Sep 4, 2012

Aku nak kawen!

After hari raya hari tu, aku rasa sesuatu.Sesuatu yang different.Sesuatu yang buat hati aku bulat berkata, aku nak kawen.Haha,


Banyak faktor buat hati aku berkira-kira nak kawin.

Dulu, aku tak rasa yakin ke arah tu, sebab banyak tanggungjawab perlu diangkat.Tapi since mama dan abah pergi menyahut seruan ilahi, aku rasa semua nya sudah dilunaskan.Menjaga mama dan abah sehingga ke nafas terakhir mereka.Pidot pula sudah boleh bekerja,cuma tunggu tawaran yang lebih baik dan convinience.Rumah pusaka abah sudah siap dibina, dan Along sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga sepenuhnya.What else? Kerja semakin stabil.Dan hubungan aku dan Incik Zahari semakin meningkat matang.Aku rasa complete, hampir complete.


Aku mengimpikan sebuah tema perkahwinan yang simple tapi sweet.Itu sahaja.

Untuk kamar beradu pengantin, cukup setakat ringkas, everything comes with white and light pink dengan katil tiang yang klasik dan aminiti perabot kayu lama warna hitam atao coklat.Di dinding tak perlu hiasan apa, cukup sekadar potret pamili dan gambar kami berdua hitam puteh.Bring thousands meaning.Langsir, sebolehnya hanya bidai kayu atao kain sifon puteh jarang.


Untuk pelamen, no, aku tak suka yang too heavy.Cukup berlatarbelakangkan tirai warna puteh.Kerusi pengantin yang tinggi diapit pasu bunga besar with flowers warna puteh, pink dan terqouse.I love that combination colors.Cukup!

Barang hantaran, pon cukup dengan combination that colors.

Dan untuk baju, aku prefer baju kurung moden with plain color, either warna puteh atao light pink.Boleh membantu kelihatan tinngi dan curve.Haha.Tak perlu banyak perincian, cukup labuci di side kanan atao kiri dada, pergelangan tangan juga di kaki baju dan kain.I already got its design in my brainstorming.Ringkas sebenarnya nampak lebih mewah.Aku tak berapa prefer songket, it makes me looks fat and fat.Make up, sepatutnya hanya membantu untuk kelihatan lebih luarbiasa daripada rutin harian.

Untuk goodies, tak perlu kampong style.Aku tak suka bunga telor yang tipikal.Atao ada beg yang dalamnya letak banyak benda.Cukup hanya something yang simple with the tag nama aku dan Incik Zahari.(kalao ada mama, mesti dia tak bersetuju sebab bunga telor is Malay tradition.Haha)

Secara keseluruhan, simple.Thats my wedding dream.



I just talk about this with Incik Zahari.And he said, we choose end of next year.InsyaAllah, jika Allah mempermudahkan.



:)




1 comment:

  1. amboi.....InsyaAllah..benda baik Allah akan permudahkan :)

    ReplyDelete