Mar 23, 2011

Coarse

Hari ni tak pergi kerja sebab aku kene pergi ISO coarse.

ISO stands for International Standart Organization.Coarse ni lebih kurang bagaimana kita, yang bekerja dalam servive line ni mahu mencapai standart yang sepatutnya dalam nak mintain dan improve kualiti produk dan service yang ada, untuk memuaskan hati customer.

Aku rasa macam gembira masa nak pergi coarse tadi sebab menghadiri coarse ni rasa macam bring back the old memories masa mula-mula aku kerja di sini, di mana aku pergi ke Front Office Academy Coarse dan di situ aku terjumpa Incik Zahari.

Dia, dengan gentle mintak nombor aku tapi aku tak bagi.But i dont know, lepas pertemuan tu, banyak sangat pertemuan susulan di tempat lain until now we are going together.

Terima kaseh Tuhan di atas pertemuan tu, sebab sehingga ke hari ni Incik Zahari banyak menghidopkan inner strenght aku di sini.Bukan mudah mahu teros cekal hati berada di sini, i tell u.Banyak kali menangis, depressed, mahu berhenti kerja, tapi dia ada untuk mengelap air mata dan meminjamkan dada yang bidang untuk aku mengada-ngada =)




I miss U.

Mar 20, 2011

Saya, mereka dan dia.


*Minggu ni begitu busy, kerana aku sudah masok cashiering, mengurus keluar masok duit front office side.Banyak kene pick up benda baru, dulu 24 jam menghadap drawing, tapi position aku sekarang beri aku chance untuk belajar pasal finance dan hotel management selain customer service yang kadang-kadang macam gampang.But all these things rasa lagi hebat daripada buat master plan, serius.



*Minggu ni jugak sudah mula sketch plot untuk pre-wedding video salah seorang bestfriend aku ketika belajar di UiTM dulu, Cik Akmar gadis chanteq.Aku memang suka kalao diberi peluang untuk involves semula dalam kerja-kerja pembikinan video ni. Ah, teringat kenangan buat movie untuk studio dulu, how great that old times.Shooting sampai pagi dengan barisan para aktor dan aktress yangaku hanya bagi skrip secara verbally tapi superb dorang menyampaikan apa yang aku nak for the last product.Guys, rindu korang.




*2 hari ni jugak aku menghabiskan masa dengan kawan baik aku dari sekolah, Cik Zabrina.Aku prefer going out dengan dia sebab chemistry yang ada between kami.Susah nak jumpa someone yang kamu boleh trust 100% untuk bercerita dari A to Z mengenai perihal kamu.Kalao ada, mungkin tidak available untuk selalu duduk bertentang 4 mata.Kan Kak Anis? Sangat rindu yang seorang lagi ni. Heh.Tapi aku suka keluar with Zabrina sebab, kau bayangkan kami bercerita dari start makan asam laksa, lepas tu pergi beli pulak nasi lemak, kemudian pergi tambah pulak kuih buah melaka sebagai dessert, kemudian pergi order pulak roti pita panas inti kaya sampai brader hensem kat sebelah tak jadi nak mintak no handphone tengok situasi itu.Haha.I like girl day out begini.Fun dan chill!



* 20 Mac, pagi tadi aku dan Zabrina jugak pergi menghadiri wedding dan majlis pertunangan 2 kawan baik semasa di tingkatan 1 di SSBJ dulu.Bayangkan almost 10 tahon tak jumpa, sekali jumpa masa semua dah nak naik pelamin.Dulu masa sekolah, nak bercerita pasal lelaki pon tak berkenan, asyik-asyik bercakap pasal stick hoki, kasot Nike mana yang best, training yang memenatkan, dan bla bla bla.Sangat pure.Heh.




*Tadi masa wedding, ada makcik yang nampak macam interested approach aku di meja makan beradap.Makcik tu tanya bila turn aku pulak nak kawen, dah berpunya ke belom dan bla bla bla.Aku cakap lambat lagi kot makcik, then dia teros bercerita mengenai anak terunanya yang maseh belom kawen.Haha.Orang kampong memang beginilah, bila anak teruna atao anak dara dah berumur 25 tahon ke atas maseh membujang, mulalah merisik-risik di majlis-majlis begitu.Haha.Makcik, my status now its very complicated.Heh.





*Dalam kesibokan aku keluar dengan aktiviti sendiri bersama kawan-kawan, handphone memang tiada masa di tangan.Tapi, bila bukak inbox, i got some msg dan missed call from incik Zahari.Ingatkan aku mahu lay back, tapi rasa sedikit terharu bila beliao risaokan saya di mana, sudah makan atao tak di luar, keluar dengan siapa.Saya akan pulang semula esok, jangan rindu banyak sangat =)






Okey.Cukuplah update.Mahu tidor sebab esok perlu kembali back to work.Selamat malam Malaysia.




Mar 6, 2011

Nak jadi supervisa.Haha.

Aku sedang merombak kehidupan aku sebab rasa unsettled these few days.

Dah lama terpikir sebab lately rasa macam no life, seperti ada yang lebih baik sedang menunggu di luar.

Aku sedang mencapai klimaks dalam kerjaya yang ada sekarang, working environmet maseh di tahap yang memuaskan tapi dalam hati cakap, i need something new yang boleh buat aku bernafas.

Hikmah aku chicken pox hari tu, Tuhan memberi sedikit ruang untuk aku berfikir sebab sebelom ni pergi kerja, balik kerja online kemudian tepok bantal tidor.Nak bermimpi pon tak sempat.

Tentang hubungan baru aku ni, still terlalu awal nak decide ke mana hala tuju.I love him, all my heart tapi rasanya aku tak patot memberi lesen pada dia untuk me limit kan vision yang aku simpan selama ni.

Senang sahaja, ada jodoh ada la, kita hanya mampu buat yang terbaik.





Tapi sebenarnya, bukan senang mahu ambil keputusan begini.Aku perempuan, hati tak sekuat mana tapi i have to.




........................





Ps: Cerpen di bawah tangguh dulu untuk to be continue.Penulis hilang idea.banyak makan petai 2 3 hari ni.Haha.Terima kaseh bagi yang memberi komen.

cinta yang takkan pernah ada

Si isteri menyiapkan baju kerja si suami.Si suami maseh dalam dengkuran.Nyenyak, tambah di luar hujan renyai.

Si isteri memandang telefon bimbit si suami di meja solek.Hati terdetik mahu menge check, terutama bahagian inbox dan sent item.

"Abang rindu Oja.Bagaimana mahu buat ye?" SMS si suami kepada si penerima, seorang gadis.



Hati si isteri luluh.Bagai kaca yang terhempas di lantai.Manik-manik jernih dengan deras mengalir ke pipi.Hampa.


Jam menunujukkan pukul 8 pagi.Si isteri terkejut.Masa untuk mengejut si suami.Si suami bangon dengan malas tapi maseh sempat menghadiah sebuah ciuman di pipi si isteri.Si isteri rasa kosong, lemah.

Habis mandi, si suami memelok si isteri."Sayang busuk bao anak kebao" Guraonya sebagai rutin setiap pagi.Maseh galak menciom.

"Siapa oja, abang?"

Si suami senyap.Tapi melirik tenang pada si isteri.

"My past.Tiada kene-mengena lagi dengan abang"

Si isteri diam.

"Abang boleh rindu segala masa lepas abang tapi sekurang-kurangnya abang tak boleh beri ruang lagi untuk dia datang semula"

Si isteri berlalu keluar.Meninggalkan si suami yang maseh diam di birai katil.
Lagu Warkah-Bau tiba-tiba jadi musik background.Orang sebelah pasang radio, mungkin.














........................................

Mar 2, 2011

"My Loneliness Is Killing Me.."Britney Spears.


Lirik lagu Britney Spears.Heh.

Since aku dah jaoh dari kawan-kawan studio yang banyak peel, jaoh dari kawan-kawan satu rumah sewa yang banyak gosip, juga jaoh dari keserabutan drawing dan design yang dulu me limit kan masa untuk aku bergoyang kaki dan berangan kawen dengan anak raja, membuat aku rasa begitu sepi dan sunyi sekarang.

Kesunyian dan kesepian tu selalu nya aku avoid dengan membazirkan elektrik.Bukak tv walopon mata lebih nampak dinding di belakang daripada drama di dalam tv,kemudian on internet merapu di FB, takpon pasang mp3 kuat-kuat dalam usaha men create sense of chaos di sekeliling.Tapi still rasa nak menangis.

Baru aku paham kenapa kawan-kawan dalam usia begini sudah mahu berkahwen.Bila pulang dari kerja, bila tengok dinding, cakap dengan semot dan bertepok tampar dengan angin, aku rasa indahnya kalao sudah berkawen.At least boleh jugak mengada-ngada dengan suami sendiri.

Aku pulak jenis tak suka ber joli walaopon duit sudah ada.Thats why bila Incik Zahari pulang dari kerja, aku rasa huarrrrrghhhhh-lega hidop.



Bila nak kawen?





.....................................................Tahon depan, insyaAllah. (ayat tipikal dari 2 tahon lepas bila makcik-makcik sibok bertanya).


Mar 1, 2011

Entry khas dituju untuk Incik Naha.



Berkomen-komen di FB tadi mengenai isu lelaki menjadi gemok selepas bercinta akibat terpaksa makan makanan si gadis yang mempunyai tabiat suka tak habiskan makanan.

Naharudin, jejaka hitam manis dari Kajang yang merupakan rakan kongsi roti di dalam studio dengan aku dulu merupakan salah seorang yang bersetuju dengan isu tadi.Sebab dia juga semakin gemok selepas bercinta dan mengalami fenomena yang sama.Haha.

Memang betol.

Mana-mana pasangan pon begitu.Biasanya masa order, si gadis membuat pilihan sebab gadis mempunyai 9 nafsu.Nak itu, nak ini siap dengan pencuci mulut sekali.Tapi lepas makanan sampai, lepas 2 3 suap, perot sudah kenyang.lepas tu mulalah keluarkan ayat manja "B, i tak larat.u tolong habiskan k."

Haha.

Si lelaki, nak taknak, dengan rasa humble dan gentleman nya akan ber tolerate untuk menghabiskan makanan si dia.(sebenarnya dalam hati mereka rasa betapa rugi nya kalao tak habis.Aku jugak yang nak kena bayar.haha.)

Sudahnya, times by times, dari kelihatan seperti Zizan Raja Lawak dan bertukar jadi Afdlin Shauki.



Tak kisahlah.Itu tandanya hati kamu rasa bahagia bila berdua.Kamu saling melengkapi =)



Bukti kebahagiaan mereka.