Mar 25, 2010

I dunno what to say.

Jiwa aku sedang keletihan sekarang.Terasa aku seorang Ultraman yang sedang berlawan dengan raksasa yang datang satu-persatu.Tapi sayangnya, aku jenis Ultraman yang takde power.Jadi, kadang-kadang, aku tak dapat bertahan.Easily touched.And fragile.

First day aku dapat tao mama ada cancer, aku rasa dunia di sekeliling macam ditutup dengan tudung saji.Gelap-gelita.Tak nampak cahaya matahari dah.Kami adik-beradik terduduk lesu.Abah tak banyak cakap.Tak macam selalu.

Kebetulan pada hari kedua, aku ada interbiu keje pulak.Aku pergi dengan kepala yang bersirat.Kalao kepala boleh di transparentkan, orang boleh nampak banyak wayar yang bersambong dalam kepala aku.No wonder sampai aku boleh lupa semua apa yang aku belajar selama 5 tahon.Soalan yang macam kacang pon tak dapat nak jawab.Mesti panel yang interbiu aku tu cakap ada je degree, tapi knowledge macam gampang. Ah, persetankan lah.

Time ni pulak aku takde satu sen pon.Jadi, aku rasa damn susah.Lainlah kalao aku ni anak menteri, atao paling tidak pon perempuan simpanan Dato' mana-mana, boleh jugak aku pao duit beribu-ribu untuk semua belanja yang makin besar bila keadaan dah jadi camni. 2 3 keje pulak aku dah terpaksa let it go, sebab keadaan sekarang tak mengizinkan aku ke mana-mana.Jadi, kalo ada yang cakap aku ni saja nak duduk goyang kaki di rumah, aku rasa mulut dorang tu memang longkang.

Untuk aku terima all these fact, memang susah.Tapi aku buat-buat tough sahaja.Sekarang aku makin banyak membaca artikel pasal hal-hal cancer ni.Dulu aku tak alert sangat, maybe sebab tak kene batang hidong sendiri kan? Cancer ni, satu jelah, perlu ada semangat untuk melawan penyakit.If down, everything can't go. Setiap hari, setiap kali nak tidor, aku sentiasa motivate mama supaya jangan takot untuk melalui hari-hari akan datang yang lagi mencabar. walao dalam hati aku pon bukannya berani sangat. Aku menceritakan pengalaman-pengalaman bekas pesakit Cancer yang kini sudah boleh hidop dalam keadaan harmoni walao pada awalnya mereka jugak terasa hilang arah.Harap mama akan kuat, dan aku yakin mama boleh laluinya sebab selama ni pon mamalah yang inspired kami untuk kuat menghadapi sebarang ujian Tuhan.

Untuk kawan-kawan yang sentiasa di sisi, terima kasih sebab always be there for me. Entah lah.Sometime bila aku duduk sorang-sorang, aku rasa tak boleh nak lalui semua ni. Di depan kedai runcit pon aku boleh menangis, apatah lagi kalao hari-hari aku di wad, melihat sendiri keadaan pesakit Cancer di sana menjalani kimoterapi dan sebagainya. Hurm. Rasa mahu pejamkan mata, dan bila bukak mata, hope everything back to normal.





Mar 22, 2010

Satu hari di Tanjong Malim.

Baru balik dari interview Majlis Daerah.Aku rasa kalao panel tanya aku relevan ke tak Dato' Seri Zambry Abd. Kadir mengambil semula kuasa pemerintahan di Perak, aku rasa boleh jawab dengan baik.Takpon tanya tentang kes 3 Ahli PKR lompat parti tu ke, boleh goreng jugak.

Ini tanya aku berapa anggaran sebut harga satu projekla, konsep apa untuk koridor Tanjung Malim, design yang macam mana untuk konsep 'crime prevention'.Ayo, aku dah blur.

Patot aku apply jawatan penolong khas dalam bidang politikla, bukan sebagai pembantu arkitek lanskap.Sebab aku rasa not fully educated in this field.Minat pon makin hari makin terbang.

Takpela, take as experience =)

jiwa luka

Bibir mesra.Jiwa parah.

Aku tengah menyelesai satu-persatu masalah yang menjengok.Rasa dah takde balak untuk dipaot.Yang ada hanya penyedot minuman.

Bangon pagi takde apa yang bersarang dalam kepala.
Harap mama dan abah diberi kesihatan yang baik.
With that, aku rasa hal yang lain macam kacang.

Nota kaki: Aku takde masa lagi mahu membaca buku untuk warga single itu.Next time k kawan-kawan =)

Mar 18, 2010

Buku untuk yang masih single.wah.

Tadi aku terjumpa satu buku kat rumah ni.PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA oleh Dato' Dr.Hj Mohd fadzilah Kamsah.Gila ah.Siape punyer buku ni? Hahahha.

Tunggu aku baca habis buku ni.Nanti aku share lah apa yang boleh di share.Tunggu =P

Mar 17, 2010

Salah aku ke salah dia?

Aku nak buat sesi luahan perasaan kat sini.Tapi, bagi yang tak berkenaan, tak perlulah terasa.Nak fire seorang sahaja, itupon kalao dia berperasaan lah nak take this hint.

Aku ni dalam berkawan sangat fleksibel kecualilah dalam certain hal.Kawan-kawan yang sibok macam menteri aku tak kisah langsong sebab aku pon sibok dengan hal aku jugak.Takkanlah nak bercinta 24 jam kan? So, kalao kawan-kawan tak msg aku seumur hidop pon takpe.Asalkan ingat aku dalam doamu.(Lagu feveret aku dan Aiman).

Tapi, di sini, aku rasa hangin pulak dengan seorang 'kawan baik' aku ni.Kitorang memang rapat sejak di zaman belajar.Takleh la nak mention zaman bangku sekolah ke atao zaman studio-based aku di UiTM.Nanti handphone aku ni 24 jam berdering, orang buat direct feedback.Dia ni memang dah lama tak kontek aku.Aku msg dia, tak pernah pon nak reply.Aku agak berkecil hati jugak sebab dulu memang close giler. Macam adik-beradik wo.Buah mempelam tu, kalao makan boleh share sama-sama.Lantaklah termakan air lior sape sekalipon.

Tapi, kitorang start ada gap bila dia bercinta.Dia senyap teros. Diulangi, SENYAP TEROS.Aku cuba paham jugaklah sebab bila dah masok fasa bercinta ni, memang lah lupa alam sekeliling.It is fine.

Tapi, baru-baru ni dia cari aku di FB.Aku tengok banyak pulak masa dia di FB sebab setahu aku, usahkan nak online, nak reply msg aku pon tak pernah dulu.Takde void space langsong untuk kawan-kawan. Nak kata busy, aku lagi busy kot dengan kerja-kerja di studio dulu.Tapi at least ade jugak masa untuk ambik tahu hal kawan-kawan.

Oh, rupanya dia mencari aku semula sebab dia dah break dengan CINTA HATInya.Patotlah ada masa sekarang. Hurm.I have no idea selain dengar je la cerita-cerita dia.

Tapi aku paling hangin bila dia cakap dia makin jaoh dengan aku.Dah tak macam dulu. dia rasa dia hilang aku.

Wtf.

Salahkan aku pulak. Aku selalu je msg dia, tapi tak reply.

Kemudian dia cakap, dia tukar nombor.

Aku buat-buat offline selepas tu. Bukan apala beb, satu allergik aku adalah bila dapat kawan baik yang sibok bercinta sampai lupa kawan sendiri.Aku memang anggap bende ni remeh kalao jadi antara aku dengan kawan yang tak pernah berkongsi hari-hari lepas dengan aku tapi dia antara yang pernah jadi sebahagian hidop aku.

So, jangan bising kenapa 'kita' semakin jaoh.



Mar 14, 2010

I love mama

Aku tidak gembira 2 3 hari ni.Sebab risaokan kesihatan mama.Aku tak reti nak tulis apalah.Harap mama akan recover secepat mungkin.

......................................................................................................................................................

I hate this feeling.

Mar 13, 2010

Opahku yang emosional

Hadoi.Sakit jantong aku tengok cerekarama dengan opah aku.Emosional giler.Dia bengang giler kat watak antogonis dalam cerekarama tuh.Kalao boleh opah nak masok dalam tv tuh, nak dihempoknya pelakon tu.Haiyak.

Aku cakap kat opah, jangan emosional sangat.Nanti darah tinggi naik.Dulu dah kene hantar ke hospital dah, sebab stress tengok drama Indonesia Malim Kundang di tv3 satu masa dulu.Isk isk.

Mar 12, 2010

Hai.Saya Elyana Rously =P



Aku tak tahulah kenapa ada orang cakap aku ada iras-iras Elyana.Korang yang baca statement ni, pleaselah jangan muntah darah.Bukan aku saja nak perasan, tapi orang yang cakap.Haha.

Masa kursus di Janda Baik dulu, ada seorang Pemuda Umno yang panggil aku Elyana.Kemudian habis kawan-kawan dia panggil aku Elyana jugak.Bila terjumpa dorang balik minggu lepas di satu karnival juara Rakyat, dorang tak habis-habis lagi panggil aku Elyana.Ini yang rasa nak nyanyi lagu Kalis Rindu hari-hari ni.Haha.

Sebelom tu, ada jugak berlaku insiden macam ni.Kakak housemate aku datang ke rumah sewa aku.Kemudian dia cakap, eh, Affnie ada macam muka Elyana lah.Tapi part pipi tu lebih sikit.Aishhh.Aku senyum jela.Dalam hati kembang mekar, sebab aku memang suka Elyana espeseli watak dia dalam Dunia Baru yang happening tu =P

Then,masa konvoi raya dengan budak-budak MRSM, sekali lagi ada yang cakap aku macam Elyana.Adik kawan aku lah yang keluar statement tuh.Aku just cakap, ok, who's the next nak cakap aku cam Elyana? Haha.

Mata orang, macam-macam.Diingatkan lagi sekali, sila jangan muntah darah bila baca statement ni k.

Chao.

Mar 10, 2010

Jejaka Idaman

Hari ni aku mahu berkongsi tulisan tentang ‘taste’. Bukan ‘taste’ pada perabot rumah atao jenis kereta yang kamu suka, tapi taste pada orang yang biasanya akan mencuri perhatian kamu. Pada aku, setiap orang punya taste tersendiri dan mereka ada hak untuk memilih siapa yang senang untuk mereka dampingi. Dan, di sini juga kita kene respect taste orang lain yang maybe pada mata kita, orangnya biasa sahaja seperti Mawi tapi pada mata mereka mungkin orangnya sehensem Remy Ishak.

Aku pon kadang-kadang sebenarnya sama dengan certain orang yang suka mengutuk orang lain. Contohnya, bila tengok ada couple yang tak padan, mesti aku kutuk dalam hati kaw kaw punye. Paling terok pon aku akan gelakkan walaopon tak sedar diri yang aku ni habok pon tarak. At least orang tu berdua jugakkan? Haha. Tapi, bila pikir-pikir balik, aku notice diri sendiri bahawa setiap kejadian Tuhan tu ada kelebihan tersendiri yang mungkin menjadi daya penarik untuk mereka saling menyukai.So, i stop laughing after that.Baiklah jugak aku kan.

Macam aku, ada jugak taste tersendiri dalam adore seseorang.Lantaklah kalao orang cakap aku demand atao bajet bagos nak yang hebat jeh. Everybody has the right to choose, kan? Taste aku pon bukanlah nak yang hot, kacak bergaya atao perlu berbadan sasa.Tapi, aku sangat stress out memandang character yang ada pada diri seseorang.Susah nak explain kat sini, but im sure everybody that close to me will know what I’m trying to say. Kawan-kawan terdekat dan juga housemate aku yang dulu memang paham sangatlah dalam bab ini. Haha.

Pernah satu hari tu, aku buat conference dengan 2 kawan baik di Yahoo Messenger. Kami update diri masing-masing sebab so long time not to meet each others. Seorang dari kawan aku iaitu Zambry Latip bertanya tentang kawan dia yang secara kebetulan adalah kenalan aku jugak. Aku menceritakan kepada dia bahawa aku pernah keluar dengan kawan dia itu. Aku cakap not bad jugak orangnya, but then Zambry Latip cakap, yup, he’s nice, but I know he’s not your taste.Selepas tu kami tergelak. Time tu, aku rasa kawan-kawan begitu dekat dengan aku sampai aku suka orang yang macammana pon diaorang boleh expect. I tell you, orang itu bukan tidak hensem, muka dia sweet lebih kurang muka Qi pelakon utama siri Blogger Boy di 8tv dulu, orangnya jugak educated tapi entahlah, character yang aku nak itu takde.Jadi, memang betoi kata Zambry Latip, dia bukan taste aku.Selepas tu pon kitorang dah tak keluar lagi.Chemistry tu takde, mungkin.Haha.

I don’t know how to speak out about the character that im looking for in someone.Bende ni sunggoh subjektif, dan bukan rigid untuk diperkata lebih detail. Yang aku dapat katakan adalah dia mestilah seseorang yang ber‘kharisma’. Ada gaya dia sendiri yang maybe looked ‘messy’ dan ringkas tapi itulah style dan jenama dia, mungkin jugak dia jenis yang orang pandang tidak romantik tapi ada sense of sweetness, dia mungkin jugak nampak susah untuk didekati tapi sebenarnya adalah magnet yang sangat kuat auranya.(bukan penjual bioaura ok). Dan yang paling penting, bila dia berdiri dia akan nampak confident sebagai seorang lelaki. High expectation sangatkah?

What im trying to mean here is, it is not just about their appearance but something that related to attitude. Nak kata aku mengejar orang yang macam Fahrin Ahmad tak jugak sebab tarikan Afdlin Shauki pada aku adalah lebih power aku kira. Something like that lah.

Itu sahaja bende yang boleh aku figure out pasal taste ni. Bukanlah mahu cakap aku choosy dalam berkawan tapi kita sendiri perlu tahu orang yang bagaimana kita boleh stick untuk bersama.Dan selebihnya, biarlah jodoh menentukan.Bukan kudrat kita untuk menentukan hayat bersama seseorang. =)

Oh, Rashidi Ishak memang taste.Adore dia since darjah 4 lagi =)

Testimonial Slim World

Tadi ada kawan komen dalam FB, cakap aku dah kurus.Semalam pegi beli barang dapor di mini market, terjumpa cousin jaoh tiga beradik, dorang tanya apa rahsia dah kurus?Ko makan pe? Kemudian, kawan-kawan MRSM dulu pon cakap aku dah kurus.Bikin transformasi,kata dorang lagi untuk menambah perisa.

Haih.

Kuroske aku?

Kuroske?

Dan kuroske?

Persoalan yang bermain di benak hati dari 2 3 hari ni.

Mungkin makan banyak, tapi kepala pikir macam-macam yang berat.Jadi,metabolisme jadi tinggi kot sebab otak bekerja keras.Ah, pandaila aku buat teori.

Tapi terima kaseh la pada yang puji tuh.Kalao seorang yang puji, mungkin aku tak amik kesah.Tapi ni lebih dari sorang.Aku percaya statement tu.Haha.

No idea

Aku, kalao sedang rasa gembira, idea untuk menulis jadi beku.Sebab, selalunya, aku akan banyak menulis kalao emosi terganggu.Sekarang ni off dulu.

Chao.

Mar 8, 2010

Saya mahu kawin, er, Disember ni boleh tak?

Ini cerita hari Sabtu lepaslah.Malam itu Incik Naha, kawan di UiTM dulu msg aku.Dia cakap, dont forget to watch cerekarama-DALIL CINTA at 9pm tonite.Fahrin kesayangan ko berlakon.Hahaha.Sampai camtu sekali aku diremind oleh kawan-kawan.Means here, satu malaysialah tahu aku minat Fahrin ni.Haih.Hehe.Anyway, thanks pada mereka yang remind aku pasal Fahrin at that nite k.Walao penat baru balik program di Slim River, malam tu aku tetap menonton.Hehe.

Suka suka suka suka sangat dia =P

Oh, cerita Dalil Cinta tu memang aku rasa dekat di hati, not only because of Fahrin as main actor, but the drama really given me a thousand of lessons about what can we call 'relationship'.Bukan cinta semata-mata.

Bila tengok cerita tuh, akan buat aku berpikir berkali-kali pasal perkahwinan ni.Dari mata kasar mungkin nampak indah serba-serbi, direct to the pointlah, kamu akan berasa seronok sebab si dia yang dicintai ada di depan mata, tidak dipisah oleh mana-mana tembok lagi, tapi the way cara kita nak adapt dengan life dia pulak, aku kira satu masalah jugak.

Contoh seperti dalam cerita itu jugak.Mungkin masalahnya kecil, Fahrin suka lagu-lagu lama Hail Amir dalam wataknya itu (eh eh, sama lak cam aku), si Amani pulak musiknya lebih ke arah hiphop.Jadi, konflik sikit-sikit bermula dari situ.Belom lagi hal lain sebab totally bila dah kawin, segala bende jadi hal yang rumit.Tak sama masa single.

Entahlah, kadang-kadang aku terpikir jugak, camne bila aku dah kawin nanti?Banyak bende nak kene prepare.Tak mahu jadi macam Amani dalam drama itu.(tapi Amani dalam drama tu serously bangang,melampao dan kurang hajar, aku sendiri pon maki kalo jumpa perempuan camtu).

Frankly speaking, aku macam Amani jugak dalam drama tu, takla cekap dalam bab hal menguros rumah espeseli hal di dapor.I'm worried about that.Tapi mama cakap, itu semua boleh belajar time by time speseli memasak sebab mama cakap, masa kawen dengan abah,mama pon zero.Belajar memasak pon dengan opah.Hal rumah tu secara otomatik tahu sendiri katanya sebab masa dia muda pon dia malas cam aku.Haha.

Tapi, senang untuk memberitahu di sini, kalao dah sampai masanya untuk berkongsi hidop dengan sesiapa, i will do anything to make him happy.Im sure, everyone will doing the same thing.Kalao dia suka gulai tempoyak, aku akan cuba belajar memasak, tak kiralah first time tu kuah pekat gila bagai nak membunuh ke, atao masak sambal terong, pedasnya juga sampai boleh memecahkan bibir.Janji aku akan cuba memasak for the one yang kita mula sayang.The effort is more important, i think.

Apepon, pendapat aku pasal kawin ni satu jela.Ia adalah perkongsian hidop, dan yang penting sekali ialah bertolak-ansur untuk adapt attitude masing-masing yang mungkin selama ni tak pernah tahu.Kan?

Haih, rasa mahu kawin pulak.Mama, tolonglah, saya mahu kawin =P

Mar 5, 2010

Mencari hantu tidak berkepala

Aku ni, walaopon orang kata drama queen atao fragile heart, tapi takla girlish sangat macam girlfriend aku yang lain, sebenarnya.Ada masa aku sukakan jugak situasi yang ‘adventure’ dan mungkin some girls out there awal-awal lagi dah avoid dari sahot cabaran.

Contohnya masa sekolah dulu. Banyak jugak pengalaman-pengalaman yang aku kira amat ‘adventure’ untuk standart budak sekolah time tuh. Takla seram mana pon tapi ingatlah sampai sekarang. Pernah aku dan geng aku keluar asrama around 3 pagi untuk aktiviti ‘seekers’ atao mari mencari hantu. Time tu aku di tingkatan 3 SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar. Malam minggu tu, selepas lampu asrama diwajibkan tutup, aku dang geng aku yang mostly adalah senior form 5, duduk lepak di katil bawah ‘double decker’. Mati kutu tak tao nak buat apa. Then sambil makan biskot sayor ‘luxury’ dan bancoh kopi jenama Che Nah, kitorang bercerita cerita misteri masing-masing, ikot turn. Budak-budak yang biasa duduk asrama mesti selalu buat aktiviti camnilah, kompem.

Selepas penat bercerita, Kak Chik yang juga sebenarnya ketua Asrama Puteri suggest kitorang keluar asrama untuk pergi ke blok library sekolah yang dikatakan paling ‘keras’. Jaoh wo dari asrama. Aku ingat dia bergurao, tapi betoi-betoi. So, aku polo dorang sebab nak rasa hebat. Kalao kantoi pon, maybe setakat gantong sekolah 2 minggu. Boleh jugak berehat di rumah, tambah-tambah semua tengah tensen dengan PMR dan SPM yang makin dekat time tuh.Haha. Kitorang pergi dengan bilangan angka ganjil.5 orang je yang pergi, dengan harapan ‘bende’ tu akan muncol untuk cukupkan korum.Gila ah.

Geng kitorang dulu cam geng dalam filem Histeria la lebih kurang =P

keluar memang kene timing dulu sebab nak bagi line clear. Aku beritahu kamu, environment sekolah tu memang agak seram walao MCKK lebih mendahului tahap seramnya. Sekolah lama kan. Dengar cerita, tapak sekolah tu dulu pon adalah tapak istana lama Kuala Kangsar yang penoh dengan cerita-cerita tak masok akal. Tapi semua tu kitorang abaikan saje dan meneroskan hajat kitorang tu walaopon sebelom tu ditentang oleh seorang ahli geng kami yang arif sedikit mengenai hal camni. That’s why dia dilantik AJK Kerohanian asrama. Jadi, dia tidak mahu join kami sebab dia kata taknak ade bende buruk yang jadi.

Masa pergi tu takde apa.Thanks God.Aku terpikir jugaklah, apa akan jadi kalaolah bende tu real dan muncol depan mata masa tu? Aku tak dapat nak bayangkan. Tapi bila esoknya, kawan kitorang yang tak ikot tu sound kitorang, masa kitorang dah balik tidor, bende tu pulak yang datang cari sebab that thing berlegar-legar kat luar bilik.Dia nampak sebab tu dari awal dia sendiri memang dah tak sedap ati.Dan, dalam masa seminggu tu jugak, 3 daripada kitorang kene kacao bergilir-gilir. Jangan silap, bukan kene rogol secara bergilir-gilir eh. Aku dan seorang lagi punyerlah takot sebab terasa macam kitorang sedang tunggu turn je untuk dikacao.Dorang cakap bende tu datang ke katil macam kes dalam cerita Blok 404. Sumpah, time tu aku teros bertaubat taknak buat bende-bende mengarot lagi.Haha.(dengar cerita geng seekers aku dulu semua dah kawin kecuali aku dan kak Chik.Takleh ah nak buat lagi program seekers.Hee).

Apepon, aku still enjoys dengan bende-bende mistik ni baik real atao setakat filem-filem seram di tv atao di pawagam.Tapi aku beritahu kamu, aku kurang menggemari cerita seram Indonesia sebab plot biasanya lembab.Aku still ingat, first date dengan Incik gemok, kami menonton cerita seram Indonesia di pawagam Bukit Raja. Serius, tak teruja langsong. Kami menonton dengan rasa heartless, macam sedang menonton video porno yang sudah dilayan hari-hari.Tapi aku buat-buat kerotkan muka tanda seram jugaklah sebab aku yang pilih nak tengok cerita tu.Nanti aku diblame pulak.Haha.

Haih, panjangnya aku menulis hari ni.So,pengalaman seram anda apa pulak? Mungkin boleh dikongsikan sedikit di ruangan nak tambah cakap. Hehe.

Nota kaki: Cerita paling seram aku pernah dengar setakat ini adalah cerita dari pengalaman sendiri kawan aku di MRSM dulu.Ada masa aku open table.

Mar 3, 2010

Pekan Ngah Jabor Kampar









Mencari gambar lama. Oh, ini gambar-gambar yang aku sempat ambik kat pekan Kampar untuk projek Cultural Design semester 6 tahon 2008 dulu.Tapi sila abaikan caption-caption gambar yang sungguh poyo itu.Haha.

Ada bakat tak jadi photographer? Coming soon, insyaAllah =)

Graduation day


Oh, hari ni dapat surat dari UiTM. Remind aku supaya jangan lupa update personal information kat convocation website.Yeay, dah nak grade!

Aku rasa baru betoi-betoi release beban atas bahu ni bila dah nak grade ni.Sumpah, selama 5 tahon setengah belajar ni aku rasa masa terlalu panjang, dan tiada void space yang boleh aku katakan sebagai masa untuk bergoyang kaki.Keluar lepak pon, bila balik keje-keje studio tak pernah nak habis. Tidor tak pernah ada mimpi indah sebab terlalu sekejap. Dalam kepala pulak jangan harap nak letak bende lain selain tarikh submission design.Warggh, phobia bila ingat.Korang, kalao bukan budak studio-based memang takkan pernah paham perasaan cuak yang sampai hari ni rasa melekat dalam diri. Dah sebati.Haha.

So, friends yang bakal graduasi untuk konvokesyen UiTM ke-72 ni, jangan lupa update k informasi kamu.See u there!

Balik kampong

Tadi tengok rancangan Destinasi Percutian Bajet di tv3, aku memang sukalah host dia, Qi yang slumber dan comel itu.Dapat bf cam dia memang best kot.Hahaha.Tadi lokasi bajet tu di Homestay Hj.Dorani.Tak jaoh dari kampong halaman mama di Kg.Pantai Rasa Sayang, Parit 3 Sekinchan.Sekali-sekala aku rasa warga KL yang sibok bekerja tuh patot pergi bercuti di kawasan homestay sebegitu.Sekali-sekala tukar angin, cari experience yang lain dari yang lain sikit kan.Haha, pandailah aku bercakap.

Aku enjoys kalao balik kampong di Sekinchan espeseli bila rayalah sebab ‘feel’nya lain. Area dari Kapar, Tanjong Karang, Sekinchan, Sg.Besar dan Sabak Bernam tu semua perkampongan kerabat jawa akulah tu.Tapi sayang lak aku tak tahu langsong dialek orang Jawa.Kalao dengar dorang bercakap, aku Takleh nak interrupt sebab vocabulary mereka semua aku tak paham.Hehe.=P

Aku suka vernicular landscape yang ada di sekitar kampong ni. Rumah Melayu lama masih ada.Kalao dilihat cluster sekelilingnya pulak, lebih didominasi oleh tanaman kontan seperti pokok kelapa, pisang, koko dan sukun yang goreng pon sedap.Tapi, walaopon surrounded dengan banyak pokok, aku tak tahu kenapa kawasan kampong ni bahang panasnya lain.Mama kata sebab dekat dengan pantai. Hurm, kalao duduk sini lama-lama kena beli fair and lovely banyak-banyak.Hehehe.

Sebut pasal pantai, memang terbaiklah kalao mahu ambik peluang ke sini untuk merehatkan kepala otak.Tengoklaot yang terbentang luas, dengan langit biru kat atas, ditambah pulak dengan bot-bot nelayan yang pulang senja, aku rasa memang patot datang sini selalu. Mendamaikan.Dulu, masa-masa serabut dengan kerja studio, aku datang ke sini dan its therapeutic.Artistic people memang sesuai di sini mencari ilham. Kalao suka memancing, di sini juga kawasan yang terbaik. Boleh addict =P

Then, tak sudah rasanya kalao tak cerita pasal sawah padi di sepanjang jalan ke pekan Sekinchan. Aku datang sebelom musim menuai, jadi scenerynya masih hijao. Sejuk mata memandang kan? Aku selalu tengok lombong bijih timah je kat Perak, kalao kat Shah Alam dulu asyik tengok bangunan UiTM yang serba purple jeh, so datang sini sekali-sekala rasa macam jakun.Haha. Kalao tak geli dengan belot, bolehlah bawak pancing ke sini jugak. Sediakan saja kulit ayam sebagai umpan. Belot kalao goreng garing-garing,makan dengan nasi panas berkicap, memang layan. Ade bran?=P