Jun 30, 2011

Kekaseh-kekaseh ku.









Ber komen-komen di FB dengan best boy friends semasa di UiTM dulu, buat aku rindu gila zaman belajar.Time tu, semua klik aku adalay boys espeseli ketika ambik degree sebab from my diploma batch, mostly nya adalah lelaki yang berjaya sambong.









Mana yang satu batch dengan aku ketika tu, memang sudah paham.Im a bit tomboyish dulu, pergi kelas pakai baju kemeja kotak-kotak yang dibeli di bundle (my favorite one time tu adalah baju kemeja kotak-kotak kaler dark yellow and black), suka lepak minom dengan boys, ber brain storming dan buat design dengan mereka, keluar karaoke lagu rock kapak dengan mereka, heart to heart pon dengan mereka, semua dengan mereka.Dah biasa, and actually i feel more comfort and secure with them.







Lama berada di kalangan lelaki, really treat aku untuk jadi independent dalam hidop aku sampai hari ni.The best part, kau senang nak memahami lelaki even not at all.Incik Zahari selalu cakap, aku ni manja with him, tak boleh berenggang sikit, but i managed to stand alone if he is not around.







Moment paling aku tak boleh lupa adalah semasa kene siapkan satu assignment berkaitan building CF di Majlis Perbandaran Petaling Jaya.Pergi ke sana satu kereta kancil ke kereta apa aku tak ingat but a smaller one.Satu kereta 6 orang, aku seorang perempuan dan the rest was guys.Duduk berhimpit-himpit aku dengan diaorang kat belakang.Sebab ada seorang tu kaki panjang sangat so tak boleh nak duduk belakang.Dalam kereta dorang membuli aku but enjoys.Gelak-gelak ketawa macam takde masalah langsong on that time.Haha.Esoknya, lelaki-lelaki aku semua tu absent sebab ter lajak tidor jadi aku yang terpaksa present kat lecturer task yang kitorang dah settle up.Nasib baiklah aku bertindak as secreatary semalam nya, jadi semua assignment dah get prepared already.







Sekarang ni, everyone of them masing-masing dah growing up as me.Masing-masing sibok built up own kerjaya, mostly nya juga dah turn into serius relationship, jadi masa untuk kami back together agak payah.Kalao boleh nak ada satu bachelor days with them, spend time together macam dulu without no any interuption dari 'orang luar'.Its not like a descrimination but just want to experience back our old days, our awesome old days.








Penulisan ini dituju untuk kawan-kawan lelaki aku di UiTM dulu, yang ber panas ber hujan ber sama tanpa merintih.






Aiman.Remy.Chaq.Naha.Ramzi.Akmal.Prof.Farid.Wan.Lo.Kerel.Ejat.Ali.Fit.Shah.Fadh.Aroi.Matin.



(ada ke lagi nama yang tertinggal?)









Antara gambar feveret aku bersama kawan-kawan.






(Dalam bas.Field trip.Dari belakang-Prof.Farid.Dari depan Aroi dan Remy yg muka macam donald Duck tu.Haha).



Wait.




Aku rasa, the best moment yang kita ada, the best moment yang sangat menampakkan team spirit kita adalah masa kita one team bikin produksi untuk short story studio.Basic idea dan directing dari aku dibantu krew-krew lelaki yang tak pernah kenal erti mengantok.Shooting dan editing sampai subuh, tidor 2 3 jam walaopon kelas design awal pagi dah start.Tapi berbaloi sebab all award studio kita sapu licin on that semester.




Guys, u feel what i feel? Really missing our good times together.



Jun 26, 2011

Monday blues kah?


Hari ni still mc.Tapi bangon pagi sebab lapar.Semalam Incik Zahari tanya nak tapao makan apa?Dia nak beli nasi masa dia balik kerja.Aku cakap takde selera nak makan.Nak pengat pisang mama, tapi apakan daya.So, aku just makan maggi cup semalam, makan ubat dan tidor.


Pagi-pagi dah makan nasi laok sardin dan pisang yang my hot cousin bekalkan dari rumah dia di Batang Kali.Nasib lah ada pamili members around here.Boleh jugak ber manja-manja time demam ni.Dah tak boleh langsong nak makan kedai.Loya.So aku paham kenapa Incik Zahari tak boleh makan last two days.Yang aku paksa dan merajuk bila tak jamah nasi yang aku beli.Kejam betol lah aku.


Habis makan, aku kemas bilik dan cuci washroom dan shower.Sangat suka cuti begini, aku ada masa untuk mengemas.Bilik tak lah messy mana sebab bila dah kerja ni, memang bilik will always in good condition.(Tak suka balik kerja penat-penat bilik macam tongkang pecah.Serabot kepala.).


Sambil mengemas, layan celoteh Mak Neng kat Sinar fm.Oh, ada kumpulan Sepah kat Sinar.Aku suka Shuib, sebab lawak dia cool.Tak sangka Sarah boleh end up dengan Shuib yang biasa-biasa sahaja sebab everyone know Sarah urban lady.Itulah jodoh, ikan di laot, asam di darat, dalam belanga bertemu jua.Mereka sangat comel ber dua =)


Tak tahu nak buat apa hari ni tapi nak spend masa dengan sebaiknya.Nak berehat secukupnya.Esok back to work sampai Ahad.Kemudian cuti again, 5 hari.Yeay!

pathetic




Aku jarang nak busy body hal orang sebab jenis aku balik bilik, fb ing, keluar makan dengan incik Zahari then tidor.Esok back to work balik sampai lah cuti.Takde masa nak interfere hal orang di sekeliling.






Tapi, di waktu ni memang aku tak boleh stand lagi dengan roommate aku yang takde courtesy.Aku demam hari ni, bila dia balik, bukak tv kuat gila, tak respek langsong aku yang tengah tidor dalam kesengsaraan ni.






Hari ni dia patot pulang bercuti.Tapi tak.Dah 3 bulan tak balik kot, aku rasa.Kerja kat sini sudahlah straight 3 weeks, bila dah dapat cuti 5 hari setiap bulan, aku rasa there's no reason kau tak balik rumah jumpa pamili.Sorry lah, aku memang tak boleh nak accept orang yang tak penting kan pamili, adik-beradik kau buat macam orang luar, apatah lagi mak bapak yang kau langsong tak endahkan.Emo nya aku kalao menyentoh hal pamili ni.






Kemudian, roommate aku ni memang bodoh, sorry to say.Masa dia break dengan bf dia, dia nak terjun tingkap dari bilik kitorang yang kat tingkat 14 tu.Aku tak melarang pon dia, aku teros tidor dan melihat dia duduk berjuntai kaki kat tingkap.Luckily, roommate aku seorang lagi balik on that time.Pujuk dia.Pendek nya akal kau.Mana iman dalam dada.Aku tak cukup 5 waktu sembahyang jugak, tapi sekurang-kurangnya didikan agama yang mama dan abah bagi, aku still keep in heart.Even kau heart broken sekalipon, pikir lah diri sendiri dulu dari nak merana sebab lelaki.Built up back your self, bukan nak terjon tingkap bunuh diri sebab hilang lelaki.This is a difference between orang yang berpelajaran tinggi dengan orang yang takde pelajaran.Obviously.Sorry for that.






Kemudian dia bajet hot tapi takde taste.Sorry again, aku memang jenis perempuan yang simple, jadi bila kau dressep up heavy dan bajet lawa, aku rasa nak tergelak.First date selepas break up beberapa bulan, dia buat date vwith someone, keluar dengan heavy dressing, dan make up yang mengalah kan Rozita Che Wan.Masa tu aku baru balik dari kerja, aku tanya dia nak ke mana 'lawa-lawa' ni? Ok, dia pakai tudung kaler ungu terang dengan tudung lilit-lilit yang too complicated, baju pon ungu terang, seluar jeans jenis rempit,kemudian pakai kasot crocs ungu.Dah macam ahli rumah sukan ungu.Make up dia jangan cerita lah, siap pakai bulu mata palsu, blusher merah mak ngah.Aku bukan lah perunding imej yang baik, tapi aku nak bagi tips, first date, keluar lah dengan keadaan yang look simple but nice.Jadi diri sendiri dan tak perlu nak over untuk memikat hati lelaki.Bukan lah tak melawa langsong, tapi sekurang-kurangnya ber pada-pada.First date aku dengan incik Zahari, aku just pakai jeans Levis dan jersey.Pergi makan dekat staff foodcourt, i think tak perlu nak dress up macam nak candle light dinner di hotel 5 bintang?Pathetic.









Banyak lagi yang aku nak basoh roommate aku ni, tapi aku takde masa nak jaga tepi kain orang.Aku tulis di sini pon sebab dah hilang sabar dengan appearance dia dalam bilik aku ni, yang bagaikan parasit, aku rasa.









Marah nya saya.


Jun 25, 2011

Diari

9am
Di kilinik.Terjumpa pulak duty manager kat klinik.Senang, teros inform dia.

11am
Settle semua urusan mengambil mc.2 jam ok kat klinik, kalao karaoke dah nyanyi 20 lagu.Teros text incik Zahari, suruh dia hantar mc aku kat time clerk.Malas nak pergi hantar.Sebenarnya tak tao nak buat ayat apa untuk approach dia balik setelah ngada-ngada merajok dengan.It was my fault,bila pikir balik. Paksa dia makan benda yang dia tak boleh nak makan langsong.Haha.

12am
Having lunch with Incik zahari.Dia order sup untuk aku.Perot tengah tak sedap, kene makan sup.Tak boleh makan ikan keli masak sambal.Ok, makan sahaja.Then dia back to work.Aku sambong tidor balik sampai ter mimpi-mimpi.Mimpi yang dasyat.Beberapa buaya gergasi terlepas dari alam mana entah, menyerang Genting,aku ada di tempat kejadian sebab that side is laluan aku ke laundry.Satu Genting kecoh dengan buaya gergasi tersebot tapi aku biasa sahaja.Sampailah Incik Zahari datang ke tempat kejadian dan dia cakap "Nak mampos duduk kat sini?Tak tengok ke banyak kereta dah buaya tu libas?"Haha.Hey, apakah maksud mimpi bodoh ni?

4pm
La, lama jugak kejadian buaya gergasi melibas kereta-kereta di Genting tu ye?Aku terbangon dari tidor.Teros ambik baju-baju kotor dan pergi laundry.Lalu di tempat kejadian, bisik hati kecil takde pulak buaya gergasi tadi.Haha.Ramainya kat laundry, bosan betol kene tunggu.

5pm
Ber msg2 dengan adik.Tanya mana my baby Darwish.Dia cakap baby baru bangon tidor.tengah main pistol tembak-tembak semua orang yang ada kat rumah.I wish to be apart of them at home.Takpe, seminggu je lagi kerja.Lepas tu cuti panjang.Boleh pergi tengok bola.

6pm
Okey, laundry siap.Lipat baju sambil makan koko krunch.Mulut rasa nak mengunyah.Pastu masak air, makan meggi cup, alone.Seronok ok rasa hari ni.Sometime, kita kene relaks, luangkan masa sendirian, kan? Baru energy masok semula.Aku tengah layan lagu OST Lagenda Budak setan-Bila cinta.Hurm,pedih kot.

7am.
Mandi.Maghrib.

Jun 24, 2011

mc

Ini entry yang aku taip pada pukul 4.21 pagi.Bukan tak boleh tidor, tapi tidor diganggu oleh kesakitan di dalam perot iaitu cirit-birit.Masok kali ni, dah dekat 9.5 kali aku nak ke toilet.0.5 kali tu bermaksud dah nak pergi tapi tak jadi sebab energy dah takde.Tak larat dah nak ulang-alik.



Malam ni jugak tak nyenyak tidor macam semalam sebab tadi bergadoh dengan Incik Zahari.Halnya kecik sahaja tapi kalao badan dah penat, emosi tu cepat sampai ke kepala.Kesian jugak dia, tengah tak sehat aku cari pasal.Hurm, tapi se bad akupon, sebelom pulang ke bilik merajok, ubat batok untuk dia aku sempat jugak belikan.I miss him, bila keadaan weak begini, i need him to accompany (ngada-ngada).


Pukul 8 pagi nanti aku nak pergi ke klinik.Tak boleh lah kerja hari ni.Tidor tak cukup, perot tak sedap, hati pon tak berapa nak selesa.Lepas ambik mc, aku nak hantar baju ke laundry dan take rest.Duduk atas katil, online dan topup tidor semalam.Heh.


Ok.Tak larat dah nak menaip.Lemah tenaga batin.Haha.



Jun 21, 2011

Eric in the house

Heh, baru balik borong barang bilik.RM50, aku dapat beli 3 items.Pemanas air, rak mini untuk buku-buku dan alat make up juga tempat penggantong baju jenis standing ke atas.Stylo kot design dia.Heh.


Bila dah beli-beli barang bilik ni, aku duduk berfikir, eh kau hias bilik macam nak duduk sini lama.Dulu masa mula-mula datang sini, sibok kau nak turun downtown cari kehidupan di sana.


Hahaha.


Tak tau lah.Jiwa dah bermaustatin di sini.Selesa di sini.


Incik Zahari cakap, alah, sayang nak duduk kat sini sebab ada abang.Haha.Tak dapat nafikan, dia as a strength yang ada untuk aku sekarang selain kawan-kawan kerja, yang buat aku rasa berat nak tinggalkan semua.Happiness, itu yang aku cari hari ni.Aku takot kalao aku pergi dari sini, aku tak jumpa yang aku ada sekarang.


Aku just let the flow.Mengikot gerak langkah yang tuhan sudah susunkan untuk aku.Aku tak paham, bagaimana orang luar mahu menyusun hidop aku sedangkan aku sendiri tak rasa nak mengejar yang lain.Hurm.




Tak sabar nak tunggu esok.Nak arrange balik design bilik sebab sudah ada pertambahan supporting prop dalam space bilik yang comel ni.Haha.


Aku nak makesure design bilik cantik-cantik macam bilik Incik Zahari, yang sangat kemas dan detail.Jealous ok.




Heh, nak bersiap ke tempat kerja.Bye =)

Jun 19, 2011

Edisi romantis.


Lately, aku banyak habiskan masa dengan incik Zahari.Hubungan kami dah almost 6 months, sedikit berada di comfort zone walaopon maseh banyak benda perlu kami adapt each others.


Aku rasa begitu selesa bila dia ada di sisi.Perasaan ni bukan kita boleh rasa pada semua orang.Memang kadang-kadang kau ada ramai orang di sekeliling, tapi tak semua yang boleh healing that uneasy feeling.


Pagi ni incik Zahari mengejot aku dari tidor.Dah pukul 11 pagi aku still on bed."Pukul berapa bucuk abang nak bangun ni?"Bangon tidor baca text begini, rasa hati tersenyum.Dah lama aku hidop sendiri, dah lama handphone aku hanya duduk di bawah bantal setiap kali bangon, tapi bila dipampered begini, rasa ber terima kaseh pada Tuhan sebab menghantar seseorang untuk berkongsi hari dengan aku.


Lepas mandi, aku keluar dengan hanya pakai my sexy track bottom, baby T dan selipar untuk having lunch with him.Dia, as usual, keluar dengan Tshirt hitam Hush Puppies yang aku beli untuk dia dulu, seluar pendek kaler kelabu dia tu dan sandals.Aumm,hensem nya, rasa nak gigit.haha.


Habis lunch, kami spend masa di library (rutin kami kalao keluar waktu tengahari).Incik Zahari baca paper dan aku, of coarse mengambil majalah-majalah fesyen.That is something yang dia selalu bising, selalu suruh aku baca paper untuk tahu perkembangan semasa tapi aku rasa lebih seronok tengok fesyen yang warna-warni even aku bukanlah yang up to date sangat.Heh.


Then, incik Zahari get ready back to work."Sayang nak makan dengan abang tak malam ni?"






Aku senyum.Tak jawab.Belom dia pergi, aku dah rasa rindu.Tuhan, begitu indahnya anugerah yang kau kirimkan sekali lagi ni.

Jun 17, 2011

kerja.

Semalam, aku makan tengahari dengan Incik Zahari di tempat mula-mula aku ter jumpa dia.Masa kami tengah makan, kebetulan budak-budak freshie yang sedang dalam induction sedang break.Aku cakap pada Incik zahari, teringat masa mula-mula aku sampai di Genting untuk daftar kerja.Datang seorang, bawak beg galas, rasa gementar tapi dalam hati nekad untuk mencari duit walaopon pada hari tu adalah Ramadhan yang pertama.Semangat di dalam sangat minimum, sepatutnya sambot puasa di rumah bersama pamili tapi disebabkan keadaan ekonomi ketika tu sangat terok, aku kene kerja.At least raya ada duit belanja untuk rumah walaopon aku tak dapat balik raya tahon lepas.


11 Ogos ni genap setahon aku berada di sini.Aku tak tahu dari mana datangnya semangat aku untuk teros berada di sini.Mybe sebab incik Zahari selalu ada di sisi, mengelap air mata yang selalu mengalir bila tak kuat menghadapi tekanan kerja atao kehidupan di sini yang orang pandang sangat dull.


So far, aku rasa selesa berada di sini.Aku tak hipokrit bercakap begini.Semalam aku dan Incik Zahari bercerita panjang mengenai masa depan.Aku cakap aku belom lagi mahu change mind tukar tempat kerja walaopon kadang-kadang planning tu ada bila kerja rasa stress.Haha.



Satu nya, aku sudah selesa dengan working environment aku.Glad to have teammate yang gila-gila dan takde masalah.Sekarang ni jugak, aku sudah jadi senior, sudah diberi tanggungjawab mengajar pasal cashiering dan courtesy in customer service kepada junior yang baru masok.Aku lebih senang dengan kerja yang lebih terbuka dan dinamik.Tidak duduk sahaja membesarkan badan, kemudian mendengar akak-akak opis yang tahu bila masok kerja nak bergosip dan jaga tepi kain orang.Di sini tak sempat, sebab masok sahaja kerja kau mesti sudah get ready untuk attend people dari merata tempat dan melayan request mereka, walaopon di dalam, mood kau is not there.What to do, kerja is kerja.



Tak kisah lah.Mencari rezeki di mana-mana pon sama.Pressure still be there, tak boleh lari.Yang penting,bagaimana kau adapt nya dan melawan rasa yang kurang senang itu.


Happy working guys =)

Jun 12, 2011

Moh ke Ipoh






Sedang menonton drama Melayu di tv2.Sinopsisnya- Dilema si anak teruna(Fahrin aktornya) samaada mahu meninggalkan kerjaya hebat di Kolumpo atao duduk di kampong menjaga ayahnya yang refuse tinggal bersama di Kolumpo selepas pemergian ibunya akibat sakit kanser.Sedih la cerita ni, its all about pamily.Aku selalu kalah kalao benda melibatkan pamili.Apepon. pamili must come first sebab jatoh bangon kau, orang luar takkan peduli.Pi mai pi mai patah balik pada pamili sendiri (pengalaman banyak mengajar).Hurm, rasa rindu gila pulak pada mama dan abah even baru 2 hari lepas makan tengahari bersama sebelom pulang ke sini.












Esok kerja shift malam.Aku paling suka kerja shift malam sebab tak crowded, settle kerja boleh ber fb (haha), dan siang aku rasa panjang.Boleh rest dan buat itu ini.Esok, aku plan nak bangon lambat dalam pukul 12 tengahari, then laundry baju, then kemas bilik, then nak kacao incik Zahari.Haha.Sekarang ni suka sangat bilik aku sebab aku dah decorate mengikot design dan konsep yang aku suka- white, black and red color.Design more to simplicity and sweet.Ada masa aku upload gambar k.Lupa sahaja nak beli usb.












Oh, ya.Thanks to all follower for this blog espeseli pada yang singgah memberi komen pada penulisan aku.Im not sure, kenapa sekarang ni aku tak boleh nak reply all the comments.Bukan sombong tao.Nanti aku check again apakah masalahnye.





Ok, i share with u.Bila kita tengah single but not available ni ramai pulak calon-calon lain yang nak masok taste market.Selalunya beginilah.Tapi, aku ni bukan jenis yang suka flirting around.Kalao dah suka satu, yang itu jelah even Aaron Aziz pon datang sama testing.Haha. Aku bukannya muda lagi, dah tua dah wehh.Kalao boleh, sekali jumpa, sekali bercinta, sekali tu jugaklah kawen dan kekal akhir hayat.But tak semua jalan orang sama.Ada yang sekali jumpa, dah teros sampai hingga jinjang pelamin.Ada jugak yang kene berkali-kali tukar calon baru jumpa Mr.Right yang dicari.Ini bukan kerja kita.Just let the flow.Untuk peminat-peminat saya di luar sana (bajet Elyana), kita boleh berkenalan dan kenal hati budi masing-masing, tapi hati dan perasaan mana kan boleh dipaksa kan? =)




2 hari lepas bermsg-msg dengan my everdearest friend, Incik AsrulHadi.He is one of my bff di UiTM dulu.Ada berbicara sedikit personal but just forget that.Yang aku nak cerita adalah kisah mengenai dia membeli seeokr arnab betina yang dia beri nama Saodah.Sumpah aku rasa nak pukul dia.Buat lawak, itu je kerja dia dari dulu.I hope can meet him again dan berkaraoke lagu Ibnor Riza, again.








Bulan Julai ni aku plan nak pergi tengok bola bersama adik aku, Pidot, our cousin Nurul Hana dan kawan baik aku, Zabrina Ezura. Yeah, ladies go out!!! Even just Super League game between Perak vs Selangor, tapi still rasa berkobar-kobar nak pergi. Hey, pergi ke sana bukan nak tengok cinta lama main di atas padang tao (haha) tapi sebab dah lama tak merasai atmosfera di stadiom. I really enjoy tengok gelagat orang, cuci mata kot ada yang taste (haha) dan of coarse, nak feel semangat jati diri kenegerian itu.Moh kiter young ke Ipoh!












Okey.Off dulu.















Assalammualaikum.





Jun 11, 2011

thank u, again

Time ni pukul 12.16 pagi.Duduk di atas katil, baru lepas mandi.Habis kerja tadi pukul 11 malam, jadi lepak begini sambil dengar lagu Afgan, rasa cool gila.Terima Kaseh Cinta.




Teringat Incik Zahari.Dia kerja malam ni.Malas nak kacao, mungkin just text him untuk say good night later, as usual.



Semalam, quite awesome. Seminggu tak jumpa sebab masing-masing bercuti panjang,aku di Kampar, dia di Taiping, memang rasa bagai pungguk merindu bulan.Heh.




He picked up me yesterday at Simpang Pulai, Ipoh.Sepanjang perjalanan, bersembang rutin yang kami lalui sepanjang cuti sebab dia tak selalu sms aku semasa cuti.Kadang-kadang rasa nak berkecil hati because of that, tapi bila pikir balik, i shud give him a space to spend time with his pamili.5 hari dalam sebulan, bukannya lama untuk dia dekat dengan keluarga, sam goes to me.Aku pon sebenarnya tak ingat nak sms dia bila berada di rumah.That was one issue yang dia pertikaikan ketika di dalam kereta semalam.Haha.






I love the moments bila dia drive dan memegang tangan aku sepanjang perjalanan, sambil insert background music- lagu-lagu lama Search.Bila aku leka memandang luar without paid attention to his driving, dia akan mengacao. A bit romantis, rasa macam dia Seth Tan dalam Nora Helena.Haha.




..............................................






Nothing else to drop here.










"Terima kaseh abang.Without u, im not longer being here." Regards, your sayang.




















Jun 8, 2011

Asmara

Clearwater Santuary, Batu Gajah.5 petang.


Aku berlari-lari mengejar catcibor yang kejap-kejap hinggap di daun lalang, kejap-kejap hilang terbang.


Dia berjalan mengekori aku dari belakang.Senyum sahaja.




"Nampak happy sekarang?"

Aku berhenti berlari.

"Hah?"

"U nampak happy sekarang" Dia ulang lagi.

"Maybe" Jawab aku tak pasti.


Kemudian aku duduk di tepi paya.Dia mengambil tempat di sebelah aku.Tak hampir sangat tapi aroma wangiannya dapat aku tangkap dan rasa.Maseh haruman yang dulu, peliknya aku maseh boleh ingat.


"Pergi mana tadi?


"Ambil lesen"


"Bila nak keluar kereta?"


"Kalao takde aral melintang before raya"


"Good.Impian u kan?Nak ada kereta, senang nak ambik anak-anak kita dari sekolah, senang nak pergi Tesco beli barang dapor kalao i takde..."


"Senang nak balik rumah abah kalao gadoh dengan u tengah malam..."Kata aku menambah ceritanya kemudian dua-dua ketawa.


"Seronok bercerita pasal impian kan?"


"Seronok"



"But im so sorry.Tak dapat lengkapkan cerita dan impian u.Not u, but ours"Dia memperbetulkan.



.........




"Its ok.Semua dah berlalu."Aku tak lalu nak bercakap lebih.


"Are u happy now?"


"U suka selalu tanya soalan macam tu, kan?"


"I really wanna know your present life.I taknak u rasa terluka like what i've done to u before.I really mean it."



"I happy or not, i still have to move on, alone.U janganlah risao.I already 25.Dulu ye, selalu menangis dalam shower kalao tak kuat.Haha." Aku cuba melonggarkan sedikit atmosfera yang semakin gloomy.Dia cuba memahami.


"Anything happen to u, please call me ok"


"Tengoklah" kata aku dan bangkit semula.Membetul-betulkan semula belakang baju kurung moden yang sedikit konyot bersama daun lalang yang kering.


"Anything happen to u, please call me."Ingatnya lagi.Aku merenongnya Mengangguk perlahan.


"Hari dah petang.Nak balik.Thank u for this meeting" Aku berdiri di hadapannya dan menguntum senyuman.Dia juga.



"I miss our old days"

"Me too"




"Bye"

"Bye..."








Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang.Nak sahaja tengok either dia maseh di situ melihat aku atao juga sudah sama menapak.





Mengapa kita hanya mampu berjumpa tapi tidak boleh bersama?Ah, ini ayat Asmara.Nanti balik rumah aku pikir ayat lain ok.

Jun 7, 2011

Nora Helena

Sekarang ni, perempuan-perempuan kat Malaysia akan menjadi histeria pada setiap pukul 7 malam, Isnin sampai Khamis.Semuanya pasal Incik Seth Tan, watak gentleman lakonan Aaron Aziz dalam drama Nora Helena.


Aku pon histeria, sampai lupa kekaseh sendiri (aku ada kekaseh ke? yakin).Haha.


Mana lah tak histeria semua perempuan termasok lah mak datin-mak datin yang kegersangan bila tengok renungan mata Aaron Aziz yang redup, bibir yang seksi, dan badan yang berdada bidang itu?(boleh tak nak request pelok Aaron for 5 second? Eh, cukupke?Haha.Gatei).


Then, watak Seth yang superb gentleman dan romantis tu pulak, of coarse, banyak lah boifren dan laki orang makan hati dan sakit hati sebab girlfren dan isteri mereka tak habis-habis bercerita pasal si Seth Tan tu jeh.Kan best kalao ada laki belikan ros hari-hari, kan best kalao ade laki telefon kat opis tanya dah makan ke belom? Then ajak lunch berdua makan suap-suap, at least pressure kat tempat kerja bolehlah di reduce sikit. Ini tak, asyik nak makan nasi ganja dengan geng-geng dia kat mamak je.Ngomel seorang bini orang, Rita rudaini (bukan nama sebenar).


Haha.


Perempuan memang emosional tengok drama.Kalao emosional kat situ je takpe, tapi kalao dah start buat comparison, manalah belah-belah laki rasa nak bakor je tv tu.Haha.


Rileks lah.Jangan terlalu taksub pada jalan cerita(ingatan untuk diri sendiri jua.Haha).Nak dapat lelaki yang almost perfect, plus dengan gentleman begitu, rasanya susah.Aku tak cakap tak ada, tapi manusia ni datang dengan macam-macam attitude.Maybe mulut dia tak manis, tapi at least dia maseh ada dengan kau di masa ups and down, it shud be okay.Kalao kau rasa nak dapat bunga hari-hari, kau kawen lah dengan tukang kebon.Haha.


Dan untuk lelaki-lelaki di luar sana, tak perlu jadi gentleman seperti Seth Tan.Perempuan ni cukup kalao kamu tunjuk sedikit perhatian dan kaseh sayang pada dia, thats all.Kalao sibok bekerja pon, atao penat sampai tak larat nak ber marathon sms macam budak sekolah bercinta, at least kau kirimkan sms selamat malam sebelom kau tidor mati sampai esoknya.Itu dah cukup buat dia lena tidor, i tell u.Tak susah lah nak buat perempuan sayang kamu.Selebihnya, pandai-pandai kamulah.Hik.



Kita belajar pasal love and relationship, not only from our own experience sahaja, but melalui drama sebegini jugak boleh.Lelaki, kadang-kadang tinggalkan lah kejap drama lawan-lawan cina kamu tu.Mari menonton drama Nora Helena dan jangan lupa sembahyang maghrib jua.Lalalala.

Jun 5, 2011

Isnin.

Hey hey hey.Lama tak menulis.


Sebab aku busy belajar cashiering dan finance di tempat kerja.Bila experience benda baru, lari jaoh dari term of design, tak bermain dengan warna dan pen Artline, of coarse rasa susahnya nak adapt.Otak kerja keras sikit dan balik kerja rasa penat.Balik boom tidor.Haha.

But it just ok.

Hari ni hari Isnin, aku memulakan long holiday aku.Rasa lapang gila bila hari Isnin tidak diganggu dengan hal kerja.Bercuti di hari Isnin dengan bercuti di hujung minggu, nikmatnya lain.lagi rasa wonderful.Bahagianya lebih lagi dari bahagia masa sedang ber cinta.Haha.

Balik ni mahu pergi ambik lesen yang tertanggoh (dah tua baru nak ambik lesen, too late kan? Haha).Planning sedang nak keluar kereta.InsyaAllah, hope that before end of this year dah pakai kereta.So senang nak sending mama pergi mesyuarat dan program Wanita UMNO dia, senang nak bawak abah pergi mapley kat mamak dia, senang nak hantar adik balik UiTM, senang nak pergi berdating, dan senang nak travel with friends, Jonker Street jom.Haha.Aku selalu ingatkan diri sendiri, perlahan-lahan dapatkan apa yang kau nak dari dulu.Biar merangkak dari tak ber gerak setapak langsong.kan?

It same goes to jodoh gak.Haih, mana boleh tipu rasa jealous bila these few month kawan-kawan semua dah bertunang, dah naik pelamin, dan ada yang dah masok hospital nak beranak dah pon.Rasa macam aku dah 40 tapi maseh sendiri walhal just only 25 (bajet 25 maseh belia remaja).Tapi bila pikir Lisa Suriani pon belom end up lagi single life dia, i think it shud be ok.Haha.

Berbalik pada cuti aku, this leave, selain nak habiskan ambik lesen, nak spend my quality time dengan pamili.Nak ajak mama pergi saloon rambot, tukar hairstyle again sebab manager dah bising rambot messy and appearance out (dah macam artis, semua nak jaga), then nak ajak mama window shopping baju raya. Makesure tahon ni kene raya sakan sebab last year raya ketiga baru dapat balik.Itupon balik rumah mak mertua dulu.(in memory).Haha.




Agenda seterosnya of coarse mahu bawak Ahmad Darwish Danial aku yang dah pandai cakap, dah pandai mintak itu ini, keluar ber jalan-jalan naik skuter.Rindu nak dengar dia panggil aku mami mami.U know, rasa bahagia menyelinap di dalam hati.Kalao anak sendiri, mesti rasa lagi berbunga kan hati di dalam?Auw.

Esok is someone's birthday.A friend of mine, Faridzol Anuar.Seseorang yang pernah jadi a part of my life, satu ketika dulu.Pergi tengok rugby match sama-sama, pergi mamak sama-sama lepas habis buat assignment, nasi aku tak habis, dia habiskan, burger dia tak habis, aku habiskan.What an awesome moment.Tak pernah sekali lupa all the days that we have been thru, even people comes and go dalam hidop aku.Tapi itulah, let us separate for a while.Mencari destinasi dan haluan masing-masing dahulu.Until one time, if masing-masing maseh single, apa kata kita lakukan semula masa-masa indah itu?Heh.Tidak mahu memberi harapan atao diberi harapan, berjanji manis seperti budak sekolah baru nak bercinta, tapi as adult, kita mesti berfikir secara dewasa.Dah tak boleh nak main-main.Right? Untuk faridzol, happy birthday in advance.Nak hadiah kene cari saya lah.Lalala =)

Tak tao nak cakap apa.i waiting for my friends.Nak ber ladies talk di KL Sentral sampai lebam.Nanti sampai rumah sambong menulis lagi ok.


Assalammualaikom.