Sep 26, 2009

Aku bukan aku kot.



Rindu maser abah gemok.Rindu pamili yg dulu :)



Penat rase hari ni. Tidor banyak mane pon aku tak dapat lelap. Sorry, jika kamu rasa bosan nak dengar aku banyak bunyik di sini, tidak perlu menjengah aku.

Lately ni, aku rasa stress atao dalam bahasa ibonda tertekan.Dulu, aku struggle berhadapan dengan masalah sendiri.Pernah aku menghafal satu buku Mandarin untuk ujian oral Mandarin petang tu sedangkan pagi tu aku menangis sepanjang hari bila orang tu ingin membina hari bahgia.Hati seperti digilis traktor time tu.Lumat.Tapi, aku cemerlang bila keluar dari dewan.

Tuhan membantu.

Hari ni,sekali lagi hati ditarik-tarik lagi.Abah, merindui hari-hari senyuman beliao di sisi.Rindu untuk berebot remote control tv bersama abah bila pulang. Tapi, tadi menonton siaran tv dengan hati yang tidak berperasaan. Aku harap abah kembali sejahtera. Mahu bergadoh dengan abah di depan tv lagi.

Aku mahu membuat kerja minit ini. Tapi aku rasa atmosfera di dalam hati sunyi. Mana entah pergi jisim.



Aku rasa bodoh.Sebab aku dah start hilang konkrit di dalam.Mana aku yang dulu? Yang tak pernah kesah dunia nak terbalik?

Sep 22, 2009

Tuhan, tolong.




Sumpah, tidak tahu bagaimana mahu bercakap tentang hasta gumpita yang sedang meletos di dalam atmosfere dalam hati aku.

Aku pernah hilang seseorang yang precious dalam hidop aku sehingga semua inspirasi terpaksa dibatu-batakan balik, dan pertukangan itu sampai hari ni maseh sedang berlangsong.

Dan, aku takot untuk melalui liku masa itu sekali lagi.

Tuhan,bukan sekarang. Aku sedang dalam kekusutan, ketegangan membina masa depan.Jangan kao rampas kebahgiaan yang hanya tinggal sekelumit garam di dalam hati.

...............................................

Sakit kepala. Tolong.

raya dolu2 dan raye sekarang


Raya dah tak feel. Betoi tak? Seminggu sebelom raya, memangle nak raye aku rase. Sebab dengar lagu Fazidah Joned. Tapi, bila dah raye, cam nak wat bodo jek…Hahhahaha…Sebabnye raye sekarang dan raye dulu-dulu dah tak sama.

1. Baju raya. Dulu best sebab before raya abah bawak kitorang pegi pekan Telok Intan, shopping baju ‘oghang puteh’ kat sana. Walaopon baju-bajunye takla setandard Pavillion, tapi time tu dah rase mewah giler. Malam sebelom raya, ade pulak sesi ‘presentation’ baju raya dengan opah bersama sepupu-sepupu yang len. Time tu semua excited kot. Sekarang ni, bile sabot pasal baju raya, takla feel sangat sebab sekarang tak payah tunggu raye baru nak beli baju baru cantik-cantik. Asal ade duit sikit je, tangkap baju baru.Tak kisahlah kat bundle sekalipon, janji ‘baru’ dibeli dari kedai. Dan sekarang ni pon, dah takde istilah shopping raye. Takde masa kot. Kebaya yang aku pakai masa raya tahon ni pon aku beli masa site visit kat Pasar Seni. Orang kata, sambil menyelam minom ayor. Sambil buat inventori dan analisis site untuk final projek aku, sambil tu ngusha baju untuk raye…busy woman ok.

2. Mari sedondon di hari raya. Hoho. Ini masa kecik-kecik boleh kot di standardizekan warna baju raya. Dah besor-besor ni sukar diramal. Hehe. Mama aku memang suke bab-bab ni tapi aku tak sempat kot nak polo instruction beliao. Tahon ni mama planning pakai baju Maroon. Tapi, pamili Along dah tempah skim kaler they ol sendiri. Aku pulak dah terbeli kebaya puteh, so agak tak rock untuk pakai baju kebaya itu di pagi hari raya tahon depan. Pidot pulak dah tempah baju kurung moden kaler coklat..Hahaha.Lari topik. Sudahnye pagi raya mama ngan abah jek pakai sedondon macam pengantin baru…heeee…Bak kate Encik Helmi di dlm SMS rayenye, dah kawin nanti baru syok nak berbaju sedondon ni. :P

3. Pagi di hari raya. Hurm. Masa kecik-kecik dulu feel pagi raya tu yang ditunggu. Bangon pagi-pagi pakai baju raya, bermaaf-maafan, tunggu semua orang bagi duit raya. Tapi, bila beso-beso ni dah cam malas. Bangon dah lah lambat, pastu bile team baraan datang baru kelam kabot nak mandi. Raya tahon ni pulak kesihatan abah agak tak mengizinkan. So, suasana tu jadi gloomy sikit. Aku pon lebih risaokan abah. Takde mood nak raya sakan..This year jugak turn Along raye rumah mak mertua die dulu, so kekurangan satu ahli pamili di rumah. Sepupu-sepupu yang seangkatan lak 2 3 orang jek balik.Takleh nak Sekinchan Menjerit. Sudahnye memang aku beraya dengan sepupu-sepupu yang belom akil baligh, pegi temankan dorang raye, jadi guider dorang main bunga api kat depan rumah, alahai……agak tak stylo di situ walaopon sedikit sweet .Hahaha…

4. Cerita di tv masa raya. Aku hangin betol raye tahon ni sebab takde cerita best kat tv. Balik-balik muke Fasya Sandha suara itik tu, takpon Apek Senario yang cam mayat hidop tu kat tv. Paling tak best drama Yusof Haslam yang sucks ditayang kat tv. Bosan giler. Jadi, janganlah heran mengapa aku lebih prefer mencarot kat blog ni tatkala bosan di hari raya.Iklan raya kat tv pon dah takde yang sampai kat jiwa. Setakat tayang balik iklan dulu-dulu, kat YouTube pon aku leh layan. Encik Helmi, kamu juge bersependapat dalam hal ni bukan? Tapi, maybe sebab Allahyarham Yasmin Ahmad dah takde. So, dah takde iklan dari Petronas yang ‘kill’ masa raye ni. Tak chill.

5. Ucapan hari raya. Kalo masa sekolah-sekolah dulu aku rasa lagi dekat dengan kawan-kawan sekeliling walaopon time tu takde SMS, 3G dan sebagainya. Sebabnye time tu kad raye jadi utusan pengganti diri nak berbalas ucapan hari raye. Yang aku perasan, raya lately ni dah kurang ucapan hari raye even by kad raye ataopon by SMS tu sendiri.(maybe sebab dah sampaikan dalam Facebook)..tapi betoila, kurang ucapan hari raye. Aku pon just reply kepada sape-sape yang mengirim dan kepada sape-sape yang terdekat.. Aku rasa orang len pon camtu. Masing-masing tunggu, sudahnye takde sape nak hantar. Jadi, istilah 1 Malaysia tu agak berat untuk dilaksanakan mungkin…?

Ok,aku dah malas nak taip lagi. Lapar nasi impit..Chow.

Sep 15, 2009

Edisi Maskulin bulan Lebaran

Kadang-kadang rase hot stuff ni suka jugak.Hahaha. Tapi, itu bukan diri aku.Aku lebih prefer jadi gadis yang 'handsome gesture'~ terminologi oleh Gordon cullen dalam buku The Concise TownScape yang lebih memaksudkan ruang yang nampak hodoh tapi sometime u view it beautiful :) Bolehkah aku dilihat begitu ?

Hurm. Cerita pasal hot stuff ni, rasanya berkaitan ke kepada hak kita me'reject' orang dalam idop kita? Adakah me'reject orang' dan sekaligos mematahkan hatinya (mungkin jika berperasaan), merasakan diri kita hot stuff? Digilai. Nope, itu tak relevan. Sebab manusia hada hak asasi. Kamu punya pilihan untuk membuat keputusan bagi diri sendiri.

Lately ni, aku banyak me'reject' orang. Sekali lagi ditekankan, not becoz rasa diri baguihh sangattt kata orang Penang, but there are some reasons why i cant accept all these guys :P

Sebab:

1. Aku pegi meeting Perwakilan UMNO. Sibok ok di sana. Jadi tidak perlu gelabah mengapa aku off hp sepanjang di sana. Dan, bila balik penat gle kot. Aku takde masa nak layan marathon msg yang macam budak-budak High School bercinta. Nak tanya pasal dah makan ke blom. Thats all?

2. Aku tertido. Kepala aku berpikir 24 jam speseli during this dreadful sem, so jangan nak berkecil hati aku tak reply msg or angkat kol.Dari memberi komitmen pada sape-sape, i better sleeping beauty :P

3. Perluke jika kamu baru kenal, sudah mahu ingin berjumpa setiap saat? Takde masa nak berlendir ok~ meminjam ayat seorang rakan semalam :)

4. Sorry, aku bukan American. Aku tak boleh terima lelaki yang duduk serumah dengan perempuan yang bukan muhrim. Ko ingat ko pelakon Hollywood? Pastu nak ajak aku join venture di sana? Baik aku pegi main futsal.Dapat jugak usha lelaki berbadan sasa di sana. Hahahaha. Naughty.

5. Ni peringatan yang serius. Jika kamu mendengar seorang perempuan mengatakan benci pada ex beliao, kamu jangan menyokongnya. Dan, lagi terok jika kamu bercakap ayat ini " Haah. dia memang terok. Saya lagi bagus dari dia" Ko memang bangang. Sebab perempuan selalunya akan bercakap maksud yang bertentangan ketika beliao sedang beremosi. Aku tak boleh terima lelaki yang cuba nak support pompuan tak kene gaya.

6. Aku tak berminat lelaki yang dah pertengahan 20an cuba bergaya seperti Joe Flizzow atao Malique Too Phat walaopon itu taste aku semasa Tingkatan 4 dulu. Jiwa aku berada di zaman Hail Amir dan Uji Rasyid sekarang ni. Bukan lagi seperti Faizal Hussin dalam cerita Gila-Gila remaja.Absolutely, kita takde chemistry :P

7. Aku tak berminat dengan sweet talker.

8. Tak payah nak terlampao express syg tu bole tak? Simpan sikit untuk hari lusa, tulat tonggeng. Macam dah takde esok.

9. Ini bende paling f''k off. Tak payah la nak menyamar jadi orang lain, dengan cerita yang berbelit-belit semata-mata nak communicate dengan aku untuk bertanya pasal diri sendiri. Nak kata gentleman pon tak, nak kata bangang ye. Dan loser.

10. Perempuan naluri dia memang Tuhan dah anugerahkan sedikit keluarbiasaan dari lelaki.Kata hatinya kuat. Jadi, jika pertama kali hati kamu sudah cakap he's not your true soulmate, memang ia mksudkan. Tak perlu rasa was-was. Gunakan tanpa ragu-ragu :P Dan, terimalah seadanya.


Well, apepon, aku tak simpan ape-ape dalam hati. Ini sekadar luahan yang tangible. Pengalaman berharge dalam mencari soulmate yang Allah ciptakan. InsyaAllah :)




Gembira



















Saya sangat gembira hari ni.
Bukak pose dengan kawan-kawan lama :P
Nak hari-hari camni.
Hari-hari nak camni.
Camni nak hari-hari.

Keep in touch guys!

Sep 14, 2009

Kad raye saye


Untuk semua yang istimewa.Bergembira di aidilfitri. jgn lupa yg telah tiada :p

Sep 12, 2009

Tak suka.

Aku tidak suka 2 bende sekarang ni..

1. Kelas design sem ni. Malas sunggoh nak bangon pagi Isnin sampai Jumaat straight non stop.tidak boleh bermimpi lebih lama :P

2. Lelaki. Sunggoh anti sekarang ni terutama mereka yang hati tak cantek. Dtg bila susah, hilang ble senang.Go away..

Sekian.

Sep 11, 2009

:)

Aku tengok cerita Nur Kaseh. Tersentoh hati dengan satu babak bilamana Nur bersolat isthikarah mencari petunjukk dlm hidop beliao.

Apa yang aku nak tambah tentang solat isthikarah, ye, jika kamu dalam keadaan konpius, dalam dilema membuat keputusan atao ragu-ragu dengan gerak hati, lakukan solat tu.

InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui. Lambat atao cepat, memang Dia akan memberi petunjuk yang terbaek.Yang tinggal hanya kita samaada betul-betul bersedia untuk terima atao tak.

Dan, hari ni, aku bersyukur di atas kata hati yang Dia anugerahkan. Maha hebat melapangkan dada :)

Sep 10, 2009

You-re still the one(dulu tapi bukan kini dan selamanya. Serius, ayat itu hipokrit)




Lagu ini dari link Encik Helmi. Saya cilok lagu beliao.Adela tu something yang stuck dalam minda beliao tentang lagu ini. Kan?

Hee...

Yup, lagu ni memorable. Remind me about high school dan beliao.(If he read this writing, i hope he keep it away.)

Yup, lately ni kadang-kadang rindu all those time. Rindu saat di MRSM bilamana aku sampai di kelas,sudah terletak surat yang dihantar oleh Encik Posto~Baom (selalunye) di atas meja aku. A letter from him yang beralamat SSBJ, 57000 Kuala Lumpur.

Time tu memang rasa hepi dan menyebabkan buku Bio yang dibawa berhabok.Excited baca surat.

Aku rindu tulisan cakar ayam beliao, rindu cerita antara 2 sahabat, dan rindu untuk menampal setem dengan air liur kembali.

Tapi sekarang sepi tanpa berita.

?????????????????????????????????

Itu pilihan terbaek. I think.and I have to.Sebab itu saje jalan supaya hati masing-masing tak cedera parah lagi.

Even aku belajar tentang the joining of the structure dalam subjek construction, tapi aku tak pernah tao cane nak join balik all the pieces of heart yang dah bersepai.

It never work.(tegas)

Sumber berita: Muziom Cik Salamiah.





Sep 7, 2009

Jerit kuat lagi

Nak kamera tu.

Nak kamera tu.

Nak kamera tu.



Agak-agak abah boleh belikan tak? Sebab my little princess Pidot dah request laktop kat abah.
Potong line.

Kaknis

Tadi aku berbuke di tasek, bersama seorang kawan. Ape yang aku pikir time tu is nothing kecuali teringat kak Anis. I don know why tp terase kehilangan. Sebab selalu aku spend masa ngan dia. Gelak-gelak, bercerita pastu sedih. Tapi, tadi dia takde dan aku bersama kawan lain.Bukan tak appreciate kehadiran orang lain, but the situation brought me to somewhere else.

A bit sad.

Aku tak pernah rasa camne ade kakak tapi Kaknis mengisi tempat tu. Dia ajar aku camne nak berhias, tegor aku camne nak masak gulai tempoyak, teman aku pegi pasar dan selalu meminjamkan aku telinga untuk mendengar aku bercerita kisah suka, gembira, sedih....

Kaknis, terima kaseh sebab ade dengan Affni sebelom ni.It was a very dreadful moment i have ever had for rest of this life. If u was not around, i thought i will silent died. u cheer me up, u taught me how to move on back. Terima kaseh kerana ade di sana time tu.

Cerita kami selalu sama. Tak pernah beza. thats something others cannt share with us. Selalu, kalao minggu ni something happened kat aku, the next days Kaknis pon lalui bende yang sama. Kan akak?

Pada sape-sape, yang mungkin hanya kenal Kaknis pada luaran jek, atao maseh diganggu dengan diri dia pada masa yang lepas, aku rasa patot betolkan persepsi tu. She's a very kind person. Aku rasa nak putar masa-masa dulu supaya banyak lagi masa aku leh spend dengan dia. Nak pegi tengok wayang ngan dia, (pastu balik sedey), nak pegi rempit ngan dia g JJ Bukit Tinggi (nak beli Big Apple), nak pegi makan pizza die belanje(yeay) nak lepak PakLi ( sesi lepas geram), nak sama-sama pening kepale pikir hal rumah lagi ngan die (haha.yang ni tanakla)...dan banyak lagi....tapi semua tu aku dah tak buat sebab Kaknis da takde :(

Hurm. So many things nak cerita kat sini. But i have to go. Sebab manik-manik kecil dah jatoh banyak kat pipi aku ni. Tak boleh. I miss her so much, kalao cerita banyak lagi aku takleh nak siapkan Chapter 2 yang nak kene hantar esok ni. Aku sedeh..huhuhu.




Kaknis, really missing u.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.Sayang akak!







Mungkin yang terakhir








All these things i will leave back. Mungkin.




: P



Berbuke di tasek. Nice :)

Sep 6, 2009

Sep 5, 2009

PEEKTURE

Suka scenery ini :)



Frustrated

Masa di Uptown tadi aku bersesak dengan kaom Adam yang terlampao ramai. Macam-macam muka, macam-macam bao, macam-macam gaya. Ade cam rock kapak, ade cam Hazami pon ade dan so on. Bosan nak cerita pasal lelaki ni.

On the same time, aku terpikir.Kat manelah aku akan jumpe nanti the right person dalam idop aku. Bila aku tengok sorang-sorang, hurm, tidak setanding beliao.

Why do i still want to compare others with him? Bodo.

But,itu realiti. Watpe aku nak bohong.Dari segi moral, memang aku bagi 0 pada dia. Bullshit. Tapi, bila ingat balik, dia punya karakter sendiri yang menyenangkan aku.

Betoi kata orang. Pengganti takkan sama.Semua tak sama~ Padi. Aku sudah malas meneropong pengganti, sudah jelak untuk memulakan kembali perkenalan dari bawah, then mengambil masa pulak untuk mencari kejujuran dan keikhlasan berkawan. Belom kira lagi kalao dapat yang cam haram, hari-hari sakit hati dengan perangai dia yang playboy ke, emo ke, buat hal sendiri ke,dan lain-lain.

Hoho. Sakit kepale. Panadol mesti 2 3 papan habis.Jadi, bersendiri lagi leisure mungkin.


Hatiku Kao Guris Luka- Sweet September

3.35 pagi. Baru samapi rumah. tadi ke Uptown bersama Aiman, Wan, Chaq dan Alex mencari jersey :P Pulang tadi sempat bersahor bersama mereka. Makan tomyam di Seksyen 7. Tomyam die terbaek ok. Rasa sedang bersahor di Thailand. Hahaha. Dan dan.

Balik tu hujan. Lebat gak. Bukan sore-sore.Dan, di dalam kereta radio pasang lagu Sweet September~ Hatiku Kao Guris Luka. Sumpah, jiwang time ni.Teringat kenangan naik motor dari Ipoh ke Kampar bersama beliao, 2 3 hari sebelom hari bahgienya. Time tu hujan sore-sore gak. Perghhh. Takleh lupa.

Tapi, aku tak jadi nak recall sampai habis that memory sebab aku lebih teringat video klip cam gampang ni. Serius, kelakar.Muka masing-masing ade komersil value.

Selamat terhibor.



Sep 4, 2009

Marah dan menyampah

Susah untuk berhadapan hari-hari dengan orang yang sudah tidak ade dalam hati kamu.Aku bukan jenis hipokrit. Jadi, aku tak tao camne nak bermuka-muka.

Selalu aku sumpah seranah dalam hati. Senyap-senyap. Aku dapat dosa.Tak guna aku sembahyang kot.

Encik Faridzol berkata: Ignore sahaja. Jangan emo. Dan tegas.
Aku berkata: Susah, susah dan susah.

Tapi memang kene buat camtu. Ok, I cuba. Nak tidor dulu.Selamat malam Malaysia.

Saya sayang mereka


Encik Kopi berkata "Selalu perempuan merasakan kawan yang ada sekarang adalah kawan sampai mati atao BFF. Tapi selalunya tak"

Pendapat aku " They ol really truly gud friend.Eternity.Sayang dorang lebih :)"