Aug 30, 2010

Hari Merdeka.

Lamanya tak ke sini.Sebab busy bekerja, busy belajar benda baru, busy meng adapt diri dengan environment baru, busy melayan perangai kawan-kawan baru yang memang childish, dan macam-macam lagi.

Laktop pon takde di tangan.Jadi, rasa macam tak dapat dadah jugaklah bila aku rasa sungguh addict mahu menulis di sini.

Hari ni hari merdeka.Takde rasa yang istimewa selain dapat pulang bercuti ke rumah dengan ada duit sendiri di tangan walaopon gaji pertama belom mampu untuk rasa satisfied.At least bolehlah bawak mama pergi ke tesko, beli barang dapur untuk raya, selain beli wallet dia yang dia dah lama tak ganti.

Untuk abah, dia cakap tak payah beli apa-apa.Belikan abah susu chocolate Anlene.Baik untuk tumbesaran hari tua dia.Hahaha.

Tapi, seronok, bila dapat beli something for abah dan mama, biar pon gaji pertama ni, aku tangguhkan dulu mahu sambar handbag Vintage kaler merah yang aku dah admire sangat.Heh.

Hurm, tentang kerja baru ni, its ok. Berjumpa ramai orang yang macam-macam kerenah. Tapi hari-hari rasa malas mahu pergi kerja, sama macam masa aku study dulu, malas mahu pergi ke studio. Jadi, aku rasa memang manusia ni sifat azalinya malas.Tapi buat-buat rajin sebab nak survive.Haha.






Aku tak tahu nak tulis apa lagi.Malas nak menulis panjang-panjang di hari cuti.Heh.

Salam merdeka untuk semua rakyat Malaysia.Jangan lupakan pengorbanan perwira dan pemimpin kita dulu ok =)

2 comments: