Dec 31, 2009

Happy

Jarang aku happy pagi-pagi.Tapi hari ini minum teh panas di awal pagi dengan rasa cool.Tak rasa unsettled seperti selalu.

tahon baru saya.


Berbual panjang di telefon sambil memandang gerhana bulan di awal pagi tahon baru.Apakah yang lebih awesome selain itu?

Picca

Picca ni i cilok dari blog Sue Anna Joe.I suka sangat dengan meaning pada gambar ni.Bring back memory for those yang menatap.Dan, of coarse la i teringat memori masa zaman sekolah i jugak.

I banyak kenangan kat sekolah.Hari tu pon masa i bosan kat rumah, i baca balik all the old diaries masa sekolah, surat-surat i dengan kawan-kawan baik dan cebisan-cebisan kertas yang i dan some of friends dalam kelas chats masa malas nak belajar dulu. Rindu nak pakai uniform sekolah!

I kat sekolah dulu tak tao nak categorized dalam golongan mana.Nak kata i nerd,tak jugak tapi setiap kali exam i akan studi tanpa menghirao orang bergusip di telinga i.Cume kalo dorang bukak cite pasal orang yang i minat, sure i dah malas nak bukak buku.Haha.

Nak cite kenangan zaman sekolah memang banyak.I dah tak larat sebab sekarang pon da oredy kol 4 pagi.I saje menghabiskan pagi tahon baru kat sini.Tak tao nak merepek ape. Apepon, the bittersweet of highschool sesuatu yang takleh lupa.

I rindu semua kawan-kawan lama.Kalo kawen jangan lupa jempot i.Air sirap orang kawen best!

Happy new year semua.

Love..

Malam tahon baru aku tak pegi mana, tak keluar langsong dan hanya bersendirian di dalam bilik membaca tulisan blogger lain.Rasa lebih tenang dari berada di luar yang congested dengan manusia yang excited tentang tahon yang berubah.

(Tahon memang berubah.Tapi, diri kita kadang-kadang susah untuk buat perubahan.Kan?)

Soalan tu sendiri jawablah.

Malam tahon baru ni aku sekadar dapat satu SMS ucapan selamat tahon baru dari somebody yang pernah aku suka masa tahon 2008 kalao tak silap.Ingat jugak dia pada aku sedangkan aku dah tak ingat dia langsong.Haha.Anyway,thanks.

Satu hari ni girl's day out.Penat sunggoh sebab hari ni panas.Aku keluar dengan mama, Pidot, Kak Intan dan our prince Demok Darwish.Outing ke Telok Intan.Selepas settle hal Pidot, kitorang pegi shopping barang dia pulak.Dia nak daftar UiTM this Saturday.Congrate to her.Masa shopping kasot, aku berjaya mengepao dia belanja aku heels.Sebab next 2 week aku ada majlis konvokesyen di Bukit Merah LakeTown Resort.Boleh melaram.Hehe.

Lunch hour, pegi makan kat Mastan Ghani.Satu sebab aku suka Telok Intan adalah this place mewah dengan Traditional Malaysian Foods. Before pekene mee rebus di Mastan Ghani, kitorang singgah beli apam balik kat tepi jalan.Bought for abah sebab itu favorite beliao.Then, baru pegi makan.Best gilerrr dapat makan mee rebus.Haih,Teringat Incik Midi bila ke sini =)

Selepas tu teros pulang sebab Demok Darwish da meragam.Masa on the way balik maseh sempat singgah beli air kelapa kat tepi jalan. Nice.Kebetulan pulak ade jual kuih bom pisang, pisang goreng, cempedak goreng and so on.Oh, delicious.Aku suka jalan-jalan begini.Makan jekkkk =)

Sampai di rumah, relakss jap sebab malam Along nak buat bbq kambing. But sadly, hari hujan dan kayu api yang kitorang dah bakar masa petang dah basah.So, bakar dalam microwave jek...Hahaha.

Apepon, rasa enjoy hari ni.Dapat spending my quality time ngn pamili satu hari suntuk.Tak selalu berpeluang begini masa belajar dulu =)





Dec 27, 2009

Looking forward

2010.Tidak sabar ke Tahon Baru.Banyak agenda nak set up balik.

Untuk agenda kewangan dan keje adalah mahu find out keje dan bekerja dengan tekon.Dapat gaji mahu bayar hutang PTPTN, bayar hutang kawan-kawan (hahaha), dan belanja diri sendiri pegi holiday.(dan mungkin kene simpan sikit untuk beli kereta idaman).

Untuk agenda kehidupan, owh, hanya mahu berasa enjoy bersama mereka yang disayangi.No more tears.Saya sudah tidak mahu menjaga hati orang sebab hati saya sendiri perlu dijaga dulu. Tapi, di dalam hati sedikit berasa ada taman sebab tahon ni juga sudah genap tahon ke3 saya kenal somebody yang sedikit saya adored dalam diam.Tapi tidak mahu menulis apa-apa, sebab hidop kita selalu ada drama. Jangan suka menulis skrip sehingga abes =)

Selebihnya, mahu jadi yang lebih baik. Tak kisah tak hot, tapi biar ada attitude.Kan?

Dec 23, 2009

hai lelaki.

Perempuan,Bila hatinya kacao, orang cakap PMS.Lelaki, bila hatinya meracao, kitorang nak cakap pe?

rindu

rindu.tentang seseorang.(apasal orang tua tu tidor awal,tak boleh nak cerita i tgh lapar double cheese bege).

Dec 21, 2009

Bestfriend


Persoalan aku di FB malam semalam adalah: Ape nak buat kalao bestfriend kamu proposed kamu tiba-tiba macam dalam cerita AWAN DANIA.(suka terpengaroh).Tapi rakyat Malaysia memberi respond yang baik kepada persoalan ni semalam.Thanks u ols =)

Kalo aku di situasi Awan Dania, memang pecah kepala jugak nak pikir.Diluah mati emak, ditelan mati bapak.(betoike peribahasa aku ni?).Bukan pe, aku pernah alami situasi ni. Bercinta dan berskandal dengan kawan baik sendiri sebelom ni.Tapi, bila jodoh takde, dan berlaku krisis, the friendship was over macam tu je.

Sayang kan?

Tapi, memang agak fun kalao bercinta dengan kawan baik sendiri sebenarnya. Hubungan tu lebih enjoy pada aku.Kamu sudah mengenali diri masing-masing sekian lama, dan tahu passion dan kekurangan sendiri. Kamu rasa senang nak share ape saje ngan dia, dan tidak perlu menjadi orang lain bila keluar bersama. Dan, seperti bait-bait kata Pretty Zinta dalam filem romantis Kal Ho Naa Ho (sekali lagi terpengaroh),

" ..Every woman hopes that their bestfriend will be their love for entire of life".

Apepon, setiap keputusan ade risiko tersendiri. Kalao aku, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Untuk Awan Dania, pilihlah Bengy tu. Dah la romantik, tough, kaya dan ade kereta mewah.Sambar jek.Tak usah pedulikkan mak Bengy yang mata duitan tu.Nanti lama-lama okla tu kot.Haha.

Jom tengok episod akan datang Awan Dania =)





Bagaimana aku ketika umur 30?

Bagaimana aku ketika umur 30? Bende ni aku terpikir masa melewati blog MS WEED sebelom tidor semalam.Beliao sudah menginjak ke 30, tapi macam umor 20.Hehe.

Kadang-kadang tak sabar jugak nak berada dalam zone 30. Tak tahulah time tu aku camane. Cant imagine sebenarnye.

Yang pertama sekali, tak tahulah aku dah kawen ke belom time tu. Kalao nak ikotkan hati aku yang choosy sangat buat masa ni, memang rasenye susah nak mendapat yang berkenan kat hati dan yang berkenan kat aku jugak. Mana leh bertepok sebelah tangan jek. Nak idop bersama seumor idop kenela saling fall in love each other kan? Haih.Tak boleh nak cakapla.

Tentang kerjaya pon, still blur.Tak nampak aku akan di mana.Tapi, kalo boleh ketika tu aku sudah mula stabil dengan rutin aku. Weekday bekerja keras dan hari minggu bersama pamili dan kawan-kawan yang disayangi.Typical routine.

Seronok kalao nak transparentkan apa yang aku cuba bayangkan di dalam kepala. Tapi, bak kata orang, tak semua yang kita plan akan kita dapat. Tapi harap-harap di umur 30 adalah comfort zone untuk aku.

Cepatlah masa berlalu.....Hehe.

Rock kapak

Beberapa fakta tentang Rock Kapak.

  • Mengikot kamus aku sendiri, lagu rock kapak diklasifikasikan sebagai lagu-lagu era 80an dan awal 90an dalam genre rock. Ketika zaman tu,trend untuk all the rock singers mesti nak pakai seluar ketat, berjaket kulit, berambot panjang yang mengerbang dan menyanyi terkangkang.Budak-budak BunkFace patot ikot gaya dorang kalao nak nampak stylo..

  • Tak semua minat lagu Rock Kapak especially girls.Aku telah membuat kajian, setakat ni hanya 8 per 10 dari kelompok kawan-kawan perempuan aku yang tao tentang lagu Rock Kapak.Yang lain biasanya prefer lagu The Day You Went Away dari kumpulan M2M, jika keluar karaoke bersama mereka.Itu salah satu sebab kenapa aku suka pegi karaoke dengan rakan-rakan maskulin. Boleh all out bersama mereka nyanyi lagu Medicine- Tika dan Saat Ini.

  • Lagu Rock Kapak biasanya buat orang flashback kisah silam dorang.Selalunya berkaitan cerita yang agak drama masa zaman jadi Belia 4B. Contoh paling terdekat. Iskandar (bukan nama sebenar). Lagu dari kumpulan Gersang- Masih Aku Terasa adalah lagu tema masa beliao frust bercinta dengan seorang awek, seorang kerani sekolah menengah.Beliao frust sebab awek tu bercinta dengan lelaki lain yang lagi kacak, keje bank dan bila keluar dating pakai seluar slack dan berkemeja butang sampai tengkok.

  • Sampai sekarang, takde lagu yang boleh celen lirik lagu rock Kapak yang tulus dan tragis. Bila kamu dengar lirik dia, otomatik kamu bole imagine apa yang cube disampaikan thru the song. Contohnya lagu Kekasihku di Menara Gading- Ukays. Sekali dengar, kamu dah boleh buat plot cerita ngan skrip dia sekali kan?Mungkin kalao sedap karya kamu, bolehlah pergi RTM.Mana tao boleh diterima pakai.

  • Video klip lagu-lagu Rock Kapak kalao kamu perasan mesti nak buat kat tasek Shah Alam. Mungkin nak feel lebih.Konon frust bercinta bawak diri tengok tasek. Jiwang giler.Then, video kilp mesti nak ade awek yang separa cun. Selalunya stok model yang baru nak naik.Model lelaki pulak, rambot still belah tengah, pakai spek mata hitam bulat, dan berkemeja macam baru balik opis. Haha.Tapi itula karakter video klip untuk lagu-lagu Rock Kapak.Layan jugak bila karaoke box. Kan Aiman dan Remy?Haha.



Dec 18, 2009

Obes

My cousin kawen hari ni.Aku sibok cari baju yang konon feminine, glamorous dan nampak sophisticated.Tapi, kenape mostly baju cam dah tak muat.Oh.No.Masalah lama sudah kembali.Cancel makan nasi minyak banyak-banyak.

Dec 17, 2009

Fahrin.Again.





Pagi-pagi dah berangan Fahrin. Apa nak jadi.

Hari yang senang

Bangon pagi.Selalu terbangon sebab Incik Fahrin msg Gud Morning.Lately ni Incik Fahrin nampak sweet.(harap dia tak baca entri ni.Nanti dia perasan).Tanya mama masak ape untuk breakfast? (bertuah punye anak).Selalu mama prepare nasi goreng ngan air nescafe panas. Kalao tidor rumah opah, opah buat kopi panas dan cokodok cempedak.Favorite.

Kemudian bermain dengan Demuk Darwish sampai penat.Dia suka memanjat.Tapi tak tao berdiri lagi. Haiyak.Dah penat main, Demuk nak tido. Terkebil-kebil mata dia tunggu mami dia nyanyi lagu terang Bulan.

"Terang Bulan, Cahaya Nur Ain. Siti Aminah melahirkan Nabi."

Terasa bahagia melihat anak kecil tidor. Then, aku online semula =)

Kemarao Berakhir (tiru ayat Incik Jep)

Aku rasa pemain Vietnam mungkin akan menamatkan kariernya sebagai pemain kebangsaan esok lusa akibat tidak dapat menerima kenyataan Malaysia menang petang ni tadi sebab dorang rasa Malaysia pasukan underdog. Rata-rata antara pemain Vietnam mungkin akan cuba nasib apply kerja lain. Aku syorkan mereka apply jawatan sektor kerajaan.Sebab agak terjamin masa depan selain waktu kerja boleh main Facebook kalao kat opis ada internet free.

Honestly, as rakyat Malaysia dan bekas penyokong pasukan Malaysia yang tegar, aku turut merasa bangga dengan kemenangan pasukan kita menundukkan Vietnam.(Lepas ni aku nak ajak Aiman pergi UpTown cari jersey Malaysia.Cancel beli jersey Manchester United).

Pendapat aku, kemenangan dorang ni boleh dijadikan turning point kepada mentaliti rakyat Malaysia bahawa dorang ni patut diberi lebih peluang dan sokongan untuk membuktikan keupayaan dorang jugak. Aku sendiri sebenarnya dah lama jugak tak amek tao hal bola.Dulu memang tak miss beb tengok bola Malaysia. Kalao korang ajak aku keluar hang out setiap malam Sabtu, memang aku tak free. Selain nak mentap pengkritik Hasbullah Awang yang comel di tv2 tuh, aku memang bersemangat nak menyokong pasukan kegemaran. LIGA MALAYSIA. Mungkin jugak sebenarnya nak menatap pemain kesayangan. Tapi bukan Aidil Zaquan. Haha.

Apepon, this is gud start for our team. Malaysia Boleh!

(agak-agak berapa imbuhan dorang dapat dari FAM tuh?Soalan pertama bermain di kepala bila Malaysia menang.Haha.)


Dec 15, 2009

2010

Tidak sabar menanti kedatangan 2010.Sebab dah mahu meninggalkan 2009 yang sungguh rasa unsecure.Tapi, everything sudah berjaya dilalui.Alhamdullilah.

The first thing yang rase sunggoh satisfied untuk tahon ni ialah berjaya menamatkan studi.Lebih 5 tahon ma bangon pagi rasa tak free.Kihkih. Anyway, bukan semata-mata certification dip dan degree yang dicari, the most valueable things yang aku dapat sepanjang tempoh masa belajar ni ialah my gud time with friends, yang kamu takkan dapat di hari lain =)

Tahon ni juga semua penantian aku berakhir.Memang aku selalu menunggu hari penghujung kepada cerita hati aku yang sunggoh telenovela. Bertahon-tahon mahu ke last episod. Walaopon ending macam filem Sembilu Awie dan Erra, tapi at least aku sudah boleh bebas untuk ke drama lain pulak =)

Bermulanya tahon baru, aku jugak berharap ade sinar baru untuk aku dan beloved pamili.Harap abah akan sihat seperti biasa (oh, sekarang abah da boleh makan nasi.yeay,), Mama teros cemerlang dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita UMNO (haha), Along teros dimurah rezeki bersama wife dan Demok Darwish.(Demok Darwish dah mula pandai kacao maminya online), dan Pidot harap dia berjaya continue her studi untul degree level.(jangan nak bercinta jek).hee.


My Demok Darwish.Sudah nakal.


Untuk aku sendiri, harap dapat kerja secepat mungkin.Sebab mahu join Aiman and FRIENDS ke Singapura.Korang, tunggula aku dapat keje dulu baru g vacation.Heee..Selain tuh, tahon ni of coarse mahu jadi yang lebih baik dari hari semalam. Move on.Takmo layan lagu MEDICINE dah.Haha.



Untuk kawan-kawan, aku doakan yang terbaik untuk kamu semua juga.Go friends!

Dec 13, 2009

L.O.V.E

Having my breakfast with someone special. Mahu selalu rasa perasaan ini.

Studio Life.

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.45 malam.Yang i dengar sekarang hanya bunyik kapal terbang kat langit.Nak pegi mana tak taola.I rasa sekeliling so sunyi.Awal sunggohla opah i ni tidor. Kalao kat rumah flat i kat Shah Alam, time ni i still rasa havoc lagi dengan suara-suara lelaki macho menjerit tengok bola.Kadang-kadang, i pon tak balik rumah lagi time ni.Rindu pulak atmosfera di Shah Alam.Hahaha.

Time ni i rasa rindu atmosfera jam 12 di studio masa zaman final diploma dulu.Pukul 12 tu life begin to chill out.Semua masyarakat di studio baru nak warm up buat keje.Yang i ingat, kawan-kawan i macam chaq baru nak kesat-kesat cermin mata berhabok die, aiman baru nak start bukak lagu dia sambil sketch perspektif dia yang banyak orang katon, akhmar baru nak bawak toiletries dia ke toilet sebab nak facial muka (dan mengajak i untuk temankan.hehe), remy baru nak membuli i dengan menyuruh i menyebot perkataan enthusiastic selain mengajak i kawen kontrak sebab bosan buat design, nani pulak sedang membancoh susu untuk abg jat (patot abg.jat membesar dengan sehat dulu), akmal baru nak trace design dia, ali blur lagi tak tao nak buat ape, dan begitu juga dengan kawan-kawan yang len.

Rindu beb zaman belajar.Baru berapa hari i dah tinggalkan atmosfera student life ,i tp i dah rasa libang-libu.Tak biasa bila malam takde keje.Dreaming. (Dulu maki sangat bila tade masa langsong nak hang out luar dari studio). Tapi, i really missing a part during studio hour masa diploma dulu sbab time degree i banyak spend masa dengan housemate dan hal personal i di luar. (girls boutique 404, rindu u olss).

Anyway, moment paling thrill di studio masa i dikacao oleh bende-bende misteri nusantara.Haha.Time tu yang i pelik, i boleh pegi toilet sorang-sorang around 3 pagi camtu selepas dikacao oleh seorang 'budak kecik' yang berlari-lari di tepi drawing table i masa i tengah trace master plan. Time tu studio lengang sebab the next day ade trip ke Cameron Highlands. Yang ada cuma i, Aboy, Akhmar, dan Mimi.I rasa time tu just mainan perasaan i yang dah lalok buat design.Tapi, masa Aboy send us to college, Aboy cakap die kene kacao ngan sorang budak kecik kat studio tadi. So, tadi tu memang bukan perasaan i la.omg! Banyak lagi bende misteri nusantara yang berlaku masa balik dari studio every early morning.Tapi, we ols redah jela.Satu moments yang sunggoh berharge bersama kawan-kawan =)



Precious memory in Fraser Hill.Our big pamili.L.O.V.E.


Impian.(tade keje berangan)

Hai.Nama i Noor Affni Roosli. Tapi orang selalu keliru antara i dengan Julia Ziegler.I pon tak tahu.I minat Fahrin Ahmad.Sebab badan dia sasa, bila naik vespa, mesti best pelok dia.(direct sangat kew?) I single sampai skunk sebab i nak tunggu Fahrin. Tapi kalo dia jadi kawen dengan Scha Alyahya tu, memang i akan kecewa. Tapi apepon, i tetap akan pegi kenduri kawen dorang.Sebelom pegi kenduri kawen dorang tu, i ingat nak already set ringtone hp i lagu pelamen anganku musnah nyanyian penyanyi wanita lama kesukaan i, azie.So, nanti bila i tepung tawar dorang, i nak soh bff i kol i. Biar Fahrin ngan Scha dengar lagu tu.


I suke semua pasal Fahrin. Cara dia minom pon i suke tengok.Kihkih.

Impian i, selain nak masuk sehati berdansa dengan Fahrin, i nak jadi wedding planner. Ni semua terpengaroh dengan cerita Elyana kat Astro tuh.Tapi, sebenarnye masa kecik-kecik dulu i nak jadi arkitek sebab i tak suka design rumah-rumah kat kampung i.I nak ade rumah dengan design i sendiri. Sekarang i dah ade degree dalam Lcape Architecture ( i rase mcm mimpi jek da bes belajar).Tapi, i rase i dah tak minat nak carry on kerjaya dalam bidang ni sebab i dah tanak pressured yang maxima.Cukoplah mase belajar dulu i selalu menangis dalam shower bile tensen design. Sekarang ni i nak cari keje dalam bidang len.Kalo jadi flight asistant ok tak. (akibat banyak tengok cerita Awan Dania).

Hurm. Tadi i pegi kenduri kawen abang kawan sekolah i dulu. Kawan i tu dah ade anak sorang da pon. Dalam hati i tadi jeles sunggoh tapi bila tengok i lagi cute dari dia, i dah tak jeles. I pon hope one day nanti i ade anak sendiri. I rase Fahrin tanak anak ramai sangat kot sebab dia pon always bz. Malam-malam sure dia tak all out sangat.Haha.Tapi, i da ade 3 orang anak pon cukop. Perfect kalo 2 lelaki, sorang je girl. That girl i nak anak bongsu.Nanti 2 abang boleh protect adik bongsu dorang.Dah besar nanti i nak suroh Fahrin train 2 anak i tu main rugby.Nanti i nak design depan banglo i ade padang mini rugby. I tak suka anak i main bola. Sebab i hate pemain bola.Okey, untuk anak perempuan i, i akan ajar dia melukis.Nanti bolela baby girl melukih sambil tengok papa die main rugby ngan abg2 die.Sweet kan?


Ni gambar Fahrin masa kecik.Comelkan? I rase anak we ols nanti demuk cam Fahrin gak.

I rase cam tade ape nak tulih la.Ini jek impian i setakat ni.Oklah.I nak tengok siaran ulangan Sehati Berdansa.Haha.


Ade orang MMS gambar ni kat i untuk menjeleskan i. tapi Fahrin cakap kat i, this girl only mintak bil breakfast die jeh.


Fahrin, u tak pyh pakai that red tshirt untuk membuktikan u single.i trust u lahh.





(akibat obses kepada Fahrin Ahmad 2 3 hari ni)




Tipu sunat

Bende yang paling tak suka bila pergi kenduri kawen di kampong ialah apabila mendengar lagu selamat pengantin baru selain jelak dengan soalan makcik-makcik, "kamu bila lagi?".

Aku jawab senang jek." Tahon depan kalao sampai jodoh".Tapi rasenye dari 3 tahon lepas aku dah cakap camtu. Hahaha.

Dec 9, 2009

My update

Hai hai. Sudah lama tidak di sini.Sebab bz dengan aktiviti UMNO aku selain beristirehat di rumah. Sekarang ni pon tengah tunggu opah buat cokodok pisang.Yeeeehhaaaaaa......

Minggu lepas, 4hb ke 6 hb aku berada di kem dekat area Selama bersama kawan-kawan.Aktiviti paling best ialah main flying fox.Weeeeeeeee.Best gler.Oklah.Sekadar untuk pergi menghiborkan hati =)



19hb till 20hb, aku ade kursus cuppacakes.(dah rase macam suri rumah). Actually start minat ngan cupcackes ni since aku praktikal aritu. One of officemate suka sangat bukak blog2 cupcakes.Then dengan aku terinfluence. Hehe.Now, baru nak berjinak-jinak nak belajar. Mana tao leh wat biznes sendiri one day nanti. Hehe. Aku paling suke tengok blog yg ni. Nyummie.nanti kawan-kawan boleh try jugak k =)

Lain-lain tu jez duduk rumah.Layan Awan Dania.Hikhik.

Dec 8, 2009

Selamat pengantin baru



Selamat Pengantin Baru untuk Mohd Nasril Mat Nourdin.
Everything in memories =)

Nov 28, 2009

Bau-warkah



Penatkan melayan orang yang tengah down.Hahaha.Lagu nak sedih jek.Jiwa nak kacao jek.Hati nak merepek jek.Status nak karat jek.

Aku sarankan, jika berjumpa orang begini, biarkan dorang hidop dengan dunia dorang sekejap.Berape lama kejap tu tak payahlah kira.

They need a space, to breath back.Then, they'll be ok =)


Pesanan: Lagu ni mengingatkan aku kepada beberapa individu.Zabrina.Ina.Anis.Juge Incik Midi.

......Kenduri.

Esok mahu ke kenduri a friend.Kalo ikotkan rajuk hati seorang perempuan yang dah makan hati, memang taknak datang. But his father invite me directly thru hp, so i come.

Sebab aku sayang lebih bapaknye.

Nov 26, 2009

Awesomeness.

Sedang berada di rumah.Hee =) Seronok tapi a bit missing.Rindu kawan-kawan dan life di shah alam.

Hari ni aku layan astro jela.Cover balik malam sehati berdansa yang dah beberapa minggu miss.Oh, ya.Aku supporter kepada couple Zul dan Isma.Pasangan yang loving dan romantis.Hurm, aku rase 2 3 tahun akan datang nanti Sehati Berdansa kehilangan their host la.Sebab i nak ajak Fahrin masuk rancangan ni.Hehe......

Selain tu, aku layan novel, makan...makan...dan makan..haiyak.Musti gemok balik.Tak suka dok rumah sebab mama masak sedap-sedap...Takpe, pas raye diet (tak sure berkesan kew).Haha.

Dan.

Saye rase rindu.Pada yang takde.

Awesomeness.Tidak suke begini.

Nov 24, 2009

last moment












studio life-ill be missin u guys =)
(all the pictures aku snap guna kamera hp nokia 5200.not bad gak kan? hehe)

=)

4am.25th November 2009.Laman Mukabuku.

Menghabiskan ayat-ayat terakhir thesis sambil bercerita mengenai hati dan perasaan bersama Incik Faridzol~berkharisma seperti Adam NurKaseh.

(oh, terlupa delete 4 baris ayat terakhir di atas).

Haha.

Malam sebelom pulang =(





Tempat ni series best bagi mereka yang suke melayan lagu-lagu lama, ol skool soldier. Incik Midi dan Incik Rahimi Darus perlu dibawak lepak ke sini juge bersama kami. But simpati kepada Incik Midi sebab tadi tergerak hati nak text beliao tapi rupenye beliao xcident lagi buat kali ke2.Haih, same pulak kite excident. Anyway, semuge takde ape-ape.Huhu.

To Aiman dan Faridrul, thank u sebab menemani saye makan tadi. Haih, selepas ni dah susah lah nak girls talk dengan u olsss..hahahaha..gosipping sambil melayan lagu-lagu rock kapak.terbaek. Ill be missin u,Aiman and Farid =)

Nov 23, 2009

SEIZE THE DAY



3.09 am. Melayan lagu ini. Aiman, kamu maseh ingat kamu memasang lagu ini dan satu studio sing along lagu ini? Such a gud time we have spend together =)


Damn cold nite

Damn cold nite. Rasa mahu memelok orang.Menyedot sedikit kehangatan.Untuk kekuatan....tapi tiada siapa dekat di sini.

Ah, habiskan ayat chapter 5 tu dulu...sikit je lagi RouslyAffni.

Kawan-kawan lama

Bila berjumpa balik dan dapat talk a lot dengan kawan-kawan lama masa mda-muda dl memang best kan?

Itu yang aku jumpa petang tadi.

Girls talk on FB bersama 2 kawan lame masa Dip dulu, Ika & Nana.Dengan Ika is about 3 years kot tak chat dengan die walaopon kekadang ade jumpe di school. (have some crisis dl but now everything is settled).Ngan Nana lagila lamer.Tak jumpa langsong pulak tu. Last jumpa dia mase melawat die di UiTM Perak dulu, in year 2007, i think.

Kenangan ngan dorang terlalu banyak. But, yang paling kuat aku ingat is menyambot tahon baru 2006 di rumah Nana.Masa tu maseh di part 4 dip.Pamily Nana pegi holiday ke Pulao Pangkor, Nana pulak tanak ikot sebab nak pegi date bersama bf dan friends di malam tahon baru.So, bagi memastikan Nana mencapai cita-citanye, kitorang tidor rumah Nana on that nite supaya pamili Nana assume Nana tak kuar rumah dan spend the New Year with us.Jahat kan ko Nana? Kitorang punyela loser malam tu dok jage rumah ko.hahahaha.Tapi, esoknye best sebab Nana masak nasi lemak for breakfast. I love that time. Girls in kitchen. Tapi aku sorang je tak. Sebab aku dah pegi kedai.So, layan cerita tamil kat depan dan Nana, Mimi dan Ika masak di dapor.


Pic lamer.Naseb still keep in MySpace.Paling atas- Ika, Mimi,aku, Akhmar, Eti & Nana.
Skunk sumer da hot (aku sekali kew?) haha.


Sebenarnye, sebabkan kejadian tu jugak Ika dapat menemukan aku semula dengan dia. (cerita lama, its ok untuk direview).Masa tengah potong2 cabai and so on tu, aku dan Ika chat each others.And when she mention to me that her cousin married one of the Perak player, i was so excited la kan...sebab aku terlost kontek dgn beliao since pas SPM then don know how to find him.So she get me his number from her cousin. lalalalallalalalala. Seminggu pastu kami mula get involve semula untill la break up this year. Sedih kan. Anyway Ika, aku still mahu berterime kaseh pade die sbb get his number back for me time tu=) Even takde jodoh but kenangan-kenangan kawan-kawan support us time tu sunggoh kelakar dan manes untuk dikenang. Seperti kata Nana tadi, " ko gelabah on that first day nak out ngn die sampai datang bilik aku, tanya nak pakai baju ape, pastu rembat handbag aku" Hahahaha. Yang Ika lagila, adeke patot pesan belikan plastik sampah masa date tu? Sunggoh tak sweet beli plastik sampah ketika date.









Antara masa-masa terbaik yang pernah spend bersama. Overnite outing after submission final design part 2 dip, berenam naik kete Akhmar. Time tu singgah beli megi kat 7eleven di BB tapi tak taopon that place is BB. Maseh naif jalan di KL time tu. Lepas belajar urban KL masa part 5 baru tao, owh tempat kami stop tu is BB.Haha.(Nana takde mase ni sbb majuk) Ngee.

Lain kenangan kami tentunye menghabiskan hampir kesemua masa kami as studio-based student di studio. Hubungan sangat akrab macam adik beradik time tu. Makan sama-sama mana yang ade mana yang mampu.Pastu tensen, berclubbing dalam studio. Yang Mimi pegi pasang lagu dangdot dia. Tak urban langsong.Haha.Pastu, untuk lebih high~ Mimi pasang lagu Sudirman ngan Anita Sarawak bercanda di tepian pantai.Lagu tu sunggoh berahi. Dan Mimi sangat suka termasok aku.Haha.


Mandi-manda kat Sg.Gabai.(asal aku baik giler time ni?) Haha.

Waaa...banyak sunggoh kenangan. Nanti ade masa aku review lagi =) Promise.





Nov 22, 2009

Gud start

Aku baru balik seminar finishing school untuk final sem student.Tapi half day jek aku pegi.Sebab kaki aku sakit.Damn sakit, berdenyut sampai aku takleh berdiri lama so aku pegi klinik, cleansing and get the permission letter from the doctor to skip the seminar for evening session and tomorrow.So, balik aku singgah di sini dan sikit lagi mahu tidor.

Dalam seminar tadi, aku tak take note sangat ape yg motivator sampaikan. Sebab aku tengah tahan sakit dan aku terpikir gak kenapa aku accident haritu.Maybe Tuhan nak bagi signal something, mana tao kan? Or give it as lesson.Mana tao ade bende yang aku semakin lalaikan.....dan mungkin di bawah sedar aku, ade make anyone hurt.

I wont hurt anyone. Bagi yang terasa ngan aku, sorry a lot. Takpelah.Dari hari ke hari kite learn something new. So,plz apologize me.

Selepas ni, aku rasa dah patot bukak new chapter. I will try to avoid from talking much about my personal matters (walaopon ini blog aku). Tengokla mood aku nanti.Haha. =)

Hurm, dalam 2 hari ni gak aku kene completekan thesis and will be submit on Wednesday around 10 am. Caiyok kepada diri sendiri. Then, malam tu aku akan nek keretapi ke hometown and of coarse sudah boleh pergi jaoh dari Shah Alam. Bukan aku tak suka tempat jatoh bangon ni, tapi everywhere here will remind me all the sweetest things with friends and my special persons =)

.............................................................................................................................................................

Mood kembali baik.Aku nak tidorlah. Mungkin boleh mimpi Fahrin Ahmad.

Note: Zabrina cakap kat aku, kalo nak mengorat Fahrin kene jadi aktress. Extra pon ok.Asalkan boleh grab the chance jadi heroin dia. Fahrin suke cinta lokasi.Untuk penghayatan lebih.Oh desperate housewife ;p




=)

Selepas ni aku harap aku dapat keje yg aku apply hari tu.Target pertama aku ialah Nicon Camera Digital (untuk permulaan), or ape saje jename sewaktu dengannye.Sebab aku mahu bawak kamera ni untuk percutian ke Melborne bersama my dearest saye.Itu target kedua =)


Cool.Baru hot =)

Nov 21, 2009

drama pagi hari yg cold.

Malam tadi, masa pulang dari menonton theatre, seseorang menunggu aku di hadapan rumah. Aku macam kenal figure.

Dia!!!!

Aku rasa aku terkena renjatan elektrik.Shock!Dan, dia maseh berdiri di hadapan aku dengan gaya tipikal dia yang aku suka dari dulu.Tsyirt kosong, berseluar pendek dan berselipar NIKE. Rambot spike of coarse dilengkapi gel.

Aku tak tahu nak cakap ape.Tapi spontan bertanya, " Ade ape hal?"

Die jawab "Nothing. Saje nak jumpa". Aku cakap " Ok.Jom duduk dulu"

Kami duduk di bawah blok sambil tengok lampu jalan, tengok kete yang sesekali lalu.Hurm. Keadaan awal pagi tu walaopon cold, tapi dalam hati darjah celciusnye tinggi.

" Why u come tonite?"Aku maseh bertanya.
" Nothing"
" Have problem?"
" U.My problem"
" Asal lak?"
" I miss u. Thats my problem"

Aku terasa yang depan aku ni bukan dia.Tapi Domyoji Tsukasa sebab lebih drama.

" Plz go.Don find me yet."
" I cant"
" U can. U have her, ur happiness"
"U have someone rite now?"
"No."
" U still love me kan? U never let anyone replace me, i knoe"

Bodo punye soalan.Cube tanya kenape aku lagi cantik dari perempuan dia?

" So, u come all the way jez to talk this crap?"
" Nope"
" So wat else?"
" im not sure with my decision, my wedding"

..................................................................................tengah pikir ayat ape.

" U've decided it.Jangan pikir banyak."
" i feel like........"
" I will move to Melbourne.Maybe next year." Cuba mengubah tajuk.And of coarse, die sentap.
" u want leave me alone here?"
"sape tinggal sape?"

...................................................................................juge tengah pikir ayat ape.

" dah lewat. u shud go"
" i wont"
" ok.i go.bye"

Tapi tangan aku die tarik.Sebijik adegan Hana Yori Dango.Cume tak hujan jer dan tiade payung as supportive element. Aku bermimpiker?"

" Sorry for what i've done to u."
" Dahla.Im damn tired. Ingat tak penat ke,nak struggle design, pamili matters, hal kawan-kawan yang sucks kadang-kadang, belom lagi campor nak layan perangai laki lain yang 2 kali 5, so plz.don beg me again."

He jez quiet.

"i wish u selamat pengantin baru, and hope u will happy with ur new life.Bye" Aku berlari naik atas.Dan tak memandang ke belakang lagi.Never.



* Agak-agak boleh lawan drama NurKaseh tak plot cerita ni?


my little princess

Bangon pagi ni aku terasa rindu amoi ni.My little princess, Afeda Rously but kat rumah aku dan Along panggil die Pidot walaopon die bahasakan diri Adik. Mama selalu marah aku dan Along sebab tak panggil die adik.Haha. Manje giler.

Die antara kawan baik yang aku ade since zaman childhood. Memang kat rumah selalu bergadoh, dan kalo bergadoh tu besenye aku simpan dalam hati, bertahan tapi die bengang sebab aku tak respond sangat. Haha.Budak kecik kene guna psikologi.

Pidot, aku rasa dia depensive lagi sebab if something happened in our pamili or herself, die akan cepat-cepat cari aku dan Along.Mengadu. Tindakannya mungkin comel sebagai anak bongsu tapi die kene belajar strong like us.

Anyway, im still proud of her, sebab jaoh lebih matang dari kawan-kawan seusia die.Tak suka nak have fun sangat sebab mybe dari kecik abah memang tak lepaskan die keluar berbanding aku yang abah trust 100 percent.(Die selalu jeles tentang ini).

Dulu, masa sekolah aku tak rasa sayang sangat Pidot sebab dia totally different dengan aku.Many things yang buat aku argue dengan dia. But one day, aku pernah terbaca diari die dan time tu baru aku paham kenape die sorok sangat diari dia dari aku.Sebab dia ade menulis tentang aku. Ego.Haha.

She wrote:

" Aku mahu jadi macam Angah.Dia dapat apa yang dia nak.Masuk universiti, perform excellent in her study, got many friends love her, dan has someone yang famous dan hensem."

Time tu aku rase mata aku hangat. Aku tak tao pulak die admire aku. Sebab bila gadoh die selalu cakap aku macam-macam =)


* Dot, yg has someone yang famous dan hensem tu mungkin dah takleh guna pakai.Patot padam sebab skunk your big sister has no one.uhuk.


KLCC

Pagi ni ade yang mengajak hang out ke KLCC.Wow, last aku ke KLCC bile eh? Oh, masa tahon 2007 tak silap, pegi sketch elemen design yang ade kat sana untuk assignment class Construction aku. Haha.Giler berkurun. Aku takde masa yang banyak untuk keluar jaoh dari Shalam, dan mybe tempat tu juga terlalu crowd.Aku tak suka berada dalam kesesakan manusia.Congested =)

Hana Yori Dango


Hai.Hari ni aku rase mode sangat baik untuk menonton siri jepon kegemaran- Hana Yori Dango.Tak taola dah kali ke berapa menonton tapi still rase teruje nak tengok F4 (macam budak sekolah lak minat F4). Heee....

Ini masa yang sangat ditunggu sebelom ni iaitu dapat layan movie Jepon tanpa perlu pikir hal keje, dan layan movie smpai lebam sambil minom kopi panas. Bahagia giler...=)

Kenape aku suke movie ni? Sebab aku suka watak Makino Tsukushi dalam cerite ni yang sunggoh strong heart.(selain faktor kehenseman F4).

Citer die cmni. Makino Tsukushi ni satu-satunye budak yang level lower class la kat high school Eitoku Gakuen, sekolah untuk anak-anak org load dan sekolah ni ditakluki grup femes Flower 4 or F4. Semua ahli F4 ni datang dari pamili yang gilerr kaye la kat Jepon.9macam tak logik citer ni).

Makino Tsukushi

Domyoji Tsukasa. Die ni ketua dan pewaris syarikat Domyoji World Finance Group kat Jepon.Memang kaye giler. Hanazawa Rui pulak juge anak kepada pemilik satu kompeni besar kat Jepon. Nishikado Sojiro, dikatekan seorg playboy dan juge merupakan seorg ketua untuk tea ceremony school dorg, dan Mimasaka Akira, lelaki yang mudah jatuh cinte pada wanita berusia.Hehe. Kalo nak ikotkan attitude dan appearance watak dalam F4 ni, aku suke Hanazawa Rui.Die sangat cool dan suke membaca buku. Dan, yg paling aku suke sebab die ni selalu muncol mase Mikino dalam susah atao senang die. (ciri-ciri yang dicari)..hehe..Tapi, kalo muke, aku suke Mimasaka Akira. Sweet seperti Incik Midi =)

Tagline cerite ni is red notice dari F4. Sape-sape yg dapat Red Notes dari F4 memang malang sebab akan dibelasah oleh ketua F4 and dibuli oleh student yg len.Aku rase kalo bende ni buat kat MRSM dulu, agak interesting gak sebab banyak sket kenangan leh review...hehe...

Domyoji Tsukasa


Hanazawa Rui


Mimasaka Akira


Nishikado Sojiro

Makino terasa terasing dok kat sekolah anak org load tu tapi die jez harap dapat go thru hari-hari die kat sekolah tu quietly tanpe perlu drawing any attention pade diri die. Tapi kisah bermula bila die dapat Red Notice dari F4 sebab berpunca dari tindakan die yg cube nak depend kawan bek die yg nak kene belasah dengan F4. Walaopon die gabra gak tapi die berani berdepan ngn F4 sebab die rase die “tough weed”. Die declares perang ngan F4.Giler macho Makino. Part paling menghayat hati masa Tsukasa pijak udang kegemaran Mikino yang mak n bapak die masak pagi-pagi bute. So, manala Mikino tak bengang nan? Memang patut Tsukasa kene penendang. Time tu satu sekolah tercengang. Lelaki kerek dan bajet hot memang patot kene layan cmtu. (emo). Tapi sebenarnye dalam tempoh berperang tu, die happy sebab dpt peluang get the attention dari crush die Hanazawa Rui yg selalu sokong ape yg die wat.Memang Hanazawa Rui sweet sebab always defend her in any situation. Tp dalam mase yg same pulak, ketua F4 mule jatoh cinte kat Makino tapi die ego. Banyak aksi lucu dan romantik time ni mase die tgh nak mengorat Makino.Weeeee....bunge-bunge cinta i sorang-sorang kat bilik ni..haha.

Babak ni antara yang paling sweet =) Suke tao kalo hujan2 ni.Romantik.Haha.

Oh.Of coarse la babak-babak ni paling best.Ngee..


So, bagi yang ade mase, mari tengok citer ni.

P/s: Ben mesti dah tengok berjuta kali cerita ni. Haha.

sweetheart


Hey budak gemok.Siap mami balik nanti .Mesti nangeh nanti kene gigit.