Oct 31, 2009

sabtu yang chill



Hai.Ini hari minggu yang saya rasa begitu happy (rasenye perlu mengganti perkataan begitu kepada sangat, i think).

Yah, memang dalam kepala rasa unsettle.Banyak keje yang perlu diberes minggu ni secepat yang mungkin.Tapi, kalao aku stuckkan minda dengan semua tu, aku rasa memang tak mahu bukak mata kalao dah tidor.

My supervisor advised me. Jika malas buat keje, pergilah hang out diluar.Jangan berteleku di depan laktop tapi keje haram tak siap.Jadi, untuk tidak buat aku rasa bersalah keluar bersosial, aku pegang kata-kata beliao semalam.Sebab semalam adalah hari malas aku.(walaopon syabas diucapkan kerana semalam aku berjaya buat chapter 4 hanya dalam masa separoh hari). Motivasi nak buat keje tu datang sebab aku dah plan nak pegi menonton teater seminggu awal.Jadi keje perlu disettle dulu bagi mengelakkan aku berada dalam Istana Budaya tu dengan perasaan kosong.Kosong~Dewa 19.Hehe.

Oh yah. Semalam aku pergi menonton teater muzikal CUCI dengan seorang kawan yang aku kenal since sekolah dulu. Kenal dah lama tapi baru semalam dapat hang out together =) Terima kaseh sebab belanje tengok teater. Memang excited gilerrr sebab dah lama aku mahu melihat pembikinan teater secara live.Baru semalam dapat tengok, baru semalam dapat menjejak kaki ke Istana Budaya dan what make me rasa nak menjerit bila baru semalam dapat berjumpa lelaki favorite saya, bukan USHER tapi Afdlin Shauki..chill!



Komen aku pasal teater muzikal CUCI? Wajib tonton. Satu minit pon kamu tak akan duduk diam sebab rasa nak ketawa jek. Suke ;)

Jadi terime kaseh sekali lagi kerana membawa aku ke sana. Dan terima kaseh juga for the chocolate dan the 'gudluck' card untuk final semester aku (yang menakotkan) tu.





Tak lupa juga untuk seseorang (yang begitu sweet.Haha.) kerana belanja Big Apple petang kelmarin. Rockmantik makan donut sambil melihat kanak-kanak kecil berlari di tengah padang =) Tq.



Oh yah. Not forgetting. Terima kaseh kepada ex-housemate aku, Shadzana Balqis for this present.Haih.Dah rasa macam Juara Akademi Fantasia pulak dapat banyak gift minggu ni. Tq so much my dear.



Okeylah. Mahu sambong wat design.(mode happy jadi mungkin ide akan cantiq sikit). For those make me happy yesterday, thank u so much ;)

Oct 29, 2009

Hilang topup dan berasa begitu sayu

Quite sad. Aku rase time ni aku maseh belom waras dan begitu kritikal.tadi aku pegi kedai runcit sebab housemate pesan beli sabon BioZip dan aku turut membeli topup RM5.Aku tak tahu la dalam perjalanan balik jalan kaki apa yang aku pikir sangat sebab bila sampai rumah aku dapati topup tu dah takde. aku tak tahu tercicir di mana.

Sampai kat rumah jugak aku sebenarnya macam orang baru bangon tidor.Huhu.Parah sangatke aku begini?

Yang sedih sebab itu duit terakhir yang aku spend untuk beli topup.Huhu.Aku tak suka bila aku tak berpijak di Bumi yang nyata.........pikiran melayang jaoh yang aku tak tahu singgah kat planet mana.Banyak bende yang stuck dalam kepala sampai aku sendiri pon dah tak jadi manusia yang normal.

Mama.Saya mahu pulang dan menonton tv di rumah sambil makan nata de coco.Huhu,


Oct 28, 2009

Blup..blup...

Lagi 2 jam paper aku. Professional Practice.First paper for this semester and also turn to be the last paper for my 5 dreadful years in UiTM.huhu.

Quite sad actually for leaving all this moment. Selepas ni dah takde menulis nota pekse sambil menangis. Haih.Big girl crying malam tadi, malulah.Lalalalalalallala.;P

Hurm, last nite i cant help myself.Yup,really painful.Bangon Suboh pagi tadi pon still crying. Shit.Memang bangang tapi i think thats only one gud way to release everything.Hurm. Its hard to let everything go. ...its not easy to have someone in heart. Fahrin Ahmad ajak couple pon aku takmo da. Tapi aku rase aku hanya boleh terima Adam Nur Kaseh sahaja selepas nie.Selain tu, aku dah malas nak layan.Sorry. Hahaha.

Anyway thanks guys for giving me your support last nite. Sangat bermakna.Untuk Incik Faridzol (bukan nama sebenar), thanks for coming last nite and borrowed me some gud words to cheer me back. (selepas ni dah tak kutuk awak gemok dah;p).

Jadi doakan hari seterosnya maseh ade bunga daisy di dalam =)

Note: Boleh tak aku nyanyi lagu ni lagi sekali? Mariah Carey-without you ;P


Oct 27, 2009

Mati hati..sudah.

Ini entry before aku pegi mandi.Lalalalala.Tadi aku chat dengan Ben, seorang senior yang agak kacak dan berkharisma. Topik kami is about relationship between 2 person.

Zasss...layan.(katenyer).

Aku bertanya.What will happen if u fall in love with your own gud friend? Balasnye begini. "Menyayangi tak semestinye memiliki.Its better to keep the feeling urself only.Sebab kamu akan kehilangan saat-saat manis mase berkawan baik selepas kamu cube declaire hubungan tu."

Dan lagi pendapat beliao.

"Adalah lebih manis jika kamu dan dia hanya paham perasaan masing-masing dan jez be like that. If ade jodoh, tak ke mana. Pasti Tuhan memberi ruang seterosnye =)"

Yup.Statement tu buat aku rasa begitu kehilangan seorang kawan baik saat ini.

Aku rindu bila dia habis game dan mencari aku. Mahu aku komen bagaimana die di atas padang.Mahu aku di pihak die walao satu Malaysia mengecam. Aku rindu bila dia kacao aku semasa aku serios di dalam studio. Mengajak aku keluar makan McD tapi hanya setakat drive thru. Aku rindu untuk basohkan glove die. Tapi kemudian menyimbah aku dengan air. Aku rindu bila aku buat kerja, dia ade di sebelah. Bertanya design ape yang aku buat. Aku rindu mahu mulakan pagi dengan dengan dia.Tengok die ade di depan mate sebelom aku sibok sampai malam.

But, how much i miss all these sweet things , i never give it a try anymore.Susah untuk terima orang yang buat kamu sudah mati hati.

Along


Petang ni aku terasa rindu sangat kat my Along. Last aku jumpa die kami bergadoh.Aku terase dengan die dan aku tahu die juge sangat terase dengan aku. Aku tahu aku memang macam gampang kalao dah marah, tapi aku sendiri takleh nak control kalao ia melibatkan abah dan mama.

*sendiri mahu ingat*

Along ade cuba ambil hati aku tapi time tu aku sedang marah.Aku rase die tak paham perangai adik die ni. Marah aku panjang sangat mana pon. Lainla dia lelaki luar yang buat pasal.Memang aku carot sampai mati.Tapi dia satu-satunya abang yang aku ade dalam dunia ni.Marah-marah pon aku sayang dia. Itu tak pernah berubah walao dia dah lama tak main kombat-kombat dengan aku.

Aku tahu die takkan msg aku tanye aku camne kat sini sebab hp dia selalu letak dalam dashboard. Entah charge ke tak.Tapi, aku tahu die rindu adik-adik die. Sebab mama cakap Along selalu balik.Dia ingat adik-adik die ade kat rumah.

(kejap.aku nak nangis.)

Aku sayang Along dan harap dia ok kat sana walao ini masa kritikal beliao. Aku harap dia happy macam aku happy kat sini sekarang walao so many things stuck in mind. Dan, aku harap dia sabar sebab aku takde duit lagi nak beli jersey ManU original yang die suke.Aku tanak beli kat Uptown sebab aku nak beli yang mahal punyer.Dan, kat belakang tu aku nak sign.

Along, i love u.

Oct 26, 2009

Kerinduan the Drama

Aku tak suka kalo tengah-tengah malam terbangon.Itu terjadi semalam sebab aku sakit gigi.Haih. Jadi, aku online dan menjiwangkan diri dengan mendengar lagu-lagu Sheila Majid di YouTube.

Aku suka lagu ni.Kerinduan-Sheila Majid.Ini lagu tema satu drama kat tv2 dulu.Aku suka tengok drama ni sebab aku crush giler kat pelakon lelaki dia- Shidi DeadMushroom yang dah jadi laki Vanida Imran pon. Naseb dia kawen dengan Vee, kalo kawen dengan perempuan yang kurang cantik dari aku, memang aku protes.

Lelaki paling hensem kat dunia.Adam Nur Kaseh pon kalah =)


Heroin drama tu Aida Aris. Gud match.

Cerita ni dalam genre Romantik Comedy.Cerita pasal 2 orang kawan baik tapi at last mereka bercinta (musim pertama). Cerita ni kelakar sebab Aida Aris ni jande hot, ramai yang nak kat die sebab body baikk punyer. Tapi, dalam banyak-banyak lelaki yang himpit Aida ni, Shidi jelah yang boleh ngam ngan Aida.Shidi sebenarnye romantik tapi Aida tak pernah nak kesah sebab dia ni terlalu workaholic dan bermasalah dengan lelaki-lelaki yang cube nak seduce dia. Shidi pon tak kisah tapi he always standing beside Aida susah dan senang speseli bila Aida suruh jaga anak perempuan dia yang banyak cakap.Cute.

Aku tak ingat camne Shidi proposed Aida. Tapi time tu dorang dah gadoh and Shidi bawak diri ke Cameron. Aida time tu dah gelabah giler dan baru tao die jugak sebenarnye suka kat Shidi.At last, Shidi kol radio dan dia nyanyi lagu Milik Siapakah Hati Ini- Sudirman dan tuju lagu pada Aida. Aida kebetulan dengar (drama Melayu memang selalu ade kebetulan kan?) Maka, berbunga-bungalah.....happy ending.



Aku suka persahabatan dorang.Gadoh, selisih pendapat tapi apepon, mereka saling memerlukan. Cuma, pendapat aku, kadang-kadang lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik berdua =)



Jeles sungguh dengan gambar ni.


Note: Muke Shidi seperti beliao. Kulit hitam manes, bermate kecik dan senyuman yang boleh membelah jiwa Dan saye sedikit macam muka Vanidah imran.Haha.=P




Oct 23, 2009

watdefak (maseh nampak sopan sangatkah bahasa aku kali ini?)

Hari ni aku berasa sunggoh tensen dan rasa mahu memukul mana-mana lelaki yang berasa die tough (sedap sikit pukul badan yang berketol-ketol). Time ni aku sedang melayan lagu yang aku selalu dengar mase aku tensen Final Semester Dip dulu.Semangat yang hilang-XPDC.

Honestly, final sem ni aku rase tertekan (Incik Lo tidak berasa keseorangan perasaan tu). Kalao aku buat kerja pon, aku tak boleh lama fokus. Paling nerd aku boleh buat kerja selama 3 jam (bersamaan masa perjalanan Kampar ke KL).Selepas tuh, aku mula main FaceBook dan bermain kuiz, memberi komen sambil mengeluarkan ayat flirty kepada beberapa lelaki tampan di sana.

Time ni playlist aku memutar lagu Mimpi Yang Tak Sudah-Ibnor Reza.Sesuai pulak dengan keadaan mode aku time ni.Memang setiap hari tak dapat nak sudahkan mimpi sebab tak dapat nak lena. Kalao mimpi pon, aku termimpi enlargement aku yang maseh belom usik lagi.Belom citer section dan perspektif aku.Untuk thesis, chapter 4 dan 5 maseh belom jalan. Tender jua begitu.

Watdefak.

Tak bolehkah aku bermimpi dapat kawen dengan Adam NurKaseh?

Itu belom aku cerita kondensi persekitaran yang macam haram J.Aku tak suka bila ade yang suka nak menyibok hal aku sampai dalam kain pon nak amek tao.Sila jangan tentukan dengan sape aku patot nak 'menyundal' ke hape. Mase aku jatoh tersungkor dulu tak pernah pulak sekor-sekor nampak muke, bila aku dah boleh happy kenapa nak datang block ape yang aku ade?

Watdefak.

Serius penat kadang-kadang dengan peel perempuan yang macamni.Sebab aku adalah perempuan yang AMK (ade mak kesah?).Lantak ko nak terlanjor dengan sape, aku pedulik hape.Tapi jangan sibok hal aku.Mind own your business. (Perlu tak letak tanda seruan untuk menunjuk nada marah aku?)

Time ni rindu nak balik rumah. Opah mesti masak roti canai empat segi colek dengan sardin. Layan pulak dengan 'yangat' opah yang hening. Ah, sial punya imaginasi.

Ok aku stop mencarot sebab aku nak sambong baca buku PEDESTRIAN MALLS, STREETSCAPES & URBAN SPACES, ditulis oleh Harvey M.Rubenstein. Nerd tak aku duduk di library sorang-sorang pada pukul 5.12 petang dan membuka buku ini?

The new me =)

Oct 21, 2009

=)




Wajah-wajah girang dan gembire =)

Oct 20, 2009

Cinta sejati





Bangon tadi masa menunggu turn untuk mandi, aku teringat kes ade yang datang merisik aku.Kelakar kot fenomena itu. Hahaha. Ade jugak yang berkenan ngan pompuan malas mandi macam aku ni? Dahlah tak pandai masak sangat.(Patot sangat tu pon takde). Hehe.Mungkin hanya terpengaroh dengan ayat-ayat blogger aku selama neh je kot.Ngeh2.

Hurm, mama jez bagi jawapan, cakap aku ni memang single, tapi perjalanan aku maseh jaoh. Yup, itu sebaik-baik jawapan untuk cover aku walaupon kalo boleh mama mahu aku menerima jalan kebahgiaan itu.Dia tahu sudah berapa lama aku BERTAHAN DALAM SEDIH.(Aku rasa title ni sesuai untuk single terbaru Misya Omar yang semakin jatuh sekarang).

Jawapan aku sebenarnye, takot rasenye untuk membuka hati sekarang ni.Bukan takde yang buat aku kadang-kadang berbunge daisy di dalam hati,ade. Dan kalo boleh mahu menukar status di FaceBook seperti kawan-kawan len. Hahaha. Kidding.(tapi apesal dorang bile gadoh teros nak change status kepada single.2 3 hari pastu tukar balik kepada in relationship.Haiyak!). Anyway, honestly, sometimes we need love, to share every single moment together. Pegi makan roti nan cheese bersama (ayat berbaur untuk seseorang), pegi minom cendol kat tepi jalan sama-sama (terpengaroh dengan filem Cinta Khabir Batia) ataopon boleh ajak die menonton filem PapaDom sambil makan popcorn. Sweet.

Cume, maseh adakah cinta sejati lagi? Cinta sejati-Element. =)


Oct 18, 2009

Bosan membawa kepada berangan

Time ni aku dengar lagu zabarjad-KARAM.Aku kalao takde mood memang suka bukak Yuotube dan dengar lagu ni.Dulu aku suke bukak RedTube. (kantoi) Tapi aku takot hilang selera makan lagi yang membuat berat badan aku tidak normal dengan ketinggian aku yang seperti Julia Ziegler jadi jadi aku bersumpah tidak ke sana lagi =)

Hurm. Hari ni aku takde mood. Sebab? Aku paling tak suka bila aku menolak pelawaan bersosial di hujung minggu semata-mata mahu membuktikan pada diri sendiri bahawa aku ni sangat komited pada pelajaran tapi sudahnya mood nak menghadap keje tu takde. Ini yang aku rasa hangin pada diri sendiri dan rasa nak hisap rokok jek.Mungkin DunHill 14.(itu yang aku dengar setiap kali pegi kedai runcit kat blok aku) =)

Aku hanya ada masa 3 minggu lebih untuk bergelar pelajar.Hurm. Tengah tensen ni maybe aku rase macam nak cepatkan jek masa tu.Kalo boleh nak 3 hari je lagi nak dok kat sini. Tapi, aku rasa, kalo aku dah habis, dan bila setiap malam aku hanya goyang kaki tengok drama Fahrin Ahmad kat tv, tentu aku berasa tak best dan akan rasa nak sangat ade assignment. Betoi. Ni yang aku rasa masa sedang praktikal. Bapak bosan sebab setiap malam aku tak busy. Macam loser jek takde ape nak buat. Nak keluar dengan bf masa tu, aku memang takde bf. Nak keluar dengan skandal hari-hari rasa macam aku ni perempuan kabaret jek.Jadi aku patahkan niat nakal aku tuh. Tapi, time tu ade jugak yang sarankan aku mencari bf tapi aku kata " Oh, no.Malas" jawapan belagak aku. Ah, malas nak cakap pasal bf. Sucks.

So, ini cerite aku dan kebosanan.



Bile tengok pic budak ni, aku rase mahu kawen jeh. At least setiap hari aku ade bende nak buat sampai la ke malam...Oh.Aku sudah mula berangan jaoh.


Aku malas nak menulis dah. Nanti banyak ayat yang RTM potong.Bye.Selamat malam.

Oct 17, 2009

The waiting period...




What to do after the first date…but before the second? Ini penting supaya tak nampak kamu terhegeh-hegeh walaopon time tu secara senyap-senyap sudah mula menampal gambar die di pintu almari baju kamu =)

Ini some tips boleh aku berikan. Learn by doing =)

1. Delete number die
Yep...I said it.Mungkin nampak weird tapi kamu tiada pilihan selagi kamu menanti call atao text seterusnya dari dia.(tapi ini boleh dikecualikan jika kamu sudah lama berkawan baik dengan dia).Jika kamu ada nombor dia, aku gerenti kamu akan text dia dalam around pukul 2 pagi di saat kamu tengah klimaks ingat dia selepas pertemuan pertama. Jadi, tentunye bende tu memalukan dan memberi bad impression pada kamu. Maka, anggap sahaja jika first date kamu adalah ok, dia pastinya akan cari kamu dalam masa sehari. Tapi, jika dia ambik masa selama 2 minggu, kamu haros rasa tidak berbaloi dia ada dalam contact list kamu.

2. Jangan obses atao lebih tepat, gila bayang yang melampao.
Ini begitu berat espeseli jika the next day maseh tiada apa panggilan atao text dari dia. Jika dia tak sapa kamu di dalam YM sedangkan kamu juga online (lainla kalo kamu invisible), sila jangan starring skrin laktop kamu dan berdoa supaya dia buzz kamu. Atao, kamu check Fb die semata-mata mahu melihat samaada ramai perempuan meninggalkan komen pada status die.Atao juge menyuruh mutual friends kamu buat-buat tanya how the date went in his eyes.Tidak perlu begitu kerana kamu bukan budak high school umor 13 tahon.Be cool.

3. Jangan makan kerana stress menunggu
Kawan aku pernah makan nasi briani 3 pinggan sebab overthinking pasal the new one yang beliao baru have date. Itu bahaya sebab boleh oversized. Kamu bukan Afdlin Shauki yang orang boleh jatuh cinta meski berbadan gemok. Jadi, kawal pemakanan dan kurangkan ingat dia.Try not to over-talk about her or him.The less you talk about it, the less you'll think about it; until you see his name (or number...since you deleted it) on your hp =)

4. Beli tshirt
I don't know...it's distracting, mungkin sekadar nasihat yang rambang.Tapi, buatlah hal kamu dahulu.Ade jodoh tak ke mana. meminjam kata-kata orang dulu-dulu, ikan di laot, asam di darat, dalam periok bertemu jua...jika die btol Mr.Right kamu,die tetap akan cari kamu kemudian. Kal takde, cari ikan yang lain..hehe.


Oct 16, 2009

How to Make a Breakup Really Stick (jenoh mencari ayat di dalam kamus untuk dapatkan tajuk yang nampak stylo)



Breaking up is hard to do...getting over it can be even harder. Aku mahu memberi tips kepada yang sedang melalui hari-hari duka disebabkan baru lepas break-up dengan gf atao bf atao sugar daddy. Mana tao kan? Hehe. So,here are a few more wise words to help make your next breakup a little easier.Selamat membaca =)

1. Jangan bercakap dengan die
Ini peraturan paling wajib kamu haros patuhi walaopon kamu berpura-pura cakap yang kamu boleh handle ini semua dan maseh boleh anggap die sebagai kawan. You cant, bebeh.Don't kid yourself, feelings will get hurt.Ameklah masa untuk bersendirian selagi kamu maseh tidak dapat lupa setiap inci mengenai die. Jika die ade FB, sila jangan gedik untuk add die semata-mata mahu melihat gambar dia, atao mahu lihat die komen perempuan mane. Biarkan jek ok. Cume bila kamu sudah betoi=betoi boleh tertawakan kenangan silam kamu dgn die,mungkin kamu boleh add die dan mula komen gambar die yang nampak poyo dengan perempuan yang kamu rase kamu lagi hot. Ngeh2. =)

2. Jangan over melayan perasaan
Bende ini memang paling susah untuk buat.Series, aku pon tak mampu nak elak seratus persen. Contohnya apabila terdengar lagu kegemaran kamu bersama diputar di radio Sinar, atao musim raya Astro menayang semula movie kegemaran kamu berdua atao kamu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas betoi-betoi berhadapan dengan taman tempat kamu first date. Tentu kamu mula rasa hiba dan mahu beli tisu sebab teringat bende kurun yang lepas.Well, they're not anymore. Don't make a connection to platonic objects when there isn't one. Itu yang boleh aku tuleh sebagai peringatan untuk semua dan diri sendiri yang rabak jugak. Cuba buat diri kamu terima hakikat. Contoh, kamu rasa taman itu berada dalam memori kamu adalah sebab lanskap lembot die menarek di samping supporting elemen die yang friendly user. Educated your mind.

3. Bergembira bersama kengkawan
Go out and have fun with your friends. Tak kire hanya di dalam FB atao keluar minom di mamak melayan secawan kopi O panas. Chill. Ini masenye untuk reconnect bersama teman-teman di sekeliling semula sebab jika kamu bercinta, kamu tiada peluang mahu keluar hingga larot malam menonton bola bersama-sama teman kamu di mamak atao pergi menonton movie kegemaran kamu tanpa perlu paksa diri menonton filem sains fiksyen kegemaran die yang kamu tak suka.What is important, remember how much fun being single really is.

4. Take Some Time For Yourself (nampak best sikit guna bahasa omputeh)
Buatlah semua bende yang kamu rasa nak buat. Nak makan aiskrim sambil layan Desperate Housewives ker, atao marathon layan dvd korea ker (Hana Yori Dango aku sarankan kamu layan berkali-kali), atao mensekodeng kawan kamu bermain rugby ker, atao lepak sambil berblogging di McD. Work through your feelings. Understand why things went south, and why you're better off this way. Sangat chill di dalam jika kamu mencuba =)

5.Reward diri sendiri
Menyimpol perkara di atas, senang cakap, do all of the little things that make you happy every day. Yep, being single means thinking about you, you, you. Jadi, pergi pergi dan amek masa lebih selepas penat bekerja dan beli something yang kamu dah obses sebelom ini untuk reward diri kamu yang sedang bekerja keras bagi membahagiakan diri sendiri. Tidak payah tunggu orang celebrate kamu. Have fun spoiling yourself, because you deserve it after....wait, what? I'm forgetting already.=)




Bunge daisy di dalam hati =)



Tolong..tolong....saye mule berbunge di dalam =)





Abah.



Tadi aku menonton movie PapaDOM.Karya sentuhan Afdlin Shauki yang terbaik setakat ini. Plot cerita yang sangat ringkas, tapi penoh message walaopon diselangi banyak scene kelakar dan direct skrip.

Afdlin, aku suka kamu.

Tapi, for this entry, aku tak mahu mengulas lanjot pasal Incik Saadom dan cerita beliao, sebab semua boleh feel sendiri ape yang cuba Afdlin sampaikan. Dan, lepas balik dari menonton movie ni, satu je aku rasa. I love my abah. Dan, seperti mahu balik ke rumah malam ini jugak dan mahu menciom beliao.

Huhu.

Seperti Incik Saadom, aku begitu paham apa seorang bapak rasakan dalam saat beliao sedang membesarkan seorang anak perempuan.Its not easy, apatah lagi jika 2 3 anal perempuan. Dan, aku sebagai anak perempuan pula memang tak lepas dari akan rasa apa yang Liyana Jasmay rasa dalam cerita PapaDOM tu.

Satu yang aku nampak, abah sangat protective to his daughter. Its normal pada setiap mereka yang bergelar bapa kat dunia ni. Dan, ada satu tahap, mereka akan mula berasa jeles bila ade 'lelaki' lain dalam hidop girls mereka.It obvious. Contoh, hari tu someone temankan aku di stesen keretapi Kampar. That one is Pemuda UMNO yang Abah already know better and he's very close to our family. Tapi, abah begitu jeles sebab that guy sampai dulu di stesen itu sebelom die tiba. Boleh jeles sedangkan that guy only want to accompany aku while waiting him. Maybe abah pertikaikan kenapa die sanggup keluar ofis (time tu masa bekerja) semata-mata mahu mengambil tugas abah menjempot aku di stesen keretapi. Haih. Bile cerita pada mama, mama just laughing.

The same thing happened when die datang menjengah ke rumah mahu mengambil aku keluar. Abah kurang senang. I dont know why. Tapi, when something happened in our relationship, aku rase abah is right. Mungkin abah sebagai lelaki lebih bijak menilai the right person yang boleh menjaga aku dengan baik. Dan, selepas ni, kalao abah reject my choice, aku takkan merajuk lagi. mungkin. Promise.

Apa yang dicerita through this movie is also happened to me di mana seorang abah kalo boleh mahu 24 jam anak die ade depan mate. Sebab sangat risao cabaran di luar. Mula-mula aku masuk boarding school di Bukit jalil masa tingkatan 1 dulu, the first person yang menangis banyak adalah mama.Biasalah, mama kan? Abah tak tunjuk sebab abah cool.Tapi aku dapat trace abah rindukan aku bila setiap minggu abah tak lupa kirimkan surat untuk aku. He wrote the letter in English, walaopon the grammar not quite gud. Haha. Abah sweet.

Bila aku masuk UiTM pulak, dan time tu aku sudah ada hp sendiri, abah kalo boleh nak SMS every hour sampai aku selalu mengadu kat geng aku, aku penat nak marathon msg dengan abah hari-hari, setiap waktu. Abah jez wooried aku dah makan atao belom, keluar dengan siapa and so on. Sometime aku rasa malas nak jawab, but i did.

Hurm.Itu sebahagian cerita istimewa aku dan abah. Cerita yang sama mungkin untuk setiap hubungan seorang abah dan his girl =) Bila abah sakit hari tu, aku tak tao bagaimana mahu menyorokkan perasaan sedih.Its first time. Sebab kami selalu gadoh, hang out dan membuli abah di rumah, tapi kami tak pernah sedar abah become old dan mula sakit-sakit. Aku tak boleh tidor bila abah tak dapat tidor masa aku temankan die di wad sepanjang 5 hari tu. Aku tak lalu makan kalo abah tak makan. Aku tak dapat pikir design selagi abah tak sehat. Dan aku tak suka bila nurse cucuk jarom amek darah abah sebab aku tahu, aku dan abah sama. Kami takot darah. Kalao boleh, time ni aku mahu berada dengan abah. Mahu pastikan die makan ubat dan tidor tanpa ade remote di tangan die.....................................


Abah.Masa die gemok.
Rindu....




Oct 14, 2009

UMNO










13 DAN 14 Oktober 2009, aku berada di PWTC untuk sama-sama menyertai perwakilan 3 sayap UMNO yang lain ke Perhimpunan Agong UMNO 2009.

One unforgettable experience.

But, honestly, aku tak begitu taksub pada politik sebab aku tak berminat pada environment politik itu sendiri yang begitu sinonom dengan beberapa term keji.Dan, itu memberi impak pada badan UMNO itu sendiri. Begitu sedih hingga perjuangan UMNO langsong tak dihargai.

Malaysia tak establish aku rasa tanpa perjuangan orang Melayu pada zaman Tunku Abdul Rahman dulu.Jadi,pada aku, perjuangan UMNO adalah untuk hak Melayu. Dan, aku begitu rasa rubbish untuk orang Melayu yang menjatuhkan Melayu ini.

*tak paham*

Aku berada dalam UMNO sebab aku membesar dengan baik hingga hari ini atas dasar pembangunan yang tak pernah henti UMNO dan BN sumbangkan. Dan, aku tak nampak usaha itu usaha 'orang luar' yang aku rasa tak ke mana....

Shit.Aku prejudis sangatkah? Dan, ini bukan ayat spontan disebab aku baru balik Perhimpuan Agong semalam.

Aku bukan hardcore dalam semua neh tapi aku tak tahu kenapa hati begitu tercalar membaca ayat ini tadi.


'...........sampai kiamat umno memang laknat.....xsah kalau xrasuah,...umno mengajar kite merosakan bangsa.... "

Itu kata-kata manusia yang lupa asal-usul.Jangan salahkan parti kalao tak puas hati pada 'orangnya'.

Sekian.

Oct 10, 2009

Ma

Ma.Nak nanges.
Pinjam bahu.

=(

Oct 9, 2009

aku taklah baik sangat.

Tadi aku kuar minom bersama a friend of mine.Cerita macam-macam. Tapi, girls talk tadi adalah lebih kepada isu membalas dendam. Ye, aku sebenarnye telah berniat untuk membalas dendam terhadap somebody yang f bintang bintang kecik.

Aku tak mungkin balas dendam dengan cara keras.Itu bukan aku walaopon kat FB aku dah tercakap aku suka bende yang keras-keras ni (sampai ade yang cakap aku berbaur lucah).Kalao ikot sinopsis dalam cerita Tamil pon, balas dendam yang obviously ni selalunye geng jahat yang tunggu hero kat simpang jalan sebab nak belasah hero yang baru turon dari bas yang cam sardin tu.kan?

Projek aku sekarang adalah dalam masa 3 tahon lagi. Tunggu aku establish dulu =) Ngeh2. Tak sabar nak jadi watak antogonis.

Hurmm.Ini kalo mama tahu mesti tak bersetuju sebab dia selalu cakap, biar orang buat taik, jangan kita main taik. Tapi aku tak boleh. Aku nak orang tu tahu sekali seumur dalam idop dia bahawa apa rasenye jika kamu dipermainkan.Itu sahaja.


...........................................semoga perancangan berjaya.

Oct 8, 2009

Void space for ownself =)

Tadi aku gerak dari studio dalam jam sebelom pukul 3 pagi.Biasalah, time-time camni sunyikan jalan.So, aku boleh bawak slow, nak feel punye pasal.Member yang temankan aku balik pon bawak slow jugak.Agaknye die pon nak layan feeling macam aku gak =)

Sepanjang jalan aku nyanyi lagu Zabarjad~Karam.Takle kuat sangat nyanyi,nanti takot ade pulak yang sambong korus kat belakang kan..huhu.Tapi, sepanjang balik tadi, aku teringat kat dia pulak. Bukan nak jiwang doh, tapi baru aku tersedar, dah lama tak rasa jiwang di mana dalam bahasa ibondanya adalah jiwa yang berperasaan.

Selama ni celik mata jek, aku pikir keje mana nak buat dulu sebab semua nak kene speed, takpon pikir design yang mengeraskan otak aku hari-hari, takpon kalo stress aku mula layan FB komen macam-macam status yang menjerit-jerit mintak dikomen (aku la tu), takpon pegi kuar lepak ngan kawan-kawan sekolah yang happening.

Itu rutin aku lately ni.Tipikal.Tapi best. Cuma sekali-sekala rindu pada void space seperti dulu. Hoho, aku admit, aku rindu pada die.

Bodo aku admit bende ni.Aku dah janji kot kat diri aku jangan sesekali maafkan diri sendiri sebab terlalu ikot perasaan dulu.Tapi, for tonite, izinkan aku japla untuk release benda-benda yang terbeban dalam kepale ni melalui cara ni. Dah lama aku memaksa diri menjadi workaholic, baru hari ni rasa klimaks penat pada paksaan terhadap diri sendiri. Dan, rasa begitu jaohnya aku dengan lelaki-lelaki di sekitar akibat aku menjadi terlalu anti pada ciptaan lelaki yang aku rasa, semua sama.Oh, maaf andai ada yang terasa. Tapi, tu la.Sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Tapi, 2 3 hari ni, bila jumpa 2 3 yang 'tulus', aku cuba menyalahkan orang lama-lama kite dulu yang buat pepatah ni yang cam nampak terlalu emosional dan diskriminasi kan? Nampak sangat takleh berkompromi.

(Tapi, aku kene amek masa untuk memikir bagaimana nak buat supaya susu tak rosak disebabkan blend dengan nila itu.)Lama mungkin mendapat formula kimianya semula.Tunggu sajelah laporan dari makmal =)

.....................................................................................


Oh, masa untuk berjiwang sudah tamat. 17 minit dah berlalu. Pasni kembali workaholic semula ya kamu.


*Listening to Ella~Gemilang.

Oct 7, 2009

Final sem yang sangap

Kesan musim FINAL SEM ialah:

a) Tahap sensualiti yang minimal.Baru semalam Fahrin Ahmad menelefon. Ajak couple. Tapi aku cakap "Sorry, i bz.".

b) Pasangan kamu wat hal dan bercerita dengan aku sekarang? Ini sahaja jawapan yang aku boleh berikan " Tinggalkan je." Kejam mungkin.

c)Motor dah macam Haram J. Berapa bulan tak SNOW WASH.

d)Muke dah tak cun macam Julia Ziegler.Serabot punye pasal.Macam Julia Rais ade.

e)Mengurangkan komen di FB.Kalo dulu sehari 2000 komen, sekarang dah kurang ke 900 jek.Haha.

Ok. Itu jek nak tuleh...

Oct 6, 2009

For Aiman =)








S bintang bintang t, aku lupe birthday seorang kawan baik aku.Aku harap dia tak terkilan sebab last week antara masa aku paling kritikal.

Dan, aku tao dia akan menjengah ke sini. Jadi, aku ingin mengucapkan di sini Happy Belated Birthday kepada beliaodan dengan iringan doa, semoga kamu teros maju jaya. Yeay!

Wo,tadi baru sedar dah lama jugak tak spend masa bersama beliao nyanyi karaoke dan lepak minom ayor gelas besor tu..weeeeee...missin this part...Remy pon dah takde..sob..sob...anyway, hope can chill out with u guys bile dah bebas dari cengkaman keje yang......oh, tidak perlu diteroskan kot ayat itu.Akan mengurangkan pahala =)

Jadi, untuk sahabat bernama Mohammed Al Aiman Borhan,semoga teros BFF.(tiru ayt bebudak high school).Take care.

Kawan-kawan ribena















Lately,aku rasa aku dah takde ruang kosong cam dulu untuk aku rasa sunyi yang menyebabkan aku round Shah Alam nek motor sambil melayan lagu Ukiran Jiwa dari Awie.Sucks, aku rasa itu masa aku paling bodo dan sial selain masa aku penah curik bookmark Blues Untuk Aku kat Kedai Buku Kim Kee masa tingkatan 2 dulu.

* Bapak aku marah giler masa aku citer 3 tahon kemudian.

Sekarang rase idop sangat bermakne dengan kehadiran kawan-kawan sekolah. Yeah, rasa chill bile dapat jumpe balik after dekat 5 tahon tak jumpe.Tentunye, bende paling best bile open table dan review balik cite lama kat maktab dulu masa zaman hingusan....waaaaaa, rasa nak kembali ke zaman bangku sekolah...bak kata dorang, masa sekolah rasa cibai nak habis cepat, tapi sekarang rasa mahu jadik budak jahat di sekolah kembali.....

Heee.......


Anyway, harap dapat teros happy together camni. Nanti aku keje aku belanje beasr korang =) Promise.


Oh ye, hari ni birthday ADAM.Muge dia panjang umor dan terisi dengan kebahgiaan baru =)

Oct 5, 2009

Vice Versa

Soalan hari ini: Bolehke lelaki dan perempuan berkawan baik tanpa ade hubungan perasaan?

Jawapan aku boleh jika perkara ini dipatuhi:

a)Birthday die kamu jangan wat suprise letak bunge ros depan umah die.Dan kemudian kamu telefon dan menyurohnya bukak pintu.Pls,jangan sweet yang melampao.

b)Memanggil kawan baikmu sayang atao sweetheart dalam msg atao perbualan harian.Owh, bahaya. Nanti kamu berangan jaoh =)

c)Menolak troli di tesko bersama-sama sehingga beros gigi dia kamu yang pilihkan jua. Sila elakkan.

d)Jangan bersetuju jika kawan baikmu menyuroh kamu menyamar menjadi gfnya sekejap semata-mata untuk teman dia pergi ke wedding ex beliao.Nanti kamu jugak yang kene renjatan elektrik bila die memegang tangan kamu erat di majlis itu walaopon kamu diupah RM50 sejam atas lakonan itu.

e)Terbluetooth lagu HERE WITHOUT YOU~3DOORS DOWN kepada kawan baik kamu semasa kamu hantar beliao di airport.Perkara ini buat dia rasa tidak mahu tinggalkan kamu.

Oct 1, 2009

Aku BUKAN nerd.

Stress pada kerja membuatkan aku rasa ingin menjadi seorang pelajar IPTA yang nerd. At least, dalam masa tinggal 4 minggu je lagi nak habis ni, aku dah siap keje hampir 70 peratos. Tapi, aku sendiri tak tao berapa peratos yang aku dah capai sekarang ni.Agak nazak aku rasa. Tapi, aku yakin. Aku mampu buat. Dan, target aku hanya lulus final sem ni. Sebab aku nak kawen cepat. Hahaha~ sila jangan percaya statement aku kadang-kadang.

Bagaimana aku ingin menjadi nerd dalam masa 4 minggu ni? Itu persoalan aku sekarang. Sebab aku macam jeles tengok yang lain dah speed giler. Aku kat belakang makan asap jek.Dan itu mengusik sedikit perasaan.Terasa sedikit loser. Tak boleh jadi.

Jadi, untuk menjadi nerd, aku rasa aku perlu buat menukar cara hidop aku yang klise selama ni.Need something new yang lebih nerd.

a) Bangon awal pagi.Buat design.

b) Tidak menyelusup keluar dari kelas senyap-senyap dan kemudian lepak di cafe bersama kawan-kawan lelaki sedangkan kelas sedang lecture.

c) Delete akaun Facebook bagi mengelakkan rasa tak tenang buat kerja dan berchat 24jam dengan rakyat Malaysia yang lain.

d)Hanya bercerita mengenai kerja semasa minum petang atao supper di Mamak.Bukan bergosip atao mengutuk kawan baik sendiri.

e)Malam minggu menaip thesis. Tiada aktiviti luar.



Itu antara yang aku terpikir nak buat mulai hari ini. Tapi, tadi aku bangon lambat, kemudian masa di kelas tender aku tidak berbuat apa-apa lalu mengajak budak-budak laki makan di cafe, lepak2 sambil bercerita bende yang nonsense, pulang ke kelas bila lagi 10 minit nak habis kelas, kemudian start motor balik rumah, sampai di rumah teros on Facebook walaopon sepatotnye dalam schedule yang aku dah setup aku kene buat layout board~shit, aku tak buat, kemudian, aku check msg, weekend ni ade beberapa temujanji dengan kawan-kawan, dan rasa tidak sampai hati mahu menolak.Jadi, weekend tidak boleh duduk 24 jam di rumah. Dan aku rasa no life pulak kalo lepak minom kopi di mamak hanya bercerita pasal keje aku yang sucks. Owh, hipokrit.

Jadi, kesimpulannye aku tak boleh. Sebab aku mahu merasai student life yang seronok ini :P Kerja? Aku buatla nanti.Gila tak buat. Camne nak grad?

Self-motivated jangan berhenti. Itu sahaja nasihat pada diri sendiri :P

Damn.Aku benci masalah kewangan.

Rasa nak merompak bank negara malam ni.Duit tu aku bukan nak enjoy pon. Jez nak bayar bil, sewa rumah, print out thesis, print board,print out assignment lain, duit belanje hari-hari lagi, dan kalo boleh nak tolong mama sikit.

Aku patot berkompromi dengan security guard Bank negara rasenye.Huhu.


...............................


Final sem yang....damn.