Sep 28, 2011

Love

1.Keseronokan dalam erti kata sebenar adalah apabila orang disekeliling kita seronok, then you will feel the true happiness.Aku rasa kata-kata ni betoi.Lately ni, mama nampak kurang energetik, tak bermaya sangat like before.Cuma semangat dia sahaja buat dia sedikit kuat, tapi tak langsung melegakan aku.Im afraid, again.Cuti ni aku tak rasa senang hati, sebab mama nampak tak happy, with her condition.Duduk seorang malam-malam begini, sebenarnya aku mengambil ruang untuk mencekalkan hati aku, berdoa semoga masa nya belom sampai.Beri peluang kepada mama melihat kami lagi.Tadi aku dengar talks pasal produk untuk membantu mengurangkan sel jahat kanser.I shud try, takpelah, duit aku maseh boleh cari.Semoga Tuhan dapat membantu, lagi sekali.Doakan mama, thanks.



2.Baru lepas having conversation dengan Incik Zahari di telefon.I miss him so much.Aku hanya ada satu hari untuk spend masa dengan dia, before he will gone for 2 months.Ini masa yang terbaik untuk aku dan dia having our own space.Tak berjumpa, tak bersms, tak call each others within 2 months, hope that this void space akan konkrit kan lagi batu-bata hubungan dan perasaan kami each others.Aku jugak mahu ambil ruang ni, untuk improve all the wrong thing that i have done to him, banyak emosional, terlalu ikotkan amarah walhal benda tu just nothing.Then communication, selalu nya failed tambah bila emosi dah lead the situation.Yup, perlu improve sepanjang kami buat haluan sendiri 2 bulan ni.Haih, ill be missing him.Balik kerja takde sape nak tanya aku dah mandi ke tak.Hurm.



3.Sekarang ni tengah enjoy membaca buku, alone di reading area abah kat dapur.Rasa tenang.Yeah, bila kepala rasa unsettled, take time untuk membaca for a while.Then u will be fine, trust me.Bila membaca, mata melihat warna-warna indah, otak juga menerima banyak input yang positive, then, kau akan rasa kesan positif nya juga.Yang boleh melawan rasa gusar, sekaligus boleh create mood yang bagos.Cuba lah.Aku tak ambil dari buku, i just experienced 5 minutes before.



4.Hari ni jugak aku merasa lega.Aku mendapat green light daripada mama, abah and the whole pamili mengenai kehadiran abang dalam hidop aku.Status abang as a single father, bukan senang untuk diterima speseli abah.Abah still konservatif.Tapi tadi, masa minum petang dengan opah, mak nyah dan maksu di rumah opah, mama story, abah dan mama sudah berbincang tentang aku dan abang.Mama cakap abah tak kisah dengan siapa aku berkawan, yang penting abah mahu lihat aku built up diri aku dulu then baru settle down dengan sesiapa pon.Alhamdullillah.Opah jugak antara orang yang gembira dengar this news.Hari tu pon aku tak sempat jumpa kan abang with other pamili members.Abang hanya sempat jumpa mama dan adik.Sampai rumah dah senja.I dont know, dengan abang aku memang betul-betul ter bukak hati nak membina masjid, dan yakin dia the person yang boleh menjaga aku dengan baik, tapi itulah.Jodoh semua di tangan Tuhan.Sebagai hamba, aku hanya boleh menadah tangan mohon dipermudahkan semua.Haih, tak boleh imagine akan jadi mama for his kids, kalao ada jodoh.Haha.



5.Jumaat akan mula bekerja semula after 8 hari bercuti.Hurm, tak sabar juga mahu back to my work.Dah lemau dah ni duduk rumah lama sangat.Haha.




Goodnight everyone.Got to go.

No comments:

Post a Comment