Apr 23, 2010

Mama, saya sudah dewasa.

Aku duduk kat rumah sewa adalah untuk 4 semester.Bermakna, 2 tahon lah.Tapi boleh dikira dengan jari berapa kali aku memasak di dapor.Time tu, aku suka makan jeh espeseli bila kak Anis housemeteku suka memasak.Dan sampai hari ni aku mesti teringat everything nasihat dia di dapor.(kak, rindu nak makan laksa dan gulai tempoyak akak).Dulu memang aku terok gila bab-bab dapor ni.Kak Anislah banyak tegor.Dia kata, kalao memasak jangan selerak sangat.Nanti mak mertua bising.Haha.Ayat tu aku ingat sampai bila-bila.Bukan aku taknak memasak, tapi kat rumah, masa mama sehat, dia memang tak bagi sangat her daughters masok dapor nak tolong.She is very perfectionist person.Jadi, dia rasa lebih comfortable kalao dia yang handle dapor.Mungkin itu satu faktor aku tak cekap di dapor.And abah dont agree about that.But alhamdullilah lah, sekarang ni aku dah banyak belajar.Its gud for me lah kan.Nanti dah kawen senang.Haha.

Masa mama sakit ni, aku kene masok dapor.Baru aku paham lah, jadi orang perempuan ni not only kene pandai memasak tapi semua sekali.Mata tu kene cekap, apa yang ada kat dapor, apa yang dah habes, apa yang patot dibeli, apa yang patot dibuang, apa yang patot diganti.

Complicated kalao tak biasa, like me.

Rutin harian sekarang is to make sure air kosong sentiasa ada, baik di atas meja or di dalam freeze sebab Along suka minom air di dalam freeze bila dia balik dari keje.Kemudian, kene makesure barang dapor apa yang takde.Need to list before pegi pasar.Series, dulu pegi pasar pon kekok.Tak tao camne nak beli barang.Abah helps me a lot dalam bab ni.

Then, paling mama ingatkan aku ialah pasal dapur dan perletakan cooking stuff. Kene betol-betol kemas. Mama sekarang dah boleh walking sikit-sikit, so dia rajin buat inspection sekarang selepas aku memasak. Takleh langsong ada minyak tumpah kat dapor, kuali-kuali yang tak pakai kene cuci teros, nanti nampak berselerak, atas sinki takleh langsong ada pinggan mangkok, barang-barang makan yang dah lama jangan simpan dlaam freeze lagi, dan freeze kalao ade je bao, kene da cuci semua sekali.Hurm, should i go thru more detail about what my mom order?

Haha.Stress.

Banyak lagi lah sebenarnya.Tak habis kalao nak cerita kerja-kerja rumah ni.Baru aku tahu tugas as a mom at home sangat berat dan before ni aku boleh jer bersenang-lenang online sahaja di rumah.Memang aku rasa aku sangat worse dulu.Sorry mama, miss this part before ni.

Sekarang ni, walaopon kadang-kadang aku rasa so tired dengan beban keje kat rumah, tapi aku rasa berbaloi jugak sebab still get the chance to prove pada mama yang aku leh buat all these things walaopon tak seperfect dia.

(Oh, tadi kan, mama cakap ayam masak black pepper aku sedap.Abah cakap sup bayam aku cukup perasa.Hoyeiii...!!)

Apr 21, 2010

360 darjah

Salah satu sisipan topik Utusan Malaysia hari ini yang menarik ialah mengenai "duda jadi rebutan".Wah, hot topic! Juga, mengenai lelaki berusia menjadi trend pilihan sekarang ni.Malas nak komen lah pasal isu ni. Aku memang bersetuju dari dulu kan? Haha.

Tak banyak yang aku terharu pasal Along aku.Selalu asyik bengang dengan dia jeh.Tapi malam semalam dia suprised aku dengan pergi ke tesko seorang diri dan membeli barang-barang dapor dan semua keperluan rumah.I was touched.Really.

Kawan-kawan studio upload gambar-gambar lama di studio dulu.Dorang ni memang kejam sebab all those pic buat mata aku hangat untuk beberapa tika.Rindu sunggoh pada dorang espeseli Naha, Chaq, Lo, Wawan, Mus, Ramzi and semuanya lah.Graduation ni pon belom tentu dapat attend and jumpa dorang main baling-baling topi.

Handphone aku rasanya sekarang ni taklah begitu penting.Nak topop pon malas.Series.Tapi ada seorang yang bermurah hati telah memberi kredit free.Rasanya tak perlulah.Tapi, terima kaseh la. Kata orang, rezeki jangan di tolak.Haha.

Semalam, kangkong masak belacan yang aku masak adalah yang paling hebat aku pernah buat, rasanya.Mama kata sunggoh sedap sehingga menjilat jari.(letak belacan banyak-banyak memanglah best).Selepas ni nak cuba buat paprik, telor bungkus, tomyam, ayam masak kunyit dan sebagainya.Okeh, pastu dah boleh bukak kedai makan.Haha.

Rindu pulak kat my Demuk.Rindu nak dengar dia cakap ah, ah, ah yang bermaksud hello, hello, hello.Itu ayat dia kalao menegor orang yang ada kat rumah.Bila dia nak balik ni????





I have no idea lah.Jumpa lagi.Assalammualaikum.

Apr 20, 2010

Rojak buah

Takde banyak masa nak menulis sebenarnya sekarang ni sebab banyak komitmen lain.Tapi, disebabkan my darling Al Aiman urged me to spend a little bit of my time to be here, aku singgah sekejap lah kan.

Apa nak dicerita ye?

Oh, aku nak cerita pasal cinta berdarjat ni yang kita selalu jumpa dalam drama-drama Melayu yang klise.Dengar pon rasa paranoid kan? Takde ke improvement dalam drama Melayu kan? Tapi, bukan nak membebel pasal drama Melayu, tapi nak bercerita pasal realitinya.It still happen lah, cinta terhalang sebab darjat dan kedudukan ni. Kalao takde yang menghalang pon, gap tu still be there.This happen to me lah. Pernah berjumpa seseorang yang sangat baik dan rasanya boleh memancing hati di dalam tapi background sangat berbeza, membuat aku rasa aku di Bumi, dan dia di langit nun jaoh tinggi.Maybe it should not be a reason to begin a new relationship, tapi aku rasa takleh nak go so far dengan dia, sebab aku rasa sangat rendah diri.Dalam kepala aku pikir, biarlah aku ada semuanya dulu.Then, baru rasa confident tu ada untuk menerima sesiapa.Adakah ideologi aku ini boleh diterima pakai atao this too bad? Takot aku jadi andartu pulak kan? Haha.

Eh, bagaimana mahu mengurangkan semot hitam di rumah ye? Pertama kalinya aku stress sebab semot hitam. Bukan pe, air kosong pon jadi target dorang.Mana tak hangin.Haha.

Sabtu ni mungkin aku ke Hulu Selangor untuk pilihanraya kecil di sana.Bukan bertanding, tapi memberi sokongan.Haha. Aku harap BN menang besar di sana. Harap mereka memilih berdasarkan parti, bukannya memilih calon.(adakah aku direct sangat bercakap ni?) Betollah. Marilah menyokong kerajaan. Takde kerajaan, hidop di Malaysia takkan seharmoni hari ni.Itu sahaja.

Ok.Mahu out.Assalammualaikum.

Apr 12, 2010

cinta saya

3 April 2009, hari kami bawak haluan masing-masing. Aku cakap, "Kita separate sahaja.Sudah cukup terluka dalam masa yang panjang." Simple word. Aku memang begitu, boleh memberi peluang banyak kali, tapi sampai satu saat, aku rasa akan mati jugak kalao tak end up.So, we end semuanya di dalam keretapi malam ke Utara, pada malam itu. Dramatik cerita kami. Itu antara hari yang aku ingat kot sampai bila-bila selain hari Merdeka dan Hari Buruh.Jadi, bila April tahon ini datang lagi, aku tak dapat nak tipu diri bahawa aku takleh lupa kepada insiden dalam bulan ini.

Semalam, aku berkesempatan keseorangan di pekan Ipoh. Ipoh adalah usual point kami berdating, tapi bukannlah berdating secara poyo macam budak-budak sekolah. Jadi, untuk feel kembali zaman dating dulu, aku ambik kesempatan ini untuk view back all our place di masa muda.Kata orang jangan dikenang barang yang lepas, tapi rasanya hati aku dah cukup keras kot. Tak rasa sengal apa-apa pon kat dalam hati.So, dont worry about that. (Mungkin aku hanya rindu dia, dan hari-hari lepas.)

So, aku ambik town bus Ipoh, bayar rm1.20 dan duduk di celahan manusia yang berbilang kaom. 1 Malaysia. It makes me proud to be a part of Ipoh, actually.Kemudian, mengelilingi Pekan Lama Ipoh yang nostalgik sambil melayan MP3 lagu Estrella berulang-ulang kali.Korang rasa aku gila ke? Haha.

Bas melalui pasaraya YikFong, tempat jalan-jalan kami mencari stuff untuk sukan bola sepak dulu.Kemudian melalui juga taman tepi sungai Nashmir, tempat dia membantu aku membuat assignment untuk subjek Public Speaking ketika diploma dulu. The day is always in mind, sebab time tu dia locked aku dalam kereta kemudian buat-buat tak perasankan aku.Bodoh betol.Haha.Tapi time tu hujan, dan bila kami berlari dalam hujan rasa begitu seperti Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.Pagal.

Hurm.Banyak lagi tempat yang aku go throuh.Tapi biarlah selebihnya hak cipta terpelihara.Haha.But i tell u, dulu, hujung minggu aku memang banyak di Ipoh. Lautan api sanggop direnangi, jadi apalah sangat setakat meninggal kerja studio hanya untuk pulang ke sini menghirup udara di Ipoh bersama orang yang disayangi atao paling tepat adalah orang yang dicintai, to be honest lah.

Itulah, orang kata first love memang pegi mana sekalipon, takkan terlekang dari hati.Aku terkena tempiasnya, kadang-kadang. Tak tahulah either boleh jumpa balik ke tak cinta yang penoh warna-warni macam cinta di Ipoh ini?

So far, i dont find it yet.

Cuma yang aku pegang, selagi cinta kepadaNya tak putus dan kasih pada keluarga tetap dihati, insyaallah kita akan tetap berasa gembira seperti orang lain.

***********************************************************************************

Oh, already 3pm.I need to off to Ipoh, again. Mahu ke hospital berjumpa mama.(Today is her first kimoteraphy session.) Harap mama akan ok, itu sahaja doa setakat ini.

=)

Apr 9, 2010

Sex dan natijah.(macam iklan rokok pulak)

Aku berminat mahu menyambong tulisan my dear Al- Aiman dalam blognya (klik di sini untuk bacaan) mengenai budak-budak zaman sekarang yang baru lepas UPSR dah berani nak mencuba untuk melakukan hubungan sex.Gila advance kan?
Aku dulu, selepas umur 18 tahon, baru betol-betol kenal apa itu sex, sebab sebelom tu aku memang jahil gila bab-bab ni walaopon dalam silebus subjek Biologi ada.(teori je tak cukup mungkin, haha). Tapi seriously, time tu tak terpikir kot nak tahu lebih detail. Memang salute lah pada budak-budak zaman sekarang yang sunggoh bijak pandai sampai ada yang dah praktikkan pon bersama couple masing-masing. Wo,barat sunggoh.
Pada aku, tak salah untuk tahu mengenai sex. Ia sangat penting sebab sex is a part of our life, juga as the prepation for marriage. Sebabnya, salah satu punca perceraian sekarang pon adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang sex.Jadi, perlu alert jugak hal-hal sebegini dari awal.

Tapi, yang jadi masalahnya apabila pengetahuan yang ada disalahgunakan dari segi praktikalnya iaitu mencuba sebelom layak untuk mencuba. Seperti isu di atas lah, di mana budak-budak sekolah yang baru setahon jagong sudah pandai nak having sex, pasangan muda sudah bebas berbudayakan aktiviti sex sebelom nikah.
Apabila 'culture' ni semakin berleluasa dan life style masyarakat hari ini sudah jaoh dari tamadun biasa, no wonderlah hari-hari kita dengar pasal isu buang anak yang dah jadi macam trend.Takde perikemanusiaan langsong, itu yang aku hairan.Sedangkan anak sedara aku yang terjatoh kat rumah masa dia main pon, aku dah risao gila takot luka ke hape kan.Inikan sanggop tengok bayi yang baru nak tengok dunia dibuang dalam tong sampah, dihurung semot, dan yang menyedihkan, ada yang dibakar.Dush,manusia yang kejam ni aku rasa patot teros dihukum gantong sampai mati je.

Apepon,when it happen, kita sebenarnya takleh nak menuding jari pada sape-sape.Kalao masih muda remaja sekalipon, takkanlah takleh nak berfikiran rasional.Produce anak tahu, takkan lah tak tahu nak pikir jaoh lebih dari setakat buat anak.

Ini semua atas kesedaran diri masing-masing actually. Aku pahamla, bila sudah berhubungan bersama seseorang, perasaan 'kasih-sayang' tu mencurah-curah.Perasaan ingin berasmaradana tu perkara biasa (aku cuba bersikap realistik k, jangan salah paham). Everyone feel the same situation, right? Aku jugak pernah lalui semua ni. Setiap hari, naluri untuk berkongsi rasa di dalam yang sungguh tepu dengan rasa cinta itu sangat tinggi.
Tapi, sebelom buat apa-apa pon, kita kene pikir jaohla, buatnya protection barai, tak ke naya espeseli for the girl lah. Kita yang kene tanggong kesannya, silap haribulan going trough it alone.Kalao tengah studi, still mak bapak yang tanggong makan minom, bagaimana pulak? Bukankah menyusahkan mereka,dan indirectly nya turut menyusahkan housemate dan sebagainya? Kan? Then, elok-elok dah nak habis studi, kene pulak extend sem.Agaknya dorang tak pikir detail camni kot.

Dan,di sini aku mahu advise jugaklah, sebelom kamu nak memberi 'mahkota' yang menjadi idaman sang putera kesayangan tu, pikir lah 2 3 kali, adakah si dia benar-benar sudah tertulis bahawa dia memang jodoh kita nanti? Take this as the limitation pon dah enough kot.Tapi, itulah, wanita zaman sekarang sudah terlalu 'sporting' dalam bab ini. Konsep 'touch and go' dah jadi trend. Apakan daya, Malaysian dah jadi American.Aku memang agak paranoid dengan mereka yang sudah advance jaoh ni. Tapi itulah, kita nak cakap banyak pon, buang air lior jeh.Everything depends on own mentality.


Jadi, kita jaga diri masing-masing, dan kalao ada ruang, ingat-ingatkan adik- beradik kita, kawan-kawan atao kenalan rapat.Bukan mahu 'busy body' tapi as human, kita ada tanggungjawab sosial yang kita kene lunaskan, tak directly, indirectly pon boleh.Selebihnya,terpulang pada mereka.

Take care all my sweethearts out there =)


*Saranan ini ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.Jadilah rakyat yang prihatin =)

Apr 7, 2010

Aku dan cerita pendek

Aku tengah crazy kan Saheizy Sam.Kalao dapat kawin dengan dia, indirectly nya aku jadi biras kepada Bung Mokhtar lah ye? Haha.( Jatoh cinta pada watak Sam dalam slot Samarenda,AsmaraDana).

Ada lah orang tu, nak show off pulak dia sedang in relationship di FB.Siap letak gambar bersama kekaseh di pic profile.Dulu, masa mahu 'try market', beria cakap single.Komen aku? Lelaki begini belom matang lagi rasanya, pergi sekolah dulu lah.

Aku tak ambik tahu langsong pasal dunia AF yang orang sedang sibok bercakap sekarang ni. Rasa aku dah tua pulak.=P

Kalao Tuhan uji kita dengan macam-macam masalah secara non-stop, kamu rasa ia sebagai punishment ke hape? Itu yang aku pikir waktu nak tidor semalam. (Aiman, thanks sebab cheer me up semalam). If betoila as punishment, aku memohon maaf kepada sesape saje di luar sana kalao ada tersilap kata, perlakuan dan sebagainya.)0-0 k.

Kepingin teh o laici ais sekarang ni.

Aku tak tahu nak prepare apa untuk exam SPA Sabtu ni.Kawan aku kata susah gilak, jadi aku rasa cam malas nak studi sebab kalao tak dapat jawab takla frust sangat.Haha.Negative thinking da awal-awal.Haish.

Semalam aku mimpi my exlover.He send me a note but in that dream, i cant open my eyes, and dont get anything from the letter.Hurm.

My Demok dah naughty sangat.Penat jaga dia sampai badan pon dah kurus macam Alicia Keys.Haha.

Apr 3, 2010

simple notes

Simple Notes.

* Mama dah selesai operate.Lega sedikit lah.Tapi, tak berani nak cakap tahap kesihatan beliao bagaimana.Cancer kan, sel-selnya boleh separate kembali.Tapi, masa mama operate, aku rasa tak dapat nak cakap camne perasaan tuh.Yang aku ingat, time tu aku seorang di sana, pergi tenangkan diri sekejap sambil makan koew tiao goreng dan layan teh tarik sambil membaca News Strait Times.

* Oh, 10hb ni aku ade exam untuk jawatan s41 Pegawai Belia dan Sukan.Aku begitu teruja untuk position yang ni, berbanding jawatan Pembantu Lanskap dulu.Maybe sebab jiwa aku lebih ke arah field ini sebenarnya.So, wish me luck for the coming exam.Haish, tak prepare lagi.

* Aku rasa hidop aku lebih productive berbanding dulu since mama sakit ni.Maybe ini hikmahnya.Dulu, hujung minggu, aku bangon lambat, bangon je breakfast dah mama prepare, kemudian boleh je duduk goyang kaki berFB dan blogging. Tapi sekarang, not only weekend, tapi everyday aku dah kene bangon awal, pegi pasar beli barang dapor, memasak untuk mama dan pamili, manage hal-hal rumah yang lain lagi dll. Takde langsong void space for unnecessary things, takde masa langsong untuk bende-bende remeh di luar.It's good for me, aku suka. At least aku tak rasa aku wasting time, selain practise by doing untuk jadi bini orang nanti.haha.
(Tadi aku memasak weh.Campak-campak je pon da sedap.Ngee.)

* Bila mama sakit, selain aku lebih productive, yang pasti ia menambah kasih sayang aku pada mama, lebih dari selalu.Sebab aku terpikir, selagi ada masa untuk bersama mama, aku mahu spend this time sebaik-baiknya supaya tak rasa guilty di kemudian hari. Guys out there yang duduk jaoh dengan parent, jangan lupa ambik tahu hal mereka.Mungkin selama ni kita terlalu pikir hal-hal peribadi yang aku kira mengarot je lah kalao nak pecah kepala atao membuang air mata untuk pikir berat. Love yoru parents first, sayang.

* Tak tao nak cakap apa dah. Im rushing actually.Jumpa lagi.