May 28, 2009

Kuah kari, mereka dan aku.

*sedang mendengar lagu Kau Ilhamku-Manbai*

Huwahuwa. Rasa nak nangis. Teringat kawan-kawan masa zaman Dip kat UiTM.Time ni aku rasa semua hilang, pergi jaoh satu persatu.

Aktiviti membuang masa di suboh hari

Field trip to Fraser Hill.

Dan, aku jugak sudah bertukar pergaulan.Melalui hari-hari ni dengan orang lain. Ke mana mereka?

Bergambar di kedai Apek pon jadi.

Sebahagian pamili kami

What i missing a lot is studio life of ours.Fasa kehidupan paling seronok sepanjang hayat aku, aku rasa.

Biasanya, tak musim submission pon kitorang still lepak kat studio buat kerja sampai Suboh. Kadang-kadang takde keje pon. Saja nak hirop udara dalam studio yang busuk tu.Hehehe.

Mana tak busuk. Studio dah macam rumah setinggan. Kat situ la ada tuala, kat situla ada baju yang belom dihantar dobi, kat situla mangkok megi yang tak dibasoh, kat situla air watercolor yang dah macam teh ais tak dibuang dan kat situla ade manusia-manusia yang kadang-kadang terlupa nak mandi pagi. Hahaha. tapi, aku rindu nak tengok environment naif camtu. Rindu.

Orang cakap budak studio ni sosial terlebeh sudah. Aku rasa perlu diperbetolkan ayat itu. Pada aku, hubungan sesama kami lebih kepada kekeluargaan, mungkin. Rasa, aku duduk dalam satu famili yang adik-beradiknya ramai. Dan, aku rasa aku tak perlu rasa takot dalam apa jua keadaan. kawan-kawan ada di sisi.24jam.
Malam birthday Chaq yang ke berapa ntah. 19 kot. Hahaha.Caq budak Palapes.

Aku tak boleh lupa, zaman ekonomi merosot kami.Mana nak cekao duit nak xeroc plan yang berlambak-lambak, duit nak beli tracing paper, pen, duit nak makan lagi. Nasib baikla time tu kuar masuk UiTM naik bas UiTM yang free of charge. Kalo tak, menapak.

Pernah satu malam, semua takde duit nak makan. Masing-masing hulur duit seringgit sorang nak beli roti canai kat Perindu Inn. Mana yang takde duit tu kitorang topupkan.Dan terima kaseh pada Abg Luznan.Belanja kami ketika tu. Jadi, makanlah kami ramai-ramai roti canai yang dikongsi-kongsi.Lapik perot untuk semalaman. Tak lupa jugak ade yang sampai hirop kuah kari roti canai sebab dah lapar sangat. Haih, tak boleh lupa.Sweet memories.

Cerita pasal keje. Waktu paling seronok. Masing-masing duduk kat meja drawing sambil melayan radio Best 104 ketika tu~lagu-lagu jiwang.Selalunya lagu start best selepas pukul 12 malam.Kadang-kadang, bila rasa ngantuk, adala sorang jadi DJ.Membuka peluang pada sape-sape dalam studio untuk membuat dedikasi lagu pada yang tengah ngantok mengaler master plan. Hahaha.Paling aku takleh lupa bila aku buatkan air nescafe. Disebabkan time tu dah pukul 4 pagi, ngantok tahap gaban, orang sebelah aku ni boleh dengan slumber celop beros kaler dia dalam air nescafe aku. Dia boleh ingat air nescafe tu air water color dia. Hangin gak tapi aku tak jadi marah. Rasa bende tu kelakar pulak.

Presentation Day. Kawan-kawan datang memberi sokongan.Thanks.


Hari kanak-kanak Ribena kami :)


Brainstorming pecah kepale nak buat persembahan. Yeay, kami brjaya!

Kenangan di Lake Garden. Wa, tak suka belajar pokok.

Banyak lagi kenangan mencuit hati. Kadang-kadang rasa nak hidop zaman Doraemon supaya aku boleh guna mesin pemutar masa tu. Aku nak kembali ke zaman dulu walao untuk sehari dua. Aku nak habiskan masa dengan kawan-kawan.Aku nak dorang ade dengan aku 24 jam.Aku taknak rasa rindu ni datang.

It hurting.

May 27, 2009

Kawen.Nak ke?

Dulu, aku ingat kawen ni cam bahgie coz kite dah dapat hidop dengan orang yang kite sayang.

Bangon pagi, sediakan breakfast untuk dia, dia bangon, breakfast sama-sama, then bersiap gi tempat keje, kiss dulu dalam kete, keje, tengahari dia telefon tanya makan da ke, pastu balik keje dia amek, petang balik rumah, mandi sama, sediakan makan malam, makan malam sambil borak pasal rutin seharian, pastu duduk tengok tv sambil makan aiskrim Walls, romen jap, dan tidor dengan rasa bahgia sekali :)

Camtu kan yang selalu kita pikir?

Tapi Isnin lepas aku naik teksi dengan seorang perempuan muda yang dah berkahwen. Tapi maseh tak dapat anak. Dia bercerita rutin dia sejak berkahwen.Aku dan pemandu teksi menjadi pendengar setia.

Dia bercerita. Dia berkawen dengan seorang pemandu teksi yang 3 per 4 masa sehariannya adalah di dalam teksi. Pukul 6.30 pagi mereka sudah bergerak dari rumah untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Suaminya hantar.Dia berulang dari Kl ke Sentul setiap hari.Sedangkan suaminya bekerja sekitar Subang.Jadi, dia amek train ke Sentul dari Shah Alam. Bajet hari-hari memang besar.

Satu hari suntuk masa untuk bekerja.Petang, dia balik keje sendiri. Suami maseh belom pulang. Dia makan sorang-sorang. Tengok tv sendiri dan hanya bercakap dengan dinding. Dalam pukul 11.30 malam baru suami pulang bawak teksi. Dia sudah mengantok lalu tidor. Suami mandi dan tidor jugak.

Tapi, dalam hati dia maseh berjaga. Mengeloh. Bilakah masa untuk dia bercakap dengan suaminya? Atao bergurao mesra?

Hurm. Rutin seharian yang membunuh. Membunuh perasaan.


~Hidop bukan fairy tales.Semua takkan indah.

Aku normalkah?

Tadi aku pegi lepak kat restoran Anis Sup Utara kat bawah opis yang aku penah praktikal hari tu. Saja lepak bergosip dengan kawan opis aku sebab hari ni aku tak berjumpa lagi dengan rakyat Malaysia yang lain kat luar. Asyik memerap kat rumah jek, layan Youtube lagu Iwan ngan Amelina~ Yang Tersayang. Gulp, kantoi aku layan dangdut sensorang.

Pastu, aku teringat. Kalo dalam drama, die blur-blurkan tv kan as sign of flashback. Kat depan kedai ni la aku terserempak dengan seorang perempuan chanteq masa balik dari beli buah nenas kat kedai belakang opis aku.

Masa berselisih tu aku sempat usha sikit jek. Tapi, bila perempuan chanteq tu dah berlalu, aku stop kejap.Saat tu jugak aku rasa jadi keliru dengan status aku sebagai perempuan normal di mana saat itu, aku berhenti 2 sampai 7 saat semata-mata untuk memandang dia sekali lagi dan lagi serta lagi.


Gambar hiasan kasik best

"Gilerrr chanteq" Ujar aku di dalam hati. Tambah ade sedikit rasa iri hati yang dasyat.

Tapi, dia memang chanteq. Body dia aku memang admire dari atas sampai bawah. Perghhh, kalo pakai kebaya sendat memang mantopppp bak kata Shamsul Ghao-ghao. Taktao la nak cakap pe. Sampai ke opis aku teringat pompuan yang menggiurkan tuh.

Parah sial.

Tapi sumpah, aku maseh bernafsu pada kaom Adam.
Heh!

May 7, 2009

Bukan Diriku-Samsons

Aku ada satu story nak tulis kat sini. Cerita dia buat aku berpikir balik bahawa tak semua lelaki kat luar sana adalah plastik. (Sorry, perspektif aku pada lelaki dah tak secantik dulu sekarang ni).

Ini cerita beliao.

Hai. Aku Adam (bukan nama sebenar). Time ni hidop aku agak kucar-kacir tapi alhamdullilah. Aku belom ada niat lagi nak terjun lombong atao makan panadol 10 papan. Life still go on as usual.

Lepak kat mamak petang-petang camni buat aku rasa nak petik gitar dan nyanyi lagu kumpulan Samson-Bukan Diriku. Over ker aku melayan perasaan ni? Tapi, itulah. Aku ni lelaki, mybe nampak tough kat luar. Kat dalam orang tak tahu.

Biar aku story dari awal la beb.Malas nak pusing cerita lama-lama.

Dulu, aku happy gilerrr dapat masuk U. Sebab kat sekolah aku bukan pandai sangat. Cuma masa SPM, aku berubah jadi baik sikit. Itupon sebab aku nak harapan mak tengok aku berjaya menjejak kaki ke menara gading tercapai. Lagipon arwah abah selalu pesan masa aku kecik-kecik dulu, nak main bola boleh, tapi jangan lupa pelajaran. Aku pon belajar sunggoh-sunggoh masa form5 sampai nak mengorat pon aku takde masa.

Kat U ni la aku mula kenal seseorang. Rhaudah. Nama dia aku suka, seperti orangnya jugak yang aku suka. Aku tak boleh lupa the first moment masa aku mula-mula kenal Rhaudah. Masa tu minggu induction pelajar baru. Kene beratur kat padang kawad tengah panas. Dalam panas-panas tu, aku boleh terpikat dengan Rhaudah yang merah-merah muka menahan percikan matahari. Cute giler Rhaudah time tu. Sampai senior panggil aku pon bileh tak dengar. Memang kenela aku selepas tu. Rhaudah cuma gelakkan aku jek time tu. Cilakak punyerr senior.

Kat U ni jugak aku jumpa sorang kawan baik yang aku rasa dah macam darah daging sendiri. Lutfi nama dia. Lutfi, Rhaudah dan aku secara kebetulan satu coarse yang sama. Kami ambik Sains Sukan tapi major yang aku ambik berbeza dari dorang. Lutfi banyak tolong aku speseli pasal duit. Aku selalu tak cukop duit. Nak mintak duit kat mak kat kampung, aku segan walaopon mak selalu tanya aku cukop duit ke tak. Takpelah, biar aku pinjam kat Lutfi. Aku tao, adik-adik yang tengah sekolah tu pon banyak nak pakai duit.Bila aku ade duit nanti, aku settle semua dengan Lutfi. Tapi, sebenarnya Lutfi jenis orang yang tak kisah. Pada dia, aku susah, dia pon susah. Aku happy, dia pon happy. Aku rasa, kalo aku gay, dah lama aku skandal ngan dia sebab dia baik giler wa cakap lu. Tersentoh jiwa lelaki aku.

Berbalik pasal Rhaudhah. Disebabkan kami satu coarse, aku dapat peluang tackle dia. Dan, sekarang dia telah menjadi teman wanita aku. Ramai yang jeles kat aku sebab Rhaudah. Rhaudah tu cute gilerr, macam Julia Ziegler. Anak orang kaya pulak tu. Datang kelas naik kereta.Aku ni apa yang ada. Motor pon pinjam Lutfi. Kadang-kadang, rasa malu jugak berjalan ngan Rhaudah kat fakulti. Semua orang pandang. Tapi, nasib baik muka aku ade iras-iras Fahrin Ahmad (orang cakapla, bukan aku), jadi aku buat slumber jugak.

Aku suka Rhaudah sebab dia jenis simple.Pegi berdating dengan aku pakai jersey ManU jer. Pastu rambot dia selalu tak ikat. Bila angin sepoi-sepoi bahasa tiop, aku ni jugak yang nak kene selakkan rambot die. Tapi, tak kisahlah. Sayang punyer pasal.Dan, aku tao die pon sayang kat aku. Sebab dia cakap aku ni baik dan tampan. Opss, tampan tu aku yang tambah.Hahaha.Date haritu Rhaudhah merajuk dengan aku sebab aku tak banyak kelas ngan dia. Dia takde kawan nak studi paper sama-sama.Aku hanya mendengar dia membebel. Comel. Tapi, ayat dia yang buat aku rasa sedikit loser bila dia cakap, nasib baik ade Lutfi. Boleh diharap bantu dia dalam kelas.Hurm.

Satu malam, aku dapat call dari Pak Long kat kampung. Time tu aku dah tak sedap hati speseli esoknya aku ade final paper. Pak Long cuma cakap, selepas habis exam balik ke kampung. Aku bagitao Lutfi. Lutfi cakap relaks jek bro. Dia suroh aku jangan pikir bukan-bukan. Aku jadi bungkam giler..

Esoknya, pas habis exam, aku teros balik ke kampung. Sampai kat rumah, aku tengok mak dah terlentang sakit. Orang dah ramai kat perkarangan rumah.Mak Long sempat bisik kat aku, ajar mak mengucap.Dalam keadaan yang aku pon tak tao nak explain cane, aku ikotkan aje.

Sudahnya mak pergi menyahut seruan Ilahi di pangkuan aku. Aku rasa separoh semangat aku jugak pergi bersama mak. Aku pelok sekuat-kuatnya adik-adik yang ada di sebelah aku. Aku tak tahu nak cakap apa.Tuhan menguji aku ketika itu.

Selepas kebumikan mak, malam tu aku lepak sorang-sorang kat halaman rumah.Kat sinila aku selalu sembang ngan mak malam-malam. Mak mesti buat kopi untuk aku. Pastu bercerita panjang pasal kehidupan ni. Mak cakap, hidop ni kadang-kadang perlu jadik lilin. Berkorban membakar diri untuk kesenangan orang lain.

Aku tersenyum. Dan, dalam hati aku pikir, aku kene berkorban untuk masa depan adik-adik aku. Dorang terlampau muda untuk lalui semua kesukaran ni.

Esoknya aku balik kampus. Aku berjumpa Lutfi dan Rhaudah. Aku terangkan kepada dorang tentang keputusan aku nak berhenti belajar demi adik-adik aku. Aku kene berkorban.Dorang tak mampu nak cakap apa selain cuba memahami situasi aku. Dan, yang terakhir. Aku sampaikan amanat aku pada Lutfi supaya menjaga Rhaudah macammana aku menjaga dia sebelom ni.

Pada Rhaudah, aku cakapkan yang aku sayang gilerr kat dia tapi aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku ada tanggungjawab lain yang aku perlu laksanakan untuk orang-orang tersayang yang menanti aku kat kampung.Rhaudah cuba menahan perasaan walaopon time tu aku dah nampak ade butir jernih keluar dari kelopak mata dia.

Pastu, aku mintak diri untuk pulang.

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu


Susah nak buat keputusan ni, tapi itulah yang terbaik.Kan?

Dan, sempena hari ibu ni, aku nak cakap kat arwah mak.
Happy Mother's Day.





May 6, 2009

Semua Tak sama

Aku dengar lagu Padi- Semua Tak Sama selepas bangon tidor tadi. tiba-tiba dapat idea nak tulis storyline untuk lagu ni. Dan, aku teros brainstorming.

Ok. Storyline dia camni.

Ade 2 watak. Khatijah dan Latif. (bukan Khatijah Ibrahim dan Latif Ibrahim).Dorang berkawan baik. Sejak kecik.

Duduk kat Kg.Pantai Rasa Sayang, Parit 3, Sekinchan. Ada sawah padi, pantai, parit depan rumah, jalan tanah merah, pokok kelapa yang tinggi-tinggi.Memang best.

Khatijah masa kecik tomboyish. Ikot Latif mandi kat pantai ngan kawan-kawan laki. Pegi curi koko kat kebon mak Jah, tapi kantoi ngan Mak Jah. Kene marah ngan opah (tapi orang sana tak panggil opah la kan).

Latif selalu teman Khatijah pegi kedai. Beli choki-choki ngan ice-pop. Latif la tukang kayoh beskal sebab Khatijah saje nak gedik-gedik malas bawak beskal.Latif bengang jek sebab Khatijah tu berat. Dia terpaksa control pernafasan setiap kali bawak Khatijah.

Khatijah ngan Latif kawan baik sampai besar.Khatijah selalu marah Latif sebab takde sape nak ngorat Khatijah. Sebab orang ingat Latif teman lelaki Khatijah. Latif cakap padan muka. Muka Khatijah pon bukan cun sangat. Khatijah merajuk dengan statement Latif. Buat-buat taknak cakap dengan Latif. Tapi, Latif sweet lagi bijaksana. Dia dah siap-siap beli kuih karipap kegemaran Khatijah kat Warong Janda hujung kampung. Latif pujuk Khatijah. Khatijah tak jadi merajuk dan habiskan semua karipap.

Khatijah ngan Latif sama-sama dapat jadi cikgu. Kebetulan sikit. Biasala. Dorang dapat mengajar kat sekolah yang sama pulak tu.Tak payah pikirla. Aku script writer. Suka hatila kan?

Kat sekolah tu, Guru Besarnya pulak baru menduda sebab bini dia meninggal dunia sakit cancer.Tapi, GB tu jatoh cinta pulak pada Khatijah sebab hari-hari tengok Khatijah pakai baju kebaya laboh dengan tudung Yuna. Dengan directnya, GB panggil Khatijah masuk dalam bilik dia. Luahkan perasaan nak kawen dengan Khatijah.

Khatijah terkejot, sambil dalam hati maki hamun GB tu orang tua tak sedar diri. Bagi menyelamatkan diri, Khatijah cakap dia nak bertunang dengan cikgu Latif yang muda dan hensem tu. Muda dan hensem sengaja Khatijah cakap kuat sikit.

Balik tu, Khatijah ajak Latif pegi pantai. Khatijah cerita kat Latif pasal GB proposed dia tadi dan alasan spontan yang Khatijah bagi kat GB untuk mengelak diri. Latif ketawa berdekah-dekah.Tapi, bila tengok Khatijah masam, Latif diam. Sama-sama pikir masalah tu.

At last, Latif cakap dorang kene bertunang betoi-betoi. Khatijah taknak. Sebab dia taknak kawen ngan Latif.Latif cakap bertunang main-main. Buat syarat bagi GB tu tak kacao Khatijah kat sekolah lagi.Khatijah ikot cakap Latif.

Jadi, bulan depannya dorang bertunang. Gempar satu Kg. Pantai Rasa Sayang Khatijah dah bertunang dengan Latif. Tapi, hanya Latif dan Khatijah yang tao plot cerita yang dorang direct tu.

Tak lama pastu, GB pon kawen lain.Kawen dengan Janda yang jual karipap kat hujung kg tu. Khatijah happy giler. Petang tu, selepas abis mengajar, dia ajak Latif pegi pantai lagi.

Khatijah nak cakap terima kaseh pada Latif sebab selamatkan dia dari disambar GB duda tu. Latif cakap takpe. Dia taknak Khatijah susah hati. Khatijah rasa terharu.

Khatijah tanggalkan cincin yang Latif bagi masa hari pertunangan dorang. Latif macam sedih. Khatijah cakap terima kaseh. Nanti kalao Latif ada masalah, dia akan tolong Latif pulak. Latif diam. Tapi pastu dia cakap dia sayangkan Khatijah. Dan, harap cincin tu di jari Khatijah sampai bila-bila.

Khatijah terkejot.Tapi, Khatijah assume Latif main-main sebab Latif dari kecik sampai besar suka tipu sunat kat dia.

Latif cakap dia tak main-main. Dia dah besar. Dia betoi-betoi sayang Khatijah.Khatijah takleh terima. Khatijah lari balik rumah walaopon buku-buku latihan anak murid dia tertinggal kat dalam kete Kancil Latif. Latif sempat cakap dalam hati, kalao nak lari pon ambikla buku-buku tu dulu. Nanti dia jugak yang nak kene hantar kat rumah Khatijah.

Tapi, selepas insiden petang tu, Latif dan Khatijah dah tak baik cam dulu. Kat sekolah pon, kalao terjumpa kat kantin, dorang diam jek.

Khatijah pulak dah start rasa lain bila dekat sebulan dorang camtu. Dia rasa poyo bila dia mula rasa rindu kat Latif. Opah cakap semalam Khatijah mengigao sebot nama Latif tengah-tengah malam. Khatijah rasa malu giler. Lagi dasyat bila tengahari pon dia rasa bermimpi sebab tengok tiang TNB pon dia leh nampak Latif. Parah.

At last, Khatijah surrender. Dia kene mengaku yang dia pon sayang latif. Tak boleh idop takde Latif. Esok hari Sabtu. Pas kokurikulum sekolah, dia nak jumpa Latif. Nak cakap dia sayang Latif juga.

Balik dari sekolah tengahari Jumaat tu, Khatijah lalu depan masjid. Kecoh orang cakap Cikgu Latif excident kat simpang empat hujung kampung. Berlanggar dengan lori sampai kete Kancil Latif remok.

Time tu, Khatijah dah nanges. Dia soh Pak Majid (watak sampingan yang dibayar sedikit) yang lalu kat situ bawak dia pegi ke lokasi kejadian.Dalam hati Khatijah tak habes-habes doa supaya Latif tak injured terok.

Bila sampai kat tempat kejadian, yang obvious adalah darah pekat yang mengalir kat atas tar jalan. Khatijah tengok Latif dah terbaring kaku atas jalan. Abang polis dah tutup badan dia. Khatijah rebah.


Dia tao, dia akan rindukan semua pasal Latif selepas ni.

*Semua Tak Sama*





edisi Maskulin

Ni tips untuk membantu kamu meningkatkan prestasi hubungan kamu dengan lelaki tak kira dengan bf, kawan baik kamu yang sengal atao abang waiter di Pakli Kopitiam. Men are unpredictable. Mari sama-sama investigate!!!!!


Gambar hiasan-tq Rosfarizal Roslan

1. Aku rasa korang tak perlu memerli atao buat-buat marah jika ada kawan lelaki, teman lelaki atao abang kamu tertinggal cd pornonya dalam cd-rom laktop kamu. Sebab mereka akan berasa sangat hina terhadap tindakan kamu tu kerana dia taknak ada bad impression kamu terhadap mereka.

2. Lelaki maskulin memang akan work out di gym, akan msg kamu pada hujung minggu untuk memberitahu dia pergi berjoging dan tidak menjamah nasi untuk menjaga diet. Tapi, apakata kamu memasakkan dia makanan kegemarannya dan melayan mereka makan. Rasanya dia boleh obes jika diamalkan.

3. Kamu jangan perasan yang dia nampak begitu romantik kerana sanggup bangon pagi semata-mata willing menghantar kamu ke komuter pada pagi Ahad. Ini kerana, dia akan membebel kepada kawannya yang kamu mengganggu tidur pada hari cutinya.

4.Jika lelaki memasukkan lagu-lagu kegemaran beliao ke dalam handphone kamu, silalah menghayati lagu-lagu itu walaopun ada antaranya bukan dalam senarai lagu pilihan kamu kerana lelaki sebenarnya ingin kamu turut paham apa yang dia pendam dan rasa seorang diri melalui lirik lagu tersebot.

5. Lelaki tidak sama dengan perempuan. Perempuan gedik sikit sebab mereka suka lelaki melayannya ketika dia sedang stress dengan kerja. Tetapi, kamu jangan cuba mengganggu lelaki dengan menghantar SMS ketika mereka sedang sibok bekerja dengan semata-mata untuk bercerita apa yang kamu dan kawan baik kamu buat satu hari suntuk tanpanya. Mereka tidak berminat untuk mendengar.

6. Jika lelaki sedang marah, stop from keep on msg dia. Tak perlu bimbang sebab dalam 1 jam kemudian, dia akan SMS kamu untuk mengatakan dia lapar :)

7.Kamu perlu mengunci mulot jika masuk ke dalam rumah lelaki. Kerana mereka akan berasa kecil hati jika kamu mengeluar statement rumah macam kapal pecah walaopon hakikatnya kamu menonton televisyen di rumahnya bersama barang-barang pelik yang tiada di rumah kamu.

8. Jangan tanya direct perasaan lelaki terhadap kamu.Kerana lelaki sebenarnya masih konservatif terhadap isu ini. Apakata kamu mencari jawapan kepada persoalan misteri tu melalui ujian-ujian yang kamu test untuk dia. Selamat mencuba.

9. Kamu kene alert kedai mamak mana yang dia selalu pergi dan jangan sesekali kamu pergi lepak ke sana bersama lelaki lain walaopon lelaki itu kawan baik kamu sejak tadika. Dia akan mengeluarkan ayat ini selama seminggu jika betul-betul kamu terkantoi bersama rakan kamu itu, " Hensem budak tu. Mungkin dia lagi bagos dari saya."

10. Tinggallah sedikit kepercayaan kepada lelaki yang kamu dampingi walaopon teman-teman kamu bercerita macam-macam tentangnya di hadapan kamu. Tanpa kepercayaan, mungkin susah untuk kamu bertahan dalam masa kamu mencari kepastian untuk setiap cerita panas tentang dia yang kawan-kawan kamu labelkan.

May 4, 2009

Dalam Hati Ada Taman

Nak tao antara tanda-tanda dalam hati kamu ada taman? Ia seperti berikot.

1. Dah mula masuk dapor nak belajar masak gulai tempoyak kegemaran sesetengah pihak.(senang je rupanya).

2. Nada dering telefon bimbit tidak lagi dalam silent mode. Tetapi sudah ada nada dering sendiri- Jejaka Idaman (Raja Ema)

3.Mula membuat research untuk mencari hadiah hari jadi.Sesuatu yang poyo.

4.Tiada lagi mimpikan bos.

5.Hujung minggu tidak lagi seperti neraka yang celaka. Kembali berlari dalam kebon daisy.

6.Belakang kertas minit mesyuarat ada karton orang lidi laki dan perempuan, juga ade bentuk hati kecik-kecik kat udara.Jiwa.

7.Bangon tidor ada nampak buih-buih kat syiling bilik. Tak tipu do.

8. Lupa nak beli apa masa pegi kedai runcit. Hahahaha.Sunggoh parah.

9.Sudah jarang lepak di mamak bersama kawan-kawan.Obviously.

10.Kamu berjumpa mama dan cakap i'm happy!