Jul 20, 2012

Ramadhan.

Ramadhan datang lagi.

Dan tahon ni, air mata menemani malam 1 Ramadhan yang penoh rahmat.

Hati.Rasa bagai melayang di atmosfera.Kerana kenangan setiap Ramadhan aku bukan macam orang lain.Banyak jisim nya ber bekas dengan air mata.


Ramadhan 2 tahon lepas adalah Ramadhan yang terlalu kosong pada aku.Terlalu sedih.Terlalu sayu.Terlalu menghenyak hati di dalam.Sampai bila-bila, denyut nya takkan pergi.

Sehari sebelom puasa, aku meninggalkan rumah.Meninggalkan abah.Meninggalkan mama.Nekad pergi ke Genting untuk bekerja, mencari belanja raya supaya abah mama adik boleh beraya macam orang lain.Tukar langsir baru.Merasa banyak kuih di ruang tamu.Bertukar baju raya.Mahu mereka gembira walao tahon itu, buat pertama kali aku tiada di rumah untuk menyambot datangnya bulan Syawal.

Malam sebelom aku berangkat meninggalkan rumah, mama yang melipat semua pakaian untuk dibawa pergi.Tak banyak baju, sebab sudah lama tak berganti baju ketika tu, sebab duit lebih digunakan untuk perubatan mama dan abah.Sumpah, dalam hati aku cakap, apa yang aku nak pakai kat sana nanti?Tapi aku hanya leka melihat mama melipat semua kain untuk dimasuk dalam bagasi.


Hari aku pergi tu, mama menghantar aku di bus stop kampong.Dari bus stop kampong tu, aku akan ke pekan Kampar, 20 minit perjalanan,dan mengambil bus ekspres ke Kuala Lumpur.Menumpang tidor di rumah Zabrina di Setiawangsa malam nanti.


Di bus stop tu, aku memelok mama.Mama cuba meniup semangat aku yang belom sepenohnya melekat di jasad.Entah.Sungguh aku tak ingat bagaimana aku boleh senekad hari tu, bagaimana aku boleh sekuat hari tu.Bagaimana hati boleh keras sekeras hari tu.Ketika itu mama juga baru baik dari operation Cancer Ovari nya.Maseh lemah tapi mama yang nampak lebih kuat.kuat dari aku yang sehat ketika itu.Itu lah mama.Tak pernah rebah walao ujian daripada Tuhan lebih besar beban nya.

Waktu aku naik bas, yang buat aku lebih menangis di dalam bila Darwish anak Along menangis melihat aku pergi.Dia tak tahu apa-apa tapi dia tak mahu aku naik bas.Pergi hingga tak nampak.Dari tingkap bas, aku nampak mata mama berkaca menghantar aku dari jaoh.


Allah.Tak habis aku menyebot nama Nya, minta atmosfera sedih ni hanya cukup di situ.Kerana aku perlu pergi bekerja.Bukan ber suka ria macam anak muda lain yang hilang jati diri.


Dan, 1 Ramadhan, aku berbuka puasa seorang diri dalam bilik yang aku dapat di Genting.Sayu, bagai pertama kali berbuka puasa di negara orang.


Mama.Abah.Terlalu rindu.Ramadhan meniup rasa rindu dalam hati ni, tapi bagaimana mahu di keluarkan rasa ni, selain tidor dan pejam mata dan bila bangon esok sudah ke tempat kerja lupa sekejap turun naik dada yang rasa sakit setiap kali rasa kehilangan.


Salam Ramadhan untuk semua.

No comments:

Post a Comment