malam semalam

Malam semalam layan lagu ni berulang-ulang sampai pukul 2 pagi.Cant take my eyes off u.Aku dengar lagu versi MUSE sebab versi Frankie Valli aku tak simpan dalam playlist.

Lagu ni so romantik.

Terpikir-pikir nak bagi pada siapa lagu ini.Haha.

Taucu Janda Baik

Satu kenangan manis kat Janda Baik ialah taucu dia best.Tak sia-sia seducing chef kat penginapan di sana, dapat bawak balik taucu banyak-banyak.Hehe.

Lelaki veteran vs lelaki muda

Lelaki muda dan lelaki veteran macam langit dan bumi.Tiada penafian terutama dari segi how they approach a person terutamanya gadis.

Statement ni berdasar pada experience aku sendiri around these days.

Ada 2 peminat (can i call them peminat?haha) mahu berkawan dengan aku.Yang seorang veteran, around 50.Yang seorang lagi i think around 23 like that lah.Tak sempat nak bersoreh.

Aku cerita dululah pasal anak muda ni yang mahu mintak nombor phone aku ni.Dia yang mahu kenal aku tapi panggil-panggil aku datang kepada dia yang sedang lepak dengan geng. Aku boleh nampak situasi di situ, mesti dia akan rasa hot seperti Remy Ishak if aku datang kepada dia in front of his friends yang ada. Lelaki muda memang sukakan perhatian. Haha. Tapi aku rasa dia tak tahu camne mahu mulakan perkenalan dengan gadis.Stop doing that thing.Perempuan tak suka bila kamu buat mereka rasa seperti mereka yang terhegeh-hegeh.Kene gentle sikitla.He supposed datang sendiri jumpa aku, dan boleh mintak direct.Takla nampak kebudak-budakan sangat kan? (tapi sorryla, memang takkan bagi.)

Okey.Yang veteran ni aku suka cara beliao.He knows that he is 'somebody'.So, memang perlu jaga standart dia jugak. But, untuk dia bersembang dan berjumpa secara private dengan aku memang susah jugak. Jadi, beliao mencari oppurtunity dan alasan yang nampak relevan dengan mengajak aku duduk berdua di sebuah table untuk berbincang some work dengan beliao kononnya. Jadi, we can have our talk for a while and get to know each others.Secara tak langsong je kan?

Dekat sini bukanlah nak show off dengan bangganya cerita aku ada peminat.Tapi sebenarnya cerita aku ni boleh dikaitkan jugak dengan cerita kenapa Zizie Ezatte memilih Bung Mokhtar berbanding para lelaki kacak lain yang 10 kali ganda lagi hensem mungkin.Its not only about material.Pendapat akulah.

Nota kaki: Tapi, setakat ni belom terpikir lagi mahu ikot jejak langkah Zizie.Hahaha.

Cindarella

Jam melewati ke pukul 12 malam.Tapi aku maseh seronok lepak mapley ngan seorang lelaki kacak di mamak.Tadi layan TERJAH kat tv3, teros lupa nak balik.

Tapi, alarm handphone Nokia aku yang murah ni tiba-tiba bunyik masa jam 12 malam.Alamak, habislah aku.Rupa aku yang macam Rozita Che' Wan ni mesti berubah kembali kepada yang asal.Mesti lelaki kacak ni dah taknak lepak minom kopi panas dan makan roti pisang ngn aku kat mamak lagi selepas ni.

Jadi, sebelom apa-apa transformasi berlaku, aku chow, start skuter EGO aku cepat-cepat.Tapi, masa nak blah tu, sebelah sport shoe NIKE aku tertanggal.Entahla, kebetulan kot nak dijadikan cerita.

Aku tak sempat nak sarung balik jadi biar camtu jek.Hope lelaki kacak tu akan cari aku kat blok flat aku nanti dan pulangkan segera sebelah kasot tu.

..........................................................................................................................................................................


Hurm, agak-agak mama terima tak cerita Fairy Tales aku ni sebagai alasan kenapa sebelah kasot sport shoes aku takde ni.Camne aku nak pegi camping kat Janda Baik Jumaat ni? Habislah mama bising.