Showing posts with label Hal sendiri. Show all posts
Showing posts with label Hal sendiri. Show all posts

Jul 21, 2012

Hari kelaheran

Its my birthday.

Thanks for all wishes.Hanya doa yang diperlu.Tak perlu apa-apa sebab semua almost ada.

Hari ni berbuka puasa dengan Incik Zahari.He took 1 day off, aku balik kerja singgah ke bilik beliao untuk berbuka puasa sebelom pulang ke bilik dan bersiap ke Teraweh.Abang pergi teraweh tadi pakai baju melayu hijao dia yang aku suka.Balik tadi rasa gembira sebab abang sudah beli menu kegemaran aku, nasi dan sambal ikan keli.Juga kueh lopis dan kueh limas, i dont know what people call that kueh, tapi orang Perak panggil kueh limas.

Kebetulan black out.Adoh.So kami candle light dinner, makan tepi tingkap meminjam lampu-lampu neon dari luar, berlatar belakangkan senja langit yang berkabos.Awesome.

Sedang makan kueh lapis, aku menangis.Maybe pms adalah punca,tapi selebihnya kerana rindukan kueh lopis mama.Setiap kali Ramadhan, mama akan jual kueh di kampong.Dan kueh lopis hijao salot kelapa dimakan dengan air gula merah menjadi kegemaran aku.Apa yang buat aku sedih, selalu nya abah akan tolong mama tempe pulut hijao dan bungkuskan air gula dalam plastik kecil sebelom mama masokkan dalam bekas besar untuk dibawa ke gerai kampong.Aku hanya selalu jadi pemerhati.Rindu, the memory. Abang cakap jangan lah sedih, he always be there for me.Ya, tapi tak sama kan?


Aku mencari hari-hari yang dapat kembalikan senyuman aku.Doa aku untuk hari kelaheran yang ke-26 ni.


Amin.

Mar 24, 2012

Malam yang terlalu panjang.

Pic atas katil aku, bila tengah malam.


1.52am, still awal untuk tidor, as today im working jam 2 petang.So bancoh teh o panas, cecah dengan biskot HupSeng.Sambil tu selak helaian-helaian majalah, yang berbagai, yang memang every month di sponsor oleh Coffee Bean.Aku seorang je dapat, jangan jeles.Haha.So save my bajet, selain dalam bilik aku dah kene provide satu mini kabinet untuk put all the magazines.Dah tinggi menggunung.Thank u Incik Mus.


Hari ni kerja macam biasa.Break makan besar dengan gadis-gadis hotclub di back office, walao kami hot, selera tetap maseh desa.Salah seorang klik bawak rendang kuning ayam.Peh, makan gaol dengan nasi panas, memang tak sedar bos lalu-lalang kulu-kilir kat belakang.Heh.


Then, abah send me mms.Gambar beliao dan mama yang sedang manis tersenyum, berpakaian sedondon.Hurm.Speechless.Tak tahu bagaimana mahu reply.I just reply back-yup, i missed mama as well.Kita semua merindui mama.Kita semua rasa, terlalu rasa kehilangan nya.Be strong abah.Aku tahu, air mata abah mesti bergenang time tni, seperti yang aku selalu curi intai.Hurm.

Then kebetulan time tu, kat tv3 siar video klip lagu Widuri, dari Broery Marantika.Aku pulak sebak.Ini antara lagu yang mama suka.Mama sangat suka karya Broery Marantika.Dan mama memang simpan dvd lagu-lagu Broery.Setiap pagi, mama akan suruh aku pasang the dvd, sebab hanya aku jugak yang suka all the song list dari Broery.yang lain, tak berapa berkenan.Macam abah selalu cakap, lagu Broery lembab sangat.Jenuh nak tunggu habis.Thats why mama pasang pon curi-curi, sometime. Haha.

Ya, kalao boleh, memang satu tulisan ni mahu coret kan mengenai mama.Sebab waktu ini, tertlau kuat rindu pada nya.



Selamat malam mama.

Feb 6, 2012

im not feeling well.

5.44am, still tak boleh tidor.Sebab dalam kepala working.Selain tu, aku takotkan zone pms yang kembali menjengah.Mungkin this week.Selalu nya, zone pms aku sangat mempengaruhi relationship aku dan Incik Zahari.Aku akan rasa double curious tentang dia, fikir macam-macam yang negative pasal dia, and so on.Aku sangat risao tentang penerimaan dia,what to do? I cant help myself as well, sebab emosi aku during this period time sangat berat.Pernah berapa kali aku nak break up dengan dia dalam tempoh waktu ni.Aku yang suka buat keputusan, tapi dia tak pernah ikotkan rasa.its not funny, pms really scared me.


Then, aku lebih banyak risaokan mama, again.Tak mahu menulis di sini sebab pada aku, simpan dalam hati kemas-kemas rasanya boleh membantu aku untuk rasa lebih kuat, rather than keep telling people.Yang aku tahu, aku sangat rindu kan mama dan setiap hari berdoa, masih panjang masa untuk bersama dia, untuk aku berkongsi journey hidop aku.


Hari ni aku rasa mahu ambil mc.Sebab i feel unsettled.Tak tahu kenapa.See, pms aku sangat disturb mind dan emotion aku sampai tak boleh perform kerja.


Hurm.Tak tahu nak tulis apa.Hope doktor bagi aku mc hari ni.

Jan 25, 2012

Mama.


Hari ni patut aku kerja malam.Tapi aku ambik emergency leave, as mama masuk KPJ, dan satu saat pon aku rasa tak tenang di sini.Mana mungkin aku boleh fokus pada kerja.No, i cant.

Aku mahu pulang petang tadi, without thinking properly.Cuti tak ambik lagi, baju-baju tak ready lagi, Pidot pulak baru habis final presentation dia tadi.Aku bagitao Incik Zahari, aku mahu teros pulang.Dia dengan tenang cakap, balik esok.Its already late.Tiket ETS pon belom tentu available.Uruskan cuti semua dulu.Esok balik kerja, at least dia send aku.

Dan, dia nasihat kan aku redha.


Yup, dalam keadaan bingung, unsettled, tak tahu mahu buat apa, bila redha ada dalam hati, mungkin dapat mengubat sedikit perasaaan.


Aku bukan putus asa dengan kesihatan mama, tapi, redha perlu ada untuk persiapkan diri untuk segala kemungkinan dalam waktu terdekat ni.


Doktor bukan Tuhan, tapi segala result perubatan mama dari mereka sangat melemahkan hati di dalam.


Bagaimana hidop aku takde mama?





......


Dec 29, 2011

Random.

*Murah rezeki sedikit lately.Hari-hari ada orang belanja.Kadang-kadang bos, klik kerja, kawan baik, peminat, peminat dan peminat.Haha.Ambik je lah.Rezeki jangan ditolak.Haih, manalah tak naik berat badan bulan ni.
*Its hard bila feel my situation sekarang.U in love with someone.On the same time, u ada rasa suka with someone yang juga suka kau.Memang kita dapat determine dengan siapa yang kita mahukan, tapi untuk lost all the moments yang gila-gila plus loving dengan somebody yang banyak share passion dengan kita, tang situ berat nya.Sumpah, aku maseh belom dapat buat benda tu.Tak adil untuk yang seorang lagi tapi aku manusia.
* New year akan tiba within 2 days.Malas nak cakap pasal azam.Bukan bermaksud putus asa with this life, tapi aku lebih senang membenarkan masa let it be.Yang pasti, aku akan spend some my savings untuk make over appearance diri aku,reward diri sendiri beli apa sahaja yang still tak dapat grab last year, pergi bercuti dengan kawan-kawan bujang (haha), dan belanja pamili makan-makan.Itu yang aku mahu buat when turn to new year.Of coarse umur bertambah satu angka.Nothing to wish, just hope that akan jadi wanita 26 tahun yang strong, rasional dan feminine.Haha.
*Sedang rebuild back hubungan dengan Incik Zahari.Sekurang-kurang nya aku rasa gembira tak terkata, bila dia cakap hati nya sakit bila curious tenntang aku with someone.Konflik sometime make both parties realize their mistake and try to grab back what things that slowly gone.Alhamdullillah.It really works.
*Semalam stalk fb ex dan wife nya juga his married life.Hanya singgah sekejap.Melihat perkembangan karier nya yang sebenarnya aku ikuti since dulu, cuma selepas dia kahwin, selepas aku rasa sudah tak patut tahu hal dia, aku sudah banyak hilang khabar dia.Semalam juga uga melihat post-post bahagia dia bersama wife dan kehidupannya.I tell u, mungkin kau akan rasa sakit yang amat dalam bila satu masa dulu kau terpaksa melihat dia bersama dengan yang lain,but trust me, sedikit sebanyak dalam hati kau akan rasa senang bila lihat dia bahagia afterwards.Just take time, dan alhamdullillah, aku sudah berjaya melepasi masa tu =)
*Goodbye-Air Supply.Tak habis-habis dengar lagu ni.Akan rasa something dalam hati.Tapi tak tahu mahu letak di mana that feeling.Mungkin terlalu emosional.Haha.
Selamat malam.

Dec 15, 2011

Menulis sambil dengar lagu Dewa-Larut.


Banyak berfikir, these few day.


Then aku berjaya, find out all the unsettled things in my relationship.Masalah nya banyak datang dari aku, i think.Dan minoriti dari dia, mungkin jugak.


Yang aku nampak, aku terlalu mahu grab dia dan hubungan ni.Terlalu grab.Terlalu ke hadapan.Terlalu mahu ingin memiliki semua.Terlalu sayang dia.Terlalu sayang hubungan kami.


Thats the problem.


Sampai aku kekang privacy dia.Sampai aku rasa mahu letak dia dalam almari, tak mahu orang lain ada di sekeliling dia.Dan fobia aku tentang masa lepas, terlalu banyak influence perasaan aku iaitu terlalu takot untuk dilukai.Blended.All things blend together, sampai dia jadi mangsa emosi aku.



Dan akhirnya aku dan dia, rasa jaoh.



Communication is best way to bring us back together.Semalam, after off day, aku berjumpa Incik Zahari.Having light talk sebab after that Incik Zahari ada games badminton with his friends, dan dia mahu aku berada dengan nya sepanjang games tu.Yup, aku try to put away sekejap masalah kami dan luangkan masa kami bersama semula.Habis games, dia bawak aku pergi makan char koe tiao bersama kawan-kawan dia juga.


Sepanjang perjalanan ke Genting semula, di dalam kereta, dia explain everything.Dan menjernihkan segala kekusutan.Theres nobody between us.Cuma aku dan dia perlu trust each others.Thats the point.Hurm.






Hati aku rasa kene panah halilintar kelmarin.Dan malam semalam, walao tak sepenuhnya recover, tapi sekurang-kurangnya aku rasa sedikit ok.Dan mahu ambil peluang cuti 5 hari ni untuk mengubat perasaan sendiri dan mengembalikan kepercayaan yang semakin menipis.




Slowly.



Dan what i suggest to myself is, bila sayang kan seseorang janganlah terlalu all out.Just relaks dan let the flow.





Itu mampu buat hati kau bertenang.

Dec 4, 2011

Painful,sungguh.



3 4 hari ni tak tahu nak tulis apa.Blurr.Tak keluar apa walaopon banyak benda nak dituliskan.Orang kata writer's block.








Aku sedang menyelesaikan kisah cinta aku.Kalao orang lain sedang sibok menyelesaikan kisah cinta dengan wedding di hujung tahon, aku pula baru sibok mencari penyelesaian kisah cinta aku di hujung tahun.Di mana di mana dan di mana hala tuju.




Im am now 25 dan almost turn to 26.But still no idea what is life about.






I always scared to lose this relationship but rasa nya i should let all go.Semua.And its hurting.


















Tak tahu nak cakap apa.Sedang menghirup English Toffee.Menenangkan, walaopon for a while.

Nov 16, 2011

Ipoh & semalam.

Tadi pergi Ipoh.


Ya.Ipoh still the same.Aku memang sukakan pekan Ipoh yang penoh nostalgia.Rumah-rumah dan shophouses sejak zaman kolonel, itu yang paling menangkap mata aku bila ke Ipoh selain its surrounding yang aku rasa maseh penoh traditional. Tentang kenangan aku di Ipoh dolu-dolu bersama the person yang pernah duduk lama di dalam hati, sumpah, sudah tidak attached lagi di dalam ingatan.Aku cuba untuk flashback tadi, tapi banyak yang tak datang balik.Ajaib.Yang ada di dalam rasa bila berada di Ipoh, hanyalah waktu-waktu kaget aku menunggu mama di Hospital Ipoh semasa mula-mula mama disahkan dapat Cancer tahon lepas.Its the latest thing yang mampu singgah dalam kepala aku, bila aku try to recall all the memory in IPOH. Thats all.Takde lagi yang lepas.



Its good for me.Im totally move on :)



Cuma yang aku perasan, masa pergi Ipoh tadi, sepanjang perjalanan teringat incik Zahari.Tidor semalam juga tak lena, teringat dia.Hai, sakit.Kami jarang separate.Hari-hari bersua.Begini jadi nya bila 2 bulan freeze each others.Haha.


Tapi hari ni sedikit busy, bawak mama pergi hospital Ipoh ambik darah sebab esok mama akan kimoterapi.Kemudian mama cakap nak pergi window shopping cuci mata kot-kot ada blouse yang cantik.Aku dan Along ikotkan sahaja.Bawak mama ke Jaya Jusco.Mama happy, aku dan semua akan happy.Itu yang aku selalu mahukan.


But mama kata, baju-baju kat JJ tak kena pada mata dia.Yeah! Sama dengan aku.Memang takde yang kena dengan mata kami.So lepas makan, pulang sahaja.Cuma sempat singgah ke pasar malam di Kampar, sebab aku teringin nak makan burger daging pasar malam.Haha.


Malam tadi, melayan abah pulak.Try to connect broadband yang abah baru beli sebab dah almost 3 weeks tak dapat guna.Abah tunggu aku balik untuk follow up dengan Broadband Centre.Now already ok after aku 'tengok-tengok'kan.Haha.



Dalam kesibukan aku dengan hal di rumah, tak sangka Incik Zahari make a call.Bergetar jiwa, the right word untuk figure out apa yang sedang berlangsung di dalam hati.Haha.Just tanya aku sudah makan atao belom.Habis call, he send a sms.Only one short text but very meaningful sebab aku tao, dia maksudkan apa yang dia tulis.I miss u so much.Muah!-Abang.Hurm, i miss you so.Badly.


Esok akan pulang semula ke my second hometown.Cuti 6 hari berakhir esok.Jumaat will back to work.But before pulang, mahu singgah IKEA dulu.Incik Zahari bagi sedikit elaun so mahu gunakan sebaiknya untuk prepare something to welcome his home coming, 2 minggu dari sekarang.Dah lama aku design such thing dalam kepala.Hanya tunggu esok untuk beli the stuff with my bestfriend, Zabrina.Hopefully everything akan fullfill.Insyaallah.





Goodnight people.I need to sleep early tonight.Bye!

Nov 8, 2011

Menulis ketika dengar lagu Yuna.Gelora Jiwa.


Baru sampai bilik.


Habis kerja tadi singgah sekejap di Coffee Bean.Kejap tak kejap dalam 1 jam lebih jugak lah.I wont anything, tapi Mus tetap jugak mahu make me a drink.Dia tanya nak apa? Anything for you, Miah.Ayat slang british dia.Haha.Jejaka Melayu yang ada lesong pipit di pipi, tapi bila bercakap slang british dia yang poyo tu tak boleh lari.Haha.


Kami duduk having conversation.I dont know, aku senang dengan setiap topik perbualan kami.Cuma tak dapat lepak berbual panjang, customer always interrupt by the time.

Aku suka sebenarnya suasana dalam Coffee Bean.Selain aroma coffee nya, aku suka layan all the song dari Red fm yang on air.Release my feeling after 8 hours working.Aku prefer sit alone, duduk blogging di sana, dan sometime get my space untuk berfikir macam-macam yang unsettled.


Time ni, aku teringat incik Zahari. Pemergian dia ke Pulapol memang menjaohkan kami.Dia memang takde masa untuk call.Aktiviti pack.I have no one to talk about my daily activities here. Kadang-kadang, aku takot my emptiness akan diisi oleh orang lain yang memang obviously waiting aku dan tak jemu mengambil hati.Yes, i think he is already took my heart right now, tapi aku selalu cakap, please, please, berbalik pada hati kamu yang asal.


Confuseness.Berat ujian yang Allah beri pada aku sekarang ni.




Dua perasaan dalam satu jiwa.






Oct 21, 2011

happy birthday.

1.Lately ni, ramai guest aku beri compliment.Bukan pasal service aku as a front liner, tapi pasal appearance aku.Tadi Indian guest dari Singapore cakap, u beautiful with light makeup.Dont put too much make up.Your natural beauty make u looked different than others.(Dialih bahasa kepada bahasa yang kurang nampak riak).Minggu lepas, guest dari Indinesia puji aku jugak masa aku check booking dia.Dia cakap muka aku very Asian.Sweet.Haha.Aku tak lah rasa cantik, tapi aku percaya, bila hati happy, tak juga mengganggu hati orang, dan rasional pada masalah yang datang kadang-kadang, mungkin buat aku looked great, lately.Luar dan dalam kene balance.(sila abaikan barisan kedua terakhir, yang rasa agak poyo.haha).




2.Sekarang ni banyak jugak muka baru, jadi aku as a senior memang tak boleh nak bagi muka sangat.Nanti lembab belajar macam kura-kura dan malas.Yang aku nampak sekarang, aku boleh sikit-sikit jadi tutor dah.Sudah pandai garang sikit pada budak-budak (a bit la.nak ajar kalao tak garang nanti kene pijak kepala), ajar dorang how to take notes dan guide dorang untuk teros approach guest with the courtesy dan prosedur yang aku dah ajar.Serius, seronok jugak kalao dapat jadi lecturer.Kongsi own experience dengan budak-budak, guide dorang dan share segala yang ada.Tapi untuk Hotel Front Office Operation boleh lah.Bidang lain, tak pandai dah.Haha.






3. Balik kerja, rehat di dalam bilik adalah satu masa yang aku paling suka even alone.Lepak dalam selimut, baca some blogs yang very inspired aku.Kemudian di tengah-tengah ter tidor.Haha.Aku sangat comfort dengan apa yang aku ada.Sekurang-kurangnya, bila balik kerja, aku dah tak payah pening kepala dengan kerja.100% hanya serabut di tempat kerja sahaja.Cukup lah waktu zaman belajar dulu, sudah hilang separuh masa aku.Anyway, kenangan as a studio-based student di UiTM dulu adalah satu ruang masa yang susah untuk diasingkan.Serius.






4.Esok birthday Incik Zahari.Takde buat apa.Hope dia dapat birthday message yang aku kirim melalui pos laju semalam.Memang aku tidak pasti dengan apa yang akan Tuhan akan bagi pada aku untuk esok-esok.Entah maseh mencintai lelaki yang sama atao tak.Entah maseh ada rindu untuk orang yang sama atao tak.Tapi untuk waktu sekarang, tiap senyum, tiap sakit, tiap tangis, tiap marah, tiap lelah, tiap payah, aku hanya mahu dia ada di sebelah.Sudah cukup.Happy birthday abang.Sudah kehabisan ayat, untuk barisan seterosnya.





5.No idea untuk menulis.Tak sabar nak tunggu 25hb.Last day kerja then bercuti panjang 6 hari.Habiskan masa yang ada bersama pamili di rumah.Rindu mereka.Serius.





Goodnight people.




Oct 13, 2011

Jiwa & Lara


Malam ni tak ke mana.After balik kerja pukul 6 petang tadi, aku singgah McD.Tak rasa nak makan nasi hari ni.So take away set double cheese burger.Orang bujang, senang je.Heh.this my dinner meal for today.


Balik mandi dan menunggu untuk Maghrib.Sempat recite Yassin untuk kesejahteraan bersama.Berdoa, semoga happiness is mine, always.Juga berdoa untuk keseihatan mama, abah, dan semua yang terdekat.


Then, study sekejap untuk Internal Quality Audit(IQA) untuk Front Office Department.Tak buat apa pon.Tapi kemaskini nota yang ada ke dalam buku nota yang incik Zahari beli kat Giant Batu Caves, masa shopping barang-barang dia last month.


Then i got a call from Mus.Mus deliver cookies from Coffee Bean.Haiya.My feveret.Masa pms makan cookies, i tell u, heaven.Thanks Mus.Hope that u just be happy with your management sebab ada sedikit rasa unsettled.Aku dan Mus, begini lah.Lebih senang begini. Be friend, just sharing the story.Sebab hal hati mana mungkin boleh dibelah dua.Aku tak ber kudrat.



Then, mus back to work.Singgah jengok aku sementara dia tapao makanan di luar.Aku sembahyang Ishak (lambat-lambat nanti teros tertidor). then layan cerita Jiwa & Lara di tv3.Ternangis pulak.Maybe so lonely di bilik, then zon pms already there.Air mata memang easy je nak jengah keluar.Haha.


Habis cerita, layan Red fm.Nak memanjakan mata.lagu-lagu kat Red fm malam ni tak se nice semalam.So aku plays mp3.The first song yang aku dengar.Semalam Yang Hangat-Wings.Teringat abang.ini lagu yang dia selalu pasang dalam kereta.Dan, after that, tak sangka, tengah chorus lagu abang call dari Johor.Dah dekat 5 hari kot dia tak call.Serius, rasa macam zaman bercinta sekolah-sekolah dulu.Rasa sedih bila syiling abang nak habis.Hurm, Disember.Lambat nya masa berlalu.




....




Dah.Tak mahu tulis lagi.Good night.

Oct 12, 2011

Gloomy day, pulak.

Feels rasa gloomy malam ni tadi.Apa aku buat, tao?

1.Lepak Coffee Bean.Layan musik slow Red fm.Yang aku perasan, semua Late Night Love Songs yang Red fm putarkan setiap malam, semua lagu tu ada dalam list mp3 aku.Hik.

2.Incik Mus, as usual, sediakan hot beverage untuk aku.Tak tahu lah flavor apa sebab setiap hari bertukar-tukar.Then, mesti ada cookies.Coffee flavor with hazel nut, kot.I like that.Thanks to him.Dia cakap, dia sediakan with penoh rasa kaseh sayang.Haduh, berat.hik.

3.Balik kemas bilik.Therapeutic.Bila rasa tengah tak betul, mood kemas bilik mula lah live.Haha.

4.Sketching.Yeah, sambil layan Red fm, sketch karton aku dalam sketching book aku.Then make a small envelope using magazine paper untuk letak the sketches inside.Back to school, oh yeahhh.Dah lama tak buat camni.Sketches yang ni aku nak bagi Incik Mus esok sebab every day, almost everyday dia bagi aku beverages dan cookies.segan ah pulak even dia cakap tak ayah reply anything.Ini bukan kawasan perumahan jiran tetangga nak balas membalas, he said.tak boleh-tak boleh.i have to.

5.Last sekali, blogging.Di sini.Aku menanti panggilan dari sweetheart zahari.But maybe dia bz, no time untuk ke public phone.Its ok.Ingat pesan abang, jaga diri.Jaoh di mata, dekat di hati.I miss u, banyak.


6.Good night everyone.

Sep 28, 2011

Love

1.Keseronokan dalam erti kata sebenar adalah apabila orang disekeliling kita seronok, then you will feel the true happiness.Aku rasa kata-kata ni betoi.Lately ni, mama nampak kurang energetik, tak bermaya sangat like before.Cuma semangat dia sahaja buat dia sedikit kuat, tapi tak langsung melegakan aku.Im afraid, again.Cuti ni aku tak rasa senang hati, sebab mama nampak tak happy, with her condition.Duduk seorang malam-malam begini, sebenarnya aku mengambil ruang untuk mencekalkan hati aku, berdoa semoga masa nya belom sampai.Beri peluang kepada mama melihat kami lagi.Tadi aku dengar talks pasal produk untuk membantu mengurangkan sel jahat kanser.I shud try, takpelah, duit aku maseh boleh cari.Semoga Tuhan dapat membantu, lagi sekali.Doakan mama, thanks.



2.Baru lepas having conversation dengan Incik Zahari di telefon.I miss him so much.Aku hanya ada satu hari untuk spend masa dengan dia, before he will gone for 2 months.Ini masa yang terbaik untuk aku dan dia having our own space.Tak berjumpa, tak bersms, tak call each others within 2 months, hope that this void space akan konkrit kan lagi batu-bata hubungan dan perasaan kami each others.Aku jugak mahu ambil ruang ni, untuk improve all the wrong thing that i have done to him, banyak emosional, terlalu ikotkan amarah walhal benda tu just nothing.Then communication, selalu nya failed tambah bila emosi dah lead the situation.Yup, perlu improve sepanjang kami buat haluan sendiri 2 bulan ni.Haih, ill be missing him.Balik kerja takde sape nak tanya aku dah mandi ke tak.Hurm.



3.Sekarang ni tengah enjoy membaca buku, alone di reading area abah kat dapur.Rasa tenang.Yeah, bila kepala rasa unsettled, take time untuk membaca for a while.Then u will be fine, trust me.Bila membaca, mata melihat warna-warna indah, otak juga menerima banyak input yang positive, then, kau akan rasa kesan positif nya juga.Yang boleh melawan rasa gusar, sekaligus boleh create mood yang bagos.Cuba lah.Aku tak ambil dari buku, i just experienced 5 minutes before.



4.Hari ni jugak aku merasa lega.Aku mendapat green light daripada mama, abah and the whole pamili mengenai kehadiran abang dalam hidop aku.Status abang as a single father, bukan senang untuk diterima speseli abah.Abah still konservatif.Tapi tadi, masa minum petang dengan opah, mak nyah dan maksu di rumah opah, mama story, abah dan mama sudah berbincang tentang aku dan abang.Mama cakap abah tak kisah dengan siapa aku berkawan, yang penting abah mahu lihat aku built up diri aku dulu then baru settle down dengan sesiapa pon.Alhamdullillah.Opah jugak antara orang yang gembira dengar this news.Hari tu pon aku tak sempat jumpa kan abang with other pamili members.Abang hanya sempat jumpa mama dan adik.Sampai rumah dah senja.I dont know, dengan abang aku memang betul-betul ter bukak hati nak membina masjid, dan yakin dia the person yang boleh menjaga aku dengan baik, tapi itulah.Jodoh semua di tangan Tuhan.Sebagai hamba, aku hanya boleh menadah tangan mohon dipermudahkan semua.Haih, tak boleh imagine akan jadi mama for his kids, kalao ada jodoh.Haha.



5.Jumaat akan mula bekerja semula after 8 hari bercuti.Hurm, tak sabar juga mahu back to my work.Dah lemau dah ni duduk rumah lama sangat.Haha.




Goodnight everyone.Got to go.

Sep 15, 2011

=(

Babi.Itu sahaja perkataan yang meniti di dalam hati dan juga bibir aku sekarang.
Bye, aku penat.

Sep 7, 2011

Hari yang cerah,

Aku sedikit risao dengan diri aku sekarang ni.The problem is, aku tak boleh nak makan nasi.Makan 2 3 suap, mesti dah rasa mual.Nak keluar balik.Badan serius dah susut, since raya aku tak makan heavy pon sebab cirit-birit then continue dengan demam.My skirt dan uniform pon dah tak tight.Dah tak seksi ok,haha.Serius, tak mahu badan macam Liyana Jasmay.Incik Zahari pon mesti tak setuju, sebab dia suka aku yang berisi.Kihkih.


Oh, im ok dah dengan beliao.3 4 hari ni memang buat aku confused sedikit.Bukan lah berubah hati, tapi kehadiran 3rd party (wah, bahasa law, teringat lecturer Land Law aku yang garang dulu.haha), agak menggugat jiwa di dalam.Sebab yang datang mengetok pintu hati begitu sweet jugak.Tapi compare to anyone, Incik Zahari is the one yang ada dalam hati.Teguh as concrete.



But i still got beverage form the Mr Coffee Bean.Haha.



Tak tahu nak tulis apa lah.Hari-hari aku di sini gembira sahaja, so far.Alhamdullilah.Kerja pon smooth even penat sikit sebab short manpower sekarang.Cuma, sedikit risao keadaan mama dan abah di rumah yang tak menentu.How i wish dapat teman mama dan abah ke hospital macam dulu.But what can i do, kene kerja untuk mereka juga.







Tuhan, sentiasa lah dengan aku.

Sep 3, 2011

Hati kaca.


3 petang.Baru bangon tidor, biasa lah kerja malam.Ini pon awal rasa nya.Patot maseh di dalam selimot lagi.Actually badan tak sedap.Susah kalao change weather, balik sini mesti demam, sakit tekak dan selsema.Tak suka, tak suka.(mengada-ngada).

Oh, aku nak share di sini.Semalam ade secret admirer bagi 2 cup chocolate ice blended.Kawan beliao send ke kaunter tempat kerja aku.Alah, dorang pon kerja kat Coffee Bean depan lobby area sahaja.Bila aku tanya, kenapa bagi ni? Kawan dia cakap, Mus bagi.Just nak cakap Selamat Hari Raya.Hahaha.Seriously, dah lama tak experience, again, masa-masa ada crush begini.Hik.But terima kaseh to him.Rezeki jangan ditolak =)

Tak tahu nak tulis apa.Incik Zahari pon maseh on leave.Bosan jugak bila he's not around.Takde kawan nak gadoh,takde kawan nak mengada-ngada.Haha.

Apa nak buat ni? Makan kuih raya yang mama bungkus kan semalam lah.Sayang mama.Bila tengok mama lemah sedikit semalam, hati mula rasa hasta gumpita.Berat hati nak tinggalkan mama dan rumah.Semalam sebelom balik pon, sempat masakkan gulai masam ikan talipia feveret mama dan abah.Bukan apa, bila badan tengah tak sedap, at least gulai masam boleh bukak selera makan nasi.Lepas makan, mama dan abah tidor, having their rest.Tuhan, beri kan kesihatan yang baik untuk kedua orang tua ku.Tanpa mereka, aku akan rasa mati di dalam.


Ini yang tak mahu tangible kan rasa hati di dalam ni.Mata dah ber kaca.



Permisi.

Aug 19, 2011

blank



Welcome back.Lama tak menulis.Sibok dengan kerja, balik penat, ditambah dengan sakit gigi yang rasa nak membunuh, so memang takde rasa nak ber bual dengan sesiapa, even di sini.


Masa aku sakit gigi, Incik zahari selalu jadi mangsa ketidakadaanmoodnakbercakapdengansesiapa.Haha.Pernah satu hari, aku tak bercakap dengan dia, then masa waktu kerja, dia call. Aku tanya kenapa call, dia cakap nak bagitahu pemenang Akademi AlQuran siapa (cover) then baru tanya aku, rindu dia tak sebab aku macam tak endah dia on that day.Haha.


Alhamdullilah, tadi, lepas waktu kerja pergi operate gigi bongsu yang dah rosak makan daging mulut.Sound serious, tapi aku pejam mata, doa semoga semuanya ok.Then, after doktor gudik-gudik gigi bongsu aku, tak lama dah ok.Rasa lapang nya pikiran, dah tak kusut nak tidor.



After bangon tidor tadi, sempat bergayut dengan sweetheart aku, Zabrina Ezura.Dah lama tak pillow talk dengan dia di rumah dia di Setiawangsa.Itulah port aku since di bangku sekolah di SSBJ dulu.Ber cerita macam-macam, sampai masing-masing senyap, sorang tertidor atas katil, sorang ter tidor atas floor.Haha.Girl, i miss that moment.



Selalu hilang idea sekarang ni untuk menulis.






Bye.



Aug 7, 2011

pajeri nanas

Hari ni ber buka puasa dengan Incik Zahari.Pukul 5 dah pergi ke RSC2 membeli juadah-sambal ikan keli feveret aku, daging masak kicap feveret dia, dan pajeri nanas feveret kami.Untuk pemanis mulut, abang beli bubur kacang merah, kuih karipap dan kuih limas.


Esok aku dah tak sama shift kerja dengan abang, so tak dapat nak ber buka sama-sama until lah masing-masing kerja pagi nanti.On that week (last week before raya) aku plan mahu pergi berbuka puasa dengan abang di Rajawali, Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.Best ber buka di sana, ada live band sekali.U just imagine, makan berdua, chit chat sambil ada background musik lagu Belaian Jiwa.Heh.Actually i got free meal voucher sempena dapat Employee of the Month hari tu. That voucher entitle makan kat mana-mana outlet di Genting Highlands.So i think Awana ok, romantik =)


Tak tahu nak tulis apa.Tak sabar nak ber buka puasa.Heh.

Jul 21, 2011

Selamat hari lahir, sayang

22 Julai, hari lahir aku.

Pukul 11 baru habis kerja malam tadi.Penat.

Banyak msg dari kawan-kawan dan pamili yang hit my inbox last night.Thank u so much, hanya sempat reply masa bangon tidor pukul 11 pagi tadi.Haha.



For my birthday, aku mahu ber terima kaseh pada mama yang struggle melahirkan aku yang berat almost 4 kg ketika itu, kata mama.Semoga mama teros tabah melalui hari beliao, kerana tanpa nya aku mati.*background lagu Tanpa-Sixthsense.Not forgetting, abah juga.Dari kanak-kanak sampai aku dah se hot har ini, maseh tak henti nak being protective untuk anak perempuan dia seorang ni.Thats what we called abah.*teringat cerita Papadom.


Untuk semua kawan-kawan dan pamili friends yang wish aku di Fb, thank u juga.Jaoh di mata, dekat di hati.xoxo.




Untuk Incik zahari yang ada di sini di sisi aku, thank u so much sebab always tenang melayan aku yang kejap ok, kejap dah nak merajuk.Haha.I dont want anything, hanya mahu kamu ada di sebelah di masa ketawa dan menangis saya.Itu lebih ber nilai, at all.Suka bila kamu memelok saya erat semalam.Therapeutic.



Dah macam menang award.Satu-satu ucapan keluar.haha.

Ok, mahu back to work.Bye.

Jul 14, 2011

Jumaat

2.46pm.

Bangon untuk sembahyang Zohor.Hari ni maseh lagi berpuasa, so tidor tak lena sangat sebab kepala ter bayang-bayang nak makan apa buka hari ni.Haha.

Now, tengah buat kira-kira untuk belanjawan bulan ni.Bayar broadband, bagi duit untuk belanja mama dan abah di rumah, nak bayar loan kawan (masa tengah sesak di tengah bulan, heh),then nak beli barang keperluan sendiri lagi, dan bil lain-lain.Dulu masa mula-mula kerja aku boros jugak, tapi mama selalu remind jangan lupa buat kira-kira every month.Duit kita tao ke mana terbang, at least, kata mama.Incik Zahari juga always ajar aku ber sederhana even aku memang dari dulu tak ber lebih-lebih.Dia just ajar how to minimize the spends.



Petang ni nak keluar sekejap.Incik Zahari kata keluar dengan dia nanti, jangan keluar sorang-sorang takde haluan, tapi kalao nak tunggu dia, esok lusa tulat tonggeng (ayat opah) pon belom tentu keluar sebab dia very homely person.Jarang nak keluar hang out.Aku bukan nak hang out pon, just nak window shopping, observe orang, heh.



Hurm, menaip sambil dengar lagu One Sweet Day- Boys ll Men ft Mariah Carey.Sangat sangat sangat suka lagu ni.Sorry lah, jiwa aku lebih suka lagu-lagu ballads Inggeris yang lama.Jangan di tanya aku lagu-lagu Inggeris yang the latest.Tak kena dengan jiwa.Haha.Dituju untuk my sweetheart yang sedang tidor di bilik, petang nanti temankan saya buka puasa ok.




Chow.Nak pergi window shopping dan bayar bil.