Showing posts with label Beliao jua mereka. Show all posts
Showing posts with label Beliao jua mereka. Show all posts

Feb 4, 2013

Cuti-cuti Malaysia bersama yang tersayang ;)


Its beautiful Monday, sebab aku mula ber cuti hari ni.As usual, aku kerja non-stop for 3 weeks, jadi apabila tiba turn cuti, rasa macam heaven dan meaningful sangat cuti tu.Haha.Jakun cuti.

Aku ambil 2 hari untuk ber cuti di sini, i mean di Genting Highlands.selebihnya bercuti di hometown, spend quality time with pamili.Home sweet home.Sebenarnya, kalao tak kerja, dan stay di Genting Highlands, memang seronok juga even people says, di sini dull life.Whatever, sebab maybe aku dah rasa here is my second home.Kalao tak kerja, part bangon tidor tu sangat lah best.Sebab tidor dalam ketebalan blanket, di samping cadar bunga-bunga Ikea include weather outside lebih kurang 18 darjah celcius, so kamu boleh imagine betapa seronok nya tidor di sini especially kalao off duty.bangon without thinking work load.Pukul 12 tengahari di sini rasa still 7 pagi.Memang ber malasan di atas katil sampai tengahari.
 
Selebih nya, aku rasa bahagia di sini mungkin atas kerana dia ada di sisi, kerana Incik Zahari berada dekat di hati. Satu-satu nya semangat yang tinggal di dalam hati, selain darah daging sendiri.Semua orang pon akan rasa bahagia bila all our sayangness berada dekat di sisi ;)


Since aku naik one level position di tempat kerja, memang aku takde masa nak jumpa Incik Zahari.Sebab waktu kerja yang kontra.Kami di sini bukan 9 5.Jika bekerja ikot waktu pejabat, mungkin tiada konflik yang timbol.Habis waktu kerja, boleh pergi minum bersama, talk a lot about the whole day sama-sama. Selalu nya, aku balik kerja, dia pergi kerja.Aku pergi kerja, dia baru pulang.I take it as a challenge untuk waktu 6 bulan aku training as assistant Duty Manager ni.Bila jarang jumpa, you know, perasaan incomplete, curious, dan macam-macam tu blended di dalam hati then cause argument.Susah mahu figure out ups and downs di dlaam hati. Walao apapon, tiada penawar yang mujarab untuk kekangan yang timbol dalam hubungan seperti ni selain ambil beberapa hari untuk meluangkan kembali masa bersama as before.Thanks God, sebab still beri kesempatan untuk kami gather bersama lagi.Last Saturday, dia ambil cuti tahun, again.Bawak aku keluar shopping dan makan-makan di Kenny Rogers, sebab both mengidam nak makan roasted chicken.Masa yang ada, umpama dapat air sirap lepas habis perang.Lega dan therapeutic.Selain adik aku, Incik Zahari adalah partner shopping aku yang terbaik, yang pernah ada.We understand what we need each others.


 
Apabila orang lelaki yang window shopping, lebih sudu dari kuah.Hee.
 
 
Gambar ni macam i ni personal assistant dia.Tak aci dia nampak macam model.Haha.
 
 
Then hari ni, i just take my own space.Habiskan masa sendirian sampai petang, sebab dia bekerja.Aku bangon, mandi, pergi hantar baju ke laundry, then pergi bungkus nasi di RSC2.One thing pasal makan di sini, dalam banyak-banyak tempat di Genting, aku suka makan atao tapao di RSC2.Start dari breakfast sampai lah ke malam, makanan semua nya kene citarasa tekak aku.Tadi tapao nasi dan ikan patin masak tempoyak for lunch.Tak boleh cakap betapa sedapnya gulai tempoyak dia, it just remind me gulai tempoyak mama dan mak Kaknis.Hmm.
 
Sambil lunch, tengok Wanita Hari Ini, rutin yang selalu aku buat bila tak kerja.I miss this part, selalu kerja takde masa nak tengok tv waktu ni.Habis lunch, pergi shopping.Dengar cam best gila kan? Aku habis around RM 170-beli legging bermotif, sweater, tshirt, seluar, anting-anting dan eyeliner.Hehe.Reward diri sendiri.Rasa nak beli kasot sarung jugak tapi since last out with Incik Zahari dia dah belikan kasot yang sangat sweet, aku lupakan sahaja nafsu yang ada.Bila shopping ni, one thing yang aku ingat dalam kepala adalah mama.Dulu, bila aku beli apa-apa mesti akan beli kan dia something juga.Tak handbag, kasot, atao blouse bunga-bunga dia.Tadi pon aku capai satu blouse untuk wanita dewasa di outlet FOS, hati teringat mama, tapi lupa orang nya sudah tiada.Dan aku teros capai tshirt di corner lain dan bayar, sebelom hati lagi rasa senak.
 
 
 
Barang yang mahu di packing balik rumah.
 
 
Dan tadi, aku packing barang yang perlu untuk dibawa balik esok.Basic stuff je, sebab kat rumah tak keluar sangat.Prefer stay at home, layan astro, atao tidor di bilik sendiri atao melayan my nephew yang makin hari makin bijak.Selalu nya hantar ambil dia sekolah, then masak lunch untuk dia, then layan tv dengan dia.Malam,selalu nya nya ke Tesco cuci mata atao beli barang dapor then lepak di mamak with Along and sis in law layan teh tarek dan maggi goreng mamak.Memang bila cuti, susah untuk aku ke mana-mana, sebab no place like home.
 
 
Hmm.
 
Takde apa lah nak tulis.It just my routine and my current update about myself.Semoga all my friends out there ber gembira dengan rutin masing-masing, di samping yang tersayang.
 
Hargai selagi mereka maseh ada hayatnya ;)
 
Salam.
 



Mar 22, 2012

I'll be ok.

I feel better today, mungkin sudah seminggu pemergian Mama.Sikit-sikit aku sudah boleh terima kenyataan yang pahit ni.

Big thanks to all, yang sudi melayangkan ucapan takziah, tak kira di wall fb, direct to my mobile, atao datang ke rumah menziarahi-pamili members, buddies, office team, orang kampong, sweetheart and so on.

Thank u.

Semalam pulang, sampai sahaja 4.40 petang di Rawang, Incik Zahari sudah tunggu di dalam kereta, di tempat biasa.Therapeutic, apabila dia ada dekat.Itu beza nya dia dengan sesiapa di luar sana walao hanya dengan sebuah senyuman menyambot aku.

Petang semalam, Incik Zahari menemani aku.Janji dia untuk bring back my smile.Kami berjalan, berpimpin tangan berdua, meredah pekan lama Rawang yang sesak dengan kenderaan.Lupa sekejap hati yang sedang berdenyut.

Habis membeli barang-barang, kami bergerak ke Batang Kali untuk have dinner di kedai makan tepi jalan favorite kami berdua.Ikan siakap 3 rasa dan sup tulang, jadi santapan malam semalam.Enjoy the foods, kemudian banyak bercerita pengalaman terakhir bersama mama ketika makan.Dia hanya mendengar, as usual.


Sampai hari ni, incik Zahari ada bersama.Tidak membenarkan void space aku kosong begitu sahaja.Memang aku mahu bersendirian right now tapi tidak mahu berseorangan.Luka belom terubat sepenohnya.



Ditinggal orang yang terlalu penting dalam hidop kau, its very painful.Tapi seperti yang Incik Zahari selalu pesan, sekurang-kurangnya, aku maseh ada orang penting yang lain, yang maseh mahu aku move on.



Dont worry.I'll be ok =)

Jun 24, 2010

Drama tamil di hospital

Semalam aku pergi temankan mama di hospital untuk sesi kimoterapi ke-4 dan jugak buat ct-scan sekali.Masa aku tunggu turn mama, ada pulak patient india yang baru lepas accident disorong dekat kepada aku oleh doktor dan konco-konconya. Betoi-betoi berhenti depan aku pulak tu.Dengan kepala pecah, tengkok pon patah dan darah jangan cakap la, keluar dengan deras, buat aku rasa loya gila.

Then, adela 4 orang family members kepada patient india tu datang mengiringi.Bao dorang aku tak tahan, sumpah.Bau kuah dal.Aku dah rasa macam kat Bombay.

Family members tu mula menangis hiba sebab patient tu tinggal nyawa-nyawa ikan.Aku ni dah lah jiwa kristal, dengan aku sekali bergenang air mata. Sedih jugak kan? Mana tahu, kot pendek nyawa, anak kat rumah siapa nak tanggong makan, pendidikan dorang lagi, astro tak bayar dan lain-lain.

Tapi selepas tu, 2 aci tu mula bertekak. Aku tak tahulah apa yang dorang tak puas hati berdua sebab aku tak paham apa yang dorang bebelkan.Dari bertekak, dah mula acara tolak menolak badan.Kemudian, klimaksnya acara tarik menarik rambot.

Fuyyoo! Best giler tengok. Selalu aku tengok babak ni kat tv jeh.Sekarang secara live wo depan mata.Tapi nasib baikla 2 ane lagi tu meleraikan pergaduhan tu.Dan dorang buat-buat muka tak malu sahajalah.

Haih.Duduk kat hospital ni macam-macam ragam aku tengok.Sedih, marah, kecewa semua ada. Cuma, mood happy tu jarang lah ada di atmosfere hospital.Siapa yang rasa gembira berada di hospital kan?

But because of mama, because of i love her with all my heart, im willing to stay there.


Jan 17, 2010

Dato'K

Aku tak puas hati dan jeles terhadap Datuk Siti sebab hal ini. Dato'K hadiahkan barangan bernilai RM40 ribu kat CT di hari ulangtahon CT ke-31. Giler tinggi nilai hadiah tuh.

Pastu Dato'K cakap, dia tidak mahu soal harga dijadikan perkara utama kerana kasih sayangnya kepada isterinya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Haha.Aku rasa statement tu lawak.

Aku rasa kalao aku diberi pilihan sama ada nak handbag bernilai 40 ribu atao wang cashnya, tentulah aku pilih wang cash.Banyak bende berfaedah bolah aku buat guna duit tuh.

Firstly, aku boleh bagi mama aku 10 ribu untuk dia shopping apa patut kat IKEA.Pastu aku boleh beli kereta sebijik untuk aku supaya senang nak keluar pegi jumpa kawan-kawan kat KL, pastu aku boleh bayar hutang kat PTPTN ke sebab aku taknak jadi macam Misya Omar nama terpampang kat paper sebab tak bayar loan,dan lastly aku nak simpan untuk kenduri kawen.Boleh buat kat hotel.

Haih Dato'K.Kalo aku dapat handbag tu, tak sampai sehari aku dah gadaikan.





hati demam

Orang sana sini heboh bercerita pasal 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.Tapi, dalam kelompok masyarakat yang dekat dengan aku sekarang, mereka sedang heboh dengan cerita yang majoritinya sedang patah hati.

So, PM kita takde sediakan klinik bergerak ke untuk merawat hati mereka yang sedang minta untuk diubati nih?

..............................................................

"enjoy yourself...there r the good old days u r going to miss in the years ahead!!!!" ~zabrinaezura.

Hargailah masa-masa indah kamu sendirian tanpa perlu ada orang lain untuk itu.Single pon ok. =)

Jan 4, 2010

Hakikat orang dah berkawen apabila bermain fesbuk.

Aku nak tanya, kalao ko sunyi sebab laki ko takde, pegi bekerja kat luar, perluker ko sentiasa update status ko di Facebook dengan ayat-ayat yang obvious nampak ko lonely dan gersang? Aku rasa buat malu jek.Apa salahnya ko letak status tengah menjahit kew, lapar megi goreng ke, atao sedang mendengar lagu Latif Ibrahim.Lagi cool.

Kemudian, bergadoh dengan laki sendiri pon nak cerita jugak kat rakyat Malaysia lain yang mungkin dia rasa concern.Haiyak.Bagi aku hal rumah tangga simpan sendiri sudahlah.Kalao nak jugak cerita, gunakanlah bahasa yang sedikit general.Aku nak komen pon tak rasa aku ni bz bodi.Kan?

(kalao aku dah kawen nanti, nak ceritalah yang mengade-ngade sikit.saje nak meraih undi).

Jan 3, 2010

Admiring

Pernah tak kamu berasa admiring pada seseorang hanya kerana tulisan-tulisan mereka? Itu adalah aku sekarang.Bila orang itu tidak menulis, aku berasa menunggu lama walao tempohnya tak sampai sehari.

Dec 13, 2009

Studio Life.

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.45 malam.Yang i dengar sekarang hanya bunyik kapal terbang kat langit.Nak pegi mana tak taola.I rasa sekeliling so sunyi.Awal sunggohla opah i ni tidor. Kalao kat rumah flat i kat Shah Alam, time ni i still rasa havoc lagi dengan suara-suara lelaki macho menjerit tengok bola.Kadang-kadang, i pon tak balik rumah lagi time ni.Rindu pulak atmosfera di Shah Alam.Hahaha.

Time ni i rasa rindu atmosfera jam 12 di studio masa zaman final diploma dulu.Pukul 12 tu life begin to chill out.Semua masyarakat di studio baru nak warm up buat keje.Yang i ingat, kawan-kawan i macam chaq baru nak kesat-kesat cermin mata berhabok die, aiman baru nak start bukak lagu dia sambil sketch perspektif dia yang banyak orang katon, akhmar baru nak bawak toiletries dia ke toilet sebab nak facial muka (dan mengajak i untuk temankan.hehe), remy baru nak membuli i dengan menyuruh i menyebot perkataan enthusiastic selain mengajak i kawen kontrak sebab bosan buat design, nani pulak sedang membancoh susu untuk abg jat (patot abg.jat membesar dengan sehat dulu), akmal baru nak trace design dia, ali blur lagi tak tao nak buat ape, dan begitu juga dengan kawan-kawan yang len.

Rindu beb zaman belajar.Baru berapa hari i dah tinggalkan atmosfera student life ,i tp i dah rasa libang-libu.Tak biasa bila malam takde keje.Dreaming. (Dulu maki sangat bila tade masa langsong nak hang out luar dari studio). Tapi, i really missing a part during studio hour masa diploma dulu sbab time degree i banyak spend masa dengan housemate dan hal personal i di luar. (girls boutique 404, rindu u olss).

Anyway, moment paling thrill di studio masa i dikacao oleh bende-bende misteri nusantara.Haha.Time tu yang i pelik, i boleh pegi toilet sorang-sorang around 3 pagi camtu selepas dikacao oleh seorang 'budak kecik' yang berlari-lari di tepi drawing table i masa i tengah trace master plan. Time tu studio lengang sebab the next day ade trip ke Cameron Highlands. Yang ada cuma i, Aboy, Akhmar, dan Mimi.I rasa time tu just mainan perasaan i yang dah lalok buat design.Tapi, masa Aboy send us to college, Aboy cakap die kene kacao ngan sorang budak kecik kat studio tadi. So, tadi tu memang bukan perasaan i la.omg! Banyak lagi bende misteri nusantara yang berlaku masa balik dari studio every early morning.Tapi, we ols redah jela.Satu moments yang sunggoh berharge bersama kawan-kawan =)



Precious memory in Fraser Hill.Our big pamili.L.O.V.E.


Nov 24, 2009

Malam sebelom pulang =(





Tempat ni series best bagi mereka yang suke melayan lagu-lagu lama, ol skool soldier. Incik Midi dan Incik Rahimi Darus perlu dibawak lepak ke sini juge bersama kami. But simpati kepada Incik Midi sebab tadi tergerak hati nak text beliao tapi rupenye beliao xcident lagi buat kali ke2.Haih, same pulak kite excident. Anyway, semuge takde ape-ape.Huhu.

To Aiman dan Faridrul, thank u sebab menemani saye makan tadi. Haih, selepas ni dah susah lah nak girls talk dengan u olsss..hahahaha..gosipping sambil melayan lagu-lagu rock kapak.terbaek. Ill be missin u,Aiman and Farid =)

Nov 23, 2009

Kawan-kawan lama

Bila berjumpa balik dan dapat talk a lot dengan kawan-kawan lama masa mda-muda dl memang best kan?

Itu yang aku jumpa petang tadi.

Girls talk on FB bersama 2 kawan lame masa Dip dulu, Ika & Nana.Dengan Ika is about 3 years kot tak chat dengan die walaopon kekadang ade jumpe di school. (have some crisis dl but now everything is settled).Ngan Nana lagila lamer.Tak jumpa langsong pulak tu. Last jumpa dia mase melawat die di UiTM Perak dulu, in year 2007, i think.

Kenangan ngan dorang terlalu banyak. But, yang paling kuat aku ingat is menyambot tahon baru 2006 di rumah Nana.Masa tu maseh di part 4 dip.Pamily Nana pegi holiday ke Pulao Pangkor, Nana pulak tanak ikot sebab nak pegi date bersama bf dan friends di malam tahon baru.So, bagi memastikan Nana mencapai cita-citanye, kitorang tidor rumah Nana on that nite supaya pamili Nana assume Nana tak kuar rumah dan spend the New Year with us.Jahat kan ko Nana? Kitorang punyela loser malam tu dok jage rumah ko.hahahaha.Tapi, esoknye best sebab Nana masak nasi lemak for breakfast. I love that time. Girls in kitchen. Tapi aku sorang je tak. Sebab aku dah pegi kedai.So, layan cerita tamil kat depan dan Nana, Mimi dan Ika masak di dapor.


Pic lamer.Naseb still keep in MySpace.Paling atas- Ika, Mimi,aku, Akhmar, Eti & Nana.
Skunk sumer da hot (aku sekali kew?) haha.


Sebenarnye, sebabkan kejadian tu jugak Ika dapat menemukan aku semula dengan dia. (cerita lama, its ok untuk direview).Masa tengah potong2 cabai and so on tu, aku dan Ika chat each others.And when she mention to me that her cousin married one of the Perak player, i was so excited la kan...sebab aku terlost kontek dgn beliao since pas SPM then don know how to find him.So she get me his number from her cousin. lalalalallalalalala. Seminggu pastu kami mula get involve semula untill la break up this year. Sedih kan. Anyway Ika, aku still mahu berterime kaseh pade die sbb get his number back for me time tu=) Even takde jodoh but kenangan-kenangan kawan-kawan support us time tu sunggoh kelakar dan manes untuk dikenang. Seperti kata Nana tadi, " ko gelabah on that first day nak out ngn die sampai datang bilik aku, tanya nak pakai baju ape, pastu rembat handbag aku" Hahahaha. Yang Ika lagila, adeke patot pesan belikan plastik sampah masa date tu? Sunggoh tak sweet beli plastik sampah ketika date.









Antara masa-masa terbaik yang pernah spend bersama. Overnite outing after submission final design part 2 dip, berenam naik kete Akhmar. Time tu singgah beli megi kat 7eleven di BB tapi tak taopon that place is BB. Maseh naif jalan di KL time tu. Lepas belajar urban KL masa part 5 baru tao, owh tempat kami stop tu is BB.Haha.(Nana takde mase ni sbb majuk) Ngee.

Lain kenangan kami tentunye menghabiskan hampir kesemua masa kami as studio-based student di studio. Hubungan sangat akrab macam adik beradik time tu. Makan sama-sama mana yang ade mana yang mampu.Pastu tensen, berclubbing dalam studio. Yang Mimi pegi pasang lagu dangdot dia. Tak urban langsong.Haha.Pastu, untuk lebih high~ Mimi pasang lagu Sudirman ngan Anita Sarawak bercanda di tepian pantai.Lagu tu sunggoh berahi. Dan Mimi sangat suka termasok aku.Haha.


Mandi-manda kat Sg.Gabai.(asal aku baik giler time ni?) Haha.

Waaa...banyak sunggoh kenangan. Nanti ade masa aku review lagi =) Promise.





Nov 2, 2009

Syarikat Idris Bersaudara


Saya rindu kawan-kawan dalam SYARIKAT IDRIS BERSAUDARA.




Rahimi Darus. Bekas blogger dan maseh mencari-cari masa untuk kembali menulis.Kegemaran kami berdua adalah sardin dan masa terbaik yang kami pernah ada adalah piknik di tasek sambil makan nasi goreng yang saya masak dengan sardin ketika hari nak hujan. Oh ya.Tarikh lahir beliao adalah 21 Julai dan saya 22 Julai.Tapi kami tak pernah menyambot hari lahir bersama sebab tiada masa senggang.(design selalu meragot life kami dulu).



Zambri Latip. Beliao seorang yang romantik dalam bercinta dan juga memiliki daya kreatif dalam fotografi. Aku berhasrat mahu mengajak beliao dan rakan-rakan travel ke seluruh negara menaiki keretapi satu hari yang stabil nanti untuk tujuan sesi fotorama.Mesti best tangkap gambar orang makan cendol di tepi street =)




Kamisah Joned.Sedang berada di Melbourne dan beliao juga pembuat nasi lemak yang terbaik di sana. Bakal pulang ke Malaysia 11 November ini. Berharap dapat bertemu si cantik ini.Aku sangat admire terhadap gadis ini kerana daya juangnya dalam design begitu tegar selain turut mempunyai blog yang comel =)


Jejaka dari kiri- Ramlan Ayob (merujuk kepada zambri Latip)banyak memiliki persamaan dengan saya di mana kami suka berblogging juga sukakan lukisan seni cuma kadang-kadang genre filem kami berbeza (haha). Jejaka di kanan saya (sahak Embong) pula juga seorang blogger tapi kini blog beliao berhabok kerana kelihatan sedang struggle di studio untuk menghabiskan semester akhir seperti saya juga.Nampak nerd hanya kerana spek mata apek beliao tetapi jiwanya THE TIMES! Lagu background ini mengingatkan saya terhadap beliao.


Dan saya, Salamiah Hassan mahu memberitahu di sini bahawa saya sedang sibok dengan semester akhir saya, tapi masih jugak sibok mahu menulis di sini sebab mahu kawan-kawan saya tahu saya rindu pada mereka=)


Oct 29, 2009

Hilang topup dan berasa begitu sayu

Quite sad. Aku rase time ni aku maseh belom waras dan begitu kritikal.tadi aku pegi kedai runcit sebab housemate pesan beli sabon BioZip dan aku turut membeli topup RM5.Aku tak tahu la dalam perjalanan balik jalan kaki apa yang aku pikir sangat sebab bila sampai rumah aku dapati topup tu dah takde. aku tak tahu tercicir di mana.

Sampai kat rumah jugak aku sebenarnya macam orang baru bangon tidor.Huhu.Parah sangatke aku begini?

Yang sedih sebab itu duit terakhir yang aku spend untuk beli topup.Huhu.Aku tak suka bila aku tak berpijak di Bumi yang nyata.........pikiran melayang jaoh yang aku tak tahu singgah kat planet mana.Banyak bende yang stuck dalam kepala sampai aku sendiri pon dah tak jadi manusia yang normal.

Mama.Saya mahu pulang dan menonton tv di rumah sambil makan nata de coco.Huhu,


Aug 20, 2009

Hari sebelom pose


Aku ade 2 major problem sekarang.

Satu, aku banyak pikir pasal keje aku. So many things stuck in mind.Malas nak buat tapi i have to. So, itu rasanye boleh diatasi :P

Second, now when i see a cute guy, i just remember that there must be a girl out there who is already sick of him.


So, membuat aku malas untuk melayan cakap opah bila bertanya setiap kali balik, "Angah, bila nak bawak balik 'kawan' ke rumah? (Oh, petang ni aku balik kampung untuk sambut pose di rumah, malam ni mesti opah bertanya gak.)

Bukan apa, after dah 'bosan' sangat menghadap bende yang sama pasal perangai lelaki ni, buat aku rasa 'bosan' jugak nak mulakan hubungan baru. Lelaki di keliling aku sekarang majoriti hanya mereka yang aku kenal semasa high school atao kawan-kawan kuliah yang aku pernah nampak mereka korek bontot bila bosan.

Itu jek.

Sebab aku malas nak serabotkan otak dengan perangai jijik lelaki-lelaki yang baru nak kenal ni.Nanti aku mencarot.

Inipon aku ade nak sound jugak peel certain of them yang tak habes lagi aku nak luahkan. Lagipon esok pose, so better kene tulis hari ni :)

1. Not cool ok when u’re attached to someone, you claimed to be single. Not cool when u’re with someone, you let someone else in (ayat paperh34rt). Macam gampang.

2. If sayang sangat ex tu lagi, disarankan ko jangan mulakan hubungan baru dengan sape-sape la weyy. Bukan tunggul ok nak dengar ko meleleh lagi hal lama yang sampah tu.

3. Ko dah dapat tanggal panties perempuan ko, tak payah nak mengemis perempuan lain punye. Dosa tu biar ingat sikit biar semayang tak penah pon.

4. Kalo desperate nak couple pon, tak perlu kot hari kedua kenal dah nak cerita masa depan perhubungan. Aku pon belom tao nama ko bin apa. Bodo.

Malas nak tulih lagi. Sakit perot...xnnsuusunwwhg2446272728.....

Aug 16, 2009

Puisi,

benci

bencinya setiap kali melihat
bencinya setiap kali kau mendapat --
walau sekadar senyuman, aku benci
apatah lagi bila kau tidak reti--
menyimpan walau senyuman

kalau ku dapatkan
akan aku simpan di dalam kotak kecil
dan kotak itu akan aku tanamkan.

bencinya melihat
bencinya melihat

melihat kau--
dipuja dia
dirangkul si dia
dipegang si dia
dimanja si dia
dibelai si dia
dipuji dipuja
dimanja segala.

benci
benci

kekasih seumpama itu sepatutnya kau tatangkan sampai ke awan biru
sepatutnya setiap inci kulit itu kau bau dan kau simpan ke mana-mana pergimu

bencinya melihat kamu dikasih disayang
bencinya aku melihat kamu kerana aku mau dipegang
sebegitu indahnya sebegitu rasanya
sebegitu mencinta sebegitu rasanya


***


hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci



***


ku bunuh dia malam ini


aku curi kisah seorang audien siang itu ketika di 3 venus. ditulis rahsianya dalam nota kecil, tanpa nama: "aku mencintai kekasih teman aku sendiri. dan dia sangat dekat, sekarang ini". dem. aku suka.

*Fyn is Telling U Something

Aug 8, 2009

My adored Abah

Pagi Ahad ni tak ke mana. As usual bercumbu dengan design. Haih, sesak nafas plus penat.Opss, takleh merungut coz it's a part of ibadah gak kan..belajar.

But abah text me. Bagitao beliao rasa sedih dari pagi tadi. Aku tergelak sorang-sorang. Tapi, sikit rasa tersentuh, oh of coarse la. Actually mama pagi tadi gi Melaka with her group of friends. Follow Datin, something like that la. So, tinggal abah sorang-sorang.

Thats why abah sedey kot. And he told me that beliao tak larat nak makan. Opah masak pouridge pon still takde selera~ penangan bila mama is not around abah.Lol!

Hurm, that wat make i proud of abah.Sometime he doesn't show us his care and love to mama, but deeply i knoe mama is her true soulmate. Eternity. InsyaAllah.


So, for his birthday that will come in jez these few days, ingin dikatakan di sini,

"U're my hero, my everything. Sayang abah. Selalu,happy birthday....."



May 27, 2009

Kawen.Nak ke?

Dulu, aku ingat kawen ni cam bahgie coz kite dah dapat hidop dengan orang yang kite sayang.

Bangon pagi, sediakan breakfast untuk dia, dia bangon, breakfast sama-sama, then bersiap gi tempat keje, kiss dulu dalam kete, keje, tengahari dia telefon tanya makan da ke, pastu balik keje dia amek, petang balik rumah, mandi sama, sediakan makan malam, makan malam sambil borak pasal rutin seharian, pastu duduk tengok tv sambil makan aiskrim Walls, romen jap, dan tidor dengan rasa bahgia sekali :)

Camtu kan yang selalu kita pikir?

Tapi Isnin lepas aku naik teksi dengan seorang perempuan muda yang dah berkahwen. Tapi maseh tak dapat anak. Dia bercerita rutin dia sejak berkahwen.Aku dan pemandu teksi menjadi pendengar setia.

Dia bercerita. Dia berkawen dengan seorang pemandu teksi yang 3 per 4 masa sehariannya adalah di dalam teksi. Pukul 6.30 pagi mereka sudah bergerak dari rumah untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Suaminya hantar.Dia berulang dari Kl ke Sentul setiap hari.Sedangkan suaminya bekerja sekitar Subang.Jadi, dia amek train ke Sentul dari Shah Alam. Bajet hari-hari memang besar.

Satu hari suntuk masa untuk bekerja.Petang, dia balik keje sendiri. Suami maseh belom pulang. Dia makan sorang-sorang. Tengok tv sendiri dan hanya bercakap dengan dinding. Dalam pukul 11.30 malam baru suami pulang bawak teksi. Dia sudah mengantok lalu tidor. Suami mandi dan tidor jugak.

Tapi, dalam hati dia maseh berjaga. Mengeloh. Bilakah masa untuk dia bercakap dengan suaminya? Atao bergurao mesra?

Hurm. Rutin seharian yang membunuh. Membunuh perasaan.


~Hidop bukan fairy tales.Semua takkan indah.

Aku normalkah?

Tadi aku pegi lepak kat restoran Anis Sup Utara kat bawah opis yang aku penah praktikal hari tu. Saja lepak bergosip dengan kawan opis aku sebab hari ni aku tak berjumpa lagi dengan rakyat Malaysia yang lain kat luar. Asyik memerap kat rumah jek, layan Youtube lagu Iwan ngan Amelina~ Yang Tersayang. Gulp, kantoi aku layan dangdut sensorang.

Pastu, aku teringat. Kalo dalam drama, die blur-blurkan tv kan as sign of flashback. Kat depan kedai ni la aku terserempak dengan seorang perempuan chanteq masa balik dari beli buah nenas kat kedai belakang opis aku.

Masa berselisih tu aku sempat usha sikit jek. Tapi, bila perempuan chanteq tu dah berlalu, aku stop kejap.Saat tu jugak aku rasa jadi keliru dengan status aku sebagai perempuan normal di mana saat itu, aku berhenti 2 sampai 7 saat semata-mata untuk memandang dia sekali lagi dan lagi serta lagi.


Gambar hiasan kasik best

"Gilerrr chanteq" Ujar aku di dalam hati. Tambah ade sedikit rasa iri hati yang dasyat.

Tapi, dia memang chanteq. Body dia aku memang admire dari atas sampai bawah. Perghhh, kalo pakai kebaya sendat memang mantopppp bak kata Shamsul Ghao-ghao. Taktao la nak cakap pe. Sampai ke opis aku teringat pompuan yang menggiurkan tuh.

Parah sial.

Tapi sumpah, aku maseh bernafsu pada kaom Adam.
Heh!