Jan 29, 2010

Sakit kepala.

Sejak kebelakangan ni mood tak berapa baik.Cuba untuk tidak pikirkan masalah.Hanya iyakan saje hidop supaya tak jadi lagi rumit.Kalo rumit dan berat, aku akan kuat makan.

Tapi, aku rasa aku perlukan sesuatu yang sweet sekarang ni.Mungkin ais krim atao muffin vanilla untuk meredakan stress.

Nota kaki: Aku tidak memerlukan lelaki yang sweet sekarang ni.Lagi buat aku sakit kepala.

Jan 28, 2010

FullHouse

Sebelom dia datang, hidop aku hanya bersama kawan baik aku dan aku hanya tahu menulis, menulis dan teros menulis di Internet setiap malam.

Tak pikir apa-apa selain itu.

Tapi, selepas dia datang, semuanya berubah.Dia suka mengacao aku menulis setiap malam, kutuk aku macam periok nasi, tak boleh tengok aku senang hati, dan kadang-kadang aku rasa bengang giler bila dia cakap aku bodoh.

Perasaan tu tak dijangka.

Dalam masa yang sama, jika dia takde, aku jadi libang-libu pulak.Serba tak kene.

Dan, aku mula berasa cemburu bila dia selalu bercerita pasal perempuan tu dan bila dia sanggup tinggalkan aku di tepi jalan semata-mata mahu jumpa perempuan itu.

Kenapakah aku rasa camni??Shit.




Untuk cerita lanjut, sila menonton FullHouse.

Notakaki: Rain tak la hensem sangat.tapi, kadang-kadang dia nampak comel.Patotla budak-budak sekolah sukakan dia.

Jan 27, 2010

Benci tanda cinta

Tak habis-habis cerita pasal Fahrin kaki pukul, panas baran dan so on kat tv dan semua media.Aku tak tahulah siapa yang betoi.

Tapi, menurut pendapat Ustazah Baiyah dalam Utusan tempoh hari, tak perlulah mengaibkan orang walaopon perkara tu benar sekalipon.Bergadoh macam budak-budak, satu Malaysia tahu.Tak maluke?

Pendapat aku sama jugak dengan Ustazah Baiyah.Mungkin Linda On dan Scha maseh sayang pada Fahrin.Thats why mereka maseh memperkatakan tentang Fahrin. Sebab kalao dah takde perasaan kat Fahrin, mesti dorang malas nak merumitkan keadaan.Buang masa jeh.

Lagi satu, tahap kesabaran Fahrin pon ada hadnya.Bende ni bukan jeh boleh menjatuhkan kredibiliti dia as a artis tapi juga seorang lelaki.Nanti mesti pompuan rasa phobia nak kapel ngn Fahrin disebabkan statement Linda.Membujang sape ke tua la nampaknya Fahrin.

Aku menulis ni bukan sebab suka kat Fahrin tapi ini la aku pikir bila tengok dia menangis dalam sidang akhbar tadi.

Notakaki: Entri ni obvious sangat ke macam banyak berpihak pada Fahrin? haha.

Jan 26, 2010

Baby

Ada orang panggil aku Baby dulu.Sumpah, aku tak rasa horny langsong.Tapi lagi getik dengonyer.

Haha.

I think u can call me adinda.It more better =)

*getik=menyampah (merujuk kamus opah)

Mimpi ngeri

Aku rasa ini betoi mimpi ngeri berbanding mimpi ngeri Tasya dikejar hantu dalam cerita Jangan Tegur Lagi kat tv3 tu.

Semalam aku bermimpi aku pergi ke satu tempat sebab ade satu event.Tidak sure majlis apa.Tapi, masa nak pegi tu aku ternampak dia dan isterinya.Isterinya tengah gedik-gedik ngan dia.

Aku rasa macam sedang naik bas loncat dari Ipoh ke Kuala Kangsar time tu.Tiba-tiba loya dan rasa nak muntah sebab dihenyak-henyak.Dihenyak-henyak dengan satu perasaan yang tak tahu patot dipanggil ape.Jeles atao meluat.Aku tak sure antara itu.

Tapi sumpah, biar jumpa hantu dari terjumpa depan mata mereka berdua yang aku tak suka nak tengok.

harap-harap mimpi ni tak jadi kenyataan.

artwork.








Ini antara art work aku semasa degree part o6 pada tahun 2008 (individual task-cluster of traditional house in Kampong Nyiur Cabang, Langkawi). Tadi takde keje, so bukak balik folder lama yang still aku simpan. Rindu giler beb pada sketching. I love sketching.Sangat. Semua yang kat atas tu aku sketch tao.Cantik tak? Haha.

Rindu masa-masa bersengkang mata untuk design =)


Epilog cinta Dari Bromley.

Satu lagu puisi Suhaimi Mior Hassan yang aku suka ialah lagu Epilog Cinta Dari Bromley.Aku tak pasti orang lain pernah dengar ke tak lagu ni sebab lagu ni bukan lagu yang fun macam lagu Bunkface, masok AJL pon tak pernah rasanya. Cuma lagu ni 'soul'.

Petang tadi aku dengar lagu ni.Dah lama jugak tak layan lagu ni sebab kat playlist aku banyak lagu Yuna sekarang.Haha.

Jika mahu mendengar lagu ini, boleh ke sini sekejap. Apa yang menarik pasal lagu ni ialah kisah cinta yang tak sampai ke penghujung atas sebab perbezaan kepercayaan, agama dan cara hidop. Its more to jati diri dalam diri kita sebenarnya, supaya lebih mendahului apa yang kita ada, tidak hanyut hanya atas sebab cinta.Wah.

Aku tak terror la nak translate maksud lagu ni.But, lirik lagu ni dengar cerita saudara Suhaimi Mior Hassan tulis berdasarkan pengalaman percintaannya sendiri dengan seorang wanita semasa menuntut di Bromley, German.Beliao belajar di sana semasa berkhidmat dengan Tentera Laut awal tahun 80an dulu.Ini yang aku bacalah kan.

Tapi, aku suka lagu-lagu puisi Suhaimi Mior Hassan.Boleh buat aku terdiam bila membaca lirik dia.BDan paling 'kaw' kalao layan lagu ni masa hujan turun, dihidang pulak dengan kopi secawan bersama ubi colek madu.(hidangan opah paling nostalgic).



Jan 25, 2010

Facebook dan impaknya (UPSR patot buat soalan macamni).

Aku berkenan dengan entri AkuKopiKausiapa dalam entri yang ini iaitu mengenai FaceBook dan bende berkaitan dengannya.

Yup, FaceBook sebenarnya contribute kepada pembukaan kepada keaiban samaada sendiri punya hal di bawah kadar tidak sedar ataopon hal orang lain dengan cara sengaja.

Selain itu, ia juga boleh memecahbelahkan hubungan orang, tak kiralah antara bf-gf, kawan-kawan, suami-isteri, dan sebagainya.

Contohlah.Si isteri duduk berjauhan dengan si suami.Kemudian si isteri mungkin sedang period dan berasa tidak kene satu hari.Ditambah pulak dengan perasaan curious pada suami.Jadi, tanpa memikirkan privasi, dan terlalu beremosi, si isteri sengaja menghantar wall post kepada FB suami dan melepaskan perasaan dengan berkata "Saya sunyi, awak jangan nak cari GRO kat KL tu" (maksud dia mungkin begitu walaopon ayatnya lebih general). Hal demikian sebenarnya boleh memberi persepsi negatif pada si suami.Orang luar yang tak tahu apa-apa mungkin akan turut masok campor memberi komen yang bukan-bukan. Ini salah satu punca keretakan hal rumahtangga bila orang luar mula busy body. (mengikot kajian Din Beramboi dalam Wanita Hari Ini minggu lepas.)

Ada lagi kesan negatif FaceBook.Facebook jugak boleh menyebabkan gf-bf bergadoh atao paling terok breakup. Contoh, si bf jeles pada gf yang mempunyai ramai peminat lelaki di fb.Mungkin si gf hanya berkomen-komen dengan teman sekolah, tetapi si bf berasa cemburu yang membuatkan dia mahu membalas dendam, dengan turut berskandal di luar dengan awek cun. Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita masalah ini. Tapi, aku tak dapatlah nak membantu, sebab aku takde bf. Jadi, aku boleh komen dengan sape-sapepon kat FB.Haha.

Terlalu berterus-terang di status Facebook jugak sebenarnya buat satu dunia tahu hal kamu., pamili kamu, ex-bf kamu atao semua masyarakat sekitar kamu.Ini aku tak dapat nafikan sebab aku pon kadang-kadang direct jugak post macam-macam pasal aku di FaceBook, atao mungkin jugak di sini.Haha.Terpulanglah pada self-confidence kamu nak berkongsi dan risikonya.Pada aku, biarlah menggunakan bahasa yang lebih general. tidak perlu terlalu menjadi attention seeker =)

Dahlah.Banyak pulak membebel.Aku nak membalas komen di FB.Haha.

Jan 23, 2010

Ipoh.

Hujan tengah menggila di luar. So, terbantut nak keluar rumah pegi kedai beli air soya.Jadi aku berblogging sahaja.(nak tidor takot gemok, betoikah andaian sebegini?).

Bila hujan, aku rasa sungguh nostalgic.Sebab dengan otomatik rewind kenangan petang di Ipoh ketika hari hujan.

Yup, aku seorang yang suka keep history in mind.Jenuh nak lupakan semua,tapi it doesn't work, i knoe.

Aku suka situasi petang di Ipoh ketika hari hujan.Banyak ceritanya.Dan ia awesome.Bila dah tak boleh nak ulangi balik semua hari-hari itu, aku rasa sedikit empty.Mungkin jugak rasa ia sebuah kehilangan yang amat.Macam aku rasa bila hilang buku garis satu matematik di dalam kelas masa sekolah rendah dulu.Penat siapkan homework sepanjang hari minggu tapi bila isnin frust buku dah takde.

Kenangan ni sebenarnya selain nostalgic, ia boleh jugak contribute kepada phobia.Means di sini, bila aku sudah lama meninggalkan kenangan tuh, secara tak langsung aku turut berasa uncomfortable untuk menjejak kaki ke tempat yang ade history , no matter what ia manes atao pahit seperti white coffee.

Itu sebab aku belom lagi rasanya mahu ke Ipoh.Sebab all the ways macam pita rakaman.

(Oh, aku rasa entri ini mula ke mood jiwang.Mungkin tadi banyak sangat tengok drama Melayu di tv selain faktor cuaca di luar.Haha.)

Jadi, apa khabar Ipoh agaknya sebab sekarang aku prefer ke Telok Intan mencari mee rebus Mastan Ghani =)







Hari minggu saye

Aku rasa aku bukanlah outdoor person sangat.Sekali-sekala hujung minggu di luar bolehlah, tapi raanya lebih prefer berada di rumah, spend my quality time with pamili.

Aku sukakan pagi Ahad.Bangon pagi awal sikit, sarapan sambil baca paper ruangan gosip artis atao paling tidakpon ruangan sukan.Bagi aku itu terapi yang paling mudah untuk legakan stress for the whole week tu.Tak percaya cubalah.

Kemudian tengahari, aku suka masa lunch bersama pamili.Cerita macam-macam.Selalunya telatah si Demuk makan nasi jadi perhatianlah sekarang ni.Semua orang tak jadi nak makan bila tengok dia makan.Comel, rasa nak gigit dia.Hahaha.Ini yang buat aku mahu kawen cepat ni.

Petang, aku suka layan tv.Selalunya tengok Nona.Ruangan favorite of coarselah pasal wedding artis2 or VIP.Dalam hati jeles punyelah tengok orang kawen, pakai cantik2, and all people gather memeriahkan majlis.Rasa best.Pastu berangan.Haiyak.

Bila petang, aku suka berada di rumah opah yang selang dua tiga rumah je dari rumah aku.Selalunya opah buat air teh hening atao orang Perak cakap 'air yangat'.Kalao opah rajin mesti opah goreng ubi pastu colek dengan madu ataopon goreng cempedak.Oh, i love living at kampong.Kalao kat pekan, beli cempedak goreng RM2 dapat berapa bijk sangat.Tak cukup weh.

Itu hari minggu aku di umah bersama pamili.Masa belajar dulu, usually aku jez spend hujung minggu di rumah sewa bersama housemate.Nak keluar memang malas, so lepak di rumah mengadap Fb atao berblogging.Kalo rajin sikit,kami memasak (aku amek tender basoh pinggan jek selalunya, haha).Jika ada kawan-kawan yang ajak keluar, mungkin aku prefer keluar pada malam hari.Lebih happening kot.If out dengan girls, aku suka lepak di Pakli Kopitiam, McD ataopon di Uptown Damansara makan chicken chops.If with boys, mungkin di mamak sahaja.(Aiman sellau bawak aku mapley di PJ). But i really enjoy spend my times with friends.Bergusip, bergusip dan bergusip...Hehehe...


Rindu semua.

Jan 22, 2010

Seluar pendek rugby

Tengah takde idea nak menulis.Yang aku tao, sekarang sedang suka skodeng lelaki berseluar pendek rugby.Sexylah.Elakkan dari pandangan datin-datin.Haha.

Jan 17, 2010

Dato'K

Aku tak puas hati dan jeles terhadap Datuk Siti sebab hal ini. Dato'K hadiahkan barangan bernilai RM40 ribu kat CT di hari ulangtahon CT ke-31. Giler tinggi nilai hadiah tuh.

Pastu Dato'K cakap, dia tidak mahu soal harga dijadikan perkara utama kerana kasih sayangnya kepada isterinya itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Haha.Aku rasa statement tu lawak.

Aku rasa kalao aku diberi pilihan sama ada nak handbag bernilai 40 ribu atao wang cashnya, tentulah aku pilih wang cash.Banyak bende berfaedah bolah aku buat guna duit tuh.

Firstly, aku boleh bagi mama aku 10 ribu untuk dia shopping apa patut kat IKEA.Pastu aku boleh beli kereta sebijik untuk aku supaya senang nak keluar pegi jumpa kawan-kawan kat KL, pastu aku boleh bayar hutang kat PTPTN ke sebab aku taknak jadi macam Misya Omar nama terpampang kat paper sebab tak bayar loan,dan lastly aku nak simpan untuk kenduri kawen.Boleh buat kat hotel.

Haih Dato'K.Kalo aku dapat handbag tu, tak sampai sehari aku dah gadaikan.





Cornflake

Oh, tadi terjumpa skandal lama.Ter bukan ber.Bila nampak dia, aku cuba buat-buat sibok melayan SMS walaopon hp aku takde kredit.Dia datang dekat kepada aku dan menghulur salam.Aku pon sambot atas alasan 1 malaysia.Kene bermesra dengan semua masyarakat tak kira pernah skandal atao tak.

Sebenarnya aku curi-curi pandang jugak pada dia tadi.Bukan lah sebab rindu, aku cuma mencari sebab kenapa aku pernah suka dia dulu.Hal yang demikian kerana (dah lama tak guna penanda wacana) aku seorang yang hanya suka berangan bercinta dengan pelakon hebat di tv .Untuk suka orang di depan mata, payah rasenya sebab aku pernah frust bercinta, jadi sudah malas nak adore orang lagi.

So, tadi aku mencari jawapan. Dekat 45 minit.

At last baru aku ingat.Hanya kerana cornflake.

Dia kata janganlah makan cornflake (masa kitorang breakfast sama-sama.)Dia cakap lagi, kita nak pegi jalan jaoh, nanti cepat lapar pulak.Selepas itu dia ambikkan meal yang lain.

Simple je kan insidennya?Patotlah Dato'Siti boleh terjatoh hati kat Dato K misai lebat tuh hanay kerana strawberry coklat=)

hati demam

Orang sana sini heboh bercerita pasal 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.Tapi, dalam kelompok masyarakat yang dekat dengan aku sekarang, mereka sedang heboh dengan cerita yang majoritinya sedang patah hati.

So, PM kita takde sediakan klinik bergerak ke untuk merawat hati mereka yang sedang minta untuk diubati nih?

..............................................................

"enjoy yourself...there r the good old days u r going to miss in the years ahead!!!!" ~zabrinaezura.

Hargailah masa-masa indah kamu sendirian tanpa perlu ada orang lain untuk itu.Single pon ok. =)

Jan 15, 2010

Blind date

Masa bangon tidor pada pukul ** pagi tadi, aku tiba-tiba teringat pengalaman aku buat BLIND DATE pada tahon 2004 dulu.Itulah blind date yang pertama dan terakhir yang aku pernah buat.Selepas tu aku dah tak berminat.Sebab aku rasa childish sangat selain terasa nampak desperate.

Aku sebenarnya tak paham kenapa ia dipanggil blind date? Silalah jelaskan pada aku mengenai definition ini.

Okeh,berbalik pada cerita blind date aku tadi.Aku kenal 'budak' tu pon dari Wanie, kawan aku kat MRSM dulu.Budak tu aku tak ingatlah dari MRSM mana.Kami jez keep in touch thru surat.Time tu aku pon papa kedana lagi, maseh belom mampu ada hp sendiri.

Tahon 2004, aku masuk UiTM, dan dia pon sedang buat prepation mahu ke oversea di Shah Alam juge, jadi kitorang decide nak jumpe. Neves jugak hari nak jumpa tu sebab masing-masing tak pernah kenal rupa.Kalaolah Facebook dah ade time tu, kan senang.At least dah kenal kat FB.

Masa jumpa tu, tadelah macam terkejut sangat sebab he looked nice jugak tapi bukan taste aku.(mungkin aku jugak bukan taste dia kan).Kitorang pegi date ke KLCC.Jalan-jalan di taman KLCC.Sumpah rasa poyo gila.Aku sebenarnya tak suka pegi dating kat taman yang ada bunga-bunga.Nampak macam pasangan bercinta from Bollywood.Haha.

Sekali jumpa dah rasa macam takleh ngam even jadi kawan, so pastu nak keep in touch pon rasa malas.Haha.Jadi, aku pon tak tahu dia di mana sekarang.Mungkin baru balik dari oversea jugak sebab his friends pon baru balik ke Malaysia November lepas.

Selepas pengalaman blind date tu, aku dah malas nak blind date lagi sebab aku rasa aku lebih sukakan hubungan yang start secara tak dijangka dan grow up secara semulajadi.Lebih rasa seronok.Heh.

Satu hari bersama BFFs

Semalam hari bermsg dengan BFFs aku.Macam-macam gosip dan cerita riwayat hidop aku dan mereka kongsikan.Best! Walao jaoh di mata, dekat di handphone.Nasib aku tak pakai BlackBerry lagi.Kalo tak, boleh 3G hari-hari.(ayat ini dituju khas untuk Rahimi Darus dengan soalan, bilakah mahu sponsorku BB?)=D

Yang sorang ni, cerita nak bertunang dah.Haih,kalao Umie Aida bertunang aku tak kisah, tapi kalao BFF aku yang ni dah start bertanya aku kaler ape yang sesuai dia nak pakai bertunang bulan 5 ni nanti, aku dah jadi hiba.Bukan pe, sebab aku rasa cam a bit lost lak nak lepaskan dia menjadi hak orang.Dari start aku kenal dia kat MRSM, sampai sama-sama masuk UiTM hinggalah sekarang, aku ngan dia memang takleh berjauhan sekejap.Haih,aku kene cepat-cepat cari calon jugak ni.

Yang sorang lagi, bercerita tentang exnya yang dah bahagia ngan orang lain.Dah dapat anak sorang pon.Hurm, dulu memang aku follow cerita mereka.Sunggoh telenovela seperti aku jugak dulu.Tapi apepon, glad to hear that she's now become ok with her present life.=)

Kisah BFFku yang lain pulak ialah pasal dia yang baru breakup with his girl.Tak mengapa,everything happened must be a reason.Dulu,masa aku heartbroken aku just bzkan diri dengan keje, friends dan blogging.Jadi, tak rasa down sangat wpon kadang-kdang curi-curi dengar jugak lagu Alyah-Tak Mungkin Kerna Sayang.Poyo kan?.Hahaha.Untuk my beloved friend , jez be hepi with your own way k.Nanti kita pegi makan mee rebus kat Jonker Walk lagi k=)

Sorang lagi, jez msg beritahu beliao sedang merindui seseorang.How sweet macam Rosyam Nor.Hehe. Untuk itu incik, silalah dengar lagu Fort Minor-Where'd U Go =)

Untuk Incik Gemok juge, jangan banyak sangat tengok cerita Korean.Nanti berangan sampai ke bulan.=)


Jan 13, 2010

Apakah tajuk yang paling sesuai?

Aku tulis entri ini sambil mendengar lagu Yuna.Katakan Dengan Indah.Teringat pulak kat gitar kapok yang aku pernah beli guna duit biasiswa masa sekolah kat Bukit Jalil dulu.Mana ntah gitar tuh.Along aku pinjam bawak pegi sekolah dia dulu teros jahanam. Penatlah aku simpan duit sampai sanggop tak beli sport shoes NIKE yang aku dah usha lama, semata-mata nak beli gitar tuh. Kalo gitar tu ada lagi, mesti aku dah jadi artis indi macam Yuna.

Waktu Malaysia sekarang 12.12 pagi.Everyone di rumah dah already tidor.Tapi aku malas nak masok tidor.Tidor pon sorang-sorang.Balik-balik pelok bantal.Tak bestlah.Noh pon tanak kacao mimpi aku.Heh.

Bila duduk termangu sorang-sorang ni, mulalah rasa rindu pada somebody. Dulu jarang rasa camni sebab aku sentiasa sibok.Mungkin jugak sebab selalu berjumpa. Bila rasa camni, aku mula tak tahu nak buat apa.Feel uneasy.Kawan aku Rahimi, kalo dia rindu seseorang, dia akan msg dan cakap kat aku. Maybe aku ni therapeutic kot.Haha. Tapi, aku malas pulak nak msg Rahimi kongsi ngan dia.Dia pakai Celcom.Rugi.(alasan).Haha.

Cuma, apa yang aku boleh berkongsi di sini ialah kadang-kadang hari terasa sangat panjang tanpa orang yang dirindui di sisi. Tak kiralah siapa pon. Hidop rasa uncomplete.Kalaolah angin tuh boleh diharap untuk menyampaikan segala rasa di dalam, dah lama aku pasang banyak-banyak kipas angin.Terbangkan semua =)

Incik gemok,

Sudah tidolah tu…

Jan 12, 2010

Mari membaca novel jika tiada kerja

Aku baru habis baca novel penulis terkenal AHADIAT AKASHAH, iaitu yang berjudul KISAH SATU MALAM.Novel ini diberi oleh Incik Gemuk awal tahon lepas, tapi baru hari ni dapat baca.(sibokkan aku dulu ketika bergelar student?)

Novel ni setebal 704 mukasurat.Dalam masa 2 jam lebih aku habiskan pembacaan(bersamaan masa perjalanan dari Kampar ke KL).

Novel ni best giler.Kalao aku tao best, dah lama aku baca masa frust bercinta dulu.Hahaha.Cerita ni pasal pengambaraan seorang mamat yang bekerja sebagai tukang masak char koe tiao, dalam mencari ayah kandongnya hanya satu malam.Dia dipaksa pergi ke Kampung Cengkih dengan segera sebab bapa kandong dia beriye nak jumpa dia sebelom menghemboskan nafas terakhir.

Yang kelakar tapi seram, dalam perjalanan dia satu malam tu, macam-macam bende pelik dan tragis berlaku.Banyak yang tak masuk akal.Juga mistik.Berjumpa hantu Maria yang mati pada tahun 50an dulu, berjumpa roh lelaki yang mati gantungkan diri sebab frust bini dia khalwat dengan lelaki lain,berjumpa malaikat yang menyamar sebagai lelaki alim, berjumpa pakcik si penggali kubur, berjumpa sorang vokalis band kampong sampai dia terpaksa join band tu sekejap, berjumpa hantu wanita yang bekerja kat stesen minyak dan banyak lagi.

Aku rasa korang patot baca jugak.Kat MPH mesti ada.



Jan 11, 2010

Aku scandal



Aku rasa dah tak minat Fahrin sangat.Mula mencari nombor phone Noh Hujan.Sebab dia nampak comel di AJL.(Aiman, rugi tak tengok AJL).Heee.

Jan 10, 2010

Ter tekan.

Tengah berserabot sekarang.Kalao ade yang berhajat nak sponsor aku kawen free macam Mawi dan Ekin pon aku tak mahu sekarang ni.So many things stuck in my mind.

Jan 8, 2010

Bosan


Last aku menonton movie adalah bersama teman serumah.Sorang bawak bf dia time tu dan sorang lagi tak bawak bf.Sebab 10 minit sebelom pegi menonton, mereka break-up.Dan, teman serumah aku sudah mempunyai bf lain.Haha.Belom masuk pawagam sudah ada drama lain di luar.

Tapi aku rasa loser sedikit time tu sebab takde bf.Tak dapat nak create drama sendiri.Tapi takla juga rasa kecik hati sangat sebab incik gemok sms time tu cakap dia keluar minom tengok bola.Dah habis msg dia.

Movie yang kami tengok tu cerita Pisao Cukur, lakonan Maya Karin dan Fazura.Of coarselah Incik Gemok tak join us.Cerita gedik, tak sesuai dengan jiwa maskulin beliao.(alasan)Aku tak tahulah bila lagi nak pegi tengok wayang.Kawan-kawan semua dah jaoh.Ajak Along dia cakap anak dia nak letak mana?Haih.

Motif aku kat sini ialah, takde sape kew nak ajak aku keluar tengok movie lagi? Aku bosan ni.


lelaki


Lelaki.Biar aku cerita sikit pasal lelaki(yang sempat aku research semasa aku menganggur ni.)Yang aku perasan pasal lelaki ialah mereka ada masa hot dan cold mereka.(meminjam ayat adij).Ketika sedang menjalinkan hubungan bersama lelaki, ada masa, sedang mereka hot, 24 jam msg dengan mereka pon takpe.Macam takde keje lain nak buat.Time ni, ayat-ayat dari lagu rock kapak pon laku dijual.

Cuba kalo datang masa cold mereka.Handphone tu suci dari panggilan mereka.Kredit topup RM5 pon tak habes walao dah 2 minggu beli kat 7e.Takde dah nak bermesra-mesra.

Time ni, perempuan memang akan rasa stress.Dan mula berprasangka jahat seterosnya mahu break up.Jalan mudah.

Jangan salahkan perempuan sebab puncanya hot dan cold seorang lelaki.






Alahai Rosyam Nor



Semalam aku layan tv3.Cerita Nigina (setiap Selasa-Khamis.10.30 malam).Hero cerita tu Rosyam Nor dan heroin is Emelda.Haiyak, kata aku.Like pasangan abang dan adik la.(nak kata cam anak dan bapak melampao pulak.Nanti Rosyam Nor saman blog aku).

Aku tao cerita tu diterbit Suhan Movies(syarikat Rosyam Nor sendiri).Mestilah dia nak jimat kos produksi dengan mengambil dia sendiri berlakon.Tapi, kenapa Rosyam Nor tak berlakon sebagai bapak Nigina jew? Atao sebagai drebar Dato Hambali dalam cerita tuh? Sebab aku rasa Rosyam Nor dah tak 'berape' sesuai jadi hero sekarang ni.Watak hero dalam cerita tu patot diberi pada Aaron Aziz kew, Remy Ishak kew, Beego kew,takpon Fahrin Ahmad.(semua pelakon tampan kesukaan aku).

Masa Rosyam Nor main-main mata ngan Nigina lakonan Emelda kat tepi tasek Putrajaya tuh(konon romantik), bapak aku memberi komen yang agak direct.

"Getikkk aku nengok hero tua ni".



Aku harap Rosyam Nor terima kenyataan dia dah semakin veteran(ayat berlapik). Sekian.Zass.


Nota kaki: Dulu masa darjah enam,aku pernah tampal poster Rosyam Nor tak pakai baju dalam kolam (poster dari majalah mangga).Malu rasanya bila ingat.Sekarang aku dah tukar gambar Khairy Jamaluddin.Haha.


Jan 7, 2010

Tiba-tiba mud bola.

Sok sek sok sek orang memperkatakan, satu strategi nak bagi prestasi bola negara meningkat ialah dengan menghantar pemain kita berlatih bersama kelab bola di Eropah.Aku rasa okey jugak dari support Mawi dan Ekin pergi jalan-jalan makan angin kat Melbourne tanpa misi yang lebih jelas.(dan buat aku jeles jek.)

Tapi, usaha murni tu rasanya perlu diperhalusi lebih kepada akar umbi.Pada aku, tunggak kecemerlangan bola sepak negara adalah dari pelapis yang ada.Bukan sekadar menghantar pemain yang sedang ada nama sekarang ke sana. Barisan pelapis perlu diperkuatkan selain hanya tao bagi dorang kasot dan jersey free sahaja.

Generasi muda yang passionnya bola perlu diberi pendedahan awal.Program seperti Soccer Kids, ataopon MyTeam seperti yang dianjur hasil kerjasama dengan tv3 dulu tu satu strategi yang tepat untuk mengcungkil bakat anak muda dari seluruh pelosok tempat di negara ni.Tapi, akademi bola yang disediakan untuk mereka ini sepatutnya berterusan bagi mengasah bakat dan skill yang ada pada mereka.Kalo tak, tak gunalah dorang datang jaoh-jaoh sebab nak pegi selection program tu dulu.Baik dorang masok akademi fantasia.Takpon raja lawak.at least kalo terkeluar minggu pertama pon, ade jugak fans.

Itu strategi yang pertama.Pendapat peribadi aku lagi satu, rasenye elok dihantar satu team sekali pergi training kat Eropah tu.Tidaklah sorang dua jek yang terror beraksi di atas padang nanti. Nak create star pon, create lah ramai sikit.Duit FAM mesti banyak lagi tuh aku rasa.ADan, aku rasa dorang yang dapat pegi Eropah tu pon wish ade teammate yang boleh absorb experience yang dia dapat kat sana.Balik Malaysia nanti ramai-ramai bole gantikan K.Rajagopal.

Lagi satu.Intipati yang penting is penyokong Malaysia.They shud beri sokongan yang tak berbelah bagi pada pasukan negara.Jangankan sebab dorang menang kat Sukan Sea jek baru nak polo dorang. Kalo kalah, nak bakar kerusi stadiom.Hentam dalam suratkhabar berhari-hari.Haih.

(Notakaki: Piala sumbangsih 9hb Januari ni nanti aku rasa nak sokong Selangor).



Jan 4, 2010

May-sendiri

Dah lama tak dengar lagu ni.May-Sendiri.Lagu ni takde kenangan sangat kecuali kenangan ulang-alik naik bas ekpress ke KL setiap hujung minggu dulu.

Hakikat orang dah berkawen apabila bermain fesbuk.

Aku nak tanya, kalao ko sunyi sebab laki ko takde, pegi bekerja kat luar, perluker ko sentiasa update status ko di Facebook dengan ayat-ayat yang obvious nampak ko lonely dan gersang? Aku rasa buat malu jek.Apa salahnya ko letak status tengah menjahit kew, lapar megi goreng ke, atao sedang mendengar lagu Latif Ibrahim.Lagi cool.

Kemudian, bergadoh dengan laki sendiri pon nak cerita jugak kat rakyat Malaysia lain yang mungkin dia rasa concern.Haiyak.Bagi aku hal rumah tangga simpan sendiri sudahlah.Kalao nak jugak cerita, gunakanlah bahasa yang sedikit general.Aku nak komen pon tak rasa aku ni bz bodi.Kan?

(kalao aku dah kawen nanti, nak ceritalah yang mengade-ngade sikit.saje nak meraih undi).

mual dengan soalan itu.

Soalan 'dah dapat keje kew?' aku rasa sejuta kali lebih tensen dari soalan 'bile nak kawen?'.Lepas ni, aku ingat nak bawak mp3 aku kemana-mana aku pegila.Nanti kalo orang tanya aku soalan tipikal tu, teros aku nak on mp3 dan pasang lagu Bunkface sampai volume maximum.


(apesal interbiu gov lambat sangat? mesti staff2 sibok jual kain pasang dalam ofis ni.)

Kuch kuch ho ta hei

Aku ada kawan.Boleh dikatakan rapat jugak.Tapi bila aku cakap aku suka seseorang selain Fahrin Ahmad, dia hilang. Aku ingat dia pegi berlatih main golf ke ngn Tiger Wood, tapi aku tengok kat Facebook dia ade jew.Tak say hai pon kat aku.Atao sekadar tanya aku pegi ke tak ke audition Akademi Fantasia?Semua tak.Macam dah putus kawan.

Aku malas nak banyak bunyik. Aku assume camni jela.Maybe dia frust sebab aku tak cakap aku suka dia.Haha.

Jan 3, 2010

Admiring

Pernah tak kamu berasa admiring pada seseorang hanya kerana tulisan-tulisan mereka? Itu adalah aku sekarang.Bila orang itu tidak menulis, aku berasa menunggu lama walao tempohnya tak sampai sehari.

PMS

Antara tanda-tanda orang pompuan PMS (premenstrual syndrome) ialah:

1.Makan banyak dari biasa.Dah makan nasi ayam, nak makan rojak pulak.Nanti tak sampai sejam nak makan mee rebus pulak.

2. Suke makan chocolate, wafer, cake, ice cream dan sebagainya.Kalo dorang cakap teringin tu, silalah belikan dalam kadar segera.(Oh, untuk cake boleh belikan saya Secret Recipe Indulgence).

3.Mula mencari pasal dengan boifren. Pandai-pandaila buat ayat power ketika ini bagi mengurangkan kadar keemoan mereka.Nak lagi best, boleh belikan bunga untuk mereka masa pegi date. (petik je kat rumah orang.wrapping sendiri).

4. Tiba-tiba menangis tanpa sebab.Oh, ini biasa.Pergilah kamu sambong bermain takraw semula.Tidak perlu pedulikkan dia.

5.Mula rasa nak kapel dengan Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Remy Ishak dan pelakon yang tough dan tampan.Haha.Ini kenyataan.

Jan 2, 2010

Selamat malam

Takde mud untuk blogging malam ni sebab penat traveling sehari suntuk, sleepy, dan my last msg tidak dijawab (saje nak ngade-ngade).

Rakyat Malaysia.Selamat malam.

makan.makan dan makan.


Makan larot malam.Menu: Nasi goreng ikan masin jerok berulamkan petai.Juge teh o panas.Mana tak gemok.Nanti takde sape masok meminang baru tao....

Lantakla.