Mar 24, 2012

Malam yang terlalu panjang.

Pic atas katil aku, bila tengah malam.


1.52am, still awal untuk tidor, as today im working jam 2 petang.So bancoh teh o panas, cecah dengan biskot HupSeng.Sambil tu selak helaian-helaian majalah, yang berbagai, yang memang every month di sponsor oleh Coffee Bean.Aku seorang je dapat, jangan jeles.Haha.So save my bajet, selain dalam bilik aku dah kene provide satu mini kabinet untuk put all the magazines.Dah tinggi menggunung.Thank u Incik Mus.


Hari ni kerja macam biasa.Break makan besar dengan gadis-gadis hotclub di back office, walao kami hot, selera tetap maseh desa.Salah seorang klik bawak rendang kuning ayam.Peh, makan gaol dengan nasi panas, memang tak sedar bos lalu-lalang kulu-kilir kat belakang.Heh.


Then, abah send me mms.Gambar beliao dan mama yang sedang manis tersenyum, berpakaian sedondon.Hurm.Speechless.Tak tahu bagaimana mahu reply.I just reply back-yup, i missed mama as well.Kita semua merindui mama.Kita semua rasa, terlalu rasa kehilangan nya.Be strong abah.Aku tahu, air mata abah mesti bergenang time tni, seperti yang aku selalu curi intai.Hurm.

Then kebetulan time tu, kat tv3 siar video klip lagu Widuri, dari Broery Marantika.Aku pulak sebak.Ini antara lagu yang mama suka.Mama sangat suka karya Broery Marantika.Dan mama memang simpan dvd lagu-lagu Broery.Setiap pagi, mama akan suruh aku pasang the dvd, sebab hanya aku jugak yang suka all the song list dari Broery.yang lain, tak berapa berkenan.Macam abah selalu cakap, lagu Broery lembab sangat.Jenuh nak tunggu habis.Thats why mama pasang pon curi-curi, sometime. Haha.

Ya, kalao boleh, memang satu tulisan ni mahu coret kan mengenai mama.Sebab waktu ini, tertlau kuat rindu pada nya.



Selamat malam mama.

Mar 22, 2012

I'll be ok.

I feel better today, mungkin sudah seminggu pemergian Mama.Sikit-sikit aku sudah boleh terima kenyataan yang pahit ni.

Big thanks to all, yang sudi melayangkan ucapan takziah, tak kira di wall fb, direct to my mobile, atao datang ke rumah menziarahi-pamili members, buddies, office team, orang kampong, sweetheart and so on.

Thank u.

Semalam pulang, sampai sahaja 4.40 petang di Rawang, Incik Zahari sudah tunggu di dalam kereta, di tempat biasa.Therapeutic, apabila dia ada dekat.Itu beza nya dia dengan sesiapa di luar sana walao hanya dengan sebuah senyuman menyambot aku.

Petang semalam, Incik Zahari menemani aku.Janji dia untuk bring back my smile.Kami berjalan, berpimpin tangan berdua, meredah pekan lama Rawang yang sesak dengan kenderaan.Lupa sekejap hati yang sedang berdenyut.

Habis membeli barang-barang, kami bergerak ke Batang Kali untuk have dinner di kedai makan tepi jalan favorite kami berdua.Ikan siakap 3 rasa dan sup tulang, jadi santapan malam semalam.Enjoy the foods, kemudian banyak bercerita pengalaman terakhir bersama mama ketika makan.Dia hanya mendengar, as usual.


Sampai hari ni, incik Zahari ada bersama.Tidak membenarkan void space aku kosong begitu sahaja.Memang aku mahu bersendirian right now tapi tidak mahu berseorangan.Luka belom terubat sepenohnya.



Ditinggal orang yang terlalu penting dalam hidop kau, its very painful.Tapi seperti yang Incik Zahari selalu pesan, sekurang-kurangnya, aku maseh ada orang penting yang lain, yang maseh mahu aku move on.



Dont worry.I'll be ok =)

Mar 21, 2012

Mama, i love u, eternity.

21 March.Aku kembali pulang untuk sambong kerja, lusa.

Its not easy, untuk tinggalkan rumah kali ni.Tak sama selama 25 tahon aku away dari pamili.Tak sama macam aku balik pulang ke MRSM setiap hujung minggu dulu.Tak sama macam aku balik pulang ke UiTM setiap kali bukak semester baru.Tak sama macam mula-mula aku masok kerja pada Ramadhan pertama 2 tahon lepas.Sebab, kali ni aku tidak dihantar sampai ke pintu oleh mama, oleh senyuman beliao, oleh semangat beliao.i missed that, terribly.


After 5 hari mama bersemadi di alam sana, baru tadi air mata aku keluar semula.Its hurt.Dan sudah aku tak mampu seka lagi.Mana lah mampu untuk aku tinggalkan abah seorang di rumah, yang segenap ruang mengingatkan kami pada arwah.


Dalam tempoh terdekat ni, memang semua yang aku buat remind me of mama.Setiap ngomelan mama like pita rakaman yang berputar semula.Lap dapor lepas masak, susun pinggan kat sini, susun mangkok camni, teh biar banyak, susu ikot secukup rasa, letak penyapu belakang pintu, ikan masen letak dalam tupperware, tak berbao satu peti ais, sidai baju ikot jenis.jangan mandi lambat sangat.Bawak motor jangan laju.Pergi kerja jangan tak makan.Too much to write down here.Banyak sangat bebelan dia, yang dulu tidak selekat mana di telinga, tapi hari ni rasa begitu dekat.


Waktu menjaga mama di hospital detik yang terlalu precious pada aku.Teros tersemat dalam memori.Malam sebelom mama pergi, she asked me to bring her home.Mama cakap pada kami berkali-kali dari pagi sampai tengah malam.Mama nak mandi.Mama nak balik rumah.Aku tak tahu, yang itu last hint dari mama yang dia akan pulang teros ke rumah asalnya, di sisi Si Pencipta.Since aku jaga mama dari pukul 3 pagi tu, sampai lah mama pergi menyahut seruan Ilahi, mama sudah tidak bercakap dengan aku.Terlalu menyedihkan bila kau sudah hilang seorang kawan yang menjadi pendengar setia kepada setiap cerita bodoh kau, before.


Dan pagi sebelom mama pergi, aku sempat bersihkan diri mama.Itu detik terakhir aku membelai mama, sebelom aku hilang belaian seorang ibu, sampai bila-bila................Air mata, tolong jangan deras keluar.Aku dalam train.


And till, 2.35pm, 15 March 2012, mama pergi meninggalkan kami.Pergi meninggalkan semua kenangan bersama kami.Aku hanya mampu menangis sampai terduduk di kaki mama yang sudah kaku. Its really hurt.





Mama,I love u.

Terima kaseh untuk kaseh sayang mama selama 25 tahon dengan Angah.Terima kaseh kerana mengajar Angah untuk mencintai, kembali.


May mama rest in peace in the arms of Allah SWT.Amin.




4.36pm.In ETS train.