May 21, 2011

Sediakan popcorn dan tisu





Kau pergi YouTube.Cari lagu HATI YANG TERLUKA, a song of Broery Marantika.



This song, remind me a friend of mine.Tak boleh cerita kawan yang mana satu di sini, sebab dia cakap, kisah hidop dan perjalanan dia yang sukar ni biar dia keep seorang sahaja.Ok.(kalao aku cerita kat blog cerita dia ni without mention her name, itu kiranya aku pecah rahsia jugak ke?Takkan?).



Just wanna to share, supaya kita selalu ingat, this life is not always will be end up like fairytales story.Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.



Actually, that song is one of my favorite song list.Bila dia dengar, dia jadi bungkam kejap.Then aku tanya, kenapa? Mungkin masa tu, dia rasa aku boleh lend my ears untuk dengar cerita duka dia, so dia start open cerita.




Dia cerita, dia pernah bercinta dengan someone, almost 6 years, kot. Aku tak ingat how long, tapi makan masa bertahon jugak.Di saat-saat dia dan kekaseh sudah mengedar kad kawen, sudah menghebah berita bahagia kepada semua, sudah menyiap barang hantaran, sudah memilih cincin di jari tangan, sudah menempah katering dan khemah, majlis kahwin tak jadi diteroskan.




Sebabnya, hati si lelaki sudah terpaling kepada bekas kekaseh, yang tiba-tiba muncul kembali macam yang dalam Telenovela Filipina selalu buat tu.




Dia tak boleh nak accept.Ada orang ketiga antara mereka.Kalao gadoh sebab kes jeles FB mungkin maseh boleh settle down macam tu je.Tapi ni melibatkan loyalty.





At last, dia sendiri end up semua.Dengan nekad, dengan semangat yang sebenarnya sudah tiada roh di dalam.





Dia cakap, dalam tempoh tu, takde satu saat pon airmata mengering.Dunia macam sudah tiada jabatan TNB. Gelap gelita, eletrik macam terputus. Kosong.



Patotlah dia pasang lagu Broery ni berjuta kali.Nak marah, rasa tak sampai hati.Dan cuba meletak diri aku dalam kasot dia jugak.



Semasa aku kenal dia tu, dia sedang move on kehidupan baru dia.Aku tao, bukan senang seperti kau membilang ABC, tapi what else? Qada' dan Qadar sudah tertulis begitu.





On that time, aku tengok ramai yang mengejar diri dia.Yup, dia cantik, berkerjaya, kaya, semua almost perfect.No wonder.



Tapi, dia cakap, dia sudah heartless.









Hati Yang Terluka.
(Ini bukan storyplot aku yang terbaru ok, tapi ini kisah real.)



I wish dia akan bertemu yang lebih baik, nanti




...............................................................................................................................................................................






Yang ku cinta padamu, yang ku sayang padamu.Engkau dan aku telah menyatu satu jiwa dalam cinta.







Sedang layan lagu dangdut paling meletop one time ago,Yang Tersayang.Lagu yang pernah mengungguli carta top 3 radio 3 Ipoh pada tahun 1998.Juga lagu yang mendapat pilihan yang paling tinggi untuk Rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik setiap hari dari jam 9 malam ke 12 malam.(Dulu buat kerja sekolah sambil dengar radio.Terima kaseh to abah dan mama sebab sudah membelikan walkman Panasonic untuk aku sejak darjah 4).



Aku peminat dangdut, ok.Kalao pergi karaoke, selain lagu rock kapak, aku mesti pilih lagu dari genre dangdut.Fun!



Tapi, serius, rindu gila kat Amelina selepas dia dissappear teros dari bidang seni.Nak kata dia bukak gerai goreng pisang, satu Kuala Lumpur aku jalan kaki buat assignment Urban Design still tak nampak muka dia.Oh, mungkin after dia kawen senyap-senyap, dia duduk rumah jadi surirumah yang begitu komited. Bangon pagi buat roti bakar, then pasangkan tali leher dekat leher suami sambil ciom-ciom, kemudian siapkan anak-anak pergi sekolah, balik hantar anak , perangat nasi dengan kari ikan bawal, pukul 2 tengok drama bersiri Indonesia yang emo, dan seterosnya bla-bla.Mungkin ini rutin Amelina sekarang ni.




Apepon, Amelina the legend.Takde sape boleh bring back zaman dangdut dia yang begitu diangkat.Sekarang ni, lagu dangdut rasa dull dan orang just pandang sebelah mata.Keluar album dangdut, perform kat pentas dah macam penari tiang kat kelab lelaki kesepian, goyang buah dada lebih-lebih, tayang ponggong kat audien macam bintang porno kat RedTube, kemudian lirik dalam lagu tak feel langsong.Takde point berkaseh-sayang.

Tak sama dengan dangdut Amelina. Soul dia kuat.Lagu dia, espeseli lagu ASYIK, yang menceritakan dia dah merenyam jatuh cinta kat seorang pemuda tu, drive aku sekali untuk berangan jatoh cinta.

Aku puji lebih-lebih kat Amelina bukanlah sebab aku ada memasang impian nak jadi penyanyi dangdut masa menulis cita-cita dalam report card sekolah warna kuning tu dulu (kantoi), tapi sebab aku memang heart gila lagu dangdut Amelina. Sama macam kau suka lagu Indie Yuna sekarang ni.




Haih.Amelina, silalah buat comeback.




Nota tertinggal: Aku paham mengapa Amelina pernah ada hubungan cinta dengan duda Iwan yang kalao dipandang dari segi luaran, memanglah tak hensem dan tiada ciri-ciri bentuk tubuh yang maskulin seperti Fahrin Ahmad.i got the answer.Single father banyak yang lebih nya.Ops, ini cerita orang dah tua=)




May 17, 2011

Aku skandal







Masa aku balik kerja tadi, aku check handphone.Peh, ramai pulak miskol dan SMS aku.Ada yang ajak keluar, ada yang tanya bz sangat ke sampai tak boleh nak reply dan pick up call dan bla bla.I tell u, semua nya lelaki dan aku rasa aku sangat hot macam Mizz Nina.Tapi sayang, Noh je yang tak perasan kredibiliti aku.Haha.






Aku reply SMS satu-persatu.Dan bila ada yang call balik, aku kena lah layan jugak walao sambil tu sedang minum dengan lelaki lain (kawan kerja).









Tengah muda, tengah single, berkawan lah dengan sesiapa yang kau rasa nak kawan.Aku tak ajar kau untuk betray sesiapa, tapi aku nak di masa muda ni kau experience banyak benda terutama tentang hal hubungan lelaki dan perempuan supaya kau belajar untuk menjadi seorang yang lebih tegar dan matang membuat keputusan, sebelom kau memilih sesiapa untuk duduk teros di dalam hati kau.








Sekarang ni, aku sedang berada dalam transisi daripada dunia student ke dunia pekerjaan.Sedang struggle untuk mendapat posisi yang baik, gaji yang sedap dan kepercayaan bos terhadap kredibiliti diri.Balik kerja lambat, hujung minggu tiada dan bila cuti hanya spend untuk tidor dan masa untuk bersosial supaya tak dikatakan katak di bawah tempurung.








Jadi, waktu sekarang adalah waktu yang memenatkan juga adalah fasa yang semakin serius sebab sedang mencari tapak yang kukuh untuk menampong hidop.Untuk bercinta time ni, rasanya susah.Bila pikir balik, yes, i can grab anyone to prevent orang kata aku ni tak laku atao membosan kan sebab still tiada serius relationship, tapi itu bukan aku.Aku nampak horay horay tapi benda camni kene looking detail dan ikhlas.










Aku berkawan dengan semua orang, bergembira tapi sebenarnya dalam hati aku tahu aku tidak kosong sebab i know i have someone out there tapi prinsip berkata, let us built our own life first, sampai satu masa bila semua ok, i just end up, which is kahwin sahaja sebab sudah kenal hati budi masing-masing.Dan tahu perasaan masing-masing, without need to figure out by words.







Dan aku rasa, keadaan begini lebih teruja sebab kau tak tight dengan komitmen but saling memerlukan, u feel it inside.Suka dan duka, jatoh bangon, kau tetap ada dia di sebelah meminjamkan bahu.Nice.







..........................................................................

















(sekarang adalah musim tengah in love with Noh.Suka sangat gambar dia masa ni sebab hairstyle dia cantik.
Sedang buat hairstyle like Noh. )


















May 15, 2011

Noh hujan. kau hensem

1. Masa aku tengah kerja tadi, someone datang.Meminta nombor aku secara gentleman dan mengajak aku keluar makan mee rebus.Haha.Lelaki berusia ok, big boss Incik Zahari.Phewwit! Aku cakap tak available nak keluar, next time mungkin ok.Haha.


2. Hari ni kerja busy gila.Tak sempat langsong nak pandang kiri kanan.Kadang-kadang rasa seronok, bila kau kerja non stop sampai lah habis waktu kerja.Rasa macam begitu workaholic dan sudah 40 tahon.


3. Jam 2.11 pagi tiba-tiba rasa nak layan lagu KRU-Mengerti.Gila nostalgik lagu ni.Rasa nak dancing on the floor pakai baju oversized sambil ikat key di kepala.Haha.Aku big fan KRU dulu.Semua lagu dorang hafal kot.Dulu masa budak-budak minat kat Yusry sebab dia yang paling jambu tapi bila dah dewasa ni, rasanya lebih suka personaliti Norman.(i recognize something from that, nampak sangat budak-budak sekolah memandang rupa tapi bila dah dewasa memandang kredabiliti).


4. Tunggu Sekejap-Noh hujan.Lagu ni bikin aku mengantuk dalam bahagia lah.Haha.




May 13, 2011

Hari Sabtu di Kuala Lumpur

Semalam, rasa berat hati gila nak balik.Cakap kat mama, tak mahu balik.Macam budak sekolah yang tak mahu pulang ke asrama semula.Lepas cakap camtu, tekup muka dengan bantal.

Mama pujuk aku.Mama cakap, cepat siap.Train pukul 10 malam.Nanti Along sampai mesti dia bising kalao tengok aku tak siap lagi.Mama memujuk lagi, kita pergi makan sate.Hari tu kata nak makan sate.Aku pelok mama kuat-kuat.

Serius, pulang yang ini, aku rasa mahu balik teros dan stay dekat dengan abah dan mama.Incik Zahari memujuk pon dah tak boleh pakai.Aku rassa soul aku dah takde di sana.But what to do, kene kerja sementara dulu di sana.

Pagi semalam CIMB bank dah call aku tentang application aku.Dia kata, i call u back for interview.Harap Tuhan memperluaskan rezeki aku.

Dan malam semalam, aku menghabiskan masa di Wangsa Walk bersama kekaseh hati Zabrina Ezura.Melayan teh o laici ais sambil mendengar dari jaoh persembahan-persembahan lagu dari live band show yang berhampiran dari tempat duduk kami.Awesome moment.Bercerita semua hal dengan kawan baik dari tingkatan satu dulu, tanpa boundaries, kau rasa kepala jadi kosong dan energetik dalam diri tu seperti di charged semula.

Aku cakap pada Zabrina, kalao kita dah jadi bini orang, kita boleh still keluar macam ni tak?late night outing, duduk di celahan kumpulan jejaka, lepak sampai awal pagi.

Actually boleh, bergantong pada dengan siapa kita kawen nanti, kata Zabrina.I will miss this part, haha.




Ok.Sambong later.

May 11, 2011

Perjalanan seorang biduan

Hari ni aku bangon lambat.Pukul 10 pagi.Seronok kalao tak kerja ni kan?Bangon pagi kepala kosong, tak payah nak congested dengan masalah dunia.







Atas katil tadi, aku review balik kehidupan aku untuk almost 2 year ni.Serius, baru aku perasan, since aku habis belajar di UiTM, aku sebenarnya tak pernah rest lagi.Memanglah duduk tengok tv atao bermain Facebook tu boleh dikategorikan sebagai berehat, tapi yang aku maksudkan, keadaan diri aku yang tak pernah duduk diam.Otak tu, berfikir sepanjang masa walaopon sedang tidor.







Dari final sem yang sucks, aku diuji dengan pamili matters yang maha besar bebanannya.Time tu, still remember, bekas kekaseh kahwin orang lain, Along jobless, bergadoh dengan kakak ipar, abah sakit dan jobless jugak, mama daripada jadi tulang belakang keluarga, tiba-tiba jatuh sakit, menghidap Cancer.Pidot pulak baru nak sambong pengajian di peringkat ijzah di UiTM.






Buk!








Aku rasa aku pon tersungkur sama.Time tu, pegangan aku hanya doa, doa dan doa.Dalam hati kene lebih strong dari semua.







Aku bagi semangat kepada Along untuk interview kerja baru. Kesian masa dia takde kerja, nak beli rokok sebatang pon tak mampu.Hari Along pergi interview, aku masih ingat.Satu rumah buat persediaan untuk dia.Aku check kan sijil dan resume dia, ironkan kemeja dan seluar dia. Prepare tali leher untuk dia. Dan mama masih lagi gagah pergi menemani Along pergi interview kerja. (anak mak). Dan alhamdullilah, rezeki di pihak dia.Aku tak risaukan yang lain time tu, tapi hanya risaukan anak dia yang makin nak kenal dunia.Duit kalao takde, susah.






Aku bagi semangat pada abah sebab dia terlalu risaokan mama sampai kesihatan dia jugak terganggu.Setiap hari tugas aku menjaga abah.Masak untuk abah sebelom bergegas ke hospital.Paling aku risaokan bila aku kene stay di hospital untuk beberapa hari.Aku risao abah takde selera makan sebab biasanya abah susah nak makan bila orang lain masak, kecuali aku atao mama.






Aku bagi semangat pada Pidot jugak.Dia tidak mahu sambong ijazah sebab duit takde.Bila pikirkan balik, keadaan ni macam drama.Tak sangka, happen in my real life.Selalu tengok cerekarama sahaja.Aku cakap kat Pidot, peluang takkan datang banyak kali.Take it as challenge.Tuhan takkan menguji hambaNya jika dirasanya tidak mampu.Time tu, aku bagi sahaja laktop walaopon berat hati, supaya dia senang buat assignment.Aku tahu, bagaimana susahnya nak buat kerja kalao pinjam barang orang.I have been thru before.







Artwork yang aku bagi pada Pidot, malam sebelom dia mendaftar di UiTM-diambil dari FB dia semalam.







Pada kakak ipar, aku tahu dia stress dengan keadaan pamili aku, juga keadaan diri Along yang tak stabil ketika itu.Tambah pula dengan campor tangan orang luar yang macam haram jadah, nak pecahbelahkan keluarga kami.Tapi aku bersabar, dan cakap, one day kita akan happy balik.Dan alhamdullilah, kami boleh accept each others semula.





Dan, untuk mama, adalah yang paling susah untuk aku menjadi kuat.Mama berasa sangat takot ketika tu.Aku tahu, dia takot pada Cancer, dia takot dia akan kehilangan life dia selepas ni, dia takot tiada siapa akan jaga anak-anak, cucu dan abah.Aku sendiri tak kuat, lari jaoh dari mama selalunya, sampai pernah menangis di depan pakcik india yang jual kacang puteh, di depan kedai runcit, di dalam bas town ipoh, semua tempat aku pernanh menangis.






Tapi, i have no choice.Aku banyak membaca buku tentang Cancer time tu dan beri semangat pada mama.Time tu, aku selalu pastikan, bila mama bukak mata, aku akan ada di depan mata mama dan memegang tangannya supaya mama tak rasa takot walaopon aku sendiri takot kehilangan mama.






Bila mama sudah rasa upaya sedikit, aku ambil keputusan untuk kerja di Genting.Time tu, aku melawan psikologi sendiri.Bukan senang, tambah pulak dalam masa yang sama, aku kene menepis perspektif orang luar yang bermacam-macam.Kau ada degree, tapi kerja di tempat macam tu.Belom lagi orang bercerita tentang lifestyle di sana.Aku benci manusia yang menyibok hal orang.Its ok, aku pikir kerja di sana boleh saving sebab tak perlu pikir transportation dan belanja sewa rumah dan bil lain. Duit gaji totally boleh spend untuk perbelanjaan dapur, perbelanjaan kimotheraphy mama, perbelanjaan pidot di universiti dan mungkin setakat nak menampong makan minom aku hari-hari.Cukuplah.






Bila duduk, minom kopi, dan teringat balik masa-masa susah aku, aku rasa macam hati aku freeze.Sesekali berdenyut sakit, sebab terlalu perit untuk dilalui kalao menguji lagi.









Jangan bercerita tentang susah dengan aku.Sebab aku sudah melaluinya, selalu.Mungkin one right day, aku akan menulis sebuah buku untuk perjalanan seorang gadis biasa yang bernama Noor Affni Roosli.






tears.

Semalam. which is 10 hb May, adalah hari paling fed up aku rasa untuk bekerja.

9hb May, aku masok kerja shift malam.Kemudian semalam aku masok kerja petang.Jump shift, jadi paham sahaja lah, tak cukup tidor.Kepala pon tingtong.

Sampai sahaja di back office untuk menanti briefing petang, supervisor aku brief aku dulu tentang some mistakes aku untuk kerja semalam.

Bla, bla, bla dan bla.

Mood nak kerja dah takde.Actually, aku dah seminggu takde mood nak bekerja.Satu sebab aku risao kesihatan abah di rumah.Kemudian, mood workaholic aku diganggu pulak dengan persepsi orang tentang kerja aku di Genting ni.Aku cuba mengabaikan, tapi tak boleh.

Habis briefing, aku termenong.Bila supervisor aku tanya aku ok ke tak, aku dah wet.Bukan wet macam masa bersetubuh, tapi wet sebab air mata semua keluar meluncur macam hujan di hujung Disember.Lebat.

Kemudian, secara kebetulan aku ada meeting department masa tu.Aku pergi washroom untuk membetolkan muka yang kelat macam tahi anjing.Tapi, airmata still bergenang.

Bla bla bla bla.


Habis meeting, aku pergi cashier counter untuk mengira cash yang berjumlah RM3 K.Dalam hati ada niat nak songlap duit kemudian blah pergi bercuti kat Bali, tenangkan pikiran dari keadaan yang chaos di tempat kerja.Rasa dada aku congested sangat.

Habis kira, aku pergi mcD.Sambong menangis sorang-sorang.Ada budak India depan meja aku tengok aku menangis dan beritahu mak dia.Mak dia kata jangan tengok.Dia sedang bersedih.Mungkin sedang bergadoh dengan kekaseh.Aku rasa mak dia cakap camtu.

Serius, aku rasa takde mood sangat nak kerja.Fed up.Restless.Afraid.Less excitement.Bergomol sesama sendiri perasaan tu.

Sudahnya aku balik ke office dan jumpa Manager.I wanna go back home.Itu sahaja ayat aku.












Pukul 12.45 pagi aku sampai di oldtown Kampar, menaiki keretapi Utara, as usual.



Ajaib.



Perasaan tidak seperti siang tadi.

May 8, 2011

Aku bukan Sofia Jane

Aku tak suka nak meng compare hidop aku dengan orang lain.Even how good they are, aku akan cakap, okey, itu mereka, aku lain.

Kalao mereka lebih dari aku, aku akan advise diri aku, masa kau akan tiba but must work hard.Semua benda dalam dunia, kalao lah boleh mintak dan seterosnya turun dari langit in 5 minutes, tak payah kau nak iri hati.So, aku tak rasa nak terkejar-kejar.

Yang aku perasan dalam hidop aku, semua benda yang aku wish, aku boleh dapat tetapi selalu nya lambat.Memang lambat.Tak kisah lah apa sahaja.Alhamdullilah, Tuhan tu mendengar.

Cuma tentang jodoh, di luar kuasa aku.But who knows? I will married to my prince charming? wallahuallam.



Sekarang ni, banyak lagi tak tercapai sebenarnya.Nak beli kereta, camera DSL, vacation with famili dan bff aku, dan get a better life dari sekarang, of coarse.

Kawen tersenarai ke dalam planning aku ke arah better life?Hurm.Walaopon kawan-kawan semua dah mengakhiri zaman single, tapi secara jujurnya lah, dalam kepala aku still tak berani nak pikir ke arah tu sebab my responsibility terlalu besar.Even aku anak perempuan, tapi rasanya keperluan keluarga sudah jatuh ke bahu aku since Along dah ada pamili sendiri.Yup, he is always be there looking after for my parent dan adik di universiti, tapi u konow, aku rasa its my part jugak.

Aku ni idealistik jugak kadang-kadang, oh nak kawen macam orang lain, nak ada pre wedding video, nak provide goodies bag yang comel-comel untuk guest di hari wedding aku, nak pakai baju yang bling-bling tema puteh on the wedding, nak itu nak ini, tapi everything still too far.Serius.Pasal hidop, nampak aku cam main-main, jump sana, jump sini (orang kata), tapi aku sudah 25, merancang hidop but Tuhan tu lebih mengetahui apa yang terbaek.


semoga segala urusan dipermudahkan.

May 6, 2011

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day untuk mama.



Tak boleh tulis pasal mama, sebab air mata cepat sangat keluar kalao ingat balik what have been through bersama mama.

Paling tak boleh lupa waktu aku menunggu mama operate tahon lepas.Bila kau tengok muka dia terlalu lemah, segala jasad dan roh kau jugaturut melayang-layang dibawa pergi.

How do i live without her?




Mama.Angah sayang mama.

Semoga mama sihat sejahtera dan kita boleh selalu keluar shopping kasot dan handbag.

May 2, 2011

Membebel

1.Aku baru beli notebook, sebab aku rasa hidop aku makin takde jisim.Salah sebabnya, bila aku takde notebook, aku tak boleh ber blog.Aku hilang medium untuk bercerita ups and down hidop sendiri.Nak cerita kat orang, tak semua boleh paham.Sebab, orang menafsir cerita kita dengan meng compare hidop mereka dan kita.Tak sama, sebab dalam dunia ni perjalanan hidop masing-masing totally lain.Contohnya, kau nampak dia gagal, dan kau mungkin menafsir banyak benda kenapa dia begitu tapi kau tak tahu pon cerita di sebalik tabir.Kan?

2.Hidop single lagi seronok kot buat masa ni.Sebab banyak benda nak settle down dan sebenarnya aku masih dalam tempoh recovery tentang masa-masa lepas yang kejam.Dan minggu lepas adalah satu masa yang amat stress.Stress sebab perlu mengambil keputusan sekali lagi.Aku tak paham lelaki.Kau nampak mereka strong enough, tapi tak berani nak buat keputusan yang berat.Aku tak kata aku dominan tapi kalao dalam hubungan, love is not there, apa lagi yang mahu ditunggu.Cerita aku dan Incik Zahari macam cerita Rona Roni Makaroni.Dan, kesudahan cerita kami patot di end up seperti drama bersiri cerita itu jugak dan aku ok sahaja.

3.Sekarang ni banyak aku merajuk dengan orang.Tak tahu kenapa begitu sensitif.Semalam merajuk dengan abah, hari kawan baik sendiri, seminggu lepas dengan Incik Zahari, 2 minggu lepas lagi dengan klik kerja.Boleh tak nak pergi mana-mana pulao, off handphone dan bercuti sorang-sorang.I dont want anybody disturb me.

4.Oklah.Aku pergi dulu.Keretapi sudah tiba =)