Sep 17, 2010

Blok 39

Aku di Shah Alam, hari ini.

Ter lalu kawasan blok 39 flat PKNS, Seksyen 7.Port jumpa kami aku dan dia dulu.Selalunya, selepas pulang dari studio, aku singgah jumpa dia dulu di bawah blok, baru pulang ke rumah.

Kadang-kadang dia ke blok aku.Mahu mengajak keluar makan.(aku boleh lupa blok aku nombor berapa.pelik.haha.).

Rindu zaman kami di Shah Alam.

Doraemon, mahu pinjam mesin pengimbas masa, supaya aku selalu dekat dengan dia.Mahu keluar makan cheese nan tiap-tiap hari dengan dia.

=)

Sep 16, 2010

familyhood

Home sweet home.

Aku suka the moment bila aku masak untuk lunch, dan semua yang ada kat rumah makan bertambah nasi.

Tadi aku masak gulai lemak cili api.Its my abah's favorite.Abah cakap mama tak perlu masak kalao aku balik.Sebab aku dah ade signature sendiri bila memasak.Gitu kata abah.

Pidot makan banyak.Sampai tonggeng pinggan menghirup kuah.Dia komen, ada masin-masin sikit.Aku jawab, tak lama lagi nak kawen la tu.Haha.

Aku jugak suka bila dapat bermain dengan prince kesayangan kami sepamili.Ahmad Darwish Danial.Pagi tadi aku pergi ambik dia kat rumah Along.Then aku bawak dia main air pancut-pancut kat halaman rumah.Chill.Basah sama-sama sambil main buih shower gel Lux yang aku baru beli semalam.

(i think lagi sweet kalao main air pancut-pancut bersama anak sendiri dan my sweetheart.haha).

Juga,

Aku suka the moment bila dapat berkumpul dengan cousin-cousin, mak sedara dan opah.Ladies talk.Bila dah besar-besar ni, topik bualan takde bende lain selain hal-hal relationship kami adik-beradik.Hari tu cousin aku dapat bf baru (tak tau yang ke berapa puluh.haha).Jadi, atmosfera di rumah jadi hot sikit dengan soal siasat opah hingga ke akar umbi.Seronok bila sekali berjumpa camni.

Pada aku, biar hidop tak mewah mana.

Tapi, limpahan kaseh sayang dari pamili sendiri jangan pernah putus.

Sep 1, 2010

Kad raya dia

Setiap kali aku mimpi bekas kekasih, mesti mimpi yang baik.Kami bertegur, bersembang dan ketawa.Tiada argument, macam mana how we end up dulu.

Lepas bangun tidor, aku jadi rasa rindu gila pada dia.

Bila raya datang, aku tak dapat nak tipu aku teringat beliao.(salahke nak teringat?).

Kali terakhir raya, sebelum kami separate, dia kirimkan aku kad raya. Rasa kelakar bila dia still ada soul macam tu.Pagi aku nak pulang berhari raya tu, dia call aku.Dia pun baru sampai dari luar negara.

Dia bagitao, nanti check kat rumah.Ada kad raya untuk aku.

Sampai rumah, bila tengok kad raya dia, aku pon menangis dengan bodoh.Haha.Terharu sedikit.Kemudian aku send sms pada dia, thanks.

Pagi raya, dia kirimkan mms pada aku.Gambar dia pakai baju Melayu warna purple.Bergambar kat rumah dia di Perlis.

But, gambar tu aku dah tak simpan.Tak manis lah kan.

Aku harap adik aku tak baca entry aku yang ni.Kalao dia baca, mesti dia marah sebab aku still nak ingat lagi benda yang dah lepas.

Its just a part of my life. Dalam hati aku sudah ada yang lebih baik, lebih baik dari semalam.Sayang aku jugak, rasanya sudah tidak boleh dibelah bahagi lagi.

Cuma cannot help bila sesekali kenangan tu datang, macam angin yang menyapa =)