Aug 25, 2012

bad habit.


Aku tak tahu perempuan lain bagaimana.Tapi aku, tabiat buruk aku, suka check handphone si dia.Hanya handphone si dia.


I dont know why, walao dalam hati teguh tembok kepercayaan yang ada.


Its like, macam keinginan.Desire.Sehari tak check, rasa tak complete hidop.Haha.

Dan, that thing selalu jadi perbalahan.Bertegang urat bergadoh.Atas sebab-sebab unnecessary sms dari outsider yang buat aku suspiscious, walao dalam hati, dari jaoh sudut hati, the trust is there with me untui si dia.


Tak tahu.This is the first time i feel, sebab sebelom ni aku tak ingin nak pegang handphone sesiapa walao hati sayang pada orang tu.


Serius, i have no answer for my new routine.I hate this, sebab selalu misunderstanding sms-sms dia.Walhal, its nothing.Walhal i know everyone has a right to get own space, own friends, own conversation.

Tapi aku tetap nak curious.Tanya macam-macam sampai buat dia pressured sometime, and start create arguement.I really hate this, but i cant help my ownself.


After arguement, tengoklah.Sometime boleh jadi rajuk berhari-hari.Pergi kerja dengan perasaan libanglibu.Balik kerja hibernasi dalam selimot, tak mahu angkat call, tak mahu replysms, walhal orang tu dengan gentle nya sudah memujuk walao punca nya aku.Perempuan.Susahkan?

Hmm.


Aku tak tahu apa penawar untuk bad habit ni.




Aug 17, 2012

Danao Kota dan malam nya.

Esok, Ramadhan hari terakhir.

Hmm.

Sedih jugak bila di penghujung hari, walao kerja rasa sangat diuji di bulan Ramadhan.Tambah kerja customer service.Bukan senang, dalam kau berpuasa, nak bertemu customer, melayan ragam Cina Singapore yang banyak kerenah, sometime rasa nak maki, sometima dimaki balik.Tapi aku tetap take it positif.


Banyak dugaan di bulan Ramadhan, tapi yang pasti hikmah nya manis.


Aku takde cerita persiapan raya.Takde.Raya pada aku tak ubah macam botol oren bodoh lepas kene togak.Kosong.


Aku hanya ada hari semalam.Hari yang terlalu precious, pada aku.

Dari Januari hingga Jun, aku terlalu sibok dengan urusan hospital mama abah.Hati terlalu sarat dengan emosi sepanjang tempoh tu.Dalam masa 6 bulan, kau hilang orang yang terlalu kau sayang dalam dunia ni.Tak sempat nak bangkit dari rasa lumpuh tanpa mama, selang 3 bulan sudah meratap pula hilang nya abah.Tungjang keluarga yang ada.


I wont looking back the times, denyutan nya buat rasa jantung seakan mahu berhenti sama.

Tapi semalam, for the first time aku rasa keluar sekejap dari emosi tu.Incik Zahari bring me out to Danao Kota.Mencari baju kurung dan kerongsang.Mencari makan larot malam.Menumpang hingar-bingar malam warga Kuala Lumpur yang tak pernah diam.


Sampai Danao Kota dalam pukul 10 lebih.Entah.Tak ingat.

Teros berjalan menyusuri lautan manusia mencari baju kurung.Banyak pilihan, tapi semua tak kena mata.Aku prefer membeli di Ipoh kelmarin.Lebih banyak yang melekat di hati.Tapi Incik Zahari sabar menemani.Ini first time aku keluar bershopping dengan lelaki.Its first time, sebab sebelom ni, aku tak pernah membenarkan mana-mana lelaki mengekori aku membeli barang.Sebab aku runsing.Rasa tak cukup masa.Tapi Incik Zahari menggantikan adik dan sepupu aku yang biasanya menjadi juruunding pilihan aku.Kelakar, dia memberi komen untuk setiap baju yang aku berhenti tengok dan pergi tak beli.Haha.

Dalam penat berjalan, kami singgah berehat di satu gerai western food.Favorite kami, lamb chop.Menghayati penoh nikmat berdua di tengah jam 12 malam sambil having light talk.Umpama rasa our first date, mengimbas.Haha.

Then, kembali bertaot berpimpin tangan meredah manusia.Sampai pukul 2 baru dapat apa yang dicari.Incik Zahari said nothing, dia cakap pilih yang betol-betol berkenan.Mahal atao murah its not the matter.Yang penting how confident we look with the baju.Yup, at last aku beli baju kurung plain English cotton yang bersulam tanpa manik.It just plain and simple.Mudah digayakan dengan keronsang klasik warna silver 3 bentuk.Pilihan yang tepat sangat, compare to baju-baju kurung yang we try before.Oh, not 'we'.Aku.Dia hanya jadi tukang pengkritik.Pedas.

Kemudian, kami keluar dari celahan manusia yang semakin lebat.Singgah lepak di meja hawker tepi jalan yang jual yong taufu cucuk.Its his favorite.Makan, again and again sambil menjadi observant.Melihat ragam sekeliling yang penoh cerita yang tak tahu pucuk pangkal.Aku rasa bahagia dengan masa yang ada malam tu.Menghabiskan malam berdua, lari dari topik kerja, makan-makan, talk a lot, shopping, bergadoh untuk small things, etc.Awesome.


Ini lah terapi yang aku cari untuk 6 bulan dan ke belakang.




I get back my own time.Walao hilang mama dan abah, seems like the price that i have to pay, mungkin lah.




Hmm.

Selamat malam.Letih.



Aug 13, 2012

Everyone talks about raya.


Hari ni bangon pagi around 7.21 am.Rasa nak buang air.After buang air rasa sakit.Urine infection, i think.Sebab aku pernah melalui nya.Atao orang kita kata kencing tak lawas.Mungkin sebab tak banyak minom air.Hari biasa pon aku 'terlupa' nak minom air dengan banyak, inikan bulan puasa.Memang minom masa bersahor dan berbuka sahaja lah.Padan muka kau lah.


Sakit, jangan cakap.Sampai aku terpaksa call Incik Zahari.Asked him untuk ambik aku di lobby blok aku dan pimpin aku ke klinik.Sumpah, bukan nak mengada-ngada.Aku call Incik Zahari sambil menangis, sampai bila dah okey tadi, dia mengajuk aku cakap macam budak kecik tadi.Haha.

Aku inform supervisor, beritahu tak masuk kerja dan mahu ambil mc.The prosedur, aku kene ambil clinic form dari department sebab ke klinik dalam waktu kerja.Being nice, Incik Zahari pergi department take the form yang mereka dah fill up.Manakala aku hanya tunggu di klinik.Then Incik Zahari sampai di klinik dan ambilkan nombor.Menunggu giliran bersama-sama seperti sang suami membawa sang isteri ke pregnancy clinic.Indah nya perasaan tu kaloa one day betul-betul melaluinya, berangan aku walaopon ketika itu fizikal nya sedang sakit.


Doktor just buat medical check up seperti biasa.Dia nasihat kan aku banyak minom air setiap hari.Hmm.Salah aku.

Balik dari klinik, Incik Zahari buy me Big Breakfast di Mcd.Nak makan ubat kene breakfast dulu.What to do, kene makan ubat, terpaksa batalkan puasa.Then he send me back.Pity him.Balik kerja malam terpaksa temankan aku ke klinik.I love him so much.


This Ramadhan. dugaan untuk aku dan Incik Zahari terlalu banyak sampai rasa mahu break up, again and again.Dia tak, tapi aku selalu rasa putus asa dengan hubungan yang terjalin.Tapi mujur, dia lelaki yang terbaik aku pernah ada.Totally opposite dengan karakter aku yang terburu-buru, emosional, drama queen dan so on.Mungkin ini satu sebab kami still bersama.And this feeling still not fade away yet.


Aku mengharap kan yang terbaik untuk hubungan aku yang kali ni.Dugaan terlalu berat di bulan Ramadhan ni.Tapi hakikatnya, hikmah nya sangat manis.


Untuk persiapan raya yaang bakal menjengah, aku tak buat apa.Cuma prepare bajet untuk rumah dan menu di hari raya.Sediakan baju kurung untuk Pidot, sediakan duit raya untuk anak sedara dan sepupu cilik, opah dan mak sedara terdekat.Itu sahaja.Pagi raya pon aku bekerja.Its ok.Its not first time.Aku beli sepasang baju kurung moden untuk kerja di raya pertama.Esok insyaAllah, lepas balik kerja,Incik Zahari planning mahu turun KL belikan second baju kurung untuk aku kerja di raya ke-2.Maybe aku juga mahu hadiah kan baju Melayu untuk dia.Syukur, sekurang-kurang nya tahon ni aku beraya bersmaa dia, compare to last 2 years.Beraya seorang diri di sini.


Raya, kosong untuk aku tahon ni.Tak excited macam tahun lepas di mana Incik Zahari send me back di hari masak.Meredah highway ke Utara dengan sabar sambil layan lagu raya di dlaam kereta.Kemudian buat persiapan raya dengan mama.Beli baju kurung dengan mama.Dan balik kampong mama beraya bersama big pamili di Sekinchan Selangor.Shooting dengan semua sepupu di sana.Meriah! Dan puas.

Sungguh, tak sangka.It was my last raya with mama dan abah.Tuhan Maha Mengetahui, diberi peluang itu untuk aku meraikan raya terakhir bersama abah dan mama tahon lepas.


Thats why, bila raya tahon ni aku tak dapat cuti, aku tak rasa bebal di hati.Sudah terlalu cukup.Aku beri peluang orang lain beraya bersama ibu dan ayah di kampong.Mana tahu, tahon depan sudah tidak ada peluang itu.Wallahualam.


;)


Aug 2, 2012

Tukar pencuci muka.

Hari ni bangon pukul 10 pagi.Tanpa mandi, pergi tengok Incik Zahari bersiap mahu pulang ke kampong, atas urusan keluarga, mungkin 2 hari sahaja.Tapi rasa keberatan, sebab bila dia takde, dalam hati rasa jaoh sekali.Haha.Aku mengaku, aku bukan boleh long distance relationship walao untuk hari.Sebab kami tak pernah jaoh each others.

Selepas bayangan Incik Zahari hilang dari kelibat, aku pergi laundry baju-baju, kemas bilik, cuci mangkuk sahor pagi tadi, mandi, dan mencantikkan diri.Bukan nak ke mana pon, tapi mahu duduk di dalam selimot tidor.Haha.

These few days, muka aku rasa begitu tak seri.Kusam.Tak bermaya.Seiring dengan mood tuannya, mungkin.Aku pendam that matters, berkira-kira dalam hati nak beli produk apa ni.Dulu pakai Natasya, not bad tapi rasa nak change something new.Aku malas nak pakai sabon sebagai pencuci muka.Prefer pencuci muka yang biasa.Not soap.Sebab cepat haos.So sebelom balik semalam, pergi Guardian dengan Pidot.Find out new brand.At last dapatkan one set penjagaan muka dari produk Bio Essence.Tanaka White, since before ni aku pakai pencuci muka dia.Satu set adela dalam rm90.You manage to get-toner, krim malam, krim siang, pencuci muka dan skrub muka.Cuba dahulu, kalao okey, boleh beli lagi.Incik Zahari hari tu tegor muka aku dah tak shining macam dulukala.Itu yang aku perlu makeover.Perlu.Haha.


Masa laundry tadi, aku review one blog to one blog.Then baca satu title dari blog WaniArdy.Ramadhan.Did you forgive anyone that hurt your feelings today?

Aku ambil 5 saat jugak berfikir mengenai tulisan WaniArdy tu.Yup.Tak nafikan dalam hati aku punya satu barisan nama yang mungkin hard to forgive, juga hard to forget.Kawan baik sendiri yang berkongsi warna mata tidak warna hati. Masyarakat sekeliling yang melabel macam-macam melafaz tapi tidak faham.Orang luar yang pura-pura dengar tapi tidak hadam.

I should forgive them.Ya, perlu, sebagai hambaNya yang tidak berhak menjatuh hukum sesama manusia.Dan untuk bahagian aku sendiri, aku juga minta dimaafkan atas kesilapan yang mungkin di luar kuasa sedar, menyakiti sesiapa, who knows.? Kan?

Cuma untuk certain people, cukup sekadar kau tau aku maafkan kamu, tidak perlu lagi bertemu.Tak perlu.Mana yang faham, sudah dewasa, mungkin boleh tembos maknanya.Ada benda yang kita tak perlu bangkit dan ungkitkan.Teros renong ke hadapan.



Aku mahu tidor untuk 2 3 jam kalao mampu pejamkan mata.Sebab first day kerja malam memang susah mahu tidor siang.Tambah aku juga bukan jenis yang boleh tidor siang.Harap dapat tidor, bangon, dan beli juadah puasa seorang diri hari ni.Part yang paling buat aku terasa when he is not around.Hadoi.


Bye!

Aug 1, 2012

Milo

Bila boleh dapat jumpa senyuman saya kembali?
Sebab hari yang mengelilingi terlalu gloomy.
Hey, bag tak kemas lagi.
Selalu pagi-pagi mama dah kumpulkan baju yang nak dibawak balik.
Then mama lipatkan masok dalam bag.
Aku memang tak pernah packing baju sendiri.
Malas.
Dan manja.
Semua nak mama buatkan.
Milo pon tak pernah bancoh sendiri.
Aroma dan manis Milo mama buat, lain.
Itu kenapa aku sudah minum teh o sekarang.
Sebab si pembancuh Milo sudah tiada.
takot dari rasa manis tukar rasa kelat.
Hmm.