Sep 12, 2012

Rindu pada yang takde.


Malam ni, rasa rindu pada arwah mama dan abah datang membuak-buak.Bagai empangan pecah, mengalir deras dan kuat.Tidak tertanggung.

Selepas baca Yassin Maghrib tadi, aku menangis di atas sejadah.Selalu nya, aku sibokkan diri dengan kerja yang macam-macam supaya aku tidak ada langsong space untuk hati berdenyut.Tapi tadi, air mata tak dapat nak seka lagi dah, terutama ketika mahu habiskan barisan-barisan terakhir Yassin.Hati tersentoh.


Kalao ikotkan hati, kalao ratapkan pemergian mama dan abah yang diambil dalam satu masa sekali gus, mungkin aku sudah gila.Sudah tidak rasional.Sudah tidak berhati.Hilang teros semangat di dalam.Mana mungkin perjalanan selepas ini semudah yang difikir.


Dan tadi baca balik tulisan-tulisan abah di FB nya.Abah dan aku tak banyak sangat persamaan selain suka menulis dan pandai sketching.Itu yang aku perasan.Air mata jatuh lagi antara post di FB abah, bila mana abah post lagu Im Ready For Love from Bad Company.Waktu tu aku ingat lagi, kami semua di bilik mama di Wad Paliatif Hospital Batu Gajah menunggu Incik Zahari datang pick up aku di hospital untuk pulang ke Genting back to work after 5 days off.Mama ketika itu melipat dan packing baju aku ke dalam beg walaopon aku marah mama buat begitu.She still want to do her routine walao sakit.Dan tak sangka itu rutin mama yang terakhir mengemas beg aku.Time tu pulak abah sibok suruh aku dan adik menge post lagu ke wall FB beliao daripada Youtube.And it was the song.Mana lah boleh aku lupa sebab that was the first time abah bertemu Incik Zahari juga.Hmm.


Terlalu banyak benda aku simpan di dalam hati, melalui hard times yang memang hardful.Aku tak mampu cerita kepada sesiapa sebab sakit nya terlalu dalam.Menyimpan sendiri adalah lebih terubat.



Yup.

Rindu pada yang takde, adalah rindu yang terlalu menyakitkan selain hanya mampu kembali kepadaNya, berdoa semoga mereka ditempatkan di kalangan yang dikasihiNya.



Alfatihah.



No comments:

Post a Comment