Dec 22, 2012

Tears.Please go away.

Time ni pukul 3.42 pagi.im working night shift.Mendengar dari jaoh lagu Stay the same dari Coffee Bean berhampiran.Terasa nak menulis, bosan di tempat kerja.Tak se busy kerja daytime.

Lagi seminggu nak beralih ke tahon baru 2013.Tahon ni bukan tahon aku,i think.Tears di mana-mana.Bila ingat balik apa yang aku dan adik-beradik lalui tahon ni, mula dari Januari sampai Jun,tiada senyuman langsung yang singgah dalam hati.Cuma waktu kerja terpaksa put on fake smiling to the customer, jumpa orang, periok nasi sendiri kena la kuatkan hati yang sudah tak berjisim.

Since hidop aku penoh drama tahon ni,aku sampai benci menonton drama Melayu sekarang ni.Sebab takot it will remind me back tentang hari semalam.

Aku still tak boleh lupa hari aku tidor di hospital bersama mama.Satu malam tidor di sebelah mama di atas katilnya di wad 1c HOSPITAL IPOH.Pagi tu doktor panggil aku personally ke biliknya.Seperti 
dalam drama,doktor mentioned that hayat mama takkan lama.Around 3 months only.Dan time tu aku pelok doktor sekuat hati.Menangis sepuas hati.Keluar dari bilik doktor,aku sambong menangis di luar wad.Jaoh dari penglihatan mama.Sumpah aku lupa, bagaimana aku kuatkan semangat berjumpa mama kemudiannya.Sane happen to abah.Aku rasa sangat penat dengan perjalanan masa tahon ni.Sangat penat.

Semoga tahon baru jaoh dari airmata.Its a time to rebuild my life,career and relationship with people.

Dec 18, 2012

Wonderful days























Hi, im back.Blog umpama kebon dah lama tak bertebas lalang-lalang.Unwanted plants.Heh.3 4 bulan ni tak ke mana, the routine still sama.Kerja, kerja, balik kerja dating, sometime tak dating merajuk buat hal sendiri jugak, hehe, bila cuti balik jenguk rumah dan pamili.Habis cuti back to work.What a dull life.Kan? Lagi kosong bila abah dengan mama sudah tidak ada di sisi.Hati tu ibarat botol kosong.Hmm, apa-apapon hidop mesti diteroskan.Ayat cliche, but we have no choice to choose what we want in this journey.Kan?

Orite.Gambar kat atas semua yang sempat aku rakamkan untuk galeri 2012.I really appriciate all the moments.Habiskan masa di rumah bermain dengan my nephew, baca buku hasil tulisan kawan lama, masuk dapor buat come back,bila malas jalan-jalan cari makan with pamili, tangkap gambar old shophouses.Untuk personal time, moment yang paling precious tentu sekali spend masa dengan sweetheart and his kids, having our bonding time, having dinner together, temankan si dia pergi berjumpa doktor pakar di Jalan Ipoh, KL (sore eyes), pergi breakfast pagi-pagi dengan dia dan stop driving berhenti melihat pemandangan KL dari jaoh.All the pictures keep thousand memories for this toughful year.Sekurang-kurang nya kenangan ni menjadi pemanis untuk aku tahon ni ;)

Hmm, i off here.

Have a nice day to all ;)

Oct 5, 2012

Aku, dia dan 5 hari.


Lama tak update blog.Its like, kalao Neelofa takde job, takde filem terbaru, takde drama bersiri 80 episod terbaru, takde skandal terbaru, takde gosip liar terbaru, nak keluar majalah create issue muka depan pon rasa tak berbaloi bagi orang baca.Kan?

Hehe.

I just come back from holiday.Untuk pertama kali nya, since 2 tahon bekerja, aku bercuti dan melupakan semua perkara.Cuti kali ni, spend the whole time with him.Bukan Beeto Kusyairi, still, incik Zahari.Haha.

The first day, we just decide keluar makan sate gerai tepi jalan.Biar ter telan asap kereta lalu-lalang sekalipon, tapi the moment open table dan melihat sekeliling berputar lebih therapeutic.Kami makan sate dan nasi ayam sekaligus, sambil ber sembang kosong-merapu-no serius topik.Yang aku ingat, dia ajar how nak masak nasi ayam dan roasted ayam nya sekali sebab aku, walao dah umur 26 tahon tapi tak pernah mencuba resipi nasi ayam.Incik Zahari terror semua masakan sebab dulu dia lama bekerja di satu kedai makan di Taiping.Puji sikit.Hehe.Kemudian, pergi masuk PasarayaKu.Aku tak tahu lah lelaki lain.Tapi Incik Zahari dan aku sama, suka merayap kedai-kedai begini dan melihat kot-kot ada lapik kaki yang kene citarasa, atao kot-kot ada pengepit langsir yang menarik mata.This moment rasa macam keluar dengan mama setiap kali cuti dulu.How i miss the part, sumpah.

Lepas habis ber cuci mata macam makcik-makcik, kami bergerak pulang ke Genting.But halfway to Genting, rasa nak singgah Awana.Ini part paling kelakar.He stop his car under one big tree yang facing mountain view, kemudian dia cakap, kita berehat sekejap sebab penat drive selain mual.You know, jalan bengkak-bengkok with full tummy.Memang lah rasa nak keluar balik.Okey, mungkin ada yang naughty cakap saja cari alasan nak beromen dalam kereta, no, seriusly no.Tak sampai 5 minit stop, dia buat perangai.Tidor berdengkoq, bak kata orang Taiping.Hati aku pon berkata,hmm, kesian tengok dia tidor terlena nganga mulut.Penat, balik kerja teros turun downtown demi mencari sate idaman aku.Jadi, jadi untuk menghindarkan diri daripada keseorangan ternampak hantu langsuir di atas pokok besar, atao pon ternampak perempuan cantik di tengah malam buta tu, aku pon buat-buat pejamkan mata until betoi-betoi terlena sama.He said that, dalam pukul 3 pagi dia terjaga.Selimutkan aku dengan jaket dia macam babak drama Melayu tv3 tu, dan ingat nak bergerak pulang, tapi bila melihat aku sedap tidor dalam kedinginan kabos, maka dia pon sambong tidor balik.Pretty awesome, sebab bangon tidor melihat si dia yang tersayang, dengan permandangan luar yang subhanallah cukup cantik dan saujana mata memandang.Melihat pancaran sinaran matahari dari sebalik gunung.Then kami bergandingan keluar cuci muka dan yeay!  Ke mamak berdekatan.Apalagi, mapley teh tarek dan roti canai.Superb ;)

Nak cerita satu-persatu memang tak habis.Agenda kami the next day juga tak kurang menarik.Spend masa di Ikea adalah yang paling bermakna, sebab impian aku adalah mahu habiskan satu hari di IKEA bersama lelaki yang dicintai.Boleh tak tulis impian tu kat biodata? Haha.Tak payah pergi Venice atao Paris kota cinta pon tak apa, cukup di Ikea sebab its one of the place yang sarat dengan rasa cinta.Tak perasan ke, masuk je IKEA feel like you wanna end up with him/her with marriage.Then beli rumah bersama.Design your home together with Ikea furniture.Create the lovely space untuk anak-anak.Dan macam-macam.Dan impian akutu separuh sudah di realisasikan.We talk a lot about the home and dream, masa di sana.Sungguh rasa ber bunga.*blushing.

Selebihnya, hari-hari kami banyak spend masa bersama like buy some movie dvd and spend time watching it together.Okey, untuk masa ini, incik Zahari bawa aku ke dunia dia.Kau jangan lah nak mengarut kata aku beromen lagi.Aku maksudkan, dia mahu aku tahu what is his genre? Macam aku, dia sudah cukup tahu,aku tak boleh tinggalkan genre romantic comedy. Tapi dia seperti lelaki yang lain, lebih teruja menonton filem-filem epik.Kami menghabiskan masa almost 4 jam menonton satu filem epik mengenai tentera Jepon cuba menakluk kawasan orang asli di Taiwan, kalao tak silap.Cerita ni best, kau belajar bagaimana semangat satu kaum cuba mempertahankan hak kawasan mereka.Serius lupa the title, tapi for being honest, aku sendiri mula bercinta dengan genre dia.

Lain perkara.Satu benda lagi yang kami kongsikan bersama adalah suka menghabiskan masa di library berdua.Dia macam abah, suka baca all the news luar dalam Malaysia.Habis semua paper duduk tepi dia.Kemudian habiskan pembacaan komik kartun pejuang dia yang aku tak ingat namanya juga.Aku? As usual, women magazine, majalah karton Lat, ataopon buku-buku fotografi di sana.Duduk baca bersebelahan, take own time, walao nampak pasive, tapi aku rasa cukup calm dan diubati.betol.Why dont you try it once? Sesekali lari dari hiruk-pikuk di luar.Haha.

Banyak masa yang terlalu precious untuk dikongsi di sini.Its different, totally.How aku teman dia di kedai gunting rambot, how dia teman aku di pasaraya semata-mata mahu cari Cornflakes.Haha.



Takde apa yang aku doa saat ni, selain Tuhan tidak mengambil jiwa aku lagi setelah lopong 2 tempat di hati aku.

Thank you Allah for sending him, light up my dull life here :)

Sep 13, 2012

Bila nak kurus macam Lisa Surihani?.


Baru balik late supper, dengan incik Zahari.Teringin makan daging burger with mayonis then kami bergandingan ke mamak dengan perasaan like wanita hamil yang mengidam daging burger pada pukul 1 pagi.Nak sangat.

Aku rasa nak period ni.Thats why perasaan makan membuak-buak.Then hati di tahap normal.Tiada apa-apa yang mengganggu.Senang hati orang cakap, walao rasa kosong tu kadang-kadang menyelit.

Itu sebab aku rasa nak makan je, kot.

Ya, aku kurus bila ada masalah.Serius, bila hati tak happy, setiap pepejal yang masok ke dalam umpama angin.Tak effect.


Jadi, untuk waktu sementara ni, aku just makan walao lepas makan ada perasaan bersalah terhadap diri sendiri.Semua perempuan camtu ke?


Aku tak boleh layan perasaan makan ni.Kalao tak, back to size badan aku yang mengerikan last July.Tak tidor malam memikirkan badan yang dah tak solid.



Perempuan beginilah.Selalu ter tekan, tak pasal cinta, berat badan.Yang lain doesnt matter.


Selamat malam.




Sep 12, 2012

Rindu pada yang takde.


Malam ni, rasa rindu pada arwah mama dan abah datang membuak-buak.Bagai empangan pecah, mengalir deras dan kuat.Tidak tertanggung.

Selepas baca Yassin Maghrib tadi, aku menangis di atas sejadah.Selalu nya, aku sibokkan diri dengan kerja yang macam-macam supaya aku tidak ada langsong space untuk hati berdenyut.Tapi tadi, air mata tak dapat nak seka lagi dah, terutama ketika mahu habiskan barisan-barisan terakhir Yassin.Hati tersentoh.


Kalao ikotkan hati, kalao ratapkan pemergian mama dan abah yang diambil dalam satu masa sekali gus, mungkin aku sudah gila.Sudah tidak rasional.Sudah tidak berhati.Hilang teros semangat di dalam.Mana mungkin perjalanan selepas ini semudah yang difikir.


Dan tadi baca balik tulisan-tulisan abah di FB nya.Abah dan aku tak banyak sangat persamaan selain suka menulis dan pandai sketching.Itu yang aku perasan.Air mata jatuh lagi antara post di FB abah, bila mana abah post lagu Im Ready For Love from Bad Company.Waktu tu aku ingat lagi, kami semua di bilik mama di Wad Paliatif Hospital Batu Gajah menunggu Incik Zahari datang pick up aku di hospital untuk pulang ke Genting back to work after 5 days off.Mama ketika itu melipat dan packing baju aku ke dalam beg walaopon aku marah mama buat begitu.She still want to do her routine walao sakit.Dan tak sangka itu rutin mama yang terakhir mengemas beg aku.Time tu pulak abah sibok suruh aku dan adik menge post lagu ke wall FB beliao daripada Youtube.And it was the song.Mana lah boleh aku lupa sebab that was the first time abah bertemu Incik Zahari juga.Hmm.


Terlalu banyak benda aku simpan di dalam hati, melalui hard times yang memang hardful.Aku tak mampu cerita kepada sesiapa sebab sakit nya terlalu dalam.Menyimpan sendiri adalah lebih terubat.



Yup.

Rindu pada yang takde, adalah rindu yang terlalu menyakitkan selain hanya mampu kembali kepadaNya, berdoa semoga mereka ditempatkan di kalangan yang dikasihiNya.



Alfatihah.



Sep 11, 2012

Selasa.


2 hari attend coarse.Okeylah, prefer pergi coarse.Lari sekejap dari hustle and bustle tempat kerja.Masa nak habis coarse, one young boy approach aku, asking for my number.Dari keamatan aku, dan dari rupa lagak dan gaya dia, aku rasa umur dia around 20.Aku just senyum.The guy not bad,mungkin gadis belasan tahon terdetik ingin mengambil nama akuan Facebook dia atao mahu mendapatkan nombor bbm kalao melihat appearance dia.But as usual, i dont like the way young guy approaching a lady.Kurang menepati guidelines hati aku.Haha.


Hari ni juga aku offend dengan Incik Zahari.Tak tahu lah, ada benda yang selalu aku argue dengan dia.Its not about third party tapi lebih kepada masalah kontra rutin dan pendapat masing-masing.Vice versa.Tapi tadi masa pergi membawa diri membeli makan malam sendiri, aku lihat ada lepat labu panas dijual.Hmm, its his favorite.Our favorite.Tapi sebab rasa marah yang ada dalam hati, aku hanya balik.Ego lah konon, tapi dalam hati rasa sedih jugak.Hati orang Malaysia kan lembot. Selalu nya, aku akan tapaokan untuk dia dan hantarkan lepat labu panas tu ke tempat dia kerja.Alah, tiru babak filem Full House, kan si isteri hantarkan si suami sushi masa dia tengah on duty.Hik.But malam ni, so far, aku hanya mengkonkritkankan perasaan.


Pernah tak rasa, kamu tidak suka kan karakter seseorang tapi kamu terpaksa accept sebab perlu berhadapan dengan dia setiap masa.Yes, i feel that towards a person.Pada aku, tak menjadi hal selagi tidak mengganggu kehidupan aku.Cuma deraan emosi tu, sedikit sebanyak ada.I hate when i have to involve with the person yang totally opposite dengan prinsip aku.Kontra perasaan.Dan terpaksa jadi hipokrit.


Sama jugak masa aku pergi coarse tadi.Coarse involves dengan semua level umur.Paling tak suka kalao bercampur dengan budak-budak yang totally budal-budak.Dan belom ada imej yang stabil, maksud aku dari segi attitude.Bab pergaulan, aku memang selected.Siapa yang boleh bercampor dengan golongan yang tidak menepati cara kamu? Okey, untuk tujuan ice breaking, waktu break time minom coffee, aku pergi lah join one table ni.Just be nice, be friendly with others participant.Sembang punya sembang, tiba-tiba budak perempuan ni cakap ' hotak akak, mana ada perkara tu berlaku' Okey, it is okey kalao use that word untuk kawan yang kau dah kenal lama.I just know her about few hours, sekurang-kurang tahu sedikit bagaimana mahu berbual dengan orang baru.Yelah, macam aku cakap tadi.Hati orang Malaysia ni lembot.Cepat terguris.Aku tak suka perempuan kasar macam tu.Dan melihat appearance dia, aku tahu, ini jenis budak yang tak habis khatam belajar.No manners, sorry to say.


Tak tahu nak menulis apa lagi.



Selamat malam.

Sep 5, 2012

Single father

This evening, i do nothing.Just prepared my minom petang, kopi o panas with fries sahaja.Awesome, sebab di luar hujan.


Then aku beli majalah Inspirasi Perkahwinan.Saja, sebab my bestfriend will get engage with his sweetheart this month.Even tak dapatt bersama dia membuat persiapan, i hope that boleh tumpang sekaki merasa the moods.Hik.

Selak punya selak, ada satu page raise up isu mengenai bersediakah anda dengan pasangan yang berstatus duda?Oh oh oh.Isu ni amat tepat untuk aku dan for all yang in the same shoes.


Yeah, im in love with him yang berstatus single father.Dan di page tu mereka list up tips how to make sure hubungan tidak terjejas dengan that status.

1.Persediaan Mental.
The first thing is persoalan mengenai sudah bersediakah memulakan hidop baru bersama pasangan yang berstatus duda? Banyak benda perlu difikirkan actually, betol.Mengenai anak-anak dia, hubungan dia dengan keluarga mentua dan ex wife.Begitu juga dengan penerimaan keluarga sendiri terhadap pasangan duda.Setakat ni, alhamdullillah, semua nya berjalan lancar.Famili terima seadanya dan sangat understanding.Dan since kamu sudah menerima diri dia, satu perkara yang perlu ada dalam diri adalah sikap terbuka mengenai hubungan dia dan pamili bekas isteri.Pada aku tak jadi masalah langsong, walao hubungan mereka sangat baik.Tambah his ex wife sudah punya keluarga sendiri.Saat yang paling jujur aku rasa masa dia bawa keluarga bekas mentua berjumpa aku dulu.Appreciate the moments.


2.Terima seadanya kedudukan pasangan.
Dia mempunyai tanggungan anak-anak, dan mungkin menyebabkan kita sendiri tidak dapat berbelanja berlebihan.Pada aku, jangan jadikan situasi sebagai modal untuk menyalahkannya atao mengungkit.Sikap toleransi dan memahami kedudukan dia sangat penting.Pada aku tidak menjadi masalah since i have my own salary.Tak perlu bergantung bayak pada dia.Jangan jadi budak-budak mahu cemburu dia lebihkan anak-anak dia.Bab ni adalah paling penting, tak nafikan mula-mula dahulu rasa perlu berkongsi segalanya dengan anak-anak dia.But lama kelaman, i realize, isu berkongsi tu tidak ada sebab the way he treat me different too much the way he treat his kids.Dan yang paling utama, dia juga tidak berat sebelah.You are still being his part ;)

3.Selidik terlebih dahulu latar belakang nya.
Bukan mencurigai pasangan, namun tidak salah jika anda memahami punca perceraian pasangan anda dengan bekas isterinya.Yeah, even orang kata past tak perlu diungkit lagi once you built your new life, tapi amat penting untuk tahu.Cerita silam dia adalah apart of his life.Cukup sekadar kamu tahu diri dia bagaimana dan cuba meletakkan diri sendiri dalam kasotnya.

4. Terima anak-anaknya seadanya.
Ini adalah yang paling penting.Mama always remind me dulu, untuk belajar terima mereka seadanya.Aku biasa sahaja, i just tell him, aku tak meletakkan diri aku as their step mom, but i prefer to be their friends.Boleh berkongsi apa sahaja, no limits.Since mereka juga semakin meningkat remaja,menjadi kawan mereka, memahami mereka adalah lebih working.



Tak mudah juga untuk menerima duda as my partner, as my soulmate, i tell u.Mungkin masa zaman sekolah dulu aku selalu cakap mahu get someone yang lebih berusia daripada aku, duda pon not bad, nah, jadi kenyataan.Ini ayat mengusik seorang kawan baik di MRSM dulu pada aku bila aku bersembang mengenai ups and downs aku bersama si dia.Haha.Pada aku, duda or bujang, the most important thing yang perlu ada dalam setiap hubungan adalah toleransi dan understanding each others.


Serius, i really feel good with this relationship.Aku lebih senang dengan status dia, kerana pengalaman dia leads my way, leads myself, untuk jadi sematang dia, setenang dia mengenai kehidupan yang penoh ranjao.Tulisan yang jujur,datang dari hati.


Semoga masa tidak mencemburui kami.God, thank you so much for bring him to light up my life here.



Sep 4, 2012

Aku nak kawen!

After hari raya hari tu, aku rasa sesuatu.Sesuatu yang different.Sesuatu yang buat hati aku bulat berkata, aku nak kawen.Haha,


Banyak faktor buat hati aku berkira-kira nak kawin.

Dulu, aku tak rasa yakin ke arah tu, sebab banyak tanggungjawab perlu diangkat.Tapi since mama dan abah pergi menyahut seruan ilahi, aku rasa semua nya sudah dilunaskan.Menjaga mama dan abah sehingga ke nafas terakhir mereka.Pidot pula sudah boleh bekerja,cuma tunggu tawaran yang lebih baik dan convinience.Rumah pusaka abah sudah siap dibina, dan Along sudah diberi tanggungjawab untuk menjaga sepenuhnya.What else? Kerja semakin stabil.Dan hubungan aku dan Incik Zahari semakin meningkat matang.Aku rasa complete, hampir complete.


Aku mengimpikan sebuah tema perkahwinan yang simple tapi sweet.Itu sahaja.

Untuk kamar beradu pengantin, cukup setakat ringkas, everything comes with white and light pink dengan katil tiang yang klasik dan aminiti perabot kayu lama warna hitam atao coklat.Di dinding tak perlu hiasan apa, cukup sekadar potret pamili dan gambar kami berdua hitam puteh.Bring thousands meaning.Langsir, sebolehnya hanya bidai kayu atao kain sifon puteh jarang.


Untuk pelamen, no, aku tak suka yang too heavy.Cukup berlatarbelakangkan tirai warna puteh.Kerusi pengantin yang tinggi diapit pasu bunga besar with flowers warna puteh, pink dan terqouse.I love that combination colors.Cukup!

Barang hantaran, pon cukup dengan combination that colors.

Dan untuk baju, aku prefer baju kurung moden with plain color, either warna puteh atao light pink.Boleh membantu kelihatan tinngi dan curve.Haha.Tak perlu banyak perincian, cukup labuci di side kanan atao kiri dada, pergelangan tangan juga di kaki baju dan kain.I already got its design in my brainstorming.Ringkas sebenarnya nampak lebih mewah.Aku tak berapa prefer songket, it makes me looks fat and fat.Make up, sepatutnya hanya membantu untuk kelihatan lebih luarbiasa daripada rutin harian.

Untuk goodies, tak perlu kampong style.Aku tak suka bunga telor yang tipikal.Atao ada beg yang dalamnya letak banyak benda.Cukup hanya something yang simple with the tag nama aku dan Incik Zahari.(kalao ada mama, mesti dia tak bersetuju sebab bunga telor is Malay tradition.Haha)

Secara keseluruhan, simple.Thats my wedding dream.



I just talk about this with Incik Zahari.And he said, we choose end of next year.InsyaAllah, jika Allah mempermudahkan.



:)




Aug 25, 2012

bad habit.


Aku tak tahu perempuan lain bagaimana.Tapi aku, tabiat buruk aku, suka check handphone si dia.Hanya handphone si dia.


I dont know why, walao dalam hati teguh tembok kepercayaan yang ada.


Its like, macam keinginan.Desire.Sehari tak check, rasa tak complete hidop.Haha.

Dan, that thing selalu jadi perbalahan.Bertegang urat bergadoh.Atas sebab-sebab unnecessary sms dari outsider yang buat aku suspiscious, walao dalam hati, dari jaoh sudut hati, the trust is there with me untui si dia.


Tak tahu.This is the first time i feel, sebab sebelom ni aku tak ingin nak pegang handphone sesiapa walao hati sayang pada orang tu.


Serius, i have no answer for my new routine.I hate this, sebab selalu misunderstanding sms-sms dia.Walhal, its nothing.Walhal i know everyone has a right to get own space, own friends, own conversation.

Tapi aku tetap nak curious.Tanya macam-macam sampai buat dia pressured sometime, and start create arguement.I really hate this, but i cant help my ownself.


After arguement, tengoklah.Sometime boleh jadi rajuk berhari-hari.Pergi kerja dengan perasaan libanglibu.Balik kerja hibernasi dalam selimot, tak mahu angkat call, tak mahu replysms, walhal orang tu dengan gentle nya sudah memujuk walao punca nya aku.Perempuan.Susahkan?

Hmm.


Aku tak tahu apa penawar untuk bad habit ni.




Aug 17, 2012

Danao Kota dan malam nya.

Esok, Ramadhan hari terakhir.

Hmm.

Sedih jugak bila di penghujung hari, walao kerja rasa sangat diuji di bulan Ramadhan.Tambah kerja customer service.Bukan senang, dalam kau berpuasa, nak bertemu customer, melayan ragam Cina Singapore yang banyak kerenah, sometime rasa nak maki, sometima dimaki balik.Tapi aku tetap take it positif.


Banyak dugaan di bulan Ramadhan, tapi yang pasti hikmah nya manis.


Aku takde cerita persiapan raya.Takde.Raya pada aku tak ubah macam botol oren bodoh lepas kene togak.Kosong.


Aku hanya ada hari semalam.Hari yang terlalu precious, pada aku.

Dari Januari hingga Jun, aku terlalu sibok dengan urusan hospital mama abah.Hati terlalu sarat dengan emosi sepanjang tempoh tu.Dalam masa 6 bulan, kau hilang orang yang terlalu kau sayang dalam dunia ni.Tak sempat nak bangkit dari rasa lumpuh tanpa mama, selang 3 bulan sudah meratap pula hilang nya abah.Tungjang keluarga yang ada.


I wont looking back the times, denyutan nya buat rasa jantung seakan mahu berhenti sama.

Tapi semalam, for the first time aku rasa keluar sekejap dari emosi tu.Incik Zahari bring me out to Danao Kota.Mencari baju kurung dan kerongsang.Mencari makan larot malam.Menumpang hingar-bingar malam warga Kuala Lumpur yang tak pernah diam.


Sampai Danao Kota dalam pukul 10 lebih.Entah.Tak ingat.

Teros berjalan menyusuri lautan manusia mencari baju kurung.Banyak pilihan, tapi semua tak kena mata.Aku prefer membeli di Ipoh kelmarin.Lebih banyak yang melekat di hati.Tapi Incik Zahari sabar menemani.Ini first time aku keluar bershopping dengan lelaki.Its first time, sebab sebelom ni, aku tak pernah membenarkan mana-mana lelaki mengekori aku membeli barang.Sebab aku runsing.Rasa tak cukup masa.Tapi Incik Zahari menggantikan adik dan sepupu aku yang biasanya menjadi juruunding pilihan aku.Kelakar, dia memberi komen untuk setiap baju yang aku berhenti tengok dan pergi tak beli.Haha.

Dalam penat berjalan, kami singgah berehat di satu gerai western food.Favorite kami, lamb chop.Menghayati penoh nikmat berdua di tengah jam 12 malam sambil having light talk.Umpama rasa our first date, mengimbas.Haha.

Then, kembali bertaot berpimpin tangan meredah manusia.Sampai pukul 2 baru dapat apa yang dicari.Incik Zahari said nothing, dia cakap pilih yang betol-betol berkenan.Mahal atao murah its not the matter.Yang penting how confident we look with the baju.Yup, at last aku beli baju kurung plain English cotton yang bersulam tanpa manik.It just plain and simple.Mudah digayakan dengan keronsang klasik warna silver 3 bentuk.Pilihan yang tepat sangat, compare to baju-baju kurung yang we try before.Oh, not 'we'.Aku.Dia hanya jadi tukang pengkritik.Pedas.

Kemudian, kami keluar dari celahan manusia yang semakin lebat.Singgah lepak di meja hawker tepi jalan yang jual yong taufu cucuk.Its his favorite.Makan, again and again sambil menjadi observant.Melihat ragam sekeliling yang penoh cerita yang tak tahu pucuk pangkal.Aku rasa bahagia dengan masa yang ada malam tu.Menghabiskan malam berdua, lari dari topik kerja, makan-makan, talk a lot, shopping, bergadoh untuk small things, etc.Awesome.


Ini lah terapi yang aku cari untuk 6 bulan dan ke belakang.




I get back my own time.Walao hilang mama dan abah, seems like the price that i have to pay, mungkin lah.




Hmm.

Selamat malam.Letih.



Aug 13, 2012

Everyone talks about raya.


Hari ni bangon pagi around 7.21 am.Rasa nak buang air.After buang air rasa sakit.Urine infection, i think.Sebab aku pernah melalui nya.Atao orang kita kata kencing tak lawas.Mungkin sebab tak banyak minom air.Hari biasa pon aku 'terlupa' nak minom air dengan banyak, inikan bulan puasa.Memang minom masa bersahor dan berbuka sahaja lah.Padan muka kau lah.


Sakit, jangan cakap.Sampai aku terpaksa call Incik Zahari.Asked him untuk ambik aku di lobby blok aku dan pimpin aku ke klinik.Sumpah, bukan nak mengada-ngada.Aku call Incik Zahari sambil menangis, sampai bila dah okey tadi, dia mengajuk aku cakap macam budak kecik tadi.Haha.

Aku inform supervisor, beritahu tak masuk kerja dan mahu ambil mc.The prosedur, aku kene ambil clinic form dari department sebab ke klinik dalam waktu kerja.Being nice, Incik Zahari pergi department take the form yang mereka dah fill up.Manakala aku hanya tunggu di klinik.Then Incik Zahari sampai di klinik dan ambilkan nombor.Menunggu giliran bersama-sama seperti sang suami membawa sang isteri ke pregnancy clinic.Indah nya perasaan tu kaloa one day betul-betul melaluinya, berangan aku walaopon ketika itu fizikal nya sedang sakit.


Doktor just buat medical check up seperti biasa.Dia nasihat kan aku banyak minom air setiap hari.Hmm.Salah aku.

Balik dari klinik, Incik Zahari buy me Big Breakfast di Mcd.Nak makan ubat kene breakfast dulu.What to do, kene makan ubat, terpaksa batalkan puasa.Then he send me back.Pity him.Balik kerja malam terpaksa temankan aku ke klinik.I love him so much.


This Ramadhan. dugaan untuk aku dan Incik Zahari terlalu banyak sampai rasa mahu break up, again and again.Dia tak, tapi aku selalu rasa putus asa dengan hubungan yang terjalin.Tapi mujur, dia lelaki yang terbaik aku pernah ada.Totally opposite dengan karakter aku yang terburu-buru, emosional, drama queen dan so on.Mungkin ini satu sebab kami still bersama.And this feeling still not fade away yet.


Aku mengharap kan yang terbaik untuk hubungan aku yang kali ni.Dugaan terlalu berat di bulan Ramadhan ni.Tapi hakikatnya, hikmah nya sangat manis.


Untuk persiapan raya yaang bakal menjengah, aku tak buat apa.Cuma prepare bajet untuk rumah dan menu di hari raya.Sediakan baju kurung untuk Pidot, sediakan duit raya untuk anak sedara dan sepupu cilik, opah dan mak sedara terdekat.Itu sahaja.Pagi raya pon aku bekerja.Its ok.Its not first time.Aku beli sepasang baju kurung moden untuk kerja di raya pertama.Esok insyaAllah, lepas balik kerja,Incik Zahari planning mahu turun KL belikan second baju kurung untuk aku kerja di raya ke-2.Maybe aku juga mahu hadiah kan baju Melayu untuk dia.Syukur, sekurang-kurang nya tahon ni aku beraya bersmaa dia, compare to last 2 years.Beraya seorang diri di sini.


Raya, kosong untuk aku tahon ni.Tak excited macam tahun lepas di mana Incik Zahari send me back di hari masak.Meredah highway ke Utara dengan sabar sambil layan lagu raya di dlaam kereta.Kemudian buat persiapan raya dengan mama.Beli baju kurung dengan mama.Dan balik kampong mama beraya bersama big pamili di Sekinchan Selangor.Shooting dengan semua sepupu di sana.Meriah! Dan puas.

Sungguh, tak sangka.It was my last raya with mama dan abah.Tuhan Maha Mengetahui, diberi peluang itu untuk aku meraikan raya terakhir bersama abah dan mama tahon lepas.


Thats why, bila raya tahon ni aku tak dapat cuti, aku tak rasa bebal di hati.Sudah terlalu cukup.Aku beri peluang orang lain beraya bersama ibu dan ayah di kampong.Mana tahu, tahon depan sudah tidak ada peluang itu.Wallahualam.


;)


Aug 2, 2012

Tukar pencuci muka.

Hari ni bangon pukul 10 pagi.Tanpa mandi, pergi tengok Incik Zahari bersiap mahu pulang ke kampong, atas urusan keluarga, mungkin 2 hari sahaja.Tapi rasa keberatan, sebab bila dia takde, dalam hati rasa jaoh sekali.Haha.Aku mengaku, aku bukan boleh long distance relationship walao untuk hari.Sebab kami tak pernah jaoh each others.

Selepas bayangan Incik Zahari hilang dari kelibat, aku pergi laundry baju-baju, kemas bilik, cuci mangkuk sahor pagi tadi, mandi, dan mencantikkan diri.Bukan nak ke mana pon, tapi mahu duduk di dalam selimot tidor.Haha.

These few days, muka aku rasa begitu tak seri.Kusam.Tak bermaya.Seiring dengan mood tuannya, mungkin.Aku pendam that matters, berkira-kira dalam hati nak beli produk apa ni.Dulu pakai Natasya, not bad tapi rasa nak change something new.Aku malas nak pakai sabon sebagai pencuci muka.Prefer pencuci muka yang biasa.Not soap.Sebab cepat haos.So sebelom balik semalam, pergi Guardian dengan Pidot.Find out new brand.At last dapatkan one set penjagaan muka dari produk Bio Essence.Tanaka White, since before ni aku pakai pencuci muka dia.Satu set adela dalam rm90.You manage to get-toner, krim malam, krim siang, pencuci muka dan skrub muka.Cuba dahulu, kalao okey, boleh beli lagi.Incik Zahari hari tu tegor muka aku dah tak shining macam dulukala.Itu yang aku perlu makeover.Perlu.Haha.


Masa laundry tadi, aku review one blog to one blog.Then baca satu title dari blog WaniArdy.Ramadhan.Did you forgive anyone that hurt your feelings today?

Aku ambil 5 saat jugak berfikir mengenai tulisan WaniArdy tu.Yup.Tak nafikan dalam hati aku punya satu barisan nama yang mungkin hard to forgive, juga hard to forget.Kawan baik sendiri yang berkongsi warna mata tidak warna hati. Masyarakat sekeliling yang melabel macam-macam melafaz tapi tidak faham.Orang luar yang pura-pura dengar tapi tidak hadam.

I should forgive them.Ya, perlu, sebagai hambaNya yang tidak berhak menjatuh hukum sesama manusia.Dan untuk bahagian aku sendiri, aku juga minta dimaafkan atas kesilapan yang mungkin di luar kuasa sedar, menyakiti sesiapa, who knows.? Kan?

Cuma untuk certain people, cukup sekadar kau tau aku maafkan kamu, tidak perlu lagi bertemu.Tak perlu.Mana yang faham, sudah dewasa, mungkin boleh tembos maknanya.Ada benda yang kita tak perlu bangkit dan ungkitkan.Teros renong ke hadapan.



Aku mahu tidor untuk 2 3 jam kalao mampu pejamkan mata.Sebab first day kerja malam memang susah mahu tidor siang.Tambah aku juga bukan jenis yang boleh tidor siang.Harap dapat tidor, bangon, dan beli juadah puasa seorang diri hari ni.Part yang paling buat aku terasa when he is not around.Hadoi.


Bye!

Aug 1, 2012

Milo

Bila boleh dapat jumpa senyuman saya kembali?
Sebab hari yang mengelilingi terlalu gloomy.
Hey, bag tak kemas lagi.
Selalu pagi-pagi mama dah kumpulkan baju yang nak dibawak balik.
Then mama lipatkan masok dalam bag.
Aku memang tak pernah packing baju sendiri.
Malas.
Dan manja.
Semua nak mama buatkan.
Milo pon tak pernah bancoh sendiri.
Aroma dan manis Milo mama buat, lain.
Itu kenapa aku sudah minum teh o sekarang.
Sebab si pembancuh Milo sudah tiada.
takot dari rasa manis tukar rasa kelat.
Hmm.

Jul 30, 2012

Di sebalik sambal tumis ikan bilis opah.

Hari yang sangat bahagia.Alhamdullillah.Syukur aku panjatkan kepada Tuhan.

Kerana hari ni, Ramadhan yang ke-10 aku maseh ber nafas dan menikmati hari Isnin, yang supposely tenat, bosan, unsettled,tidak bermaya, menjadi begitu indah.


Satu, kerana bangon pagi, celik mata, aku maseh di atas katil.Tidak perlu bangon mengejot, dan tergesa-gesa mencapai tuala dan mandi bersiap ke tempat kerja.Huisshh.Malas.

Kedua, kerana hari ni aku menghabiskan masa bersama kesayangan aku.Semua kesayangan.Baik Incik Zahari, siblings, opah dan pamilies.


Awesome.Apalagi yang lebih indah dari ni.


Bangon pagi, sambil maseh dalam berselubung dengan selimot tebal, aku mencapai remote tv dan menonton drama Ramadhan di tv.Seronok ok.Sesuatu yang sudah lama aku tak buat adalah menghayati tv dengan fikiran yang lapang.Semua masalah letak tepi.

Kemudian iron baju-baju kerja.Senang, lepas cuti nanti balik goyang kaki dengan ber lagak nya.Haha.

Tengahari incik Zahari suruh aku mandi dan bersiap untuk turun.The part yang paling aku suka bila going back home, adalah the moment dengan dia sepanjang perjalanan.Kami selalu beli dvd lagu kegemaran bersama.And we always take our sweet time driving, sambil menghayati all the songs yang kebanyakannya lagu-lagu lama.Tadi layan lagu Wann.Aku tak boleh excited sangat sebab kene drive, kasi chance dia berehat.Haiyak.

Sampai di rumah, lepak dengan opah.Incik Zahari duduk bersama opah berbual kosong sambil melihat album gambar lama.Dan aku sibok menghidang juadah berbuka puasa.Babak ni lah yang selalu aku tonton dlaam drama Melayu.Bring someone special meet family, masa si dia bersembang dengan pamili, kite buat-buat sibok di dapor.Beri ruang.Haha.Abah always said to me dulu, Angah banyak sangat tengok cerita melayu jadi otak dia, imaginasi dia scripted.Ikot skrip drama.Abah, you are right.


Masok waktu berbuka, masa paling menggembirakan.The best menu of the day is sambal tumis ikan bilis opah selain kuih tepung talam mak nyah.Favorite.Abang makan dengan selera.Love it.Lepas makan,having light conversation dengan abang di luar bersama opah dan adik-beradik sambil menghayati langit mendung nak hujan di atas.I cant figure out my feeling right now, tapi detik-detik sebegini yang selalu aku tunggu dulu.Get him in my family, dan ruang nya Tuhan seperti banyak membantu.



Semoga.


Semoga hubungan kekeluargaan ni sentiasa di rahmati Allah SWT.Dan hanya ini sisa semangat yang dapat meniup jasad untuk aku hidop.

Jul 24, 2012

Pasar Ramadhan

Since aku berjumpa incik Zahari, banyak benda yang aku just put in my imagination before, telah dipenuhi, unexpectedly.Benda nya bukan lah benda yang susah nak direalisasikan.Cuma dulu aku ber anggapan, aku takkan ada steady boifren sampai bila-bila.Dan takkan mungkin boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli yang lain hanya kerana aku tak layak.Comot.Not pretty.Tomboyish.Tak mungkin ada yang singgah untuk mengenali aku.Never, fikir aku.


Tapi bila bertemu Incik Zahari, sedikit-sedikit anggapan tu pudar.Fade away. Hari-hari yang aku lalui terasa jisim nya penuh walao ada ruang kosong, a bit.Mungkin atas kerana jaoh dari pamili. Abah dan mama juga tiada, itu sebab hari hilang seri. But when im with him, i enjoy every single times together.I enjoy every single moments.Dan sangat menghargai makna "kita".Bukan lagi seorang.

Satu daripada benda yang aku letak dalam kotak imaginasi dulu adalah mahu ke pasar Ramadhan bersama yang tersayang, selain pergi bersama buddies dan pamili members.Jalan berdua meredah lautan manusia.Singgah membeli.Argue pasal juadah dan kueh yang nak dibelikan.Itu yang observe di pasar Ramadhan dulu.Terasa cemburu melihat kemesraan pasangan yang baru pulang bekerja, berjalan bergandingan membeli juadah berbuka masing-masing.syukur, sudah masok 2 kali Ramadhan, aku berpeluang meraikan kenikmatan berpuasa bersama Incik Zahari.Dapat merasa keseronokan ke Pasar Ramadhan bersama.Seperti di pasar Ramadhan Batang kali semalam, rasa gembira menyusuri gerai-gerai yang ada.Melihat ragam orang, dan merasa betapa seronok hidop di Malaysia.


Kemudian, aku juga selalu mahu menolak troli di pasaraya besar membeli barang makanan dan keperluan bersam si dia, seperti pasangan lain.Semalam Incik Zahari menemani aku di pasaraya EconSave membeli barang makanan untuk stok di bilik aku.Sebab aku selalu mengadu takde apa nak makan bila bersahor.So beli Cornflakes, 3 in 1 Milo, Maggi, Pringles.Best item yesterday is teh wangi cap kuda terbang.The packaging very old school, teros jatoh cinta dan Incik Zahari belikan.Tapi sounds funny, teh wangi cap kuda terbang.Old school again.


Balik dari EconSave, semasa menyeberangi trafik light menuju ke kereta di seberang jalan, Incik Zahari memimpin tangan.Leads my way.Rasa secure ok.


Ini semua aku imagine dulu.Tapi dapat melalui nya bersama si dia.

Sebelom ni, mungkin aku berkawan dengan ramai orang.Tapi tidak hingga mencecah level ini.Level se bahagia ni.


Nampak macam just a small thing, tapi untuk aku yang tak punya masa-masa seperti ni sebelom ni, aku rasa its priceless.


Mungkin sebelom ni aku berkawan dengan kepunyaan orang.Mana mungkin get the times seperti ni.Tersilap langkah, aku akui.As conclusion, cari lah seseorang yang bukan kepunyaan sesiapa jika tidak mahu hari dan masa berkongsi dengan yang lain.


Akhirnya kita yang akan makan hati, seperti aku dulu yang banyak beralah.



Terima kaseh kerana menghantar dia, Tuhan.Semoga waktu ini maseh panjang.



Selamat berbuka puasa.

Jul 21, 2012

Hari kelaheran

Its my birthday.

Thanks for all wishes.Hanya doa yang diperlu.Tak perlu apa-apa sebab semua almost ada.

Hari ni berbuka puasa dengan Incik Zahari.He took 1 day off, aku balik kerja singgah ke bilik beliao untuk berbuka puasa sebelom pulang ke bilik dan bersiap ke Teraweh.Abang pergi teraweh tadi pakai baju melayu hijao dia yang aku suka.Balik tadi rasa gembira sebab abang sudah beli menu kegemaran aku, nasi dan sambal ikan keli.Juga kueh lopis dan kueh limas, i dont know what people call that kueh, tapi orang Perak panggil kueh limas.

Kebetulan black out.Adoh.So kami candle light dinner, makan tepi tingkap meminjam lampu-lampu neon dari luar, berlatar belakangkan senja langit yang berkabos.Awesome.

Sedang makan kueh lapis, aku menangis.Maybe pms adalah punca,tapi selebihnya kerana rindukan kueh lopis mama.Setiap kali Ramadhan, mama akan jual kueh di kampong.Dan kueh lopis hijao salot kelapa dimakan dengan air gula merah menjadi kegemaran aku.Apa yang buat aku sedih, selalu nya abah akan tolong mama tempe pulut hijao dan bungkuskan air gula dalam plastik kecil sebelom mama masokkan dalam bekas besar untuk dibawa ke gerai kampong.Aku hanya selalu jadi pemerhati.Rindu, the memory. Abang cakap jangan lah sedih, he always be there for me.Ya, tapi tak sama kan?


Aku mencari hari-hari yang dapat kembalikan senyuman aku.Doa aku untuk hari kelaheran yang ke-26 ni.


Amin.

Jul 20, 2012

Ramadhan.

Ramadhan datang lagi.

Dan tahon ni, air mata menemani malam 1 Ramadhan yang penoh rahmat.

Hati.Rasa bagai melayang di atmosfera.Kerana kenangan setiap Ramadhan aku bukan macam orang lain.Banyak jisim nya ber bekas dengan air mata.


Ramadhan 2 tahon lepas adalah Ramadhan yang terlalu kosong pada aku.Terlalu sedih.Terlalu sayu.Terlalu menghenyak hati di dalam.Sampai bila-bila, denyut nya takkan pergi.

Sehari sebelom puasa, aku meninggalkan rumah.Meninggalkan abah.Meninggalkan mama.Nekad pergi ke Genting untuk bekerja, mencari belanja raya supaya abah mama adik boleh beraya macam orang lain.Tukar langsir baru.Merasa banyak kuih di ruang tamu.Bertukar baju raya.Mahu mereka gembira walao tahon itu, buat pertama kali aku tiada di rumah untuk menyambot datangnya bulan Syawal.

Malam sebelom aku berangkat meninggalkan rumah, mama yang melipat semua pakaian untuk dibawa pergi.Tak banyak baju, sebab sudah lama tak berganti baju ketika tu, sebab duit lebih digunakan untuk perubatan mama dan abah.Sumpah, dalam hati aku cakap, apa yang aku nak pakai kat sana nanti?Tapi aku hanya leka melihat mama melipat semua kain untuk dimasuk dalam bagasi.


Hari aku pergi tu, mama menghantar aku di bus stop kampong.Dari bus stop kampong tu, aku akan ke pekan Kampar, 20 minit perjalanan,dan mengambil bus ekspres ke Kuala Lumpur.Menumpang tidor di rumah Zabrina di Setiawangsa malam nanti.


Di bus stop tu, aku memelok mama.Mama cuba meniup semangat aku yang belom sepenohnya melekat di jasad.Entah.Sungguh aku tak ingat bagaimana aku boleh senekad hari tu, bagaimana aku boleh sekuat hari tu.Bagaimana hati boleh keras sekeras hari tu.Ketika itu mama juga baru baik dari operation Cancer Ovari nya.Maseh lemah tapi mama yang nampak lebih kuat.kuat dari aku yang sehat ketika itu.Itu lah mama.Tak pernah rebah walao ujian daripada Tuhan lebih besar beban nya.

Waktu aku naik bas, yang buat aku lebih menangis di dalam bila Darwish anak Along menangis melihat aku pergi.Dia tak tahu apa-apa tapi dia tak mahu aku naik bas.Pergi hingga tak nampak.Dari tingkap bas, aku nampak mata mama berkaca menghantar aku dari jaoh.


Allah.Tak habis aku menyebot nama Nya, minta atmosfera sedih ni hanya cukup di situ.Kerana aku perlu pergi bekerja.Bukan ber suka ria macam anak muda lain yang hilang jati diri.


Dan, 1 Ramadhan, aku berbuka puasa seorang diri dalam bilik yang aku dapat di Genting.Sayu, bagai pertama kali berbuka puasa di negara orang.


Mama.Abah.Terlalu rindu.Ramadhan meniup rasa rindu dalam hati ni, tapi bagaimana mahu di keluarkan rasa ni, selain tidor dan pejam mata dan bila bangon esok sudah ke tempat kerja lupa sekejap turun naik dada yang rasa sakit setiap kali rasa kehilangan.


Salam Ramadhan untuk semua.

Jul 19, 2012

Bam bam bam

Semalam, 18 hb Julai, aku turun ke KL.Menziarahi keluarga Zabrina, my everdearest friend, di atas pemergian abah tercinta.Kawan-kawan baik, Kaknis dan Ina juga ada turut serta.Sungguh, rasa sayu di hati as abah Zabrina pergi tiba-tiba.Dan apa yang buat aku terkilan sangat bila Zabrina cakap abah selalu tanya kenapa aku dah lama tak tidor rumah beliao.Last jumpa abah masa Disember tahon lepas sebelom mama jatuh sakit.Hmm.I miss his sambal udang, antara yang aku ingat pasal abah selain kenangan dulu-dulu like ikot abah dan Zab pergi pasaraya Carrefour WangsaMaju naik LRT beli barang-barang dapur.Abah belanja makan steamboat masa birthday Zabrina last year.Melawat abah di IJN.The funny thing is abah boleh berjalan pekena roti canai kat luar sebab bosan duduk di wad.I adore lelaki seperti abah.A strong single father, raised up alone his 3 daughters yang gila-gila(haha), part paling aku kagom pasal abah is beliao pandai masak, perfectionist macam mama (rasa aku) yang boleh urus evrything.Semalam masa aku tunggu Kaknis dan Ina pick up aku from bus station, aku take time, menangis dalam hati, betapa aku juga terasa kehilangan abah.Almost 13 years kenal this family, they are a part of my life.Entah, hati rasa diragut sekali lagi.Sorry Zab if tulisan yang ni buat engkau mengalir air mata.Its from my heart.

Semoga roh abah dicucuri rahmat di sana.Al fatihah.



Then aku back to work hari ni.Rasa malas yang amat.Tapi lepas kerja pergi gym.Nekad kali ni nak work out consistently.Tak mahu makan malam.Mahu minimakan makan nasi.Dan keep buat exercise kat bilik everyday.Everywhere aku pergi cakap aku gemok.Bam bam.Hui, stress.I lost my ideal weight.Haha.Its ok.I take it as motivation.Semoga kedatangan Ramadhan kali ni jugak boleh membantu menseimbangkan balik pola pemakanan aku.Wah. pola pemakanan.Haha.


Okeyla.

Permisi.

Jul 11, 2012

Masa tak menunggu
















Hari tu, tak kerja.Heaven.Pergi dating.Having light talk.Tak cerita benda-benda berat.Serabot.Cuba menghargai setiap detik yang terlalu deras laju berlalu.Cuba menghargai sebaik mungkin kerana esok belom tentu menjengah untuk aku dan dia.You took my heart away (tiba-tiba ada lagu MLTR jadi background music masa aku menaip perenggan terakhir).

Jul 2, 2012

Isnin yang tidak stress.

Hari ni cuti.Malas nak balik rumah lagi.Its my first time bila cuti maseh ada di sini.Tak tahulah, maybe i feel a bit lonely.Sudah tiada mama yang menunggu aku di pintu rumah seperti kebiasaannya.Juga sudah tiada abah yang duduk di sofa, yang akan bising kalao sampai tak teros ciom tangan dan peloknya.Atmosfera di rumah semua changed.Mungkin penantian adik tersayang di rumah dan si budak Demok yang sangat manja dengan aku, yang jadi baki semangat untuk balik menjenguk rumah.If tak, mungkin aku ke mana-mana, ikot hala tuju hati hari tu.


Semalam tengok bola dengan Incik Zahari.Bukan lah minat sangat.Tapi kami satu tempat kerja, have fun betting siapa yang menang either Spain or Italy.Haha.Saja suka-suka.Aku bet Spain 2 Italy 0.Di awal separuh masa kedua tu rasa teruja lagi, tapi after Spain get their 3rd goal, aku dah malas nak tengok.Haha.At last semua duit dipulangkan jugak sebab takde siapa yang betol meneka.


Then bangon tidor lambat.Dalam pukul 9 pagi maseh bermalasan di atas katil.Msg adik cakap mahu balik esok.Actually nak keluar dengan incik Zahari mandi waterfall tapi dia memang cukup malas nak diajak keluar berlibur kalao tiba waktu cuti.He more prefer keluar makan dan spend masa macam tu sahaja.Quite boring sometime, but when we have deep conversation during this free time, talk a lots about the things that we hate each others, i feel release.


Hm.


Sebenar nya rindu pada kawan-kawan.Mahu keluar dengan mereka like our old good times.Tapi aku still mahu get alone, for a while.Get back my day.Then mungkin having vacation ke pulao mana-mana with my good buddies-Zabrina, Kak Anis dan Ina akan jadi first agenda selepas semua nya stabil balik.Yup, i wanna going out with them first.Kawan yang terlalu memahami perjalanan hidop aku yang lebih banyak downs daripada ups.Thanks for always being there for me, guys.Rindu Pak Ali Kopitiam la.Haha.


Yang lain?

I hope my little sister can succes with her first job interview.Untuk dugaan yang kali ni, aku tahu dia yang lebih banyak memendam air mata sebab dia yang lebih spend time together menjaga mama dan abah di akhir hayat nya sampai dia sacrifice some interview yang dia dapat.Its ok.Tuhan sudah merekabentuk perjalanan kita sebaik-baiknya baik rezeki, jodoh dan ajal.Semoga rezeki yang menanti Pidot lebih besar, as a return.


Okey.Laundry aku dah siap.Chao.

Jun 30, 2012

Period pain.

Baru habis makan nasi goreng paprik dengan Incik Zahari.Baru berbaik sebenarnya.Sebab semalam merajuk dengan dia di atas sebab-sebab yang malas aku nak tulis kat sini.Tapi the argument sebenarnya lebih kepada tambah tolak daripada hormon yang tengah tak stabil time period ni.

Sometime, kesian jugak dengan Incik Zahari.Dia jadi mangsa paling utama (without failed) bila zon pms datang sehinggalah zon period berakhir.Dia jadi tempat aku melempiaskan sms-sms yang bagaikan karangan UPSR (lepas perasaan secara literally, haha), takpon membatukan diri bila dia pujuk secara verbally.

Tapi, dia tetap rasioanal.Itulah kejadian lelaki oleh Allah S.W.T sebagai pencipta teragong, yang menjadi pelengkap kepada wanita yang berjiwa kristal macam aku ni.

Seingat aku, Incik Zahari juga pernah ditumbuk oleh aku di atas perasaan yang bergelodak bagai tsunami menggulung Acheh.Tetapi dia tetap memelok aku erat untuk menenangkan aku yang bagai dihasok hantu.Hmm.


Bila all these things happen, aku jadi fobia, aku jadi takot untuk melalui awal bulan.Sebab aku tak mahu jadi se emo dan se drama ini.Dan aku tak mahu menyakiti the person yang aku sayang, but what to do.Emosi hanya pergi kepada lelaki yang paling terdekat dengan aku.Dulu tempatnya abah dan Along.Selalu aku merajuk dengan mereka ketika period.Bila merajuk, aku tak keluar bilik.Refuse untuk keluar makan sampai abah suruh mama memujuk.

Dan bila period ni, the first thing yang aku ingat jugak mesti lah mama dan milo panas nya.Setiap kali period, memang aku collapse.Muntah-muntah macam morning sickness, pening kepala, back pain, dan tak sedar diri, sometime.Untuk melegakan sedikit pain tu, mama bancoh milo panas untuk aku, mama cakap elok untuk perot.

The last moment aku pernah period pain ketika mama ada hayatnya adalah masa perot mama sudah mengeras dan membesar.Mama tak boleh bangon.Tapi mama tak henti panggil nama aku dari luar, dia risaokan aku yang sedang bertarong dengan period pain di dalam bilik.Time tu aku dengar suara mama sayup-sayup menyuruh aku keluar makan lapik perot sebelom aku terlena tak sedar diri sehinggalah terjaga pada pukul 2 pagi.Dan time tu aku lihat mama sudah tertidor.

Semalam, aku tak dapat nak tahan air mata bila perot aku sakit.I wont anything.Hanya mahu milo panas mama.Hanya mahu sentuhan tangan mama menyapu minyak panas di pinggang belakang. Tapi aku tahu, semua tu hanya kenangan yang hidop konkrit dalam hati aku.


Hmm.



Sungguh, aku tak tahu bagaimana mahu aku lontar perasaan rindu yang tak terucap di dalam ni.
Mama.Abah.Berbahagia lah di sana.

Jun 28, 2012

Tak nak kurus but nak curve shape.

Baru balik kerja.

Pergi shopping women long tight untuk pergi gym.Semalam beli sport shoes Diadora.Purple color.Sekarang selalu pergi gym.Walking out atas treadmill.Nak lari cam berat pulak rasa badan.Bukan apa, try to get ideal pinggul dan butt size.Haha.Pergi kerja pakai skirt, if ketat sangat nampak seksa pulak.Hee.


Then, since duduk kat sini dengan cold weather, jangan haraplah nak keluar peluh.Jantung pon tak bersenam mana.At least bila pergi ke gym dapat jugak exercise untuk kesihatan.Kesedaran tu timbol bila incik Zahari bising aku tak pergi exercise lepas balik kerja.Hanya tahu duduk atas katil online, then tengok tv, makan dan tidor.He acts like my SSBJ coach you know.Naik sikit 1 kg pon dah membebel.Hari-hari tahan telinga dengar dia perli.Even sometime rasa irratating, tapi aku take it as a challenge.Bagos jugak dia jadi reminder aku.If tak, hanyut.Sport person macam aku ni, if stop bersukan, memang senang naik badan.Serius.


Rasa nya takde apa nak cerita.


Dalam kepala sekarang tengah aim nak get ideal weight and shape.Hik.

Jun 23, 2012

Gastrik.Perot atao hati?

Perot gastrik hari ni.Doktor cakap sebab perot aku kosong tak masok apa.Camne nak makan sebab busy kerja.Bila jadi camni, mula lah aku teringat mama.Mama yang selalu ingatkan aku untuk makan, walao lapik perot.Hmm.Tadi jari aku almost nak dail no abah.Nak call mama nak cakap yang aku gastrik.Usually, memang apa sahaja yang berlaku dalam hidop aku, the first person yang aku beritahu ialah mama.But today, i have no one.Hanya mendail nombor Incik Zahari, as my routine.


Hilang kata-kata.Aku hanya terasa hati aku berdenyut sakit.Sakit sebab kehilangan sesuatu yang terlalu major.


Mama.Abah.





Ke mana Angah pergi, walao kiri kanan riuh-rendah, kesunyian tetap rasa menjengah.Dan Angah tahu, perasaan ni akan dibawa sampai bila-bila.


Selamat malam.Ubat gastrik ni buat aku buang angin dekat 10 kali dah.

Jun 21, 2012

Selepas abah pergi.

Abah, setia menemani mama di akhir hayatnya di Wad Paliatif, Hospital Batu Gajah.



Wad HDU 4B, Hospital Telok Intan.Sayu, 2 hari sebelom abah pergi mengik
ot  jejak mama.


Sudah 5 hari abah pergi menghadap Ilahi, mungkin juga bertemu cinta hati nya, mama, di alam sana. Aku redha, seredha-redha nya.

Sekarang ni, just looking forward.Teroskan kerja walaopon di hari abah meninggal, i got a sms from my good friend di UiTM dulu, cakap mengenai kerja aku yang dikatakan haram.That sms very huting me.Tanpa bertanya khabar aku di rumah bagimana,tanpa mempeduli perasaan aku yang sedang bertarung mengumpul kekuatan untuk menempoh hari-hari yang mendatang, beliao teros shoot aku mengenai halal haram kerja aku dalam satu sms.Maybe aku appriciate dengan usaha dia untuk memperbetulkan hala tuju aku, tapi the way dia menasihati orang, rasa nya patot dilihat balik.Seafdalnya, cara kita menyampaikan dakwah, perlu kene gaya dan adabnya.I think dia perlu belajar bagaimana mahu mendekati orang sebelom menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Mungkin aku bodoh tentang agama, tapi sekurang-kurang nya aku tahu berlaku adap.


Tentang hukum kerja aku di Genting, aku sudah merujuk ke bahagian Fatwa Hal Ehwal Agama Islam.Maseh boleh diteroskan selagi tidak bekerja teros di bahagian yang membekalkan benda haram.Yang penting niat juga.Aku kerja di bahagian hotel,jika mahu ikotkan hukum halal haram, bekerja di bank contohnya,yang mengamalkan sistem riba, menguruskan keluar masok duit yang kita tak tahu apa tujuannya, juga perlu dipertikaikan.Wallahualam


So far, aku maseh mahu bekerja di sini, di dunia kecil aku di atas bukit ni,kerana pada aku sudah selesa dengan team kerja yang sangat-sangat memahami.Semua sudah dirasa bagai adik-beradik.I dont know sampai bila, mungkin sampai Tuhan bukakan hati aku untuk berhijrah ke mana-mana, sama seperti Tuhan juga yang menutup hati aku secara tiba-tiba untuk resign dari sini dulu, setelah aku berjumpa Incik Zahari, pada hari yang sama aku mahu pergi dari kehidupan di sini. Aku percaya, Tuhan telah menyusun hidop aku se kemas-kemas nya, seperti Dia yang menghantar Incik Zahari lebih awal sebelom diambilnya dua kesayangan aku sekaligus.Incik Zahari menjadi pengganti mamada abah, tempat aku menumpang kaseh dan harap.


Aku harap, orang luar dapat memberi aku ruang sendiri untuk menentukan hala tuju aku kerana aku juga percaya, setiap yang dirancang takkan berlaku tanpa kudrat dari Nya.Mungkin mudah untuk kamu cakap itu ini, tapi hanya aku yang tahu jerit perih aku melalui kehidupan seorang diri sebelom ni.Bukan senang.Dan alhamdullilah, aku mampu melalui nya.


Selepas ni, aku mahu menyusun semula hidop yang tunggan-langgang dalam masa 2 tahon ni.Sudah tiba masa fokus untuk diri sendiri dan masa depan. Banyak benda dalam kepala mahu dibuat.Pindah rumah baru, beli kereta, persiapkan diri untuk mengakhiri zmaan bujang jika sampai jodohnya. (tapi mungkin ia agenda yang paling akhir selepas semua agenda yang lain direalisasikan).Aku sudah tiada mama dan abah, juga bukan datang dari pamili yang kaya yang semua benda maseh boleh bergantong pada orang tua.I must be independent afterwards.

InsyaAllah, segala tunjuk ajar dan didikan yang mama dan abah terap dari kecil, akan aku praktikkan dan menjadi reference seumur hidop.Hidop di Genting yang dikatakan tempat berlibur dunia bukanlah tiket untuk aku lalai.No, im not that type person.Aku maseh aku yang dulu.Kerja, kerja, kerja, balik kerja berehat, blogging, makan, tidor dan esok kembali bekerja until cuti dan balik untuk pamili. Sudah tua.Cuma mungkin maseh perlu masa untuk berubah jadi yang lebih baik.Pada aku, apa yang penting adalah membersihkan hati dan rohani, yang menjadi asas untuk segala niat kita.

Semoga selepas ini, perjalanan lebih dipermudahkan.Amin..

Jun 7, 2012

Tak boleh tidor, jadi menulis.

Itsssss been long tak menulis. Sangat busy as bees dengan life aku, walao belom bergelar ibu, walao bergelar isteri, walao belom cukup kriteria untuk bergelar wanita, tapi semua peranan status di atas telah aku pikul secepat ni. Susah pada mula nya.Tak biasa.Tak biasa untuk menjadi setabah mama, sebijak mama, sekuat mama, everything like her, tapi mesti. Abah collapse pagi 27 May hari tu.Aku sedang bekerja ketika itu dan adik call.Teros dikejarkan ke hospital.Dan pagi 28 May abah di pindahkan ke wad ICU Hospital Telok intan akibat tekanan darah yang sangat rendah dan less oksigen.Dan on the spot aku balik, tinggalkan semua kerja. Sampai hari ni, abah still di ICU.Kami hanya dibenarkan melihat abah ketika waktu melawat.Hmm, sebak melihat wayar-wayar yang mengerumuni abah.Tak boleh cerita panjang.Biar sahaja aku simpan dalam hati. Semoga Allah maseh membenarkan abah untuk tersenyum bersama anak-anak nya.Amin. Tentang kehidupan personal, tak banyak yang menarek.Post di FB semua suram sesuram hati di dalam.Mana lah boleh buat aku rasa gembira sejak mama pergi 3 bulan lepas.kemudian abah sakit begini.Sesak rasa ruang nafas. Cuma hari tu, pagi 29 May, aku baru bangun tidor bila seharian menguruskan abah masok ke ICU.Someone called me.Aku memang not in mood untuk berteka-teki siapa di hujung talian.im your friend, he said.Yela siapa?Tanya aku dengan nada dah nak maki orang.Still taknak bagitao nama dan aku cut the line.Dia mendail lagi dan adik pick up the call.then adik passed my hp to me.Nah, dia. The person yang aku telah buang jaoh dari memori aku, datang unexpectedly.Aku terdiam.Dia mengajak aku breakfast dan kami berbual kosong di Gulam Rasul.Lebih banyak bersembang pasal arwah mama, sakit abah, kerjaya masing-masing, life masing-masing.Thats all. Serius.Terkejut pada mula.Tapi pada aku, everything was over.Aku terima sebagai kawan.No more heart feeling.Kerana hati aku, seluruh hati aku kepunyaan Zahari Saari.

May 12, 2012

Hari-hari saya, without mama.

Aku bercuti 5 hari minggu ni.Hmm, still sama.Tak keluar ke mana duduk rumah.Menjaga abah yang sudah kehilangan hari-hari girang nya.Sakit abah datang balik, Myasthenia Gravis.Itu nama saintifik penyakit yang abah ada, bila orang bertanya, aku katakan sahaja nama sakit tu, tapi penyakit tu unfamilliar.Tak ramai tahu jadi susah nak terangkan sakit apa, unless kau google di internet.Ia lebih berkaitan dengan muscle weakness.Sampai susah nak bukak mata, susah nak mengunyah dan menelan makanan pepejal, susah nak bergerak, in others word. Hati penat, sumpah.Bukan aku mengeloh jaoh sekali berasa dendam dengan takdir Tuhan, tapi berasa begitu penat.Its too long, hati dihenyak sebak dengan derita sakit Cancer mama dulu.Dari hari pertama aku tahu sakit mama, sampai jatuh terduduk menangis di tepi kedai runcit, sehinggalah aku jatuh rebah di kaki mama di Wad Paliatif Batu Gajah di akhir hayat nya dulu. Kini, hati rasa dilis lagi dengan keadaan abah yang sudah tidak sekuat mana.Air mata, tidak lalu keluar lagi.Seperti ais yang membeku pejal di dalam.Setiap hari cuba masak sesedap yang mungkin, mungkin tidak sehebat air tangan mama, dengan harapan membuka kudrat abah untuk menelan walao sesuap nasi but he is not able to do that. Tuhan, maha hebat sekali lagi ujian yang Engkau kirimkan buat aku dan adik-beradik. Pidot akan berkonvo esok, 14hb May.Aku tidak pergi sebab kerja.Begitu juga Along.Abah apatah lagi.Hope that she will be strong.Aku tahu bagaimana rasa nya keluar dari dewan konvo, melihat orang lain menjerit gembira dikelilingi ahli keluarga.Tapi everyone was not there ketika itu.Jadi aku teros ke bahagian buffet.Makan kuih dan minum air teh yang sudah suam,supaya tidak terlalu rasa kekok dan sebenarnya tidak mahu nampak keseorangan.Aku berjaya dengan drama tu, sebab dalam hati ketika itu tahu, mama baru pulang kimoterapi.Abah tidak lalu.Adik masih belom berduit.Along dengan kerja nya.Konvo still rasa bermakna, sebab semua kudrat perit jerih belajar tidak tidor malam sudah terbayar separuhya.Happy convo, Pidot.Angah selalu sayang kamu, seperti mama yang sayang kita semua.Please take care yourself.

Apr 22, 2012

Ahad yang chill.

Hari ni balik kerja pon dah pagi.Balik mandi, then tidor untill tersedar pukul 2 petang.Cepat-cepat bukak tv sebab satu yang suka tentang Ahad is rancangan Nona di tv3.Suka tengok part wedding, kecantikan dan fesyen.Ala, very mak-mak.Haha. Then pergi laundry.Sambil tunggu laundry pergi makan chicken chop double grill sorang-sorang.Incik Zahari berasa sangat jeles tentang itu sebab dia kerja.After habis makan, lepak di bilik baca majalah sambil makan jajan yang roommate bawak dari hometown dia di Kelantan.Ala, jajan tu selalu aku beli kat kedai cina masa kecik-kecik dulu.Nice.
Aku bila menulis selalu stuck in the middle.Tak macam zaman muda-muda di UiTM dulu.Got many things to write down here, hari-hari update pon ada je story boleh di kongsikan.Bukannya takde story, tap rasa nya rutin lebih kurang sama setiap hati.Kerja, balik kerja get own space, berdating dengan Incik Zahari, then tidor.Esok back to work.Hanging out dengan kawan-kawan pon jarang.Cuti lebih senang di rumah bersama pamili. Aku tengah memujuk incik Zahari untuk pergi ke wedding studiomate awal Jun ni di Melaka.Tak tahu lagi.Kene merengek manja-manja sikit.Haha.My ittle princess pidot pon akan ber konvo di UiTM this May.Ayo, so many event have to attend.Tak tao, tak tao.Haha.But hadiah untuk si pidot tu for sure kene prepare.Hadus. Hurm.Rasa sleepy balik.Shud i go?Heh.
Oh, i nak share di sini.Hati rasa berbunga-bunga bila si dia menghadiahi kasot tinggi color hitam Hush Puppies favorite aku.Dah lama nak tapi baru dapat.Pergi kerja dah tak rasa sakit kaki.Thank you sweetheart.Muah.

Apr 11, 2012

Petang Rabu.Home alone.

Petang ni, home alone.Pidot pergi KL.Aku biarkan dia going out with friends, bagi dia refresh.Aku pernah lalui masa seperti dia, lepas grad tak kerja, duduk rumah jaga abah dan mama yang sedang sakit, walaopon rasa responsible pada pamili tu kuat, tapi dalam hati sedikit sebanyak ada jugak rasa down tengok orang sekeliling sudah lebih dari kita.Dan bukan senang jugak mahu menjaga orang tua, terutama yang sedang sakit dan hilang separuh dari jiwa nya, seperti abah.Aku harap, bukan harap lah, memang mahu Pidot cepat dewasa dan tabah, seperti aku dulu.I've been through everything.Dan aku lupa bagaimana aku boleh sekuat tu dulu.


Almost 1 month mama pergi meninggalkan kami.Bila aku dalam lingkunagan waktu kerja, memang no space untuk teringat perkara yang sudah takde.But once i got time, off duty atao cuti panjang sebegini, masa yang ada tu tak ke lain.Hampir semua benda mengingatkan mama.Cuti ni, buat aku sangat rindu pada mama dan home cooking dia.Sangat rindu.Paling rindu waktu pagi bila bangun tidor.Rindu dengan mama kejutkan aku dari tidur dan suruh basoh muka sebab she already cooked nasi goreng untuk aku.Bila aku tengah breakfast sambil tengok tv, dengar mama bancoh milo untuk aku.How i missed the moment, kaseh-sayang mama.Entah, betapa kosong nya atmosfera di rumah selepas mama pergi.



Abah is not feeling well at this moment.Mungkin abah lebih terasa ketiadaan mama sebab mereka yang selalu jatuh bangun bersama di rumah.Abah selalu cakap, dia rindu untuk having conversation with mama petang-petang hari.Now, aku sedang melihat abah menyiram pokok bunga mama, itu rutin nya setiap petang, after he lost his good listener.Hurm, thats why bila cuti yang ada ni, aku tak ke mana eventhough i missed masa muda aku untuk berada di luar bersama kawan-kawan bila ada kelapangan.Aku mahu bersama abah, memantao aktiviti dia,menjadi pendengar setia cerita hariannya, masak untuk dia dan makesure semua tentang abah in good condition.Walao tak sama sentuhannya macam mama, sekurang-kurangnya aku mahu abah tahu, abah maseh ada kami bersama dia.



Mama dalam kenangan.Selalu.


Selebihnya, aku menjalani rutin harian seperti biasa.

Incik Zahari, always be there for me.Dia yang terdekat mendengar suka duka aku, selepas mama pergi.


Now, kami lebih menghargai each others.Lebih mencari ruang untuk bersama.Semalam aku baru beli cd The Best Collection of Amelina, since dah lama kami cari cd dangdut utnuk layan dalam kereta bila travel ke mana-mana.When he take his sweet time driving, i prefer the void space between us fulfilled with our favorite music.


Others, aku lebih suka temankan dia pergi main badminton dengan kawan-kawan dia.Get involves with his friends.Habis kerja minum ramai-ramai.


Selalu harap, masa tidak mencemburui aku dengan dia, sebagaimana masa yang sangat cemburukan aku dan mama.Hopefully.



Tak tahu nak cakap apa.Permisi.

Mar 24, 2012

Malam yang terlalu panjang.

Pic atas katil aku, bila tengah malam.


1.52am, still awal untuk tidor, as today im working jam 2 petang.So bancoh teh o panas, cecah dengan biskot HupSeng.Sambil tu selak helaian-helaian majalah, yang berbagai, yang memang every month di sponsor oleh Coffee Bean.Aku seorang je dapat, jangan jeles.Haha.So save my bajet, selain dalam bilik aku dah kene provide satu mini kabinet untuk put all the magazines.Dah tinggi menggunung.Thank u Incik Mus.


Hari ni kerja macam biasa.Break makan besar dengan gadis-gadis hotclub di back office, walao kami hot, selera tetap maseh desa.Salah seorang klik bawak rendang kuning ayam.Peh, makan gaol dengan nasi panas, memang tak sedar bos lalu-lalang kulu-kilir kat belakang.Heh.


Then, abah send me mms.Gambar beliao dan mama yang sedang manis tersenyum, berpakaian sedondon.Hurm.Speechless.Tak tahu bagaimana mahu reply.I just reply back-yup, i missed mama as well.Kita semua merindui mama.Kita semua rasa, terlalu rasa kehilangan nya.Be strong abah.Aku tahu, air mata abah mesti bergenang time tni, seperti yang aku selalu curi intai.Hurm.

Then kebetulan time tu, kat tv3 siar video klip lagu Widuri, dari Broery Marantika.Aku pulak sebak.Ini antara lagu yang mama suka.Mama sangat suka karya Broery Marantika.Dan mama memang simpan dvd lagu-lagu Broery.Setiap pagi, mama akan suruh aku pasang the dvd, sebab hanya aku jugak yang suka all the song list dari Broery.yang lain, tak berapa berkenan.Macam abah selalu cakap, lagu Broery lembab sangat.Jenuh nak tunggu habis.Thats why mama pasang pon curi-curi, sometime. Haha.

Ya, kalao boleh, memang satu tulisan ni mahu coret kan mengenai mama.Sebab waktu ini, tertlau kuat rindu pada nya.



Selamat malam mama.

Mar 22, 2012

I'll be ok.

I feel better today, mungkin sudah seminggu pemergian Mama.Sikit-sikit aku sudah boleh terima kenyataan yang pahit ni.

Big thanks to all, yang sudi melayangkan ucapan takziah, tak kira di wall fb, direct to my mobile, atao datang ke rumah menziarahi-pamili members, buddies, office team, orang kampong, sweetheart and so on.

Thank u.

Semalam pulang, sampai sahaja 4.40 petang di Rawang, Incik Zahari sudah tunggu di dalam kereta, di tempat biasa.Therapeutic, apabila dia ada dekat.Itu beza nya dia dengan sesiapa di luar sana walao hanya dengan sebuah senyuman menyambot aku.

Petang semalam, Incik Zahari menemani aku.Janji dia untuk bring back my smile.Kami berjalan, berpimpin tangan berdua, meredah pekan lama Rawang yang sesak dengan kenderaan.Lupa sekejap hati yang sedang berdenyut.

Habis membeli barang-barang, kami bergerak ke Batang Kali untuk have dinner di kedai makan tepi jalan favorite kami berdua.Ikan siakap 3 rasa dan sup tulang, jadi santapan malam semalam.Enjoy the foods, kemudian banyak bercerita pengalaman terakhir bersama mama ketika makan.Dia hanya mendengar, as usual.


Sampai hari ni, incik Zahari ada bersama.Tidak membenarkan void space aku kosong begitu sahaja.Memang aku mahu bersendirian right now tapi tidak mahu berseorangan.Luka belom terubat sepenohnya.



Ditinggal orang yang terlalu penting dalam hidop kau, its very painful.Tapi seperti yang Incik Zahari selalu pesan, sekurang-kurangnya, aku maseh ada orang penting yang lain, yang maseh mahu aku move on.



Dont worry.I'll be ok =)

Mar 21, 2012

Mama, i love u, eternity.

21 March.Aku kembali pulang untuk sambong kerja, lusa.

Its not easy, untuk tinggalkan rumah kali ni.Tak sama selama 25 tahon aku away dari pamili.Tak sama macam aku balik pulang ke MRSM setiap hujung minggu dulu.Tak sama macam aku balik pulang ke UiTM setiap kali bukak semester baru.Tak sama macam mula-mula aku masok kerja pada Ramadhan pertama 2 tahon lepas.Sebab, kali ni aku tidak dihantar sampai ke pintu oleh mama, oleh senyuman beliao, oleh semangat beliao.i missed that, terribly.


After 5 hari mama bersemadi di alam sana, baru tadi air mata aku keluar semula.Its hurt.Dan sudah aku tak mampu seka lagi.Mana lah mampu untuk aku tinggalkan abah seorang di rumah, yang segenap ruang mengingatkan kami pada arwah.


Dalam tempoh terdekat ni, memang semua yang aku buat remind me of mama.Setiap ngomelan mama like pita rakaman yang berputar semula.Lap dapor lepas masak, susun pinggan kat sini, susun mangkok camni, teh biar banyak, susu ikot secukup rasa, letak penyapu belakang pintu, ikan masen letak dalam tupperware, tak berbao satu peti ais, sidai baju ikot jenis.jangan mandi lambat sangat.Bawak motor jangan laju.Pergi kerja jangan tak makan.Too much to write down here.Banyak sangat bebelan dia, yang dulu tidak selekat mana di telinga, tapi hari ni rasa begitu dekat.


Waktu menjaga mama di hospital detik yang terlalu precious pada aku.Teros tersemat dalam memori.Malam sebelom mama pergi, she asked me to bring her home.Mama cakap pada kami berkali-kali dari pagi sampai tengah malam.Mama nak mandi.Mama nak balik rumah.Aku tak tahu, yang itu last hint dari mama yang dia akan pulang teros ke rumah asalnya, di sisi Si Pencipta.Since aku jaga mama dari pukul 3 pagi tu, sampai lah mama pergi menyahut seruan Ilahi, mama sudah tidak bercakap dengan aku.Terlalu menyedihkan bila kau sudah hilang seorang kawan yang menjadi pendengar setia kepada setiap cerita bodoh kau, before.


Dan pagi sebelom mama pergi, aku sempat bersihkan diri mama.Itu detik terakhir aku membelai mama, sebelom aku hilang belaian seorang ibu, sampai bila-bila................Air mata, tolong jangan deras keluar.Aku dalam train.


And till, 2.35pm, 15 March 2012, mama pergi meninggalkan kami.Pergi meninggalkan semua kenangan bersama kami.Aku hanya mampu menangis sampai terduduk di kaki mama yang sudah kaku. Its really hurt.





Mama,I love u.

Terima kaseh untuk kaseh sayang mama selama 25 tahon dengan Angah.Terima kaseh kerana mengajar Angah untuk mencintai, kembali.


May mama rest in peace in the arms of Allah SWT.Amin.




4.36pm.In ETS train.

Feb 28, 2012

Terukir di Bintang

Sedang bancoh teh o lipton panas.Baru lepas makan koew tiao daging abang Kelantan, juga.Muka tak gorgeous tapi air tangan dia, sehari tak rasa, rasa libang-libu.Heh.


Yeah, aku kembali menulis.Its been long tidak berada di sini.Tak tahu kenapa lama tak menulis.Mungkin less time.Lepas balik kerja, lebih senang take my own sweet time dengan perkara lain.Sometime spending my time with Incik Zahari kesayangan saya.Kami juga kesuntukan masa bersama, due to masa ekrja yang tak sama.Haih, boring.







Hurm, still remember with Mus? Jejaka Coffee Bean, berlesong pipit di pipi, hitam manis, badan tegap like bad boy, dan bercakap kasar with anyone, but he treat me nicely dan sweet.Lately ni, i know dia dan aku seperti ada gap.Jurang.Mungkin hati nya di dalam sudah ter cuit, sudah rasa denyut sakit nya, bila recently, Incik Zahari banyak menjenguk aku di tempat kerja dan pick up me from there untuk break bersama.Then we passed by the Coffee Bean dan drama pon bermula.Hurm, Mus ber hak dengan apa yang dia rasa.Berhak untuk rasa diketepikan, berhak rasa untuk menjaohkan diri dari aku, berhak untuk rasa cuka bila gula yang dicurah.Itu hati dia.Dan bukannya aku tidak pernah berada dalam kasot nya.Aku jugak pernah jatuh sayang pada orang yang sudah kepunyaan orang.Dan tak tahu mengapa hati maseh tak ber ganjak, teros ber harap walao tak mampu melalui situasi yang menduga hati.Sudah cukup faham.Tapi apalah mampu aku kata kan? Aku tak berkudrat untuk membantu hati dia duduk diam, selesa.Sebab aku sendiri sedang struggle untuk hubungan aku.Sedang membina batu-bata melengkapkan hubungan yang separa siap.Mungkin tak sampai separa pon.Hope that he will be okay, dan sebenar nya late ly hati aku jugak ber denyut sakit bila all this happen.Serius, aku rasa berat? Tuhan.Tolong lah.beri yang terbaik.Dan jangan ada satu pon antara kami yang ter luka.Amin.



Okey.


Cerita lain? Takmo sedeh-sedeh la.







Kerja so far okey.Still busy train my new staff.Tadi my klik said that my name already in list untuk train as assistant Duty Manager.Happy to hear that.





I just harap kesihatan mama dan abah yang jaoh dari mata sentiasa baik dalam lindunganNya.I missed them so much.Pagi esok nak call, tak sabar.






Last but not least, dedicate this song to all my sweethearts.Terukir di Bintang-Yuna.Thank u for being here, share the story of mine.


Good night.

Feb 18, 2012

Cintamu kembang mekar di hati.

Habis kerja lewat malam.Balik, bersihkan diri, sembahyang Ishak dan duduk online di atas katil sambil layan lagu-lagu inggeris kegemaran aku dari-Brayan Adam, Creed, Coldplace, U2, The Police, Bad Company dan lain-lain.I do the same routine everyday dan tak dapat nafikan, the loneliness starts killing me.Rasa macam nak kahwin, at least someone will accompany me dan berkongsi setiap inci pasal kehidupan seharian aku sebelom tidor.
Balik kerja tadi, sempat singgah menjenguk incik Zahari di staff canteen.Dia sedang layan bola sorang-sorang.Aku suka kami begini.Jarang jumpa, bila aku hilang dia sms, dan berjumpa.Cakap light talk sahaja.Dah penat lah nak kesah orang yang try to interrupt our relationship.Meminjam kata seorang kawan, kerja kita hanya berbalik kepada tempat asal cinta itu.Dan tempat nya hanya satu.Kepada Nya kita berserah selepas jenuh berusaha.
Hati aku semalam, sedikit kembang mekar.Kerana Tuhan mencipta ruang untuk aku bawa Incik Zahari berjumpa abah dan mama.Kebetulan semua nya ada di wad mama, jadi i just ask him to pick up me from there dan berkesempatan berjumpa mama dan abah.It was first time aku perkenalkan special person kepada mereka.Sebab aku rasa yakin dengan perasaan aku.Entah, i dont know.Tapi naluri itu hadir.Dan rasa sungguh kelakar bila abang datang just pakai kain pelikat dan tshirt.Dia cakap kat abah, lepas maghrib tadi teros shoot ke Batu Gajah.Heh.
Hari ni, back to work.Sekurang-kurangnya, bila melihat mama dan abah sedikit sehat, lalu makan, boleh gelak dan tersenyum, lalu bangun, sudah buka hati aku, sudah beri kekuatan untuk aku bekerja di sini.Dan semoga aku boleh lihat situasi tu selalu.
And big thanks to my everdearest friends, Zabrina dan Kak Anis sebab sudi datang all the way dari KL untuk stay dengan aku dan melawat mama dan abah.Jumpa mereka really rasa nak melompat ke langit.I missed to pillow talk with them.
Okey.Sudah pukul 2.22 pagi.Nice number.Wanna sms Incik Zahari for goodnight message then going to sleep.
Good night everyone.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.InsyaAllah.