Jan 12, 2010

Mari membaca novel jika tiada kerja

Aku baru habis baca novel penulis terkenal AHADIAT AKASHAH, iaitu yang berjudul KISAH SATU MALAM.Novel ini diberi oleh Incik Gemuk awal tahon lepas, tapi baru hari ni dapat baca.(sibokkan aku dulu ketika bergelar student?)

Novel ni setebal 704 mukasurat.Dalam masa 2 jam lebih aku habiskan pembacaan(bersamaan masa perjalanan dari Kampar ke KL).

Novel ni best giler.Kalao aku tao best, dah lama aku baca masa frust bercinta dulu.Hahaha.Cerita ni pasal pengambaraan seorang mamat yang bekerja sebagai tukang masak char koe tiao, dalam mencari ayah kandongnya hanya satu malam.Dia dipaksa pergi ke Kampung Cengkih dengan segera sebab bapa kandong dia beriye nak jumpa dia sebelom menghemboskan nafas terakhir.

Yang kelakar tapi seram, dalam perjalanan dia satu malam tu, macam-macam bende pelik dan tragis berlaku.Banyak yang tak masuk akal.Juga mistik.Berjumpa hantu Maria yang mati pada tahun 50an dulu, berjumpa roh lelaki yang mati gantungkan diri sebab frust bini dia khalwat dengan lelaki lain,berjumpa malaikat yang menyamar sebagai lelaki alim, berjumpa pakcik si penggali kubur, berjumpa sorang vokalis band kampong sampai dia terpaksa join band tu sekejap, berjumpa hantu wanita yang bekerja kat stesen minyak dan banyak lagi.

Aku rasa korang patot baca jugak.Kat MPH mesti ada.



4 comments:

  1. biase la tu
    novel ni kan kisah imaginasi si penulis
    =)
    whoa!
    hebat
    bleh habis kn 700++ m/s novel dlm masa 2jam
    ak xhabis2 lg bac novel 'love life' yg setebal 300++ m/s tu even da 3 bulan beli
    haha
    =D

    ReplyDelete
  2. hahaha.bace novel kene ade mase yg lapang.itu sbb aku leh direct bc smp habis.novel tu setahon aku peram tggu nak bace.dlkan bz bergelar studio-based student =)

    ReplyDelete