Sep 13, 2012

Bila nak kurus macam Lisa Surihani?.


Baru balik late supper, dengan incik Zahari.Teringin makan daging burger with mayonis then kami bergandingan ke mamak dengan perasaan like wanita hamil yang mengidam daging burger pada pukul 1 pagi.Nak sangat.

Aku rasa nak period ni.Thats why perasaan makan membuak-buak.Then hati di tahap normal.Tiada apa-apa yang mengganggu.Senang hati orang cakap, walao rasa kosong tu kadang-kadang menyelit.

Itu sebab aku rasa nak makan je, kot.

Ya, aku kurus bila ada masalah.Serius, bila hati tak happy, setiap pepejal yang masok ke dalam umpama angin.Tak effect.


Jadi, untuk waktu sementara ni, aku just makan walao lepas makan ada perasaan bersalah terhadap diri sendiri.Semua perempuan camtu ke?


Aku tak boleh layan perasaan makan ni.Kalao tak, back to size badan aku yang mengerikan last July.Tak tidor malam memikirkan badan yang dah tak solid.



Perempuan beginilah.Selalu ter tekan, tak pasal cinta, berat badan.Yang lain doesnt matter.


Selamat malam.




Sep 12, 2012

Rindu pada yang takde.


Malam ni, rasa rindu pada arwah mama dan abah datang membuak-buak.Bagai empangan pecah, mengalir deras dan kuat.Tidak tertanggung.

Selepas baca Yassin Maghrib tadi, aku menangis di atas sejadah.Selalu nya, aku sibokkan diri dengan kerja yang macam-macam supaya aku tidak ada langsong space untuk hati berdenyut.Tapi tadi, air mata tak dapat nak seka lagi dah, terutama ketika mahu habiskan barisan-barisan terakhir Yassin.Hati tersentoh.


Kalao ikotkan hati, kalao ratapkan pemergian mama dan abah yang diambil dalam satu masa sekali gus, mungkin aku sudah gila.Sudah tidak rasional.Sudah tidak berhati.Hilang teros semangat di dalam.Mana mungkin perjalanan selepas ini semudah yang difikir.


Dan tadi baca balik tulisan-tulisan abah di FB nya.Abah dan aku tak banyak sangat persamaan selain suka menulis dan pandai sketching.Itu yang aku perasan.Air mata jatuh lagi antara post di FB abah, bila mana abah post lagu Im Ready For Love from Bad Company.Waktu tu aku ingat lagi, kami semua di bilik mama di Wad Paliatif Hospital Batu Gajah menunggu Incik Zahari datang pick up aku di hospital untuk pulang ke Genting back to work after 5 days off.Mama ketika itu melipat dan packing baju aku ke dalam beg walaopon aku marah mama buat begitu.She still want to do her routine walao sakit.Dan tak sangka itu rutin mama yang terakhir mengemas beg aku.Time tu pulak abah sibok suruh aku dan adik menge post lagu ke wall FB beliao daripada Youtube.And it was the song.Mana lah boleh aku lupa sebab that was the first time abah bertemu Incik Zahari juga.Hmm.


Terlalu banyak benda aku simpan di dalam hati, melalui hard times yang memang hardful.Aku tak mampu cerita kepada sesiapa sebab sakit nya terlalu dalam.Menyimpan sendiri adalah lebih terubat.



Yup.

Rindu pada yang takde, adalah rindu yang terlalu menyakitkan selain hanya mampu kembali kepadaNya, berdoa semoga mereka ditempatkan di kalangan yang dikasihiNya.



Alfatihah.



Sep 11, 2012

Selasa.


2 hari attend coarse.Okeylah, prefer pergi coarse.Lari sekejap dari hustle and bustle tempat kerja.Masa nak habis coarse, one young boy approach aku, asking for my number.Dari keamatan aku, dan dari rupa lagak dan gaya dia, aku rasa umur dia around 20.Aku just senyum.The guy not bad,mungkin gadis belasan tahon terdetik ingin mengambil nama akuan Facebook dia atao mahu mendapatkan nombor bbm kalao melihat appearance dia.But as usual, i dont like the way young guy approaching a lady.Kurang menepati guidelines hati aku.Haha.


Hari ni juga aku offend dengan Incik Zahari.Tak tahu lah, ada benda yang selalu aku argue dengan dia.Its not about third party tapi lebih kepada masalah kontra rutin dan pendapat masing-masing.Vice versa.Tapi tadi masa pergi membawa diri membeli makan malam sendiri, aku lihat ada lepat labu panas dijual.Hmm, its his favorite.Our favorite.Tapi sebab rasa marah yang ada dalam hati, aku hanya balik.Ego lah konon, tapi dalam hati rasa sedih jugak.Hati orang Malaysia kan lembot. Selalu nya, aku akan tapaokan untuk dia dan hantarkan lepat labu panas tu ke tempat dia kerja.Alah, tiru babak filem Full House, kan si isteri hantarkan si suami sushi masa dia tengah on duty.Hik.But malam ni, so far, aku hanya mengkonkritkankan perasaan.


Pernah tak rasa, kamu tidak suka kan karakter seseorang tapi kamu terpaksa accept sebab perlu berhadapan dengan dia setiap masa.Yes, i feel that towards a person.Pada aku, tak menjadi hal selagi tidak mengganggu kehidupan aku.Cuma deraan emosi tu, sedikit sebanyak ada.I hate when i have to involve with the person yang totally opposite dengan prinsip aku.Kontra perasaan.Dan terpaksa jadi hipokrit.


Sama jugak masa aku pergi coarse tadi.Coarse involves dengan semua level umur.Paling tak suka kalao bercampur dengan budak-budak yang totally budal-budak.Dan belom ada imej yang stabil, maksud aku dari segi attitude.Bab pergaulan, aku memang selected.Siapa yang boleh bercampor dengan golongan yang tidak menepati cara kamu? Okey, untuk tujuan ice breaking, waktu break time minom coffee, aku pergi lah join one table ni.Just be nice, be friendly with others participant.Sembang punya sembang, tiba-tiba budak perempuan ni cakap ' hotak akak, mana ada perkara tu berlaku' Okey, it is okey kalao use that word untuk kawan yang kau dah kenal lama.I just know her about few hours, sekurang-kurang tahu sedikit bagaimana mahu berbual dengan orang baru.Yelah, macam aku cakap tadi.Hati orang Malaysia ni lembot.Cepat terguris.Aku tak suka perempuan kasar macam tu.Dan melihat appearance dia, aku tahu, ini jenis budak yang tak habis khatam belajar.No manners, sorry to say.


Tak tahu nak menulis apa lagi.



Selamat malam.

Sep 5, 2012

Single father

This evening, i do nothing.Just prepared my minom petang, kopi o panas with fries sahaja.Awesome, sebab di luar hujan.


Then aku beli majalah Inspirasi Perkahwinan.Saja, sebab my bestfriend will get engage with his sweetheart this month.Even tak dapatt bersama dia membuat persiapan, i hope that boleh tumpang sekaki merasa the moods.Hik.

Selak punya selak, ada satu page raise up isu mengenai bersediakah anda dengan pasangan yang berstatus duda?Oh oh oh.Isu ni amat tepat untuk aku dan for all yang in the same shoes.


Yeah, im in love with him yang berstatus single father.Dan di page tu mereka list up tips how to make sure hubungan tidak terjejas dengan that status.

1.Persediaan Mental.
The first thing is persoalan mengenai sudah bersediakah memulakan hidop baru bersama pasangan yang berstatus duda? Banyak benda perlu difikirkan actually, betol.Mengenai anak-anak dia, hubungan dia dengan keluarga mentua dan ex wife.Begitu juga dengan penerimaan keluarga sendiri terhadap pasangan duda.Setakat ni, alhamdullillah, semua nya berjalan lancar.Famili terima seadanya dan sangat understanding.Dan since kamu sudah menerima diri dia, satu perkara yang perlu ada dalam diri adalah sikap terbuka mengenai hubungan dia dan pamili bekas isteri.Pada aku tak jadi masalah langsong, walao hubungan mereka sangat baik.Tambah his ex wife sudah punya keluarga sendiri.Saat yang paling jujur aku rasa masa dia bawa keluarga bekas mentua berjumpa aku dulu.Appreciate the moments.


2.Terima seadanya kedudukan pasangan.
Dia mempunyai tanggungan anak-anak, dan mungkin menyebabkan kita sendiri tidak dapat berbelanja berlebihan.Pada aku, jangan jadikan situasi sebagai modal untuk menyalahkannya atao mengungkit.Sikap toleransi dan memahami kedudukan dia sangat penting.Pada aku tidak menjadi masalah since i have my own salary.Tak perlu bergantung bayak pada dia.Jangan jadi budak-budak mahu cemburu dia lebihkan anak-anak dia.Bab ni adalah paling penting, tak nafikan mula-mula dahulu rasa perlu berkongsi segalanya dengan anak-anak dia.But lama kelaman, i realize, isu berkongsi tu tidak ada sebab the way he treat me different too much the way he treat his kids.Dan yang paling utama, dia juga tidak berat sebelah.You are still being his part ;)

3.Selidik terlebih dahulu latar belakang nya.
Bukan mencurigai pasangan, namun tidak salah jika anda memahami punca perceraian pasangan anda dengan bekas isterinya.Yeah, even orang kata past tak perlu diungkit lagi once you built your new life, tapi amat penting untuk tahu.Cerita silam dia adalah apart of his life.Cukup sekadar kamu tahu diri dia bagaimana dan cuba meletakkan diri sendiri dalam kasotnya.

4. Terima anak-anaknya seadanya.
Ini adalah yang paling penting.Mama always remind me dulu, untuk belajar terima mereka seadanya.Aku biasa sahaja, i just tell him, aku tak meletakkan diri aku as their step mom, but i prefer to be their friends.Boleh berkongsi apa sahaja, no limits.Since mereka juga semakin meningkat remaja,menjadi kawan mereka, memahami mereka adalah lebih working.



Tak mudah juga untuk menerima duda as my partner, as my soulmate, i tell u.Mungkin masa zaman sekolah dulu aku selalu cakap mahu get someone yang lebih berusia daripada aku, duda pon not bad, nah, jadi kenyataan.Ini ayat mengusik seorang kawan baik di MRSM dulu pada aku bila aku bersembang mengenai ups and downs aku bersama si dia.Haha.Pada aku, duda or bujang, the most important thing yang perlu ada dalam setiap hubungan adalah toleransi dan understanding each others.


Serius, i really feel good with this relationship.Aku lebih senang dengan status dia, kerana pengalaman dia leads my way, leads myself, untuk jadi sematang dia, setenang dia mengenai kehidupan yang penoh ranjao.Tulisan yang jujur,datang dari hati.


Semoga masa tidak mencemburui kami.God, thank you so much for bring him to light up my life here.



Sep 4, 2012

Aku nak kawen!

After hari raya hari tu, aku rasa sesuatu.Sesuatu yang different.Sesuatu yang buat hati aku bulat berkata, aku nak kawen.Haha,


Banyak faktor buat hati aku berkira-kira nak kawin.

Dulu, aku tak rasa yakin ke arah tu, sebab banyak tanggungjawab perlu diangkat.Tapi since mama dan abah pergi menyahut seruan ilahi, aku rasa semua nya sudah dilunaskan.Menjaga mama dan abah sehingga ke nafas terakhir mereka.Pidot pula sudah boleh bekerja,cuma tunggu tawaran yang lebih baik dan convinience.Rumah pusaka abah sudah siap dibina, dan Along sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga sepenuhnya.What else? Kerja semakin stabil.Dan hubungan aku dan Incik Zahari semakin meningkat matang.Aku rasa complete, hampir complete.


Aku mengimpikan sebuah tema perkahwinan yang simple tapi sweet.Itu sahaja.

Untuk kamar beradu pengantin, cukup setakat ringkas, everything comes with white and light pink dengan katil tiang yang klasik dan aminiti perabot kayu lama warna hitam atao coklat.Di dinding tak perlu hiasan apa, cukup sekadar potret pamili dan gambar kami berdua hitam puteh.Bring thousands meaning.Langsir, sebolehnya hanya bidai kayu atao kain sifon puteh jarang.


Untuk pelamen, no, aku tak suka yang too heavy.Cukup berlatarbelakangkan tirai warna puteh.Kerusi pengantin yang tinggi diapit pasu bunga besar with flowers warna puteh, pink dan terqouse.I love that combination colors.Cukup!

Barang hantaran, pon cukup dengan combination that colors.

Dan untuk baju, aku prefer baju kurung moden with plain color, either warna puteh atao light pink.Boleh membantu kelihatan tinngi dan curve.Haha.Tak perlu banyak perincian, cukup labuci di side kanan atao kiri dada, pergelangan tangan juga di kaki baju dan kain.I already got its design in my brainstorming.Ringkas sebenarnya nampak lebih mewah.Aku tak berapa prefer songket, it makes me looks fat and fat.Make up, sepatutnya hanya membantu untuk kelihatan lebih luarbiasa daripada rutin harian.

Untuk goodies, tak perlu kampong style.Aku tak suka bunga telor yang tipikal.Atao ada beg yang dalamnya letak banyak benda.Cukup hanya something yang simple with the tag nama aku dan Incik Zahari.(kalao ada mama, mesti dia tak bersetuju sebab bunga telor is Malay tradition.Haha)

Secara keseluruhan, simple.Thats my wedding dream.



I just talk about this with Incik Zahari.And he said, we choose end of next year.InsyaAllah, jika Allah mempermudahkan.



:)