Oct 1, 2009

Aku BUKAN nerd.

Stress pada kerja membuatkan aku rasa ingin menjadi seorang pelajar IPTA yang nerd. At least, dalam masa tinggal 4 minggu je lagi nak habis ni, aku dah siap keje hampir 70 peratos. Tapi, aku sendiri tak tao berapa peratos yang aku dah capai sekarang ni.Agak nazak aku rasa. Tapi, aku yakin. Aku mampu buat. Dan, target aku hanya lulus final sem ni. Sebab aku nak kawen cepat. Hahaha~ sila jangan percaya statement aku kadang-kadang.

Bagaimana aku ingin menjadi nerd dalam masa 4 minggu ni? Itu persoalan aku sekarang. Sebab aku macam jeles tengok yang lain dah speed giler. Aku kat belakang makan asap jek.Dan itu mengusik sedikit perasaan.Terasa sedikit loser. Tak boleh jadi.

Jadi, untuk menjadi nerd, aku rasa aku perlu buat menukar cara hidop aku yang klise selama ni.Need something new yang lebih nerd.

a) Bangon awal pagi.Buat design.

b) Tidak menyelusup keluar dari kelas senyap-senyap dan kemudian lepak di cafe bersama kawan-kawan lelaki sedangkan kelas sedang lecture.

c) Delete akaun Facebook bagi mengelakkan rasa tak tenang buat kerja dan berchat 24jam dengan rakyat Malaysia yang lain.

d)Hanya bercerita mengenai kerja semasa minum petang atao supper di Mamak.Bukan bergosip atao mengutuk kawan baik sendiri.

e)Malam minggu menaip thesis. Tiada aktiviti luar.



Itu antara yang aku terpikir nak buat mulai hari ini. Tapi, tadi aku bangon lambat, kemudian masa di kelas tender aku tidak berbuat apa-apa lalu mengajak budak-budak laki makan di cafe, lepak2 sambil bercerita bende yang nonsense, pulang ke kelas bila lagi 10 minit nak habis kelas, kemudian start motor balik rumah, sampai di rumah teros on Facebook walaopon sepatotnye dalam schedule yang aku dah setup aku kene buat layout board~shit, aku tak buat, kemudian, aku check msg, weekend ni ade beberapa temujanji dengan kawan-kawan, dan rasa tidak sampai hati mahu menolak.Jadi, weekend tidak boleh duduk 24 jam di rumah. Dan aku rasa no life pulak kalo lepak minom kopi di mamak hanya bercerita pasal keje aku yang sucks. Owh, hipokrit.

Jadi, kesimpulannye aku tak boleh. Sebab aku mahu merasai student life yang seronok ini :P Kerja? Aku buatla nanti.Gila tak buat. Camne nak grad?

Self-motivated jangan berhenti. Itu sahaja nasihat pada diri sendiri :P

No comments:

Post a Comment