Pic atas katil aku, bila tengah malam.
1.52am, still awal untuk tidor, as today im working jam 2 petang.So bancoh teh o panas, cecah dengan biskot HupSeng.Sambil tu selak helaian-helaian majalah, yang berbagai, yang memang every month di sponsor oleh Coffee Bean.Aku seorang je dapat, jangan jeles.Haha.So save my bajet, selain dalam bilik aku dah kene provide satu mini kabinet untuk put all the magazines.Dah tinggi menggunung.Thank u Incik Mus.
Hari ni kerja macam biasa.Break makan besar dengan gadis-gadis hotclub di back office, walao kami hot, selera tetap maseh desa.Salah seorang klik bawak rendang kuning ayam.Peh, makan gaol dengan nasi panas, memang tak sedar bos lalu-lalang kulu-kilir kat belakang.Heh.
Then, abah send me mms.Gambar beliao dan mama yang sedang manis tersenyum, berpakaian sedondon.Hurm.Speechless.Tak tahu bagaimana mahu reply.I just reply back-yup, i missed mama as well.Kita semua merindui mama.Kita semua rasa, terlalu rasa kehilangan nya.Be strong abah.Aku tahu, air mata abah mesti bergenang time tni, seperti yang aku selalu curi intai.Hurm.
Then kebetulan time tu, kat tv3 siar video klip lagu Widuri, dari Broery Marantika.Aku pulak sebak.Ini antara lagu yang mama suka.Mama sangat suka karya Broery Marantika.Dan mama memang simpan dvd lagu-lagu Broery.Setiap pagi, mama akan suruh aku pasang the dvd, sebab hanya aku jugak yang suka all the song list dari Broery.yang lain, tak berapa berkenan.Macam abah selalu cakap, lagu Broery lembab sangat.Jenuh nak tunggu habis.Thats why mama pasang pon curi-curi, sometime. Haha.
Ya, kalao boleh, memang satu tulisan ni mahu coret kan mengenai mama.Sebab waktu ini, tertlau kuat rindu pada nya.
Selamat malam mama.
No comments:
Post a Comment