Nov 15, 2011

Spot question.Bajet Yuna.

Tadi baca magazine.Teringin nak fill up spot answer yang di keutarakan.Haha.Budget Yuna ok.Check it out!




Sesuatu tentang diri kamu:

1.Kalao baca magazine,aku lebih suka selak dari helaian paling belakang.Tak kisah lah cover story lebih hangat dari biasa.
2.Aku jenis last minute person.Esok nak travel, esok jugaklah kemas barang.Dan selalunya ada sahaja benda yang akan tercicir tak dibawa.Mama dah already tahu bad habit aku tu, so dia yang akan prepare.Pernah dalam train, aku baru teringat charger notebook tak dimasuk dalam beg, call mama, then mama cakap, cer tengok kat pocket beg.Semua mama dah masukkan tadi.Heh.I love you, ma.
3.Usually, if aku sudah buat keputusan yang penting untuk diri aku, nobody can change it.Sebab, sebelom aku buat sesuatu keputusan, aku dah mengira menambah tolak darab dan bahagi semua expect.Muktamad.
4.Aku bukan jenis yang demanding tentang sesuatu style atao taste.Tapi aku nak apa yang aku pakai, apa yang aku pilih, orang tahu, its me! Itu lah diri aku, itulah karakter aku, itulah stroke aku.Kawan-kawan terdekat mungkin sudah tahu 'signature' aku.(bajet Yuna lagi).Haha.
5.Aku boleh pergi ke mana-mana dengan seorang diri.Bukan berlagak berani, tapi rasa nya lebih relaks jika aku ber seorangan.Aku boleh decide berapa lama mahu di luar dan tak perlu rushing.Tapi aku still need friends to cheer my day espeseli kawan-kawan yang satu kepala.



Lelaki paling seksi di mata anda:

Lelaki above 30.Haha.Tak tahu lah, mungkin lebih nampak stable dari segi appearance, emotion dan langkah dia.Aku suka the way dia bawak diri, the way dia manage something, and the way he treat a woman.Ada kelas ter sendiri.



Kerjaya yang diingini:

Dulu aku fikir, kerjaya as an architect sesuatu yang aku akan pilih untuk masa depan since dari sekolah aku sukakan sesuatu benda yang kreatif.Tapi, after 5 years aku dalam that scope, aku rasa susah untuk aku hanging with such things for the rest of my life.Pernah terfikir jugak untuk jadi seorang guru seni, tapi macam tak pandai nak mengajar di depan student.Haha.Time by time sebenarnya, buat kita lebih memahami apa yang kita nak dan apa yang sesuai dengan jiwa kita sebenarnya.Sekarang, alhamdullilah, working in hospitality line, as front liner, meet people everyday, buat aku rasa lebih 'terbuka'.


Warna kesukaan:

Red is best color for me! Aku rasa lebih confidence dengan rona merah.Selebihnya, aku prefer earth color atao warna hitam putih as basic. Warna tu buat aku nampak lebih matang, seiring usia 25.Heh.



Lifestyle kamu sekarang?

Aku rasa, untuk orang yang sudah berkerja, masa untuk bersosial mungkin sudah kurang berbanding zaman belajar di universiti dulu.Kerja aku buat aku jarang dapat keluar hang out bersama kawan-kawan.Usually, lepas habis kerja, lebih senang duduk bersendirian di bilik melepaskan penat, atao lepak membaca dan minum coffee seorang diri di Coffee Bean sambil mendengar lagu-lagu Red fm yang memang kene mood aku atao biasa nyaakan menghabiskan masa with Incik Zahari, si jantung hati, yang setia menemani di sisi dan mendengar setiap inci cerita harian yang bodoh.He is very therapeutic.Tengok muka dia sudah boleh buat aku rasa sejuk dan secure =)



Perkara yang kamu sangat rindukan sekarang?

Bermain volleyball.Lupa kali terakhir bila aku bermain volleyball dengan kawan-kawan.Rasa nya tahon 2006, semester 5 diploma ketika di UiTM.I wish boleh masok court semula dan bermain tak ingat dunia.



Kelemahan wanita hari ini, pada pendapat kamu?

Bergantung banyak pada lelaki.Kita kena belajar tahu manage diri sendiri supaya lelaki rasa respect pada kamu.




Kamu dalam masa 10 tahon akan datang?

Mungkin sudah ada keluarga kecil sendiri.Mengahwini my prince charming, ada sepasang anak yang sihat dan bijak, juga ada rumah yang selesa dengan sentuhan design aku sendiri.Dan turut happy dengan mama, abah, dan siblings, juga kerja aku juga.Its my dream.Doa yang selalu singgah pada setiap sujud terakhir.



No comments:

Post a Comment