Showing posts with label kasot tumit tinggi. Show all posts
Showing posts with label kasot tumit tinggi. Show all posts

Feb 12, 2013

How do i live without u?


Its already 2.23 am.

Mata still tak mahu tidor walao badan tadi terasa penat.Working during CNY period memang busy.Lobby area congested dengan people, yang kadang-kadang datang singgah hanya mahu ber tanya surrounded weather berapa darjah Celcius? Atao bertanya toilet di mana walao boleh kenal signage toilet dari jaoh.Oh oh oh.
 
Bila step out to the counter, memang aku busy gila.Handphone jangan cakap lah, tak sempat langsong nak jengah.Incik Zahari selalu cakap aku tak aci.Sebab bila dia kerja, aku off duty, aku sms dia, dia tak reply, aku marah.Tapi bila aku kerja no respond at all, dia takde marah aku pon.Tak langsong.Memang tak aci.Hahaha.Perempuan.
 
Tadi, masa waiting for my laundry, aku usha sekejap video Shila Hamzah di Youtube.Pesanan untuk Semua & Ombak Rindu.Hmm, memang lah tak boleh nak komen lebih.Kita pon tak tahu apa nasib kita di kemudian hari.Its one of ujian yang Allah hantar untuk menguji hati di dalam.Antara cinta hati dan ibubapa, memang lah boleh pilih, tapi bak kata pepatah lama.Diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati sendiri.Tapi apapon, kembali pada keluarga, dan mengenai jodoh, semua kudrat Tuhan.Kerja Tuhan.Jika dicampak jaoh pon dia, kalao Tuhan sudah tulis dia jodoh kita, tetap datang kemudian.tak cakap benda ni semudah kacang, tapi tetap ada jalan nya nanti.Tapi seriously, Shahnaaz is not my man type.Haha.
 
Then. Aku tak tahu nak cakap apa lah pasal social media ni.Actually dah lama nak cakap, aku sekarang ni rasa stress bila ada follower tegar yang setiap post aku dia nak like.Its ok kalao kawan-kawan sendiri yang close.Tapi rasa annoying pulak bila lelaki ini, yang not my favorite list like setiap post aku di FB.He put button like on every single my post, dah lah jadi orang pertama yang like setiap post.OMG.Hati bertanya, dia ni tak tidor ke atao takde kerja lain ke sebab anytime dia wujud untuk like my post even pukul 3 4 pagi.Hoi, kau tak tidor ke? Aku tunggu masa je nak remove kau. Hadoi lah hadoi.Kau minat aku ni, ke kau memang psyco sejak dari bangku sekolah?
 
Tadi aku collapse 2 jam.Tak sampai kot.Tapi the point, aku collapse tak sedar diri.Badan sejuk dalam, rasa biru, lutut menggeletar, mual, cirit-birit and finally collapse.Sedar-sedar dah pukul 1 lebih.Bangon makan dan pergi kerja.Nasib sedar.If tak, non show.Buruk rekod kerja.Tapi sedih bila jadi begini.Mengingatkan aku mama.Mengingatkan aku sentuhan mama mengurut belakang pinggang aku dengan minyak panas.Buatkan aku milo panas dan baru aku tidor nyenyak.The last time this happen masa mama dah kritikal dengan Cancer dia.Mama tak boleh bangon.Dari luar bilik, aku dengar mama ketok dinding rumah sambil sayup-sayup panggil nama aku suruh keluar makan.Mama tak larat bangun.Aku lagi lah.Sakit bagai nak mati di dalam bilik sampai aku dah tak dengar suara mama.Sedar-sedar dah jam 2 pagi.
 
Mama, takde masa yang Angah boleh keep a side ingatan pada mama.How do i live without you, i just dont have the answer till now ;'(
 
Mata dah hangat.
 
I off first.Selamat malam.

Sep 13, 2012

Bila nak kurus macam Lisa Surihani?.


Baru balik late supper, dengan incik Zahari.Teringin makan daging burger with mayonis then kami bergandingan ke mamak dengan perasaan like wanita hamil yang mengidam daging burger pada pukul 1 pagi.Nak sangat.

Aku rasa nak period ni.Thats why perasaan makan membuak-buak.Then hati di tahap normal.Tiada apa-apa yang mengganggu.Senang hati orang cakap, walao rasa kosong tu kadang-kadang menyelit.

Itu sebab aku rasa nak makan je, kot.

Ya, aku kurus bila ada masalah.Serius, bila hati tak happy, setiap pepejal yang masok ke dalam umpama angin.Tak effect.


Jadi, untuk waktu sementara ni, aku just makan walao lepas makan ada perasaan bersalah terhadap diri sendiri.Semua perempuan camtu ke?


Aku tak boleh layan perasaan makan ni.Kalao tak, back to size badan aku yang mengerikan last July.Tak tidor malam memikirkan badan yang dah tak solid.



Perempuan beginilah.Selalu ter tekan, tak pasal cinta, berat badan.Yang lain doesnt matter.


Selamat malam.




Sep 11, 2012

Selasa.


2 hari attend coarse.Okeylah, prefer pergi coarse.Lari sekejap dari hustle and bustle tempat kerja.Masa nak habis coarse, one young boy approach aku, asking for my number.Dari keamatan aku, dan dari rupa lagak dan gaya dia, aku rasa umur dia around 20.Aku just senyum.The guy not bad,mungkin gadis belasan tahon terdetik ingin mengambil nama akuan Facebook dia atao mahu mendapatkan nombor bbm kalao melihat appearance dia.But as usual, i dont like the way young guy approaching a lady.Kurang menepati guidelines hati aku.Haha.


Hari ni juga aku offend dengan Incik Zahari.Tak tahu lah, ada benda yang selalu aku argue dengan dia.Its not about third party tapi lebih kepada masalah kontra rutin dan pendapat masing-masing.Vice versa.Tapi tadi masa pergi membawa diri membeli makan malam sendiri, aku lihat ada lepat labu panas dijual.Hmm, its his favorite.Our favorite.Tapi sebab rasa marah yang ada dalam hati, aku hanya balik.Ego lah konon, tapi dalam hati rasa sedih jugak.Hati orang Malaysia kan lembot. Selalu nya, aku akan tapaokan untuk dia dan hantarkan lepat labu panas tu ke tempat dia kerja.Alah, tiru babak filem Full House, kan si isteri hantarkan si suami sushi masa dia tengah on duty.Hik.But malam ni, so far, aku hanya mengkonkritkankan perasaan.


Pernah tak rasa, kamu tidak suka kan karakter seseorang tapi kamu terpaksa accept sebab perlu berhadapan dengan dia setiap masa.Yes, i feel that towards a person.Pada aku, tak menjadi hal selagi tidak mengganggu kehidupan aku.Cuma deraan emosi tu, sedikit sebanyak ada.I hate when i have to involve with the person yang totally opposite dengan prinsip aku.Kontra perasaan.Dan terpaksa jadi hipokrit.


Sama jugak masa aku pergi coarse tadi.Coarse involves dengan semua level umur.Paling tak suka kalao bercampur dengan budak-budak yang totally budal-budak.Dan belom ada imej yang stabil, maksud aku dari segi attitude.Bab pergaulan, aku memang selected.Siapa yang boleh bercampor dengan golongan yang tidak menepati cara kamu? Okey, untuk tujuan ice breaking, waktu break time minom coffee, aku pergi lah join one table ni.Just be nice, be friendly with others participant.Sembang punya sembang, tiba-tiba budak perempuan ni cakap ' hotak akak, mana ada perkara tu berlaku' Okey, it is okey kalao use that word untuk kawan yang kau dah kenal lama.I just know her about few hours, sekurang-kurang tahu sedikit bagaimana mahu berbual dengan orang baru.Yelah, macam aku cakap tadi.Hati orang Malaysia ni lembot.Cepat terguris.Aku tak suka perempuan kasar macam tu.Dan melihat appearance dia, aku tahu, ini jenis budak yang tak habis khatam belajar.No manners, sorry to say.


Tak tahu nak menulis apa lagi.



Selamat malam.

Aug 25, 2012

bad habit.


Aku tak tahu perempuan lain bagaimana.Tapi aku, tabiat buruk aku, suka check handphone si dia.Hanya handphone si dia.


I dont know why, walao dalam hati teguh tembok kepercayaan yang ada.


Its like, macam keinginan.Desire.Sehari tak check, rasa tak complete hidop.Haha.

Dan, that thing selalu jadi perbalahan.Bertegang urat bergadoh.Atas sebab-sebab unnecessary sms dari outsider yang buat aku suspiscious, walao dalam hati, dari jaoh sudut hati, the trust is there with me untui si dia.


Tak tahu.This is the first time i feel, sebab sebelom ni aku tak ingin nak pegang handphone sesiapa walao hati sayang pada orang tu.


Serius, i have no answer for my new routine.I hate this, sebab selalu misunderstanding sms-sms dia.Walhal, its nothing.Walhal i know everyone has a right to get own space, own friends, own conversation.

Tapi aku tetap nak curious.Tanya macam-macam sampai buat dia pressured sometime, and start create arguement.I really hate this, but i cant help my ownself.


After arguement, tengoklah.Sometime boleh jadi rajuk berhari-hari.Pergi kerja dengan perasaan libanglibu.Balik kerja hibernasi dalam selimot, tak mahu angkat call, tak mahu replysms, walhal orang tu dengan gentle nya sudah memujuk walao punca nya aku.Perempuan.Susahkan?

Hmm.


Aku tak tahu apa penawar untuk bad habit ni.




Aug 13, 2012

Everyone talks about raya.


Hari ni bangon pagi around 7.21 am.Rasa nak buang air.After buang air rasa sakit.Urine infection, i think.Sebab aku pernah melalui nya.Atao orang kita kata kencing tak lawas.Mungkin sebab tak banyak minom air.Hari biasa pon aku 'terlupa' nak minom air dengan banyak, inikan bulan puasa.Memang minom masa bersahor dan berbuka sahaja lah.Padan muka kau lah.


Sakit, jangan cakap.Sampai aku terpaksa call Incik Zahari.Asked him untuk ambik aku di lobby blok aku dan pimpin aku ke klinik.Sumpah, bukan nak mengada-ngada.Aku call Incik Zahari sambil menangis, sampai bila dah okey tadi, dia mengajuk aku cakap macam budak kecik tadi.Haha.

Aku inform supervisor, beritahu tak masuk kerja dan mahu ambil mc.The prosedur, aku kene ambil clinic form dari department sebab ke klinik dalam waktu kerja.Being nice, Incik Zahari pergi department take the form yang mereka dah fill up.Manakala aku hanya tunggu di klinik.Then Incik Zahari sampai di klinik dan ambilkan nombor.Menunggu giliran bersama-sama seperti sang suami membawa sang isteri ke pregnancy clinic.Indah nya perasaan tu kaloa one day betul-betul melaluinya, berangan aku walaopon ketika itu fizikal nya sedang sakit.


Doktor just buat medical check up seperti biasa.Dia nasihat kan aku banyak minom air setiap hari.Hmm.Salah aku.

Balik dari klinik, Incik Zahari buy me Big Breakfast di Mcd.Nak makan ubat kene breakfast dulu.What to do, kene makan ubat, terpaksa batalkan puasa.Then he send me back.Pity him.Balik kerja malam terpaksa temankan aku ke klinik.I love him so much.


This Ramadhan. dugaan untuk aku dan Incik Zahari terlalu banyak sampai rasa mahu break up, again and again.Dia tak, tapi aku selalu rasa putus asa dengan hubungan yang terjalin.Tapi mujur, dia lelaki yang terbaik aku pernah ada.Totally opposite dengan karakter aku yang terburu-buru, emosional, drama queen dan so on.Mungkin ini satu sebab kami still bersama.And this feeling still not fade away yet.


Aku mengharap kan yang terbaik untuk hubungan aku yang kali ni.Dugaan terlalu berat di bulan Ramadhan ni.Tapi hakikatnya, hikmah nya sangat manis.


Untuk persiapan raya yaang bakal menjengah, aku tak buat apa.Cuma prepare bajet untuk rumah dan menu di hari raya.Sediakan baju kurung untuk Pidot, sediakan duit raya untuk anak sedara dan sepupu cilik, opah dan mak sedara terdekat.Itu sahaja.Pagi raya pon aku bekerja.Its ok.Its not first time.Aku beli sepasang baju kurung moden untuk kerja di raya pertama.Esok insyaAllah, lepas balik kerja,Incik Zahari planning mahu turun KL belikan second baju kurung untuk aku kerja di raya ke-2.Maybe aku juga mahu hadiah kan baju Melayu untuk dia.Syukur, sekurang-kurang nya tahon ni aku beraya bersmaa dia, compare to last 2 years.Beraya seorang diri di sini.


Raya, kosong untuk aku tahon ni.Tak excited macam tahun lepas di mana Incik Zahari send me back di hari masak.Meredah highway ke Utara dengan sabar sambil layan lagu raya di dlaam kereta.Kemudian buat persiapan raya dengan mama.Beli baju kurung dengan mama.Dan balik kampong mama beraya bersama big pamili di Sekinchan Selangor.Shooting dengan semua sepupu di sana.Meriah! Dan puas.

Sungguh, tak sangka.It was my last raya with mama dan abah.Tuhan Maha Mengetahui, diberi peluang itu untuk aku meraikan raya terakhir bersama abah dan mama tahon lepas.


Thats why, bila raya tahon ni aku tak dapat cuti, aku tak rasa bebal di hati.Sudah terlalu cukup.Aku beri peluang orang lain beraya bersama ibu dan ayah di kampong.Mana tahu, tahon depan sudah tidak ada peluang itu.Wallahualam.


;)


Aug 1, 2012

Milo

Bila boleh dapat jumpa senyuman saya kembali?
Sebab hari yang mengelilingi terlalu gloomy.
Hey, bag tak kemas lagi.
Selalu pagi-pagi mama dah kumpulkan baju yang nak dibawak balik.
Then mama lipatkan masok dalam bag.
Aku memang tak pernah packing baju sendiri.
Malas.
Dan manja.
Semua nak mama buatkan.
Milo pon tak pernah bancoh sendiri.
Aroma dan manis Milo mama buat, lain.
Itu kenapa aku sudah minum teh o sekarang.
Sebab si pembancuh Milo sudah tiada.
takot dari rasa manis tukar rasa kelat.
Hmm.

Jul 30, 2012

Di sebalik sambal tumis ikan bilis opah.

Hari yang sangat bahagia.Alhamdullillah.Syukur aku panjatkan kepada Tuhan.

Kerana hari ni, Ramadhan yang ke-10 aku maseh ber nafas dan menikmati hari Isnin, yang supposely tenat, bosan, unsettled,tidak bermaya, menjadi begitu indah.


Satu, kerana bangon pagi, celik mata, aku maseh di atas katil.Tidak perlu bangon mengejot, dan tergesa-gesa mencapai tuala dan mandi bersiap ke tempat kerja.Huisshh.Malas.

Kedua, kerana hari ni aku menghabiskan masa bersama kesayangan aku.Semua kesayangan.Baik Incik Zahari, siblings, opah dan pamilies.


Awesome.Apalagi yang lebih indah dari ni.


Bangon pagi, sambil maseh dalam berselubung dengan selimot tebal, aku mencapai remote tv dan menonton drama Ramadhan di tv.Seronok ok.Sesuatu yang sudah lama aku tak buat adalah menghayati tv dengan fikiran yang lapang.Semua masalah letak tepi.

Kemudian iron baju-baju kerja.Senang, lepas cuti nanti balik goyang kaki dengan ber lagak nya.Haha.

Tengahari incik Zahari suruh aku mandi dan bersiap untuk turun.The part yang paling aku suka bila going back home, adalah the moment dengan dia sepanjang perjalanan.Kami selalu beli dvd lagu kegemaran bersama.And we always take our sweet time driving, sambil menghayati all the songs yang kebanyakannya lagu-lagu lama.Tadi layan lagu Wann.Aku tak boleh excited sangat sebab kene drive, kasi chance dia berehat.Haiyak.

Sampai di rumah, lepak dengan opah.Incik Zahari duduk bersama opah berbual kosong sambil melihat album gambar lama.Dan aku sibok menghidang juadah berbuka puasa.Babak ni lah yang selalu aku tonton dlaam drama Melayu.Bring someone special meet family, masa si dia bersembang dengan pamili, kite buat-buat sibok di dapor.Beri ruang.Haha.Abah always said to me dulu, Angah banyak sangat tengok cerita melayu jadi otak dia, imaginasi dia scripted.Ikot skrip drama.Abah, you are right.


Masok waktu berbuka, masa paling menggembirakan.The best menu of the day is sambal tumis ikan bilis opah selain kuih tepung talam mak nyah.Favorite.Abang makan dengan selera.Love it.Lepas makan,having light conversation dengan abang di luar bersama opah dan adik-beradik sambil menghayati langit mendung nak hujan di atas.I cant figure out my feeling right now, tapi detik-detik sebegini yang selalu aku tunggu dulu.Get him in my family, dan ruang nya Tuhan seperti banyak membantu.



Semoga.


Semoga hubungan kekeluargaan ni sentiasa di rahmati Allah SWT.Dan hanya ini sisa semangat yang dapat meniup jasad untuk aku hidop.

Jul 19, 2012

Bam bam bam

Semalam, 18 hb Julai, aku turun ke KL.Menziarahi keluarga Zabrina, my everdearest friend, di atas pemergian abah tercinta.Kawan-kawan baik, Kaknis dan Ina juga ada turut serta.Sungguh, rasa sayu di hati as abah Zabrina pergi tiba-tiba.Dan apa yang buat aku terkilan sangat bila Zabrina cakap abah selalu tanya kenapa aku dah lama tak tidor rumah beliao.Last jumpa abah masa Disember tahon lepas sebelom mama jatuh sakit.Hmm.I miss his sambal udang, antara yang aku ingat pasal abah selain kenangan dulu-dulu like ikot abah dan Zab pergi pasaraya Carrefour WangsaMaju naik LRT beli barang-barang dapur.Abah belanja makan steamboat masa birthday Zabrina last year.Melawat abah di IJN.The funny thing is abah boleh berjalan pekena roti canai kat luar sebab bosan duduk di wad.I adore lelaki seperti abah.A strong single father, raised up alone his 3 daughters yang gila-gila(haha), part paling aku kagom pasal abah is beliao pandai masak, perfectionist macam mama (rasa aku) yang boleh urus evrything.Semalam masa aku tunggu Kaknis dan Ina pick up aku from bus station, aku take time, menangis dalam hati, betapa aku juga terasa kehilangan abah.Almost 13 years kenal this family, they are a part of my life.Entah, hati rasa diragut sekali lagi.Sorry Zab if tulisan yang ni buat engkau mengalir air mata.Its from my heart.

Semoga roh abah dicucuri rahmat di sana.Al fatihah.



Then aku back to work hari ni.Rasa malas yang amat.Tapi lepas kerja pergi gym.Nekad kali ni nak work out consistently.Tak mahu makan malam.Mahu minimakan makan nasi.Dan keep buat exercise kat bilik everyday.Everywhere aku pergi cakap aku gemok.Bam bam.Hui, stress.I lost my ideal weight.Haha.Its ok.I take it as motivation.Semoga kedatangan Ramadhan kali ni jugak boleh membantu menseimbangkan balik pola pemakanan aku.Wah. pola pemakanan.Haha.


Okeyla.

Permisi.

Jul 2, 2012

Isnin yang tidak stress.

Hari ni cuti.Malas nak balik rumah lagi.Its my first time bila cuti maseh ada di sini.Tak tahulah, maybe i feel a bit lonely.Sudah tiada mama yang menunggu aku di pintu rumah seperti kebiasaannya.Juga sudah tiada abah yang duduk di sofa, yang akan bising kalao sampai tak teros ciom tangan dan peloknya.Atmosfera di rumah semua changed.Mungkin penantian adik tersayang di rumah dan si budak Demok yang sangat manja dengan aku, yang jadi baki semangat untuk balik menjenguk rumah.If tak, mungkin aku ke mana-mana, ikot hala tuju hati hari tu.


Semalam tengok bola dengan Incik Zahari.Bukan lah minat sangat.Tapi kami satu tempat kerja, have fun betting siapa yang menang either Spain or Italy.Haha.Saja suka-suka.Aku bet Spain 2 Italy 0.Di awal separuh masa kedua tu rasa teruja lagi, tapi after Spain get their 3rd goal, aku dah malas nak tengok.Haha.At last semua duit dipulangkan jugak sebab takde siapa yang betol meneka.


Then bangon tidor lambat.Dalam pukul 9 pagi maseh bermalasan di atas katil.Msg adik cakap mahu balik esok.Actually nak keluar dengan incik Zahari mandi waterfall tapi dia memang cukup malas nak diajak keluar berlibur kalao tiba waktu cuti.He more prefer keluar makan dan spend masa macam tu sahaja.Quite boring sometime, but when we have deep conversation during this free time, talk a lots about the things that we hate each others, i feel release.


Hm.


Sebenar nya rindu pada kawan-kawan.Mahu keluar dengan mereka like our old good times.Tapi aku still mahu get alone, for a while.Get back my day.Then mungkin having vacation ke pulao mana-mana with my good buddies-Zabrina, Kak Anis dan Ina akan jadi first agenda selepas semua nya stabil balik.Yup, i wanna going out with them first.Kawan yang terlalu memahami perjalanan hidop aku yang lebih banyak downs daripada ups.Thanks for always being there for me, guys.Rindu Pak Ali Kopitiam la.Haha.


Yang lain?

I hope my little sister can succes with her first job interview.Untuk dugaan yang kali ni, aku tahu dia yang lebih banyak memendam air mata sebab dia yang lebih spend time together menjaga mama dan abah di akhir hayat nya sampai dia sacrifice some interview yang dia dapat.Its ok.Tuhan sudah merekabentuk perjalanan kita sebaik-baiknya baik rezeki, jodoh dan ajal.Semoga rezeki yang menanti Pidot lebih besar, as a return.


Okey.Laundry aku dah siap.Chao.

Jun 30, 2012

Period pain.

Baru habis makan nasi goreng paprik dengan Incik Zahari.Baru berbaik sebenarnya.Sebab semalam merajuk dengan dia di atas sebab-sebab yang malas aku nak tulis kat sini.Tapi the argument sebenarnya lebih kepada tambah tolak daripada hormon yang tengah tak stabil time period ni.

Sometime, kesian jugak dengan Incik Zahari.Dia jadi mangsa paling utama (without failed) bila zon pms datang sehinggalah zon period berakhir.Dia jadi tempat aku melempiaskan sms-sms yang bagaikan karangan UPSR (lepas perasaan secara literally, haha), takpon membatukan diri bila dia pujuk secara verbally.

Tapi, dia tetap rasioanal.Itulah kejadian lelaki oleh Allah S.W.T sebagai pencipta teragong, yang menjadi pelengkap kepada wanita yang berjiwa kristal macam aku ni.

Seingat aku, Incik Zahari juga pernah ditumbuk oleh aku di atas perasaan yang bergelodak bagai tsunami menggulung Acheh.Tetapi dia tetap memelok aku erat untuk menenangkan aku yang bagai dihasok hantu.Hmm.


Bila all these things happen, aku jadi fobia, aku jadi takot untuk melalui awal bulan.Sebab aku tak mahu jadi se emo dan se drama ini.Dan aku tak mahu menyakiti the person yang aku sayang, but what to do.Emosi hanya pergi kepada lelaki yang paling terdekat dengan aku.Dulu tempatnya abah dan Along.Selalu aku merajuk dengan mereka ketika period.Bila merajuk, aku tak keluar bilik.Refuse untuk keluar makan sampai abah suruh mama memujuk.

Dan bila period ni, the first thing yang aku ingat jugak mesti lah mama dan milo panas nya.Setiap kali period, memang aku collapse.Muntah-muntah macam morning sickness, pening kepala, back pain, dan tak sedar diri, sometime.Untuk melegakan sedikit pain tu, mama bancoh milo panas untuk aku, mama cakap elok untuk perot.

The last moment aku pernah period pain ketika mama ada hayatnya adalah masa perot mama sudah mengeras dan membesar.Mama tak boleh bangon.Tapi mama tak henti panggil nama aku dari luar, dia risaokan aku yang sedang bertarong dengan period pain di dalam bilik.Time tu aku dengar suara mama sayup-sayup menyuruh aku keluar makan lapik perot sebelom aku terlena tak sedar diri sehinggalah terjaga pada pukul 2 pagi.Dan time tu aku lihat mama sudah tertidor.

Semalam, aku tak dapat nak tahan air mata bila perot aku sakit.I wont anything.Hanya mahu milo panas mama.Hanya mahu sentuhan tangan mama menyapu minyak panas di pinggang belakang. Tapi aku tahu, semua tu hanya kenangan yang hidop konkrit dalam hati aku.


Hmm.



Sungguh, aku tak tahu bagaimana mahu aku lontar perasaan rindu yang tak terucap di dalam ni.
Mama.Abah.Berbahagia lah di sana.

Jun 23, 2012

Gastrik.Perot atao hati?

Perot gastrik hari ni.Doktor cakap sebab perot aku kosong tak masok apa.Camne nak makan sebab busy kerja.Bila jadi camni, mula lah aku teringat mama.Mama yang selalu ingatkan aku untuk makan, walao lapik perot.Hmm.Tadi jari aku almost nak dail no abah.Nak call mama nak cakap yang aku gastrik.Usually, memang apa sahaja yang berlaku dalam hidop aku, the first person yang aku beritahu ialah mama.But today, i have no one.Hanya mendail nombor Incik Zahari, as my routine.


Hilang kata-kata.Aku hanya terasa hati aku berdenyut sakit.Sakit sebab kehilangan sesuatu yang terlalu major.


Mama.Abah.





Ke mana Angah pergi, walao kiri kanan riuh-rendah, kesunyian tetap rasa menjengah.Dan Angah tahu, perasaan ni akan dibawa sampai bila-bila.


Selamat malam.Ubat gastrik ni buat aku buang angin dekat 10 kali dah.

Jun 21, 2012

Selepas abah pergi.

Abah, setia menemani mama di akhir hayatnya di Wad Paliatif, Hospital Batu Gajah.



Wad HDU 4B, Hospital Telok Intan.Sayu, 2 hari sebelom abah pergi mengik
ot  jejak mama.


Sudah 5 hari abah pergi menghadap Ilahi, mungkin juga bertemu cinta hati nya, mama, di alam sana. Aku redha, seredha-redha nya.

Sekarang ni, just looking forward.Teroskan kerja walaopon di hari abah meninggal, i got a sms from my good friend di UiTM dulu, cakap mengenai kerja aku yang dikatakan haram.That sms very huting me.Tanpa bertanya khabar aku di rumah bagimana,tanpa mempeduli perasaan aku yang sedang bertarung mengumpul kekuatan untuk menempoh hari-hari yang mendatang, beliao teros shoot aku mengenai halal haram kerja aku dalam satu sms.Maybe aku appriciate dengan usaha dia untuk memperbetulkan hala tuju aku, tapi the way dia menasihati orang, rasa nya patot dilihat balik.Seafdalnya, cara kita menyampaikan dakwah, perlu kene gaya dan adabnya.I think dia perlu belajar bagaimana mahu mendekati orang sebelom menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Mungkin aku bodoh tentang agama, tapi sekurang-kurang nya aku tahu berlaku adap.


Tentang hukum kerja aku di Genting, aku sudah merujuk ke bahagian Fatwa Hal Ehwal Agama Islam.Maseh boleh diteroskan selagi tidak bekerja teros di bahagian yang membekalkan benda haram.Yang penting niat juga.Aku kerja di bahagian hotel,jika mahu ikotkan hukum halal haram, bekerja di bank contohnya,yang mengamalkan sistem riba, menguruskan keluar masok duit yang kita tak tahu apa tujuannya, juga perlu dipertikaikan.Wallahualam


So far, aku maseh mahu bekerja di sini, di dunia kecil aku di atas bukit ni,kerana pada aku sudah selesa dengan team kerja yang sangat-sangat memahami.Semua sudah dirasa bagai adik-beradik.I dont know sampai bila, mungkin sampai Tuhan bukakan hati aku untuk berhijrah ke mana-mana, sama seperti Tuhan juga yang menutup hati aku secara tiba-tiba untuk resign dari sini dulu, setelah aku berjumpa Incik Zahari, pada hari yang sama aku mahu pergi dari kehidupan di sini. Aku percaya, Tuhan telah menyusun hidop aku se kemas-kemas nya, seperti Dia yang menghantar Incik Zahari lebih awal sebelom diambilnya dua kesayangan aku sekaligus.Incik Zahari menjadi pengganti mamada abah, tempat aku menumpang kaseh dan harap.


Aku harap, orang luar dapat memberi aku ruang sendiri untuk menentukan hala tuju aku kerana aku juga percaya, setiap yang dirancang takkan berlaku tanpa kudrat dari Nya.Mungkin mudah untuk kamu cakap itu ini, tapi hanya aku yang tahu jerit perih aku melalui kehidupan seorang diri sebelom ni.Bukan senang.Dan alhamdullilah, aku mampu melalui nya.


Selepas ni, aku mahu menyusun semula hidop yang tunggan-langgang dalam masa 2 tahon ni.Sudah tiba masa fokus untuk diri sendiri dan masa depan. Banyak benda dalam kepala mahu dibuat.Pindah rumah baru, beli kereta, persiapkan diri untuk mengakhiri zmaan bujang jika sampai jodohnya. (tapi mungkin ia agenda yang paling akhir selepas semua agenda yang lain direalisasikan).Aku sudah tiada mama dan abah, juga bukan datang dari pamili yang kaya yang semua benda maseh boleh bergantong pada orang tua.I must be independent afterwards.

InsyaAllah, segala tunjuk ajar dan didikan yang mama dan abah terap dari kecil, akan aku praktikkan dan menjadi reference seumur hidop.Hidop di Genting yang dikatakan tempat berlibur dunia bukanlah tiket untuk aku lalai.No, im not that type person.Aku maseh aku yang dulu.Kerja, kerja, kerja, balik kerja berehat, blogging, makan, tidor dan esok kembali bekerja until cuti dan balik untuk pamili. Sudah tua.Cuma mungkin maseh perlu masa untuk berubah jadi yang lebih baik.Pada aku, apa yang penting adalah membersihkan hati dan rohani, yang menjadi asas untuk segala niat kita.

Semoga selepas ini, perjalanan lebih dipermudahkan.Amin..

Jun 7, 2012

Tak boleh tidor, jadi menulis.

Itsssss been long tak menulis. Sangat busy as bees dengan life aku, walao belom bergelar ibu, walao bergelar isteri, walao belom cukup kriteria untuk bergelar wanita, tapi semua peranan status di atas telah aku pikul secepat ni. Susah pada mula nya.Tak biasa.Tak biasa untuk menjadi setabah mama, sebijak mama, sekuat mama, everything like her, tapi mesti. Abah collapse pagi 27 May hari tu.Aku sedang bekerja ketika itu dan adik call.Teros dikejarkan ke hospital.Dan pagi 28 May abah di pindahkan ke wad ICU Hospital Telok intan akibat tekanan darah yang sangat rendah dan less oksigen.Dan on the spot aku balik, tinggalkan semua kerja. Sampai hari ni, abah still di ICU.Kami hanya dibenarkan melihat abah ketika waktu melawat.Hmm, sebak melihat wayar-wayar yang mengerumuni abah.Tak boleh cerita panjang.Biar sahaja aku simpan dalam hati. Semoga Allah maseh membenarkan abah untuk tersenyum bersama anak-anak nya.Amin. Tentang kehidupan personal, tak banyak yang menarek.Post di FB semua suram sesuram hati di dalam.Mana lah boleh buat aku rasa gembira sejak mama pergi 3 bulan lepas.kemudian abah sakit begini.Sesak rasa ruang nafas. Cuma hari tu, pagi 29 May, aku baru bangun tidor bila seharian menguruskan abah masok ke ICU.Someone called me.Aku memang not in mood untuk berteka-teki siapa di hujung talian.im your friend, he said.Yela siapa?Tanya aku dengan nada dah nak maki orang.Still taknak bagitao nama dan aku cut the line.Dia mendail lagi dan adik pick up the call.then adik passed my hp to me.Nah, dia. The person yang aku telah buang jaoh dari memori aku, datang unexpectedly.Aku terdiam.Dia mengajak aku breakfast dan kami berbual kosong di Gulam Rasul.Lebih banyak bersembang pasal arwah mama, sakit abah, kerjaya masing-masing, life masing-masing.Thats all. Serius.Terkejut pada mula.Tapi pada aku, everything was over.Aku terima sebagai kawan.No more heart feeling.Kerana hati aku, seluruh hati aku kepunyaan Zahari Saari.

Apr 11, 2012

Petang Rabu.Home alone.

Petang ni, home alone.Pidot pergi KL.Aku biarkan dia going out with friends, bagi dia refresh.Aku pernah lalui masa seperti dia, lepas grad tak kerja, duduk rumah jaga abah dan mama yang sedang sakit, walaopon rasa responsible pada pamili tu kuat, tapi dalam hati sedikit sebanyak ada jugak rasa down tengok orang sekeliling sudah lebih dari kita.Dan bukan senang jugak mahu menjaga orang tua, terutama yang sedang sakit dan hilang separuh dari jiwa nya, seperti abah.Aku harap, bukan harap lah, memang mahu Pidot cepat dewasa dan tabah, seperti aku dulu.I've been through everything.Dan aku lupa bagaimana aku boleh sekuat tu dulu.


Almost 1 month mama pergi meninggalkan kami.Bila aku dalam lingkunagan waktu kerja, memang no space untuk teringat perkara yang sudah takde.But once i got time, off duty atao cuti panjang sebegini, masa yang ada tu tak ke lain.Hampir semua benda mengingatkan mama.Cuti ni, buat aku sangat rindu pada mama dan home cooking dia.Sangat rindu.Paling rindu waktu pagi bila bangun tidor.Rindu dengan mama kejutkan aku dari tidur dan suruh basoh muka sebab she already cooked nasi goreng untuk aku.Bila aku tengah breakfast sambil tengok tv, dengar mama bancoh milo untuk aku.How i missed the moment, kaseh-sayang mama.Entah, betapa kosong nya atmosfera di rumah selepas mama pergi.



Abah is not feeling well at this moment.Mungkin abah lebih terasa ketiadaan mama sebab mereka yang selalu jatuh bangun bersama di rumah.Abah selalu cakap, dia rindu untuk having conversation with mama petang-petang hari.Now, aku sedang melihat abah menyiram pokok bunga mama, itu rutin nya setiap petang, after he lost his good listener.Hurm, thats why bila cuti yang ada ni, aku tak ke mana eventhough i missed masa muda aku untuk berada di luar bersama kawan-kawan bila ada kelapangan.Aku mahu bersama abah, memantao aktiviti dia,menjadi pendengar setia cerita hariannya, masak untuk dia dan makesure semua tentang abah in good condition.Walao tak sama sentuhannya macam mama, sekurang-kurangnya aku mahu abah tahu, abah maseh ada kami bersama dia.



Mama dalam kenangan.Selalu.


Selebihnya, aku menjalani rutin harian seperti biasa.

Incik Zahari, always be there for me.Dia yang terdekat mendengar suka duka aku, selepas mama pergi.


Now, kami lebih menghargai each others.Lebih mencari ruang untuk bersama.Semalam aku baru beli cd The Best Collection of Amelina, since dah lama kami cari cd dangdut utnuk layan dalam kereta bila travel ke mana-mana.When he take his sweet time driving, i prefer the void space between us fulfilled with our favorite music.


Others, aku lebih suka temankan dia pergi main badminton dengan kawan-kawan dia.Get involves with his friends.Habis kerja minum ramai-ramai.


Selalu harap, masa tidak mencemburui aku dengan dia, sebagaimana masa yang sangat cemburukan aku dan mama.Hopefully.



Tak tahu nak cakap apa.Permisi.

Feb 28, 2012

Terukir di Bintang

Sedang bancoh teh o lipton panas.Baru lepas makan koew tiao daging abang Kelantan, juga.Muka tak gorgeous tapi air tangan dia, sehari tak rasa, rasa libang-libu.Heh.


Yeah, aku kembali menulis.Its been long tidak berada di sini.Tak tahu kenapa lama tak menulis.Mungkin less time.Lepas balik kerja, lebih senang take my own sweet time dengan perkara lain.Sometime spending my time with Incik Zahari kesayangan saya.Kami juga kesuntukan masa bersama, due to masa ekrja yang tak sama.Haih, boring.







Hurm, still remember with Mus? Jejaka Coffee Bean, berlesong pipit di pipi, hitam manis, badan tegap like bad boy, dan bercakap kasar with anyone, but he treat me nicely dan sweet.Lately ni, i know dia dan aku seperti ada gap.Jurang.Mungkin hati nya di dalam sudah ter cuit, sudah rasa denyut sakit nya, bila recently, Incik Zahari banyak menjenguk aku di tempat kerja dan pick up me from there untuk break bersama.Then we passed by the Coffee Bean dan drama pon bermula.Hurm, Mus ber hak dengan apa yang dia rasa.Berhak untuk rasa diketepikan, berhak rasa untuk menjaohkan diri dari aku, berhak untuk rasa cuka bila gula yang dicurah.Itu hati dia.Dan bukannya aku tidak pernah berada dalam kasot nya.Aku jugak pernah jatuh sayang pada orang yang sudah kepunyaan orang.Dan tak tahu mengapa hati maseh tak ber ganjak, teros ber harap walao tak mampu melalui situasi yang menduga hati.Sudah cukup faham.Tapi apalah mampu aku kata kan? Aku tak berkudrat untuk membantu hati dia duduk diam, selesa.Sebab aku sendiri sedang struggle untuk hubungan aku.Sedang membina batu-bata melengkapkan hubungan yang separa siap.Mungkin tak sampai separa pon.Hope that he will be okay, dan sebenar nya late ly hati aku jugak ber denyut sakit bila all this happen.Serius, aku rasa berat? Tuhan.Tolong lah.beri yang terbaik.Dan jangan ada satu pon antara kami yang ter luka.Amin.



Okey.


Cerita lain? Takmo sedeh-sedeh la.







Kerja so far okey.Still busy train my new staff.Tadi my klik said that my name already in list untuk train as assistant Duty Manager.Happy to hear that.





I just harap kesihatan mama dan abah yang jaoh dari mata sentiasa baik dalam lindunganNya.I missed them so much.Pagi esok nak call, tak sabar.






Last but not least, dedicate this song to all my sweethearts.Terukir di Bintang-Yuna.Thank u for being here, share the story of mine.


Good night.

Jan 18, 2012

Bumi Perak, indahnya.

Sekarang dalam ETS, from Kampar to Rawang.Incik Zahari will pick up me from there dan singgah Batang Kali untuk makan laksa dan cendol tepi jalan.Aku suka dating camni, sebab kami tak banyak masa nak keluar berdua.Waktu kerja yang berbeza selalu jadi kekangan.
Aku suka naik ETS.Lebih tenang.Ada masa untuk diri sendiri, since cuti seminggu ni even aku ada masa 24 jam satu hari, still tak cukup untuk aku duduk relaks seorang diri.Menguruskan makan pakai abah dan mama, manage rumah dan so on, seriously, tak menang tangan.But i really enjoy dan satisfied doing those things by my own.Sekurang-kurang nya, mengurangkan beban abah dan mama.
Kenapa aku suka naik ETS? Selain selesa dan cepat (baru nak blogging, eh eh eh baru tulis dua tiga perenggan, aku dah sampai Tanjung Malim ok.Laju gila), aku suka country landcsape yang aku boleh view dari tingkat ETS.
Tadi nampak kerbao-kerbao yang frust tak dapat nak berkubang since matahari tegak cantik hari ni.But now, gerimis mula menyerlah.Suka lah tu pak-pak dan mak-mak kerbao.Heh.Then aku boleh nampak bunga-bunga teratai di muara lombong.I think this place can create beautiful impact for those yang nak buat pre wedding photoshoot.Then di lain tempatnya, aku nampak budak-budak kampong yang comot sedang laju kayuh basikal.Hey, nampak comot sekarang, mungkin dah dewasa nanti all these kids transform jadi sekacak Aaron Aziz.Sekali balik bawak kereta besar.Ke naik ETS cam aku jugak? Haha.
Bumi Perak memang awesome.Mana lah mampu untuk aku jadi Tanggang yang lupa asal usul bila berada dalam lingkungan daerah yang damai ni. Dan sekurang-kurang nya ketenangan yang aku rasa through this landscape dapat jugak meredakan kerisaoan meninggalkan mama dan abah di rumah.Its not easy.Bukan senang.
Tapi, demi kerja,demi periuk nasi aku dan keluarga, aku gagahkan hati, yang tak sekuat mana sebenarnya.
Sayang, be strong for all your sayangness.Permisi.

Jan 10, 2012

Hari-hari yang rendah momentum.

1.Aku dah mula buat kerja-kerja assistant Duty Manager.Aku rasa, dari hari ke hari performance kerja aku bagos, walaopon its not easy untuk bekerja meet people 8 jam sehari, dengan hati yang sometime really not there.Pecah ke merata tempat.Risaokan mama di wad, risaokan apa yang abah makan di rumah, risaokan orang yang setia menunggu aku tak berganjak, risaokan hubungan aku dan incik Zahari, risaokan macam-macam.Takde perkataan yang sesuai nak tulis.
2.Tadi balik kerja singgah di Padini Store dan Cotton On.Habis RM300 jugak.Beli barang keperluan sendiri.Memang rasa bebal, sikit, tapi aku rasa biarlah, reward diri sendiri.Manjakan diri sendiri yang dah penat bekerja 7 hari seminggu.
3.Aku still rasa bersalah dengan seseorang.I shud not feel gulity of him, tapi aku tak tahu bagaimana mahu kata tak payah tunggu aku kepada beliao.Find others yang lebih baik, lebih menghargai kau daripada aku.Aku tak berkudrat mahu mengadakan balik kasih-sayang yang aku dah beri pada orang lain.Tak boleh walaopon aku sudah cuba.Aku pelik, aku tak mahu dia ada perasaan dengan aku tapi aku selalu risao kondisi diri dia IF aku pergi teros dari dia.Pelik.Mungkin aku terlalu baik.Tak pernah mahu let others in pain walaopon orang lain dengan mudah buat begitu.
4.Sejak-kebelakangan ni, aku rasa hidop dull.Warna-warni pelangi hilang.I dont know why.Aku dan Incik Zahari ok sahaja cuma lately aku kurang masa berbual dengan dia disebabkan dia banyak kerja lebih masa.Kami hilang void space kami.Maybe di situ aku rasa kurangnya hari aku.
But i always miss him.
5.Pulang ke Utara esok, bersama Incik Zahari.Tak sabar mahu tidor dengan mama.Semoga aku masih boleh memelok dia sebelom dan selepas aku bangon tidor.
Selamat malam.

Dec 12, 2011

hari isnin saya.

Hari ni kerja 8 jam penoh fokus.Sebab terlalu busy.Perform morning cashier, takde masa nak menguap atao teringat kan Bront Palarae. Banyak main dengan duit, clear room under departure, assist Duty Manager check room on the floor, follow up hanging payment yang freshie overlook, yes, banyak kerja.Memang bila aku aku masok sahaja tempat kerja, aku sudah takde void space untuk fikirkan benda luar.Sebab tu bila aku ada masalah, aku suka pergi kerja.Meet people, make you free.


Habis kerja tadi pergi makan KFC with klik kerja.Reward diri sendiri selepas stress gila kerja dari pagi.Haha.Suka sangat waktu begini.Stress dan makan banyak-banyak.Heh.


Balik kerja, tukar pakai baju tidor dan duduk atas katil chats with old friends di FB.Jarang aku online waktu petang sebab selalu kerja waktu begini kecuali bila minggu nak start ber cuti.I usually working in morning.



Tadi dengar lagu Sempurna-Andra & Backbones.Remind me of him.Yup, bukan tidak rindu pada Incik Zahari.He still keep on msg me.Just write simple message, I miss u sayang.I didnt reply anything.I just said that i want take my space for a while.Merehatkan hati yang selalu berdenyut.Mahu buat apa yang aku suka.Mahu pergi ke mana sahaja yang aku mahu.Lepak ber blogging seorang diri di Coffee House sampai larut malam.Makan banyak atao tak tak makan langsong takde siapa yang kesah.Nak tidor tak sedar diri dari habis kerja sampai nak masok waktu kerja esok nya pon takpe.Juga tak perlu pikir macam-macam pasal sesiapa bila pms.Tak perlu nak attach pada yang tak ber kenaan.


Its good for me, juga for our relationship, i think.


Okey, aku nak mandi.Maghrib hampir tiba.Salam.

Dec 9, 2011

dua tiga hari yang mendung dan hujan.



2 3 hari ni aku banyak berfikir tentang arwah mama seorang kawan lama dari MRSM dulu, Adij.Her mama gone, tiba-tiba.Pergi tanpa petanda apa-apa.Takziah aku ucapkan kepada Adij.Aku tak tahu kesedihan yang dialami, tapi aku paham, terlalu berat untuk dipikul.Kehilangan emak, the person yang rapat dengan kita, mendengar keluh-kesah hati kita, yang masakkan laok kegemaran kita, yang sentiasa risao bila kita di luar.Aku terlalu memahami that sorrow feeling, sebab jiwa aku pernah disentap dengan kuat bila kali pertama dapat khabar mama got Cancer.Time tu, aku rasa semua nya gelap-gelita umpama kampong takde lampu jalan.Setiap hari, setiap kali aku bangun tidor, aku akan sentiasa mahu melihat mama, supaya masih ada hari aku bersama dia.Terlalu takot, sangat takot.Tanpa dia, aku juga akan mati. Tapi itulah, ajal dan maut siapa pernah menduga datang nya bila.


Untuk Adij, be strong.Aku tak dapat nak tulis kata-kata apa lagi, sebab aku tahu, its painful.AlFatihah untuk arwah.






Dan juga, harap my mama get well soon.Mama demam terok juga after pulang dari kimoterapi hari tu.How i wish to be home.Memasakkan untuk mama dan buat semua kerja rumah tanpa perlu mama.tak mahu melihat dia dalam ekadaan weak sebab my mama we called Iron Lady.Tak pernah ada perkataan lemah dalam kamus hidop dia.Ya.






Lately ni jugak aku stress dengan relationship aku with incik Zahari.Susah mahu aku tulis di sini.But rasanya makin hari jiwa tu semakin hilang, melayang-layang.Aku sudah cuba but the feeling is fade away.Just let the flow.Aku penat.Rasa nak ber cuti, go away dari segala bebanan yang ada.January, im waiting for u for the vacation with my best buddies.Malas nak pikir too much.Hari ni pon doktor bagi aku rest 3 hours sampai habis kerja.Lega rasa, dapat lari dari chaos tempat kerja.






My life is going complicated these couple days.Apa boleh dibuat? Tuhan sedang menguji hati aku.Dan aku tahu, Tuhan takkan menguji jika dirasa umatNya tidak mampu untuk memikul ujian yang dihantar.






Simple words.Ada jodoh ada lah nanti.Takde, mungkin Tuhan sudah reserve orang lain untuk menyempurnakan aku.






Bye.Nak tidor.

Nov 24, 2011

I will fight to get you, Miah.


First of all, thank you untuk semua yang berada di sini, membaca tulisan-tulisan aku yang kadang-kadang nakal, kadang-kadang down, kadang-kadang happy seperti nampak pelangi, kadang-kadang blurr.Haha.Its life.Ups and down.Dont expect hidop kita akan selalu rasa seperti raja.Sometime kita kene melalui hari-hari seperti orang kebanyakan.Heh.



Hari ni kerja rasa sungguh happy.Datang kerja awal 30 minit, having nasi lemak di back office bersama team pagi yang otai.Apa yang aku selalu kongsikan dengan junior-junior about how to create a good mood when start your working day here is, wake up early, tak bersiap in rushing, take time berjalan kaki ke tempat kerja sambil meredah kabos yang menyegarkan,dan having breakfast sebelom masok kerja.Aku suka kalao aku kerja shift pagi di sini. Sebab aku boleh lihat bagaimana Kuala Lumpur memulakan hari nya.Serius, nice.


Hari ni, aku jadi tutor kepada junior yang baru nak belajar checking tour group dari Singapore.Memang tak perlu nak pandai sangat belajar everything di sini.Tapi aku selalu ingatkan budak-budak junior, bagaimana kau bekerja, itulah attitude dan personaliti kau yang kau akan bawa ke mana sahaja kau pergi selepas ni.Bila bekerja, tak perlu do something untuk get rewards dari bos, sekurang-kurangnya kau buat benda tu untuk attitude kau pada periok nasi sendiri.Banyak words attitude kan dalam tulisan aku yang kali ni.Haha.


Apapon, bila setiap hari mengajar orang mengenai Hotel Management and Service, Finance Flows, by teori dan praktikal sekaligos, buat aku rasa mahu jadi lecturer mengajar student about the hospitality, BUKAN architecture (haha).Tak tahu, aku suka berada di tempat aku sekarang.Yang paling aku suka pasal kerja aku sekarang berbanding the previous one ialah, balik kerja kau boleh shut down teros segala masalah di tempat kerja.Nothing to bring forward.


Sekarang aku di Coffee Bean again.Menulis selepas menghabiskan masa di dalam shower mandi air panas memanjakan diri dlaam kedinginan weather bulan November.Really, its very cold here.Aku keluar kene berbaju tebal benang kait dengan lilitan shawl dua tiga lapis.Perasan, memang selalu perasan duduk di Melbourne.



.....


I will fight to get you, Miah.Words given by someone here, just now.Seseorang yang maseh menunggu aku.Setia menunggu.Ini yang maseh bermain di dalam kepala ketika aku mencari-cari ayat seterosnya.



Aku percaya, Tuhan lebih ber kudrat menentukan mana yang terbaik untuk aku.Heh.


P/s: lagu-lagu kat Red fm malam ni sungguh beautiful.lah.