Sep 27, 2013

Me, and my days.


Hi everyone.

Tengah aku hi-tea with sweetheart, boleh aku teringat akan blog aku yang sudah lama ber sawang ni.Rasa rindu pada blog, jadi klimaks.So, aku ajak dia teman aku pergi library untuk menemani aku ber blog.Dia, aku suruh baca surat khabar, as usual.Notebook aku, still.Maseh belom direpair.Bila pergi KL, mesti tak pernah ingat pasal nak repair Notebook kat Low Yatt.Hmm.Beli ipad? Laktop baru? Tak, sebab aku sayang sangat Notebook kecil warna puteh itu.Aku beli dengan duit mama, di akhir-akhir hayat mama.Sobs.

Last week, aku a little bit busy, teman my bestfriend Zabrina make her last minute prepation for her wedding with Rizal.Aku tak lah tolong banyak mana, cuma sempat ikot dia pergi berinai di Uptown Cheras.Then, tolong dia deco mini pelamin untuk majlis akad nikah dan seterusnya ke Melaka untuk reception.Paling meaningful, bila dapat habiskan masa gelak ketawa sedih dengan all bestfriends Zabrina since school till UiTM yang juga dah jadi a part of my good friends.Kaknis, Ina, Nawi,Norma, Linda, Swanie, Mok.U guys gila.Hahaha.Sorry, tak dapat nak update all the pictures and the sweetness sebab semua gambar dalam handphone.Ngee.

Seeing the happiness of my bestfriends wedding, make me think about that, as well.Siapa tak nak kawen? Aku nak weh pakai baju cantik-cantik, everyone come to celebrate my big day.Tapi maseh tak berani nak tulis lebih daripada yang aku tak nampak lagi.Pray for my happiness, guys :)

Lain-lain?

Ala, lupa nak tulis apa.

Bye,



Apr 24, 2013

In sha Allah

These few day rasa sangat bahagia dan smooth, alhamdullillah.

Untuk kerja, tak setegang 4 bulan ni lagi.Dan untuk hubungan aku dan Incik Zahari,juga lebih relaks dan more dalam mood intimate.i dont know why, secara tiba-tiba, its like we are fall in love for second time.Tiada apa benda nak isu kan dan diperbesarkan.Aku jadi lebih tenang.Tidak mendesak atao terdesak dengan keadaan.Dia lebih romantis.Lebih care.Bukan seperti diri dia yang aku sudah faham sebelom ni.Macam baru berjumpa.Rindu lebih.Sibok di workplace maseh boleh teringat dia.Tersenyum sorang-sorang.Dan dia lebih banyak membuat panggilan dan sms ketika waktu kerja.Perasaan seperti tidak sabar nak berjumpa untuk the next meet.I feel both of us different.The way we treat each others ber beda.

Yang aku sedar, we change a lot bila aku dan dia cuba separate untuk mencari haluan sendiri buat sementara waktu kelmarin.We agree to find our way first before we decide to share this life.Perancangan nya sudah hampir ke jalannya, tapi takdir rasa nya belom lagi mengizinkan.Rezeki kami maseh di sini nampak gayanya walao niat baik untuk ber hijrah sudah menjenguk.

Aku letak nya, apa yang berlaku tu ibarat hikmah Allah.It make our relationship working.

Kini, aku banyak jugak cedok tips untuk memahami lelaki bergelar ayah tunggal dari penulisan Jonathan Croswell.Its may not always easy to meet an interesting man with kids go up but it can be manageable as long as you prepare yourself and keep in mind that even when he's your boyfriend, he's still a parent.Itu yang aku pegang.Dengan perbezaan umur 11 tahon juga antara satu wall yang kadangkala blocking us.Tolerate and understanding, itu yang cuba aku belajar.Juga dia.

Alhamdullillah.So far, with all my heart, i feel he is the best man for me to educate me, to raise up my mind, to lead me, to pamper me, to care me and to love me.

Petang tadi juga, aku menghabiskan masa lepas kerja di mamak minom teh tarek sambil having conversation dengan abang bellHope tempat kerja aku dan juga bos aku yang juga sudah berumah tangga bertahon-tahon.Seronok mendengar kisah rumahtangga mereka dengan ragam anak-anak yang challenging.Banyak yang aku ambil dari cerita mereka tadi.Mungkin aku belom kawen dan tidak boleh feel nya tapi sekurang-kurang nya aku cuba faham on behalf of my sayang dalam menghadapi  anak-anak yang sedang membesar.

Entah, aku surrounded with married and matured people, jadi isu sekeliling aku tidak lagi kena dengan usia aku.Lebih berat dari fikiran.Haha.

Aku harap lepas ni aku lebih relaks.Mungkin sebelom ni aku still not feeling well of my loss.Ter tekan di dalam.Dengan kerja yang stress.Waktu kerja yang kontra dengan dia.Perangai aku yang terlalu emosional dan ikotkan perasaan.All blended buat aku jadi bukan diri yang sebenar.

Im happy with my self now.

Semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku dan mereka di sekeliling.

In sha Allah.


Apr 9, 2013

Abang lewat 30an

Tadi aku bersembang panjang dengan seorang lelaki yang berpangkat abang pada aku.Usia nya mungkin akhir 30an.Berstatus suami dan bapa yang penyayang.Tidak hensem tapi punya kharisma yang mampu menarik perhatian ramai gadis termasok aku.Hehe.

Aku dengan dia tidak lah rapat mana tapi aku terharu dia willing bercerita kisah rumah tangga dia kepada aku.Cerita yang berat tapi dia buka mulut meluahkan.Sungguh, aku selalu tertanya, kenapa kebanyakan orang yang tidak akrab mana dengan aku berasa selesa dan percaya untuk datang duduk bercerita dengan aku kisah hidop mereka, dari A hampir ke Z, tanpa ragu sedikitpon kepercayaan terhadap aku sebagai pendengar.Pelik.

Apa yang menarik minat aku mendengar cerita dia adalah perjalanan kisah trilogi cinta dia.Dan di sebalik cerita dia, aku sangat mengkagumi prinsip dan cara dia as a manly man.Tak banyak aku dengar lelaki berkongsi hal rumahtangga yang sangat rumit dengan aku seperti ni.Ini mungkin anatara yang terawal.Aku setia mendengar tapi sungguh, aku berdoa supaya  tidak sama sekali akan diletak dalam situasi berat seperti yang diceritakan.Kisah cinta trilogi.Antara harapan orang dan cinta terhadap isteri.Hmm.

Tapi apa yang diceritakan, secara tak langsong, banyak persamaan dengan cerita aku jugak.Daripada situ aku dapat mengutip pengajaran, yang sangat berguna untuk menjadi perempuan yang lebih dihormati dan disayangi lelaki.Baru aku faham Incik Zahari bagaimana kerana melalui apa yang dia ceritakan, itu lah yang selalu aku lalui dengan Incik Zahari.Contohnya mengenai dalam bab berkawan dengan kawan-kawan perempuan yang pernah singgah dalam hidop mereka.Remain as friend, maseh ingat dalam kepala nombor telefon mereka, maseh tak lupa tarikh lahir mereka, maseh berhubung mesra dengan mereka, tidak bermakna hati tu maseh menyinggah di sana kerana hakikanya tak boleh diubah atao dicemburui.Mereka tetap kawan.Tidak perlu kita jadi batu halangan.Itu yang incik Zahari selalu cakap pada aku.Same word yang keluar dari abang tu tadi.

Banyak juga prinsip hidop abang tu yang sangat aku adore.No wonder dia menjadi perhatian perempuan lagi walao sudah bergelar bapak dan suami orang.Aku terlalu memuja personaliti dia selain sifat romantik dia terhadap isteri.

Apapon, conversation antara abang tu dengan aku tadi tu sangat beri fikiran positif kepada aku tentang kewujudan lelaki dan sifat mereka.Insha Allah.Aku akan perbaiki kelemahan diri dalam menjaga keharmonian hubungan.



Kadang-kadang, berkawan dengan mereka yang lebih tua daripada kita memang mengajar kita untuk, at least berfikiran jaoh dari usia sebenar.


;)

Apr 8, 2013

Goodnight lover.



2 3 hari lepas aku ber mimpi pelik.Mimpi mengatakan that something will happen to me and Incik Zahari.The motif of mimpi like macam aku dan Incik Zahari akak separate our way.Bila bangon tidor hati aku rasa sangat sedih dan rasa berdenyut sakit.Is it a signal for us ataopon hanya mainan tidor semata-mata?

Until yesterday, Incik Zahari picked me up from train Batang Kali.Dalam kereta, dia bersembang dengan aku.Dan memberi satu cadangan.Sayang, apakata kita cari kehidupan di bawah pulak? Maksud abang kita berhijrah ke downtown and start new life?

Buk.

Bagai halilintar singgah di badan aku.Aku rasa terkaku dan mahu menangis.Macam-macam perasaan yang datang.Sedih, happy, risao, takot dan macam-macam.

It means that kami akan tinggal di area yang berbeza, mungkin tidak akan dapat jumpa setiap hari seperti selalu, dan perlu tukar angin untuk semua perkara-kerja, kawan kerja, tempat tinggal dan sebagainya.

Hmm.

He make a descision for our goods, he said that.Untuk mencari kehidupan yang lebih tenang dan terbuka.Berhijrah untuk yang lebih baik dari semua segi.Aku faham maksud dia, dan sebenarnya pemikiran kami serupa cuma sebelom ni aku tak mampu buat keputusan sebab semangat aku hanya tinggal dengan dia.But now he already decide, jadi aku rasa permintaan dalam hati tu bagai terhawab.

Alhamdullillah.

This Wednesday, abang ada interview kerja baru.Aku mendoakan yang terbaek untuk destinasi baru abang.Setiap yang dirancang mungkin itulah permulaan yang Tuhan sudah berikan.Begitu juga aku.Aku juga sedang mengintai peluang kerja baru walao aku terlalu sayang dengan apa yang aku ada sekarang.Kerja, kawan-kawan kerja yang sangat memahami,bilik yang mendamaikan, hmm, sedih.Aku tak mampu hidor seorang di sini tanpa dia, kerana setiap cerok ada kenangan bersama.I decide to move away as well, dan maseh mencari ke mana.

Semoga Tuhan mempermudahkan urusan hambaNya.Dan semoga ini yang terbaek untuk hubungan kami di masa akan datang.Semoga lepas ni lebih saling merindu :)

Zahari, i love you with all my heart.

Itu sahaja yang ada dalam kepala untuk malam ni.



Good night.

Mar 21, 2013

Happy or unhappy?



Dating & Dinner.
 
In today's busy, in different working schedule, believe me, we find difficulties to get time to work on our relationship.Bergadoh, berselisih faham, bertegang urat jangan cerita lah.Pernah sampai kami berlawan cakap sampai dia keluar dari kereta dan aku hanya membatu di dalam kereta disebabkan atmosfera yang terlalu kusut dan tegang.I hate that bad day, tapi i always remind myself that not allow all the things happen again in future.Biasa lah, ups and downs.Panas mendung kadang-kadang hujan.Tapi bila dapat spend masa bersama, talk a lot about our routine and surrounded, rasa lega.Lapang. 


Work out dan relax.

Hari ni start work out balik.Badan dah lari dari landasan.Haha.Even dah lama incik Zahari bising aku tak ke gym, tapi baru hari ni terasa nak pergi.Haha.Mungkin kene remind myself, kene work out dari sekarang sebab Oktober nanti aku akan jadi my bestfriend's bride maid.Heh.Kena presentable.Tak sabar meraikan wedding kawan baik, Zabrina Ezura.So wish me luck.


The Proposal & The Helps.Satu cerita ringan satu cerita agak berat.Dua cerita ni jadi favorite aku bila pulang dari kerja.Tak habis-habis ulang.Sometime, ada masa untuk diri sendiri rehatkan kepala selepas kesibukan kerja, memang buat diri rasa therapeutic.Itu yang aku buat, bila kadang-kadang rasa life is hard dan kosong tanpa mama abah.Tak semudah yang disangka, tapi life aku yang pilih.Either you want to be happy or not.

:)

Mar 8, 2013

Lapang hati, lapang hari


Shopping.Looking for new shoes, untuk ulang-alik pergi balik kerja.Kemudian Incik Z beri sedikit duit saguhati.Aku guna sebaik mungkin untuk beli handbag dan purse di Bonita.Heh.
 


Lunch date dengan incik Z.Kemudian, ambil angin di luar.Duduk sini, nampak matahari macam jakun.Berkejar untuk berjemor di luar.Heh.Kemudian, kami habiskan masa di library.Dari mula kenal sampai lah sekarang, library antara tempat kami habiskan masa bersama.Aku, sellau nya akan blogging atao membaca light books di sana.Incik Z tak boleh renggang dengan suratkhabarnya, membaca berita dari dalam dan luar negeri :)

 



 Turun ke KL untuk ambil train ETS di KL Central pulang ke hometown.Yeay, home seet home.Tapi, aku sengaja pulang lewat petang sedikit, sebab aku mahu ke Pasar Seni, mengambil gambar urbanscape photos, konon nya.Makan alone, semestinya.



Sempat singgah ke MPH BookFair.Tengok-tengok buku yang available tapi tidak membeli.Heh.Buku yang ada pon still tercari-cari ruang dalam satu hari untuk habiskan helaian.Busy sekarang ni.
Foto yang aku sempat beli di Pasar Seni.Lupa photographer nya siapa, tapi gambar di ambil di Melaka.Awesome.
Bidor, Perak.Awesome.
Ipoh, Perak.Juga awesome.
 



Di rumah.Sibok mengecat sampai ke larut malam akibat kekurangan masa di siang hari.Haha.Abah mungkin sedang tersenyum melihat aku.Dulu, nak pegang beros cat pon malas.Sekarang, semua buat sendiri.But really satisfied.Vintage color yang beautiful untuk pintu bilik kami.
Sempat keluar beli-belah almari solek dan almari baju (tiada dalam gambar).Glad to find these 2 best item dengan harga around RM500 dua barang.Paling berpuas hati dengan meja solek.Solid kayu dengan classic design.Terasa zaman anak dara dulu-dulu bersolek ikat sanggul menggayakan kebaya.Hi.

Sekali-sekala memanjakan diri.Aku beli set mandian lulur sewaktu jalan-jalan di KL Central.Memang berpatutan dan very therapeutic..Hmm, nak jugak rasa berkeyakinan macam Kak Ton.Haha.


My washroom.Juga cat sendiri.Aku pilih kombinasi warna pink, puteh dan biru laot untuk warna bilik air.Seronok bila lihat hasil kerja tangan sendiri.Buat tiles pon keluar duit gaji sendiri.Hmm, begini lah kalao jadi dewasa dengan cepatnya selepas hilang tulang belakang hidop.Mama abah.


Finally, siap.Its my first design project for room interior.start from brainstorming idea, concept & color tone, design on paper, painting and finishing, proses pemakuan dan gerudi, juga pemilihan fabrik, material perabot dan hiasan dinding.It took around 4 months to complete all.Proud of myself, belajar banyak benda.So, dah boleh jadi bilik pengantin.Heh.


Last day on leave.Shopping, again.Actually looking for new dress untuk dinner bersama Incik Z petang ni selepas dia pulang dari kerja.Dress tak jumpa yang berkenan di hati.Jadi hanya dapat pulang dengan satu loose blouse warna biru lembot dengan corak polkadot kecil-kecil.Nice.Aku gayakan dengan rantai silver dan subang dari Cotton On.Semoga semua nya berjalan lancar hari ni.


Tuhan, terima kaseh kerana memberi sedikit kelapangan di dalam hati untuk aku merasa gembira ke atas hari-hari yang dilalui, walao sebenarnya berlubang tanpa kehadiran mama dan abah.

Happy woking for me, tomorrow :)

 

Feb 26, 2013

Ipoh oh ipoh


Hey.Februari berakhir dengan banyak cerita sedih orang sekeliling.Bila di tepi kiri kanan gloomy, kita sendiri pon rasa tak seronok.

belom dengan cerita sendiri.Haih.Jadi dewasa tak se hebat mana.

Seorang kawan kerja, sanggup naik bas terbang ke Singapura untuk bertemu kekaseh hati.Tapi dalam perjalanan si kekaseh sms and just give a call to him, tak perlu datang berjumpa dia.How you feel.Datang beribu kilometer, harapan ber kecai camtu je.Aku baca status FB nya,  aku turut ter diam.Gloomy bersama terkena tempias nya.Sebab aku pernah lalui that times.Di mana aku bekerja keras untuk submission design minggu tu, semata-mata aku mahu spend my weekend bersama si dia.Sanggup tak tidor dari Isnin sampai Jumaat supaya pagi Sabtu aku boleh ke Ipoh ber jumpa dia.Habiskan duit PTPTN untuk beli baju Adidas beliao sebagai buah tangan.Pagi Sabtu kawan-kawan baik turut sama bangon awal di studio semata-mata mahu memeriahkan keadaan.Menghantar aku ke stesen bas sek 17 Shah Alam.tapi akhir nya, bila smapai di Ipoh, aku bagai menunggu bulan jatoh ke reban ayam.Yang dinanti tak kunjung tiba.SMS tak dibalas.panggilan tak disambot.Aku berpeloh menunggu dalam panas untuk sekian jam yang sengaja tak dihitung.dan akhir nya pulang sahaja.


Cinta itu, kadangkala buat kita jadi bodoh.Hmm.

Feb 23, 2013

;(




Heartless.

Feb 14, 2013

Moms feeling.

The Best of Love Songs- Baru beli lepas balik kerja pukul 11 malam tadi.
 
 
1.32 pagi.Still lepak atas katil layan cd yang baru dibeli tadi.Tenang nya, lepas went thru the whole day yang busy.8 hours working hari ni, busy dan ter tekan sangat.Guest non-stop approached.Sampai nak pergi ke toilet pon always hold hold.Haiyak.Ini yang ter baring lesu plus period pain yang sesekali datang menyengat pinggang.Minyak panas mengganti losyen sudah nya.Tapi seriusly, sedap tidor sampai ke pagi.Tambah dengan outside weather yang almost 19 to 20 darjah celcius.
 
 
Aku,bila duduk-duduk selesa lepas balik kerja ni, sometime terfikir how a married woman yang dah ada anak, suami, kerja rumah, dan komitmen luar yang lain bahagikan masa untuk diri sendiri dan semua tu especially after penat kerja seharian. Balik-balik teros nak fikir hal rumah pulak.Seriuosly, adore gila how they manage their home and family on the same time.Macam aku ni ha, still single and no commitment, balik kerja boleh teros mandi, baring rehatkan badan sambil layan tv ke, cds ke, atao online without any interruption.Nak tidor teros, hanya bangon bila nak masok kerja balik esok nya pon boleh.Haha.
 
 
Tapi aku sedikit merasa tempias bagaimana perasaan menjadi ibu atao surirumah (walao tak sepenoh nya).Bila aku ada di rumah, how letih atao mengantuk sekalipon, aku tetap nak bangon pagi tengok my nephew bersiap pergi tadika, nak ciom dia, nak kemaskan buku dia, nak makesure dia bawak botol air dan air masak dia, nak hantar dia naik skuter, nak tengok dia masok kelas, nak tengok dia makan menu apa.Then dalam pukul 11 pagi dah start masak sebab pukul 12 nak ambil dia dari sekolah.Then to make sure lunch dah prepared sebab sometime tahu dia tak selera apa yang dimasak kat sekolah.I feel a part of moms feeling bila di rumah.Sebab di rumah takde orang tua.Takde mama.Hanya ada kakak ipar.So i do everything yang emak-emak selalu buat.Dan seriously, perasaan tu membahagiakan.Perasaan jadi ibu sangat membahagiakan.Thats why bila cuti, bila kawan-kawan ajak keluar, rasa berat hati untuk tinggalkan si kecik tu sebab dalam seblan aku hanya ada 5 atao 7 hari untuk bersama dia darah daging sendiri.Kalao boleh mahu enjoy all the time dengan dia, walao sometime bergadoh channel Astro.Dan since aku involve dengan Incik Zahari as a single father, bila berada di antara mereka, bila melihat kemesraan dia dan anak-anak, dalam hati selalu bertanya, apakah perasaan itu? Tapi bila Incik Zahari dengan anak-anak nya, i can see his smiling face.Dan itu menyerap ke hati aku jugak dan educate aku sendiri.
 

Aktiviti bila di rumah.Bahagia ;)
 
So, tak tahu mahu tulis apa.Bila sendiri begini, buat aku sangat rindukan my nephew yang semakin nakal dan membesar.Mesti time ni dia tengah tidor bersama robot Rozi nya di ruang tamu.Haih.
 
 
Okey, bye.Salam.

Feb 12, 2013

How do i live without u?


Its already 2.23 am.

Mata still tak mahu tidor walao badan tadi terasa penat.Working during CNY period memang busy.Lobby area congested dengan people, yang kadang-kadang datang singgah hanya mahu ber tanya surrounded weather berapa darjah Celcius? Atao bertanya toilet di mana walao boleh kenal signage toilet dari jaoh.Oh oh oh.
 
Bila step out to the counter, memang aku busy gila.Handphone jangan cakap lah, tak sempat langsong nak jengah.Incik Zahari selalu cakap aku tak aci.Sebab bila dia kerja, aku off duty, aku sms dia, dia tak reply, aku marah.Tapi bila aku kerja no respond at all, dia takde marah aku pon.Tak langsong.Memang tak aci.Hahaha.Perempuan.
 
Tadi, masa waiting for my laundry, aku usha sekejap video Shila Hamzah di Youtube.Pesanan untuk Semua & Ombak Rindu.Hmm, memang lah tak boleh nak komen lebih.Kita pon tak tahu apa nasib kita di kemudian hari.Its one of ujian yang Allah hantar untuk menguji hati di dalam.Antara cinta hati dan ibubapa, memang lah boleh pilih, tapi bak kata pepatah lama.Diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati sendiri.Tapi apapon, kembali pada keluarga, dan mengenai jodoh, semua kudrat Tuhan.Kerja Tuhan.Jika dicampak jaoh pon dia, kalao Tuhan sudah tulis dia jodoh kita, tetap datang kemudian.tak cakap benda ni semudah kacang, tapi tetap ada jalan nya nanti.Tapi seriously, Shahnaaz is not my man type.Haha.
 
Then. Aku tak tahu nak cakap apa lah pasal social media ni.Actually dah lama nak cakap, aku sekarang ni rasa stress bila ada follower tegar yang setiap post aku dia nak like.Its ok kalao kawan-kawan sendiri yang close.Tapi rasa annoying pulak bila lelaki ini, yang not my favorite list like setiap post aku di FB.He put button like on every single my post, dah lah jadi orang pertama yang like setiap post.OMG.Hati bertanya, dia ni tak tidor ke atao takde kerja lain ke sebab anytime dia wujud untuk like my post even pukul 3 4 pagi.Hoi, kau tak tidor ke? Aku tunggu masa je nak remove kau. Hadoi lah hadoi.Kau minat aku ni, ke kau memang psyco sejak dari bangku sekolah?
 
Tadi aku collapse 2 jam.Tak sampai kot.Tapi the point, aku collapse tak sedar diri.Badan sejuk dalam, rasa biru, lutut menggeletar, mual, cirit-birit and finally collapse.Sedar-sedar dah pukul 1 lebih.Bangon makan dan pergi kerja.Nasib sedar.If tak, non show.Buruk rekod kerja.Tapi sedih bila jadi begini.Mengingatkan aku mama.Mengingatkan aku sentuhan mama mengurut belakang pinggang aku dengan minyak panas.Buatkan aku milo panas dan baru aku tidor nyenyak.The last time this happen masa mama dah kritikal dengan Cancer dia.Mama tak boleh bangon.Dari luar bilik, aku dengar mama ketok dinding rumah sambil sayup-sayup panggil nama aku suruh keluar makan.Mama tak larat bangun.Aku lagi lah.Sakit bagai nak mati di dalam bilik sampai aku dah tak dengar suara mama.Sedar-sedar dah jam 2 pagi.
 
Mama, takde masa yang Angah boleh keep a side ingatan pada mama.How do i live without you, i just dont have the answer till now ;'(
 
Mata dah hangat.
 
I off first.Selamat malam.

Feb 4, 2013

Cuti-cuti Malaysia bersama yang tersayang ;)


Its beautiful Monday, sebab aku mula ber cuti hari ni.As usual, aku kerja non-stop for 3 weeks, jadi apabila tiba turn cuti, rasa macam heaven dan meaningful sangat cuti tu.Haha.Jakun cuti.

Aku ambil 2 hari untuk ber cuti di sini, i mean di Genting Highlands.selebihnya bercuti di hometown, spend quality time with pamili.Home sweet home.Sebenarnya, kalao tak kerja, dan stay di Genting Highlands, memang seronok juga even people says, di sini dull life.Whatever, sebab maybe aku dah rasa here is my second home.Kalao tak kerja, part bangon tidor tu sangat lah best.Sebab tidor dalam ketebalan blanket, di samping cadar bunga-bunga Ikea include weather outside lebih kurang 18 darjah celcius, so kamu boleh imagine betapa seronok nya tidor di sini especially kalao off duty.bangon without thinking work load.Pukul 12 tengahari di sini rasa still 7 pagi.Memang ber malasan di atas katil sampai tengahari.
 
Selebih nya, aku rasa bahagia di sini mungkin atas kerana dia ada di sisi, kerana Incik Zahari berada dekat di hati. Satu-satu nya semangat yang tinggal di dalam hati, selain darah daging sendiri.Semua orang pon akan rasa bahagia bila all our sayangness berada dekat di sisi ;)


Since aku naik one level position di tempat kerja, memang aku takde masa nak jumpa Incik Zahari.Sebab waktu kerja yang kontra.Kami di sini bukan 9 5.Jika bekerja ikot waktu pejabat, mungkin tiada konflik yang timbol.Habis waktu kerja, boleh pergi minum bersama, talk a lot about the whole day sama-sama. Selalu nya, aku balik kerja, dia pergi kerja.Aku pergi kerja, dia baru pulang.I take it as a challenge untuk waktu 6 bulan aku training as assistant Duty Manager ni.Bila jarang jumpa, you know, perasaan incomplete, curious, dan macam-macam tu blended di dalam hati then cause argument.Susah mahu figure out ups and downs di dlaam hati. Walao apapon, tiada penawar yang mujarab untuk kekangan yang timbol dalam hubungan seperti ni selain ambil beberapa hari untuk meluangkan kembali masa bersama as before.Thanks God, sebab still beri kesempatan untuk kami gather bersama lagi.Last Saturday, dia ambil cuti tahun, again.Bawak aku keluar shopping dan makan-makan di Kenny Rogers, sebab both mengidam nak makan roasted chicken.Masa yang ada, umpama dapat air sirap lepas habis perang.Lega dan therapeutic.Selain adik aku, Incik Zahari adalah partner shopping aku yang terbaik, yang pernah ada.We understand what we need each others.


 
Apabila orang lelaki yang window shopping, lebih sudu dari kuah.Hee.
 
 
Gambar ni macam i ni personal assistant dia.Tak aci dia nampak macam model.Haha.
 
 
Then hari ni, i just take my own space.Habiskan masa sendirian sampai petang, sebab dia bekerja.Aku bangon, mandi, pergi hantar baju ke laundry, then pergi bungkus nasi di RSC2.One thing pasal makan di sini, dalam banyak-banyak tempat di Genting, aku suka makan atao tapao di RSC2.Start dari breakfast sampai lah ke malam, makanan semua nya kene citarasa tekak aku.Tadi tapao nasi dan ikan patin masak tempoyak for lunch.Tak boleh cakap betapa sedapnya gulai tempoyak dia, it just remind me gulai tempoyak mama dan mak Kaknis.Hmm.
 
Sambil lunch, tengok Wanita Hari Ini, rutin yang selalu aku buat bila tak kerja.I miss this part, selalu kerja takde masa nak tengok tv waktu ni.Habis lunch, pergi shopping.Dengar cam best gila kan? Aku habis around RM 170-beli legging bermotif, sweater, tshirt, seluar, anting-anting dan eyeliner.Hehe.Reward diri sendiri.Rasa nak beli kasot sarung jugak tapi since last out with Incik Zahari dia dah belikan kasot yang sangat sweet, aku lupakan sahaja nafsu yang ada.Bila shopping ni, one thing yang aku ingat dalam kepala adalah mama.Dulu, bila aku beli apa-apa mesti akan beli kan dia something juga.Tak handbag, kasot, atao blouse bunga-bunga dia.Tadi pon aku capai satu blouse untuk wanita dewasa di outlet FOS, hati teringat mama, tapi lupa orang nya sudah tiada.Dan aku teros capai tshirt di corner lain dan bayar, sebelom hati lagi rasa senak.
 
 
 
Barang yang mahu di packing balik rumah.
 
 
Dan tadi, aku packing barang yang perlu untuk dibawa balik esok.Basic stuff je, sebab kat rumah tak keluar sangat.Prefer stay at home, layan astro, atao tidor di bilik sendiri atao melayan my nephew yang makin hari makin bijak.Selalu nya hantar ambil dia sekolah, then masak lunch untuk dia, then layan tv dengan dia.Malam,selalu nya nya ke Tesco cuci mata atao beli barang dapor then lepak di mamak with Along and sis in law layan teh tarek dan maggi goreng mamak.Memang bila cuti, susah untuk aku ke mana-mana, sebab no place like home.
 
 
Hmm.
 
Takde apa lah nak tulis.It just my routine and my current update about myself.Semoga all my friends out there ber gembira dengan rutin masing-masing, di samping yang tersayang.
 
Hargai selagi mereka maseh ada hayatnya ;)
 
Salam.
 



Jan 4, 2013

2013.


Happy New Year everyone!

Tahon 2013 datang, berharap penoh membawa bunga-bunga daisy yang colorful, leave behind semua pahit yang tersekat di kerongkong.

Tahon ni leboh fokus kepada kerja nampaknya, sebab naik satu position.Running operation hotel, handling customer related matters, conducting shift briefing dan monitor staff di kaunter.Haha.So far maseh biasa kan diri dengan task yang diberi setiap hari.Still new, still many things to learn, jadi setiap hari rasa teruja, nervous dan macam-macam.Semoga rezeki lebih murah tahon ni :)

Kita sembang-sembang sahaja lah pasal perkara yang crossed my mind this year.Aku takde banyak azam.Every year is same.Siapa yang taknak jadi lebih baik dari semalam? Kan?

Selain kerja, fokus tahon ni tentu sahaja rumah peninggalan arwah abah dan mama.Aku amik bilik utama yang supposely jadi bilik mama dan abah (arggghh, sedih).I haven't use the room.Sedang kumpol perabot bilik.Balik cuti 8hb ni, aku pulang dengan berbagai design di kepala.Single sofa warna kuning cair already bought untuk aku provide one sitting area untuk duduk online dalam bilik or baca buku sebab selalu balik cuti, malam-malam kalao tak merayap ke Tesco mencari stok peti ais atao mencari Malysian foods di pasar malam, rutin aku lebih kepada pasive routine.Begitu.Then set comforter untuk katil kayu hitam aku sudah beli.Purple, white, pink, and red color blended.Sesuai dengan tema warna bilik.Frame dari Ikea yang berbingkai hitam yang aku sempat capai while outing dengan Incik Zahari di IKEA last year juga sudah di pack untuk dibawa pulang.Mungkin need to buy some more sebba nak frame kan my urban design sketch masa degree dulu-shophouses selain foto-foto lama yang mahu di hitam putehkan.Wall arts ber motifkan burung camar pulang petang juga sudah ada.That one is value buy.Beli di Cotton On, hanya rm15 daripada harga sebenar rm75.Hehe.Floor map sempat beli di branded sale hari tu.Oh oh oh, tak sabar nak design bilik setelah sudah lama meletak rapi my room design dalam kepala- romanticisme concept.Bilik air juga aku mahu renovate balik.Still haven't use it.I think mahu guna material like my hotel bathroom.Ada duit lebih sikit bulan depan mungkin dah boleh kontek contarctor kampong untuk ubah suia.Semoga rezeki tak putus.


Selain those things, tentu aku mahu beri peluang diri sendiri tahon ni untuk beli atao dapatkan dahulu apa yang aku sudah lama mahu ambil milik.Tak perlu mungkin list di sini, it just simple wish tapi last year, i dont have much time for my ownself jadi mahu cari kembali tahon ni.

Tentang personal things aku dengan Incik Zahari? Any planning for next step? Mungkin belom lagi.Kun fa ya kun.Kalao Tuhan kata jadi, maka jadi lah.Siapa kita mahu menidakkan kudrat Nya.Begitu jua sebaliknya.I just follow the flow.Jatoh bangon merajuk marah sedih happy berdua sudah jadi ulam ratahan dalam hubungan kami.It taught me to be less immature.Seperti hari ni, keluar  with girlfriends, merajuk, tak mahu sms beliao, tapi bila sedang try baju di Cortton On, tiba-tiba dengar lagu Afgan-Terima kaseh cinta.Suddenly jadi rindu dia.Dan suddenly juga beliao menelefon bertanya ada di mana.Dalam hati berbunga kembali.Dia racon tikus, dia juga mengembalikan senyuman saya.Seriously, aku tak reti bagaimana mahu menulis lebih mengenai kami.I just know in my heart, hanya dia yang menginap seorang, menyewa tanpa perlu bayar, mengambil ganti tempat abah dan mama yang menyempurnakan hari aku dulu.Semoga, semoga jodoh menyatukan kami.InsyaAllah.


Okey, need to off to bed.Esok kerja.
Salam.