Showing posts with label Keje.Lalala.. Show all posts
Showing posts with label Keje.Lalala.. Show all posts

Jul 24, 2011

I rasa macam Lisa Suriani menang award



" You are among the the top nominees for the Employee of The Month-June 2011 under the Hotel Category.The Management invites you to attend the Award Presentation Ceremony on 28 July 2011."








Hari ni, bos aku bagi invitation card.Dia kata, aku Employee of The Month untuk department aku dan antara top calon bagi kategori hotel untuk 5 hotel yang ada di sini.Aku cakap, yeke? Kenapa aku?Haha.



Serius, rasa bangga sendiri.





At least beri kepuasan untuk momentum kerja aku yang hampir genap setahon di sini pada 11 Ogos nanti.This award, sekurang-kurang nya beri sedikit inspirasi dan as a witness, yang aku tak main-main bila kerja.







The first person yang aku cari mengenai berita gembira ini adalah abah.Then Incik Zahari.Mama sedang dalam trip entrepreneurship nya di kelantan, so i dont think mahu kacao.heh.





Lepas ni mungkin lagi inspired nak pergi kerja walaopon guest mostly macam gampang.Haha.







Jul 18, 2011

kerja kerja kerja

Balik kerja tadi pergi lepak di McD dengan Duty Manager aku dan kekaseh dia, yang juga kawan baik aku.Sekarang kerja, makin enjoy.Sebabnya, hubungan dengan klik kerja makin erat.Baik dengan junior, senior, atao Manager.Bangon tidor rasa cam tak sabar nak pergi kerja, jumpa mereka.Betol.










Kerja dalam line customer service macam aku ni memang akan rasa challenge sebab berhadapan dengan perangai manusia yang kadang kala bangang dan bodoh sombong, tapi bila working environment membantu emosi dan kecekalan, semua nya jadi stabil semula.Aku semakin adapt.Susah untuk aku kembali ke dunia yang aku involved selama 5 tahon di universiti dulu, even sometime aku rasa too far dari kawan-kawan sebab tak duduk satu baris dengan mereka yang mostly nya sudah berjaya dalam bidang architecture.People change, itu sahaja jawapan yang aku boleh beri if ada yang banyak bunyik tentang dunia kerja aku sekarang.















So far, aku senang di sini.Enjoy meeting people, itu satu dari nya.Kemudian sudah duduk di kerusi seniur, mula menjadi tutor kepada juniur tentang cashiering dan money transaction, tentang hotel management di mana memegang prinsip, not customer always right but we bringing up the customer.Semua nya kene courtesy, sampai influence karakter aku di luar juga. Benda paling ketara, dalam daily communication dengan orang di sekeliling, sometime like sudah tidak tahu ber bahasa Ibonda sendiri sebab kerja 8 jam hanya ber bahasa London.Sungguh, rasa macam duduk di Melbourne tambah dengan weather nya begini.















So far, memang enjoy di sini.No wall between us.Kau dan manager boleh duduk satu meja, layan nasi kukus ikan talipia bersama, ber sembang apa sahaja.Semua maseh muda, team pro aktif dan tiada istilah makcik-makcik yang tahu datang kerja ambil tahu hal orang selain bawak katalog pinggan mangkuk.




















Mama abah.Terima kaseh kerana maseh memahami jiwa anakmu yang gila ni.Selalu buat keputusan entah apa-apa, but at least im happy with my own way.





May 11, 2011

tears.

Semalam. which is 10 hb May, adalah hari paling fed up aku rasa untuk bekerja.

9hb May, aku masok kerja shift malam.Kemudian semalam aku masok kerja petang.Jump shift, jadi paham sahaja lah, tak cukup tidor.Kepala pon tingtong.

Sampai sahaja di back office untuk menanti briefing petang, supervisor aku brief aku dulu tentang some mistakes aku untuk kerja semalam.

Bla, bla, bla dan bla.

Mood nak kerja dah takde.Actually, aku dah seminggu takde mood nak bekerja.Satu sebab aku risao kesihatan abah di rumah.Kemudian, mood workaholic aku diganggu pulak dengan persepsi orang tentang kerja aku di Genting ni.Aku cuba mengabaikan, tapi tak boleh.

Habis briefing, aku termenong.Bila supervisor aku tanya aku ok ke tak, aku dah wet.Bukan wet macam masa bersetubuh, tapi wet sebab air mata semua keluar meluncur macam hujan di hujung Disember.Lebat.

Kemudian, secara kebetulan aku ada meeting department masa tu.Aku pergi washroom untuk membetolkan muka yang kelat macam tahi anjing.Tapi, airmata still bergenang.

Bla bla bla bla.


Habis meeting, aku pergi cashier counter untuk mengira cash yang berjumlah RM3 K.Dalam hati ada niat nak songlap duit kemudian blah pergi bercuti kat Bali, tenangkan pikiran dari keadaan yang chaos di tempat kerja.Rasa dada aku congested sangat.

Habis kira, aku pergi mcD.Sambong menangis sorang-sorang.Ada budak India depan meja aku tengok aku menangis dan beritahu mak dia.Mak dia kata jangan tengok.Dia sedang bersedih.Mungkin sedang bergadoh dengan kekaseh.Aku rasa mak dia cakap camtu.

Serius, aku rasa takde mood sangat nak kerja.Fed up.Restless.Afraid.Less excitement.Bergomol sesama sendiri perasaan tu.

Sudahnya aku balik ke office dan jumpa Manager.I wanna go back home.Itu sahaja ayat aku.












Pukul 12.45 pagi aku sampai di oldtown Kampar, menaiki keretapi Utara, as usual.



Ajaib.



Perasaan tidak seperti siang tadi.

Dec 23, 2010

Petaling Street

Hari ni, baru aku ada nampak kaitan nya skop coarse yang aku ambik di UiTM dulu dengan kerjaya aku sekarang.


Tadi, ada guest dari Singapore datang ke reception aku."Good morning madam, may i help u?" tanya aku as usual lah dengan begitu courtesy.

Dia tanya aku, "Where the nearby night market that i can go from here?" Peh, soalan.Complicated untuk diulas.

"Hurm, madam.Which night market u prefer? Night market selling the local food or just selling the clothes and others stuff?

"Both" Jawabnya.


Jadi, di sini aku mengapply kan skill sketching dan pengetahuan Urban Design aku mengenai KL dan Life Between Buildingnya.


Aku pon melakar jalan start keluar dari tol Gombak hingga ke menemui Jalan Tun Tan Cheng Lock.Aku suggest dia pergi ke Petaling Street Night Market, sebab kat sana heaven. Semua benda yang kau nak, ada kat sana, termasuk video porno Thai stok yang baru.Haha.


Aku jugak provide additional information pasal surrounded area di situ.Banyak cerita pasal Central Market, Bukit Bintang, Jalan TAR, Jalan Masjid India dan Chow Kit yang jugak heaven, pada aku.


Guest kagum gila dengan information aku yang perfect.Itu nasib baik aku tak ulas dengan lanjut bagaimana KL bermula, shophouses mana yang paling awal dibina di KL, bagaimana buruh cina dihantar masuk ke KL untuk perlombongan bijih timah, apakah sumbangan awal yap Ah Loy pada pembukaan KL dan lain-lain tu.Kalao tak, for sure dia offer aku kerja sebagai Duta Malaysia di Singapore.

Supervisor dan Front Office Assistant yang lain jugak, aku dapat rasakan mereka curi-curi dengar sambil bermonolog dalam hati bahawa aku sangat hebat tentang apa yang aku given out pasal Petaling Street dan surrounded life nya.


Mereka tak tahu, that area sebenarnya aku dah study masa Final Semester dulu.Buat thesis beribu page. Mana lah aku tak superb dengan semua benda di sana.Haha.Tipah tertipu.

Dec 20, 2010

Baru habis kerja, teros online sambil menghayati suasana di luar tingkap yang sedang berkabus.Rasa macam kat Victoria, Australia.Haha.

Dah dekat 4 bulan kerja di sini.Not bad, so far.Tapi kerja aku memang kejam, punca mata tak boleh pejam.Haha.

Yang tak best kerja aku sebagai Front Liner yang lebih kepada Customer Service ni, adalah kene tahan rasa bila kene maki oleh customer yang macam b***.

Tapi its good jugaklah, i learn how to improve my communication to handle these fussy guest.

Yang lain, hurm, maybe masa senggang aku tak banyak terutama weekend atao public holiday.Aku mesti be on duty.Nak hang out dengan kawan-kawan di hujung minggu sudah takde.Aku pon dah tak tahu berapa banyak majlis kawen kawan-kawan yang dah ter miss.Haiyak, so dissapointed.Tapi nak buat camne, work comes first now.

Lain-lain, aku rasa seronok bekerja di sini.Rasa glamor, tak jugak, tapi rasa dihargai bila got something daripada guest yang datang check in di hotel ni.

Hari tu, rasa touched bila one of group makcik-makcik Cina yang seusia opah aku datang check in, kemudian dia bagi aku chocolate.Walaopon nampak simple, tapi rasa dihargai service yang di provided tu.

Lain agenda, ada jugak guest yang miang.Bagi nombor telefon ajak keluar bila habis duty.Oh, kalao lah aku materialistik, lama dah aku pao guest tu macam-macam.Haha.Tapi kerja is kerja.Aku bukan artis minta di layan oleh VIP di luar masa kerja.I have already my own VIP in my heart.Haha.



Hurm, pada aku, apa sahaja kerja yang kita buat, yang penting kene rasa enjoy.Mungkin mula-mula rasa taik, tapi lama-lama akan rasa adapted.(message untuk diri sendiri)

Okeylah, chao.Mahu mandi.Maghrib already.Bye.

Mar 22, 2010

Satu hari di Tanjong Malim.

Baru balik dari interview Majlis Daerah.Aku rasa kalao panel tanya aku relevan ke tak Dato' Seri Zambry Abd. Kadir mengambil semula kuasa pemerintahan di Perak, aku rasa boleh jawab dengan baik.Takpon tanya tentang kes 3 Ahli PKR lompat parti tu ke, boleh goreng jugak.

Ini tanya aku berapa anggaran sebut harga satu projekla, konsep apa untuk koridor Tanjung Malim, design yang macam mana untuk konsep 'crime prevention'.Ayo, aku dah blur.

Patot aku apply jawatan penolong khas dalam bidang politikla, bukan sebagai pembantu arkitek lanskap.Sebab aku rasa not fully educated in this field.Minat pon makin hari makin terbang.

Takpela, take as experience =)

Feb 24, 2010

Interbiu keje

Pagi ni, keadaan di rumah sedikit clumsy sebab Along ade interbiu keje di pejabat TEKUN Kampar.Semua rasa nervous, dari abah sampaila ke budak kecik Demuk tuh.Haha.Tapi, nasib baik malam semalam aku dah buat homework sikit pasal TEKUN Nasional tuh.Jadi, pagi ni, sambil Along makan nasi lemak dia boleh prepare sikit.(aku rasa aku dah macam personal assistant Along).Oh ya.Terima kasih kepada kawan aku, EffendyDeen yang baik hati lagi hensem sebab tolong aku bagi some information pasal TEKUN Nasional.

For those yang tak tahu TEKUN itu apa, hurm, TEKUN means Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga. Actually ia adalah sebuah perkhidmatan pembiayaan secara mudah dan cepat bagi sesiapa yang mahu memulakan atao memperkembangkan lagi perniagaan.Selain menyediakan modal perniagaan, TEKUN jugak menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. (Skema tiba-tiba ayat aku).Tapi, untuk maklumat lanjut bagi sesiapa yang rasa layak untuk memohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan, boleh visit sendiri website rasmi dorang ni k.Just click here.

Okey, berbalik kepada keadaan di rumah aku tadi. For the prepation, abah tolong clean up kasot Along, Kak Intan tolong iron kemeja, mama tolong final check all dokumen yang nak kene bawak, aku pula main kuiz soal jawab ngan Along pasal all the information (just for reminding him again), dan Demuk, kesian dia, merengek-merengek sebab takde siapa layan dia.So, as usual terpaksa la bershuffle depan dia kejap.Ayo.(Lo, nasib baik ko pernah ajar aku shuffle dalam studio dulu.).Haha.Then, baru Demuk ketawa riang.

Around 9.30 pagi, Along bersiap untuk keluar. Mama pon ikot sekali. Manja sunggohla Along aku, pegi interbiu mama escort.Boooooo.Haha.Anyway, kami sekeluarga mendoakan semoga Along berjaya go thru interbiunya dengan baik =)

Feb 19, 2010

LimKokWing University


Im now bz overview towards LimKokWing University. Aku kene cover atmosphere and community di LimKokWing ni in order to persuade people to be part of this university. (Aku rasa aku betray UiTM sebab promote lebih LKW, haha). Takla, UiTM still dihatiku =)

Aku jez buat promotion detail je, its more like company profile la senang cakap. Kejenye ni pon tak habis lagi. Haiyak. Susah jugak kalo dah lama tak bikin bende-bende camni. (ceh, baru 3 bulan rasa aku), jadi idea dan creativity rasa limits pulak. Hehe, alasan nak curi tulang. Tapi i think ok la kot, kan?(Aiman, pls say ok to mine! )

Anyway, dapat la gak lepas rindu pada design masa buat keje ni =)