Baru habis makan nasi goreng paprik dengan Incik Zahari.Baru berbaik sebenarnya.Sebab semalam merajuk dengan dia di atas sebab-sebab yang malas aku nak tulis kat sini.Tapi the argument sebenarnya lebih kepada tambah tolak daripada hormon yang tengah tak stabil time period ni.
Sometime, kesian jugak dengan Incik Zahari.Dia jadi mangsa paling utama (without failed) bila zon pms datang sehinggalah zon period berakhir.Dia jadi tempat aku melempiaskan sms-sms yang bagaikan karangan UPSR (lepas perasaan secara literally, haha), takpon membatukan diri bila dia pujuk secara verbally.
Tapi, dia tetap rasioanal.Itulah kejadian lelaki oleh Allah S.W.T sebagai pencipta teragong, yang menjadi pelengkap kepada wanita yang berjiwa kristal macam aku ni.
Seingat aku, Incik Zahari juga pernah ditumbuk oleh aku di atas perasaan yang bergelodak bagai tsunami menggulung Acheh.Tetapi dia tetap memelok aku erat untuk menenangkan aku yang bagai dihasok hantu.Hmm.
Bila all these things happen, aku jadi fobia, aku jadi takot untuk melalui awal bulan.Sebab aku tak mahu jadi se emo dan se drama ini.Dan aku tak mahu menyakiti the person yang aku sayang, but what to do.Emosi hanya pergi kepada lelaki yang paling terdekat dengan aku.Dulu tempatnya abah dan Along.Selalu aku merajuk dengan mereka ketika period.Bila merajuk, aku tak keluar bilik.Refuse untuk keluar makan sampai abah suruh mama memujuk.
Dan bila period ni, the first thing yang aku ingat jugak mesti lah mama dan milo panas nya.Setiap kali period, memang aku collapse.Muntah-muntah macam morning sickness, pening kepala, back pain, dan tak sedar diri, sometime.Untuk melegakan sedikit pain tu, mama bancoh milo panas untuk aku, mama cakap elok untuk perot.
The last moment aku pernah period pain ketika mama ada hayatnya adalah masa perot mama sudah mengeras dan membesar.Mama tak boleh bangon.Tapi mama tak henti panggil nama aku dari luar, dia risaokan aku yang sedang bertarong dengan period pain di dalam bilik.Time tu aku dengar suara mama sayup-sayup menyuruh aku keluar makan lapik perot sebelom aku terlena tak sedar diri sehinggalah terjaga pada pukul 2 pagi.Dan time tu aku lihat mama sudah tertidor.
Semalam, aku tak dapat nak tahan air mata bila perot aku sakit.I wont anything.Hanya mahu milo panas mama.Hanya mahu sentuhan tangan mama menyapu minyak panas di pinggang belakang. Tapi aku tahu, semua tu hanya kenangan yang hidop konkrit dalam hati aku.
Hmm.
Sungguh, aku tak tahu bagaimana mahu aku lontar perasaan rindu yang tak terucap di dalam ni.
Mama.Abah.Berbahagia lah di sana.
No comments:
Post a Comment