May 12, 2012

Hari-hari saya, without mama.

Aku bercuti 5 hari minggu ni.Hmm, still sama.Tak keluar ke mana duduk rumah.Menjaga abah yang sudah kehilangan hari-hari girang nya.Sakit abah datang balik, Myasthenia Gravis.Itu nama saintifik penyakit yang abah ada, bila orang bertanya, aku katakan sahaja nama sakit tu, tapi penyakit tu unfamilliar.Tak ramai tahu jadi susah nak terangkan sakit apa, unless kau google di internet.Ia lebih berkaitan dengan muscle weakness.Sampai susah nak bukak mata, susah nak mengunyah dan menelan makanan pepejal, susah nak bergerak, in others word. Hati penat, sumpah.Bukan aku mengeloh jaoh sekali berasa dendam dengan takdir Tuhan, tapi berasa begitu penat.Its too long, hati dihenyak sebak dengan derita sakit Cancer mama dulu.Dari hari pertama aku tahu sakit mama, sampai jatuh terduduk menangis di tepi kedai runcit, sehinggalah aku jatuh rebah di kaki mama di Wad Paliatif Batu Gajah di akhir hayat nya dulu. Kini, hati rasa dilis lagi dengan keadaan abah yang sudah tidak sekuat mana.Air mata, tidak lalu keluar lagi.Seperti ais yang membeku pejal di dalam.Setiap hari cuba masak sesedap yang mungkin, mungkin tidak sehebat air tangan mama, dengan harapan membuka kudrat abah untuk menelan walao sesuap nasi but he is not able to do that. Tuhan, maha hebat sekali lagi ujian yang Engkau kirimkan buat aku dan adik-beradik. Pidot akan berkonvo esok, 14hb May.Aku tidak pergi sebab kerja.Begitu juga Along.Abah apatah lagi.Hope that she will be strong.Aku tahu bagaimana rasa nya keluar dari dewan konvo, melihat orang lain menjerit gembira dikelilingi ahli keluarga.Tapi everyone was not there ketika itu.Jadi aku teros ke bahagian buffet.Makan kuih dan minum air teh yang sudah suam,supaya tidak terlalu rasa kekok dan sebenarnya tidak mahu nampak keseorangan.Aku berjaya dengan drama tu, sebab dalam hati ketika itu tahu, mama baru pulang kimoterapi.Abah tidak lalu.Adik masih belom berduit.Along dengan kerja nya.Konvo still rasa bermakna, sebab semua kudrat perit jerih belajar tidak tidor malam sudah terbayar separuhya.Happy convo, Pidot.Angah selalu sayang kamu, seperti mama yang sayang kita semua.Please take care yourself.

1 comment:

  1. AnonymousMay 18, 2012

    semoga terus kuat mengharungi hari2 mendatang dear...ALLAH sntiasa ada untuk kita mengadu rasa....kuatkn semangatmu dik....

    ReplyDelete