Showing posts with label Edisi gadis kulit muka. Show all posts
Showing posts with label Edisi gadis kulit muka. Show all posts

Mar 8, 2013

Lapang hati, lapang hari


Shopping.Looking for new shoes, untuk ulang-alik pergi balik kerja.Kemudian Incik Z beri sedikit duit saguhati.Aku guna sebaik mungkin untuk beli handbag dan purse di Bonita.Heh.
 


Lunch date dengan incik Z.Kemudian, ambil angin di luar.Duduk sini, nampak matahari macam jakun.Berkejar untuk berjemor di luar.Heh.Kemudian, kami habiskan masa di library.Dari mula kenal sampai lah sekarang, library antara tempat kami habiskan masa bersama.Aku, sellau nya akan blogging atao membaca light books di sana.Incik Z tak boleh renggang dengan suratkhabarnya, membaca berita dari dalam dan luar negeri :)

 



 Turun ke KL untuk ambil train ETS di KL Central pulang ke hometown.Yeay, home seet home.Tapi, aku sengaja pulang lewat petang sedikit, sebab aku mahu ke Pasar Seni, mengambil gambar urbanscape photos, konon nya.Makan alone, semestinya.



Sempat singgah ke MPH BookFair.Tengok-tengok buku yang available tapi tidak membeli.Heh.Buku yang ada pon still tercari-cari ruang dalam satu hari untuk habiskan helaian.Busy sekarang ni.
Foto yang aku sempat beli di Pasar Seni.Lupa photographer nya siapa, tapi gambar di ambil di Melaka.Awesome.
Bidor, Perak.Awesome.
Ipoh, Perak.Juga awesome.
 



Di rumah.Sibok mengecat sampai ke larut malam akibat kekurangan masa di siang hari.Haha.Abah mungkin sedang tersenyum melihat aku.Dulu, nak pegang beros cat pon malas.Sekarang, semua buat sendiri.But really satisfied.Vintage color yang beautiful untuk pintu bilik kami.
Sempat keluar beli-belah almari solek dan almari baju (tiada dalam gambar).Glad to find these 2 best item dengan harga around RM500 dua barang.Paling berpuas hati dengan meja solek.Solid kayu dengan classic design.Terasa zaman anak dara dulu-dulu bersolek ikat sanggul menggayakan kebaya.Hi.

Sekali-sekala memanjakan diri.Aku beli set mandian lulur sewaktu jalan-jalan di KL Central.Memang berpatutan dan very therapeutic..Hmm, nak jugak rasa berkeyakinan macam Kak Ton.Haha.


My washroom.Juga cat sendiri.Aku pilih kombinasi warna pink, puteh dan biru laot untuk warna bilik air.Seronok bila lihat hasil kerja tangan sendiri.Buat tiles pon keluar duit gaji sendiri.Hmm, begini lah kalao jadi dewasa dengan cepatnya selepas hilang tulang belakang hidop.Mama abah.


Finally, siap.Its my first design project for room interior.start from brainstorming idea, concept & color tone, design on paper, painting and finishing, proses pemakuan dan gerudi, juga pemilihan fabrik, material perabot dan hiasan dinding.It took around 4 months to complete all.Proud of myself, belajar banyak benda.So, dah boleh jadi bilik pengantin.Heh.


Last day on leave.Shopping, again.Actually looking for new dress untuk dinner bersama Incik Z petang ni selepas dia pulang dari kerja.Dress tak jumpa yang berkenan di hati.Jadi hanya dapat pulang dengan satu loose blouse warna biru lembot dengan corak polkadot kecil-kecil.Nice.Aku gayakan dengan rantai silver dan subang dari Cotton On.Semoga semua nya berjalan lancar hari ni.


Tuhan, terima kaseh kerana memberi sedikit kelapangan di dalam hati untuk aku merasa gembira ke atas hari-hari yang dilalui, walao sebenarnya berlubang tanpa kehadiran mama dan abah.

Happy woking for me, tomorrow :)

 

Feb 14, 2013

Moms feeling.

The Best of Love Songs- Baru beli lepas balik kerja pukul 11 malam tadi.
 
 
1.32 pagi.Still lepak atas katil layan cd yang baru dibeli tadi.Tenang nya, lepas went thru the whole day yang busy.8 hours working hari ni, busy dan ter tekan sangat.Guest non-stop approached.Sampai nak pergi ke toilet pon always hold hold.Haiyak.Ini yang ter baring lesu plus period pain yang sesekali datang menyengat pinggang.Minyak panas mengganti losyen sudah nya.Tapi seriusly, sedap tidor sampai ke pagi.Tambah dengan outside weather yang almost 19 to 20 darjah celcius.
 
 
Aku,bila duduk-duduk selesa lepas balik kerja ni, sometime terfikir how a married woman yang dah ada anak, suami, kerja rumah, dan komitmen luar yang lain bahagikan masa untuk diri sendiri dan semua tu especially after penat kerja seharian. Balik-balik teros nak fikir hal rumah pulak.Seriuosly, adore gila how they manage their home and family on the same time.Macam aku ni ha, still single and no commitment, balik kerja boleh teros mandi, baring rehatkan badan sambil layan tv ke, cds ke, atao online without any interruption.Nak tidor teros, hanya bangon bila nak masok kerja balik esok nya pon boleh.Haha.
 
 
Tapi aku sedikit merasa tempias bagaimana perasaan menjadi ibu atao surirumah (walao tak sepenoh nya).Bila aku ada di rumah, how letih atao mengantuk sekalipon, aku tetap nak bangon pagi tengok my nephew bersiap pergi tadika, nak ciom dia, nak kemaskan buku dia, nak makesure dia bawak botol air dan air masak dia, nak hantar dia naik skuter, nak tengok dia masok kelas, nak tengok dia makan menu apa.Then dalam pukul 11 pagi dah start masak sebab pukul 12 nak ambil dia dari sekolah.Then to make sure lunch dah prepared sebab sometime tahu dia tak selera apa yang dimasak kat sekolah.I feel a part of moms feeling bila di rumah.Sebab di rumah takde orang tua.Takde mama.Hanya ada kakak ipar.So i do everything yang emak-emak selalu buat.Dan seriously, perasaan tu membahagiakan.Perasaan jadi ibu sangat membahagiakan.Thats why bila cuti, bila kawan-kawan ajak keluar, rasa berat hati untuk tinggalkan si kecik tu sebab dalam seblan aku hanya ada 5 atao 7 hari untuk bersama dia darah daging sendiri.Kalao boleh mahu enjoy all the time dengan dia, walao sometime bergadoh channel Astro.Dan since aku involve dengan Incik Zahari as a single father, bila berada di antara mereka, bila melihat kemesraan dia dan anak-anak, dalam hati selalu bertanya, apakah perasaan itu? Tapi bila Incik Zahari dengan anak-anak nya, i can see his smiling face.Dan itu menyerap ke hati aku jugak dan educate aku sendiri.
 

Aktiviti bila di rumah.Bahagia ;)
 
So, tak tahu mahu tulis apa.Bila sendiri begini, buat aku sangat rindukan my nephew yang semakin nakal dan membesar.Mesti time ni dia tengah tidor bersama robot Rozi nya di ruang tamu.Haih.
 
 
Okey, bye.Salam.

Jun 28, 2012

Tak nak kurus but nak curve shape.

Baru balik kerja.

Pergi shopping women long tight untuk pergi gym.Semalam beli sport shoes Diadora.Purple color.Sekarang selalu pergi gym.Walking out atas treadmill.Nak lari cam berat pulak rasa badan.Bukan apa, try to get ideal pinggul dan butt size.Haha.Pergi kerja pakai skirt, if ketat sangat nampak seksa pulak.Hee.


Then, since duduk kat sini dengan cold weather, jangan haraplah nak keluar peluh.Jantung pon tak bersenam mana.At least bila pergi ke gym dapat jugak exercise untuk kesihatan.Kesedaran tu timbol bila incik Zahari bising aku tak pergi exercise lepas balik kerja.Hanya tahu duduk atas katil online, then tengok tv, makan dan tidor.He acts like my SSBJ coach you know.Naik sikit 1 kg pon dah membebel.Hari-hari tahan telinga dengar dia perli.Even sometime rasa irratating, tapi aku take it as a challenge.Bagos jugak dia jadi reminder aku.If tak, hanyut.Sport person macam aku ni, if stop bersukan, memang senang naik badan.Serius.


Rasa nya takde apa nak cerita.


Dalam kepala sekarang tengah aim nak get ideal weight and shape.Hik.

Nov 29, 2011

Tercipta untukku.

Sedang mendengar lagu Ungu-Tercipta Untukku.




Kepala serius tengah ber serabut.Nasib baik kerja malam, got a long day untuk berehat, kemudian malam tak congested dengan people, ada masa lagi untuk ber tenang.



Semalam kerja, share my problem dengan kawan kerja yang always sudi mendengar.Thanks.Mungkin most of them already been thru apa yang aku rasa sekarang.


Its hard.Its complicated.


Banyak sangat menyimpan dalam hati, simpan sorang-sorang sampai satu masa all the lava tepu dan mahu keluar.Inilah masa nya aku rasa.



Bak kata Puan Akhmar, one of my best buddy ketika buat drawing zaman studio dulu, ketika aku chat dengan beliao di FB awal pagi tadi.


"Have deeply conversation first.Discuss all the matters yang tersekat di kerongkong selama ni.Find the solution and give him time to prove that you are his priority.Kemudian, buat lah judgement."




Dalam dilema, sungguh.I missed him a lot, but pain, still remain.





Nov 15, 2011

Spot question.Bajet Yuna.

Tadi baca magazine.Teringin nak fill up spot answer yang di keutarakan.Haha.Budget Yuna ok.Check it out!




Sesuatu tentang diri kamu:

1.Kalao baca magazine,aku lebih suka selak dari helaian paling belakang.Tak kisah lah cover story lebih hangat dari biasa.
2.Aku jenis last minute person.Esok nak travel, esok jugaklah kemas barang.Dan selalunya ada sahaja benda yang akan tercicir tak dibawa.Mama dah already tahu bad habit aku tu, so dia yang akan prepare.Pernah dalam train, aku baru teringat charger notebook tak dimasuk dalam beg, call mama, then mama cakap, cer tengok kat pocket beg.Semua mama dah masukkan tadi.Heh.I love you, ma.
3.Usually, if aku sudah buat keputusan yang penting untuk diri aku, nobody can change it.Sebab, sebelom aku buat sesuatu keputusan, aku dah mengira menambah tolak darab dan bahagi semua expect.Muktamad.
4.Aku bukan jenis yang demanding tentang sesuatu style atao taste.Tapi aku nak apa yang aku pakai, apa yang aku pilih, orang tahu, its me! Itu lah diri aku, itulah karakter aku, itulah stroke aku.Kawan-kawan terdekat mungkin sudah tahu 'signature' aku.(bajet Yuna lagi).Haha.
5.Aku boleh pergi ke mana-mana dengan seorang diri.Bukan berlagak berani, tapi rasa nya lebih relaks jika aku ber seorangan.Aku boleh decide berapa lama mahu di luar dan tak perlu rushing.Tapi aku still need friends to cheer my day espeseli kawan-kawan yang satu kepala.



Lelaki paling seksi di mata anda:

Lelaki above 30.Haha.Tak tahu lah, mungkin lebih nampak stable dari segi appearance, emotion dan langkah dia.Aku suka the way dia bawak diri, the way dia manage something, and the way he treat a woman.Ada kelas ter sendiri.



Kerjaya yang diingini:

Dulu aku fikir, kerjaya as an architect sesuatu yang aku akan pilih untuk masa depan since dari sekolah aku sukakan sesuatu benda yang kreatif.Tapi, after 5 years aku dalam that scope, aku rasa susah untuk aku hanging with such things for the rest of my life.Pernah terfikir jugak untuk jadi seorang guru seni, tapi macam tak pandai nak mengajar di depan student.Haha.Time by time sebenarnya, buat kita lebih memahami apa yang kita nak dan apa yang sesuai dengan jiwa kita sebenarnya.Sekarang, alhamdullilah, working in hospitality line, as front liner, meet people everyday, buat aku rasa lebih 'terbuka'.


Warna kesukaan:

Red is best color for me! Aku rasa lebih confidence dengan rona merah.Selebihnya, aku prefer earth color atao warna hitam putih as basic. Warna tu buat aku nampak lebih matang, seiring usia 25.Heh.



Lifestyle kamu sekarang?

Aku rasa, untuk orang yang sudah berkerja, masa untuk bersosial mungkin sudah kurang berbanding zaman belajar di universiti dulu.Kerja aku buat aku jarang dapat keluar hang out bersama kawan-kawan.Usually, lepas habis kerja, lebih senang duduk bersendirian di bilik melepaskan penat, atao lepak membaca dan minum coffee seorang diri di Coffee Bean sambil mendengar lagu-lagu Red fm yang memang kene mood aku atao biasa nyaakan menghabiskan masa with Incik Zahari, si jantung hati, yang setia menemani di sisi dan mendengar setiap inci cerita harian yang bodoh.He is very therapeutic.Tengok muka dia sudah boleh buat aku rasa sejuk dan secure =)



Perkara yang kamu sangat rindukan sekarang?

Bermain volleyball.Lupa kali terakhir bila aku bermain volleyball dengan kawan-kawan.Rasa nya tahon 2006, semester 5 diploma ketika di UiTM.I wish boleh masok court semula dan bermain tak ingat dunia.



Kelemahan wanita hari ini, pada pendapat kamu?

Bergantung banyak pada lelaki.Kita kena belajar tahu manage diri sendiri supaya lelaki rasa respect pada kamu.




Kamu dalam masa 10 tahon akan datang?

Mungkin sudah ada keluarga kecil sendiri.Mengahwini my prince charming, ada sepasang anak yang sihat dan bijak, juga ada rumah yang selesa dengan sentuhan design aku sendiri.Dan turut happy dengan mama, abah, dan siblings, juga kerja aku juga.Its my dream.Doa yang selalu singgah pada setiap sujud terakhir.



Oct 16, 2011

Karipap panas.

Now, blogging at OldTown White Coffee, sorang-sorang.Just order Curry Puff Basket.Mahal nak mampos, 2 ketol karipap RM5.90.But taste very nice.Then douge very crispy, sebijik macam karipap pusing mama.Air tak mahu beli lah sebab petang tadi baru minum hot beverages from Coffee Bean, again.Haha.

Hari ni kerja, sangat sucks.Working as Front Liner, hujung minggu adalah hari-hari yang paling aku tak suka sebab congested, chaos, dan triple pressured.Thats why right now, after working 9 hours, aku nak bersendirian.Ingat nak duduk dalam bilik, tapi housemate aku macam gampang.Dua-dua housemate.Orang tak educated, begitu lah.Sorry to say lah.Aku balik kerja, nak get privacy, nak duduk dalam keadaan tenang, tapi dorang boleh bukak tv kuat-kuat, tak peduli orang dalam bilik tu tengah tidor ke, tengah sembahyang ke, tengah bla bla dan bla ....then kalao bergayut, boleh cakap dengan suara kuat-kuat, nak tunjuk dia hot ada orang call everytime.No manners.Serius.

Sudah nya, aku ke sini.Makan karipap panas dalam kedinginan kabos, berlatarbelakangkan lagu Camelia ft. Innuendo.Akhirnya.This is my favorite song with Zabrina, since school time.Heh.

Last 2 night dapat chill out dengan Zabrina dan seorang lagi kawan baik kami, Ina.Lepak makan asam laksa dengan dorang kat Oldtown ni sambil ber gosip about own stories.Best! Heh.


Tak tao nak tulis apa lagi.



Bye.

Jul 31, 2011

Ramadhan alMubarak.Datang nya dinanti.pergi nya dirindui.






Yeah, baru sampai rumah.lepas kerja, aku pulang bersama incik Zahari.Masing-masing cuti 5 hari untuk menyambot Ramadhan alMubarak di rumah bersama pamili tercinta.






Gembira, sangat gembira hari ni.Alhamdullilah.Kedatangan Ramadhan tahon ni rasa lebih bermakna.Tak seperti tahon lalu.Di mana,sehari sebelom 1 Ramadhan aku meninggalkan rumah, pergi menumpang tidor di rumah kawan baik Zabrina di Kuala Lumpur dan esok nya dengan hanya menggalas satu beg travel aku pergi mendaftar kerja di Genting Highlands.Datang dengan satu tekad, untuk mencari duit, sudah tidak kisah perasaan lain yang bercampor adok.






Still remember, petang 30 Syaaban tu rasa berat hati nak tinggalkan rumah.Mama, dalam keadaan beliao yang maseh lemah dengan kimoterapi nya mengemas baju-baju aku.Memberi semangat, secara tak langsung nya.Kemudian menghantar aku ke bus stop dengan anak Along.Saat aku naik bas, anak Along menangis mahu ikot aku.Serius, the situation betul-betol buat aku mahu patah balik.Mama, obviously sebak melihat aku pergi sacrifice demi pamili, tapi we dont have any choice.Just let me go, alone.






Now, genap setahun aku bekerja di sana.Semua nya sudah stabil, alhamdullilah.Dalam masa setahon juga, Allah kurnia kan pertemuan dengan incik Zahari, yang begitu bermakna buat aku.I love him, with my all heart.Meniop semangat aku di saat semua nya sudah rebah ke Bumi ketika itu, sampai saat ini.









Dan tadi, aku ber cerita mengenai ini dengan Incik Zahari ketika dalam perjalanan pulang.Dia senyum.Setiap orang ada masa ups and down nya.Dan Tuhan tu Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang.Semalam kita diuji, hari ni dihadiah nya kemanisan.Itu sahaja balas nya.Kemudian kami sambong layan lagu-lagu Search sepanjang perjalanan ke Utara.Setiap setengah jam, dia merasa leher aku dengan tangannya, takot badan aku panas once change weather.(sebab aku selalu demam bila change weather). I love all the moments along our home journey.Miss u abang.





Gambar curi.Incik Zahari dan mi kari.2 days before fasting, kene makan banyak-banyak.





Doa aku, semoga kedatangan Ramadhan tahon ni akan diberi lebih ruang untuk mendekatkan diri kepada Nya.Tuhan, aku sangat ber syukur dengan perjalanan hidop yang kau sudah tentukan sekarang.Terima kaseh.=)






Assalammualaikum wbt.Selamat ber sahor.



Jun 26, 2011

Monday blues kah?


Hari ni still mc.Tapi bangon pagi sebab lapar.Semalam Incik Zahari tanya nak tapao makan apa?Dia nak beli nasi masa dia balik kerja.Aku cakap takde selera nak makan.Nak pengat pisang mama, tapi apakan daya.So, aku just makan maggi cup semalam, makan ubat dan tidor.


Pagi-pagi dah makan nasi laok sardin dan pisang yang my hot cousin bekalkan dari rumah dia di Batang Kali.Nasib lah ada pamili members around here.Boleh jugak ber manja-manja time demam ni.Dah tak boleh langsong nak makan kedai.Loya.So aku paham kenapa Incik Zahari tak boleh makan last two days.Yang aku paksa dan merajuk bila tak jamah nasi yang aku beli.Kejam betol lah aku.


Habis makan, aku kemas bilik dan cuci washroom dan shower.Sangat suka cuti begini, aku ada masa untuk mengemas.Bilik tak lah messy mana sebab bila dah kerja ni, memang bilik will always in good condition.(Tak suka balik kerja penat-penat bilik macam tongkang pecah.Serabot kepala.).


Sambil mengemas, layan celoteh Mak Neng kat Sinar fm.Oh, ada kumpulan Sepah kat Sinar.Aku suka Shuib, sebab lawak dia cool.Tak sangka Sarah boleh end up dengan Shuib yang biasa-biasa sahaja sebab everyone know Sarah urban lady.Itulah jodoh, ikan di laot, asam di darat, dalam belanga bertemu jua.Mereka sangat comel ber dua =)


Tak tahu nak buat apa hari ni tapi nak spend masa dengan sebaiknya.Nak berehat secukupnya.Esok back to work sampai Ahad.Kemudian cuti again, 5 hari.Yeay!

Jun 25, 2011

Diari

9am
Di kilinik.Terjumpa pulak duty manager kat klinik.Senang, teros inform dia.

11am
Settle semua urusan mengambil mc.2 jam ok kat klinik, kalao karaoke dah nyanyi 20 lagu.Teros text incik Zahari, suruh dia hantar mc aku kat time clerk.Malas nak pergi hantar.Sebenarnya tak tao nak buat ayat apa untuk approach dia balik setelah ngada-ngada merajok dengan.It was my fault,bila pikir balik. Paksa dia makan benda yang dia tak boleh nak makan langsong.Haha.

12am
Having lunch with Incik zahari.Dia order sup untuk aku.Perot tengah tak sedap, kene makan sup.Tak boleh makan ikan keli masak sambal.Ok, makan sahaja.Then dia back to work.Aku sambong tidor balik sampai ter mimpi-mimpi.Mimpi yang dasyat.Beberapa buaya gergasi terlepas dari alam mana entah, menyerang Genting,aku ada di tempat kejadian sebab that side is laluan aku ke laundry.Satu Genting kecoh dengan buaya gergasi tersebot tapi aku biasa sahaja.Sampailah Incik Zahari datang ke tempat kejadian dan dia cakap "Nak mampos duduk kat sini?Tak tengok ke banyak kereta dah buaya tu libas?"Haha.Hey, apakah maksud mimpi bodoh ni?

4pm
La, lama jugak kejadian buaya gergasi melibas kereta-kereta di Genting tu ye?Aku terbangon dari tidor.Teros ambik baju-baju kotor dan pergi laundry.Lalu di tempat kejadian, bisik hati kecil takde pulak buaya gergasi tadi.Haha.Ramainya kat laundry, bosan betol kene tunggu.

5pm
Ber msg2 dengan adik.Tanya mana my baby Darwish.Dia cakap baby baru bangon tidor.tengah main pistol tembak-tembak semua orang yang ada kat rumah.I wish to be apart of them at home.Takpe, seminggu je lagi kerja.Lepas tu cuti panjang.Boleh pergi tengok bola.

6pm
Okey, laundry siap.Lipat baju sambil makan koko krunch.Mulut rasa nak mengunyah.Pastu masak air, makan meggi cup, alone.Seronok ok rasa hari ni.Sometime, kita kene relaks, luangkan masa sendirian, kan? Baru energy masok semula.Aku tengah layan lagu OST Lagenda Budak setan-Bila cinta.Hurm,pedih kot.

7am.
Mandi.Maghrib.

May 21, 2011

Yang ku cinta padamu, yang ku sayang padamu.Engkau dan aku telah menyatu satu jiwa dalam cinta.







Sedang layan lagu dangdut paling meletop one time ago,Yang Tersayang.Lagu yang pernah mengungguli carta top 3 radio 3 Ipoh pada tahun 1998.Juga lagu yang mendapat pilihan yang paling tinggi untuk Rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik setiap hari dari jam 9 malam ke 12 malam.(Dulu buat kerja sekolah sambil dengar radio.Terima kaseh to abah dan mama sebab sudah membelikan walkman Panasonic untuk aku sejak darjah 4).



Aku peminat dangdut, ok.Kalao pergi karaoke, selain lagu rock kapak, aku mesti pilih lagu dari genre dangdut.Fun!



Tapi, serius, rindu gila kat Amelina selepas dia dissappear teros dari bidang seni.Nak kata dia bukak gerai goreng pisang, satu Kuala Lumpur aku jalan kaki buat assignment Urban Design still tak nampak muka dia.Oh, mungkin after dia kawen senyap-senyap, dia duduk rumah jadi surirumah yang begitu komited. Bangon pagi buat roti bakar, then pasangkan tali leher dekat leher suami sambil ciom-ciom, kemudian siapkan anak-anak pergi sekolah, balik hantar anak , perangat nasi dengan kari ikan bawal, pukul 2 tengok drama bersiri Indonesia yang emo, dan seterosnya bla-bla.Mungkin ini rutin Amelina sekarang ni.




Apepon, Amelina the legend.Takde sape boleh bring back zaman dangdut dia yang begitu diangkat.Sekarang ni, lagu dangdut rasa dull dan orang just pandang sebelah mata.Keluar album dangdut, perform kat pentas dah macam penari tiang kat kelab lelaki kesepian, goyang buah dada lebih-lebih, tayang ponggong kat audien macam bintang porno kat RedTube, kemudian lirik dalam lagu tak feel langsong.Takde point berkaseh-sayang.

Tak sama dengan dangdut Amelina. Soul dia kuat.Lagu dia, espeseli lagu ASYIK, yang menceritakan dia dah merenyam jatuh cinta kat seorang pemuda tu, drive aku sekali untuk berangan jatoh cinta.

Aku puji lebih-lebih kat Amelina bukanlah sebab aku ada memasang impian nak jadi penyanyi dangdut masa menulis cita-cita dalam report card sekolah warna kuning tu dulu (kantoi), tapi sebab aku memang heart gila lagu dangdut Amelina. Sama macam kau suka lagu Indie Yuna sekarang ni.




Haih.Amelina, silalah buat comeback.




Nota tertinggal: Aku paham mengapa Amelina pernah ada hubungan cinta dengan duda Iwan yang kalao dipandang dari segi luaran, memanglah tak hensem dan tiada ciri-ciri bentuk tubuh yang maskulin seperti Fahrin Ahmad.i got the answer.Single father banyak yang lebih nya.Ops, ini cerita orang dah tua=)




May 6, 2011

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day untuk mama.



Tak boleh tulis pasal mama, sebab air mata cepat sangat keluar kalao ingat balik what have been through bersama mama.

Paling tak boleh lupa waktu aku menunggu mama operate tahon lepas.Bila kau tengok muka dia terlalu lemah, segala jasad dan roh kau jugaturut melayang-layang dibawa pergi.

How do i live without her?




Mama.Angah sayang mama.

Semoga mama sihat sejahtera dan kita boleh selalu keluar shopping kasot dan handbag.

Jan 26, 2011

Perempuan jalang

Aku tak tahu lah kenapa lelaki mudah sahaja boleh berkawan rapat dengan aku.

The point here, bukan nak cakap aku hot, tapi aku rasa memang dari dulu attitude aku lebih kepada boyish like.Tak girly-girly macam perempuan lain, so mereka comfortable mungkin berada dengan aku.

Tapi, di tempat kerja aku, ada seorang perempuan yang tak puas hati dengan appearance aku.Mungkin dia bajet dia digilai macam Rozita Che Wan (walaopon muka cantik sebab produk Maybelline sahaja.Canteqqq ke?) So dia jadi iri hati bila kehadiran dia semakin tidak dilayan.

Yang aku perasan, bila budak-budak lelaki tempat aku kerja datang lepak dengan aku di kaunter aku, having conversation dan gelak-gelak, mesti dia suruh aku buat kerja walaopon kerja yang bodoh.Nak taknak kene la follow sebab dia orang atas aku, ada kuasa veto konon.

Kemudian, semalam dia planning pergi trip ke Sunway Lagoon.Semua staff dia ajak dan of coarse lah mostly nya budak-budak laki, tapi dia tak ajak aku langsong.Aku tak kecik hati langsong pon sebab baiklah aku habiskan cuti dengan pamili di rumah atao pergi bercinta dengan buah hati pengarang jantong dari spend the whole day tengok muka dia yang plastik sangat tu.

Tapi, budak-budak lelaki semua tanya kenapa aku tak join?Kenapa dan mengapa? persoalan yang aku malas nak jawab.tapi aku jawab jugaklah, aku cakap aku kerja.Back up kau orang yang nak pergi bercuti ramai-ramai.

Perempuan tu mungkin puas hati, kat sana nanti semua pakat kerumun dia.Tak tahu, belakang semua syok maki dia.

Haih, macam budak sekolah kan? Berebut-rebut nak rasa digilai, nak perasan hot.Kalao macam tu, masoklah AF.Kau tetap glamor dan ada fans club sendiri walaopon keluar minggu pertama.

Pada aku lah, orang takkan suka kau dari luaran sahaja.Tapi attitude dan cara kau bawak diri di tengah orang itu yang akan attract people ke arah kau.Jadi, matang lah sikit perempuan.Hidop bukan setakat nak glamor.

Sekian.

May 28, 2010

Edisi khas untuk bakal tunangan orang

Esok kawan baik aku bertunang.Isz.Atao nama dalam ic Yusliza Yakimir.Bukan orang Jepon, tapi orang Pasir Puteh, Ipoh.

Aku dengan dia bagai rokok dengan api.Tak dapat diseparate.Kalao separate,hidop macam tunggang langgang.Series.

Isz ni macam aku.Simple dan tak kesah sangat dunia lain nak berputar.Masa sekolah dulu, saat budak perempuan lain berlumba-lumba nak letak compact powder di muka, sembor perfume habis satu botol, tudung iron cute gilak, aku dengan dia tiada strategi apa-apa.Isz hanya berselipar jepun dan memakai stokin merah jambu terang, aku hanya mampu bergaya dengan tudung pinjam dari roommate untuk ke prep petang.Mujur jugak nampak muka di kelas prep, kalao tak, hanya tidor di dalam locker.

Kenangan zaman sekolah.
Masa belom pandai apa-apa.Haha.

Isz kawan yang terbaik,yang pernah aku ada.Rugi Remy Ishak tak ngorat dia sebab dia lagi hebat dari Maya Karin. Aku keluar statement begitu bukan sebab tadi dia belanja aku 2 capati dengan kuah sardin, tapi sebab dia memang kawan yang macam bunga raflessia.Susah nak jumpa walao hidop aku macam selebriti yang berjumpa ramai orang dan teman baru setiap hari.

She never hurt me and always offers her shoulders for me to cry on. (Selain membuat aku gelak kuat-kuat tak henti.Aku rasa dia jelmaan Allahyarham Din Beramboi.Series)

Isz, cerita cinta dia macam Fahrin Ahmad dengan Linda On dulu.Tak ramai yang tahu.Admire si dia dari sekolah, berpura-pura tegar ketika terlibat sama dalam kerja-kerja majalah sekolah, dan hanya makan hati bila si dia menyimpan gambar orang lain di dalam disket yang dicuri ambil.Haih.Budak sekolah memang suka memendam perasaan tanpa direct approach.Tapi mungkin jodoh panjang, akhirnya bersatu di kemudian hari.Harap mereka ke jinjang pelamin dan kekal bercinta sampai akhir hayat selepas ini.Kalao gadoh, cepat-cepat solvekan.Jangan jadi macam kisah Zetty dan Fendi dalam Sembilu Kaseh yang unsolved.(maaf, emosi aku terbawa-bawa dengan drama tu).

Haih.banyakla cerita bersama Isz, sampai aku tak tahu mahu menulis apa.Tapi, series lah, bila kamu ada seseorang sebagai teman baik, apa sahaja ups and down, kamu rasa tidak terbeban mana.Dia sentiasa ada untuk kamu.

Untuk Isz yang disayangi,

Selamat bertunang dan bakal melalui hari bahagia Januari nanti, insyaAllah.Semoga berbahagia selalu.

Dari sahabatmu yang masih bachelor dan belom rasa ingin kahwin sebab duit dalam bank tinggal RM10.23 sen.Haha.



Nov 21, 2009

my little princess

Bangon pagi ni aku terasa rindu amoi ni.My little princess, Afeda Rously but kat rumah aku dan Along panggil die Pidot walaopon die bahasakan diri Adik. Mama selalu marah aku dan Along sebab tak panggil die adik.Haha. Manje giler.

Die antara kawan baik yang aku ade since zaman childhood. Memang kat rumah selalu bergadoh, dan kalo bergadoh tu besenye aku simpan dalam hati, bertahan tapi die bengang sebab aku tak respond sangat. Haha.Budak kecik kene guna psikologi.

Pidot, aku rasa dia depensive lagi sebab if something happened in our pamili or herself, die akan cepat-cepat cari aku dan Along.Mengadu. Tindakannya mungkin comel sebagai anak bongsu tapi die kene belajar strong like us.

Anyway, im still proud of her, sebab jaoh lebih matang dari kawan-kawan seusia die.Tak suka nak have fun sangat sebab mybe dari kecik abah memang tak lepaskan die keluar berbanding aku yang abah trust 100 percent.(Die selalu jeles tentang ini).

Dulu, masa sekolah aku tak rasa sayang sangat Pidot sebab dia totally different dengan aku.Many things yang buat aku argue dengan dia. But one day, aku pernah terbaca diari die dan time tu baru aku paham kenape die sorok sangat diari dia dari aku.Sebab dia ade menulis tentang aku. Ego.Haha.

She wrote:

" Aku mahu jadi macam Angah.Dia dapat apa yang dia nak.Masuk universiti, perform excellent in her study, got many friends love her, dan has someone yang famous dan hensem."

Time tu aku rase mata aku hangat. Aku tak tao pulak die admire aku. Sebab bila gadoh die selalu cakap aku macam-macam =)


* Dot, yg has someone yang famous dan hensem tu mungkin dah takleh guna pakai.Patot padam sebab skunk your big sister has no one.uhuk.


Jangan bagi muke pada lelaki yang nak main-main cinta.Ini bukan masa untuk berdrama.(pesanan untuk umum)

Ade seorang yang mengadu kat aku pasal hubungan beliao dengan seseorang yang maseh belom ade 'title' dan tergantong begitu sahaje.(can i name it skndal?). Hurm.

Beliao meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendapat tahu lelaki itu ada insan lain di belakangnye.Dan aku dalam hati hanya memberi respond yang simple terhadap tindakan lelaki itu yang mempermainkan perasaan kawan aku.

*lelaki itu jewbo*

Pada aku, senang jek.Tinggalkan lelaki tu.Tinggalkan semua.Memang la setiap malam ko rasa sunyi sebab dah takleh nak msg die.Dah takleh nak merengek manje2 di hujung corong telefon.Dan mungkin da takde hujung minggu bersama.Tapi, sanggopkah duduk dalam hubungan yang tidak ada lagi cinta dan orangnya sudah ada orang lain, betrayal, curang, hipokrit, paling tadah, belot, pesong.

It hurts. Mungkin aku pernah di dalam kasot yang sama. Dan, jika aku maseh juga diberi situasi yang sama, aku yakin, dalam masa seminit aku akan cakap, ' Jangan ingat hot sangat nak permainkan hati perempuan. Mati ko esok'.

*sorry.skrip ni RTM reject hari tu*

Take it as lesson, my dear.Jadi bila kamu laluinye untuk yang berikot kali, kamu akan cakap "okey, next......"

=)Gambar: sila paham sndiri la.Malas letak caption.











Sep 7, 2009

Kaknis

Tadi aku berbuke di tasek, bersama seorang kawan. Ape yang aku pikir time tu is nothing kecuali teringat kak Anis. I don know why tp terase kehilangan. Sebab selalu aku spend masa ngan dia. Gelak-gelak, bercerita pastu sedih. Tapi, tadi dia takde dan aku bersama kawan lain.Bukan tak appreciate kehadiran orang lain, but the situation brought me to somewhere else.

A bit sad.

Aku tak pernah rasa camne ade kakak tapi Kaknis mengisi tempat tu. Dia ajar aku camne nak berhias, tegor aku camne nak masak gulai tempoyak, teman aku pegi pasar dan selalu meminjamkan aku telinga untuk mendengar aku bercerita kisah suka, gembira, sedih....

Kaknis, terima kaseh sebab ade dengan Affni sebelom ni.It was a very dreadful moment i have ever had for rest of this life. If u was not around, i thought i will silent died. u cheer me up, u taught me how to move on back. Terima kaseh kerana ade di sana time tu.

Cerita kami selalu sama. Tak pernah beza. thats something others cannt share with us. Selalu, kalao minggu ni something happened kat aku, the next days Kaknis pon lalui bende yang sama. Kan akak?

Pada sape-sape, yang mungkin hanya kenal Kaknis pada luaran jek, atao maseh diganggu dengan diri dia pada masa yang lepas, aku rasa patot betolkan persepsi tu. She's a very kind person. Aku rasa nak putar masa-masa dulu supaya banyak lagi masa aku leh spend dengan dia. Nak pegi tengok wayang ngan dia, (pastu balik sedey), nak pegi rempit ngan dia g JJ Bukit Tinggi (nak beli Big Apple), nak pegi makan pizza die belanje(yeay) nak lepak PakLi ( sesi lepas geram), nak sama-sama pening kepale pikir hal rumah lagi ngan die (haha.yang ni tanakla)...dan banyak lagi....tapi semua tu aku dah tak buat sebab Kaknis da takde :(

Hurm. So many things nak cerita kat sini. But i have to go. Sebab manik-manik kecil dah jatoh banyak kat pipi aku ni. Tak boleh. I miss her so much, kalao cerita banyak lagi aku takleh nak siapkan Chapter 2 yang nak kene hantar esok ni. Aku sedeh..huhuhu.




Kaknis, really missing u.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.Sayang akak!







Sep 1, 2009

Skandal Boutique 404

Sedang merindui ini olang. Hehe. Zabrina Ezura. Rakan skandalku semasa di boutique 404. Hurm,actually she's my gud friend since kat SSBJ dulu. Die kawan yang cool . Kamu rugi jika tidak ada dia sebagai kawan.And, I love her..so much.

Masa degree kat UiTM, setahon aku duduk menyewa dengan Zbrina.Itu satu masa paling terbaek yang pernah kami ada selain kat SSBJ dulu. And now, when she's not around, i feel a bit lost.Im so loser.Tidak dapat dinafi. But lucky,bantal die ade ngan aku lagik.Lepas rindu :)

Die salah sorang kawan yang paling understanding yang pernah aku ade selain another friends~Anis & Ina yang jugak sangat paham kepada situasi aku yang kadang-kadang sucks.Yes, they know wat i mean. Terime kaseh kerana ade di sebelah walaopon in fact, i shouldn't do that stupid things. Gila-gila remaja kan. Hahaha.Thanks.

Memori paling indah masa hang out di KL sem lepas. she pick up me, then i accompany her buat projek khas di KL. Dan, kemudian, dia pulak teman aku wat projek khas aku di Shah Alam pada pukul lebih kurang 4 pagi ketika itu. Great job, dear. Thanks.Hahaha.Sengal.

Masa paling aku rindu dengan Zabrina is masa sebelom tidor dengan beliao. Ada bed time story, u. Sweet. Time tu, tutup lampu, dan mule flashback balik for wat we have been thru together since school. Banyak sangat cerita. Dan, sedar tak sedar, masing-masing dah tertido. Dan selalunya, esok pagi Zab akan kejotkan aku untuk sembahyang Suboh :)

Hurm, we have such great time masa di SSBJ dulu. Masa tu, selagi boleh, aku tanak Zabrina jaoh. Paling aku busan bila weekend coz dia selalu balik rumah. Dan, aku di hostel mula menelaah pelajaran time tu sebab tahap bosan yang sunggoh maxima. Nerd gle do.Haha. Hurm, still remember when im about to lost her. Ayat poyo kot ni. Time tu i feel a bit jealous pada Zabrina bila die sudah berkawan dengan seseorang. Not because jeles die da mula nak bercinta tapi aku rasa kehilangan die time tu, hilang attention die pada aku.Then, aku merajuk. Tidak pulang dari prep bersama dia. But she came to my room, and gave me a letter.Not letter actually, jez a simple note, wrote this. " Sorry for everything.Aku sedang memahami seseorang."Time tu rasa kelakar dan esok aku ok balik.Ngade-ngade :P

Masa sekolah, we ol buat semua bende sama-sama. Fly setiap petang Rabu~ hari semua team takde training, lunch and dinner together, gusip dalam prep, lepak kat bilik kosong pas sekolah~selalu kantoi Zohor.Hurm, baru aku sedar sebenarnye we ol dari dulu tak pernah berubah.Selagi boleh, kami akan cari masa untuk berkongsi cerita walaopon sekadar nak cakap bende simple. Pernah masa cuti sem, aku damn rindu Zabrina, then aku amek tiket pagi-pagi dari Perak, jumpa dia di KL Sentral. Selepas lepak 2 3 jam,aku balik ke Perak semula on the same day. Haha. Parah.Pasangan lesbo pon tak sweet macam kitorang ni kot.Anyway darling, i really need u on this moment. Nobody here can make me laugh and talk too much...:(


Pasangan Uji Rasyid & Hail Amir :P

Anyway, tak kisah di mana dia berada, i know she always right beside me :) And now, wat i really hope is die teros happy together bersama kekasih hati, en.Lutfi si bujang manis itu ok.

Gud luck for your next journey dear. Cant wait to see u this week :p










Jul 15, 2009

Dedicated to dear Akhmar,

Haih, satu lagu request perlu aku kotakan..banyak sangatla peminat yang nak enterframe mak punye blog...hahahaha....omg.....!

Tadi, i've got msg from orang dari Melbourne.Heeee....Nak kite wat dokumentari pasal die jugakk...heheee...her name is Akhmar, Noor Akhmar Abd.Hadi....juge a gud friend kat UiTM masa dip dulu but now she further studies at Melbourne...gempak sehhh...

Aku admire cik mek grunge nie...hehe..so beautiful.Juge manes dipandang mata. Die ni tak suke make up, tak suke pakai compact powder dan sebagainya. Haih, orang dah cantik.....(Mar, ko turun Malaysia kene belanje aku MCD, tak kire).....Tapi, betul, kecantikan asli memikat pandangan~ Ada orang kem salam kat ko. Kini beliao ada di Pahang :P

Masa part 6 dip, baru aku start rapat dengan die. Haih, macam-macam kenangan kot ngan Akhmar ni. Aku suka study ngan die. Sebab fokus...hahaha..teringat masa study subjek Turf kelas Dr. Noriah. Masa tu ada test, so that weekend kitorang studi gile-gile dalam bilik. Bosan sikit study, Akhmar mesti turun ke koop yang terletak di bawah bilik kitorang, then beli pao kacang..wehhh...sedap kot pao tu..aku rindu nak makan makanan ruji bebudak Kolej Anggerik masa tu...hurm, pas makan, studi balik.....rasa bosan sikit aku ngn Akhmar jerit Zoysia kuat-kuat kat dalam bilik~ Zoysia adalah sejenis speasis rumput hijao yang agak mahal harganya. Am i rite, SOLAR? hehehe....pastu, bile da bes study, aku mengetest daya ingatan Akhmar, begitu jua disebaliknya...Berkesan la jugak kaedah pembelajaran tu..sebab, the highest one untuk test tu adalah Akhmar, dan i'm the third one. Second aku tak pasti. Akmal mungkin....
Tapi, time tu rasa best glerrr.....


Akhmar dan aku gud in sport volleyball..proud of us la kan sebab tak ramai girls boleh bermain volleyball.Hehehe..masa tu ada Sukan Antara Kolej UiTM (SUKOL). Takde sape masa tu nak built up team for volleyball untuk Kolej Anggerik. Haih, asyik belajar je la dorang ni. Sekali sekala kenela massuk court kan, mengetest skill.Hehe.So, Akhmar willing to be a pengurus pasukan merangkap capten team. Dan aku co-coach je la. So, kitorang cari beberapa budak len and built up one team. Best gilerr aku rasa, malam pergi training volleyball sebab siang bz ngan kelas. Pas training, baru gi studio wat keje.Weeeee..rindunye masa-masa itu :) Anyway, kitorang tak dapat pegi the high level of the competition. Tapi, ada la dapat beat team len jugak..heee...

Hurm, apa yang aku suka pasal Akhmar is her spirit and jarang discourage orang len...aku takleh lupa. One day, aku ada date ngan one of my old friend...Actually, time tu that boy already have his gf, but im still bullshit admire him...ntah apa-apa..tapi Akhmar still encourage aku, jangan pedulik, try the best, dressup lawa-lawa (sampai dia pinjamkan cardigen puteh kesayangan die soh aku pkai masa tu)..haih....touching mak nok....but now, when i tell her everything is over and that one will get married with that girl, Akhmar still ada di sana memberi kata inspirasi. "Don wori. U will find another gud one in future...." Thanks for everything Akhmar. Aku jugak selalu harap ko hepi bersama insan-insan tersayang di sana.....alamak, asal mata aku rasa pedih??????

Dan. Kenangan paling indah aku, Akhmar dan others girls in our klik is overnite outing ke KL selepas submit final project..wahhhhh..girls hang out....takot-takot jek masa tu tapi belasah je la...Akhmar drive kete Satria dia masa tu, bole sumbat 6 orang dalam kete. gIler toll...but chill time tu, gi drive around BB, tapi time tu aku tak tao pon itu BB,hahahaha....pastu gi makan kat Bangsar seingat aku, then dekat-dekat subuh balik Putrajaya rumah die..hehehe....unforgetabble memories :)

Hurm...banyak sangat memories....i miss Akhmar, miss all that girls, miss our gud time, and everything of us.....but tak tao la...sekarang yang aku still keep in touch is Akhmar and Ety ;(
Whatever....








So, Akhmar.Don want talk too much.Penat.Tengah laundry baju jugak ni...heee...anyway.....semoga sukses di sana dan balik dengan seribu kejayaan...missin u so much ......take care.


Note: Bila aku rindu ko, aku bukak lagu ni~ Sick and Tired- The Cardigen.