Jan 26, 2010

Mimpi ngeri

Aku rasa ini betoi mimpi ngeri berbanding mimpi ngeri Tasya dikejar hantu dalam cerita Jangan Tegur Lagi kat tv3 tu.

Semalam aku bermimpi aku pergi ke satu tempat sebab ade satu event.Tidak sure majlis apa.Tapi, masa nak pegi tu aku ternampak dia dan isterinya.Isterinya tengah gedik-gedik ngan dia.

Aku rasa macam sedang naik bas loncat dari Ipoh ke Kuala Kangsar time tu.Tiba-tiba loya dan rasa nak muntah sebab dihenyak-henyak.Dihenyak-henyak dengan satu perasaan yang tak tahu patot dipanggil ape.Jeles atao meluat.Aku tak sure antara itu.

Tapi sumpah, biar jumpa hantu dari terjumpa depan mata mereka berdua yang aku tak suka nak tengok.

harap-harap mimpi ni tak jadi kenyataan.

1 comment:

  1. habis la
    seperti kata org tua2
    mimpi ni peratusan utk jd kenyataan amat tinggi
    haaa

    ReplyDelete