Jun 21, 2012

Selepas abah pergi.

Abah, setia menemani mama di akhir hayatnya di Wad Paliatif, Hospital Batu Gajah.



Wad HDU 4B, Hospital Telok Intan.Sayu, 2 hari sebelom abah pergi mengik
ot  jejak mama.


Sudah 5 hari abah pergi menghadap Ilahi, mungkin juga bertemu cinta hati nya, mama, di alam sana. Aku redha, seredha-redha nya.

Sekarang ni, just looking forward.Teroskan kerja walaopon di hari abah meninggal, i got a sms from my good friend di UiTM dulu, cakap mengenai kerja aku yang dikatakan haram.That sms very huting me.Tanpa bertanya khabar aku di rumah bagimana,tanpa mempeduli perasaan aku yang sedang bertarung mengumpul kekuatan untuk menempoh hari-hari yang mendatang, beliao teros shoot aku mengenai halal haram kerja aku dalam satu sms.Maybe aku appriciate dengan usaha dia untuk memperbetulkan hala tuju aku, tapi the way dia menasihati orang, rasa nya patot dilihat balik.Seafdalnya, cara kita menyampaikan dakwah, perlu kene gaya dan adabnya.I think dia perlu belajar bagaimana mahu mendekati orang sebelom menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Mungkin aku bodoh tentang agama, tapi sekurang-kurang nya aku tahu berlaku adap.


Tentang hukum kerja aku di Genting, aku sudah merujuk ke bahagian Fatwa Hal Ehwal Agama Islam.Maseh boleh diteroskan selagi tidak bekerja teros di bahagian yang membekalkan benda haram.Yang penting niat juga.Aku kerja di bahagian hotel,jika mahu ikotkan hukum halal haram, bekerja di bank contohnya,yang mengamalkan sistem riba, menguruskan keluar masok duit yang kita tak tahu apa tujuannya, juga perlu dipertikaikan.Wallahualam


So far, aku maseh mahu bekerja di sini, di dunia kecil aku di atas bukit ni,kerana pada aku sudah selesa dengan team kerja yang sangat-sangat memahami.Semua sudah dirasa bagai adik-beradik.I dont know sampai bila, mungkin sampai Tuhan bukakan hati aku untuk berhijrah ke mana-mana, sama seperti Tuhan juga yang menutup hati aku secara tiba-tiba untuk resign dari sini dulu, setelah aku berjumpa Incik Zahari, pada hari yang sama aku mahu pergi dari kehidupan di sini. Aku percaya, Tuhan telah menyusun hidop aku se kemas-kemas nya, seperti Dia yang menghantar Incik Zahari lebih awal sebelom diambilnya dua kesayangan aku sekaligus.Incik Zahari menjadi pengganti mamada abah, tempat aku menumpang kaseh dan harap.


Aku harap, orang luar dapat memberi aku ruang sendiri untuk menentukan hala tuju aku kerana aku juga percaya, setiap yang dirancang takkan berlaku tanpa kudrat dari Nya.Mungkin mudah untuk kamu cakap itu ini, tapi hanya aku yang tahu jerit perih aku melalui kehidupan seorang diri sebelom ni.Bukan senang.Dan alhamdullilah, aku mampu melalui nya.


Selepas ni, aku mahu menyusun semula hidop yang tunggan-langgang dalam masa 2 tahon ni.Sudah tiba masa fokus untuk diri sendiri dan masa depan. Banyak benda dalam kepala mahu dibuat.Pindah rumah baru, beli kereta, persiapkan diri untuk mengakhiri zmaan bujang jika sampai jodohnya. (tapi mungkin ia agenda yang paling akhir selepas semua agenda yang lain direalisasikan).Aku sudah tiada mama dan abah, juga bukan datang dari pamili yang kaya yang semua benda maseh boleh bergantong pada orang tua.I must be independent afterwards.

InsyaAllah, segala tunjuk ajar dan didikan yang mama dan abah terap dari kecil, akan aku praktikkan dan menjadi reference seumur hidop.Hidop di Genting yang dikatakan tempat berlibur dunia bukanlah tiket untuk aku lalai.No, im not that type person.Aku maseh aku yang dulu.Kerja, kerja, kerja, balik kerja berehat, blogging, makan, tidor dan esok kembali bekerja until cuti dan balik untuk pamili. Sudah tua.Cuma mungkin maseh perlu masa untuk berubah jadi yang lebih baik.Pada aku, apa yang penting adalah membersihkan hati dan rohani, yang menjadi asas untuk segala niat kita.

Semoga selepas ini, perjalanan lebih dipermudahkan.Amin..

5 comments:

  1. afni..aku berdoa sekuat hati supaya ALLAH tabahkan hati ko,lindungi ko n famili supaya korg dpt tempuh semua ni.aku mgkin tak kuat spt ko..aku kagum sgt dgn semgt ko.kalau ada ape2 mslh..bitau aku k.take care afni.

    ReplyDelete
  2. Kepada kawanku, Afni. Walau apa jadi sekalipun, aku harap kau jangan putus asa.

    Begitu juga lumrah hidup kita. Mungkin sekarang ini kita diduga dengan pelbagai ujian. Tapi percayalah setiap benda yang kita lalui ada hikmahnya.

    SABAR DAN TABAH.

    Salam dari IJAT a.k.a. GELORA BIRU

    ReplyDelete
  3. terima kaseh kepada wunny dan jatt.
    yup, aku tabah.
    dugaan sometime mematangkan langkah kita.
    mungkin tak perfect mana, sekurang-kurangnya leads
    aku untuk lebih rasional.

    thank u again.

    ReplyDelete
  4. afnie..sume bnd yg berlaku ada hikmah and ketentuan dari Nya..aku respect coz ko tabah face the thing..n mayb aku x setabah kau..salam takziah lg skali dr aku..hope to see u 1 day n havin a long chat like those day before.. =)

    ReplyDelete
  5. aku pon rindu nak open table dgn ko.dulu stress final exam boleh jugak keluar lepak-lepak minom dgn ko.kan?miss the moment.

    its ok.aku belajar utk mnjadi lebih kuat.

    ReplyDelete