1.Lately ni, ramai guest aku beri compliment.Bukan pasal service aku as a front liner, tapi pasal appearance aku.Tadi Indian guest dari Singapore cakap, u beautiful with light makeup.Dont put too much make up.Your natural beauty make u looked different than others.(Dialih bahasa kepada bahasa yang kurang nampak riak).Minggu lepas, guest dari Indinesia puji aku jugak masa aku check booking dia.Dia cakap muka aku very Asian.Sweet.Haha.Aku tak lah rasa cantik, tapi aku percaya, bila hati happy, tak juga mengganggu hati orang, dan rasional pada masalah yang datang kadang-kadang, mungkin buat aku looked great, lately.Luar dan dalam kene balance.(sila abaikan barisan kedua terakhir, yang rasa agak poyo.haha).
2.Sekarang ni banyak jugak muka baru, jadi aku as a senior memang tak boleh nak bagi muka sangat.Nanti lembab belajar macam kura-kura dan malas.Yang aku nampak sekarang, aku boleh sikit-sikit jadi tutor dah.Sudah pandai garang sikit pada budak-budak (a bit la.nak ajar kalao tak garang nanti kene pijak kepala), ajar dorang how to take notes dan guide dorang untuk teros approach guest with the courtesy dan prosedur yang aku dah ajar.Serius, seronok jugak kalao dapat jadi lecturer.Kongsi own experience dengan budak-budak, guide dorang dan share segala yang ada.Tapi untuk Hotel Front Office Operation boleh lah.Bidang lain, tak pandai dah.Haha.
3. Balik kerja, rehat di dalam bilik adalah satu masa yang aku paling suka even alone.Lepak dalam selimut, baca some blogs yang very inspired aku.Kemudian di tengah-tengah ter tidor.Haha.Aku sangat comfort dengan apa yang aku ada.Sekurang-kurangnya, bila balik kerja, aku dah tak payah pening kepala dengan kerja.100% hanya serabut di tempat kerja sahaja.Cukup lah waktu zaman belajar dulu, sudah hilang separuh masa aku.Anyway, kenangan as a studio-based student di UiTM dulu adalah satu ruang masa yang susah untuk diasingkan.Serius.
4.Esok birthday Incik Zahari.Takde buat apa.Hope dia dapat birthday message yang aku kirim melalui pos laju semalam.Memang aku tidak pasti dengan apa yang akan Tuhan akan bagi pada aku untuk esok-esok.Entah maseh mencintai lelaki yang sama atao tak.Entah maseh ada rindu untuk orang yang sama atao tak.Tapi untuk waktu sekarang, tiap senyum, tiap sakit, tiap tangis, tiap marah, tiap lelah, tiap payah, aku hanya mahu dia ada di sebelah.Sudah cukup.Happy birthday abang.Sudah kehabisan ayat, untuk barisan seterosnya.
5.No idea untuk menulis.Tak sabar nak tunggu 25hb.Last day kerja then bercuti panjang 6 hari.Habiskan masa yang ada bersama pamili di rumah.Rindu mereka.Serius.
Goodnight people.
No comments:
Post a Comment