May 6, 2009

edisi Maskulin

Ni tips untuk membantu kamu meningkatkan prestasi hubungan kamu dengan lelaki tak kira dengan bf, kawan baik kamu yang sengal atao abang waiter di Pakli Kopitiam. Men are unpredictable. Mari sama-sama investigate!!!!!


Gambar hiasan-tq Rosfarizal Roslan

1. Aku rasa korang tak perlu memerli atao buat-buat marah jika ada kawan lelaki, teman lelaki atao abang kamu tertinggal cd pornonya dalam cd-rom laktop kamu. Sebab mereka akan berasa sangat hina terhadap tindakan kamu tu kerana dia taknak ada bad impression kamu terhadap mereka.

2. Lelaki maskulin memang akan work out di gym, akan msg kamu pada hujung minggu untuk memberitahu dia pergi berjoging dan tidak menjamah nasi untuk menjaga diet. Tapi, apakata kamu memasakkan dia makanan kegemarannya dan melayan mereka makan. Rasanya dia boleh obes jika diamalkan.

3. Kamu jangan perasan yang dia nampak begitu romantik kerana sanggup bangon pagi semata-mata willing menghantar kamu ke komuter pada pagi Ahad. Ini kerana, dia akan membebel kepada kawannya yang kamu mengganggu tidur pada hari cutinya.

4.Jika lelaki memasukkan lagu-lagu kegemaran beliao ke dalam handphone kamu, silalah menghayati lagu-lagu itu walaopun ada antaranya bukan dalam senarai lagu pilihan kamu kerana lelaki sebenarnya ingin kamu turut paham apa yang dia pendam dan rasa seorang diri melalui lirik lagu tersebot.

5. Lelaki tidak sama dengan perempuan. Perempuan gedik sikit sebab mereka suka lelaki melayannya ketika dia sedang stress dengan kerja. Tetapi, kamu jangan cuba mengganggu lelaki dengan menghantar SMS ketika mereka sedang sibok bekerja dengan semata-mata untuk bercerita apa yang kamu dan kawan baik kamu buat satu hari suntuk tanpanya. Mereka tidak berminat untuk mendengar.

6. Jika lelaki sedang marah, stop from keep on msg dia. Tak perlu bimbang sebab dalam 1 jam kemudian, dia akan SMS kamu untuk mengatakan dia lapar :)

7.Kamu perlu mengunci mulot jika masuk ke dalam rumah lelaki. Kerana mereka akan berasa kecil hati jika kamu mengeluar statement rumah macam kapal pecah walaopon hakikatnya kamu menonton televisyen di rumahnya bersama barang-barang pelik yang tiada di rumah kamu.

8. Jangan tanya direct perasaan lelaki terhadap kamu.Kerana lelaki sebenarnya masih konservatif terhadap isu ini. Apakata kamu mencari jawapan kepada persoalan misteri tu melalui ujian-ujian yang kamu test untuk dia. Selamat mencuba.

9. Kamu kene alert kedai mamak mana yang dia selalu pergi dan jangan sesekali kamu pergi lepak ke sana bersama lelaki lain walaopon lelaki itu kawan baik kamu sejak tadika. Dia akan mengeluarkan ayat ini selama seminggu jika betul-betul kamu terkantoi bersama rakan kamu itu, " Hensem budak tu. Mungkin dia lagi bagos dari saya."

10. Tinggallah sedikit kepercayaan kepada lelaki yang kamu dampingi walaopon teman-teman kamu bercerita macam-macam tentangnya di hadapan kamu. Tanpa kepercayaan, mungkin susah untuk kamu bertahan dalam masa kamu mencari kepastian untuk setiap cerita panas tentang dia yang kawan-kawan kamu labelkan.

3 comments:

  1. damn... cd ak ke yg dlm laptop 2..
    hahahaa..

    ReplyDelete
  2. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
    Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....

    ReplyDelete