Aug 30, 2010

Hari Merdeka.

Lamanya tak ke sini.Sebab busy bekerja, busy belajar benda baru, busy meng adapt diri dengan environment baru, busy melayan perangai kawan-kawan baru yang memang childish, dan macam-macam lagi.

Laktop pon takde di tangan.Jadi, rasa macam tak dapat dadah jugaklah bila aku rasa sungguh addict mahu menulis di sini.

Hari ni hari merdeka.Takde rasa yang istimewa selain dapat pulang bercuti ke rumah dengan ada duit sendiri di tangan walaopon gaji pertama belom mampu untuk rasa satisfied.At least bolehlah bawak mama pergi ke tesko, beli barang dapur untuk raya, selain beli wallet dia yang dia dah lama tak ganti.

Untuk abah, dia cakap tak payah beli apa-apa.Belikan abah susu chocolate Anlene.Baik untuk tumbesaran hari tua dia.Hahaha.

Tapi, seronok, bila dapat beli something for abah dan mama, biar pon gaji pertama ni, aku tangguhkan dulu mahu sambar handbag Vintage kaler merah yang aku dah admire sangat.Heh.

Hurm, tentang kerja baru ni, its ok. Berjumpa ramai orang yang macam-macam kerenah. Tapi hari-hari rasa malas mahu pergi kerja, sama macam masa aku study dulu, malas mahu pergi ke studio. Jadi, aku rasa memang manusia ni sifat azalinya malas.Tapi buat-buat rajin sebab nak survive.Haha.






Aku tak tahu nak tulis apa lagi.Malas nak menulis panjang-panjang di hari cuti.Heh.

Salam merdeka untuk semua rakyat Malaysia.Jangan lupakan pengorbanan perwira dan pemimpin kita dulu ok =)

Aug 9, 2010

Kenangan ramadhan.

Datangnya dinanti, perginya bakal dirindui.

Ramadhan al-Mubarak.

Aku memang selalu menanti Ramadhan, sebab full of energy, even orang kata Ramadhan ni melepek jer.

Kenangan di bulan Ramadhan sangat banyak.Dan, mostly nya adalah kenangan bersama kawan-kawan sebab since aku umur 13, aku dah berpuasa jaoh dari pamili.Tapi kenangan berpuasa masa kecik-kecik di rumah bersama pamili adalah great time yang aku missed sampai hari ni. Selalu kalao bukak puasa, laok wajib yang mesti ada adalah telor masin.Then pemanisnya adalah kuih lopis.Kalao kamu nak tahu, kuih lopis ni kuih pulut yang warna hijau tu, dimakan dengan air gula hitam.Mama suka buat kuih tu.Ah, nak puasa kat rumah =(

Hurm.

Kenangan di bulan puasa yang lain, banyak.Masa kat MRSM, itu adalah unforgettable memories, bila mana seronok dapat berbuka puasa ramai-ramai di dewan selera, tambah-tambah itu adalah the last moment yang ada before we seperate our way selepas habis SPM.Saat paling sweet, apabila dapat meng usha the one yang kita admire masa kat sekolah tu sedang berbuka puasa bersama klik dia.Time tu, kalao dia makan comot pon nampak comel.Euww.Haha.

Then, menyambot puasa di UiTM adalah saat yang paling sweet.Dalam keadaan duit tak berapa nak nampak, mana duit nak beli butter paper lah, mana duit nak xeroc plan lah, tapi alhamdullilah, still lagi boleh bergembira ketika berbuka puasa di studio ramai-ramai. keadaannya still meriah walao dapat beli nasi campur dan kuih seringgit. Air tebu pao orang.Haha.Time tu, dalam pukul 6 petang, mana yang sedang tidor bawah meja, mana yang sedang struggle buat drawing, semuanya bangon dan pakat ramai-ramai pergi pasar ramadhan kat Seksyen 7.Aku dulu takde transport, naik kereta kawan yang ada.Sumbat sampai padat.Kadang-kadang rempit dengan budak lelaki yang ada motor.Haha.

Masa degree, aku sudah duduk di rumah sewa.Lagi happening rasanya.Buat assignment sampai awal pagi dengan keadaan rumah yang hingar bingar dengan aktiviti gosip sekali, then bila dah mengantuk, semua tertidor kat ruang tamu rumah.Sampai masuk waktu bersahur, adalah pulak yang jadi macam mak-mak kejut bersahor.Siap masakkan sardin.Jadilah, makan ngan nasi panas dan kicap.heh.Rindu pulak atmosfera di rumah sewa.

Dan,

Satu memori yang aku sangat rindu masa Ramadhan ni adalah pergi ke pasar Ramadhan seksyen 7 bersama a friend of mine, Incik Faridzol.Jalan sama-sama, di celah manusia yang semuanya tengah rushing nak cari juadah untuk berbuka puasa.Aku mencari murtabak dan some others kuih, beliao mencari kuih kegemarannya iaitu tepung pelita, juga air kelapa laot.Kemudian, kami pergi berbuka puasa di tasik Seksyen 7, yang aku kira, view masa senja sangat beautiful.

I really love that moment.Dan rasanya,akan sentiasa direview apabila Ramadhan datang, tak kira surrounded people and environment aku sudah berubah.

Banyak memories untuk dikenang.Aku rasa kamu jua, kan?

Jadi, untuk semua buddies yang selalu ke blog aku, aku ingin ambik kesempatan ni mengucapkan selamat berpuasa.

Jangan ponteng puasa =)

Aug 5, 2010

Let the flow


Aku rasa bukan aku seorang sahaja, tapi semua yang ada di luar akan tiba satu masa untuk berasa dilema dalam membuat keputusan.

Dulu, aku pernah rasa camni.Serabut dengan keputusan yang aku nak buat.Pada aku, keputusan yang aku buat maybe satisfied aku, tapi tak mungkin pada mata orang, tanggapan orang, it is such a good decision.

Masa aku berada di Bukit Jalil Sports School dulu, aku buat keputusan nak blah dari sana walaopon how struggle aku sebelom tu untuk melayakkan diri masuk ke sekolah yang menjadi idaman budak -budak sport time tu.

Tapi aku still nekad dengan keputusan aku walaopon abah mama a bit frustrated.Satunya sebab dulu aku yang mahu jadi atlit.When the oppurtunity comes, aku macam tak grab the chances.Tapi aku rasa berbaloi gak, sebab after that aku lebih concentrate on PMR and got straight A.Dapat masuk MRSM.

Aku kira, itu hikmah yang ada.

Aku hanya mengikot kata hati, walao orang cakap mati.Mati, tanggonglah sendiri kan?

Dan sekarang.Sekali lagi aku buat keputusan yang surrounded people kata aku ni a bit dull, and wasted. Aku rasa, aku sudah tidak mahu terlibat officially dalam Landscape Architecture, walaopon 5 tahon aku belajar dalam bidang ni sampai tak tidor malam, and so on.

Aku bukan tak sayang.Sebab its part of my soul.Dulu pon dalam kad kuning sekolah rendah aku tulis ambition nak jadi arkitek (selain pramugari dan pelakon.Haha).And now,the way is already depan mata.Cuma aku pulak yang hilang keghairahan pada this filed.

Kenapa ntah.

Dan aku tao, sekali lagi mama dan abah rasa frustrated sebab aku tak kejar ambition aku.Aku tak boleh nak cakap apa.Desire tu takde.

Memang betul, people changes.

Dan hari ni tadi, aku pergi interview untuk position Front Office Hotel.Macam yang aku cakap, people keep asking kenapa mahu apply kerja yang tak related langsong dengan qualification aku?

Aku tak kata mahu duduk di kerusi FO sampai bila-bila.Tapi, aku tak tahu kenapa mahu mencuba position ni? Mahu explore something new.Aku goreng itu jeh tadi.

Tapi, habis interview, aku jadi stress sekejap bila mereka seems like said that i dunno what i want in this life.Always jumping from one place to another place.

Hurm.

I just let the flow, mengikot rasa hati, because life is unexpected.Dulu, aku planned lain.Tapi sekarang jadi lain.So, aku malas nak letak teori dalam meng construct hal hidop.

So, tak payah banyak bunyik.Biar aku determine jalan hidop aku sendiri.

Rezeki ada di mana-mana.

Tapi sebelom mendapat yang lebih baik, mungkin kita kene struggle sikit.Dan jangan berhenti berdoa.

So, gudluck for me, for my new life =)

Aug 4, 2010