May 28, 2009

Kuah kari, mereka dan aku.

*sedang mendengar lagu Kau Ilhamku-Manbai*

Huwahuwa. Rasa nak nangis. Teringat kawan-kawan masa zaman Dip kat UiTM.Time ni aku rasa semua hilang, pergi jaoh satu persatu.

Aktiviti membuang masa di suboh hari

Field trip to Fraser Hill.

Dan, aku jugak sudah bertukar pergaulan.Melalui hari-hari ni dengan orang lain. Ke mana mereka?

Bergambar di kedai Apek pon jadi.

Sebahagian pamili kami

What i missing a lot is studio life of ours.Fasa kehidupan paling seronok sepanjang hayat aku, aku rasa.

Biasanya, tak musim submission pon kitorang still lepak kat studio buat kerja sampai Suboh. Kadang-kadang takde keje pon. Saja nak hirop udara dalam studio yang busuk tu.Hehehe.

Mana tak busuk. Studio dah macam rumah setinggan. Kat situ la ada tuala, kat situla ada baju yang belom dihantar dobi, kat situla mangkok megi yang tak dibasoh, kat situla air watercolor yang dah macam teh ais tak dibuang dan kat situla ade manusia-manusia yang kadang-kadang terlupa nak mandi pagi. Hahaha. tapi, aku rindu nak tengok environment naif camtu. Rindu.

Orang cakap budak studio ni sosial terlebeh sudah. Aku rasa perlu diperbetolkan ayat itu. Pada aku, hubungan sesama kami lebih kepada kekeluargaan, mungkin. Rasa, aku duduk dalam satu famili yang adik-beradiknya ramai. Dan, aku rasa aku tak perlu rasa takot dalam apa jua keadaan. kawan-kawan ada di sisi.24jam.
Malam birthday Chaq yang ke berapa ntah. 19 kot. Hahaha.Caq budak Palapes.

Aku tak boleh lupa, zaman ekonomi merosot kami.Mana nak cekao duit nak xeroc plan yang berlambak-lambak, duit nak beli tracing paper, pen, duit nak makan lagi. Nasib baikla time tu kuar masuk UiTM naik bas UiTM yang free of charge. Kalo tak, menapak.

Pernah satu malam, semua takde duit nak makan. Masing-masing hulur duit seringgit sorang nak beli roti canai kat Perindu Inn. Mana yang takde duit tu kitorang topupkan.Dan terima kaseh pada Abg Luznan.Belanja kami ketika tu. Jadi, makanlah kami ramai-ramai roti canai yang dikongsi-kongsi.Lapik perot untuk semalaman. Tak lupa jugak ade yang sampai hirop kuah kari roti canai sebab dah lapar sangat. Haih, tak boleh lupa.Sweet memories.

Cerita pasal keje. Waktu paling seronok. Masing-masing duduk kat meja drawing sambil melayan radio Best 104 ketika tu~lagu-lagu jiwang.Selalunya lagu start best selepas pukul 12 malam.Kadang-kadang, bila rasa ngantuk, adala sorang jadi DJ.Membuka peluang pada sape-sape dalam studio untuk membuat dedikasi lagu pada yang tengah ngantok mengaler master plan. Hahaha.Paling aku takleh lupa bila aku buatkan air nescafe. Disebabkan time tu dah pukul 4 pagi, ngantok tahap gaban, orang sebelah aku ni boleh dengan slumber celop beros kaler dia dalam air nescafe aku. Dia boleh ingat air nescafe tu air water color dia. Hangin gak tapi aku tak jadi marah. Rasa bende tu kelakar pulak.

Presentation Day. Kawan-kawan datang memberi sokongan.Thanks.


Hari kanak-kanak Ribena kami :)


Brainstorming pecah kepale nak buat persembahan. Yeay, kami brjaya!

Kenangan di Lake Garden. Wa, tak suka belajar pokok.

Banyak lagi kenangan mencuit hati. Kadang-kadang rasa nak hidop zaman Doraemon supaya aku boleh guna mesin pemutar masa tu. Aku nak kembali ke zaman dulu walao untuk sehari dua. Aku nak habiskan masa dengan kawan-kawan.Aku nak dorang ade dengan aku 24 jam.Aku taknak rasa rindu ni datang.

It hurting.

3 comments:

  1. AnonymousJune 05, 2009

    tiap2 cte most of d time aku rase aku b'same...huhuu ade gak la t'selit aku...
    xleh lpe psl mkn roti cni rmi2 n insiden hirup kuah...
    haahahaha
    sdh...
    hiba....
    rndu....
    -ZL- (SIB)

    ReplyDelete
  2. aku pun rindu dunia studio....tapi cara hidup dah berobah....so aku stayback kat ofis lak...

    dah lama aku x berblogging....

    ReplyDelete