Jul 24, 2012

Pasar Ramadhan

Since aku berjumpa incik Zahari, banyak benda yang aku just put in my imagination before, telah dipenuhi, unexpectedly.Benda nya bukan lah benda yang susah nak direalisasikan.Cuma dulu aku ber anggapan, aku takkan ada steady boifren sampai bila-bila.Dan takkan mungkin boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli yang lain hanya kerana aku tak layak.Comot.Not pretty.Tomboyish.Tak mungkin ada yang singgah untuk mengenali aku.Never, fikir aku.


Tapi bila bertemu Incik Zahari, sedikit-sedikit anggapan tu pudar.Fade away. Hari-hari yang aku lalui terasa jisim nya penuh walao ada ruang kosong, a bit.Mungkin atas kerana jaoh dari pamili. Abah dan mama juga tiada, itu sebab hari hilang seri. But when im with him, i enjoy every single times together.I enjoy every single moments.Dan sangat menghargai makna "kita".Bukan lagi seorang.

Satu daripada benda yang aku letak dalam kotak imaginasi dulu adalah mahu ke pasar Ramadhan bersama yang tersayang, selain pergi bersama buddies dan pamili members.Jalan berdua meredah lautan manusia.Singgah membeli.Argue pasal juadah dan kueh yang nak dibelikan.Itu yang observe di pasar Ramadhan dulu.Terasa cemburu melihat kemesraan pasangan yang baru pulang bekerja, berjalan bergandingan membeli juadah berbuka masing-masing.syukur, sudah masok 2 kali Ramadhan, aku berpeluang meraikan kenikmatan berpuasa bersama Incik Zahari.Dapat merasa keseronokan ke Pasar Ramadhan bersama.Seperti di pasar Ramadhan Batang kali semalam, rasa gembira menyusuri gerai-gerai yang ada.Melihat ragam orang, dan merasa betapa seronok hidop di Malaysia.


Kemudian, aku juga selalu mahu menolak troli di pasaraya besar membeli barang makanan dan keperluan bersam si dia, seperti pasangan lain.Semalam Incik Zahari menemani aku di pasaraya EconSave membeli barang makanan untuk stok di bilik aku.Sebab aku selalu mengadu takde apa nak makan bila bersahor.So beli Cornflakes, 3 in 1 Milo, Maggi, Pringles.Best item yesterday is teh wangi cap kuda terbang.The packaging very old school, teros jatoh cinta dan Incik Zahari belikan.Tapi sounds funny, teh wangi cap kuda terbang.Old school again.


Balik dari EconSave, semasa menyeberangi trafik light menuju ke kereta di seberang jalan, Incik Zahari memimpin tangan.Leads my way.Rasa secure ok.


Ini semua aku imagine dulu.Tapi dapat melalui nya bersama si dia.

Sebelom ni, mungkin aku berkawan dengan ramai orang.Tapi tidak hingga mencecah level ini.Level se bahagia ni.


Nampak macam just a small thing, tapi untuk aku yang tak punya masa-masa seperti ni sebelom ni, aku rasa its priceless.


Mungkin sebelom ni aku berkawan dengan kepunyaan orang.Mana mungkin get the times seperti ni.Tersilap langkah, aku akui.As conclusion, cari lah seseorang yang bukan kepunyaan sesiapa jika tidak mahu hari dan masa berkongsi dengan yang lain.


Akhirnya kita yang akan makan hati, seperti aku dulu yang banyak beralah.



Terima kaseh kerana menghantar dia, Tuhan.Semoga waktu ini maseh panjang.



Selamat berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment