Showing posts with label Dari rumah orang sebelah. Show all posts
Showing posts with label Dari rumah orang sebelah. Show all posts

Nov 5, 2011

Cinta tiga segi, bukan mudah.


Salam IdulAdha buat semua Muslim.


Balik kerja hari ni, aku pergi take breakfast with Mus di Oldtown White Coffee.Di luar berkabos tebal, sejuk sampai ke tulang sum sum.We just having hot coffee with spring roll and currypuff.Okey lah tu, nak makan rendang di pagi raya mana lah nak dapat.Haha.


Aku dan Mus bersembang biasa. Mus banyak minta pendapat aku mengenai konflik cinta tiga segi kawan kerja dia, yang dia rasa patot campor tangan, as friend.What the worse thing is, kawannya akan berkahwin minggu depan tapi sudah fall in love with other man.Nah, kau.Complicated.


Susah situasi nya.Bakal suami kerja jaoh.Tak selalu ada di depan mata.Hanya telefon sebagai perantaraan cinta jarak jaoh.Tapi setiap kali berbual, bukan rindu dan mesra yang ada.Hanya perselisihan faham.Kemesraan sudah makin jaoh.

Yang ada di depan mata, pandai mengambil hati.Selalu ada ber kongsi rasa susah dan senang.Sikit demi sikit, third party mula mendapat tempat di hati.People change unannounced.Its fact.Siapalah yang mampu menidakkan hati dan perasaan?


Susah nak cakap mengenai masalah begini sebab sebenarnya, kesalahan tu tak tahu mahu di letak di tempat siapa.Perasaan dan jatuh cinta something yang subjektif.Kau bina tembok setinggi mana pon untuk menghalang dari berlaku, it still happen.

Cuma, sebagai orang dewasa, perlu lah menimbang secara rasional.Itu sahaja.

Everything is already done and prepared.Pada aku, dia perlu pilih the right person yang sudah mahu membawa dia ke jinjang pelamin. Hubungan jadi sedikit hambar mungkin atas sebab faktor jarak dan lack of masa bersama.But its okey.Lepas kahwin mungkin boleh restructure bagaimana untuk duduk sebumbung dan built up back the relationship.Banyak lagi masa dan ruang untuk saling melengkapi. Just use your own creativity to make the relationship more interesting and fun.Percaya lah, it will works.


Tentang orang ketiga, its normal. Sometime, kita easily jatuh suka dan attach to the new person yang datang menguji kaseh dan sayang di dalam.Hubungan baru, mesti lah semua indah belaka. Tambah pulak ketika sedang dalam keseorangan.

Its ok. How sweet the new person yang datang, hargai sahaja lah.Cuma di sinilah, we play our part. Jaga batasan hubungan dan perlu pandai mengawal situasi.Benda takkan jadi if bertepok sebelah tangan.Kan?


Aku tak ber cakap mengikot garis panduan dalam buku motivasi di kedai.Aaku bersuara sebab aku feels the same situation sekarang ni, i tell u.

Tapi i always remind myself, take note that apa sahaja perasaan yang bermain di dalam hati sekarang, mungkin hanya mahu menguji my loyalty espeseli ketika 2 bulan incik Zahari tiada di sisi ni. No daily sms, no call, no goodnight kissing, no morning msg.All these things absence within the period, ya, bikin hati jadi kosong.The loneliness really killing me when im back from work.


On the same time pulak, hadir someone yang secara kebetulan memang kene pada mata dan perasaan. Berada dekat setiap hari.Mengambil tahu setiap rutin harian aku di sini. Kau akan rasa something di dalam, to be honest.





Whatever it is, ber balik lah pada hati kamu yang sebenar.Tak perlu tamak kaseh sayang dan perhatian luar.Itu sahaja prinsip yang jadi bench mark.Easy.





So,


Itulah kisah 360 darjah di sekeliling aku.Sometime kita menjadi matang because of surrounding, teori di dalam kelas tak akan banyak membantu sebenarnya.


Bye!






Jun 26, 2011

pathetic




Aku jarang nak busy body hal orang sebab jenis aku balik bilik, fb ing, keluar makan dengan incik Zahari then tidor.Esok back to work balik sampai lah cuti.Takde masa nak interfere hal orang di sekeliling.






Tapi, di waktu ni memang aku tak boleh stand lagi dengan roommate aku yang takde courtesy.Aku demam hari ni, bila dia balik, bukak tv kuat gila, tak respek langsong aku yang tengah tidor dalam kesengsaraan ni.






Hari ni dia patot pulang bercuti.Tapi tak.Dah 3 bulan tak balik kot, aku rasa.Kerja kat sini sudahlah straight 3 weeks, bila dah dapat cuti 5 hari setiap bulan, aku rasa there's no reason kau tak balik rumah jumpa pamili.Sorry lah, aku memang tak boleh nak accept orang yang tak penting kan pamili, adik-beradik kau buat macam orang luar, apatah lagi mak bapak yang kau langsong tak endahkan.Emo nya aku kalao menyentoh hal pamili ni.






Kemudian, roommate aku ni memang bodoh, sorry to say.Masa dia break dengan bf dia, dia nak terjun tingkap dari bilik kitorang yang kat tingkat 14 tu.Aku tak melarang pon dia, aku teros tidor dan melihat dia duduk berjuntai kaki kat tingkap.Luckily, roommate aku seorang lagi balik on that time.Pujuk dia.Pendek nya akal kau.Mana iman dalam dada.Aku tak cukup 5 waktu sembahyang jugak, tapi sekurang-kurangnya didikan agama yang mama dan abah bagi, aku still keep in heart.Even kau heart broken sekalipon, pikir lah diri sendiri dulu dari nak merana sebab lelaki.Built up back your self, bukan nak terjon tingkap bunuh diri sebab hilang lelaki.This is a difference between orang yang berpelajaran tinggi dengan orang yang takde pelajaran.Obviously.Sorry for that.






Kemudian dia bajet hot tapi takde taste.Sorry again, aku memang jenis perempuan yang simple, jadi bila kau dressep up heavy dan bajet lawa, aku rasa nak tergelak.First date selepas break up beberapa bulan, dia buat date vwith someone, keluar dengan heavy dressing, dan make up yang mengalah kan Rozita Che Wan.Masa tu aku baru balik dari kerja, aku tanya dia nak ke mana 'lawa-lawa' ni? Ok, dia pakai tudung kaler ungu terang dengan tudung lilit-lilit yang too complicated, baju pon ungu terang, seluar jeans jenis rempit,kemudian pakai kasot crocs ungu.Dah macam ahli rumah sukan ungu.Make up dia jangan cerita lah, siap pakai bulu mata palsu, blusher merah mak ngah.Aku bukan lah perunding imej yang baik, tapi aku nak bagi tips, first date, keluar lah dengan keadaan yang look simple but nice.Jadi diri sendiri dan tak perlu nak over untuk memikat hati lelaki.Bukan lah tak melawa langsong, tapi sekurang-kurangnya ber pada-pada.First date aku dengan incik Zahari, aku just pakai jeans Levis dan jersey.Pergi makan dekat staff foodcourt, i think tak perlu nak dress up macam nak candle light dinner di hotel 5 bintang?Pathetic.









Banyak lagi yang aku nak basoh roommate aku ni, tapi aku takde masa nak jaga tepi kain orang.Aku tulis di sini pon sebab dah hilang sabar dengan appearance dia dalam bilik aku ni, yang bagaikan parasit, aku rasa.









Marah nya saya.


Jun 13, 2010

Aku dan Maria Mernado.

Jam menghampiri pukul 6.30 petang.Aku tak suka waktu-waktu menghampiri ke Maghrib, sebab boleh buat kamu rasa libang-libu, juga empty, kalao takde sape-sape di rumah.Jadi, aku ambil peluang ni untuk packing barang, sebab esok aku akan ke satu tempat.Baru dapat offer kerja government di selatan tanah air.

Sedang aku pilih baju hot mana yang boleh dibawak pergi, aku dengar ada orang memanggil nama aku diluar rumah.Sape pulak ni?

"Hoi, engkau! Mana menghilang?" Sergah aku kepada Maria Mernado apabila dia muncul di depan rumah petang itu, setelah 7 tahon menghilangkan diri.Iyelah, habis sekolah sahaja, aku sudah tidak nampak dia. Cari dalam Facebook, banyak pulak unknown person yang appear.

"Tak ke mana.Aku datang ni nak jengok engkao la bongok.Yang engkao tercegat tak jempot aku masok apehal?" Kata Maria Mernado.Ya, she still the same.Friendly seperti dulu, itu yang buat aku dan dia kamceng di zaman sekolah dulu.

Then, kami bersembang panjang di dalam bilik.Lupa sebentar pada baju-baju yang mahu dipacking.Maria Mernado tak habis-habis bertanya kenapa aku mahu pergi jaoh, nanti dia takde kawan di sini.

Belom sempat aku menjawab, telefon rumah berdering.Maria Mernado menarik tangan aku,

"Engkao janji ye datang sini balik."
"Iye,tunggu kejap"

Aku pergi ke ruang tamu menyambut telefon.Mungkin Latif Ibrahim yang menelefon, mahu cakap England seri dengan USA, dan mahu membebel tidak puas hati.

"Hello, weh, aku ni Hail Amir.Jom pergi rumah Maria Mernado"
"Apesal?"
"Emak dia jempot pergi kenduri tahlil"
"Siapa yang meninggal pulak?"
"Maria Mernado lah.Engkao tak tahu ke dia accident 2 hari lepas"

Buk.Jantong aku rasa nak jatoh.

"Engkao janji ye datang sini balik"

Kata-kata Maria Mernado sebentar tadi terngiang-ngiang.Darah aku macam freeze. Seraya itu jugak aku terdengar Maria Mernado memanggil nama aku dari dalam bilik.

Patotkah aku patoh pada janji tadi atao cha alif bot ?

........................................................

May 7, 2009

Bukan Diriku-Samsons

Aku ada satu story nak tulis kat sini. Cerita dia buat aku berpikir balik bahawa tak semua lelaki kat luar sana adalah plastik. (Sorry, perspektif aku pada lelaki dah tak secantik dulu sekarang ni).

Ini cerita beliao.

Hai. Aku Adam (bukan nama sebenar). Time ni hidop aku agak kucar-kacir tapi alhamdullilah. Aku belom ada niat lagi nak terjun lombong atao makan panadol 10 papan. Life still go on as usual.

Lepak kat mamak petang-petang camni buat aku rasa nak petik gitar dan nyanyi lagu kumpulan Samson-Bukan Diriku. Over ker aku melayan perasaan ni? Tapi, itulah. Aku ni lelaki, mybe nampak tough kat luar. Kat dalam orang tak tahu.

Biar aku story dari awal la beb.Malas nak pusing cerita lama-lama.

Dulu, aku happy gilerrr dapat masuk U. Sebab kat sekolah aku bukan pandai sangat. Cuma masa SPM, aku berubah jadi baik sikit. Itupon sebab aku nak harapan mak tengok aku berjaya menjejak kaki ke menara gading tercapai. Lagipon arwah abah selalu pesan masa aku kecik-kecik dulu, nak main bola boleh, tapi jangan lupa pelajaran. Aku pon belajar sunggoh-sunggoh masa form5 sampai nak mengorat pon aku takde masa.

Kat U ni la aku mula kenal seseorang. Rhaudah. Nama dia aku suka, seperti orangnya jugak yang aku suka. Aku tak boleh lupa the first moment masa aku mula-mula kenal Rhaudah. Masa tu minggu induction pelajar baru. Kene beratur kat padang kawad tengah panas. Dalam panas-panas tu, aku boleh terpikat dengan Rhaudah yang merah-merah muka menahan percikan matahari. Cute giler Rhaudah time tu. Sampai senior panggil aku pon bileh tak dengar. Memang kenela aku selepas tu. Rhaudah cuma gelakkan aku jek time tu. Cilakak punyerr senior.

Kat U ni jugak aku jumpa sorang kawan baik yang aku rasa dah macam darah daging sendiri. Lutfi nama dia. Lutfi, Rhaudah dan aku secara kebetulan satu coarse yang sama. Kami ambik Sains Sukan tapi major yang aku ambik berbeza dari dorang. Lutfi banyak tolong aku speseli pasal duit. Aku selalu tak cukop duit. Nak mintak duit kat mak kat kampung, aku segan walaopon mak selalu tanya aku cukop duit ke tak. Takpelah, biar aku pinjam kat Lutfi. Aku tao, adik-adik yang tengah sekolah tu pon banyak nak pakai duit.Bila aku ade duit nanti, aku settle semua dengan Lutfi. Tapi, sebenarnya Lutfi jenis orang yang tak kisah. Pada dia, aku susah, dia pon susah. Aku happy, dia pon happy. Aku rasa, kalo aku gay, dah lama aku skandal ngan dia sebab dia baik giler wa cakap lu. Tersentoh jiwa lelaki aku.

Berbalik pasal Rhaudhah. Disebabkan kami satu coarse, aku dapat peluang tackle dia. Dan, sekarang dia telah menjadi teman wanita aku. Ramai yang jeles kat aku sebab Rhaudah. Rhaudah tu cute gilerr, macam Julia Ziegler. Anak orang kaya pulak tu. Datang kelas naik kereta.Aku ni apa yang ada. Motor pon pinjam Lutfi. Kadang-kadang, rasa malu jugak berjalan ngan Rhaudah kat fakulti. Semua orang pandang. Tapi, nasib baik muka aku ade iras-iras Fahrin Ahmad (orang cakapla, bukan aku), jadi aku buat slumber jugak.

Aku suka Rhaudah sebab dia jenis simple.Pegi berdating dengan aku pakai jersey ManU jer. Pastu rambot dia selalu tak ikat. Bila angin sepoi-sepoi bahasa tiop, aku ni jugak yang nak kene selakkan rambot die. Tapi, tak kisahlah. Sayang punyer pasal.Dan, aku tao die pon sayang kat aku. Sebab dia cakap aku ni baik dan tampan. Opss, tampan tu aku yang tambah.Hahaha.Date haritu Rhaudhah merajuk dengan aku sebab aku tak banyak kelas ngan dia. Dia takde kawan nak studi paper sama-sama.Aku hanya mendengar dia membebel. Comel. Tapi, ayat dia yang buat aku rasa sedikit loser bila dia cakap, nasib baik ade Lutfi. Boleh diharap bantu dia dalam kelas.Hurm.

Satu malam, aku dapat call dari Pak Long kat kampung. Time tu aku dah tak sedap hati speseli esoknya aku ade final paper. Pak Long cuma cakap, selepas habis exam balik ke kampung. Aku bagitao Lutfi. Lutfi cakap relaks jek bro. Dia suroh aku jangan pikir bukan-bukan. Aku jadi bungkam giler..

Esoknya, pas habis exam, aku teros balik ke kampung. Sampai kat rumah, aku tengok mak dah terlentang sakit. Orang dah ramai kat perkarangan rumah.Mak Long sempat bisik kat aku, ajar mak mengucap.Dalam keadaan yang aku pon tak tao nak explain cane, aku ikotkan aje.

Sudahnya mak pergi menyahut seruan Ilahi di pangkuan aku. Aku rasa separoh semangat aku jugak pergi bersama mak. Aku pelok sekuat-kuatnya adik-adik yang ada di sebelah aku. Aku tak tahu nak cakap apa.Tuhan menguji aku ketika itu.

Selepas kebumikan mak, malam tu aku lepak sorang-sorang kat halaman rumah.Kat sinila aku selalu sembang ngan mak malam-malam. Mak mesti buat kopi untuk aku. Pastu bercerita panjang pasal kehidupan ni. Mak cakap, hidop ni kadang-kadang perlu jadik lilin. Berkorban membakar diri untuk kesenangan orang lain.

Aku tersenyum. Dan, dalam hati aku pikir, aku kene berkorban untuk masa depan adik-adik aku. Dorang terlampau muda untuk lalui semua kesukaran ni.

Esoknya aku balik kampus. Aku berjumpa Lutfi dan Rhaudah. Aku terangkan kepada dorang tentang keputusan aku nak berhenti belajar demi adik-adik aku. Aku kene berkorban.Dorang tak mampu nak cakap apa selain cuba memahami situasi aku. Dan, yang terakhir. Aku sampaikan amanat aku pada Lutfi supaya menjaga Rhaudah macammana aku menjaga dia sebelom ni.

Pada Rhaudah, aku cakapkan yang aku sayang gilerr kat dia tapi aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku ada tanggungjawab lain yang aku perlu laksanakan untuk orang-orang tersayang yang menanti aku kat kampung.Rhaudah cuba menahan perasaan walaopon time tu aku dah nampak ade butir jernih keluar dari kelopak mata dia.

Pastu, aku mintak diri untuk pulang.

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu


Susah nak buat keputusan ni, tapi itulah yang terbaik.Kan?

Dan, sempena hari ibu ni, aku nak cakap kat arwah mak.
Happy Mother's Day.