringat beliao.(salahke nak teringat?).

Kali terakhir raya, sebelum kami separate, dia kirimkan aku kad raya. Rasa kelakar bila dia still ada soul macam tu.Pagi aku nak pulang berhari raya tu, dia call aku.Dia pun baru sampai dari luar negara.

Dia bagitao, nanti check kat rumah.Ada kad raya untuk aku.

Sampai rumah, bila tengok kad raya dia, aku pon menangis dengan bodoh.Haha.Terharu sedikit.Kemudian aku send sms pada dia, thanks.

Pagi raya, dia kirimkan mms pada aku.Gambar dia pakai baju Melayu warna purple.Bergambar kat rumah dia di Perlis.

But, gambar tu aku dah tak simpan.Tak manis lah kan.

Aku harap adik aku tak baca entry aku yang ni.Kalao dia baca, mesti dia marah sebab aku still nak ingat lagi benda yang dah lepas.

Its just a part of my life. Dalam hati aku sudah ada yang lebih baik, lebih baik dari semalam.Sayang aku jugak, rasanya sudah tidak boleh dibelah bahagi lagi.

Cuma cannot help bila sesekali kenangan tu datang, macam angin yang menyapa =)

Jun 7, 2010

Ali Setan


Aku terpikir, kalao lah satu hari nanti aku ada anak perempuan, mesti aku rasa mahu protect anak aku dari mana-mana lelaki yang sedang seduce anak aku. Mesti aku tak berapa suka kalao dia keluar dengan lelaki tu selalu.Kamu jugak kan?

Tapi, bila ingat zaman aku mula mengenal lelaki, iaitu sekitar 20an, aku rasa aku patot beri ruang pada anak aku itu jugak untuk involve dengan lelaki itu (tengok jugaklah orangnya macam mana kan).Sebab, kalao kamu tak sedikit 'nakal' di luar dan hanya baca buku di rumah, kamu tidak akan banyak belajar pasal hal hubungan dan bende-bende yang perlu kita tahu pasal opposite sex, espeselinya lah.

Aku banyak belajar pasal lelaki bila sudah involve dengan somebody secara serius, bukan setakat hanya usha dari jaoh.It doesn't teach u anything.Kene banyak buat hal.Haha.

Dulu, pernah sanggup balik awal masa cuti semester UiTM, konon mahu balik ke UiTM sebab banyak kerja di studio, tapi pergi berdating dengan orang itu di sekitar KL, kata tidor di kolej tapi tidor rumah orang, hanya turut rasa hati yang tengah berbunga, letak tepi istialh family first.

Dan, paling tak boleh blah, sanggup burn duit ptptn nak beli banyak bende untuk orang itu, balut gift dengan wrapping paper love-love, buat kad comel dengan ayat-ayat yang kalao aku baca sekarang rasa nak maki, gila kapak, kemudian bagi pada dia, dan bila datang rumah dia, aku rasa tak nampak pon ada sense of appreciation oleh dia terhadap bende yang aku beli dengan duit kerajaan itu.

Lagi worse, at one point tu bila sudah tahu hubungan tu tidak ke mana, masih mahu mencuba konon kumbang hanya seekor dalam dunia time tuh.Try so hard till the end, itu yang ditulih kat tepi katil baik masa di kolej sampai lah ke zaman rumah sewa.Cerita cinta masa tu memang panjang, kene guna dvd, yaw.

Banyak kebodohan masa dulu yang baru boleh direview sekarang.Itu baru yang tak sensor. Yang lain takot kene gam dengan Kementerian Penerangan Malaysia.Mungkin jugak tak elok untuk budak-budak under age.
Aku rasa idop aku wasted pada masa tuh.Aku cerita ni pon sebab termuhasabah diri sekejap tadi. Mungkin sejak akhir-akhir ni aku rasa sedikit ade meaning walaopon mungkin ada perubahan lain yang certain nya jugak tak disenangi.What ever. what important, aku lebih kenal diri aku siapa sekarang.Paling tidak, aku sudah tidak membuang masa untuk sesuatu yang tak bagi aku benefit, seperti mengabdi pada someone yang fooled aku semata-mata.
Biar buruk perangai aku dulu, tersilap langkah, tapi aku tak pernah jugak merungut dalam hati dengan over sebab aku ambik teladan dari hal lepas.Apesal nak menyesal kan?
Jadi, sedikit-sebanyak, aku sudah ada formula untuk tumbesaran anak-anak aku selain susu formula yang bersepah-sepah sekarang ni. (macam tak sabar nak giat buat anak je ek, haha). formulanya, biar mereka melalui setiap fasa idop mereka dengan enjoy,biar sedikit nakal, biar banyak main, biar try banyak bende, biar nampak berani, sebab, from there, mereka learn many things, at least mereka belajar determine idop mereka sendiri.Kan dah macam keling bahasa aku.

Jun 4, 2010

World Cup, again.


11haribulan Jun ni birthday Along aku.Tapi tak payah cakap la pasal birthday Along aku.Dia bukan suka nak celebrate pon.Tapi paling tidak pon aku akan msg dia nantilah mengucapkan selamat hari jadi.(biasanya atas desakan mama yang suka ingatkan anak-anak dia birthday sape-sape pon). Tapi, untuk 11 haribulan Jun ni, rasanya semua orang akan menantikan World Cup.Kan? (untuk semua kaki bola lah.Aku mungkin kene tempias sahaja.Haha).
Kenangan bersama World Cup aku tak banyak sangat lah sebab aku bukan gila bola sangat.Gila pada si pemain bola dulu adalah. (rindunye).Tapi, untuk World Cup tahon 2006 dulu, aku ada kenangan bersama kawan-kawan studio iaitu Fad, Aroi, Ramzi dan Eti di mana sekarang ni sudah lama tak jumpa dorang selepas masing-masing quit dari UiTM kecuali lah Ramzi yang baru konvo dengan aku 2 minggu lepas.
Malam 9 Julai 2006, (kalao tak silap lah), Final World Cup France vs Italy tu, kitorang pegi menonton final di Sri Hartamas (kalao tak silap aku lagi lah.Lama sangat kan, aku pon dah ingat-ingat lupa). But still remember, on the way ke Sri Hartamas tu boleh pulak kitorang ter involve dengan satu accident.Tak pasal-pasal kitorang kene jadi saksi sekejap pada polis. Ayo. Banyak pulak insiden.
Kemudian, sampai je kat that area dah takde parking. Menapak jaoh gila. Dan,memang ramai giler lah manusia. Dah macam semot aku tengok.Paling tak cun, kitorang kene duduk bawah pokok dengan mat indon yang lain sebab no seat yang kosong kat mapley tu. So tengok screen dari jaoh je lah.Tapi tak kisah lah. Yang penting dapat tengok Zinedine Zinedane dengan clear time tu selain dapat lepak dengan dorang sebab itu adalah farewell moment dengan Fadh dan Aroi (esoknya mereka terpaksa pindah ke UiTM Perak before they have to quit).
That was our last moment after going through so many tears and happiness together for 2 years.Sedih jugak sebab dorang sebahagian dari team aku terutama masa tengah gila bikin filem untuk studio dulu. Banyak lagi kenangan. Tapi yang menyentoh hati masa di Bukit Fraser di mana Fadh yang memimpin aku masa perjalanan pulang dari waterfall yang sejaoh 10km dari tempat penginapan. Touching sekejap noks.Haha.
Itu lah memori yang aku ter reflect bila World Cup kembali menjengah, remind me tentang kawan-kawan baik yang sudah jaoh dari mata. But always in HEART.
Jadi, kenangan World Cup kamu, apa pulak?

May 17, 2010

Selamat hari Guru, cikgu!

Hari Guru semalam.Tapi sungguh, aku terlupa sebab over excited jumpa kawan-kawan lama di UiTM semalam.
So, Selamat Hari Guru, cikgu.Untuk semua cikgu-cikgu yang menjadikan aku manusia untuk hari ni.Hehe.
Dalam banyak-banyak cikgu yang ajar aku, dari sekolah dulu sampai la zaman UiTM, ada seorang cikgu yang aku sangat tak boleh lupa.
Iaitu seorang cikgu di MRSM.Beliao tak pernah ajar aku di MRSM, tapi aku rapat dengan dia masa Jambori Pengakap di sana.
Malam jambori tu aku lepak dengan beliao. Mula-mula cerita yang berkaitan akademik la kan, pastu bla bla bla sampai la beliao sharing satu cerita dengan aku.Mungkin muka aku ni dari dulu dah jadi tempat orang nak bercerita kot.Haha.
Beliao berkata,
Satu hari nanti, tak mustahil aku akan lalui drama yang dia lalui.Aku kata drama apa? Sebab time tu aku naif bab-bab drama cinta ni.Dulu aku nerd, baca buku Bio kalao tak buat apa.(tipu).
Beliao berkata lagi,
Alah, drama cinta tiga segi.Oh, kata aku.Beliao bercerita panjang tentang dia pernah mempunyai seorang kawan baik masa belajar di universiti dulu.Kemudian, dia jatuh cinta pada kawan baik itu dalam diam walaopon time tu dia dah bertunang dengan somebody yang memang cintakan dia.
Aku teros dengar cerita dia sambil belajar ikat skarf Jambori.
Masa last gathering bersama kawan-kawan universiti, dia dapat tahu kawan baik dia tuh sebenarnya in luv dengan dia jugak.Dia rasa nak nangis sebab time tuh dia dah nak kawen.
Time tu aku malas nak ikot sama beliao bersentimental sebab scarf aku dari tadi tak ikat-ikat.Kemudian, direct aku tanya, what happened to your bestfriend?
Beliao cakap.Ada bende yang kita takleh nak dapat walao nak sangat.Jadi, aku tao lah, dia kawen jugak lah dengan tunang yang dah sedia menanti lama.Wah, very dehhhh sedih, kata hati aku di dalam.
Yang aku ingat pesan beliao ialah, tak semua perkara kita boleh belajar dari dalam bilik darjah atao semata-mata baca buku.Pandai mana pon, tapi kalao tak boleh nak handle bende di luar teori, kamu fail jugak.
Jadi, apa sahaja dugaan datang, kene matang untuk overcome.Mungkin time tu aku tak berapa paham kata-kata pujangga cikgu tu, now aku dapat tangkap maksud dia.
Aku tak tahu cikgu tu ada kat mana sekarang.Mungkin kene find out dalam Facebook ni.Yang pasti, she will always in my mind =)

Mar 3, 2010

Pekan Ngah Jabor Kampar









Mencari gambar lama. Oh, ini gambar-gambar yang aku sempat ambik kat pekan Kampar untuk projek Cultural Design semester 6 tahon 2008 dulu.Tapi sila abaikan caption-caption gambar yang sungguh poyo itu.Haha.

Ada bakat tak jadi photographer? Coming soon, insyaAllah =)

Feb 25, 2010

what's your design concept?

Classmate lama aku yang sedang menghadapai final semesternya tanya aku tadi nak guna konsep apa untuk design dia di pesisir pantai Dungun.Aku pon blank sebab hari panas giler.(alasan konkrit).Tapi, aku paham condition dia sekarang yang hari-hari dibebani persoalan 'what's ur design concept?" oleh studio master. Persoalan ni terribly menghantui aku jugak dulu setiap kali bangon tidor.

Tengok keadaan ni dulu pon korang leh tao how bz aku mencari idea di studio untuk concept itu.Fuh.

Feb 3, 2010

Rumah sewa

Aku pernah duduk rumah sewa selama 2 tahon di Shah Alam.Dalam masa 2 tahon tu, 2 rumah berlainan aku sewa. Rumah terakhir tu sempat duduk selama 6 bulan, iaitu semasa semester akhir aku.Duduk menyewa dengan rakan-rakan ni punya kisah sendiri, yang kadang-kadang sunggoh aku rindu untuk laluinya semula, tapi ada jugak sebahagian daripadanya yang buat aku nak maki sampai sekarang.Sucks giler.

Aku paling rindu masa duduk serumah dengan geng BOUTIQUE 404. Banyak kenangan best yang giler-giler.Yang aku tak pernah lupa ialah duduk melepak dengan diaorang tengok drama Sindarella setiap hari Selasa tak silap aku time tu.Tv kecik giler tapi yang tengok 6 orang.Haha.Bila babak romantik, mesti gegar satu rumah punyerlahhh.(siyer rindu gilerr part ni).Then, jiran kat depan rumah yang busy body tu mesti bengang giler.Mulalah mengadu kat ketua blok.Hahahaha.

Waktu yang paling nostalgic ialah menyambot puasa ngn diaorang kat rumah.Aku paling rindukan kenangan pegi pasar Ramadhan ngn diaorang beli juadah puasa.Bila setiap kali ramadhan datang, mesti aku jadi sunyi sebab all of them are not around yet. Jadi, Ramadhan tahon lepas pon rasa hilang 'semangat' tanpa diaorang.

After that, bila dah bertukar kawan-kawan di dalam rumah, aku dah tak jumpa sangat kenangan yang best di rumah sewa.Aku pon banyak buat hal sendiri.Sebab mostly tak sekepala.Da, off record.

Jan 26, 2010

artwork.








Ini antara art work aku semasa degree part o6 pada tahun 2008 (individual task-cluster of traditional house in Kampong Nyiur Cabang, Langkawi). Tadi takde keje, so bukak balik folder lama yang still aku simpan. Rindu giler beb pada sketching. I love sketching.Sangat. Semua yang kat atas tu aku sketch tao.Cantik tak? Haha.

Rindu masa-masa bersengkang mata untuk design =)


Jan 23, 2010

Ipoh.

Hujan tengah menggila di luar. So, terbantut nak keluar rumah pegi kedai beli air soya.Jadi aku berblogging sahaja.(nak tidor takot gemok, betoikah andaian sebegini?).

Bila hujan, aku rasa sungguh nostalgic.Sebab dengan otomatik rewind kenangan petang di Ipoh ketika hari hujan.

Yup, aku seorang yang suka keep history in mind.Jenuh nak lupakan semua,tapi it doesn't work, i knoe.

Aku suka situasi petang di Ipoh ketika hari hujan.Banyak ceritanya.Dan ia awesome.Bila dah tak boleh nak ulangi balik semua hari-hari itu, aku rasa sedikit empty.Mungkin jugak rasa ia sebuah kehilangan yang amat.Macam aku rasa bila hilang buku garis satu matematik di dalam kelas masa sekolah rendah dulu.Penat siapkan homework sepanjang hari minggu tapi bila isnin frust buku dah takde.

Kenangan ni sebenarnya selain nostalgic, ia boleh jugak contribute kepada phobia.Means di sini, bila aku sudah lama meninggalkan kenangan tuh, secara tak langsung aku turut berasa uncomfortable untuk menjejak kaki ke tempat yang ade history , no matter what ia manes atao pahit seperti white coffee.

Itu sebab aku belom lagi rasanya mahu ke Ipoh.Sebab all the ways macam pita rakaman.

(Oh, aku rasa entri ini mula ke mood jiwang.Mungkin tadi banyak sangat tengok drama Melayu di tv selain faktor cuaca di luar.Haha.)

Jadi, apa khabar Ipoh agaknya sebab sekarang aku prefer ke Telok Intan mencari mee rebus Mastan Ghani =)







Jan 17, 2010

Cornflake

Oh, tadi terjumpa skandal lama.Ter bukan ber.Bila nampak dia, aku cuba buat-buat sibok melayan SMS walaopon hp aku takde kredit.Dia datang dekat kepada aku dan menghulur salam.Aku pon sambot atas alasan 1 malaysia.Kene bermesra dengan semua masyarakat tak kira pernah skandal atao tak.

Sebenarnya aku curi-curi pandang jugak pada dia tadi.Bukan lah sebab rindu, aku cuma mencari sebab kenapa aku pernah suka dia dulu.Hal yang demikian kerana (dah lama tak guna penanda wacana) aku seorang yang hanya suka berangan bercinta dengan pelakon hebat di tv .Untuk suka orang di depan mata, payah rasenya sebab aku pernah frust bercinta, jadi sudah malas nak adore orang lagi.

So, tadi aku mencari jawapan. Dekat 45 minit.

At last baru aku ingat.Hanya kerana cornflake.

Dia kata janganlah makan cornflake (masa kitorang breakfast sama-sama.)Dia cakap lagi, kita nak pegi jalan jaoh, nanti cepat lapar pulak.Selepas itu dia ambikkan meal yang lain.

Simple je kan insidennya?Patotlah Dato'Siti boleh terjatoh hati kat Dato K misai lebat tuh hanay kerana strawberry coklat=)

Jan 15, 2010

Blind date

Masa bangon tidor pada pukul ** pagi tadi, aku tiba-tiba teringat pengalaman aku buat BLIND DATE pada tahon 2004 dulu.Itulah blind date yang pertama dan terakhir yang aku pernah buat.Selepas tu aku dah tak berminat.Sebab aku rasa childish sangat selain terasa nampak desperate.

Aku sebenarnya tak paham kenapa ia dipanggil blind date? Silalah jelaskan pada aku mengenai definition ini.

Okeh,berbalik pada cerita blind date aku tadi.Aku kenal 'budak' tu pon dari Wanie, kawan aku kat MRSM dulu.Budak tu aku tak ingatlah dari MRSM mana.Kami jez keep in touch thru surat.Time tu aku pon papa kedana lagi, maseh belom mampu ada hp sendiri.

Tahon 2004, aku masuk UiTM, dan dia pon sedang buat prepation mahu ke oversea di Shah Alam juge, jadi kitorang decide nak jumpe. Neves jugak hari nak jumpa tu sebab masing-masing tak pernah kenal rupa.Kalaolah Facebook dah ade time tu, kan senang.At least dah kenal kat FB.

Masa jumpa tu, tadelah macam terkejut sangat sebab he looked nice jugak tapi bukan taste aku.(mungkin aku jugak bukan taste dia kan).Kitorang pegi date ke KLCC.Jalan-jalan di taman KLCC.Sumpah rasa poyo gila.Aku sebenarnya tak suka pegi dating kat taman yang ada bunga-bunga.Nampak macam pasangan bercinta from Bollywood.Haha.

Sekali jumpa dah rasa macam takleh ngam even jadi kawan, so pastu nak keep in touch pon rasa malas.Haha.Jadi, aku pon tak tahu dia di mana sekarang.Mungkin baru balik dari oversea jugak sebab his friends pon baru balik ke Malaysia November lepas.

Selepas pengalaman blind date tu, aku dah malas nak blind date lagi sebab aku rasa aku lebih sukakan hubungan yang start secara tak dijangka dan grow up secara semulajadi.Lebih rasa seronok.Heh.

Dec 31, 2009

Picca

Picca ni i cilok dari blog Sue Anna Joe.I suka sangat dengan meaning pada gambar ni.Bring back memory for those yang menatap.Dan, of coarse la i teringat memori masa zaman sekolah i jugak.

I banyak kenangan kat sekolah.Hari tu pon masa i bosan kat rumah, i baca balik all the old diaries masa sekolah, surat-surat i dengan kawan-kawan baik dan cebisan-cebisan kertas yang i dan some of friends dalam kelas chats masa malas nak belajar dulu. Rindu nak pakai uniform sekolah!

I kat sekolah dulu tak tao nak categorized dalam golongan mana.Nak kata i nerd,tak jugak tapi setiap kali exam i akan studi tanpa menghirao orang bergusip di telinga i.Cume kalo dorang bukak cite pasal orang yang i minat, sure i dah malas nak bukak buku.Haha.

Nak cite kenangan zaman sekolah memang banyak.I dah tak larat sebab sekarang pon da oredy kol 4 pagi.I saje menghabiskan pagi tahon baru kat sini.Tak tao nak merepek ape. Apepon, the bittersweet of highschool sesuatu yang takleh lupa.

I rindu semua kawan-kawan lama.Kalo kawen jangan lupa jempot i.Air sirap orang kawen best!

Happy new year semua.

Nov 2, 2009

SSBJ.

Petang tadi selepas balik dari school, hujan turun menggila. Sunggoh lebat.Aku hanya redah sebab memang rasa nak mandi hujan. Dah lama tak mandi hujan.Kalo kat SSBJ dulu, memang tunggu saat hari hujan. Mahu pergi mandi hujan kat belakang blok F bersama Cik Zabrina Ezura.Esok confirm demam, so ade alasan pegi klinik untuk dapatkan MC.Petang tak payah pegi training =)

Hujan memang mengingatkan aku pada SSBJ.Rindu jugak sekali sekala mahu jadi atlit macam dulu.Time tu bangon pagi pegi assembly.Biasanya tak sempat nak semayang Suboh sebba selalu terlewat bangon dan teros berlari ke dewan. Nak amek roti dan air kotak coklat kt DM pon tak sempat. Pas nyanyi lagu Negaraku, berpecah ikot team masing-masing pegi training. Untuk team volleyball tempat kitorang training dekat dewan MSN, satu tempat dengan team sepak takraw Malaysia (giler hensem atlit SepakTakraw), dan bersebelahan dengan trek atlit olahraga. Tapi on the way ke tempat training kene pass thru padang bola dan court hoki. Hehe.Time tu best sebab dapat usha budak bola stretching =) Dan kalao balik kadang-kadang ade orang tu tak dapat nak tangkap bola, and the ball jatuh ke bawah lalu aku yang pick up. Weh,rasa nak balik ke zaman itu.

Sekarang ni sunggoh rindu kawan-kawan lama. Tak semua yang dapat dikontek balik.But hope one day dapat jumpa kembali walao tak pasti maseh ada hati untuk bertemu ke tak certain of them.

* I will always love u-Whitney Houston*



Oct 27, 2009

Mati hati..sudah.

Ini entry before aku pegi mandi.Lalalalala.Tadi aku chat dengan Ben, seorang senior yang agak kacak dan berkharisma. Topik kami is about relationship between 2 person.

Zasss...layan.(katenyer).

Aku bertanya.What will happen if u fall in love with your own gud friend? Balasnye begini. "Menyayangi tak semestinye memiliki.Its better to keep the feeling urself only.Sebab kamu akan kehilangan saat-saat manis mase berkawan baik selepas kamu cube declaire hubungan tu."

Dan lagi pendapat beliao.

"Adalah lebih manis jika kamu dan dia hanya paham perasaan masing-masing dan jez be like that. If ade jodoh, tak ke mana. Pasti Tuhan memberi ruang seterosnye =)"

Yup.Statement tu buat aku rasa begitu kehilangan seorang kawan baik saat ini.

Aku rindu bila dia habis game dan mencari aku. Mahu aku komen bagaimana die di atas padang.Mahu aku di pihak die walao satu Malaysia mengecam. Aku rindu bila dia kacao aku semasa aku serios di dalam studio. Mengajak aku keluar makan McD tapi hanya setakat drive thru. Aku rindu untuk basohkan glove die. Tapi kemudian menyimbah aku dengan air. Aku rindu bila aku buat kerja, dia ade di sebelah. Bertanya design ape yang aku buat. Aku rindu mahu mulakan pagi dengan dengan dia.Tengok die ade di depan mate sebelom aku sibok sampai malam.

But, how much i miss all these sweet things , i never give it a try anymore.Susah untuk terima orang yang buat kamu sudah mati hati.

Along


Petang ni aku terasa rindu sangat kat my Along. Last aku jumpa die kami bergadoh.Aku terase dengan die dan aku tahu die juge sangat terase dengan aku. Aku tahu aku memang macam gampang kalao dah marah, tapi aku sendiri takleh nak control kalao ia melibatkan abah dan mama.

*sendiri mahu ingat*

Along ade cuba ambil hati aku tapi time tu aku sedang marah.Aku rase die tak paham perangai adik die ni. Marah aku panjang sangat mana pon. Lainla dia lelaki luar yang buat pasal.Memang aku carot sampai mati.Tapi dia satu-satunya abang yang aku ade dalam dunia ni.Marah-marah pon aku sayang dia. Itu tak pernah berubah walao dia dah lama tak main kombat-kombat dengan aku.

Aku tahu die takkan msg aku tanye aku camne kat sini sebab hp dia selalu letak dalam dashboard. Entah charge ke tak.Tapi, aku tahu die rindu adik-adik die. Sebab mama cakap Along selalu balik.Dia ingat adik-adik die ade kat rumah.

(kejap.aku nak nangis.)

Aku sayang Along dan harap dia ok kat sana walao ini masa kritikal beliao. Aku harap dia happy macam aku happy kat sini sekarang walao so many things stuck in mind. Dan, aku harap dia sabar sebab aku takde duit lagi nak beli jersey ManU original yang die suke.Aku tanak beli kat Uptown sebab aku nak beli yang mahal punyer.Dan, kat belakang tu aku nak sign.

Along, i love u.

Sep 10, 2009

You-re still the one(dulu tapi bukan kini dan selamanya. Serius, ayat itu hipokrit)




Lagu ini dari link Encik Helmi. Saya cilok lagu beliao.Adela tu something yang stuck dalam minda beliao tentang lagu ini. Kan?

Hee...

Yup, lagu ni memorable. Remind me about high school dan beliao.(If he read this writing, i hope he keep it away.)

Yup, lately ni kadang-kadang rindu all those time. Rindu saat di MRSM bilamana aku sampai di kelas,sudah terletak surat yang dihantar oleh Encik Posto~Baom (selalunye) di atas meja aku. A letter from him yang beralamat SSBJ, 57000 Kuala Lumpur.

Time tu memang rasa hepi dan menyebabkan buku Bio yang dibawa berhabok.Excited baca surat.

Aku rindu tulisan cakar ayam beliao, rindu cerita antara 2 sahabat, dan rindu untuk menampal setem dengan air liur kembali.

Tapi sekarang sepi tanpa berita.

?????????????????????????????????

Itu pilihan terbaek. I think.and I have to.Sebab itu saje jalan supaya hati masing-masing tak cedera parah lagi.

Even aku belajar tentang the joining of the structure dalam subjek construction, tapi aku tak pernah tao cane nak join balik all the pieces of heart yang dah bersepai.

It never work.(tegas)

Sumber berita: Muziom Cik Salamiah.





Sep 6, 2009